Você está na página 1de 5

Ada Udang Di Sebalik Batu

Mansor Bin Man

Jasni cepat-cepat naik ke rumah. Nafasnya tercungap-cungap. Jasni


terus sahaja berlari menuju ke dapur.
Jasni, kenapa dengan kamu ni? Tanya ibu dengan wajah
kehairanan sebaik sahaja melihat keadaan Jasni.
Ibu, kebun kita bu. Kebun kita! kata Jasni dengan suara yang
tersekat-sekat.
Kebun kita dah rosak, ibu! Kata Jasni.
Ibu meletakkan ikan yang baru sahaja hendak disiangnya. Ibu terus
mencapai kain tudung yang tersangkut di meja.
Hah, mari pergi tengok! kata ibu.
Ibu terus berjalan menuju ke muka pintu. Jasni pula mengekori
langkah ibu yang seperti ribut itu. Ibu menuruni anak-anak tangga rumah
papannya. Selepas sampai di tanah, ibu terus memakai selipas dan
menuju ke belakang rumah.
Ibu menghala ke kebun. Jasni mengekori sahaja langkah ibu.
Di sana ibu!. Jasni menunding jarinya ke arah matahari jatuh.
Ibu meniti batas-batas sayur. Ibu berhati-hati kerana takut terpijak
anak-anak terung yang baru ditanam beberapa hari yang lepas.
Kemudian, ibu berhenti apabila sampai di satu batas. Ibu terkejut besar.
Ya Tuhan. Habis kebun kita, ujar ibu sambil menepuk dahinya.
Banyak ke yang rosak, ibu? Tanya Jasni.
Ya, banyak yang rosak, Jasni, balas ibu.
kenapa ibu? Angkara siapakah semua ini ibu? Tanya Jasni.

Mungkin ia telah dipijak oleh binatang liar seperti gajah


ataupun. Jawab ibu perlahan. Jasni tahu, ibu sengaja tidak mahu
meneruskan kata-katanya. Bak kata pepatah Ada Udang Di Sebalik
Batu.
Ibu tahu, pokok-pokok sayur yang ibu baru tanam itu telah dipijak
oleh kambing dan lembu. Cuma ibu tidak tahu kambing dan lembu
kepunyaan siapakah. Di kampung itu banyak orang yang memelihara
kambing dan lembu.
Tak mengapalah Jasni. Marilah pulang. Petang nanti ibu baiki manamana yang patut, kata ibu sambil menarik tangan Jasni. Jasni mengikut
sahaja kata-kata ibunya sambil tersenyum.
Ibu naik semula ke rumah dengan wajah yang sayu. Ibu hendak
memasak. Jasni pula berada di halaman rumah. Jasni berasa sangat tidak
puas hati apabila melihatkan sayur-sayur yang baru tumbuh itu telah
dirosakkan.
Jasni rasa tida berbaloi dengan penat lelah ibu dan dirinya yang
menguasahakan kebun-kebun yang sekangkang kera itu.
Jasni, kamu buat apa tu? laung ibu atas rumah.
Tak buat apa-apa ibu, jawab Jasni.
kamu jangan pergi ke mana-mana. Sekejap lagi kita makan nasi
ya! kata ibu lagi.
Ya ibu, balas Jasni.
Ibu terus memasak. Jasni tahu, dalam kepala ibu tetap berselirat
dengan pelbagai persoalan. Kambing dan lembu siapakah yang telah
merosakkan tanaman di kebun. Adakah binatang itu milik Pak Saad atau
Pak Abol.

Jasni, kamu sudah mandikah? laung ibu. Senyap saja tiada


jawapan. Selepas beberapa ketika Jasni tidak menjawab, ibu menjenguk
dari tingkap tetapi kelibat Jasni masih tidak kelihatan.
Tidak lama kemudian kedengaran suara Jasni menjerit dari luar
rumah. Ibu terkejut dan segera pergi ke arah Jasni.
Ibu! Ibu!, teriak Jasni dengan suara yang kuat dan lantang.
Eh, kamu pergi ke mana tadi? Puas ibu cari kamu, kata ibu.
Ibu, Jasni sudah tahu binatang apa yang telah merosakkan kebun
sayur kita, kata jasni.
Binatang apa jasni? Tanya ibu.
Kambing dan lembulah, binatang apa lagi, jawab jasni selamba.
Eh, mana kamu tahu Jasni? Tanya ibu lagi.
Jasni tahulah ibu, Jasni tahu kambing dan lembu siapa yang telah
merosakkan kebun sayur kita tu!kata jasni bersungguh-sungguh.
Kambing dan lembu siapa Jasni?Tanya ibu.
Kambing dan lembu kepunyaan Pak Abol, ibu, jawab Jasni.
Jasni, kamu jangan suka menuduh orang tanpa bukti, tak baik.
Berdosa tahu! kata ibu.
Jasni bukannya menuduh. Jasni ada bukti yang kukuh! ujar Jasni.
Apa buktinya kamu mengatakan kambing dan lembu milik Pak Abol
yang telah merosakkan kebun kita? Tanya ibu meminta kepastian.
Udin yang cakap kepada Jasni. Udin beritahu kepada Jasni yang
kebun ayahnya juga habis dirosakkan oleh kambing dan lembu milik Pak
Abol, terang Jasni dengan panjang lebar.

kita tidak boleh menuduh tanpa bukti, Jasni. Kalau kita nampak
dengan mata kita sendiri, lainlah. Berdosa jika kita menuduh orang tanpa
usul periksa, kata ibu.
Jasni terdiam seketika. Dia menurut sahaja langkah ibu menuju ke
halaman rumah. Selepas makan, Jasni turun semula ke tanah. Jasni
memang tidak puas hati. Jasni mahu buktikan kepada ibu yang kambing
dan lembu milik Pak Abollah yang telah merosakkan kebun sayur ibu.
Dalam diam-diam jasni menyelinap masuk ke belakang rumah Pak
Abol yang bersempadan dengan rumahnya. Jasni berhati-hati takut Pak
Abol nampak kelibatnya. Jasni tahu, waktu tengahari Pak Abol tidak ada di
rumah. Selalunya dia akan pergi ke surau untuk solat zohor.
Cuma yang tinggal Mak Limah, isteri Pak Abol. Jasni melangkah
menuju ke kandang kambing dan lembu di belakang rumah Pak Abol. Jasni
tahu, kambing dan lembu Pak Abol selalunya akan dilepaskan pada waktu
petang.
Kadang-kadang waktu senja barulah kambing dan lembu itu pulang
semula ke kandang.
Eh! Mana perginya kambing dan lembu Pak Abol? rungut Jasni
selepas melihat kandang kambing dan lembu itu kosong.
Jasni menggaru-garu kepalanya. Jasni tidak tahu adakah Pak Abol
masih memelihara kambing atau lembu lagi. Jasni terus melangkah
pulang. Alangkah terperanjatnya Jasni apabila melihat Pak Abol sedang
berbual-bual dengan ibu di halaman rumah.
Duit ini kamu beri kepada jasni. Saya sedekahkan kepada dia. Dulu
masa kambing dan lembu saya tu masih kecil, dialah yang menjaganya,
kata Pak Abol. Jasni cuba untuk mendengar perbualan di antara ibu
dengan Pak Abol.
Bila kamu jual lembu dan kambing itu Abol? Tanya ibu.

Sudah dua minggu. Sebenarnya saya dan Limah nak ke Bandar


selama sebulan nak tengok Aisyah terima sijil. Dia mengajak saya dan
Limah tinggal di bandar, kata Pak Abol
Baru jasni faham. Apa yang telah Udin beritahu itu adalah tidak
benar. Jasni salah sangka terhadap Pak Abol. Jasni berasa sangat
menyesal kerana mencurigai Pak Abol.

Você também pode gostar