Você está na página 1de 17

1.

PENDAHULUAN

Kursus cabaran dan isu semasa dunia membantu kita memahami isu-isu penting yang
berlaku di peringkat global. Pemahaman yang sebegini berhasrat membantu kita menjadi
warga yang berjaya di pentas antarabangsa dan berilmu pengetahuan serta sedar akan
perkembangan yang berlaku di dunia ini. Dalam tugasan kerja kursus, kita dikehendaki
membuat analisis punca dan impak isu alam sekitar global terhadap kehidupan manusia dan
perlu mencadangkan langkah-langkah menangani isu berkaitan. Yang kita sedar bahawa
ekosistem memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia adalah amanah
dan anugerah Tuhan kepada manusia yang harus dipelihara sebagai warisan generasi yang
berpanjangan. Walaupun tanggungjawab menjaga alam sekitar sangat penting namun ianya
seringkali diabaikan dalam keghairahan mengejar

kemajuan jasmaniah. Warisan ini

sebenarnya terlalu tinggi nilainya dalam kehidupan manusia. Sebenarnya, isu alam sekitar
yang terjadi adanya berasal daripada perbuatan manusia sendiri.

2.0

Pengenalan isu alam sekitar

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia
berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk
kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan
hidup (abiosis) contohnya, tanah , bentuk muka bumi , cuaca dan factor kimia . Satu
keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan
keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.
Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat
tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai
bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam
kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih
menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering
membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang
juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media
tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di Bandarbandar besar, kesesakan lalu lintas di Bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran
udara, bunyi dan tanah tanih.Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan
pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian
1.

14

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting


untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira
ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan
menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan
hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan
menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan
masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan
pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut.
Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh
kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan
perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh
pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah
diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah
tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan
untuk isu-isu tersebut.

3.0

KONSEP KESAN RUMAH HIJAU

Fenomena rumah hijau bukanlah satu fenomena asing di negara ini . Fenomena ini terjadi
kesan daripada peningkatan suhu bumi yang tidak berada di tahap normal . Rumah hijau
bolehlah didefinasikan sebagai rumah kaca yang diperbuat daripada plastik yang
membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal . Haba dari cahaya matahari
menembusi struktur luksinar akan memanaskan tumbuh tumbuhan dan tanah di
dalamnya. Kesan rumah hijau adalah berkaitan dengan kesan pemanasan atmosfera
terhadap bumi. Gelombang cahaya matahari melalui udara diserap oleh bumi. Bumi
kemudiannya memancarkan semula tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap oleh
udara, terutamanya oleh karbon dioksida. Karbon dioksida di atmosfera bertindak seperti
kaca di dalam rumah hijau di mana kaca menukarkan jarak gelombang cahaya yang
memasuki rumah kaca menjadi semakin memanjang dan membebaskan haba dalam rumah
kaca dan memerangkap haba tersebut. Konsep asal di dalam rumah hijau diterjemahkan ke
atmosfera dan dinamakan sebagai kesan rumah hijau. Fenomena rumah hijau ini bukan
sahaja mengancam kehidupan manusia sejagat malahan juga merosakkan tumbuh
tumbuhan muka bumi ini.
2

14

.
4.0

PUNCA RUMAH HIJAU

Antara faktor terjadinya fenomena rumah hijau adalah apabila komposisi gas-gas seperti
karbon dioksida , karbon monoksida , dan juga nitrogen dioksida melebihi tahap normal.
Apabila suhu gas-gas ini meningkat , molekul-molekul yang mempunyai gas -gas haba akan
memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba . Menurut APEC gas
metana adalah seperti karbon dioksida akan memerangkap haba di lapisan atmosfera.
Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan
Meteorologi Dunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) .
Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosioekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan
mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada
kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor kesan rumah hijau dan
kesan jangka pendek dan panjang daripadanya. Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995)
IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Kesan rumah
hijau ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya. Laporan ketiga (2001) berkisar
kepada Menangani Perubahan Iklim. Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan
Iklim 2007) . Kajian mendapati 98 % punca kesan rumah hijau ialah pelepasan karbon
dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. .
Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan
rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat
dibendung lagi. Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut
tidak berbau dan bukan toksik. Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat
daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi
perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005. Menjelang 2099 kadarnya meningkat
14

kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti
Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah
karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu. IPCC
mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di
atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan
konsentrasi karbon dioksida di dalam atmosfera, ianya mengambil masa antara 200 atau
300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.
Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber
asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara
bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara
sedang membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan
pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan
bakar fosil secara keterlaluan dan memburukkan kesan rumah hijau. Kenderaan yang
menggunakan petrol sebagai bahan bakar terutamanya di kawasan bandar besar juga salah
satu puncanya. Pembakaran kebanyakannya dilakukan oleh kenderaan, kilang dan loji jana
kuasa elektrik. Bahan api fosil membebaskan karbon dioksida yang merupakan gas rumah
hijau yang akan memperlahankan pembebasan haba ke atmosfer. Penggunaan penyembur
aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga
menyumbang kepada kesan pemanasan global ini. Di samping itu , penebangan hutan
secara tidak terkawal juga mampu memburukkan lagi fenomena rumah hijau ini ,statistic
menunjukkan pembersihan hutan telah menyebabkan pembebasan kira kira 25% karbon
dioksida di atmosfera menerusi pembakaran dan penebangan pokok yang medi mana ia
boleh membabitkan 34 juta hektar hutan setiap tahun. Kehilangan hutan tropika sekaligus
menyebabkan pembebasan beratus juta tan karbon dioksida ke atmosfera setiap tahun.
Hutan di kawasan yang beriklim sederhana turut mengalami kemusnahan di mana ia boleh
menyerap sebanyak 2 billion tan karbon dioksida setiap tahun . Sebagai contohnya ,
kawasan Siberia telah kehilangan hampir 10 juta hektar hutan setahun akibat daripada
aktiviti pembakaran hutan yang tidak terkawal ini .Pembangunan yang tidak dirancang turut
menyumbang kepada permasalahan fenomena rumah hijau ini. Ujian nuklear dan
pelancaran peluru berpandu oleh USA dan Rusia telah mewujudkan lubang ozon di benua
Antartika. Kini, saiznya adalah dua kali ganda benua Eropah.

14

5.0

IMPAK KESAN RUMAH HIJAU

Antara kesan daripadanya berlakunya fenomena rumah hijau ini adalah terjadinya pencairan
ais di masa berlakunya perubahan ais di artik dan antartika. Secara keseluruhannya, benua
ini mengandungi lautan artik, Greeanland, Pulau Baffin, Pulau Kecil Utara, dan bahagian
Utara Eropah, Russia, Alaska, dan Kanada. Pada pertengahan musim sejuk, matahari tidak
terbit sehingga suhu turun sehingga -50 darjah. Pada musim panas pula, kawasan lebih
selatan menerima cahaya matahari 24 jam sehari lalu menyebabkan keadaan ais dan
bahagian tanah atas mencair. Ini seterusnya mewujudkan pecahan bongkah ais yang
hanyut ke bahagian utara yang lebih sejuk ke selatan.
Kesan yang kedua adalah berlakunya penggurunan. Penggurunan bermaksud
degradasi di tanah yang usang. Penggurunan berlaku apabila terjadinya pertambahan
permintaan populasi dalam penanaman tumbuh tumbuhan dan penternakan haiwan .
selain

itu,

penyalahgunaan

tanah pada musim

kemarau

yang berterusan akan

memburukkan lagi keadaan ini.


Impak langsung kesan rumah hijau adalah menyebabkan pemanasan global.
Senario pemanasan global, negara seperti Afrika merupakan kawasan yang sebahagian
besarnya diliputi kawasan gurun yang panas. Namun, baru-baru ini berlaku penurunan salji
pada tahun 2006. Manakala Perancis mengalami panas melampau yang telah
mengorbankan 29 penduduknya pada 2006. Pemanasan global menyebabkan air laut
menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang.
Peningkatan kepanasan juga membantu proses penyebaran penyakit yang akan
14

mengancam hidupan laut. Perubahan habitat juga berlaku akibat pemanasan global.
Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan
hidupan di bumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru. Keadaan suhu yang ekstrem
dan kerap akan membawa kemusnahan. Perubahan bentuk taburan hujan akan merubah
sama ada menyebabkan banjir atau kemarau. Taufan dan ribut tropika juga akan berlaku
hasil perubahan cuaca dan suhu yang tidak konsisten. Kesan rumah hijau telah
meningkatkan suhu bumi hingga boleh menjejaskan kesihatan manusia. Menurut kajian
yang dilakukakn oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), perubahan iklim yang telah
terjadi sejak tahun 1970-an telah menyebabkan 150 ribu kematian setahun akibat
peningkatan kejadian penyakit. Jangkitan virus, bakteria dan kuman pembawa penyakit
dikatakan akan semakin berleluasa. Jika dahulu, penyakit influenza hanya akan menyerang
ketika di musim dingin (di negara empat musim) atau di musim hujan ( di Negara iklim
tropika), tetapi kini sudah mula menyerang tidak mengira musim lagi. Kesan rumah hijau
menyebabkan perubahan iklim. Perubahan iklim yang berkaitan dengan pola hujan
mempengaruhi penyebaran berbagai mikro organisma penyebar penyakit. Hujan mencemari
air dengan cara memindahkan kotoran manusia dan haiwan ke air tanah. Antara organisma
yang dikaitkan dengna penyakit cirit-birit adalah Kriptosporodium, Giardia dan E.Coli.
Walaupun begitu, penularan penyakit ini bukan hanya disebabkan olah organismaorganisma yang disebutkan sahaja. Ia juga boleh berlaku akibat kontaminasi air dan
sebagainya. Demam Denggi Berdarah dan Malaria juga berleluasa ekoran kesan rumah
hijau. Udara lembap dan hangat menjadi habitat yang paling digemari nyamuk, terutama
nyamuk jenis Anopheles dan Aedes Aegypti. Nyamuk jenis ini merupakan penyebar parasit
malaria dan virus denggi. Jika dulu nyamuk ini kerap muncul ketika transisi musim hujan dan
kemarau, tetapi kini serangannya boleh dikatakan berlaku hamper di kesemua musim
sepanjang tahun. Suhu lebih panas ternyata memendekkan kitaran hidup nyamuk-nyamuk
ini sekaligus mengurangkan tempoh matang kuman yang terdapat di dalam badan nyamuk.
Akibatnya, populasi nyamuk tersebut meningkat dan penularannya semakin cepat. Kanser
kulit juga berlaku akibat kesan rumah hijau. Gas rumah kaca yang terkumpul di atmosfera
bumi menyumbangkan peningkatan pemanasan global dan seterusnya merosakkan lapisan
ozon. Jika dalam keadaan normal, atmosfera bumi boleh menahan 95 peratus radiasi ultra
lembayung matahari dan hanya lima peratus daripada sinaran tersebut yang masuk ke
bumi, tetapi kini lapisan tersebut sudah tidak mampu untuk menahannya, terutama di sekitar
kawasan kutub selatan.
Keadaan ini seterusnya menyebabkan penduduk di kawasan itu terdedah kepada penyakit
kanser kulit. Walaupun begitu, ia tidak bermaksud bahawa kita di sini bebas untuk terdedah
di bawah sinaran matahari tanpa sebarang pelindung. Yang boleh kita lakukan adalah jika
kita rasakan kita akan berada di bawah sinaran matahari untuk tempoh waktu yang panjang,
14

pilihlah losyen yang mempunyai SPF 30 atau lebih. Ia lebih berkesan menahan sinaran
matahari yang berbahaya kepada kulit kita. Penyakit Paru Obstruktif Kronik mudah dijangkiti
apabila kesan rumah hijau semakin teruk. Rata-rata kenaikan suhu udara global hanya
0.8o Celcius. Namun di beberapa tempat, suhu udara naik cukup tinggi, termasuklah suhu
air laut hingga ada ketikanya membuatkan sesetengah tempat bertekanan rendah. Angin
kencnag mudah terbentuk ketika ini. Tiupan angin kencang yang bercampur dengan udara
kering boleh membentuk percikan api sehingga akhirnya mengakibatkan kebakaran hutan.
Akibatnya, timbul asap tebal yang memenuhi ruangn udara. Debu halus dan pelbagai oksida
karbon itu menyebabkan gangguan pernafasan seperti asma dan lebih teruk lagi boleh
menyebabkan penyakit paru obstruktif kronik. Selain itu, asap tersebut juga membawa racun
dioksin yang boleh menimbulkan kanser paru-paru dan gangguan kehamilan.
Di samping deri segi kesihatan kita terjejas, bahan kayu yang terbakar di hutan pula
menghasilkan jutaan gas-gas rumah kaca yang akhirnya pemanasan global. Kegiatan
harian manusia dan penempatan manusia juga terganggu. Pemindahan zon-zon iklim dan
gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan menangkap ikan dan
haiwan akuatik lain. Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan
bekalan elektrik. Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadangkala perlu
ditempatkan di kawasan lain kerana banjir. Begitu tenatnya dunia kita sekarang yang tak
pernah henti-henti di terokai oleh manusia kini. Walaupun begitu, perkara penerokaan ini
sememangnya amat penting buat kita dalam memajukan kehidupan tetapi pendekatan
manusia dalam meneroka isi bumi ini amat bersalahan hingga memudaratkan bumi yang
seolah-olah makin tidak selamat untuk manusia.
Kejadian kesan rumah hijau juga melibatkan penipisan ozon disebabkan pelepasan
CFC (kluorofluorokarbon). CFC digunakan secara meluas sebagai agen penyejuk di dalam
peti sejuk, penyaman udara, tin aerosol, bekas makanan polistirena clan getah berbusa
untuk membuat kusyen clan tilam. CFC juga satu sebatian daripada kapal terbang
supersonik. Ozon terurai kepada molekul oksigen oleh oksida nitrogen dan CFC. Kebocoran
pada lapisan ozon telah dikesan di kawasan Antartika pada tahun 1985, di Artik pada tahun
1987 dan sekarang di Australia pula. CFC bukan sahaja memusnahkan lapisan ozon,
molekul CFC berupaya menyerap haba 20,000 kali ganda lebih baik daripada satu molekul
karbon dioksida dan telah menyebabkan kesan rumah hijau secara langsung. Proses
penipisan ozon oleh CFC melibatkan beberapa proses yang mudah. Sinar ultra ungu memecahkan molekul CFC di atmosfera dan satu atom klorin dibebaskan. Atom klorin yang sangat
reaktif memecahkan molekul ozon kepada klorin monoksida dan molekul oksigen Atom
oksigen bebas di atmosfera memecahkan ikatan klorin monoksida. Satu atom klorin
dibebaskan dan boleh memusnahkan lebih banyak molekul ozon.
14

6.0

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI KESAN RUMAH HIJAU

Beberapa langkah segera perlu difikirkan bagi mengatasi masalah ini dari terus berlanjutan.
Antara langkah yang difikirkan sesuai bagi mengatasi permasalahan rumah hijau ini adalah
dengan melaksanakan pertanian lestari. Langkah ini dilakukan bagi mengatasi pembebasan
gas rumah hijau. Pertanian lestari ini banyak bergantung kepada bahan semulajadi
menggunakan flora dan fauna yang terdapat dalam tanah.
Perjanjian Kyotoyang ditandatangani di Kyoto, Jepun pada 1997 perlu dilaksanakan
dengan lebih serius, cekap dan berkesan. Lebih dari 160 negara yang terlibat dengan draf
perjanjian tersebutyang menekankan kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau.
Daripada jumlah itu, 38 buah negara industri perlu menghadkan pengeluaran carbon
dioksida dan gas rumah hijau yang lain. Pengharaman tersebut bermula pada 2008 hingga
2012. Setiap negara mempunyai sasaran pengeluaran carbon dioksida yang berbeza.
Namun, perjanjian ini tidak menyatakan pengharaman kepada negara membangun. Ia juga
mengalakkan kerjasama dari semua negara membangun dalam usaha untuk mengurangkan
pembebasan carbon dioksida secara sukarela. Pada 2001, Amerika Syarikat telah menolak
usul Protokol Kyoto dengan alasan bahawa ia akan mengancam ekonomi AS. Tindakan AS
ini merupakan tindakan yang menunjukkan bahawa Presiden Bush mementingkan diri dan
kepentingan kapitalis mereka berbanding usaha untuk menyelamatkan bumi. Umum sudah
tahu bahawa As penyumbang terbesar carbon dioksida dan gas rumah hijau yang lain
(melebihi 6 bilion tan). Adalah tidak wajar AS menolak terus Protokol Kyoto. Adalah lebih
baik ia dikaji dan menunjukan sedikit sikap tolak ansur dalam mengatasi isu global yang
membabitkan alam sekitar. Namun begitu, AS dalam usaha menenangkan pihak lain. Ia
telah menyatakan sokongan untuk menangani masalah pemanasan global dengan manamana negara di dunia.
Ahli kaji Iklim sedang berusaha untuk mengatasi masalah pemanasan globa dan
kesan rumah hijaul ini iaitu dengan menghadkan pembebasan carbon dioksida. Langkah
yang dititikberatkan adalah mengantikan bahan api fosil dengan sumber tenaga yang tidak
menghasilkan oksida atau menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap. Bahan api
yang tidak mengeluarkan carbon dioksida termasuklah angin, cahaya matahari, dan stim
(wap) bawah tanah.
Kaedah memencilkan carbon dioksida

dan menghalang carbon dioksida dari

memasuki ruang atmosfera atau membuang carbon dioksida yang sudah berada disitu turut
diambil. Penyimpanan dalam air atau bawah tanah membabitkan penyuntikan carbon
dioksida ke dalam formasi geologik bawah tanah atau lautan. Laut mampu untuk
14

menyimpan lebih banyak carbon dioksida namun ia masih lagi dalam kajian supaya ia tidak
mendatangkan kesan negatif terhadap persekitaran ekosistem laut. Tumbuhan hijau mampu
menyerap carbon dioksida dari atmosfera. Ia mengabungkan karbon dari carbon dioksida
dengan hydrogen untuk menghasilkan gula yang disimpan didalam tisu tumbuhan tersebut.
Tumbuhan yang mati akan membebaskan carbon dioksida. Oleh itu, penebangan hutan dan
tumbuhan yang mati secara langsung akan membebaskan CO2dari tisu tumbuhan tersebut
dan kekurangan tumbuhan baru yang hidup akan menyebabkan pertambahan dan
lambakan carbon dioksida di ruang atmosfera bumi.
Masyarakat hari ini juga perlulah mengambil inisiatif untuk mengehadkan
penggunaan bahan CFC atau Kloroflorokarbon buatan manusia yang digunakan dalam
peralatan seperti peti sejuk dan bahan bahan pelarut. Penggunaan CFC secara tidak
langsung meningkatkan kadar penyingkiran ozon dan seterusnya menyebabkan suhu bumi
meningkat.
Kesan rumah hijau yang berlaku di bandar boleh dinamakan sebagai fenomena
pulau hamba. Terdapat beberapa langkah untuk mengurangkan fenomena pulau haba di
bandar. Antaranya adalah meningkatkan kawasan hijau atau zon penampan di kawasan
bandar dengan membanyakkan kawasan hijau bermakna dapat meningkatkan proses
sejatan di kawasan bandar dan mengurangkan kadar penyimpanan haba pendam oleh
bahan-bahan binaan. Oleh demikian,

keadaan persekitaran bandar menjadi lebih sejuk

apabila kadar kelembapan bandingan lebih tinggi. Peningkatan suhu bandar sehingga
membawa kepada pembentukan pulau haba boleh juga dikurangkan melalui peningkatan
kawasan badan air. Peranan badan air dalam mengurangkan suhu di kawasan bandar.
Selain itu, usaha membanyakkan kawasan pancutan air di kawasan bandar boleh juga
mengurangkan kadar suhu yang tinggi. Pancutan air mampu meningkatkan kadar
kelembapan bandingan dan dengan itu mengurangkan suhu sekitaran dalam bandar.
Pengurangan penggunaan bahan berbentuk cermin atau yang mampu memantulkan
bahangan pada kadar yang tinggi. Ini disebabkan peningkatan pantulan bahangan boleh
meningkatkan pembebasan haba ke ruang sekitaran bandar. Dengan itu, boleh
meningkatkan kadar suhu bandar sehingga membentuk pulau haba. Tambahan pula,
konsep penanaman pokok di atas bumbung-bumbung bangunan yang rata atau konsep
bumbung hijau perlu ditekankan. Dengan cara ini, masalah banjir kilat di kawasan bandar
boleh dikurangkan di samping mengurangkan masalah suhu bandar yang tinggi.
Dari usaha manusia, kita boleh mengenakan denda, menguatkuasakan undang-undang
kepada pihak mencemarkan alam sekitar. Kerajaan boleh mengadakan kempen alam
sekitar dan mementingkan pendidikan alam sekitar bagi pelajar di sekolah. Kenderaan
menggunakan petrol tanpa plumbum juga digalakkan. Langkah memasang alat penapis
14

asap kilangdan menjalankan pembakaran menggunakan incinerator juga perlu dijalankan.


Dalam kehidupan seharian, kita telah dicadang untuk berkongsi kereta dan menjalankan
proses kitar semula bahan buangan dan tidak terpakai lagi. Kaedah lain untuk
mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia
dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan
awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .
Di samping itu, Pertubuhan Pembangunan Perindustrian, UNIDO iaitu sebuah agensi PBB,
telah mencadangkan beberapa langkah untuk memastikan suhu dunia tidak naik melebihi
20 darjah selsius. Antara langkah yang dicadangkan ialah meningkatkan kecekapan tenaga.
Menurut hasil kajian UNIDO, purata kecekapan tenaga dunia ialah 26%. Angka ini perlu
ditingkatkan untuk membantu negara-negara sedang membangun agar supaya berada
sama paras dengan negara maju. Yang kedua ialah penggunaan tenaga yang boleh
diperbaharui. Tenaga yang boleh diperbaharui membekalkan 21% tenaga yang diperlukan
oleh sektor industri menjelang tahun 2050. Ia mencukupi untuk menangani bencana
kemarau, banjir, ribut melampau, kenaikan paras air dan kecairan ais di kutub akibat
perubahan iklim. Contohnya tenaga solar, angin dan biojisim. Yang ketiga ialah
pengumpulan semula gas rumah hijau. Langkah ini akan digunakan selepas semua langkah
pertama dan kedua dilaksanakan. Teknologi ini sedang pesat dibangunkan untuk kegunaan
stesen jana kuasa dan dalam peralatan perindustrian. Pembuat dasar di sesebuah negara
harus lebih tegas dan peka dalam menggariskan pelan penggunaan tenaga yang lebih
bersih agar kesan gas rumah hijau dapat dikurangkan. Subsidi dan sokongan kerajaan amat
penting agar penggunaan tenaga yang lebih lestari dapat disebar luas bagi mengurangkan
peggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti bahan api fosil yang mengandungi
karbon dioksida. UNIDO ialah agensi yang berperanan mempromosikan pembangunan
lestari dalam sektor industri di negara-begara sedang membangun.

7.0

Kesimpulan

Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika tempat kita berada dalam keadaan
semakin panas. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini
sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri,
sanggupkah kita memburukkannya?
14

Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup
bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh
timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk
hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia
mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap
hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar
supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara
dan bekalan air yang bersih.
Secara globalnya masalah kesan rumah hijau merupakan di antara agenda
terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara kini. Walaupun pelbagai masalah yang
timbul dalam penguatkuasaan pembakaran terbuka, namun ia tetap dijalankan oleh agensiagensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini
bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh
berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pembakaran terbuka yang
dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara
agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi menambahbaikkan
keadaan udara kita atau usaha cuba membaiki lapisan ozon amatlah dialu-alukan. Masalah
kesan rumah hijau tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri
manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu,
undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang
sama tidak akan berulang lagi.
Perjanjian Kyoto dalam mejayakankan misinya hanya akan tercapai dengan
kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam
sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis
dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

8.0

REFLEKSI

Kursus ini menjelaskan perkembangan-perkembangan global hari ini dan bermatlamat


melahirkan pelajar yang cemerlang dari ilmu tentang isu-isu global sebagai salah satu
warganya. Justeru, konsep sedar diri sebagai salah satu ahli di pentas dunia yang cuba
disampai melalui tugasan ini telah kami belajar bersama-sama secara langsung.

14

Dalam tugasan satu soalan satu, kita dikehendaki membuat analisis punca dan
impak isu alam sekitar global terhadap kehidupan manusia serta mencadangkan langkahlangkah menangani isu berkaitan. Tajuk isu alam sekitar yang diamanahkan untuk saya
adalah mengenai kesan rumah hijau. Selepas menyiapkan tugasan ini, saya telah belajar
punca dominan kesan rumah hijau iaitu pelepasan gas rumah hijau yang berlebihan
khususnya carbon dioksida tanpa sedaran masyarakat. Kita boleh mengambil langkah yang
biasa untuk menangani masalah ini termasuklah membendung tabiat membakar terbuka
dan berkongsi kenderaan untuk sampai ke sesuatu tempat. Jikalau masalah kesan rumah
hijau tidak diselesaikan secara efektif dan dibiar tak kisah, maka impak yang dahsyat akan
berlaku. Impaknya termasuk kita mudah menjangkiti kanser kulit kerana penipisan ozon
akibat gas CFC. Iklim dunia juga akan berubah dan ketaranya tumbuhan dan binatang yang
tidak dapat menyesuaikan cuaca berubah akan mati dan mengalami kepupusan. Jadi,
sebagai manusia, kita telah diamanah oleh Tuhan untuk memelihara alam sekitar kita dan
tanggungjawab ini haruslah dipikul bersama-sama bukan sekadar usaha pihak tertentu.
Alam sekitar akan merasai kebaikan dan keburukan kita, jika kita menghargai alam sekitar
kita makanya akan membalas secara baik kepada kita.
Dalam tugasan satu soalan dua, kita dikehendaki menyediakan satu persembahan
multimedia yang mengandungi maklumat berkaitan dengan salah satu isu-isu konflik dunia
semasa dengan merujuk kepada perkembangan-perkembangan di Eropah atau Timur
Tengah. Persembahan itu perlu menerangkan punca konflik itu berlaku dan peranan yang
boleh dimainkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) dan Negara Malaysia
secara berkumpulan. Saya dan ahli kumpulan saya, Ong Yi Rong telah memilih konflik
antara Israel dan Palestin sebagai tajuk tugasan. Selepas menyiapkan tugasan ini, kita
sedar bahawa konflik akan berlaku jika dua atau lebih banyak pihak tidak mampu mencapai
kesefahaman mengenai sesuatu perkara. Israel dan Palestin telah bertentang akibat
pelbagai factor. Faktor yang paling utama adalah factor agama kerana kedua-duanya
beragama beza dan ingin merebut tanah yang dianggap milik mereka khususnya
Jurusalem.Melalui tugasan ini, kita sedar bahawa konflik sebenarnya boleh diselesai dengan
cara berbicara, bermesyuarat dan berbincang bukannya sekadar mengangkat senjata untuk
bergaduh demi mempertahankan hak sendiri.
RUJUKAN
Wan Noor Azmi, Rosidah Mohd Akil, Hazlina Mansor (2008). Teks dan Rujukan Lengkap
Geografi PMR. Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd

14

Thomas L.Friedman (2011). Panas, Rata dan Sesak. Kuala Lumpur:Institut Terjemahan
Negara Malaysia terhad

Denise Walker (2007). Perubahan Geologi. Selangor: Elpos Print Sdn Bhd

Rosnah Haji Salleh, Shukri Sulaiman, Che Zainon Shafie. (2007). Geografi Fizikal.
Selangor:Arah Pendidikan Sdn. Bhd

M.Bright, M.Robertson. (1993). Greenhouse Effect, Atmospheric. Selangor:Penerbitan


Pelangi

Cikgu Hailmi. (2013). Kesan Rumah Hijau. http://www.cikguhailmi.com/2013/08/kesanrumah-hijau-greenhouse-effect.html Muat turun pada 18 Ogos 2014

Qis T Bebey. (2013).

Punca dan

kesan rumah hijau

dan pemanasan

global

http://www.slideshare.net/QisMye/punca-dan-kesan-rumah-hijau-pemanasan-globaldan Muat turun pada 19 Ogos 2014

Nuffnang Ads. (2011). Kesan Rumah Hijau http://pakreatif.blogspot.com/2011/02/tajukpembentangan-kesan-rumah-hijau.html Muat turun pada 20 Ogos 2014

LAMPIRAN

14

http://2.bp.blogspot.com/_ODEroomQ_x8/TFQHDGpntfI/AAAAAAAAAEI/E8mCsnG8s8U/s1
600/Greenhouse_Gas_by_Sector.png

14

14

14

14

Você também pode gostar