Você está na página 1de 3

HUKUM MAD

MAD FAR'IE
Mad Far'ie terbahagi kepada 8 :
1) MAD 'ARIDH LIL SUKUN
Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad
ketika waqaf.
Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat
pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan
keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.

2) MAD BADAL
Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak
terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah.
Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk
meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan:
Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.
Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.
Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.
Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida').
Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

3) MAD 'IWAD
Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta'
Marbutah.
Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf.

4) MAD JAIZ MUNFASHIL


Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika
wasal sahaja.
Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan
ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan
Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan.
Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam alQuran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran:
Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua
kalimah yang berpisah antara keduanya.
Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah
dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi :
Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah.
Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.

5) MAD LIIN
Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja.
Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.
Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6
kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun

6) MAD SILAH QASIRAH


Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.
Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat
huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.
Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah
qat'ie.

7) MAD SILAH TOWILAH


Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.
Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat
huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.
Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah
Qat'ie :

8) MAD ASLI
Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie.
Mad Asli terjadi apabila :
Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.
Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan.
Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.
Perhatian: Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri dengan Alif dan dibaca
panjang dengan kadar 2 harakat ketika waqaf sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-kalimah ini
dibaca dengan pendek tidak bermad.

Você também pode gostar