Você está na página 1de 4

ADAT PERKAHWINAN KAUM CINA MOHD BAHRI

Perkahwinan dalam masyarakat Cina


merupakan satu titik tolak yangmembawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan
penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyangdapat
diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu
perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga,
pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk
perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatursamada oleh
ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki
dan perempuan diberi kebebasan untukmemilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat
resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan
majlis perkahwinan. Merisik Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang
dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi,watak dan
tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkanperkahwinan yang berkekalan. Cara
merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan
kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih
gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.
Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan
perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan. Meminang
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula
akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam
jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana
bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada
kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibubapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk
menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah
saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan. Bertunang
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan
bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan
tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan
pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami
kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk
menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan .
Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi
membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyensang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.
Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si
gadis pula akan diberikepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang
dirinya.Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang
dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang
sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah
mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor
dandiberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut
mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin
merangkumi adat-adat tertentu. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara
bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di
Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan
pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang
cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan
penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan
rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas
kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki. Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di

kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan
ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain
sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki
dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat
daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai
aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang
memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayaiwarna-warna tersebut melambangkan
kematian dan kesedihan.Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin
perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali
pertama. Mereka akan diiringioleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan
didudukkan diatas pelamin yang telah disediakan diruang tamu. Selepas acara
bersanding,pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.
Pengantinlelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan
begitulah sebaliknya. Di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga
mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan
masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri.
Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si
suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini
pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau
bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh
masyarakat Cina hari ini. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah
malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah,
dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa Ang-pau sebagai hadiah
kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan
beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti
perkahwinan,pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat
Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi. Perbandingan Perkhawinan Cina dan Melayu
Jika dibandingkan dengan perkahwinan orang-orang Melayu terdapat banyak persamaan
dan perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas. Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu
boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan;
upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari
persandingan; jemput menantu. MERISIK ATAU MENINJAU Permulaan proses perkahwinan ialah
merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa.
Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan
untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan
dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara
peminangan diaturkan. Proses ini mempunyai persamaan dengan perkahwinan orang-orang Cina.
Namun demikian terdapat perbezaan dalam membuat perbincangan. Bagi masyarakat Melayu,
mereka lebih gemar berbincang di rumah bakal pengantin perempuan manakala bagi masyarakat
Cina, mereka lebih gemar berbincang di kedai makan sahaja. UPACARA PEMINANGAN Meminang si
gadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang
biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak.
Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan
semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang.
Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh
Ketua Kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat. Bagi masyarakat Cina pula, ibu
pengantin yang akan berbincang dalam majlis peminangan ini. Tawar-menawar pula tidak
dibenarkan dalam masyarakat Cina namun bagi masyarakat Melayu tawar-menawar menjadi satu
kebiasaan sekarang ini bergantung kepada kemampuan pengantin lelaki. UPACARA MENGHANTAR
TANDA Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh
pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu
dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai cincin tanda. Ia biasanya
diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan
bersama. Bagi masyarakat Cina pula mereka bukan sahaja menyarungkan cincin malah memberi
sepasang pakaian sebagai tanda jadi. HANTARAN BELANJA Pada tarikh yang dijanjikan upacara

menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua
Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam
berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan
yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan
nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain. Bagi masyarakat Cina pula mereka akan
menyerahkan wang belanja yang diletakkan di dalam ang pau. MENJEMPUT Waris bakal pengantin
( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua
di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak
sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya
bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan. Ini
tidak diamalkan dalam perkahwinan orang-orang Cina. UPACARA NIKAH Upacara akad nikah
dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi
jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada
hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi
haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri. Memandangkan mejoriti masyarakat
Cina beragama Buddha maka upacara pernikahan hanya mendaftarkan pernikahan mereka di
pejabat pendaftaran sahaja. BERINAI BESAR Kedua pengantin memakai pakaian pengantin.
Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara
berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir
menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.
Proses ini tidak diamalkan oleh masyarakat Cina. HARI PERSANDINGAN Dihari persandingan,
jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta
rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau
tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama
sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu. Bagi masyarakat Cina mereka akan menempah meja
di restoran dan tidak diadakan di rumah. Pakaian persandingan mereka pula amat berbeza dan
tema warna bagi perkahwinan orang-orang Cina ialah warna merah. JEMPUT MENANTU Majlis
jemput menantu atau menyambut menantu diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin
perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima
atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan. Proses ini tidak diamalkan oleh masyarkat
Cina.
Oleh yang demikian, jika dilihat dari sudut proses perkahwinan, masyarakat Melayu
mempunyai lebih banyak proses berbanding masyarakat Cina. Perkahwinan masyarakat Melayu
lebih menjurus kepada budaya orang india contohnya berinai dan penggunaan sirih junjung.
Perkahwinan masyarakat Cina pula menjurus kepada amalan nenek moyang mereka iaitu dari
negara China sendiri. Namun demikian jika dilihat sekarang ini masyarakat Melayu sudah mula
menggunakan amalan orang-orang Cina. Contohnya persandingan masyarakat Melayu kini sudah
mula di jalankan di hotel-hotel dan restoran-restoran.
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Você também pode gostar