Você está na página 1de 25

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013

KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:


FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK ESEI ILMIAH
TAJUK: 1.
PENTERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN
MUZIK
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIM

NO. MATRIK
D20112053359

PUSAT PEMBELAJARAN: EL A02(A121PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN ZAINI BIN ABDULLAH


TARIKH SERAH: 24 OKTOBER 2012

PENTERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA
PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK.
1.0 PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) penting dalam pelaksanaan
pendidikan

negara.

FPK

menjadi

panduan

untuk

semua

pihak

untuk

memastikan penterjemahannya dapat mencapai hasrat pendidikan negara


untuk melahirkan warga negara yang cemerlang. Pendidikan adalah suatu
p r o s e s p e n g a j a r a n d a n p e m b e l a j a r a n y a n g melibatkan perhubungan atau komunikasi
dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain contohnya seperti seorang guru
dengan murid-muridnya ataupun seorang ibu dengan anaknya. Pendidikan merupakan proses
pembelajaran yang tidak akan pernah berhenti dalam kehidupan seorang manusia kerana
ia berlaku sepanjang hayat. Melalui pendidikan nilai-nilai murni dan aspek moral
diterapkan

kepada

semua

pelajar.

Ini

adalah

bertujuan

untuk

m e l a h i r k a n p e w a r i s n e g a r a y a n g bertanggungjawab, berdisplin, mempunyai


jati diri yang kukuh, bersifat patriotik, berjaya dalam kehidupan serta memahami dan
mencintai budaya negara. Selain itu, ia juga penting untuk memupuk semangat setia kawan
dan perpaduan diantara berbilang kaum. Pendidikan juga merupakan suatu proses
berkomunikasi dan berinteraksi diantara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, tempat
tinggal, tempat kerja dan pekerjaannya serta institusi masyarakat yang lain. Komunikasi dan interaksi
diantara masyarakat yang baik dapat mengeratkan perpaduan dan sebagai salah satu cara hidup.
Esei ini akan membincangkan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Muzik
berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah digubal daripada usaha berfikir yang
rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah
dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk Rukun Negara. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi penyuluh yang memberi pedoman dan inspirasi kepada
segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi
pendidikan. Jika dilihat daripada intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia boleh
diterjemahkan sebagai suatu hasrat untuk memastikan usaha berterusan dalam pendidikan.
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang

berilmu

pengetahuan,

berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (KPM1996)
Antara

lainnya,

memperkembangkan

potensi

individu

s e c a r a berterusan melalui proses pendidikan. Proses pendidikan yang berlaku


seharusnya dapat mencakupi dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek.
Seterusnya, apabila rohani, emosi, jasmani dan intelek dapat disepadukan dalam proses
pendidikan maka akan lahirlah individu yang seimbang dan harmonis. Di akhir
matlamat atau hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini a d a l a h u n t u k m e l a h i r k a n
i n s a n y a n g m e n g h a y a t i n i l a i - n i l a i a g a m a d a n berpegang kepadanya.
Pembentukan FPK ini adalah berlandaskan Penyata Razak (1956), Ordinan Pelajaran
1957. Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
dan Rang Undang-undang Pendidikan 1995.

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN PENTERJEMAHANNYA


DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

(i) BENTUK PENDIDIKAN YANG ADA DI MALAYSIA


Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan
kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

Pendidikan era Masyarakat Melayu Tradisional;


Pada era ini, pendidikannya bersifat tidak formal. Penerapan budaya, adat-resam dan
agama amat dititikberatkan.

Pendidikan era Penjajahan (1511-1957);


Pendidikan Masyarakat Melayu tidak diendahkan. Wujudnya dasar pecah dan perintah
oleh penjajah yang hasilnya mewujudkan masyarakat majmuk. Pada ketika ini juga
berlakunya penghakisan budaya dan vernacular. Pendidikan ketika ini hanya untuk
mengekalkan kuasa penjajah sahaja.

Pendidikan era Sebelum Kemerdekaan (1946-1956);


Pendidikan untuk kesedaran kaum Melayu terutamanya. Ia juga untuk penyatuan rakyat
dan menuju kearah kemerdekaan.

Pendidikan era Selepas Kemerdekaan (1957- 1999);


Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan
kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan
pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke
sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Pendidikan lebih ke arah perpaduan,
tenaga kerja dan pembangunan.

Pendidikan era Millenium (2001-hingga sekarang).

Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan global dan pada masa yang sama tanpa
meninggalkan yang asal yang bersifat local atau biasa disebut sebagai glokal (global + local).
Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa
depan mereka; mampu menghadapi cabaran baru; dan berupaya membuat pilihan dengan bijak,
tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi. Sehubungan itu pendidikan perlu
dikaitkan dengan senario semasa dan masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliran
pembangunan dan kemajuan teknologi semasa khususnya ICT.
Dalam RMKe-9, pendidikan ialah bagi melahirkan modal insan yang mempunyai minda
kelas pertama dan bertaraf dunia. Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri Malaysia
pada masa itu inginkan agar pendidikan dapat melahirkan insan ulul albab. Bagi tujuan ini Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 atau ringkasnya PIPP 2006-2010 diperkenalkan
dengan tema Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional. Dalam PIPP 2006-2010
pembangunan pendidikan ialah berdasarkan enam teras strategik seperti berikut:

Membina negara bangsa

Membangunkan modal insan

Memperkasa sekolah kebangsaan

Merapatkan jurang pendidikan

Memartabatkan profesion perguruan

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan


Mulai tahun 2010, pendidikan memasuki era baru dengan diperkenalkan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan pelaksanaannya hanya berjalan mulai tahun 2011 bagi
murid tahun 1 dan tingkatan 1 pada tahun 2012. Ini bagi memastikan proses pendidikan
berjalan secara berterusan dengan melibatkan penggabungjalinan, penyerapan pengetahuan,

nilai murni dan kemahiran dalam 3 peringkat iaitu peringkat awal (bayi hingga ke pra
sekolah), peringkat sekolah ( 7 17 tahun) dan peringkat lepas sekolah.

(ii) PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DISARANKAN DALAM


FPK.
Antara proses pengajaran dan pembelajarah yang disarankan oleh FPK ialah:
a ) Mempunyai aktiviti yang pelbagai mengikut kesesuaian intelek, emosi, rohani dan
jasmani pelajar.
b ) Menggunakan set induksi yang mampu menarik minat pelajar.
c ) Menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
d ) Penggabungjalinan pengetahuan dan kemahiran pelajar.
e ) Menerapkan nilai murni kepada pelajar.
f ) Menggunakan bahan bantu belajar semaksimumnya.
g ) Menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.
h ) Mampu menyebarkan ilmu kepada orang lain dan untuk manfaat diri sendiri.

(iii) MATLAMAT PENDIDIKAN YANG DIHASRATKAN DALAM FPK.


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
l e b i h memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara. Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti
pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke
kedudukan yang paling hadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang

mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah
hingga kepada peringkat tertinggi. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk
individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab dimana ia akan menjadi seorang
warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan
insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran
utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang
terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan
kepada Tuhan dan agama. Matlamatpendidikan adalah untuk membangunkan
semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri
manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang
baik dan akhlak yangmulia sekaligus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga,
masyarakat dan w a r g a n e g a r a y a n g b a i k d a n t e r d i d i k . Satu konsep
asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam
pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang
berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan m e n e r a n g k a n k e p a d a m a n u s i a
a k a n s e s u a t u , t e t a p i l e b i h p e n t i n g l a g i i l m u mempengaruhi, mengubah dan membentuk
diri serta masyarakat manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau
perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan
kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan
hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan
negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya s e t a k a t
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk
pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang
insan, ahli keluarga, mas yarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab,
berakhlak mulia dan berbakti.
Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya dikenali Falsafah Pendidikan telah digubal
semula. Berhubung dengan perubahan-perubahan ini maka terbentuklah satu kurikulum baru
iaitu Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
ini telah dilancarkan dengan sepenuhnya pada tahun1 9 8 3 . P e n g g u b a l a n k u r i k u l u m

i n i a d a l a h u n t u k m e m a s t i k a n s e m u a m u r i d berpeluang untuk mendapatkan semua


kemahiran, pengetahuan, nilai-nilai, sikap dan juga segala amalan kehidupan yang diperlukan.
Dalam Falsafah KBSR ini, diberikan penekanan dalam kemahiran 3M iaitu membaca,
mengira dan menulis. Ini adalah pendidikan yang paling asas yang p e r l u d i k e t a h u i o l e h
s e m u a m u r i d . D a l a m K B S R i n i , i a j u g a t u r u t d i b e r i k a n penekanan dalam
perkembangan diri individu secara seimbang dan menyeluruh dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek dan juga Sosial. Selain itu juga dengan adanya aspek JERIS ini perkembangan dan
pemupukan bakat seseorang individu dapat ditonjolkan.

(a) Matlamat kepada individu (intrinsik)


Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Potensi intelek perlu diperkembangkan kerana seseorang perlu mempunyai
kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional; membuat keputusan dengan tepat dan
menyelesaikan masalah dalam kehidupannya secara bijaksana. Ini terbukti dalam FPK dengan
pernyataan:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan .
Frasa di atas jelas sekali bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai kriteria-kriteria
berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan.


Berilmu pengetahuan dan berketerampilan.
Berakhlak mulia dan hidup bermasyarakat.
Bertanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

(b) Matlamat kepada sumbangan oleh individu kepada keluarga, masyarakat dan negara
(ekstrinsik)

Pendidikan juga merupakan mekanisme bagi pembangunan sesebuah negara. Matlamat


pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan
seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus
menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri
asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Ilmu boleh
mengubah manusia dan masyarakat. Inilah yang menjadikannya sesuatu yang amat tinggi
nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada
dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada.
Pembangunan rakyat dari sudut insaniah sahaja tidak mencukupi tanpa kesinambungannya ke
arah pembangunan negara. Tamadun sesebuah negara akan lenyap jika negara menjadi lemah
atau musnah. Justeru pendidikan perlu berkeupayaan memperkembangkan individu dari segi
fizikal dan mental untuk pembangunan negara. Pendidikan perlu ke arah melahirkan rakyat yang
yang mempunyai kualiti keterampilan diri yang tinggi untuk pembangunan negara selaras
dengan Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) melalui pendidikan. Pembangunan untuk
negara boleh dilihat daripada aspek-aspek tumpuan taat setia rakyat kepada negara. Pendidikan
perlu membolehkan sesorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagi menghasilkan
warganegara yang lebih baik, iaitu warganegara yang progresif dengan jati diri yang tinggi.
Konsep negara bangsa sebagai yang digariskan dalam Teras Pertama PIPP (2006 2010) perlu di
capai melalui pendidikan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) diperkenalkan dengan
tema Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional menggariskan 6 teras srategik iaitu :

Membina Negara bangsa

Membangunkan modal insan

Memperkasa sekolah kebangsaan

Merapatkan jurang pendidikan

Memartabatkan profesion perguruan

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Negara bangsa yang dimaksudkan ialah warganegara yang mempunyai ciri patriotik, cinta
negara, glokal dan berdaya saing dengan meneruskan warisan budaya dan kesenian bangsa serta
menumpukan taat setianya kepada raja dan negara dengan ajaran agama sebagai pegangan.
Membangunkan modal insan menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya
membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang
mahir serta progresif dibina untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat ini
dapat dicapai berdasarkan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu di sekolah dengan
menyediakan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran seperti yang termaktub dalam
Kurikulum Kebangsaan. Selain itu juga FPK bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan
ekonomi dan social antara kaum untuk mewujudkan keharmonian dan kemakmuran negara.

(iv)

PENTERJEMAHAN FPK MENERUSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Guru adalah tunjang kepada sistem pendidikan. Mereka merupakan golongan pelaksana

segala dasar dan matlamat yang telah di tetapkan oleh pihak kerajaaan melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia (Warnoh dan Norasmah, 2003). Melaksanakan matlamat tersebut
sebenarnya bermula dengan kefahaman matlamat itu sendiri. Pada dasarnya, matlamat
pendidikan di Malaysia adalah berpaksikan kepada FPK yang telah diperkenalkan di dalam
sistem pendidikan di Malaysia bagi mendokong aspirasi serta falsafah negara. Melalui falsafah
pendidikan negara ini, tujuan pendidikan di Malaysia telah dinyatakan dengan jelas di mana
falsafah tersebut mencerminkan cita-cita yang didukung oleh guru dan pelajar yang banyak
terlibat di dalam proses pendidikan. Pernyataan FPK tersebut adalah seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, 2001)

Pernyataan FPK yang penuh dengan maksud tersirat dan tersurat kadang kala dengan mudah
telah disalahertikan dan disalahtafsirkan. Guru yang profesional seharusnya mampu
menjelaskan FPK dengan mudah agar matlamat pendidikan yang hendak dicapai tidak berada di
landasan yang salah yang boleh mengundang kepada pelbagai permasalahan dalam bidang
tersebut. Standard profesional ada menerangkan pelajar lulusan bidang pendidikan adalah
diharapkan untuk mengetahui dan menunjukkan dalam hal profesional mereka pengetahuan dan
amalan apabila memasuki profesion mereka (Watson, 2005). Bagi guru yang profesional pula,
kegagalan mereka mentafsir FPK merupakan kegagalan awal guru tersebut menginspirasikan
matlamat pendidikan. Nilai-nilai serta setiap elemen yang terkandung dalam FPK adalah kunci
kepada pentafsiran FPK yang betul. FPK yang mengandungi pelbagai dimensi nilai falsafah
menjadi salah satu asas kepada pembangunan matlamat pendidikan yang sebenar. Lima nilai
falsafah yang terkandung dalam FPK yang mesti disedari oleh setiap insan yang bergelar guru
termasuklah guru dalam bidang Pendidikan Muzik yang akan menghala guru ke arah matlamat
pendidikan sebenar yang boleh diterjemahkan melalui proses P&P mereka. Nilai pertama iaitu
nilai epistemologi menyentuh kepada persoalan apa yang benar? Apa yang benar (what is true)
telah disampaikan dengan jelas kepada guru iaitu memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu. Penghayatan guru muzik terhadap nilai epistemologi yang
terkandung dalam FPK akan dapat membantu pelajar menyedari potensi tersembunyi yang
wujud dalam diri mereka. Apabila segala potensi seseorang individu itu telah berjaya
dibangunkan secara menyeluruh maka barulah kebenaran itu dapat dikenalpasti dan diperolehi.
Nilai kedua adalah nilai metafizik (what is real) yang membawa guru mengetahui persoalan
mengenai di mana kebenaran itu berakhir? Dimana kebenaran itu berakhir turut dinyatakan
dalam FPK dengan jelas iaitu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tuhan
yang mempunyai Kuasa Infiniti adalah tempat dimana kebenaran itu berakhir. Kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan mampu membebaskan guru muzik dari dibelenggu falsafah barat yang
terlalu bersifat sekularisme sehingga kadangkala mereka menidakkan kewujudan kuasa Tuhan
yang benar. Nilai etika (what is right or wrong) membawa kepada mengenal mana yang betul
dan mana yang salah. Apa yang betul itu telah dinyatakan dengan jelas dalam FPK iaitu rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri. Nilai-nilai seperti berakhlak mulia, bertanggungjawab serta nilainilai yang baik itu adalah yang betul yang mesti disedari oleh guru dan diterapkan guru dalam

proses P&P. Nilai logik pula (intellectual knowledge) membuatkan manusia faham ilmu logikal
selain dengan ilmu logik akal. Untuk membuatkan guru faham ilmu logikal adalah dengan
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Apabila guru seimbang dari setiap aspek maka barulah guru tersebut dapat berfikir secara logik.
Akhir sekali, nilai estetika (menyatakan tujuan hidup manusia sebagai seorang pemimpin iaitu
khalifah) iaitu melibatkan keindahan dan keadilan amalan manusia dalam mencorak dan
mengubah dunia. Amalan bagi mengubah dunia adalah dengan memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Dunia dalam konteks FPK disini adalah
dalam ruang lingkup negara Malaysia itu sendiri.

3.0

PENTERJEMAHAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, NILAI-NILAI MURNI DAN


ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) MENERUSI TEMA/TAJUK NYANYIAN

3.1 PENGETAHUAN
a) Pengetahuan kandungan spesifik mata pelajaran.
1.1.4 Tempo ( ansur cepat dan ansur lambat)
- Mengenal pasti tempo lagu yang diperdengarkan dengan betul.
- Menyatakan jenis perubahan tempo dalam lagu yang diperdengarkan.
* Murid diperdengarkan dengan lagu Pekerti Mulia
* Murid dapat mengenal pasti tempo lagu tersebut sama ada ansur cepat atau ansur lambat.
* Murid meneliti lirik lagu yang dipamerkan di slide.
b) Pengetahuan kandungan yang diserapkan dari mata pelajaran lain.
* Bahasa Malaysia.
* Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
* Pendidikan Islam.
* Pendidikan Moral.
c ) Huraikan dan kaitkannya dengan matlamat pendidikan yang anda nyatakan dalam

tajuk matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK.


Matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK ialah melahirkan rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, bertingkah laku baik,
berdisiplin serta bersopan-santun. Ini bersesuaian dengan amalan budaya ketimuran. Selain itu,
pendidikan juga adalah berkaitan dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab serta amanah. Mematuhi peraturan dan undang-undang sebagaimana yang
dihasratkan dengan melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

3.2 KEMAHIRAN
a ) Kemahiran spesifik mata pelajaran.
Nyanyian ( Lagu Pekerti Mulia ))
2.1.1. Menyanyi dengan teknik yang betul.
- Membuat latihan postur, sebutan dan pernafasan yang betul.
- Membaca lirik lagu baris demi baris
- Menyanyi lagu rangkai demi rangkai
- Menyanyi keseluruhan lagu
b ) Kemahiran lain yang digabungjalinkan
* Bahasa Malaysia sebutan dan bacaan.
* Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan amalan nilai murni.
* Pendidikan Islam amalan nilai murni.
* Pendidikan Moral - amalan nilai murni.
c ) Huraikan dan kaitkannya dengan matlamat pendidikan yang anda nyatakan dalam
tajuk matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK.
Matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK ialah melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan serta dapat menyebarkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dengan
semanfaat yang mungkin bukan hanya untuk dirinya sendiri malahan untuk orang lain, masyarakat
dan negara. Sehubungan dengan itu juga, konsep pendidikan sepanjang hayat diharap akan

menjadi amalan agar ia dapat diperkembangkan. Rakyat Malaysia diharapkan akan berfikiran luas
dan terbuka dalam usaha kerajaan mencapai hasrrat matlamat pendidikan menjadikan warga
Malaysia warga yang berilmu pengetahuan.

3.3 NILAI-NILAI MURNI


Falsafah Pendidkan Negara menerapkan 16 nilai murni rakyat Malaysia dalam sistem pendidikan.
Nilai-nilai murni ini merupakan kesepaduan antara nilai moral, nilai budaya, nilai agama dan nilai
Estetik.
Antara nilai murni yang boleh diterapkan dalam tajuk Nyanyian ( lagu Pekerti Mulia) ini ialah :
(a) B a i k h a t i b e r d a s a r k a n l i r i k l a g u y a n g d i n y a n y i k a n , n i l a i
m u r n i i n i m e n g a j a r p e l a j a r a g a r m e m p u n y a i s i f a t bertimbang rasa,
pemurah, saling faham-memahami dan pemaaf.
(b) Hemah tinggi baris lagu sopan-santun dijaga di mana saja menjadikan pelajar
bertingkah laku mulia, menghargaimaruah sendiri, menyemai sifat kesopanan dan menginsafi
diri sendiri dan mengakui kesalahan diri.
(c)Keberanian -melalui nilai murni ini keberanian yang ditekankan ialah dari segi
menuntut kebenaran atau keadilan, menentang kesalahan,mempertahankan pendirian positif,
berani bertanggungjawabdan bertindak secara rasional.
(d) Kejujuran -men yemai sifat amanah, bercakap benar, niat baik dan
i k h l a s hati dalam diri dan kehidupan pelajar.
(e) Kebersihan fizikal dan mental - selain menjaga kebersihan dan kesihatan diri, pelajar juga akan
turut mementingkan kelakuan sopan, emosi dan berpemikiran sihat.
Berdasarkan nilai-nilai murni yang dinyatakan, jelas sekali guru dengan sesungguhnya telah
menerapkan FPK yang bermatlamatkan kepada pembangunan insan dalam menghasilkan insan yang
seimbang dan harmonis secara menyeluruh dan bersepadu serta sempurna sahsiahnya menuju kearah rakyat

berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, berilmu pengetahuan dan percaya serta patuh kepada
Tuhan.
3.4 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan
kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum
yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam
Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi,
Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti
sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
Guru perlu memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan
secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan
insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam
pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara


efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Elemen merentas kurikulum yang boleh digabungjalinkan
dalam tajuk ini ialah :

Bahasa

Nilai Murni

Kreativiti dan inovasi dan

Teknologi maklumat

Elemen Bahasa yang diterapkan bertujuan sebagai alat penyebar ilmu dan komunikasi serta
perpaduan kaum. Semangat kerjasama hasil dari perpaduan ini membantu wujudnya toleransi,
perasaan kekitaan serta hormat-menghormati.

Di samping menjadi medium untuk

menyampaikan maklumat. Nilai murni pula penting melahirkan rakyat Malaysia yang
seimbang dan harmonis berdasarkan berakhlak mulia, percaya kepada Tuhan, berilmu
pengetahuan , bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, dan negara.

Elemen kreativiti dan inovasi dan teknologi maklumat yang diterapkan sejajar dengan
hasrat FPK untuk menghasilkan modal insan berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea
dan ciptaan yang berkualiti yang menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan serta mampu
menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Selain dapat

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif, diharapkan mereka juga
dapat menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian secara
kreatif dan inovatif.

Kesimpulannya, matlamat ini dapat dicapai dengan pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu seperti yang termaktub dalam FPK.

4.0

PETA MINDA : HUBUNGKAIT ANTARA KOMPONEN PENGETAHUAN,


KEMAHIRAN, NILAI-NILAI MURNI DAN EMK DALAM PENTERJEMAHAN FPK.

KEMAHIRA
N
Pendidikan Muzik
Tahun 4

PENGETAHUA
N

NILAI
MURNI

Nyanyian
(Lagu Pekerti Mulia)

ELEMEN
MERENTAS
KURIKULUM

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

5.0

APLIKASI KOMPONEN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, NILAI-NILAI MURNI


DAN EMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN JANGKAAN
TERHADAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik saya yakin dan percaya bahawa
matlamat pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu membina
warganegara yang baik boleh dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa setiap murid yang saya
didik mempunyai potensi yang berbagai. Potensi tersebut merupakan modal insan yang dapat
dibentuk dan dikembangkan lagi untuk mengupayakan setiap murid nanti memberikan sumbangan
kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Modal insan yang dinyatakan dalam
FPK mencakupi kecerdasan intelek, rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin dengan
mengaplikasikan secara berterusan, menyeluruh, bersepadu dan seimbang terhadap pengetahuan,
kemahiran, nilai dan EMK menerusi mata pelajaran Pendidikan Muzik, pembangunan modal insan
boleh dicapai.

6.0

PROSES MENTERJEMAHKAN KOMPONEN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN,


NILAI DAN EMK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4
Tarikh
Hari

15.10.2012

Isnin

Masa

12.30 -1.30 tengah hari

Kelas

Tahun 4 Ibnu Sina

Subjek

Pendidikan Muzik

Tajuk

Nyanyian

Sub Tajuk

Lagu Pekerti Mulia

Aspek

Hasil pembelajaran

Pengalaman Muzikal
: 2.1.1 Menyanyi mengikut teknik yang betul.
1.1.4 Menyanyi mengikut tempo yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada

: 1. Murid pernah belajar menyanyi mengikut teknik yang


betul.
2. Murid pernah menyanyi mengikut tempo yang betul.

Pada akhir proses P & P, murid boleh:


2.1.1 Menyanyi mengikut teknik yang betul.

1.1.4 Menyanyi mengikut tempo yang betul.


Hasil Pembelajaran: Selepas pengajaran, pelajar dapat
1.

Domain Kognitif :
i. Menyatakan 2 daripada 4 nilai murni yang terdapat di dalam lagu yang dipelajari.
ii. Boleh menjelaskan maksud 2 daripada 4 nilai yang dipelajari.

2.

Domain Afektif

3.

i.

Bersifat jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

ii

Bersikap baik hati dan ikhlas menolong orang lain..

Domain Psikomotor
i. Menulis semula lirik lagu yang dipaparkan di slide.

ABM

: Power point, kibod, kad solfa, lembaran kerja

Pengisian Kurikulum:
i. Ilmu.
*

Bahasa

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

ii. Nilai

Baik hati

Hemah tinggi

Keberanian

Kejujuran

Kebersihan Fizikal dan Mental

iii.

Elemen Merentas Kurikulum


a)

Bahasa

b)

Kreatif & Inovatif

c)

Teknologi maklumat

Strategi

: Pengajaran kumpulan
Berpusatkan murid

Pengetahuan Sedia Ada :


1. Murid sudah tahu menyanyi mengikut teknik yang betul dari segi postur, sebutan dan
pernafasan.
2. Murid sudah mempunyai pengetahuan tentang menyanyi mengikut tempo..

KBKK

: Konsepsi idea

LANGKAH

AKTIVITI DAN STRATEGI


Aktiviti Guru

Langkah 1

Set Induksi

1. Guru mengarahkan
murid
melakukan
latihan humming dan
pernafasan dengan
memainkan kibod.

CATATAN

Aktiviti Murid
Murid
melakukan
humming dan latihan
pernafasan
dengan
iringan kibod guru.

Integrasi:
Pendidikan
Islam

(10 minit)
BBM:
2.

Murid
melakukan
Guru
memanggil humming
dan
murid secara rawak pernafasan
secara
untuk
humming individu dengan iringan

Kepingan
kad solfa

secara individu.

kibod guru.

3.
Guru beri pujian
kepada murid yang
berjaya
humming
dengan
kaedah
pernafasan
yang
baik.
.

Langkah 2

Pencetusan
Idea
(10 minit)

Integrasi

1. Guru meminta murid


membaca lirik lagu.
Guru
mendengar
sebutan lirik lagu
tersebut.
Guru
memainkan
lagu
dengan
iringan
kibod.
Guru
menjadikan
beberapa
orang
murid sebagai model
dan meminta murid
lain
menyanyi
mengikut
murid
yang terpilih itu.

Murid
menyanyikan
lagu mengikut tempo
dengan iringan kibod
guru .

Bahasa
Melayu

BBM
Senikata lagu
Pekerti
Murid
menyanyi
Mulia
mengikut tempo dengan menggunaka
iringan kibod guru
n
mengikut model sambil
TMK
menepuk tangan.
Slide lirik
lagu Pekerti
Mulia

Langkah 3

Guru bersoaljawab
dengan
murid
tentang 4 nilai yang
terdapat di dalam
lagu
Pekerti
Mulia. .

Murid
mendengar
penerangan guru. Murid
berkongsi
maklumat
dengan rakan dan guru
tentang 4 nilai murni
tersebut.

Guru meminta murid


memberikan maksud
2 daripada 4 nilai
yang terdapat di
dalam lirik lagu..

Murid berlumba-lumba
untuk
memberikan
maksud nilai kerana
murid yang memberi
jawapan yang
betul
akan diberi pujian.

Integrasi:
Bahasa
Malaysia

Pengembanga
n Idea
(10 minit)

EMK
Kreatif dan
Inovasi

1. Murid dibahagikan
kepada
dua
kumpulan iaitu lelaki
dan
perempuan.
Guru mengarahkan
murid
menyanyi
berselangan rangkai
lagu bagi setiap
kumpulan.

Murid diminta
menyanyi berselang
rangkai tanpa iringn
kibod.

Integrasi :
Langkah 4

memberi Murid menyanyi


2. Guru
penerangan
untuk berselang rangkai
aktiviti yang hendak mengikut iringn muzik.
dijalankan.

Pengukuhan

Pendidikan
Islam
Bahasa
Melayu

(20 minit)
BBM :
Lembaran
kerja
3.

Guru mengedarkan
lembaran kerja untuk
menilai pemahaman
murid

EMK
Kreatif dan
Inovasi

Penutup
(10 minit)

1. Guru bersoal jawab Murid


membuat
dengan
murid kesimpulan
tentang
tentang nilai murni tajuk yang dipelajari.
yang terdapat di
dalam lagu.

Integrasi:
Pendidikan
Islam

Guru meminta murid Murid


menyanyikan
menyanyikan lagu lagu
dengan
riang
semula
sambil
membuat
pergerakan

RUJUKAN
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum ( Edisi kedua )
Tanjong Malim Perak Malaysia: Quantum Books
Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS
Pub & Distributor Sdn. Bhd.
Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai Nilai Murni dalam Pendidikan Menghadapi Perubahan
dan Cabaran Alaf Baru. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan.
Mok Soon Sang. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Siri Pengajian Profesional.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Warnoh Katiman dan Norasmah Hj. Othman. (2003). Program Pendidikan Guru Teknik Dan
Vokasional Yang Cemerlang. Fakulti Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Você também pode gostar