Você está na página 1de 34

PENGENALAN

Acara lompat tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa
mendapat perhatian ramai. Lompat tinggi diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam
tahun 1896 acara lompat tinggi telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik. Acara ini
menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlet. Dalam
acara lompat tinggi, seseorang atlet memerlukan kebolehan semula jadi. Bagi
melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlet itu sendiri
iaitu dari persediaan fizikal dan mental. Terdapat beberapa gaya dalam acara lompat
tinggi seperti berikut:i.

Gaya Gunting (scissors)

ii.

Gaya Guling Barat (Western Roll)

iii.

Gaya Guling Pelana (Western Roll)

iv.

Gaya Flop.

v.

Gaya Timur.

Dalam gaya-gaya di atas, gaya pertama hingga gaya keempat termasuk dalam fasa
layangan. Bagi gaya pertama hingga gaya ketiga tidak akan menghasilkan lompatan yang
tinggi. Ini disebabkan gaya-gaya tersebut kurang sempurna dari segi teknik lompatan.
Oleh yang demikian gaya guling (staddle) dan gaya flop telah diperkenalkan bagi
mendapatkan lompatan yang tinggi.

SEJARAH
Tidak dapat dipastikan adakah lompat tinggi pernah disenaraikan dalam sukan Olimpik
Kuno seperti lompat jauh. Ada setengah pendapat mengatakan acara lompat tinggi ini
pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi kurang pula pihak yang
menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila suatu

pertandingan diadakan untuk menentukan siapa antara professional di England yang


mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861,
seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.

Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan
sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan
itu malah ketika itu belum ada orang lain yang

melompat

setinggi itu.

Walaubagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan
lompatan yang dilakukan oleh atlet pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah
seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat
lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada
kedudukan static atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada
kedudukan berdiri dan menegak.

Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari
masa kesemasa yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut
berubah mengikut keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak
dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga
pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. Peningkatan
lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat
terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelumnya hanya pasir
yang digunakan. Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam

sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai
peringkat.

Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gaya statik
dengan lompatan menegak. Gaya pelana mula diperkenalkan oleh peserta-peserta Eropah,
manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik
lompatan yang paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika
itu. Gaya gunting yang kebanyakkannya digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula
diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.

Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus
dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu pelompat tinggi dari Amerika yang bertanggungjawab
bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah mempopularkan
teknik ini dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting
sehinggakan IAAF terus bersetuju menamakan lompatan yang diperkenalkan oleh beliau
sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.

Sebelum gaya Fosbury Flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali
sebagai gaya guling pelana (Stardle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari Universiti
of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930 tetapi yang
mempopularkan gaya ini ialah Les steers dari Oregon. Dengan ketinggian 6 kaki 1.5 inci
beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu orang

yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Durmas dari
Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

PERALATAN
Dalam acara lompat tinggi, ia memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk
membolehkan lompatan diadakan sebagai salahsatu acara olahraga. Penganjur sesuatu
kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan
dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:

i. Tiang lompat tinggi


Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa
pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah
dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang
ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa
mudah dijatuhkan.
ii. Palang lompat tinggi
Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan
yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai
dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan
pada tiang.

iii. Kawasan mendarat


Pada peringkat awal acara lompat tinggi kurang memberi perhatian kepada kawasan
mendarat. Tetapi apabila beberapa teknik lompatan diperkenalkan, tempat pendaratan
perlu disediakan dengan sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan
diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang
diisikan dengan pasir lembut yang lembab. Kini kawasan pendaratan bagi acara lompat
tinggi ini menggunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk
segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas
kedua-dua tiang lompat tinggi.
iv. Pita Pengukur
Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh
setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang
dinaikkan. Kini alat pengukur elektronik digunakan supaya proses pengukuran dapat
dilakukan dengan cepat dan tepat.

UKURAN
i. Tiang Lompat Tinggi
Tiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau
maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.
ii. Palang Lompat Tinggi
Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua
tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah dua kilogram. Palang ini

diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan ini hendaklah berbentuk segiempat dan
berukuran 4cm lebar dan 6 cm panjang.
iii. Kawasan Mendarat
Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut
bergetah dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter panjang, 4 meter lebar dan 1
meter tebal.
iv. Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh
peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan.Pegawai
pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu
mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada
bahagian tengah palang ke aras tanah.

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA LOMPATINGGI


Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip bio mekanik dalam acara sukan termasuk
olahraga. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini dibincang
dengan ringkas
a) Pergerakkan
Terdapat dua jenis pergerakkan iaitu:i) Pergerakan Mendatar (Linear Motion)
ii) Pergerakan Menegak (Vertical Motion)
Dengan ringkas seorang atlet perlu meminda pergerakan mendatar kepada pergerakkan
menegak.

b) Momentum
Halaju dan momentum adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan.
Momentum adalah hasil dari jisim dan halaju iaitu kuantiti pergerakkan yang dikandung
oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum jasad
itu akan bertambah. Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan
misalnya hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat untuk membawa badan pada takat
yang lebih tinggi. Pergerakkan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke
atas.

c) Daya Sentrifugal
i)

Daya Sentrifugal

ii)

Daya Sentripetal

iii)

Daya Ikut Tangan

Selain daripada pergerakkan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentifugal.
Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakkan dalam bentuk satu bulatan, pada
hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi
daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan. Daya yang bertindak ke luar
dikenali sebagai Daya Sentripetal. Kedua-dua daya ini dilaksanakan hanya apabila ada

geseran pada bumi di pusat bulatan. Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sedang
bertindak kepada pusat bulatan dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini
akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangan pada
pusat bulatan itu.
d) Putaran
Pergerakkan-pergerakkan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang adalah
dua jenis iaitu direct dan indirect. Putaran direct dicapai semasa atlet ada kontak dengan
bumi manakala putaran indirect semasa atlet tidak mempunyai kontak dengan bumi.
Putaran indirect dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas setelah
lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.

e) Graviti dan Pusat Graviti


Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan pada
atlet dan bagaimana ia boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya

memperolehi lompatan yang paling berjaya. Ketinggian yang lebih boleh dicapai dengan
jumlah daya yang sama sekiranya pusat graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas
palang. Walaubagaimanapun gaya-gaya yang membolehkan penempatan pusat graviti
seperti ini juga melibatkan atlit-atlit mendarat dalam posisi yang mencemaskan.

PRINSIP AKSI REAKSI


Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki meninggalkan
bumi

dengan mengubahsuaikan

segmen-segmen

tertentu

dalam badan

secara

mengaplikasikan hokum reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikuti itu


diangkat. Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan
sesuatu gerakkan tertentu, maka kita akan dapat satu pergerakan di bahagian badan yang
lain. Apabila kedua belah tangan atlet dihayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh
badan akan turut terangkat. Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan
kuat untuk menghasilkan putaran badan. Dengan ini kedua belah kaki akan dapat
melepasi palang. Ketika bahagian pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan.
Pergerakan inilah mengangkat kedua belah tangan dan kedua kaki melepasi palang
dengan mudah. Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan ditanam dengan kuat,
reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan
menegak. Prinsip-prinsip yang telah dibincangkan ini adalah mustahak bagi seseorang
atlit untuk mencapai tahap pencapaian lompatan yang tinggi.

HUKUM-HUKUM NEWTON

Prinsip-prinsip mekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah:


1. Hukum Inertia (Hukum Pertama)
Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan halaju
yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah
keadaannya.
2. Hukum Pecutan (Hukum Kedua)
Kadar penurunan momentum secara terus dengan daya yang digunakan dan
pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya.
3. Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga)
Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitudnya
tetapi pada arah yang bertentangan.

FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI (GAYA FLOP)


Dalam acara Lompat Tinggi (gaya flop) seseorang atlit akan melalui empat fasa
Iaitu:
a) Fasa Lari Landas.
b) Fasa Lonjakan.
c) Fasa Layangan.
d) Fasa Mendarat.

a)

Fasa Lari Landas


Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa
seseorang atlit lompat tinggi pada satu tahap yang paling sesuai untuk melakukan
fasa lonjakan seterusnya. Faktor-faktor itu adalah:
i)

Kelajuan. Atlet dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan

halaju yang terkawal. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melepasi
palang kerana tinggi palang.
ii)

Arah. Atlet hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20o hingga

30o dari segi satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari landas
atlet perlu mengubah arahnya pada satu lengkungan. Ini dilakukan untuk
mendapat daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop.
Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti
berikut:
i) Lari lengkung dari mula lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima
seperti Dick Fosbury.
ii) Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir.
iii) Secara lari atas garisan lurus ke palang. Lari landas melibatkan di antara 7,8
atau 11 langkah yang laju. Untuk mendapatkan daya sentrifugal yang unik dalam
garisan gaya flop empat langkah terakhir hendaklah dilakukan dalam garisan satu
lengkungan seperti di bawah.
Tempat mula lari landas adalah 70o hingga 80 dari permukaan satah palang seperti
yang digunakan oleh beberapa atlit ternama.
b)

Fasa lonjakan

Tujuan lonjakan adalah untuk mengubah pergerakkan mendatar kepada


pergerakan menegak dan untuk mengangkat pusat graviti atlit ke atas palang.
Pada akhir lari landas kaki lonjak dihentak ke bumi dengan tumit untuk mendapat
daya tindakbalas yang akan mengangkat badan lagi. Kemudian kaki lonjakan
diguling dari tumit ke tengah kaki ke jari sambil menekan bumi. Badan di
condong sedikit ke belakang sambil kedua tangan dihayun ke atas. Serentak
dengan ini sejurus sahaja badan terangkat dari bumi, kaki bebas diangkat sambil
dipusing ke dalam untuk mendapat daya putaran

supaya badan mencapai

layangan istimewa flop. Pada masa ini kepala dihalakan ke palang dan atlit mesti
melihat palang. Perkara yang perlu diingat adalah semasa lonjakan dibuat pusat
graviti hendaklah berada di atas kaki lonjakan. Atlit yang melonjak dengan kaki
kiri melompat dari sebelah kanan palang, manakala atlit yang melonjak dengan
kaki kanan mula lari landasnya dan melompat dari sebelah kiri palang lompat
tinggi.
c)

Fasa Layangan
Sekiranya fasa lari landas dan fasa lonjakan adalah sempurna atlit akan mencapai
fasa layangan yang diingini. Dalam fasa layangan ini, tujuannya adalah untuk
membawa pusat graviti melepaskan palang secara ekonomikal dan mudah. Purata
yang dihasilkan oleh kaki bebas dalam fasa lonjakan tadi akan membawa
badannya secara belakang atlit mengadap palang. Ketika ini kaki masih belum
melepasi palang dan pusat garviti masih berada di belakang dan rendah dari
palang. Atlit akan mengangkat kepalanya dan ini akan mengangkat bahagian

bahu. Gerakan ini akan bertindakbalas secara kakinya akan melurus sambil
melintas atas palang. Kakinya hendaklah dikangkang sedikit.
d)

Fasa Mendarat
Dalam fasa ini badan atlit melepasi palang sebelum jatuh dari tinggi ke bumi.
Jenis daya yang dihasilkan adalah kinetik yang makin jatuh makin bertambah.
Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan menadakan kedua
lutut jatuh dan dagunya rapat ke dada. Mulutnya mesti ditutup supaya tidak
terturup dan tidak tergigit lidah. Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti
mi melakukan gulingan ke belakang untuk menyerap hentakan impak.

LATIHAN ANSUR MAJU


Gaya Straddle
Langkah 1:
Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang
menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan
lonjakan apabila melakukan lompatan.
Langkah 2:
Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu bendayang telah disediakan di atas tanah.
Larian terus dilakukan terus lompat atau loncat di atas kaki yang telah dipilih untuk
membuat lonjakan.

Langkah 3:
Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kanan.
Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan berada
di sebelah kanan menghadap palang manakala pelompat yang menggunakan kaki kiri
berada di sebelah kiri menghadap palang.
Langkah 4:
Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang agar
memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatkan sesuatu tanda seperti kain putih di tengahtengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap
lompatan.
Langkah 5:
Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar
kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang telah
diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah tadi dimulakan daripada atas
pinggang sehinggalah paras bahu.
Langkah 6:
Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan
aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut:
a. Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.
b. Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.
c. Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.
d. Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan
dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihanyutkan ke atas.

Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan penekanan
ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum aksi bagi memutar melintasi palang. Bagi
aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan.
Langkah 7:
Kesemua langkah di atas dipraktikan dengan menggunakan tali getah yang menggantikan
palang. Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gaya starddle.
Langkah 8:
Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putara. Kedudukan sekarang
adalah berpasangan. Satu demontrasi cara membuat putaran diperkenalkan dan
dilakukan. Setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke atas. Penyokong
atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki
tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu secara
automatik badan akan berputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekan
ialah badan haruslah diangkat ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan
diturunkan.
Langkah 9:
Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah di ambil atas
bangku. Kaki dihayun bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di atas tilam.
Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.
Langkah 10:
Bila teknik dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian landas. Ianya
menggunakan 5 hingga 7 langkah keselesaan.

Latihan-latihan Persediaan
1) Latihan Garisan
Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan lompatan pada
sudut 45o digunakan. Kaki di hayun ke hadapan dan lompatan dibuat melintasi palang
dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang
baru mempelajari gaya ini.
2) Latihan Pergerakan Kaki
Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45o
digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi
palang dilakukan pada pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki
hadapan.(Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan
menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat)
3) Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki
Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menedang sesuatu objek
yang digantungkan. Pelakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhatihati kerana ia agak merbahaya.
4) Latihan Melonjak
Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala
pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk
membuat lonjakan yang lebih bertenaga.
5) Latihan Gulingan Badan.
Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di
bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat

gulingan badan pada paras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului
pergerakan kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh
dicapai malalui latihan ini.

Gaya Fosbury Flop


Langkah 1
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa
mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan
aktiviti-aktiviti seterusnya. Pelajar ditunjukkan dengan demontrasi cara menjatuhkan
badan ke atas belakang. Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada
kawasan mendarat. Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar
atau atlit diarah untuk berdiri di atas kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan
tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk
keyakinan seterusnya.

Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan
badan di bahagian bahu belakang. Dagu hendaklah di rapatkan pada dada. Perlu
ditegaskan bahawa tangan hendaklah di hayunkan ke belakang. Untuk peneguhan,
semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola
sepak). Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut, dan semasa jatuhan bola itu
dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan
tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan kangkang
sedikit.

Langkah 2
Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah satu digunakan. Segala
perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah satu. Pelajar dikehendaki dan
diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan.
Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan
kedua belah kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan
keyakinan.

Langkah 3.
Kotak dalam langkah dua digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar
dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pengasingan
pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan kiri dan kanan
tempat lompatan. Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut
dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas
dan melompat. Perlu ditekan bahawa tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah dua.

Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang
sebenar.

Langkah 4.
Penumpuan dalam aktiviti ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan layangan.

a. Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk
mendapatkan daya putaran pada badan.
b. Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya
mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.

Selepas didapati ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai suasana yang
sebenar acara lompat tinggi gaya ini.

Langkah 5
Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan sebenar. Sebagai bantuan
aktiviti ini, satu garis untuk lari landas dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah
berada di paras yang rendah. Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan
empat atau lima langkah larian landas. Ini dicuba beberapa kali. Kemudian palang akan
ditinggikan sedikit demi sedikit sekiranya lompatan berjaya dilakukan. Selepas lakukan
aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan larian landas sembilan hingga sebelas
langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak laju.

Penegasan dan Pemerhatian


1.

Displin peraturan dan giliran, serta displin melakukan gerakan wajib diberi

perhatian dan penegasan.


2.

Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati

dan membuat penerangan kepada atlet jika ada sesuatu perkara yang boleh memperbaiki
lagi lakuan dalam lompatan.
3.

Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya

untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada perlakuan
yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.

UNDANG-UNDANG

Seperti acara-acara padang lain, lompat tinggi mempunyai aturan dan unduang-undang
khusus yang ditetapkan oleh IAAF yang diharus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai
yang terlibat dalam acara ini. Antara undang-undang tersebut seperti berikut:
1. Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan
menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan bermula.
2. Peserta hendaklah membuat lompatan dengan menggunakan mana-mana
sebelah kakinya semasa melonjak.
3. Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan
larian untuk melompat.
4. Pada

permulaan

pertandingan,

pegawai

pertandingan

hendaklah

memaklumkan kepada semua peserta ketinggian minimum yang akan


digunakan sebagai ketinggian kelayakan. Setiap peserta yang berjaya melepasi
ketinggian itu, palang akan dinaikkan dan peserta dikehendaki melompat
melepasi para bahu sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu.
5. Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian selepas tiga
percubaan, akan terkeluar daripada pertandingan dan pencapaian peserta
dikira pada ketinggian tertinggi yang berjaya dilepasi sebelum itu.
6. Peserta boleh meneruskan lompatan pada ketinggian baru, walaupun peserta
lain gagal melakukannya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian itu.
7. Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan
tiang-tiang tidak boleh di ubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian

pengubahan hendaklah dilakukan selepas semua peserta menamatkan


lompatan pada sesuatu ketinggian tertentu.
8. Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian
tetapi gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi
ketinggian itu dengan jumlah lompatan sedikit dikira pemenang. Jika selepas
itu, masih ada lebih daripada seorang peserta yang berjaya, peserta-peserta
dengan lompatan yang lebih sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira
pemenang.
9. Peserta dikatakan telah melakukan kesalahan sekiranya dia:
a. Menyebabkan palang pada tiang lompat tinggi terjatuh daripada
penyokongnya, akibat terkena mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Terlebih dahulu menyentuh tempat atau kawasan pendaratan dengan
sebarang bahagian tubuhnya, sama ada di dalam atau di luar daripada
tiang, sebelum melepasi palang lompat tinggi.
c. Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang lompat tinggi yang
termasuk dari segi aturan pertandingan, tatatertib, pakaian dan tidak
menghadirkan diri.

ATURAN MELOMPAT
Sebelum pertandingan bermula pegawai pertandingan hendaklah memastikan semua
peralatan dan kawasan untuk acara ini disediakan selengkapnya, termasuk dari aspek
keselamatan peserta. Peserta juga hendaklah dimaklumkan tentang masa dan tempat

acara ini diadakan. Mereka juga hendaklah diberikan masa dan peluang untuk membuat
lompatan percubaan atau menyesuaikan diri dengan kawasan dan peralatan yang
disediakan sebelum pertandingan bermula. Bagi sesuatu pertandingan, para peserta akan
dikehendaki membuat lompatan permulaan pada satu ketinggian yang ditetapkan,
mengikut tingkat dan keupayaan para peserta. Jika peserta berjaya melepasi palang,
ketinggian ditingkatkan sehinggalah pusingan akhir ini, semua peserta diberikan tiga
lompatan untuk satu-satu ketinggian. Sekiranya peserta itu berjaya melepasi ketinggian
dengan hanya sekali lompatan sahaja, dia akan meneruskan lompatan untuk melepasi
ketinggian seterusnya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian berikut.

Mana-mana peserta yang gagal melepasi palang menerusi tiga percubaan pada
sesuatu ketinggian akan terkeluar daripada pertandingan, kecuali apabila semua gagal
melakukan lompatan. Pemenang lompat tinggi ditentukan menerusi peserta yang berjaya
melakukan lompatan. Pemenang lompat tinggi ditentukan menerusi peserta yang berjaya
melepasi lompatan tertinggi. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang peserta yang
berjaya melompat pada ketinggian yang sama dan pada ketinggian terakhir, penentuan
tempat adalah menerusi bilangan lompatan yang dibuat. Jadual berikut adalah contoh
penentuan kedudukan peserta jika lebih daripada seorang peserta berjaya pada sesuatu
ketinggian tertentu.

Untuk melakukan sesuatu lompatan, peserta akan mengambil beberapa langkah


larian dari satu titik atau tempat yang ditentukan sendiri, sama ada dari sebelah kiri atau
kanan lorong larian itu. Peserta juga boleh memilih sudut atau penjuru yang disukai.

Sebelum itu pegawai-pegawai pertandingan akan mengukur palang dan memaklumkan


kepada semua peserta. Ketinggian palang ini diukur secara menegak dengan sudut 90o
dari permukaan gelanggang. Peserta juga bebas menggunakan cara atau teknik lompatan
yang disukai. Walaupun kini hampir semua peserta, malah di peringkat sekolah pun
menggunakan gaya Fosbury, penggunaan teknik lain boleh diteruskan asalkan gaya ini
menjadi kegemaran dan keselesaan peserta. Peserta hendaklah melompat melepasi palang
yang disediakan dan mendarat dengan selamat di kawasan pendaratan. Ini dilakukan
untuk ketinggian berikutnya sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu dan
pemenang dapat ditentukan.

Kesalahan Yang Biasa Berlaku Semasa Lompatan


1. Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah
terakhir.
2. Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka
langkah semasa melencong.
3. Jarak tempat lonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak penujuan
terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.
4. Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mahu lompat.
5. Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat
dengan palang semasa melonjak.
6. Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.
7. Menjunam ke arah palang atau badan ke palang.

8. Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara
melipat tumit.
9. Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.
10. Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan
mendongak semasa fasa pemulihan.
11. Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk
ke sebelah kawasan mendarat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1. Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan.
2. Pastikan tempat mendarat atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.
3. Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah
jatuh.
4. Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat mendarat supaya ia
jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat lompatan.

ISTILAH-ISTILAH ACARA LOMPATAN


Ujian Abalakov
Ujian yang digunakan untuk mengenalpasti bakal atlIt-atlIt acara lompat tinggi dengan
cara mengukur hasil campuran kaki dan kuasa. Seseorang atlIt berdiri di atas kotak
ketinggian 50 cm dan permulaan berdiri setempat, loncat dengan sebelah kiri (hop) dari
kotak kepada lantai, loncat sekali lagi di atas kaki yang sama dan lompat dan mendarat

dengan dua kaki seperti daratan lompat jauh. Jarak dari kotak tanda daratan (point of
landing) di ukur.
Hayunan Tangan
Dalam acara lompat tinggi, didapati ada empat jenis hayunan tangan yang tertentu yang
boleh digunakan dalam fasa take off, hayunan tangan sebelah dalam sahaja, atau
membiarkan kedua-dua belah tangan berada rendah di sisi.
Back Overs
Satu jenis senaman di mana seseorang atlIt berdiri dengan satu jarak tangan dari palang
dengan bahagian belakang si pelompat menghalang palang. Kemudian melompat menuju
ke arah belakang melepasi palang daripada kedudukan berdiri setempat.
Flop
Posisi lompat tinggi susunan belakang (back lay out) yang diperkenalkan oleh Dick
Fosbury dari Amerika Syarikat semasa beliau memperkenalkan teknik ini di Kanada.
Lipatan Tumit
Istilah yang digunakan untuk menerangkan lipatan aktif bahagian tumit kerana punggung
semasa pelompat sedang melepasi palang. Pergerakan ini melibatkan bahagian punggung
dan peha semasa melepasi palang.
Menggerakkan Kedudukan Badan Tegak
Istilah yang digunakan semasa menyuruh atlIt-atlIt mengekalkan kedudukan badan yang
tegak selepas melonjak(take off). Ia menerangkan pergerakan badan yang tegak menuju
ke atas dalam acara lompat tinggi untuk menekankan kepada pelompat bahawa mereka
tidak boleh melentik ke belakang dengan kepala, tangan atau sebelah bahu.

Pergerakan Lutut
Istilah yang menerangkan pergerakan lutut tegak ke atas yang perlu dilakukan oleh
seseorang pelompat selepas lonjakan. Pergerakan lutut secara melintang badan membantu
putaran sebelum mencapai posisi lay out adalah satu anggaran salah.
Buku Harian Latihan
Buku harian yang digunakan untuk mengesani latihan harian. Ia berbeza mengikut
pergerakan umur dan taraf pencapaian atlit.

Kesimpulan
Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik. Setelah
melalui pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan berlaku dari segi undangundang, teknik, gaya dan tercipta pelbagai kaedah untuk memajukan acara lompat tinggi.
Secara keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan memahami acara lompat tinggi yang
kompleks ini. sebagai teknik yang dipelbagaikan dan ansur maju yang dipecahkan untuk
lebih mudah memahaminya.

Apa yang penting ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman sains sukan
dalam acara lompat tinggi. Pemahaman dan amalan tentang pemakanan atilt juga banyak
membantu kejayaan lompat tinggi. Apatah lagi dengan perancangan sistem latihan yang
teratur dan juga diadakan pelbagai sesi untuk memantapkan atlit. Segala latih tubi yang
diadakan adalah untuk mengukuhkan kekuatan teknikal acara ini dan peluang untuk
membuat kesilapan dapat diminimakan

Isi Kandungan

Muka Surat

Prakata
i
Pengenalan

Sejarah
2
Peralatan

Ukuran
6
Prinsip-prinsip Biomekanik Dalam Acara Lompat Tinggi

Prinsip Aksi Reaksi

10

Hukum-hukum Newton

11

Fasa-fasa Dalam Lompat Tinggi (Gaya Flop)

11

Latihan Ansur Maju

14

Undang-undang

22

Aturan Melompat

23

Langkah-langkah Keselamatan

26

Istilah-istilah Acara Lompat Tinggi

26

Contoh Latihan Jeda

28

Contoh Latihan Plyometrik

28

Contoh Latihan Litar

29

Contoh Latihan Beban

29

Contoh Latihan Fartlek

29

Contoh Latihan Kemahiran

30

Kesimpulan

30

Contoh Latihan Mengajar

31

Rancangan Latihan Kitaran Mikro (8 Minggu)

40

Rancangan Latihan Meso

48

Rancangan Tahunan

49

Bibliografi

50

Bibliografi

WILLIAM J. BOWERMAN, WILLIAM H. FREEMAN. 1991. High-Performance


Training For Track and Field. Second Edition. Champaign IIIinois: Leisure Press.

AHMAD WAFI. 1990. Siri Teras Sukan Olahraga Padang. Kuala Lumpur: Goodmark
Enterprise.

ANNARIO A.A. 1976. Development Conditioning for Women and Men. St. Louis : The
C. V. Mosby Company.

BADON T. 1995. Hurdling Basic, Track and Field Coaching Review 95.

BOMPA O. TUDOR. 1983. Theory and Methodology of Training. The Key to Athletic
Performance. Kendell/Hunt, Dubuque : Iowa Publishing Company.

DOHERTY, J.K. 1976. Track and Field Omnibook. Tafnew Press : California USA

DYSON G.H. 1977. The Mechanics of Athelatics. New York USA: Holmes and Meier
Publisher.

FOX E. L and METHEWS D.K 1981. The Physiological Basic of Physical Educatio And
Athletic. Philadelphia : Saunders College.
HAZELINE R. 1990. Fitness for Sports. Rawbury : The Crowood Press.

MAAU/NSC. 1990. National Coaches, Educational and Certification Programme Level


I
F.S Gottinger.

SARJIT SINGH & SHEIKH KAMARUDIN SHEIKH AHMAD. 1987. Buku Sumber
Kecergasan Fizikal. Kuala Lumpur : Persatuan Pendidikan Malaysia.

Você também pode gostar