Você está na página 1de 12

Asas Lukisan

Lukisan
Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam
usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media
basah ( bukan sapuan ). Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen,
krayon, arang, pastel, marker pen dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan
adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa
menggunakan warna atau warna yang terhad.
Asas Sebelum Melukis
1. objek/ item
2. pencahayaan
3. Perspektif
1. Objek / item

* Mengenal pasti objek yang hendak dilukis.


* Bentuk dan struktur
* Jalinan pada permukaan objek tersebut
* Warna - sekiranya menggunakan warna
Kesan Cahaya dan Bayang

* Apabila melukis sesuatu objek, aspek bentuk, cahaya dan bayang adalah penting.
* Kesan cahaya amat penting bagi menimbulkan bentuk objek yang dilukis.
* Rupa yang berjisim akan kelihatan sempurna apabila dimasukkan unsur cahaya
dan bayang

2. Pencahayaan
* Kesan dan kajian cahaya pada objek yang hendak dilukis
* Kesan arah cahaya
* Kesan bayang objek
* Kualiti ton yang wujud
* Kesan Pantulan cahaya

3. Perspektif

* Pemahaman tentang perspektif amat penting bagi menentukan kedudukan objek


yang kita lukis.
* Kedudukan pelukis akan menentukan objek yang dilukis
* Perspektif berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yang berbeza

Jenis-jenis titik perspektif


1. Perspektif 1 titik lenyap

2. Perspektif 2 titik lenyap

3. Perspektif 3 titik lenyap

Peralatan

Alatan asas yang digunakan ialah :

pensil
pen
dakwat
arang/ charcoal
pastel
krayon

* pensil digunakan untuk membuat lakaran asas bentuk @ rupa


* pen dakwat digunakan untuk membuat pelbagai garisan / lorekan bagi
memperlihatkan struktur objek yang dilukis.
* pen pelbagai saiz mata digunakan bagi memperlihatkan jenis garisan yang
digunakan.
* apabila membuat garisan / lorekan, pen hendaklah dikawal sebaik-baiknya untuk
memdapatkan kesan yang dikehendaki.
* garisan/ lorekan perlu dibuat dengan konsisten

* jika perlu, kertas lukisan hendaklah dipusing-pusingkan untuk mendapatkan kesan


yang dikehendaki.

Teknik Lukisan
Teknik Garisan

menggunakan pen, pensil atau dakwat


garisan disusun membentuk imej dan menimbulkan bentuk - untuk menimbulkan
bentuk objek hendaklah menggunakan kualiti garisan.
Teknik Garisan Silang

Teknik Titik / Pointilistik

* Menggunakan pensil, pen atau pen teknikal.


* Titik-titik diolah dan disusun bagi menghasilkan ton yang dapat menimbulkan bentuk objek
yang dilukis.

Gabungan Teknik Melukis

Kaedah Melukis

Langkah 1

Kaji subjek yang hendak dilukis dan bahagikan subjek kepada bentuk-bentuk mudah
Langkah 2

Mulakan dengan membuat bentukbentuk geometrik yang mudah. gunakan pensil dahulu
Langkah 3

Gunakan garisan bandingan menegak dan melintang untuk membetulkan subjek pada
kertas lukisan. Betulkan dengan menggunakan pensil.
langkah 4

Buatkan perincian dengan pensil pada subjek yang dilukis. Perincikan bahagian ton cerah

dan juga ton gelap.


Langkah 5

Dengan menggunakan pen, lukis nkembali ke atas lakaran pensil yang dibuat. Dengan
pelbagai teknik garisan, perincikan subjek yang dilukis. Utamakan nilai ton cerah dan gelap
dalam subjek.
Contoh-contoh Latihan Melukis
1. Latihan Alam Benda

Timbulkan bentuk pada objek-objek dalam lakaran di atas dengan memperlihatkan kesan
cahayanya.

hasil siap
2. Latihan Pemandangan

hasil siap

3. Latihan Alam Semulajadi

hasil siap

Você também pode gostar