Você está na página 1de 20

SENARAI KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

M/S

PENGHARGAAN

1.0

PENGENALAN

2.0

ULASAN JURNAL

3.0

PERBANDINGAN BUDAYA PEKAK DAN BUDAYA

4.0

ORANG MENDENGAR
REFLEKSI

13

5.0

RUJUKAN

16

LAMPIRAN

18

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah diatas nikmat
dan rahmat-Nya dapat kita meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini. Saya amat
bersyukur kerana dengan izin-Nya, saya dipermudahkan untuk menyempurnakan
tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan ribuan terima kasih
kepada insan-insan yang banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan, panduan,
material, dan buah fikiran yang bernas untuk membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Rohana
Binti Lat pensyarah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran diatas tunjuk ajar dan ilmu
yang dicurahkan kepada kami.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada ayahanda dan
ibunda atas kata semangat yang tak pernah lekang dibibir. Tidak lupa juga kepada ahli
keluarga yang banyak memberi sokongan moral dan rakan-rakan yang turut bersamasama membantu menyumbangkan buah fikiran dan pendapat terhadap tugasan ini.
Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik mereka. Ringkasnya,
sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya dapati banyak perkara baru yang tidak
pernah saya pelajari dan temui sebelum ini. Mudah-mudahan tugasan ini bukan
sekadar tugasan biasa tetapi juga dapat memberi implikasi dan manfaat kepada diri
saya sebagai bakal guru serta dapat menyampaikannya kepada para pelajar kelak.
Harapan saya semoga tugasan ilmiah seperti ini dapat diteruskan dan kesemua
bakal guru dapat memperoleh banyak manfaat dan panduan pada masa yang akan
datang. Akhir kata, saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya terdapat salah
dan silap semasa saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang
daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. Sekian,
Wassalam.

PENGENALAN
Menurut Safani bin Bari (2006), individu bermasalah pendengaran didefinisikan
sebagai seseorang yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan
pendengaran yang nyata. Manakala, Dr. Abdullah Yusof (2007), mentakrifkan individu
bermasalah pendengaran sebagai individu yang mengalami kerosakan pendengaran
dalam kebanyakan keadaan seperti pendengaran separa yang mana tidak boleh
bertindak ke arah bunyi-bunyi di sekeliling. Individu bermasalah pendengaran ini
kebiasaannya akan bergaul sesama mereka dengan menggunakan medium pertuturan
yang sama. Bertingkah laku seakan-akan sama dari pelbagai aspek baik daripada
sosial, akademik, agama dan sebagainya. Maka daripada pergaulan sesama mereka
ini menyebabkan terbentuknya budaya dan komuniti pekak.
Komuniti menurut Sheikh Othman bin Sheikh Salim (1996), dapat didefinisikan
sebagai kumpulan orang (masyarakat) yang tinggal di sesuatu daerah atau negara.
Selain itu, komuniti juga merujuk kepada kumpulan individu yang mempunyai
kecenderungan, kepentingan dan lain-lain yang serupa seperti akademik. Budaya pula
menurut Sheikh Othman bin Sheikh Salim (1996), sebagai satu tamadun ataupun
peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi (cara berfikir). Budaya ini bersifat
mengenai kebudayaan (artopologi).
Berdasarkan definisi komuniti ini dapat saya katakan bahawa komuniti pekak ini
tidak merujuk kepada orang yang bermasalah pendengaran semata-mata tetapi juga
melibatkan orang yang tidak bermasalah pendengaran selagi seseorang individu
tersebut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan individu bermasalah
pendengaran. Komuniti pekak ini boleh terdiri daripada guru-guru, ibu bapa, adikberadik dan kumpulan pelbagai disiplin. Budaya pekak pula merujuk kepada amalan
budaya yang diamalkan oleh orang yang bermasalah pendengaran itu sendiri merujuk
kepada bahasa, cara berkomunikasi, amalan nilai, agama dan kepercayaan dan
sebagainya selagi dapat mencerminkan komuniti pekak itu sendiri. Aspek budaya

pekak ini sangat penting untuk diketahui supaya dapat melahirkan insan pendidik yang
berpengetahuan luas mengenai anak didiknya iaitu individu bermasalah pendengaran.
1.0 RUMUSAN ARTIKEL
Artikel ini bertajuk Kesan Rawatan Kehilangan Pendengaran terhadap Kualiti Hidup
yang ditulis oleh Sergei Kochkin dan Penempatan Orang Pekak di Alam Kerjaya ditulis
oleh Katarina Mattsson. Secara keseluruhannya artikel ini membincangkan mengenai
kesan-kesan baik yang akan diperolehi atau dirasai oleh orang pekak dalam kehidupan
mereka selepas mendapatkan rawatan atau mengunakan alat bantu dengar yang
terdapat di pasaran. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai kesan-kesan
yang bakal dihadapi oleh komuniti pekak apabila mereka menggunakan alat bantu
dengar (ABD). Antara kesan yang dibincangkan di dalam jurnal ini ialah peningkatan
pendapatan isi rumah, penglibatan dalam aktiviti bersama orang mendengar,
hubungan interpersonal dan kesan terhadap sosial dan emosi.
Apabila seorang warga pekak melakukan rawatan atau mencari inisiatif untuk
membantu dirinya menjadi seperti orang yang normal, maka sudah pasti ada kesan
yang akan dihadapi oleh orang pekak tersebut. Di dalam jurnal ini, penulis menyatakan
kesan-kesan positif apabila seseorang merawat kehilangan pendengaran dan salah
satu kesan tersebut ialah peningkatan pendapatan isi rumah. Menurut kajian Sergei
Kochkin seseorang yang menggunakan ABD akan memperoleh pendapat yang lebih
tinggi berbanding orang pekak yang tidak menggunakan ABD. Hal ini kerana apabila
mereka menggunakan ABD bermakna mereka boleh mendengar dan boleh
menggunakan bahasa dan hal ini secara tidak langsung memudahkan mereka untuk
berkomunikasi dengan orang sekeliling.
Selain itu, penglibatan mereka di dalam aktiviti seperti sukan juga akan menjadi
lebih baik kerana mereka dapat memahami peraturan sama seperti orang mendengar.
Sekiranya mereka tidak menggunakan ABD sudah pasti orang yang mendengar sukar
untuk memberikan arahan kepada mereka. Seperti yang kita sedia maklum, orang
pekak mempunyai hubungan interpersonal yang sangat rendah. Hal ini keran mereka
tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi disebabkan oleh kekurangan yang mereka

miliki. Namun kajian telah membuktikan bahawa hubungan interpersonal orang pekak
juga akan menjadi lebih baik apabila mereka menggunakan ABD.
Sehubungan dengan itu, hubungan sosial dan emosi mereka juga akan menjadi
semakin meningkat dengan adanya ABD. Orang pekak amat sensitif apabila dengan
bahasa badan dan pandangan orang normal dan mereka akan mudah terasa hati
kerana bagi mereka orang di sekeliling tidak suka dan memandang serong terhadap
mereka. Tetapi apabila mereka menggunakan ABD, maka persepsi itu akan lenyap
kerana

mereka

mendengar

dan

tahu

apa

yang

diperkatakan

oleh

orang

disekelilingnya. Hal ini menyebabkan emosi mereka terkawal dan menjadi lebih baik.
Manakal bagi artikel kedua perkara utama yang dibincangkan adalah lebih
tertumpu kepada budaya pekak yang terdapat di dalam komuniti pekak dan masalah
orang pekak semasa di alam kerjaya. Berdasarkan artikel, terdapat beberapa aspek
yang dibincangkan oleh penulis yang mana setiap aspek yang dibincangkan tersebut
menzahirkan budaya pekak dengan lebih terperinci. Aspek tersebut terdiri daripada
bahasa dan komunikasi, pengasingan, penyampaian maklumat, kemahiran sosial, dan
kehidupan semasa bekerja. Dalam artikel ini kita dapat melihat bagaimana persepsi
orang yang mendengar terhadap orang pekak semasa bekerja. Mereka sukar untuk
menerima orang pekak di dalam kelompok mereka kerana mereka tidak memahami
dan tidak mahir berbahasa isyarat. Hal ini menyukarkan orang pekak untuk
berkomunikasi sesama mereka.
Bahasa dan komunikasi merupakan elemen terpenting dalam kehidupan seharian
kita sebagai manusia yang dilahirkan dalam keadaan normal. Namun, bagaimana pula
dengan golongan pekak mereka juga memerlukan bahasa untuk berkomunikasi dan
jalan terbaik untuk mereka berkomunikasi adalah dengan menggunakan bahasa
isyarat. Tetapi hal ini menjadi masalah kepada orang normal yang tidak mempunyai
asas dalam berbahasa isyarat, dan hal inilah yang menyebabkan berlakunya konflik
dalam alam kerjaya apabila orang pekak bekerja dengan orang biasa. Apabila keduadua pihak tidak ada persefahaman dalam berbahasa maka komunikasi akan menjadi
hambar dan hubungan juga akan menjadi renggang. Hal ini akan menyebabkan orang

pekak tidak selesa untuk bekerja dalam komuniti orang normal dan akan meyebabkan
mereka mengasingkan diri ataupun di asingkan daripada kelompok tersebut.
Orang normal juga sering tersalah faham dengan cara penyampaian maklumat
orang pekak kerana isyarat yang digunakan tidak difahami oleh orang normal tersebut.
Tambahan pula, kosa kata orang pekak amat sedikit. Hal ini menyebabkan berlakunya
perselisihan faham antara mereka. Selain itu, kemahiran sosial orang pekak juga
kurang memberangsangkan. Hal ini disebabkan oleh, keyakinan diri mereka yang
rendah dan persepsi mereka terhadap orang yang mendengar. Mereka sering
memikirkan bahawa orang normal akan mentertawakan mereka dan bercakap tentang
kekurangan mereka. Walhal tidak seperti itu. Penyelesaiannya ialah orang normal
perlu mendekati golongan ini agar mereka tidak merasa terpinggir dan disisihkan
dalam komuniti. Apatah lagi sekiranya mereka bekerja dibawah satu bumbung.
Kesimpulannya, berdasarkan artikel ini terdapat perbezaan di antara budaya
pekak dan budaya orang mendengar walaupun terdapat beberapa persamaan dari
segi aspek tertentu. Oleh hal yang demikian, perbezaan budaya ini perlu dikaji supaya
dapat mewujudkan persefahaman antara komuniti pekak dan mendengar.

2.0 PERBANDINGAN ANTARA BUDAYA ORANG PEKAK MALAYSIA DAN ORANG


MENDENGAR
PERKARA YANG

ORANG PEKAK

DIBEZAKAN

MALAYSIA

Masalah pendengaran

ORANG MENDENGAR

Kepekakan

budaya
Tidak suka sekiranya

sebagai

mempunyai anak yang

satu

boleh mendengar dan


menganggap

Anggap

kepekakan

kecacatan

dan

penyakit yang kekal


Orang pekak dianggap
tidak normal

sebagai

tidak normal
Bahasa

Menggunakan Bahasa

Menggunakan

Isyarat Malaysia (BIM)


Ayat tidak tersusun
Contoh: nasi makan

pertuturan biasa
Ayat tersusun
Contoh : saya makan

saya
Komunikasi

Mementingkan
ekspresi

nasi

muka

bentuk tangan
Angguk
dan

Mementingkan

semata-mata
Memberi

dan
buat

dengan

isyarat badan spesifik

verbal
respon

hmmmmmm

atau uh-huh

untuk memberi respon


dalam

perbualan

dengan rakan
Nama

Guna bahasa isyarat


dengan
fizikal

merujuk

ciri

Panggil
asal

guna

nama

Tidak mengingat dan


panggil

nama

keseluruhan
Sosial

Suka

kekasih

yang

mendengar dari orang

pekak
Perkahwinan

gagal
Suka berjumpa di kedai
kopi

selalu

dan

bersembang
banyak

dengan

komuniti mendengar

Perkahwinan

kebiasannya berjaya
Suka berjumpa di kedai
kopi

sukar

mengakhiri perbualan
Kelam
kabut

Berkasih

dan

senang

mengakhiri perbualan
Sentiasa tenang dalan
bertutur

dan
maklumat

tertinggal
Sikap dan nilai

Tarik perhatian dengan


mengetuk

meja,

Tidak boleh dianggap


biadab

menepuk bahu, guna


lampu

dan

tepuk

tangan
Sangat peka dengan

sesuatu perkara
Sering
berfikiran
negatif terhadap orang

mendengar
Boleh tunjuk
terus

sesuatu
Boleh
dengan
penuh

jika

Kurang peka

Biasa saja

Tidak boleh dianggap

secara
inginkan

biadab

bercakap
mulut

yang

Tidak boleh dianggap


biadab

Kanak-kanak bila buat

Kanak-kanak bila buat

salah akan tutup mata


Ambil
masa
untuk
perkenalan

pertama

salah tutup telinga


Ambil masa sekejap

dengan

bertanya

pelbagai soalan
Berpelukan
selepas
berkenalan

Kebergantungan

terhadap

Sangat

untuk berhubung
Guna telefon dalam

mod getaran
Guna aplikasi 3g untuk

teknologi

sahaja

bergantung

berbual dengan rakan

dengan

ucap

selamat berkenalan

Bersalaman sahaja

Biasa saja

Guna dalam mod bunyi

Tidak perlu 3g masih


boleh berbual

Hiburan

Tengok wayang yang

ada sari kata


Sukan

kata

Aktif terutamanya yang

dianjurkan oleh MSFD


Agama

Kurang

Tidak memerlukan sari

kerana

Aktif

sebagai

aktiviti

riadah

Baik

Bebas pilih pekerjaan

masalah pendengaran
yang dihadapi
Kerjaya

Pekerjaan yang tidak


perlukan komunikasi

yang diingini

Rajin bekerja

Kadang-kala malas

Berdasarkan pembacaan saya, terdapat perbezaan yang nyata antara budaya


orang pekak Malaysia dan orang yang mendengar. Perbezaan pertama dari aspek
masalah pendengaran yang dialami. Orang pekak menganggap kepekakan yang
mereka alami sebagai budaya dan mereka tidak mahu sekiranya mereka boleh
mendengar. Mereka beranggapan bahawa

budaya pekak sangat bagus kerana

mereka merupakan komuniti yang erat antara satu sama lain dengan berkongsi
pengalaman dan bahasa yang sama. Orang pekak tidak suka sekiranya mempunyai
anak yang mendengar kerana bagi mereka anak yang tidak pekak sebagai tidak
normal. Berbeza dengan budaya orang mendengar yang beranggapan bahawa pekak
merupakan kecacatan dan penyakit yang kekal dan dilihat tidak normal.
Perbezaan
menggunakan

seterusnya

bahasa

merujuk

isyarat

kepada

tempatan

aspek

(Bahasa

bahasa.
Isyarat

Orang

pekak

Malaysia)

untuk

berkomunikasi berbeza dengan orang mendengar yang menggunakan pertuturan


sepenuhnya. Selain itu, sudah menjadi budaya orang pekak untuk menyampaikan
sesuatu dalam bentuk ayat yang tidak tersusun dari segi tatabahasa berbeza dengan
orang mendengar yang menyampaikan sesuatu secara tersusun. Contohnya, orang
pekak akan mengubah struktur ayat orang mendengar iaitu Saya makan nasi kepasa
Nasi makan saya. Perbezaan budaya dari aspek komunikasi pula merujuk kepada
budaya orang pekak semasa berkomunikasi adalah berbeza dengan orang
mendengar. Orang pekak mementingkan ekspresi muka dan bentuk tangan semasa
berkomunikasi berbeza dengan orang mendengar yang mana berkomunikasi
menggunakan verbal semata-mata dan kurang mengambil berat berkenaan ekspresi
muka. Selain itu, budaya orang pekak apabila berkomunikasi mereka suka
mengangguk dan membuat isyarat badan yang spesifik berbanding dengan orang
mendengar yang biasanya akan banyak menggunakan perkataan seperti hmmmm
atau uh-huh dalam memberi respon semasa berkomunikasi. Selain itu, orang pekak
apabila berkomunikasi menurut budaya mereka mestilah berlaku di tempat yang terang

supaya dapat membaca pergerakan isyarat yang dibuat berbeza dengan orang
mendengar mereka bebas berkomunikasi dalam persekitaran gelap sekalipun.
Perbezaan budaya yang lain adalah dari segi nama (Sharon Woo et al., 2006).
Budaya orang pekak sangat unik dari segi panggilan nama kerana menggunakan
bahasa isyarat dengan merujuk kepada ciri fizikal seseorang berbeza dengan orang
mendengar yang merujuk kepada nama asal semata-mata. Nama seseorang dalam
budaya pekak tidak diingat secara keseluruhan seperti yang diamalkan orang
mendengar. Mereka hanya isyarat nama menunjukkan ciri fizikal sahaja. Orang pekak
sangat mengagungkan isyarat nama yang diberi dan isyarat tersebut tidak boleh
ditukar sebab merupakan nama rasmi dalam komuniti pekak. Isyarat nama orang
mendengar hanya layak diberi oleh orang pekak menurut budaya pekak itu sendiri
kerana mereka lebih mengenali orang mendengar.
Perbezaan seterusnya dari aspek sosial yang mana orang pekak lebih
cenderung untuk mempunyai kekasih dari komuniti yang mendengar berbanding
dengan orang pekak. Ini menunjukkan budaya mereka, yang mana bagi pendapat
mereka orang mendengar lebih bersikap terbuka berbanding dengan orang pekak.
Berbeza dengan orang mendengar yang hanya berminat untuk mempunyai kekasih
dari komuniti mendengar sahaja kerana tidak mahu sekiranya berkahwin dengan orang
pekak mereka akan memperoleh anak yang pekak. Dari aspek perkahwinan pula,
orang pekak selalu gagal dalam perkahwinan mereka kerana tidak memahami antara
satu sama lain. Oleh itu, isu bercerai sudah menjadi perkara biasa dan sudah menjadi
budaya orang pekak sekiranya perkahwinan mereka gagal untuk dipertahankan.
Budaya orang pekak seterusnya iaitu mereka suka berjumpa di kedai kopi dan
meluangkan masa berjam-jam untuk bersembang. Mereka juga sukar untuk
mengakhiri perbualan mereka apabila sudah berjumpa sesama komuniti pekak kerana
terlalu banyak topik yang ingin mereka bincangkan. Berbanding dengan orang
mendengar yang duduk bersembang di kedai kopi hanya pada masa senggang sahaja
untuk membincangkan hal semasa dan biasanya mudah untuk mengakhiri perbualan
yang dibincangkan. Budaya orang pekak yang lain iaitu mereka sering kelam-kabut
ketika bersembang dengan rakan dan menyebabkan banyak maklumat yang tertinggal

berbeza dengan orang yang mendengar mereka sentiasa tenang dalam memulakan
perbualan sesama mereka.
Perbezaan budaya yang seterusnya iaitu berkenaan dengan sikap dan nilai.
Bagi orang pekak, perkara seperti mengetuk meja, menepuk bahu, menggunakan
lampu, menepuk tangan bagi mendapatkan perhatian mereka adalah perkara biasa.
Namun, bagi orang mendengar perkara seperti itu dianggap biadap. Orang pekak juga
dikatakan sangat peka dengan sesuatu perubahan terutamanya melibatkan perubahan
mimik muka dan bahasa tubuh seseorang. Budaya ini dilihat sangat unik yang mana
membolehkan orang pekak mentafsir penerimaan seseorang terhadapnya. Berbanding
dengan orang yang mendengar kerana mereka kurang peka dengan sesuatu kerana
mereka banyak menumpukan perhatian mereka kepada hal-hal lain. Budaya orang
pekak yang seterusnya iaitu mereka sangat sensitif berbanding dengan orang
mendengar. Mereka sering berfikiran negatif terhadap orang mendengar apabila orang
mendengar ketawa dihadapan mereka tanpa memberitahu sebab. Ini kerana, mereka
berfikiran bahawa orang mendengar mentertawakan mereka.
Selain itu, budaya orang pekak juga jika inginkan sesuatu atau menunjuk
seseorang mereka akan menujuk secara terus kepada apa yang mereka inginkan
tetapi bagi orang mendengar ia dianggap biadap. Bercakap dengan mulut yang penuh
juga dibolehkan di dalam budaya pekak kerana mereka menggunakan bahasa isyarat
tetapi bagi orang mendengar bercakap dengan mulut yang penuh dilihat tidak sopan.
Budaya orang pekak apabila melakukan kesalahan merujuk kepada kanak-kanak
mereka kebiasaanya akan menutup mata manakala orang mendengar akan menutup
telinga. Orang pekak apabila berkenalan dengan seseorang akan mengambil masa
yang lama berbanding dengan orang mendengar yang hanya menuturkan selamat
berkenalan apabila jumpa kawan baru. Budaya orang pekak berbeza kerana mereka
akan mengutarakan pelbagai persoalan seperti tempat asal, sekolah, adik beradik dan
sebagainya semasa perkenalan pertama. Bagi orang pekak, berpelukan selepas
berkenalan adalan budaya biasa berbeza dengan orang mendengar yang terhad
kepada bersalam sahaja (http://www. Deafeducation 4parents. com/culture.html).

Budaya orang pekak yang lain iaitu mereka sangat bergantung kepada
kecanggihan teknologi sama seperti orang normal. Namun cara mereka menggunakan
teknologi adalah berbeza dengan orang normal. Orang pekak menggunakan telefon
dalam mod getaran tidak menggunakan mod suara seperti orang mendengar. Selain
itu, orang pekak menggunakan telefon yang mempunyai 3G supaya dapat berinteraksi
dengan kawan-kawan sama ada pekak atau mendengar juga jurubahasa dengan
menggunakan aplikasi 3G Telefon juga dijadikan alat untuk mengejutkan mereka dari
tidur dengan mengunci jam dalam mod getaran. Orang pekak juga berhibur seperti
orang mendengar. Namun, budaya mereka berbeza dengan orang mendengar kerana
mereka memerlukan sari kata sekiranya menonton wayang bagi memahami cerita
yang ditayangkan. Mereka juga aktif dalam aktiviti fizikal seperti boling, badminton dan
bola sepak tetapi lebih tertumpu kepada aktiviti fizikal dalam komuniti mereka yang
dianjurkan oleh MSFD (Malaysia Sports Federation of The Deaf) berbanding dengan
orang yang mendengar yang menjadikan aktiviti fizikal sebagai riadah pada masa
petang.
Budaya orang pekak dalam aspek agama adalah dilihat kurang berbanding
dengan orang yang mendengar. Ini kerana, orang pekak sukar memahami perkara
abstrak yang terdapat di dalam agama seperti syurga dan neraka. Namun, komuniti
pekak turut mengamalkan kepercayaan dan agama yang tersendiri seperti yang
diamalkan oleh ibu bapa. Namun, orang pekak juga mengambil berat terhadap agama.
Sebagai contohnya, orang pekak yang menganut agama Islam sering berkumpul di
masjid Sri Petaling bagi mendalami ilmu Islam. Ini merupakan salah satu budaya yang
mereka amalkan iaitu bersama-sama dengan komuniti mereka mencari ilmu
ketuhanan.
Budaya orang pekak dari segi kerjaya adalah berbeza dengan orang
mendengar. Orang pekak lebih memilih pekerjaan yang tidak memerlukan komunikasi
berbeza dengan orang mendengar yang mana bebas untuk memilih kerjaya yang
diminati. Pekerjaan bagi orang pekak adalah sangat terhad. Ini kerana, orang pekak
tidak boleh diberikan pekerjaan seperti operator yang memerlukan penggunaan deria
pendengaran dan suara. Namun, dari segi kerajinan dan semangat kerja orang pekak

dilihat sangat rajin bekerja berbeza dengan orang mendengar yang kadang-kala malas
untuk bekerja.

REFLEKSI
Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dapat
menyiapkan kerja kursus Pengenalan kepada Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah
Pendengaran ini dengan jayanya. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini pelbagai
cabaran dan dugaan yang saya hadapi dalam usaha menghasilkan projek ini. Kerja
kursus ini meminta kami untuk membuat ulasan jurnal mengenai budaya pekak dan
membuat perbandingan diantara budaya pekak dan budaya orang mendengar. Oleh
itu, saya telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini.
Berdasarkan tugasan kerja kursus ini, banyak pengetahuan baru saya perolehi
terutamanya berkaitan dengan komuniti dan budaya pekak. Pengetahuan yang
diperolehi ini benar-benar dapat membantu saya dalam mengenali orang pekak
dengan lebih mendalam. Selain itu, saya juga dapat menggunakan pengetahuan yang
ada ini untuk menangani kerenah murid-murid pekak di sekolah kelak. Selain itu,
berdasarkan tugasan ini saya juga dapat mengetahui serba sedikit mengenai peranan
saya sebagai salah seorang ahli dalam komuniti pekak. Berdasarkan tugasan ini juga,
saya dapat melihat perbandingan budaya di antara orang pekak dan mendengar dan
seterusnya saya dapat melihat perbandingan orang pekak di dalam negara dan luar
negara. Ini dapat menambah maklumat baru dan pada masa yang sama saya dapat
mengubah persepsi saya sebelum membuat tugasan ini. Ini kerana, pada mulanya
saya berfikir bahawa budaya orang pekak adalah sama di serata dunia.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenalpasti
semasa tempoh melaksanakan tugasan ini. Kelemahan pertama, saya sukar untuk
memperolehi maklumat mengenai tugasan. Saya juga tidak pasti dengan maklumat
yang diperolehi sama ada betul atau tidak. Namun, maklumat yang dikumpul
sememangnya

terdiri daripada berbagai sumber

iaitu buku, majalah, jurnal dan

internet. Proses pencarian maklumat ini juga sukar kerana kebanyakan bahan adaah
dalam bahasa Inggeris. Kelemahan ini kelihatan ketara kerana saya sangat lemah
dalam penguasaan bahasa Inggeris. Namun, berbekalkan iltizam yang kuat saya
berusaha untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Lantaran itu, saya sedikit
gusar sekiranya saya tersalah mentafsir kenyataan bahasa Inggeris yang terdapat di
dalam bahan yang saya rujuk. Kelemahan seterusnya, saya berasa sangat sukar untuk

melaksanakan tugasan yang diberikan kerana jumlah muka surat telah ditetapkan di
dalam soalan tugasan.
Tambahan pula, skop tugasan luas mencakupi rumusan jurnal, perbandingan
budaya pekak dan orang mendengar dan refleksi. Ini menyebabkan saya sangat sukar
untuk membuat organisasi tugasan dengan baik. Kelemahan lain iaitu saya tidak
berkesempatan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing berikutan kekangan
masa daripada pihak pensyarah dan diri saya sendiri. Oleh hal yang demikian, saya
kurang berkeyakinan untuk melaksanakan tugasan ini. Di samping itu, kekurangan
kolaborasi menyebabkan saya bimbang hasil tugasan saya kurang bermutu dan selari
dengan kehendak tugasan. Sehubungan dengan itu, saya mempunyai masalah
terutamanya dari aspek pengurusan masa kerana saya juga tepaksa bertungkus lumus
untuk menyiapkan banyak tugasan yang lain sama ada tugasan kuliah, komitmen di
dalam persatuan mahupun tugasan-tugasan kerja kursus bagi subjek-subjek lain yang
perlu dihantar dalam masa terdekat dan serentak.
Cadangan penambahbaikkan yang boleh saya buat adalah saya perlu
merancang

maklumat

dengan

teliti

daripada

awal

supaya

dapat

mempersembahkannya dalam bentuk yang lebih ringkas dan padat. Selain itu,
perkara-perkara seperti pengurusan grafik dan jadual perbezaan perlu saya masukkan
di bahagian lampiran tugasan sebagai langkah meminimumkan penggunaan muka
surat. Bagi memastikan tugasan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, saya perlu
mendapatkan bimbingan yang berkesan daripada pensyarah dengan merancang
jadual waktu pembelajaran dengan baik supaya bimbingan masih dapat diperolehi
walaupun sibuk dengan urusan dan tanggungjawab lain. Selain itu, penambahbaikkan
yang boleh dibuat iaitu saya sepatutnya bergaul dengan lebih giat dengan komuniti
pekak supaya kesahan maklumat dapat diperolehi mengenai budaya orang pekak.
Selain itu, saya seharusnya menjalankan kajian dengan mengedarkan borang kaji
selidik kepada rakan-rakan bermasalah pendengaran yang dikenali bagi menilai aspek
budaya pekak dengan lebih terperinci menurut perspektif mereka sebagai individu
yang bermasalah pendengaran. Sesi temu bual dan pemerhatian juga seharusnya
dijalankan.Selain itu, penguasaan bahasa Inggeris juga perlu ditingkatkan supaya

proses pencarian ilmu akan menjadi lebih mudah. Disamping itu, saya juga perlu
menguruskan masa dengan sebaiknya dan membahagikan masa yang khusus untuk
melaksanakan tugasan kuliah, dan tugasan yang lain
Kursus ini juga sedikit sebanyak dapat memberi satu kelebihan atau maklumat
tambahan kepada guru pelatih, supaya mampu mendidik kanak-kanak bermasalah
pendengaran ini dengan baik apabila berada di sekolah kelak. Bukan itu sahaja,
malahan kursus ini mampu membantu pihak IPG dalam usaha melahirkan lebih ramai
pendidik yang berkualiti dan mempunyai pemikiran minda kelas pertama. Nilai-nilai
murni juga dapat dipupuk agar menjadi seorang bakal guru yang sentiasa cekal dan
tabah menghadapi sebarang masalah dalam pelaksanaan sesuatu tugasan yang
diberikan.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek ini telah memberi
banyak faedah dan pengajaran

kepada

saya dan rakanrakan dan hal ini

membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi
semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal
insan yang seimbang dan berdaya saing selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Menjadi seorang guru bukanlah suatu pekerjaan yang mudah seperti
yang kita fikirkan. Ianya memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kerana kita
bukan sahaja mengajar mereka tapi kita juga perlu mendidik mereka menjadi insan
yang mampu berdikari dan berguna kepada agama , masyarakat dan negara.

RUJUKAN

Dr . Abdullah Yusof, (2007). HBSE 1103 Pengenalan Pendidikan Khas.Selangor


Darul Ehsan: Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Safani bin Bari.(2006).HBSH 1103 Psikologi dan Perkembangan Kanak Kanak
Masalah Pendengaran.Selangor:Open University Malaysia.
Sharon Woo, (2006). Understanding Deaf Culture Malaysia Perspective.Kuala Lumpur:
Majudiri Y Foundation for the Deaf.
Sheikh Othman bin Sheikh Salim, (1996). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Selangor:
Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Tiada Nama Pengarang.Transcript: An Exploration of Deaf Culture. Dilayari pada 16


Februari 2014 di URLhttp://www.npr.org/ templates/ story/story. php?storyId
=447 6250 &ps=rs

Marzuki Ong.Tahap Pendidikan Pengasas Persatuan Orang Pekak. Dilayari pada 18


Februari 2014 di URL http://harapanpekakmalaysia.blogspot.com/search?
updated-max=2011-08-24T11:06:00%2B08:00&max-results=3
Ron Southwick. Deaf culture ii. Dilayari pada 17 Februari 2014 di URL
http://www.deafworldministries.com/article2.html
Carol Padden. Deaf Culture. Dilayari pada 18 Februari 2014 di URL http:// www2.
palomar.edu/users/jbaker4/deaf-culture-web-resources.pdf
Tiada Nama Pengarang. Deaf Culture and Community . Dilayari pada 18 Mac 2014
di URL http://www.deafeducation4parents.com/culture.html
Tiada nama Pengarang. Deaf in America. Dilayari pada 15 Mac 2014 di URL
http://www.answers.com/topic/deaf-in-america
Tiada Nama Pengarang. Persatuan Orang Pekak di Malaysia. Dilayari pada 16 Mac
2014 di URL.http: //mydeaf. blogspot. com/ 2008/ 05/ persatuan-orang-pekak-dimalaysia.html

Tiada Nama Pengarang.American Sign Language & Deaf Culture in America. Dilayari
pada 16 Mac 2014 di URL http://library.thinkquest.org/11942/asl.html
Wikipedia. Deaf Culture. Dilayari pada 18 Mac 2014 di URL http://en. Wikipedia.
org/wiki/Deaf_culture#cite_note-mindess2006-3
William

Vicars.

Deaf

Culture.

Dilayari

pada

18

Mac

http://www.lifeprint.com/asl101/pages-layout/culture1.htm

2014

di

URL

LAMPIRAN

Você também pode gostar