Você está na página 1de 3

Cempaka Dan Sutera Putih.

Pak Zaki dan Mak Sita sepasang suami isteri. Mereka sudah lama berkahwin
tetapi tidak mempunyai cahaya mata. Akhirnya mereka bersetuju untuk
mengambil seorang anak angkat. Namanya Cempaka.
Kini, Cempaka sudah remaja. Cempaka sudah menjadi gadis sunti
yang cantik. Pak Zaki dan Mak Sita sangat menyayangi Cempaka. Mereka
mendidik Cempaka bagai menatang minyak yang penuh
Cempaka seorang gadis yang rajin. Dia selalu membantu ibu dan bapa
angkatnya di sawah. Pagi-pagi lagi Cempaka sudah bangun. Dia menyiapkan
sarapan untuk ibu dan bapa angkatnya. Kemudian, mereka sama-sama pergi
ke sawah. Cempaka bukan saja rajin malah berbudi bahasa. Dia begitu
menghormati orang tua. Pak Zaki dan Mak Sita telah menganggap Cempaka
seperti anak sendiri.
Pada suatu ketika, kampung mereka dilanda kemarau. Sawah mereka
menjadi kering- kontang. Semua tanaman penduduk kampung mati. Pak Zaki
dan Mak Sita susah hati kerana beras mereka sudah habis. Padi mereka di
sawah juga habis mati. Mereka bimbang jika kemarau itu berterusan, sudah
tentu mereka sekeluarga akan kelaparan. Pak Zaki dan Mak Sita termenung
panjang.
Tiba-tiba Cempaka menghampiri mereka. Mak dan ayah janganlah
bersedih. Cempaka akan menolong mak dan ayah. Tetapi mak dan ayah
mesti berjanji bahawa tidak akan melihat apa yang Cempaka lakukan, kata
Cempaka

kepada

Pak

Zaki

dan

Mak

Sita

pada

suatu

malam.

Apakah yang akan Cempaka lakukan? tanya Pak Zaki dan Mak Sita
serentak.

Mereka

berdua

berpandangan.

Kalau bergitu, baiklah, Cempaka, kata Mak Sita. Cempaka gembira.


Mulai hari ini, mak dan ayah janganlah bimbang. Kita tidak akan kelaparan
lagi.

Mak

dan

ayah

pergilah

tidur.

Cempaka pun masuk ke biliknya. Dia mengunci pintu. Dia berharap

agar kedua-dua ibu bapa angkatnya tidak melihat apa yang dilakukannya itu.
Keesokan harinya, Cempaka mendapatkan Pak Zaki dan Mak Sita.
Mak, ambillah kain sutera ini. Mak pergilah ke pekan dan menjualnya, kata
Cempaka sambil menghulurkan sehelai kain sutera putih kepada Mak Sita.
Pak

Zaki

dan

Mak

Sita

terkejut.

Dari manakah kamu mendapat benang tenun ini? tanya Mak Sita
kehairanan. Dia membelek-belek kain sutera itu. Tenunannya sungguh halus.
Setelah didesak oleh Cempaka, Mak Sita pun pergi ke pekan untuk menjual
kain sutera itu. Seorang saudagar telah membeli kain sutera itu dengan
harga yang mahal. Saudagar itu meminta Mak Sita membawa kain-kain
sutera

itu

lagi.

Mak Sita pun pulang ke rumahnya dengan gembira. Wang itu telah
digunakan untuk membeli barang-barang keperluan mereka sekeluarga.
Pagi esoknya, Cempaka datang lagi sambil menghulurkan kain sutera
kepada Mak Sita. Mak Sita berasa kagum bercampur hairan. Lalu dia
mengambil kain sutera itu dan membawanya ke pekan. Dia sudah berjanji
dengan saudagar semalam. Saudagar itu berasa puas hati dan membayar
dengan

harga

yang

mahal.

Mak Sita, esok jangan lupa bawa lagi kain sutera, pesan saudagar
itu.

Mak

Sita

menganggukkan

kepalanya.

Pada malamnya, Mak Sita bercakap-cakap dengan Pak Zaki di bilik


mereka. Saya hairan bagaimana Cempaka dapat menenun kain itu.
Tenunannya sungguh halus, kata Mak Sita. Mari kita intai dan tengok
bagaimana Cempaka menenunnya, kata Mak Sita mengajak Pak Zaki. Pak
Zaki juga teringin melihatnya. Mereka pun berjalan perlahan-lahan dan
mengintai

Cempaka

melalui

celah-celah

dinding

biliknya.

Alangkah

terperanjatnya mereka apabila melihat seekor bangau sedang tekun


menenun. Bangau! Mak Sita terjerit. Dia memandang ke arah Pak Zaki.
Bangau jelmaan di dalam bilik Cempaka mendengar jeritan Mak Sita
itu. Dia pun menangis teresak-esak. Lalu dia pun berjalan ke arah Mak Sita
dan Pak Zaki. Dia menghulurkan kain sutera yang baru saja ditenunnya.

Tangisannya

semakin

kuat.

Mengapakah mak dan ayah melanggar pesan saya? tanya bangau


itu. Kalau begitu, inilah kain sutera terakhir yang dapat saya tenun untuk
mak dan ayah, kata bangau jelmaan itu. Maafkan mak, Cempaka, kata
Mak Sita. Emak teringin benar hendak melihat kamu menenun, jawab Mak
Sita lagi.
Mak dan ayah, mungkin inilah hari terakhir saya dapat bersamasama dengan mak dan ayah. Janganlah tinggalkan mak dan ayah,
Cempaka,

Mak

Sita

merayu.

Dia

benar-benar

menyesal.

Tidak boleh, mak. Cempaka akan kekal menjadi bangau buat selamalamanya. Sebenarnya Cempaka telah terkena sumpahan. Jika ada sesiapa
melihat Cempaka menjelma sebagai bangau, Cempaka akan kekal menjadi
seekor bangau, kata Cempaka. Terpaksalah kita berpisah, kata Cempaka
sambil

menangis

teresak-esak.

Keesokkan harinya, bangau jelmaan itu pun terbang jauh dari situ.
Mak Sita dan Pak Zaki menyesal tidak terkira. Mereka benar-benar sedih atas
kehilangan

Cempaka.
Kini hiduplah mereka suami isteri berdua saja. Setelah musim

kemarau berlalu, Pak Zaki dan Mak Sita kembali bercucuk tanam. Mereka
juga

ke

sawah

untuk

menanam

padi.

Setiap bulan purnama, bangau itu akan datang menjenguk Pak Zaki
dan Mak Sita. Dia datang melawat ibu bapa angkatnya sambil membawa
sehelai kain sutera putih. Walaupun Pak Zaki dan Mak Sita tidak dapat
bersama-sama
melepaskan

dengan
rindu

anak

angkat

setiap

mereka
kali

tetapi
bulan

Dari : Siri Cerita Klasik Maxim Press & Publication Sdn. Bhd.

mereka

dapat

purnama.

Você também pode gostar