Você está na página 1de 2

Aplikasi Internet

WWW (World Wide Web) Ia adalah aplikasi paling menarik dan paling utama. Ia dikenali
sebagai Laman WEB atau Homepage. Homepage dibuka dengan menggunakan
program yang dipanggil Browser.
Melalui Laman WEB anda dapat melihat pelbagai maklumat dalam bentuk data ataupun
grafik. Anda boleh mengisi borang dan mengakses maklumat-maklumat tertentu seperti
maklumat pilihan raya.
WWW telah berkembang secara eksponelsial. Penggunanya meningkat lebih 50 juta.
WWW membolehkan penyebaran dan perkongsian maklumat multimedia dalam
beberapa saat sahaja.
E-mail (Electronik Mail) Ia bagaikan perkhidmatan pos elektronik. Anda boleh
menghantar surat anda kepada penerima dengan alamat-alamat tertentu diseluruh
dunia dalam beberapa saat sahaja dan dengan bayaran yang paling murah sahaja.
Contoh alamat email : elcom98@hotmail.com
Chat Ia adalah suatu ruang dalam internet untuk memungkin kita berbicara secara
langsung (on-line). Dalam istilah bahasa Melayu ruang "Sembang-sembang" . Program
aplikasi ini disebut IRC iaitu Internet Relay Chat.
File Transfer Protocol (FTP) Ia adalah satu aplikasi di Internet untuk mengambil
/muaturun (download) dan meletakkan (upload) suatu fail di FTP server. Dengan ini kita
dapat bertukar fail dengan cepat.
Lain-lain Aplikasi Internet
Ping
Digunakan untuk memeriksa pengiriman sekumpulan data
News Group
Ruang untuk forum dan diskusi
Telnet
Digunakan untuk mengakses komputer dan melihat isi komputer lain
Gohper
Aplikasi untuk mencari maklumat di Internet yang berasaskan teks sahaja

Kebaikan dan keburukan internet

Você também pode gostar