Você está na página 1de 2

PEMIKIRAN BARAT DAN PENGARUH TERHADAP INDIA

LIBERALISME

Timbul hasil lanjutan daripada zamna Renaisans di Eropah.


Terhasil akibat tindak balas kaum intelek Eropah terhadap penindasan gereja terhadap ilmu.
Teori-teori palsu ciptaan cendikiawan yang liberal digunakan menjatuhkan agama Kristian.
Konsep ini diadaptasi oleh para cendekiawan India untuk melakukan perubahan bukan untuk

menghapuskan peranan agama secara keseluruhan.


Takrif: aliran pemikiran yang bertujuan meningkatkan kebebasan yang diberi kepada individu,

dan tidak bertentangan dengan pandangan Hindu.


Semasa kemasukan British ke India, konsep seperti ini berkembang dalam komuniti kecil

Wilayah Bengal
Tokoh: Ram Mohan Roy, Mahatma Ghandi
Konsep liberalisme banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat India. Terdapat 3 bahagian:

hal ehwal negara, ekonomi, dan nilai etika.


Pengaruhnya tidak menimbulkan kepercayaan baru di India tetapi gaya pemikiran lama
dikemukakan dengan pemikiran baru.

Sumbangan Ram Mohan Roy (Bapa Modenisasi India)


Dikenali sebagai perintis kepada kesemua kehidupan, agama, sosial dan pendidikan dalam
komuniti masyarakat Hindu abad 19.
1816 menerbitkan Vedanta Sara yang berusaha menemukan suatu monoteisme dalam
pandangan Vedanta.
Mengadaptasikan pengaruh pemikiran luar untuk memaju dan mengembang agama
Buddha dari aspek sosioekonomi dan politik.
Dalam nilai etika penghapusan perkahwinan kanak-kanak, golongan atasan, penghapusan
adat sati. Ram Mohan Roy mendakwa nilai moral atau etika perlu diubah mengikut zaman,
tempat dan keadaan masyarakat.
Ram Mohan Roy juga pejuang amalan Hindu dan menolak amalan penyembahan berhala
membina suatu amalan yang lebih bersifat intelektualistik, sederhana dan pemujaan.
Menubuhkan badan yang dinamakan Brahmon Samaj konsep liberalisasi diserap secara
tersusun, ahli di bawah persatuan ini bersikap liberalisme dan indivisualistik. Setiap
individu bebas beragama secara bebas dan mengasingkan amalan agama yang bersifat
ortodoks.
Corak pemikiran kesaksamaan juga diadaptasikan daripada pemikiran Barat oleh golongan

terpengaruh dalam amalan sembahyang mereka.


Mahatma Gandhi
Mementingkan kebenaran serta menjauhi kekerasan. Sifat kebenaran itu adalah sifat yang
teragung sebagai semangat demi mencapai kebenaran yang tidak berbelah bahagi, tidak
boleh dibelah bahagi dua yang tidak berawal dan yang tidak berkesudahan.

Untuk menyedari kebenaran ini kita seharusnya membebaskan diri kita daripada sebarang
ikatan.
Gandhi juga menyarankan ajaran Ahisa ajaran yang dimiliki oleh semua agama, iaitu
manusia mempunyai kewajipan untuk menghindari segala kejahatan yang dilakukan di
dunia.
Ajaran ini disandarkan kepaa beberapa bahagian ahimsa:
Pertama penyucian individu merupakan permulaan bagi kemerdekaan dan kesejahteraan.
Kedua perjuangan individu secara bersama dapat meningkatkan lagi kemajuan dan
perkembangan sesebuah masyarakat.
Gandhi lebih bersikap liberal dalam kelas sosial yang adil dan bukannya bersikap seperti
mana yang dituntut dalam kelas kasta.
Menurut beliau, semangat kecintaan dapat mengurangkan lagi jurang perbezaan identiti
dalam kehidupan yang realiti.
Beliau juga menyeru kepada rakyatnya supaya menjadi rajin untuk menghulurkan bantuan
serta kembali berbaik dengan hubungan murni antara manusia dan alam. Beliau yakin
bahawa penceraian dengan alam akan menimbulkan beberapa kesan buruk kepada mereka.
Pemikiran Gandhi adalah swadesi berusaha sendiri untuk memenuhi keperluan diri.
Pendidikan memainkan peranan penting dalam menyucikan diri kerana rakyat boleh
berdikari.
Pemikiran beliau juga termasuklah pemikiran Hindu lebih kepada gerakan sosial,
bukannya eksklusif kasta untuk mencapai pembebasan diri daripada keinginan,
kemarahan, ketamakan dan keangkuhan.
Berdasarkan ajaran yang dibuat oleh Gandhi ajaran Gita berjaya mempengaruhi rakyat
jelata dengan sifat-sifat keseimbangan dalam diri. Ajaran Gita juga merupakan jalan
perhubungan yang sangat baik antara manusia dengan alam sekeliling.
Gandhi juga menunjukkan sifat liberalismenya dengan menentang hal pemilikan harta
yang cuba diambil alih oleh kerajaan dan perniagaan dijalankan dengan penuh amanah
oleh kerajaan tempatan.
Atas usaha beliau juga, peranan golongan kerajaan tidak lagi tertumpu hanya kepada
agama Hindu sahaja tetapi turut kepada agama lain.

Você também pode gostar