Você está na página 1de 4

PERANAN Seni Dalam Pengajaran

Seperti yang kita sedia maklum pada hari ini, di sekolah pada masa kini tidak kira
sekolah rendah mahupun sekolah menengah telah dimasukkan pengajaran
matapelajaran seni. Seni dalam pendidikan atau pengajaran lebih dikenali sebagai
(SDP) yang diwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang
dari

aspek

yang

sama.

Selain

itu,

ianya

juga

bermatlamat

untuk

menyediakan guru yang mempunyai pengetahuan dan juga kemahiran untuk


mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam
pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen
penting. Elemen-elemen yang dimaksudkan ialah seni visual, seni pergerakan dan
juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni
pergerakan merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik
pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengarinya.
Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di
rujuk sebagai 3R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, R
adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi
mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan R keempat atau literasi
asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran dan pengajaran. Ketiga-tiga elemen tadi jika diaplikasikan
dalam pengajaran guru, hasil yang diperolehi adalah proses pengajaran dan
pembelajaran

menjadi

lebih

sempurna.

Hal

ini

kerana,

pengajaran

yang

dilaksanakan dengan menggabung jalin pelbagai unsur seni yang mana ianya
berbeza dari kaedah pengajaran yang turun-temurun berkonsepkan pengajaran
meggunakan kapur dan papan tulis sebagai media menjadikan murid-murid merasa
bosan, sekiranya penyampaian maklumat samaada nyanyian melalui seni muzik
dapat menjadikan murid berasa lebih seronok untuk belajar. Selain itu, murid akan
berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Hal
ini kerana, guru mengajar dengan menggunakan kaedah penyampaian isi pelajaran
melalui nyanyian dan sebagainya.

Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa


wujud di sekeliling murid-murid. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, murid-murid
dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan
lebih berkesan. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Dalam
pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang
berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula
memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan
aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan
sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk
memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni
irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa
cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak
langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih
seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan
aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka
pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas
kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Ruang juga
merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat
didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan
kata lain jarak antara dua objek. Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan
ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih
tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang
cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan
berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat pnp tersebut.
Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan
menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam
mengolah

sukatan

pelajaran

dengan

menumpukan

kepada

perkembangan

pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai


pendekatan dan teknik yang sesuai. Aplikasi seni dalam pengajaran sebenarnya
memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka,
yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti
pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia

mengajar murid untuk menangani menguruskan sumber imaginasi, kreativiti,


pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah
rendah belajar dalam suasana yang aktif. Mereka membina pengetahuan secara
aktif. meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila
wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka
dengar. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah
digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen
dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman
tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan
pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni,
kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara
bebas dan kreatif.
Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahirankemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru
hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan
sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti
yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang
mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur dalam Seni Dalam Pengajaran
iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan
semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan
tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemenelemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi
meransang minda murid-murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan
berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka
tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih
berpusatkan kepada guru.
Pengajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan mengaitkan mata
pelajaran

tertentu

dengan

unsur

warna,

irama,

pergerakan.

Contohnya,

matapelajaran sains guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar. Guru boleh
membawa murid-murid ke ZOO Negara. Seterusnya murid-murid menjalani proses

memerhati, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna,
tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain murid-murid juga boleh melukis rupa
bentuk binatang yang mereka lihat. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid
untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil
yang menarik dan kreatif. Guru boleh mengarahkan murid untuk membentang hasil
yang diperolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap
kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan
semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan
pembentangan tersebut menarik dan kreatif. Seterusnya setiap kumpulan akan
membuat persembahan seperti menyanyi dan juga menari lagu yang berkaitan
dengan haiwan yang telah mereka kaji. Mereka boleh membuat pergerakan dan
bunyi haiwan yang telah mereka kaji. Perbincangan antara ahli kumpulan perlu
dilakukan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif.
Secara umumnya, aplikasi seni dalam pengajaran merupakan suatu kaedah yang
seharusnya dikuasai oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang
berkesan kepada murid-muridnya. Degan kaedah yang dilaksanakan dalam mata
pelajaran murid-murid yang memperolehi ilmu baru akan merasa seronok dan tidak
bosan kerana semua perkara seperti keindahan, keceriaan, muzik melalui bunyibunyian yang dihasilkan dapat memberikan pelajar tidak tertekan dengan isi
pelajaran yang diajar oleh guru. Walaubagaimanapun guru seharusnya mengetahui
peranannya sendiri, guru bukan sahaja memberikan ilmu baru kepada muridmuridnya malah guru seharusnya meningkatkan motivasi pelajar melalui kekreatifan
yang sedia ada untuk menarik minat murid-muridnya terhadap subjek yang diajar.
Kekreatifan seseorang guru tersebut dalam menurun ilmu pengetahuannya kepada
murud-muridnya perlu diambil kira untuk menjamin masa depan masyarakat
dan Negara.

Você também pode gostar