Você está na página 1de 16

Kemahiran Papan Tulis

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS.


1.0 OBJEKTIF.
Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami :
1.1. prinsip- prinsip penggunaan papan tulis.
1.2. objektif- objektif penggunaan papan tulis.
1.3. kesan- kesan penggunaan papan tulis.
1.4. komponen- komponen kemahiran penggunaaan papan tulis.
1.5. cara pengendalian pengajaran mikro.
2.0. PENGUNAAN PAPAN TULIS.
Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam proses p & p di bilik
darjah. Secara tradisi.
2.2 Memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah
ditempat yang sesuai.
2.3 Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan sahaja
memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran guru dengan tepat
tetapi juga dapat menarik mereka mengikuti pelajarannya.

3.0. PRINSIP- PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS.


3.1. Guru harus merancang penggunaan papan tulis lebih awal sesuai dan menarik
perhatian.
3.2 Guru cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambarajah.
3.3. Tulisan dan gambarajah hendaklah jelas kelihatan.
3.4. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan atau
penekanan.

3.5. Aktiviti penggunaan hendaklah dipelbagaikan. Selain daripada melukis dan menulis,
boleh digunakan untuk menggantung peta atau gambar-gambar
yang digunakan sebagai alat bantu mengajar.
3.6. Pelajar hendaklah dilibatkan dalam penggunaan seperti menulis jawapan,
melukis carta atau gambar dan menyelesaikan masalah mengikut arahan guru.
3.7. Masa penggunaan hendaklah sepadan dengan aktiviti p & p. Penggunaan
papan tulis yang berlebihan akan membuatkan pelajar merasa bosan.

4.0. OBJEKTIF- OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS.


4.1 Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Kanak-kanak
mudah memahami daripada guru hanya bercakap dengan tanpa menulis.
4.2 Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting. Guru
dapat mengekalkan perhatian pelajar terhadap perkara-perkara penting dalam P&P.
4.3 Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara
bersistematik. Kanak-kanak mudah faham kerana guru dapat memberi
penjelasan secara lebih teratur secara satu per satu
4.4 Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. Selain penggunaan komputer
dan ABM yang lain. Kanak-kanak tidak akan merasa bosan dengan satu aktiviti P&P
sahaja.
4.5 Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Kanak-kanak akan dapat
pengalaman menulis di papan tulis contohnya untuk menjawab soalan.
4.6 Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak meniru huruf dari papan tulis. Ini
akan menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir.
5.0. KESAN-KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS.

5.1 Pelajar dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat. Mereka akan mengikuti
proses P&P secara satu per satu kerana guru memberi penerangan secara
berperingkat.
5.2 Pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti P&P terutama bagi pelajaran
baru.
5.3 Pelajar dapat mengikuti perkembangan dengan penuh minat kerana penerangan
guru adalah secara mudah dan berperingkat.
5.4 Aktiviti pengajaran guru dapat dipelbagaikan. Contohnya tidak terikat dengan
satu ABM sahaja.
5.5 Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru. Guru menulis dengan
jelas, terang dan dibantu dengan proses yang mudah dan tepat. Contohnya untuk
menulis huruf. Ia dilakukan secara langkah demi langkah.
5.6 Aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik. Kanak-kanak boleh terlibat secara
aktif dalam P&P contohnya memberi peluang kepada mereka untuk menulis di
jawapan di papan tulis.
5.7 Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan. Mudah
untuk kanak-kanak untuk mengingati apa yang diajar.

BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENGGUNAANPAPAN TULIS

Tandakan (/) pada ruang yang berkenaan.

KOMPONEN KEMAHIRAN

KEJELASAN
1.

Saiz tulisan sesuai.

2.

Tulisan kemas dan tepat.

3.

Gambarajah jelas dan ringkas

SUSUNAN (LAYOUT)
1.
Penggunaan ruang bagi tulisan atau
rajah sesuai dan seimbang.
2.
Susunan jelas dan dapat dilihat oleh
seluruh kelas.
3.

Nota-nota disusun secara sistematik.

PENONJOLAN ATAU PENEKANAN


1.

Penggunaan kapur warna sesuai.

2.

Penggunaan kapur warna yang menarik.

TEKNIK PERSEMBAHAN
1.
Berjaya membentuk konsep jelas dan
tepat.
2.
Berjaya memudahkan konsep/idea yang
kompleks.
3.
Berjaya melibatkan pelajar dalam
aktiviti pembelajaran.
4.
Menggunakan papan kapur dalam masa
yang sesuai

2. KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

TIDAK

TIDAK

SESUAI

KELIHATAN

YA

Kemahiran penggunaan papan tulis memerlukan kecekapan guru merancang


dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah di tempat papan tulis yang
sesuai.

Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baik bukan
sahaja memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahami pengajaran
guru dengan tepat tetapi juga menarik minat mereka mengikuti
pelajarannya.

2.1 Prinsip-prinsip penggunaan papan tulis

Guru haruslah merancang penggunaan papan tulis dengan lebih awal supaya
tulisan, nota dan gambar dapat diletakkan pada tempat yang sesuai dan
menarik perhatian.

Guru haruslah cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis rajah yang
menarik.

Tulisan dan gambar rajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepada
seluruh kelas.

Kapur atau pen marker yang berwarna hendaklah digunakan untuk


menggambarkan teknik penonjolan dan atau penekanan.

Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan, misalnya selain


daripada menulis dan melukis, papan tulis juga boleh digunakan untuk
menggantung peta atau gambar-gamba yang digunakan sebagai alat bantu
mengajar.

Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam


penggunaan papan tulis, seperti menulis jawapan, melukis carta atau gambar
dan menyelesaikan masalah matematik mengikut arahan guru.

Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran


dan pembelajaran. Awas menggunakan papan tulis dengan masa berlebihan
sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

2.3 Tujuan-tujuan penggunaan papan tulis

Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.

Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting di


setiap peringkat pengajaran.

Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah, khasnya


matematik, dengan cara yang bersistematik.

Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru.

Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran pelajar.

Untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mencatat notabdari papan


tulis.

2.4 Komponen kemahiran penggunaan papan tulis.


1. Kejelasan
# Saiz tulisan yang sesuai

# Tulisan kemas dan tepat

# Gambar rajah jelas dan ringkas.

2. Susunan (Layout)
# Penggunaan ruang bagi tulisan dan rajah sesuai dan seimbang.
# Susunan dapat jelas dilihat oleh seluruh kelas.
# Nota-nota disusun secara sistematik.

3. Penonjolan atau penekanan


# Penggunaan warna yang sesuai samada kapur atau pen marker.
# Penggunaan warna yang menarik.

4. Teknik persembahan
# Berjaya membentuk konsep dengan jelas dan tepat.
# Berjaya memudahkan konsep atau idea yang susah.
# Berjaya melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
# Menggunkan papan tulis dalam masa yang sesuai.

Kemahiran menggunakan papan tulis/pengajaran


Pengenalan
Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru

untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat


dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih.
Terdapat beberapa jenis papan unjuran:
1. Papan Tulis
2. Papan putih
3. Papan Magnetik
4. Papan Flip
5. Papan Pameran / Papan Kenyataan
6. Papan Flanel
7. Papan Gulung
8. Papan Slip
9. papan Elektronik
Papan Tulis
Para guru telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik
darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau
serta digunakan sejak lama dahulu.
Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah
Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa. Perubahan atau
tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. Mudah alih serta senang
dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan

Papan Putih
Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan
sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan
untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah
dipadamkan.
Tidak ada habuk Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz. Mudah
dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut. Boleh dihasilkan sendiri
Papan Magnetik
Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan
melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di
atas papan tersebut.
Kelebihan :
Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah
Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan
hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan,
tempat dan masa. Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan
atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ke tempat baru
atau dapat tindan tindihkan visual-visual itu.

Papan Flip
Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan
ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang.
Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan
pameran.
Kelebihan.
Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid. Papan Flip ini
berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan. Dapat
menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

Papan Pameran Papan Kenyataan


Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan
lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk
mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan
kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat
secara mudah alih serta berkaki.
Kelebihan
Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat Senang ditampal maklumat Tidak
memakan ruang Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.

Papan Flanel
Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di
kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada
satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan
berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua
keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini
dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain
flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada
bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke
atas permukaan papan flannel dengan mudah.
Kelebihan :
Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit. Sesuai untuk
berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek. Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan
boleh digunakan Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan
serta merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan
visual tersebut. Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang
disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita
dan sebagainya. Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

Papan Gulung
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau
disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik
darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine
atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.
Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru
boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru
hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah
terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau
perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk
disediakan.
Kelebihan;
Mudah dibuat Mudah dibawa, digunakan atau disimpan Bahan-bahan
pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna.
Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik
darjah.
Papan Slip
Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad
huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur
plastik jernih atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama
dengan papan flannel.
Kelebihan :
Boleh dibuat sendiri Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar
bilik darjah Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat. Menggalakkan
penglibatan murid dalam kelas.
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagof

Menggunakan papan tulis secara optima


Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam
pencapaian kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan
efektif untuk mengekplorasi kompetensi murid ialah apabila:
(1) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik.
(2) Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain.
(3) Memberikan penerangkan kontekstual terhadap isi pelajaran.
(4) Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebagian besar
murid.
(5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya
dengan penggunaan warna, grafik, jadual).
(6) Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid.

Jika papan tulis dianggap sebagai sebuah bidang utuh, maka bidang tersebut dapat
dibahagikan secara khayal oleh guru kepada tiga bahagian.
Bahagian tersebut komposisinya adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan
20% di sebelah kanan.
Bahagian kiri untuk menuliskan fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal
sebagai tujuan pembelajaran. Bahagian ini harus dipertahankan tidak dihapus
sebelum pelajaran diakhiri.
Bahagian tengah dapat digunakan oleh guru untuk menulis bahan pembelajaran
dan juga digunakan sebagai tempat untuk unjuk kerja murid dalam menyelesaikan
soalan latihan.
Bahagian tengah dapat ditulis-dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran
berlangsung.
Bahagian kanan dari papan tulis digunakan untuk menuliskan kesimpulankesimpulan hasil proses pembelajaran. Kesimpulan tersebut harus ditulis secara
sistematik dan dapat dibandingkan korelasinya dengan indikator hasil belajar.
Jika murid telah memiliki buku cetak dan sumber belajar yang lengkap, bahagian di
papan tulis kanan tetap perlu ditulis kembali sebagai rangkuman yang dapat
mengingatkan kepentingan maklumat selama proses pembelajaran.
Penggunaan lain papan tulis

Papan tulis juga dapat digunakan sebagai media untuk menempelkan atau
menayangkan maklumat.

Poster-poster atau hasil pembuatan peta konsep murid dan guru pada kad
manila dapat ditampalkan pada papan tulis untuk menggantikan kaedah
menulis.

Jika papan tulis yang dimiliki sekolah berwarna putih, papan tulis tersebut
juga dapat dimanfaatkan sebagai pengganti layar untuk menayangkan slide
OHP atau slide dari LCD Projektor.

Komponen Papan Tulis

Papan tulis adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh
guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid.

Biasanya papan tulis terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau
mudah alih.

Papan Tulis
Papan Putih
Papan Magnetik
Papan Flip
Papan Pameran Papan Kenyataan
Papan Flanel
Papan Gulung
Papan Slip

Papan Tulis
Para guru telah mengiktiraf papan tulis sebagai alat bantu mengajar di dalam
bilik darjah.
Papan tulis juga di kenali sebagai papan kapur, papan hitam, papan hijau serta
digunakan sejak lama dahulu.
Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah.
Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa.
Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.
Mudah alih serta senang digunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.

Papan Putih

Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis.
Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang
menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas
yang mudah dipadamkan.
Kelebihan:
v Tidak ada habuk.
v Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.
v Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.

Papan Magnetik
Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan
melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di
atas papan tersebut.
Kelebihan :
v Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah.
v Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan
hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan,
tempat dan masa.
v Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan
dengan mudah dan cepat, seperti mengalih visual ke tempat baru atau dapat
menindihkan visual-visual itu dengan mudah.

Papan Flip

Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan
ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang.
Papan flip boleh dialihkan ke pelbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan
pameran.
Kelebihan:
v Boleh mempamerkan pelbagai poster atau visual yang telah dijilid.
v Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar
berkumpulan.
v Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

Papan Pameran Papan Kenyataan

Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada


papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk
mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain.

Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau
dibuat secara mudah alih serta berkaki.
Kelebihan:
v Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat.
v Senang ditampal maklumat.
v Tidak memakan ruang.
v Sangat mudah untuk menggantikan maklumat baru.

Papan Flanel

Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di
kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada
satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan
berbulu kasar.
Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain
flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk
papan flannel.
Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahanbahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi.
Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan
flannel dengan mudah.

Kelebihan
v Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.
v Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.
v Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan.
v Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui
kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.
v Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan
seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan
sebagainya.
v Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

Papan Gulung
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau
disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik
darjah.
Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau
kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.
Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru
boleh disediakan dengan terperinci terlebih dahulu.
Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut
kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang
kurang mahir dalam bidang atau prinsip-prinsip tertentu, atau bahan tersebut
memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Kelebihan:
v Mudah dibuat.
v Mudah dibawa, digunakan atau disimpan.
v Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik
dan sempurna.
v Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar
bilik darjah.

Papan Slip

Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad
huruf boleh diselitkan.
Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahanbahan lain.
Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel.

Kelebihan:
v Boleh dibuat sendiri.
v Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah.
v Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.
v Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.

ETIKA PENGGUNAAN PAPAN TULIS

1. Jangan bediri tepat - Ketika anda sedang menggunakan papan tulis sewaktu
mengajar, jangan berdiri tepat di depan papan tulis. Ini kerana perbuatan anda akan
melindungi pandangan anak murid/pelajar untuk melihat apa yang anda tulis di
papan tulis. Berdirilah dengan keadaan badan yang agak menyerong sehingga
tubuh anda tidak menghalangi pandangan mereka.
2. Gunakan alat penunjuk - Gunakan pembaris/alat penunjuk untuk menunjukkan
apa yang anda tulis di papan tulis. Ini adalah cara terbaik agar tubuh anda tidak
menghalang pandangan anak murid ketika melihat tulisan di papan tulis.
3. Jangan penuhkan dengan tulisan - Janganlah memenuhi papan tulis dengan
tulisan. Terlalu banyak tulisan mengakibatkan papan tulis menjadi tidak menarik
dan membingungkan pelajar. Biarkan sebahagian papan tulis kosong secara
proporsional, khususnya bahagian bawah papan kerana para pelajar yang duduk di
bahagian belakang besar kemungkinan tidak dapat melihat dengan jelas apa yang
anda tulis di bahagian bawah papan tulis berkenaan.
4. Tulisan besar - Perhatikan agar tulisan anda cukup besar dengan bentuk huruf
yang tegak, sehingga dapat dibaca dengan jelas. Tulisan tidak perlu terlalu berseni
atau `fancy. Yang penting tulisan anda mesti cukup tebal.
5. Padam tulisan yang tidak dipakai - Hapuskan tulisan yang sudah tidak
diperlukan. Para pelajar tidak dapat memusatkan perhatian pada banyaknya tulisan
yang bercampur aduk dan tidak teratur.
6. Tulisan yang kontras - Jika anda menulis di white board (bukan papan tulis

kayu yang berwarna hitam), dianjurkan anda menggunakan pena (marker) dengan
warna gelap (hitam atau biru tua), kerana ia akan menghasilkan tulisan yang lebih
kontras dan jelas.

Você também pode gostar