Você está na página 1de 4

BAHAGIAN

Peringatan
untuk murid

Ucapan alu
aluan pengerusi
majlis

SKRIP
Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari
ini,saya memohon agar para pelajar memberikan tumpuan pada
majlis yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih.

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.
Yang Berusaha
Encik
Guru Besar, SK .
Dan Yang Dihormati,
Guru penolong kanan 1,encik sayed Abd Razak bin Sayed Zin,
Guru penolong kanan hem,_________________________
Guru penolong kanan kokurikulum, encik __________________
guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan
kesihatan dan kewarasan akal, untuk kita sama-sama berkumpul di
dewan nan permai ___________________________________
bagi satu majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat
sekolah tahun 2015 bersamaan dengan 1436 tahun hijrah.
Sambutan Maulidur Rasul kali ini bertujuan menyuburkan rasa
cinta dan kasih kepada Junjungan Rasulullah S.a.w serta
menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat
perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras
dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1436 Hijrah;
Perpaduan Nadi Transformasi Negara.

CATATAN

Hadirin dan hadirat sekalian,


BACAAN DOA

MENANDAH TANGAN POHON PERKENAN


AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis
dengan segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz
. untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.
Amin ,Ya Rabb al-Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al fadhil
Ustaz..Semoga majlis mendapat keberkatan
dari NYA Yang Maha Mendengar lagi Maha Pengasih..

PERSEMBAHAN
MURID

Hadirin dan hadirat sekalian


bagi memeriahkan suasana pada pagi ini , majlis diteruskan lagi
dengan

persembahan

yang

akan

disampaikan

oleh

_____________________________. Untuk makluman hadirin ,


persembahan

ini

telah

dipimpin

oleh

_______________________dengan ini majlis mempersilakan .


Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas persembahan
sebentar tadi .

CERAMAH

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.
Hadirin dan hadirat sekalian,marilah sama-sama kita hayati dan
membuka hati dan minda kita untuk bersama sama mendengar
satu ceramah bertajuk. yang akan
disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Fauzan bin Md Tahib.

majlis dengan tazimnya mempersilakan.


Ceramah.
Terima kasih diucapkan kepada Al fadhil ustaz Fauzan bin Md
Tahib
atas ceramah yang telah disampaikan sebentar
tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat samasama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.

PERSEMBAHAN

Hadirin sekalian, kita teruskan lagi majlis dengan sebuah


persembahan dari ____________________________. Majlis
mempersilakan.
Terima kasih atas persembahan selawat sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,

PENYAMPAIAN
HADIAH

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati. Untuk


menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin
menjemput dan mempersilakan Tuan Guru besar encik
______________________________________ naik ke pentas
bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Pertandingan :

Terima kasih diucapkan kepada Yang


Berusaha __________________ (Pengetua) di atas kesudian
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.
Akhir sudah majlis sambutan Maulidur Rasul pada hari ini. Saya
mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan
Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada

salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Você também pode gostar