Você está na página 1de 1

ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU

Adat resam kelahiran Wanita yang mengandungkan anak sulung akan


menjalankan upacara melenggang perut oleh seorang bidan .Adat ini
juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai
Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mempunyai
kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.Adat ini
dijalankan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin
menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan
kedudukan bayi di dalam perut.Bidan akan menyambut bayi dengan
jampi serapah dan daun sirih akan disemburkan kepada bayi itu.
Selepas bayi dibersihkan, tali pusat bayi akan dipotong dengan
menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak
satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan
cincin emas. Lazimnya tali pusat bayi akan tertanggal dalam tempoh
seminggu dan adat cuci lantai atau adat naik buai akan diadakan.Adat
ini sebaiknya dilakukan pada hari isnin dan khamis .Adat cukur
rambut ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkanl dan
kebiasaannya Kenduri nasi kunyit dan doa selamat akan diadakan
pada hari tersebut.Upacara naik buai bermaksud bayi tersebut akan
diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau
batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat
di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara
berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan
oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga
rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini.
http://ammal90.blogspot.com/2010/08/adat-resam.html
http://ammal90.blogspot.com/2010/08/adat-resam.html melalui pdf
21/1/15
http://nrnk.yolasite.com/resources/UNIT%208Konsepdanteorikebudayaan..pdf

Você também pode gostar