Você está na página 1de 6

WAJ3073 SDP: Amali 1 Assignment

Foto 1: Pensil Warna

Warna: Gabungan pelbagai warna (dominan : warna sejuk)


Warna hijau (warna sekunder ) yang diutamakan dalam foto. Begitu juga warna biru
(warna primer). Ia disusun dalam bentuk bulatan berfokus terdiri daripada pelbagai
warna yang menjadikan ia tampak lebih menarik
Irama: Irama Aliran
Irama dapat dilihat pada unsur-unsur susunan pensil warna di mana ia disusun
secara berulang dan membentuk bulatan.. Penambahan saiz pensil yang kecil yang
menjadi pelengkap kepada irama putaran pada susunan pensil-pensil tersebut.
Irama aliran terhasil daripada pemerhatian kesan garisan yang berulang-ulang.
Fungsi irama dan pergerakan telah memberi kesan lebih hidup dan realistik dalam
gambar ini.
Ruang : Ruang Terbuka
Perspektif jelas dilihat pada pertembungan mata pensil. Kesan ruang dihasilkan
melalui susunan. Susunan pensil menuju ke arah satu titik fokus. Kedudukan mata
pensil yang berada di tengah-tengah menghasilkan bulatan kecil yang menjadi titik
fokus dan dikembangkan kepada perspektif yang luas pada hujung pensil
membentuk bulatan besar. Pensil-pensil kecil telah menutup ruang rongga yang
terdapat di dalam susunan tersebut.

WAJ3073 SDP: Amali 1 Assignment


Foto 2 : Lampu Jurai Hiasan Pelamin

Warna : Warna Natural


Warna kekuningan menjadi warna utama dalam foto ini. Warna merah jambu dan
putih telah memberi kesan harmoni, damai dan tenang. Foto ini tidak menggunakan
warna yang banyak tetapi hasilnya amat menarik.
Irama : Irama Biasa
Irama biasa mempunyai objek yang serupa dan ruang yang sama di antara
mereka. Irama biasa mempunyai irama yang konsisten. Pengulangan yang sama
adalah berguna untuk mengatur objek. Corak pada susunan lampu iaitu motif yang
diulang dengan susunan juraian jatuh menjadikan kesan irama dan pergerakan pada
foto ini. Bilah-bilah hiasan yang terdiri daripada saiz yang sama disusun secara
teratur membentuk bulatan dan terdapat pengulangan susunan secara bertingkat.

Ruang : Ruang Ilusi


Ruang yang diambil di dalam ruang yang terhad. Susunan bunga hiasan
ditambahkan dengan kerusi dekorasi pelamin membuatkan foto begitu padat tetapi
mempunyai kesan ilusi yang menarik. Teknik penggambaran menjadikan ruang
sempit sebagai ilusi kepada ruang yang lebih besar.

WAJ3073 SDP: Amali 1 Assignment

Foto 3: Riadah
Warna: Warna Natural
Warna kuning dan coklat pada pakaian wanita dan lelaki merupakan warna yang
akan menimbulkan kesan yang berbeza apabila bertemu dengan warna latar
belakang yang pudar.
Irama: Irama Biasa
Apabila garisan yang beralun diulangi, wujudlah irama aliran. Tempat duduk yang di
rekabentuk secara mengarah dan ombak lautan menimbulkan irama aliran. Mata
kita akan menyusur sepanjang lengkungan yang akan mengubah arah tuju kita.
Ruang: Ruang Fizikal
Ruang di dalam foto 3 wujud dalam alam nyata. Ia merupakan ruang fizikal jenis
ruang tebuka kerana kawasannya kelihatan sempit dan terhad. Ruang ini dapat
digunakan dengan bijak maka kelihatan luas dan selesa. Teknik penggambaran
menjadikan foto ini menarik dan sempurna dari aspek ruangnya.

Foto 4: Jambatan Pulau Pinang

WAJ3073 SDP: Amali 1 Assignment

Warna: Warna Sejuk


Warna biru pada merupakan warna sejuk yang mempunyai kesan cahaya yang
rendah. Ia berupaya memberi kesan tenang dan damai. Manakala warna jalan
kalabu yang lebih natural menjadikan pemandangan alam yang sempurna. Warna
putih pada kereta menjadikan ia sebagai titik fokus kepada gambar ini
Irama: Irama Berselang Seli
Irama yang diwujudkan dengan mengubah posisi objek. Irama berselang- seli boleh
disusun secara aturan. Ia boleh dilihat pada jalinan besi jambatan Pulau Pinang ini.
Ruang: Ruang Fizikal
Ruang di dalam foto 4 wujud dalam alam nyata. Ia merupakan ruang fizikal jenis
ruang terbuka. Ruang terbuka ini mewujudkan ruang perspektif di mana terdapat
satu titik fokus di hujung laluan jambatan tersebut

WAJ3073 SDP: Amali 1 Assignment


Foto 5 : Kanak-kanak Melakukan Pergerakan Mengikut Rentak Muzik
Irama:Irama Biasa
Foto ini menggambarkan pergerakan irama biasa yang terhasil daripada
pergerakan sekumpulan kanak-kanak. Foto ini menunjukkan pergerakan kanakkanak yang mengaplikasi konsep pergerakan mengikut rentak muzik. Kanak-kanak
telah melakukan pergerakan kreatif bertema berdasarkan konsep pergerakan yang
menghasilkan irama.Irama biasa terhasil kerana objek yang serupa dan ruang yang
sama di antara budak-budak yang bergerak dalam bentuk bulatan. Irama biasa yang
terbentuk ini adalah konsisten. Pengulangan yang sama wujud untuk mengatur
sesuatu objek. Pergerakan irama biasa ini terbit daripada arah tujubadan kanakkanak yang terbaring bertentangan sesama kawan secara berulangan dan dalam
jarak yang sama. Corak susunan yang terhasil jugaadalah berulangan.

Warna:Warna panas dan warna sejuk (Dominan : Warna Sejuk)


Kesan baju yang berlainan warna seperti biru (dominan), merah, putih dan
kuning membentuk visual yang berwarna-warni dan menarik.Terdapat warna panas
dan warna sejuk melalui pakaian kanak-kanak. Warna merah di antara warna biru
memberikan imej fokus pandangan dan riang di kalangan sekumpulan kanak-kanak
tersebut.

Ruang: Ruang dan jarak sekata


Ruang digunakan dengan sepenuhnya melalui pergerakan kanakkanak.Terdapat ruang dan jarak yang sama di antara setiap kanak-kanak
membentuk susunan yang sekata. Susunan postur badan kanak-kanak secara lurus
dan tangan menyentuh sesama kawan membentuk corak yang sekata. Ruangan
yang mencukupi ini mewujudkan keselesaan kepada kanak-kanak untuk melakukan
setiap pergerakan.

WAJ3073 SDP: Amali 1 Assignment


Foto 6 : Kanak-kanak Bermain

Irama: Irama progresif


Irama progresif terhasil melalui perubahan motif daripada pergerakan tubuh
setiap kanak-kanak tersebut. Kesan irama dihasilkan melalui unsur-unsur
pergerakan kanak-kanak yang diparesiasikan dari memek muka kanak-kanak yang
sedang gembira berlari di dalam air. Corak susunan yang searah ini telah
mewujudkan kesinambungan dari satu unsur kepada unsur yang lain.

Warna: Warna panas dan warna sejuk


Warna layang-layang dan seluar yang berlainan warna dengan warna panas
seperti merah dan kuning, warna sejuk seperti hijau, biru muda memberikan kesan
warna yang ceria dan harmoni. Kesan warna ini menggambarkan suasana yang
riang dan gembira bagi kanak-kanak yang sedang bermain. Di samping itu, warna
percikan air menunjukkan pergerakan agresif pada kanak-kanak ini.

Ruang: Susunan motif sekata antara gelung-gelung


Terdapat motif yang diulang secara tersusun dan dalam jarak dan ruang yang
sekata melalui pergerakan kanak-kanak dan hayunan kaki antara mereka. Ruangan
di antara kanak-kanak disusun secara sekata membolehkan kanak-kanak bergerak
secara bebas semasa bermain. Jarak bagi setiap kanak-kanak adalah sama
menjadikan imej pandangan keseluruhannya menjadi kemas dan teratur.

Ahli Kumpulan: Sem 7 PPG PSV


Nama Pelajar
1. Ida Suhana bt Hj Yahya
2. Lee Boon Chuan
3. Wong Wan Tin

No. Kad Pengenalan


790202085276

830327025406
840717135458

Angka Giliran

2012121360394
2012121360396
2012121360403

Você também pode gostar