Você está na página 1de 6

TAKLIMAT INTERVENSI

DOMAIN PENDIDIKAN KHAS

INTERVENSI DOMAIN PENDIDIKAN KHAS


1. Objektif
- Murid Berkeperluan Khas (MBK) diberi intervesi dalam semua aspek perkembangan
domain termasuk Literasi dan Numerasi.
- Mempertingkatkan lagi perkembangan domain Pendidikan Khas MBK
- MBK boleh mengikuti lain-lain kemahiran tanpa masalah dalam domain Pendidikan
Khas.
2. Konsep Intervensi Domain Pendidikan Khas.
2.1 Intervensi didefinisikan sebagai pencelahan atau gangguan. Intervensi Domain
Pendidikan Khas ialah MBK diberi saringan untuk mengenal pasti masalah murid
dalam perkembangan 6 domain yang dijalankan. MBK yang tidak melepasi
domain akan diberi intervensi.
2.2 Guru Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran boleh
menggunakan intervensi di dalam kelas atau intervesi secara berkumpulan atau
pendekatan lain yang difikirkan sesuai.
2.3 Guru pendidikan Khas Masalah Pendengaran di SKPK boleh menggunakan
pendekatan intervensi secara berkumpulan atau individu di dalam kelas
intervensi yang dikendalikan oleh guru pemulihan / intervensi khas.
3. Pendekatan Pelaksanaan Intervensi Domain Pendidikan Khas Yang Boleh
Dilaksanakan :
3.1 Intevensi Dalam Kelas : Dilaksanakan ketika guru mengajar subjek tertentu dan
memperuntukan sedikit ruang masa untuk diberi intervensi kepada murid
tertentu.
3.2 Intervensi Secara Individu: Guru melaksanakan intervensi secara individu di
suatu tempat tertentu dengan mengasingkan murid dari kelasnya.
3.3 Intervensi Secara Kumpulan: Guru melaksanakan intervensi secara
berkumpulan berdasarkan masalah perkembangan domain yang sama.
3.4 Intervensi Berpasukan: Guru memberi kerjasama melaksanakan intervensi
kepada murid tertentu ketika mereka mengajar. Contoh domain pengurusan
tingkah laku dan sosioemosi.
4. Pengurusan Intervensi Domain Pendidikan Khas.
4.1 Menubuh Jawatankuasa LINUS Pendidikan Khas.
4.2 Menjalani saringan LINUS Pendidikan Khas.
4.3 Menjalani saringan Domain Pendidikan Khas.
4.4 Membuat analisis daripada ujian saringan LINUS dan saringan Domain
4.5 Menentukan murid yang perlu diberi Intervensi Domain Pendidikan Khas
4.6 Menentukan Guru Intervensi.
4.7 Mengenalpasti masalah domain murid.
4.8 Mengumpul Maklumat Murid.
4.9 Perjumpaan dengan Ibu bapa.
4.10 Menyediakan Perancangan Intevensi Murid.

4.11
4.12
4.13
4.14
4.15

Membina analisis tugasan


Merancang PdP Intervensi.
Menulis PdP Intervensi dalam RPH / Buku rekod mengajar.
Merekod keputusan Intervensi dalam Analisis Tugasan.
Membuat penilaian dan pelaporan.

5. Carta Alir Intervensi Domain Pendidikan Khas


MU
LA
SARINGAN DOMAIN PENDIDIKAN
KHAS

Kelas Pendidikan
Khas Sedia ada

Melepasi
MENGUMPUL MAKLUMAT
Tidak Melepasi
MURID

MERANCANG PROGRAM
INTERVENSI

MEMBINA ANALISA
TUGASAN

MERANCANG RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN

MELAKSANAKAN
INTERVESI

MELEPASI

MENJALANI SARINGAN
DOMAIN

TAM
AT

TIDAKMELEPASI

6. Pendekatan Unsur Terapi dalam Intervensi.


-

6.1 Apa itu Terapi?


Berasal dari Perkataan Greek iaitu Therapia yang bermaksud perkhidmatan.
Perkhidmatan yang diberi kepada pesakit untuk membantu mereka jangka masa
yang lama.
Mengikut kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan pemulihan ke atas pesakit
yang mengidap penyakit atau mengalami kecederaan bertujuan mengembalikan
kefungsian badan secara normal.
6.2 Konsep Terapi Dalam Pendidikan Khas.
Murid BPK mempunyai masalah dari segi keupayaan mental, fizikal, emosi, sosial
dan psikomotor. Maka aktiviti dalam PdP yang berunsur terapi dapat membantu
MBK mencapai perkembangan dalam aspek di atas.
Terapi dalam Pendidikan Khas ialah di mana guru boleh membantu murid dengan
mengadakan aktiviti-aktiviti berunsur terapi dalam PdP. Terutama aktiviti dalam
Intevensi Domain Pendidikan Khas.
6.3 Keperluan Unsur Terapi untuk MBK.
Kesedia untuk belajar dari segi mental, fizikal, emosi dan sosial.
Ketahan diri untuk belajar dalam jangka masa yang lama.
Motivasi.
Membina konsep Kendiri.
Merangsang pengaliran darah dan oksigen.
6.4 Jenis-Jenis terapi
6.4.1 Terapi Fisio
Membantu individu masalah kawalan motor .
Meningkatkan perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan kecerdasan
fizikal.
6.4.2 Terapi Cara Kerja.
Membantu individu masalah fizikal dan intelek.
Fokus kepada kepelbagai pergerakan dan otot-otot bagi membantu pencapaian
dalam bidang vokasional dan kerjaya.
6.4.3 Terapi Pertuturan
Membantu individu yang bermasalah menyebut perkataan dan berkomunikasi serta
masalah artikulasi.
Aktiviti berfokus kepada latihan asas tertentu seperti latihan lisan.
6.4.4 Terapi Muzik dan Nyayian
Membantu individu dalam situasi tertekan, kes trauma dan gangguan emosi.
Rawatan alternative moden membantu untuk pemulihan, pemeliharaan dan
peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal.
6.4.5 Terapi Seni Visual.
Kaedah yang digunakan untuk mengetahui perasaan atau emosi pesakit yang
terpendam.
Meluahkan perasaan melalui aktiviti-aktiviti seni visual.

CONTOH SOALAN TEMU BUAL UNTUK MAKLUMAT MURID INTERVENSI DOMAIN


PENDIDIKAN KHAS- IBU BAPA

Nama

Kategori :

Umur :
Masalah Pembelajaran
Masalah Pendengaran
Masalah Penglihatan

1.

Pukul berapa anak tuan bangun tidur?


___________________________________________________________________

2.

Adakah anak tuan mengalami masalah semasa bangun tidur?


___________________________________________________________________

3.

Pukul berapa anak tuan ke sekolah?


___________________________________________________________________

4.

Adakah anak tuan bersarapan sebelum ke sekolah?


___________________________________________________________________

5.

Apakah rancangan kegemaran anak tuan di televisyen?


___________________________________________________________________

6.

Apa jenis permainan atau aktiviti yang digemari anak tuan pada waktu lapang.
___________________________________________________________________

7.

Adakah anak tuan bergaul dengan adik beradik yang lain?


___________________________________________________________________

8.

Pada pukul berapa anak tuan masuk tidur?


___________________________________________________________________

9.

Adakah anak tuan suka marah, memberontak, merajuk atau lain-lain.


___________________________________________________________________

10. Apakah intervensi yang sesuai untuk anak tuan?


___________________________________________________________________

CONTOH SOALAN TEMU BUAL UNTUK MAKLUMAT MURID INTERVENSI DOMAIN


PENDIDIKAN KHAS -GURU MATA PELAJARAN
Nama

Kategori :

Umur :
Masalah Pembelajaran
Masalah Pendengaran
Masalah Penglihatan

1.

Sudah berapa lama cikgu mengenali murid ini?


___________________________________________________________________

2.

Apakah masalah utama murid ini?


___________________________________________________________________

3.

Berapa kerapkah murid ini mengulangi kesalahan tersebut?


___________________________________________________________________

4.

Apakah tindakan cikgu sekiranya murid ini menimbulkan masalah atau melakukan
kesalahan ketika PdP cikgu?
___________________________________________________________________

5.

Bagaimanakah cara cikgu mengatasi masalah murid ini ?


___________________________________________________________________

6.

Adakah cikgu meminta bantuan dari guru-guru lain bagi menyelesaikan masalah ini?
___________________________________________________________________

7.

Adakah murid ini menimbulkan masalah semasa bergaul dengan rakan yang lain?
___________________________________________________________________

8.

Bagaimanakah tingkah laku murid ini semasa berada di kantin?


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Você também pode gostar