Você está na página 1de 66

REMAJA

PENGERTIAN REMAJA
Remaja adalah waktu manusia berumur
belasan tahun. Pada masa remaja
manusia tidak dapat disebut sudah
dewasa tetapi tidak dapat pula disebut
anak-anak. Masa remaja adalah masa
peralihan manusia dari anak-anak
menuju dewasa

PERINGKAT USIA REMAJA

1.Masa remaja awal, 12 - 15


tahun
2.Masa remaja pertengahan, 15
18 tahun
3.Masa remaja akhir, 18 21
tahun

REMAJA
Mengalamai proses transisi
Taklif bermula
Penetapan hukum syarak

JINAYAT
perbuatan atau perilaku yang
jahat yang dilakukan oleh
seseorang untuk mencerobohi
atau mencabul kehormatan
jiwa atau tubuh badan
seseorang yang lain dengan
sengaja.

Penta`rifan tersebut adalah


khusus pada kesalahankesalahan bersabit dengan
perlakuan seseorang
membunuh atau
menghilangkan anggota tubuh
badan seseorang yang lain atau
mencederakan atau
melukakannya yang wajib di
kenakan hukuman qisas atau
diyat.

Kesalahan-kesalahan yang
melibatkan harta benda, akal
fikiran dan sebagainya adalah
termasuk dalam jinayah yang
umum yang tertakluk di
bawahnya semua kesalahan
yang wajib dikenakan hukuman
hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

Faedah dan manfaat daripada


Pengajaran Jinayat
1) Menjaga keselamatan nyawa
daripada berlaku berbunuhan
sesama sendiri dan sebagainya
2) Menjaga keamanan maruah di
dalam masyarakat daripada
segala fitrah tuduh-menuduh.

3) Menjaga keamanan maruah di


dalam harta benda dan nyawa
daripada kecurian, ragut dan
lain-lain.
4) Berhubung dengan keamanan
negara dan menyelenggarakan
keselamatan diri.
5) Perkara yang berhubung di
antara orang-orang Islam dengan
orang-orang kafir di dalam
negara Islam Pembunuhan

Bentuk Hukuman Yang


Dikenakan Ke Atas Penjenayah
Mengikut peruntukan hukum syara`
yang disebutkan di dalam Al-Quran
dan Al-Hadith dan yang
dikuatkuasakan dalam undang-undang
jinayah syar`iyyah, penjenayahpenjenayah yang didakwa di bawah
kes jinayah syar`iyyah apabila sabit
kesalahannya di dalam mahkamah
wajib dikenakan hukuman hudud,
qisas, diyat atau ta`zir.

1. Hukuman Hudud
Hukuman yang telah ditentukan
dan ditetapkan Allah di dalam AlQuran dan Al-Hadith.
Hukuman hudud ini adalah hak
Allah yang bukan sahaja tidak
boleh ditukar ganti hukumannya
atau diubahsuai atau dipinda
malah tidak boleh dimaafkan oleh
sesiapapun di dunia ini.

Mereka yang melanggar ketetapan


hukum Allah yang telah ditentukan
oleh Allah dan RasulNya adalah
termasuk dalam golongan orang
yang zalim. Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud:
Dan sesiapa yang melanggar aturanaturan hukum Allah maka mereka itulah
orang-orang yang zalim. (Surah AlBaqarah, 2:229).

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan


hukuman hudud ialah:

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan


tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu
membuat tuduhan zina ke atas orang yang
baik lagi suci atau menafikan keturunannya
dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan
dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang
memabukkan sama ada sedikit atau banyak,
mabuk ataupun tidak.

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara


sembunyi harta alih dari jagaan atau milik
tuannya tanpa persetujuan tuannya
dengan niat untuk menghilangkan harta
itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari
agama Islam, sama ada dengan
perbuatan atau dengan perkataan, atau
dengan i`tiqad kepercayaan.

f) Merompak (hirabah), iiatu keluar


seorang atau sekumpulan yang bertujuan
untuk mengambil harta atau membunuh
atau menakutkan dengan cara
kekerasan.
g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan
umat Islam yang melawan atau
menderhaka kepada pemerintah yang
menjalankan syari`at Islam dan hukumhukum Islam.

Hukuman Qisas
Hukuman qisas adalah sama seperti
hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang
telah ditentukan oleh Allah di dalam AlQuran dan Al-Hadith. Hukuman qisas
ialah kesalahan yang dikenakan hukuman
balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa
dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas
dengan melukakan, mencederakan dibalas
dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas


ialah:

a) Membunuh orang lain dengan


sengaja.
b) Menghilangkan atau
mencederakan salah satu anggota
badan orang lain dengan sengaja.

c) Melukakan orang lain dengan


sengaja. Hukuman membunuh orang
lain dengan sengaja wajib dikenakan
hukuman qisas ke atas si pembunuh
dengan dibalas bunuh. Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman,
diwajibkan kamu menjalankan hukuman
qisas (balasan yang seimbang) dalam
perkara orang-orang yang mati dibunuh.
(Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu


anggota badan orang lain atau melukakannya wajib
dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar
kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis
anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu,
bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan
mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas
dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga
hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak
membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah AlMaidah: 45)

Hukuman Diyat
Hukuman diyat ialah harta yang wajib
dibayar dan diberikan oleh penjenayah
kepada wali atau waris mangsanya sebagai
gantirugi disebabkan jenayah yang
dilakukan oleh penjenayah ke atas
mangsanya. Hukuman diyat adalah
hukuman kesalahan-kesalahan yang
sehubungan dengan kesalahan qisas dan
ia sebagai gantirugi di atas kesalahankesalahan yang melibatkan kecederaan

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat


ialah:

a) Pembunuhan yang serupa sengaja.


b) Pembunuhan yang tersalah (tidak
sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang
dimaafkan oleh wali atau waris orang
yang dibunuh.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian


keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh)
maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu)
mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti
nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan
(bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang
demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu
serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa
yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula)
maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya.
(Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman Ta`zir
Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang
hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayahpenjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan
kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan
Al-Hadith.
Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayahpenjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam
mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman
hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu
tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya
dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Kadar Tazir
Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu
adalah terserah kepada kearifan hakim
untuk menentukan dan memilih hukuman
yang patut dikenakan ke atas penjenayahpenjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu
adalah bertujuan untuk menghalang
penjenayah-penjenayah mengulangi
kembali kejahatan yang mereka lakukan
tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan


Tazir

Hukuman hudud, qisas, diyat dan


ta`zir diperuntukkan dalam
qanun jinayah syar`iyyah adalah
bertujuan untuk menjaga prinsip
perundangan Islam yang tertakluk
di bawahnya lima perkara

1.Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah


orang-orang Islam supaya tidak terpesong
dari aqidah yang sebenar dan tidak
menjadi murtad. Orang yang murtad akan
disuruh bertaubat terlebih dahulu dan
sekiranya dia enggan bertaubat maka
hukuman bunuh akan dikenakan ke atas
mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah
dia. (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa


seseorang dari dibunuh termasuklah
menjaga anggota tubuh badan seseorang
dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa
yang membunuh manusia atau
mencederakan anggota tubuh badan
mereka itu dengan sengaja wajib
dijatuhkan hukuman qisas atau diyat
sebagaimana firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:
Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi
kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu
bertaqwa. (Surah Al-Baqarah, 2:179)

1.3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara


akal fikiran manusia dari kerosakan
disebabkan minum arak atau minumanminuman yang memabukkan. Mereka
yang meminum arak wajib dijatuhkan
hukuman sebat tidak lebih dari lapan
puluh kali sebat sebagaimana yang telah
diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam
sebuah hadith yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak
empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat
puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan
puluh kali .

1.4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara


manusia dari melakukan perzinaan supaya
nasab keturunan, perwalian dan pewarisan
anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan
haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan
perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan
rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.
dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada
`Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:
Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan
daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan
untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina
hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan
dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda
yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali
sebat dan direjam. (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

1.5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta


benda manusia dari dicuri dan dirompak
dengan menjatuhkan hukuman potong tangan
ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman
mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya
sekali atau dibuang negeri ke atas perompak.
Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan
itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t.
yang bermaksud:
Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka
(hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan
sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman
pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana. (Surah Al-Maidah: 38)

1. Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi


Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan
di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan
membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh
(kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak
merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan
merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka
dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau
dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu
ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah
suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak
mereka beroleh azab siksa yang amat besar. (Surah AlMaidah: 33)

Zina
persetubuhan yang dilakukan oleh
seorang lelaki dengan seorang
perempuan tanpa nikah yang sah
mengikut hukum syarak (bukan
pasangan suami isteri) dan keduaduanya orang yang mukallaf, dan
persetubuhan itu tidak termasuk
dalam takrif (persetubuhan yang
meragukan).

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di


dalam Al-Quran dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan
dalam undang-undang Qanun Jinayah Syariyyah bahawa
orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit
kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman
hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang
bermaksud :

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,


hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduaduanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi
oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah
disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka
itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
(Surah An- Nur ayat 2)

ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :

1.ZINA MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang
telah pernah melakukan
persetubuhan yang halal (sudah
pernah berkahwin)

2.ZINA BUKAN MUHSAN


Iaitu lelaki atau perempuan yang belum
pernah melakukan persetubuhan yang
halal (belum pernah berkahwin).
Perzinaan yang boleh dituduh dan
didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan
ialah lelaki atau perempuan yang telah
baligh, berakal, merdeka dan telah pernah
berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan
persetubuhan secara halal.

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG


ZINA MUHSAN
Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki
atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman
had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana
besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di
dalam kitab Ianah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146
yang bermaksud :

Lelaki atau perempuan yang melakukan


zina muhsan wajib dikenakan keatas
mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan
batu yang sederhana besarnya sehingga
mati.

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA BUKAN


MUHSAN

Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau
perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat
dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab
Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :

Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan
keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun.

PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI


PERKOSA

Perempuan-perempuan yang dirogol atau


diperkosa oleh lelaki yang melakukan
perzinaan dan telah disabit dengan bukti
bukti yang diperlukan oleh syarak dan
tidak menimbulkan sebarang keraguan
dipihak hakim bahawa perempuan itu
dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini
perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan
dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak
berdosa dengan sebab perzinaan itu.

Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan


melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya
dengan bukti bukti dan keterangan yang dikehendaki
oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim,
maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud
keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib
dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman
rejam dan sebat.
Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh
hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh
lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah
membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud
(tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah
mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan
secara paksa itu.

Liwat

Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur, sama ada


dubur lelaki atau dubur perempuan walaupun dubur
isterinya sendiri.
Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah
haram dan sama seperti bersetubuh difaraj perempuan
yang bukan isterinya, dan juga sama hukumannya
dengan berzina.
Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman
hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang
berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100
kali sebat dan buang negeri selama setahun, jika berliwat
dengan bukan muhsin.
(Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 111-112)

MUSAHAQAH (LESBIAN)

Melakukan sesuatu perbuatan untuk


memuaskan nafsu seks diantara
perempuan dengan perempuan
dengan mengeselkan faraj dengan
faraj mereka berdua hingga
mendatangkan berahi dan merasa
kelazatan dengan sebab pergeselan
faraj diantara kedua-dua orang
perempuan itu.

Musahaqah adalah suatu perbuatan


yang haram dan wajib dikenakan
hukuman takzir, dimana kesalahan
musahaqah itu boleh disabitkan
dengan bukti-bukti yang dikehendaki
untuk mensabitkan kesalahankesalahan yang wajib dikenakan
hukuman takzir.
Kesalahan liwat hendaklah disabitkan
kesalahan itu dengan bukti bukti
sebagaimana yang dikehendaki oleh
syarak untuk membuktikan zina.

MENDATANGI BINATANG

Seseorang yang mendatangi binatang


tidak boleh diistilahkan sebagai orang
yang berzina. Perbuatan mereka itu
boleh diistilahkan suatu perbuatan
yang haram dan keji yang wajib
dijatuhkan hukuman takzir.

BUKTI-BUKTI UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN ZINA

Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina


yang wajib dikenakan hukuman hudud mestilah dibuktikan
dengan salah satu perkara-perkara berikut:i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang saksi
lelaki. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuanperempuan kamu maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi
saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka.
( Surah An-Nisaa Ayat 15)

ii) Ikrar (pengakuan) daripada orang


yang melakukan zina. Ikrar ini
hendaklah dibuat dihadapan imam
atau wakilnya seperti hakim atau
kadhi.
iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara
yang menunjukkan berlaku
perzinaan, misalnya hamil bagi
perempuan-perempuan yang tidak
bersuami, atau tidak diketahui

Minum Arak (Khamar)

PENGERTIAN ARAK
Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa
Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara
ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau
khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya
tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan
lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum
mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya.

Firman Allah yang bermaksud :


Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya
arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib
dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata
kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Surah Al- Maidah ayat 90)

HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK

Dalam Qanun jenayah syariyyah, seseorang yang telah


sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang
memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib
dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat
dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat.

Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan


daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali
sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan
Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah
Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka.

KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)

i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman


yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran
manusia
ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa
minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup
akal fikiran.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang
memabukkan.
Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak
tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak
boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu,
sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.

PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD

Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar)


yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk
dibawah syarat-syarat berikut:
i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut

Kanak kanak yang belum baligh atau orang


yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh
dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana
perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap
sebagai perbuatan jenayah syariyyah yang boleh
dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan
hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu
kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga
ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia
sembuh dari gila.
(Riwayat Bukhari dalam Sahih)

Mencuri (Sariqah)

Pencuri ialah mengambil harta orang lain


dengan cara bersembunyi dan diambil
daripada tempat pertaruhan (tempat yang
layak untuk menyimpan harta itu).
Mencuri itu adalah salah satu daripada
dosa-dosa besar dan mewajibkan potong
tangan ke atas si pencuri itu

Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:


Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu
potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari
siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha
bijaksana
(Surah Al- Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang


bermaksud:
Tidak dipotong tangan seseorang
pencuri itu kecuali seperempat dinar
atau lebih daripada nilai wang mas
(Riwayat Bukhari Muslim)

Pembunuhan

1. Pembunuhan itu adalah satu daripada dosa-dosa besar sebagaimana


firman Allah s.w.t yang bermaksud :Sesiapa yang membunuh orang-orang mukmin dengan sengaja maka
balasananya ialah neraka jahanam kekal didalamnya dan Allah murka dan
mengutuknya dan disediakan azab yang berat untuknya.
(Surah An-Nisaa Ayat 93)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas (balasan
yang sesuai dengan perbuatan) sebab membunuh orang.

Cara-cara pembunuhan ada tiga cara :


1) Membunuh dengan sengaja semata-mata. Iaitu
seseorang yang bertujuan untuk membunuh dengan
menggunakan sesuatu alat yang boleh membunuh
atau mematikan seseorang.
Hukumannya : Pembunuhan wajib dibalas dengan
bunuh juga (qisas) kecuali ahli waris yang terbunuh
memaafkan dengan membayar diyat mughallazah
(denda yang berat) ataupun dimaafkan tanpa
membayar diyat(denda).
Syarat wajib qisas :1) Islam
2) Tiada dimaafkan oleh ahli waris

2) Tersalah semata-mata
- Iaitu pembunuhan yang tidak disengajakan sebagai
contoh seseorang itu menembak binatang tetapi
tertembak seseorang yang lain dan menyebabkan
orang itu terbunuh.
Hukuman :Dikenakan islah tidak dikenakan qisas (balas bunuh)
tetapi dia kena diyat mukhafafah (denda yang ringan).
Diyat itu dibayar oleh adik-beradik pembunuh dan
bayarannya boleh ditangguhkan selama tiga tahun. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :Sesiapa yang membunuh seseorang yang beriman
dengan tidak disengajakan maka hendaklah dia
memerdekakan seorang hamba yang beriman serta
membayar diyat (denda) kepada ahli yang terbunuh.
(Surah An-Nisaa Ayat 92)

3) Menyerupai semata-mata
Iaitu seseorang yang memukul orang lain
dengan sesuatu alat yang biasanya tidak boleh
membunuh atau mematikan seperti ranting
kayu dan mati dengan pukulan itu.
Hukumannya:Islah tiada wajib qisas (balas bunuh) tetapi
diwajibkan ke atas keluarga pembunuh
membayar diyat mughallazah (denda yang
berat) dengan secara beransur-ansur selama
tiga tahun.

BERTAQWALAH KALIAN
SEKIAN TERIMA KASIH

Você também pode gostar