Você está na página 1de 20

Fakulti Sains & Teknologi

Z1LK 5192 PERLINDUNGAN KEBAKARAN

SISTEM PANCUR BASAH (WET RISER), SISTEM PANCUR KERING


(DRY RISER) DAN SISTEM PANCUR MENURUN (DOWN COMER
SYSTEM)

SISTEM PANCUR BASAH (WET RISER SYSTEM)

Pengenalan
Tujuan pemasangan sistem pancur basah ialah untuk memberi kemudahan kepada
kepada pasukan bomba menentang dan melawan kebakaran dari dalam bangunan. Ia merupakan
pili bomba di dalam bangunan.
Sistem ini disambung dan dipasang dengan saiz yang berpatutan dan bersesuaian
berdasarkan peruntukan serta rekabentuk bangunan dan dipasang dengan sambungan-sambungan
yang sesuai untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan hendaklah mematuhi kehendah
BS 5306: Part 1. Ia disambung pada tangki khas yang telah disediakan oleh pihak bangunan
berkenaan atau disambung dengan jentera bomba melalui pili bomba yang berdekatan.

Fungsi Sistem

Sistem pancur basah ini merupakan pili bomba dalam bangunan untuk kegunaan
anggota bomba semasa kejadian kebakaran. Ianya diwajibkan bagi ketinggian bangunan
melebihi 30.5 meter atau 10 tingkat dari paras akses perkakasan bomba. (UBBL para 229
(1)).
Fungsi sistem pancur basah ini khususnya penggunaan eksklusif pihak bomba
bagi menyalurkan air dari sistem tangki air di tingkat bawah bangunan ke tingkat yang
berlakunya kebakaran di bangunan tinggi. Sistem ini, bagi memudahkan anggota bomba
menjalankan kerja-kerja operasi menentang dan melawan kebakaran semasa berlakunya
sesuatu kebakaran di bangunan berkenaan.

Komponen

Komponen bagi sistem pancur basah ini terdiri daripada:


i.

Tangki Air (Water Tank)

Jenis bahan tangki bagi sistem pancur basah ini, perlulah sama ada daripada
tangki air jenis konkrit bertetulang (reinforced concrete), poliester fiber
bertetulang (fibre reinforced polyester), besi bertekanan (press steel) atau apaapa bahan yang mendapat kelulusan daripada JBPM. Tangki ini, hendaklah
dilengkapi dengan tangki bekalan air yang berkapasiti minimum sebanyak
10,000 gelen air berdasarkan UBBL 1994 iaitu bagi saiz tangki yang digunakan
dan kandungan air.
Tangki yang digunakan dalam sistem pancur basah ini juga hendaklah
dilengkapi dengan penanda aras air (water level indicator), paip limpah di sisi
atas tangki, paip buangan di bahagian bawah tangki dan disertakan dengan
injap bola pelampong (ball float valve). Bagi membezakan tangki air sistem
pancur basah, tangki air ini diwarnakan dengan warna merah di bahagian
permukaan luar tangki, dengan tertera perkataan Tangki Sistem Pancur
Basah.
Lokasi bagi tangki ini, dibenarkan diletakkan di aras tanah (ground floor),
dibawah tanah (basement 1 atau basement 2) supaya memudahkan bekalan air
dari tangki jentera bomba disalirkan terus ke tangki sistem sekiranya berlaku
kekurangan air. Tangki berkenaan hendaklah diletakkan di atas tapak plinth.
Tangki sistem ini hendaklah diasingkan dengan tangki bekalan air lain-lain
sistem, supaya tidak menganggu-gugat bekalan air dalam sistem pancur basah
berkenaan serta mengawal selia punca air dari Pihak Berkuasa Air.

ii.

Set Pam
Pam sistem pancur basah ini, mempunyai tiga jenis set pam, yang berlainan
fungsi, seperti pam jockey, pam duty, pam stand-by. Pam digunakan untuk
mengepam air dari tingkat bawah ke ketinggian melebihi 30.5 hingga tidak
melebihi 61 meter atau 70.15 meter dengan kelulusan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia Set pam ini hendaklah dilindungi daripada bahaya
kebakaran dan keadaan banjir dan pendawaian elektrik bagi pum hendaklah
dari kabel jenis penebat mineral tahan api atau didalam kondiut logam.
a) Pam Jockey - Berfungsi mengimbangi tekanan air dalam
paip dan boleh bertindak secara manual dan automatik
dengan menggunakan kuasa elektrik.

b) Pam Duty - Berfungsi untuk memberi tekanan dan


pengeluaran air semasa melawan kebakaran secara manual
atau automatik dengan menggunakan kuasa elektrik serta
kuasa pam pula bergantung pada ketinggian bangunan.
Manakalaa nozzel hendaklah member tekanan tidak kurang
daripada 4 hingga 7 bar dengan bukaan tiga landing valve
secara serentak (warna merah).

c) Pam Standby - Berfungsi untuk memberi tekanan dan


pengeluaran air semasa melawan kebakaran secara manual
atau

automatik

sekiranya

duty

pam

rosak

dengan

menggunakan kuasa generator ataupun diesel. Kapasiti


diesel hendaklah tidak kurang dari 2 jam.
iii.

Paip Utama dan Kembali (Riser and Return)


Sistem pancur basah ini, mempunyai sistem paip sesalur menegak sebagai
sesalur paip bekalan air, dari jenis galvanised iron atau wrought steel,
minimum dari kelas C, dan bersaiz tidak kurang dari 150 milimeter
garispusat .
Sistem pancur basah ini juga mempunyai sistem paip kembali (return pipe),
hendaklah bergarispusat tidak kurang dari 100 milimeter garispusat dari jenis
galvanised iron atau wrought steel, minimum dari kelas C dan yang
disambungkan terus ke tangki bertujuan untuk menyalurkan semula air lebihan
ke dalam tangki bekalan.
Sesalur paip menegak ini, hendaklah diuji secara hidrostatik pada tekanan 50%
lebih tinggi daripada tekanan kerja iaitu tidak kurang dari 14 bar selama tidak
kurang dua puluh empat (24) jam. Semua paip dalam sistem pancur basah ini,
hendaklah diwarnakan dengan warna merah

iv.

Injap Alir Masuk (4 Way Breeching inlet)


Injapnya hendaklah dari jenis 4 hala dan digunakan untuk menyalurkan air dari
pam bomba ke tangki sistem pancur basah. Injap ini perlu mematuhi peraturan
MS 1210:Part 1 (Specification for fire hydrant systems equipment : Part 1 :

Landing valves for wet risers) dan BS 5306:Part 1 (Code of practice for fire
extinguishing installations and equipment on premises. Hose reels and foam
inlets).
Injap alir masuk empat hala ini hendaklah berukuran 63.5 milimeter dari jenis
instantaneous coupling dan dilengkapi dengan sekurang-kurang satu hos
tidak kurang 38.1 milimeter garispusat dan digunakan untuk menyalurkan air
dari jentera bomba ke tangki sistem pancur basah, dengan dilengkapi juga jenis
cradle dan muncung variable fog. Hendaklah ditempatkan dalam kotak
dengan ditandakan Wet Riser Breeching Inlet. Lokasinya hendaklah
berhampiran dengan akses bomba iaitu kurang daripada 18 meter dari akses
jantera bomba dan hendaklah tiada halangan objek dan mudah dilihat daripada
akses jentera bomba.
Injap alir masuk hendaklah ditempatkan dengan pili bomba pada jarak tidak
kurang 6 meter dan tidak lebih 30 meter, bagi memudahkan operasi bomba
menentang dan melawan kebakaran. Ketinggian injap alir masuk ini dari paras
lantai atau tanah adalah tidak melebihi 750 milimeter. Peti yang menempatkan
injap alir masuk, hendaklah diwarnakan dengan warna merah dan tertera
perkataan Injap Pancur Basah pada bahagian hadapan peti tersebut.
Bertujuan untuk memudahkan pihak berkuasa bomba melihat dan penggunaan
injap alir masuk tersebut.

v.

Injap Pelantar

Dipasang di setiap aras bangunan dan dipasang pada ruang lobi lif bomba,
berhampiran tangga laluan melepaskan diri atau di lobi perlindungan
kebakaran. Dipasang dengan ketinggian antara 30.5 meter hingga 60 meter atau
pada ketinggian 70.15 dengan kelulusan JBPM, dengan minima satu injap
setiap tingkat, selebihnya berdasarkan kepada keluasan lantai dengan jarak
maksima 45.75 meter antara satu sama lain injap pelantar

Injap pelantar dilengkapi aliran keluar 3 hala bersaiz 63.5mm hendaklah


disediakan pada aras bumbung bangunan yang paling tinggi iaitu dipasng
berhampiran tangga yang melanjut terus ke aras bumbung ( UBBL para 231
(5)). Injap pelantar ini mempunyai tekanan air pada hujung setiap injap adalah
tidak kurang 65 p.s.i - 70 p.s.i dengan pengeluaran air 250-300 gelen perminit.
Tekanan serta air yang lebih di dalam injap pelantar akan dikembalikan semula
ke tangki melalui return pipe.

vi.

Suis tekanan
Suis tekanan berfungsi untuk memberi isyarat kepada panel stater pam untuk
menghidupkan pam. Di mana setiap pam dikawal oleh satu suis tekanan.
Dimana Set pam cut in adalah untuk gerakan pam pada tekanan tertentu.

Set pam cut out adalah untuk menghentikan pam pada tekanan tertentu. Pam
hendaklah ditetapkan (setting) bergantung kepada prestasi sesuatu pam
berkenaan. Setiap suis tekanan adalah ditempatkan pada lokasi yang jelas dan
dapat dilihat dengan mudah, dan hendaklah ditandakan cut in dan cut out
pada setiap suis tekanan.

vii.

Tolok tekanan
Menunjukkan bacaan tekanan di dalam sukatan bar atau p.s.i yang mana
berfungsi sebagai penyukat tekanan air di dalam sesalur paip menegak.
Mengesan tekanan air yang mengalir dalam paip seterusnya memberi isyarat
kepada suis tekanan untuk menghidupkan pam dan sebaliknya.

viii.

Injap Pelepas Udara


Bertujuan untuk melepaskan udara yang terdapat di dalam sesalur paip
menegak sekiranya sistem digunakan, dan untuk mencegah dari berlakunya
air lock di dalam sistem tersebut yang dipasangkan di bahagian atas sesalur
paip sistem pancur basah.

SISTEM PANCUR KERING (DRY RISER SYSTEM)

Pengenalan

Sistem pancur kering bermaksud sesuatu sesalur air tegak yang selalunya kering
tiada air, daripada saiz yang berpatutan dan dipasang dengan pili air keluar yang boleh
dipenuhi dengan air oleh pam-pam pihak Berkuasa Bomba melalui air masuk
Perkhidmatan Bomba. Contoh seperti gambar kenderaan Bomba di bawah. Sistem pancur
kering, adalah suatu sistem pancur yang mana sekiranya tiada kebakaran, sistem pancur
ini adalah kering bermakna tiada air di dalam sesalur paip sistem pancur berkenaan dan
tidak bertekanan. Sistem ini tidak disambungkan dengan mana-mana tangki air yang
tersedia di dalam bangunan berkenaan, hanya disambungkan dengan jentera bomba dan
pili bomba yang berhampiran. Oleh sebab itu, ianya dikenali sebagai sistem pancur
kering.

Fungsi Sistem
Fungsi sistem pancur kering ini juga adalah bagi memudahkan anggota bomba
menjalankan kerja-kerja operasi menentang dan melawan kebakaran semasa berlakunya
sesuatu kebakaran di bangunan berkenaan khusus penggunaan eksklusif pihak bomba
untuk menyalurkan air dari jentera bomba dan pili bomba ke tingkat yang berlakunya
kebakaran di bangunan sederhana tinggi. Sistem pancur kering ini hendaklah dibina pada

sesuatu bangunan sederhana tinggi dengan ketinggian antara 18.3 meter hingga 30.5
meter

Komponen

Terdapat empat komponen asas dalam sistem pancur kering ini, iaitu;
i.

Sesalur menegak.
Sistem paip sesalur menegak untuk sistem pancur kering ini, hendaklah
menggunakan paip dari jenis galvanised iron minimum dalam kelas C.
Sistem paip sesalur menegak ini, hendaklah mempunyai saiz paip bersaiz 102
milimmeter garispusat untuk ketinggian sehingga 22.785 meter, manakala
152.4 milimeter garispusat untuk ketinggian 22.785 meter sehingga 30.5 meter
daripada aras alir masuk jentera pam Bomba.

Sistem paip sesalur menegak bagi sistem pancur kering ini, hendaklah
menjalani ujian secara hidrostatik yang boleh menahan tekanan tidak kurang 14
bar untuk masa 2 jam, semasa ujian dihadiri oleh pihak berkuasa bomba,
sebelum boleh diterima dan setiap penyambungan dan pemasangan bagi sistem
paip sesalur pancur kering ini boleh menahan tekanan secukupnya sehingga 21
bar.

ii.

Injap Alir Masuk (Breeching Inlet).

Injap alir masuk ini perlu ditempatkan berhampiran dengan akses jantera
bomba iaitu tidak lebih 18 meter, dan hendaklah tiada halangan objek dan
mudah dilihat daripada akses jentera bomba serta mudah dilihat dari jalan.
Sistem ini terdiri dari paip menegak yang bersaiz 102 milimeter garis pusat,
yang terdapat dalam jenis dua hala, manakala paip menegak yang bersaiz
152.4 milimeter garispusat, hendaklah dalam bentuk empat hala.
Peti yang menempatkan injap alir masuk, hendaklah diwarnakan dengan warna
merah dan tertera perkataan Injap Pancur Kering pada bahagian hadapan peti
tersebut. Bertujuan untuk memudahkan pihak berkuasa bomba melihat dan
penggunaan injap alir masuk tersebut.

iii.

Injap Pelantar (Landing Valve)

Saiz injap pelantar ini berukur 102 milimeter garis pusat terdiri dari jenis injap
instantanious coupling, yang mana terletak dalam akses lobi menentang dan
melawan kebakaran atau

dalam kurungan tangga. Injap pelantar adalah

komponen kepada sistem pancur kering, yang ditempatkan pada setiap lantai
bangunan dengan ketinggian antara 18.3 meter hingga 30.5 meter, dengan
minima satu injap setiap tingkat, selebihnya berdasarkan kepada keluasan
lantai dengan jarak maksima 45.75 meter antara satu sama lain injap pelantar
dan ketinggian injap pelantar ini adalah 750 milimeter dari paras lantai di
setiap tingkat bangunan tersebut. Bagi melawan kebakaran setiap tingkat perlu
disediakan jet dan muncung semburan pada setiap akses lobi.

iv.

Injap Pelepas Udara ( Air Release Valve)

Injap

ini

dipasang

dibahagian

atas

sistem

Pancur

Kering.

Tujuan

pemasangannya adalah melepaskan udara yang terdapat dalam paip sekiranya


sistem ini digunakan serta bagi mengelakkan air pocket didalam sistem ini.

SISTEM PANCUR MENURUN (DOWN COMER SYSTEM)

Pengenalan
Sistem Pancur Menurun bermaksud satu sistem yang menyerupai pancur basah
dan kering yang terdiri dari sesalur yang tegak dan mempunyai air yang sentiasa penuh.
Sistem ini mempunyai saiz yang berpatutan dan dipasang dengan tangki khas yang
disambung di atas bumbung dan bertindak secara graviti bagi maksud menentang
kebakaran.

Fungsi Sistem
Fungsi sistem pancur menurun ini adalah bagi memudahkan anggota bomba
menjalankan kerja-kerja operasi menentang dan melawan kebakaran semasa berlakunya
sesuatu kebakaran di bangunan berkenaan. Ia perlu dibina pada sesuatu bangunan rumah
pangsa dengan ketinggian antara enam tingkat dan kurang daripada 60 meter tinggi
berdasarkan kepada Jadual Kesepuluh UKBS 1984. Sistem pancur menurun ini adalah

merupakan pili bomba di dalam bangunan, yang mana hanya diberikan kuasa kepada
pihak bomba sahaja untuk menggunakannya.

3.3.4

Komponen
Terdapat tujuh komponen asas dalam sistem pancur menurun ini yang mempunyai

fungsi yang yang hampir sama dari sistem pancur basah dan sistem pancur kering iaitu;
i. Tangki Air.
Jenis bahan tangki bagi sistem pancur menurun ini, perlulah sama ada daripada
tangki air jenis konkrit bertetulang (reinforced concrete), poliester fiber
bertetulang (fibre reinforced polyester), besi bertekanan (press steel) atau apaapa bahan yang mendapat kelulusan daripada JBPM. Tangki ini, hendaklah
dilengkapi dengan tangki bekalan air yang berkapasiti minimum sebanyak
10,000 gelen air berdasarkan UBBL 1994 iaitu bagi saiz tangki yang digunakan
dan kandungan air.
Tangki yang digunakan dalam sistem pancur basah ini juga hendaklah
dilengkapi dengan penanda aras air (water level indicator), paip limpah di sisi
atas tangki, paip buangan di bahagian bawah tangki dan disertakan dengan
injap bola pelampong (ball float valve). Bagi membezakan tangki air sistem
pancur menurun, tangki air ini hendaklah diwarnakan dengan warna merah di
bahagian permukaan luar tangki, dengan tertera perkataan Tangki Sistem
Pancur Menurun

ii.

Paip Utama dan Kembali (Riser and Return)


Sistem pancur menurun ini, mempunyai sistem paip sesalur menegak sebagai
sesalur paip bekalan air, dari jenis galvanised iron atau wrought steel,
minimum dari kelas C, dan bersaiz tidak kurang dari 150 milimeter pada
garispusat.
Bagi meningkatkan tekanan terhadap tekanan ari pada paras akses bomba
dimana bagi pengeluaran air ynag kuat, sistem ini perlu menggunakan
tindakkan graviti iaitu dengan menggunakan pressure reducing valve.
Sesalur paip menegak ini, hendaklah diuji secara hidrostatik pada tekanan 50%
lebih tinggi daripada tekanan kerja iaitu tidak kurang dari 14 bar selama tidak
kurang dua puluh empat (24) jam. Semua paip dalam sistem pancur menurun
ini, hendaklah diwarnakan dengan warna merah.

iii. Booster pam.


Berfungsi untuk mengepam air dari tingkat bawah ke dalam tangki yang berada
di tingkat teratas bangunan atau di atas bumbung. Pam ini akan berfungsi
apabila paras air turun ke paras yang telah ditetapkan, yang digerakkan oleh
pengesan (sensor) yang terletak dalam tangki sebagai penegesan paras air.
iv. Injap aliran masuk.

Bagi sistem pancur menurun ini, injap alir masuk yang disediakan adalah untuk
berfungsi seperti dalam sistem pancur kering, di mana injap alir masuk adalah

dari jenis empat hala. Tujuan alir masuk ini adalah untuk membantu, sekiranya
sistem tindakan graviti mengalami kegagalan. Injap alir masuk ini, hendaklah
ditempatkan berhampiran dengan akses jantera bomba iaitu tidak lebih 18
meter, dan hendaklah tiada halangan objek dan mudah dilihat daripada akses
jentera bomba.
Injap alir masuk hendaklah ditempatkan dengan pili bomba pada jarak tidak
kurang 6 meter dan tidak lebih 30 meter, bagi memudahkan operasi bomba
menentang dan melawan kebakaran. Ketinggian injap alir masuk ini dari paras
lantai atau tanah adalah tidak melebihi 750 milimeter.
Bagi memudahkan pihak berkuasa bomba melihat dan penggunaan injap alir
masuk tersebut. Injap alir masuk, hendaklah diwarnakan dengan warna merah
dan tertera perkataan Injap Pancur Menurun.

v. Injap Pelantar
Injap pelantar merupakan komponen kepada sistem pancur menurun, yang
ditempatkan pada setiap lantai bangunan dengan ketinggian antara enam
tingkat hingga 60 meter, dengan minima satu injap setiap tingkat, selebihnya
berdasarkan kepada keluasan lantai dengan jarak maksima 45.75 meter antara
satu sama lain injap pelantar. Injap pelantar ini mempunyai tekanan air pada
hujung setiap injap adalah tidak kurang 65 p.s.i - 70 p.s.i dengan pengeluaran
air 250-300 gelen perminit. Injap pelantar ini, hendaklah berukur 102 milimeter

garispusat dan jenis injap adalah instantanious coupling, yang mana terletak
dalam akses lobi menentang dan melawan kebakaran

PERBANDINGAN KOMPONEN SETIAP PANCUR

PANCUR
PANCUR BASAH

PANCUR KERING
MENURUN

30.5 meter hingga 61


meter, boleh
18.3 meter hingga
Ketinggian

melebihi maksimum
30.5 meter
70.15 meter dengan

ketinggian antara 6
tingkat hingga tidak
melebihi 60 meter

kebenaran bomba
bersaiz 152.4

paip bersaiz 100

paip bersaiz 152.4

milimeter garispusat

milimeter garispusat

milimeter garispusat

Saiz paip
Bertekanan 65 p.s.i

Bertekanan 65 p.s.i
dilengkapi dengan

hingga 70 p.s.i

hingga 70 p.s.i
injap pelantar

Tekanan

dengan pengeluaran

dengan pengeluaran
berukur 100

air sebanyak 250

air sebanyak 250


milimeter garispusat

300 gelen seminit


Sistem tangki

300 gelen seminit

mempunyai tangki

sumber air dari

tangki air yang

air yang ditempatkan

jentera bomba dan

ditempatkan di atas

di paras tanah atau di


pili bomba

bumbung

tingkat satu
terdapat beberapa
komponen tambahan
seperti (jockey,

komponen

Komponen

duty dan

tidak melibatkan

tambahan yang

tambahan

standby), panel

komponen tambahan

diperlukan adalah

pam starter, suis

pam booster.

tekanan dan tolok


tekanan
Jadual 1: Perbandingan setiap Pancur

RUJUKAN
1. Module Pelindungan Kebakaran: Sistem Aktif (Sistem Pancur Basah, Sistem Pancur
Kering dan Sistem Pancur Menurun) - Tuan Wan Mohamad Zaidi Bin Wan Isa, JBPM
WPKL.

Você também pode gostar