Você está na página 1de 5

PENGHUBUNGKAITAN UNSUR MUZIK DIAPLIKASIKAN DALAM PERSEMBAHAN

Melalui

persembahan

lakonan

Sandal

Lara,

kumpulan

kami

telah

mengaitkan beberapa unsur seni muzik dalam persembahan tersebut. Unsur seni
muzik dalam persembahan tersebut adalah bertujuan untuk menzahirkan suasana
cerita yang menarik dan membantu untuk memberikan penghayatan sepanjang
persembahan lakonan tersebut dijalankan. Unsur seni muzik yang kami gambarkan
sepanjang cerita tersebut adalah mengikut beberapa situasi. Antara situasi tersebut
ialah seperti situasi dalam keadaan yang mengimbau masa kembali, situasi alam
percintaan, situasi kenduri orang kampung dan situasi dalam majlis perkahwinan.
Setiap situasi tersebut telah kami gambarkan dengan iringan muzik sesuai dan
dapat membantu sepanjang perjalanan lakonan tersebut .
Berdasarkan situasi mengimbau masa kembali, muzik yang kami mainkan
ialah bertajuk Kenangan Hidup yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia iaitu
Geisha. Iringan Lagu ini dimasukkan pada awal persembahan lakonan tersebut.
Dalam situasi tersebut, Pak Janggut bersama anak kesayangannya Lara sedang
bersama-sama di dalam bilik.

Ketika Pak Janggut sedang membaca surat khabar,

Pak Janggut terus bangun dan mendekatkan diri kepada anak kandungnya itu
dalam situasi yang pilu dan rasa bersalah apabila mengimbau masa kembali ketika
Mak Janggut masih hidup. Pak Janggut menyatakan bahawa keluarga mereka akan
lebih bahagia sekiranya Mak Janggut masih hidup dan Lara tidak akan susah-payah
membantu bapanya menjaga rumah pada setiap masa.

Melalui situasi ini telah

menampakkan cerita tersebut dalam situasi yang hidup dan agak menyedihkan serta
memberi penghayatan cerita kepada penonton yang melihat.
Seterusnya ialah situasi alam percintaan.

Dalam situasi alam percintaan

tersebut, kami telah menggunakan iringan lagu Begini caranya yang dinyanyikan
oleh dua orang penyanyi iaitu Shaheizy Sam dengan Yana Samsudin. Sebelum
iringan muzik dimainkan, Lara telah bertemu dengan seorang pemuda tampan iaitu
Budi. Budi dan Lara telah berlanggar dengan Lara ketika berjalan seorang diri di
dalam hutan. Dalam situasi tesebut, sayur-sayuran yang dipegang oleh Lara telah
terjatuh dan Budi cuba untuk membantu Lara mengutip sayur yang telah terjatuh
tersebut. Apabila, Budi cuba untuk membantu Lara muzik terus dimainkan. Situasi
tersebut seolah-olah menunjukkan mereka dalam alam percintaan dan masing-

masing tertarik antara satu sama lain. Mereka juga dalam keadaan malu dan cuba
untuk mengenali antara satu sama lain. Muzik tersebut terus dijalankan dengan
lembut dan sesuai dengan situasi. Melalui situasi ini, telah menunjukkan bahawa
perjalanan cerita adalah hidup dan menggambarkan penghayatan yang penuh
sepanjang cerita tersebut.
Apabila sampai situasi yang menggembirakan iaitu pesta orang kampung,
kami telah menggunakan iringan lagu yang bertajuk Malam pesta mudi. Penyanyi
yang membawa lagu ini ialah Saloma. Iringan lagu ini kami rasakan sesuai kerana
kami ingin menggambarkan bahawa situasi tersebut adalah dalam keadaan situasi
kenduri di rumah ketua kampung.

Kami telah menggambarkan orang kampung

sedang bersuka ria untuk menari bersama-sama. Selain itu, Tok Janggut sedang
bercerita dengan dengan orang-orang kampung. Pada masa yang sama, Mak Yong
dan Kak Yong telah mengambil kesempatan sekali lagi untuk mendera Lara. Mereka
cuba untuk memukul Lara dan melarang Lara untuk mengikuti kenduri tersebut.
Sambil Tok Janggut bercerita dengan orang kampung, Tok Janggut sempat melihat
kejadian tersebut.

Tok Janggut telah berasa sangat marah dan cuba untuk

mengambil tindakan.
Ketika iringan muzik masih dimainkan juga, Tok Janggut telah menampar
isteri barunya itu Mak Yong kerana berkelakuan kasar terhadap anak kandungnya
Lara. Tok Janggut memarahi kedua-dua anak beranak tersebut dan cuba membawa
anak Laranya pulang.

Mak Yong dan Kak Yong telah meminta maaf kerana

berkelakuan buruk seperti itu dan cuba memujuk Pak Janggut. Ketika ingin keluar
dari rumah tersebut, Budi sempat melihat Lara dan cuba untuk mengembalikan
sandal Lara yang tertinggal ketika mereka bertemu di dalam hutan pada hari yang
lalu.

Dengan berbantukan iringan muzik tersebut, telah menampakkan bahawa

situasi kenduri tersebut adalah dalam keadaan situasi yang sebenar dan merupakan
kemuncak dalam lakonan kami.
Situasi yang terakhir pula ialah situasi dalam majlis perkahwinan.

Dalam

majlis perkahwinan tersebut kami telah menggunakan iringan lagu Selamat


pengantin Baru yang dinyanyikan oleh Wann. Budi dan Lara telah melangsungkan
perkahwinan mereka. Semua keluarga orang kampung telah dijemput hadir untuk
sama-sama meraikan perkahwinan tersebut. Kami telah memainkan iringan lagu ini

dalam keadaan yang sederhana supaya situasi perkahwinan tersebut dapat


dilakonkan dengan baik serta turut menunjukkan situasi tersebut seperti dalam
keadaan yang sebenar. Pada masa yang sama, kami sempat menunjukkan karenah
Kak Yong yang sangat cemburu dengan perkahwinan Budi dan Lara. Dia sangat
tertekan dan tidak sanggup melihat adik Tirinya Lara untuk berkahwin dengan Budi.
Namun begitu, perkahwinan tetap dijalankan dengan lancar dalam cerita.
Apabila tarian muda mudi dan orang tua dipersembah semasa perkahwinan
berlangsung, kami telah menggunakan semula lagu Pesta malam muda mudi bagi
menghidupkan lagi situasi perkahwinan tersebut.
orang kampung untuk menari bersama-sama.

Kami telah menjemput orangOrang kampung berasa sangat

gembira menari bersama-sama. Pada masa yang sama juga Budi dan Lara telah
sama-sama untuk menari bersama-sama.

Ini telah menunjukkan dengan

berbantukan iringan muzik seperti ini dapat menghidupkan lagi situasi perkahwinan
tersebut. Muzik terus dimainkan dan sehingga majlis perkahwinan tersebut selesai.
Oleh itu, iringan muzik seperti ini sangat penting dalam sesuatu persembahan
terutamanya lakonan seperti ini.

Iringan muzik yang sesuai akan dapat

menunjukkan bahawa situasi lakonan tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan
sebaiknya. Selain itu, kita akan dapat menghayati lakonan tersebut dan tidak akan
berasa bosan kerana akan menggambarkan lakonan tersebut lebih menarik lagi.
Oleh itu, sebagai seorang guru kita perlulah kreatif untuk membantu pelajar kita
dalam

menzahirkan

idea

di

sekolah

sekiranya

persembahan seperti persembahan lakonan ini.

ingin

merancang

sesuatu

Pelajar akan beroleh ilmu

pengetahuan yang sebaik mungkin dan menjadi lebih kreatif dalam persembahan
mereka.

RUMUSAN
Secara rumusannya, persembahan lakonan seperti ini sangat sesuai
dijalankan oleh pelajar bagi menambahkan ilmu pengetahuan mereka dalam
menzahirkan idea, emosi serta memberikan pengalaman kepada mereka untuk
berlakon dengan baiknya. Guru harus peka menggabungkan unsur-unsur seperti
seni visual, muzik dan pergerakan dalam persembahan seperti ini. Persembahan
lakonan yang baik adalah berdasarkan ketiga-tiga unsur tersebut.
Sebelum itu, proses perancangan dan reka bentuk persembahan seperti ini
adalah sangat diperlukan supaya persembahan dapat dipersembahkan dengan
teratur. Cerita yang jelas dan menarik akan dapat menarik perhatian para penonton.
Para penonton tidak akan berasa bosan serta dapat menjadikan persembahan
seperti itu sebagai panduan dan pengajaran dalam kehidupan mereka terutamanya
para pelajar.

Penghayatan persembahan cerita adalah sangat diperlukan juga

dalam persembahan seperti ini. Penghayatan yang sebaiknya turut berdasarkan


perancangan yang lengkap sepanjang cerita tersebut.
Dengan berbantukan alat juga akan dapat membantu menghasilkan
persembahan yang baik. Sebagai contoh, dari segi penggunaan pakaian, topeng
dan sebagainya.

Ini turut membantu untuk menggambarkan persembahan yang

dilakonkan dapat dijalankan dengan sebaiknya. Sebagai seorang guru juga, kita
harus menyedari bahawa kanak-kanak sangat tertarik dengan alat-alat yang
digunakan dalam sesuatu persembahan kerana itu adalah merupakan salah satu
minat kanak-kanak untuk melahirkan idea mereka berlakon dengan bersemangat
dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam
pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus
mengaplikasikan seni dalam pengajaran bagi memastikan penyampaian pengajaran
guru tersebut dapat merangsang ke arah pembelajaran yang berkesan. Di samping
dapat

mengalakkan

pelajar bergerak

aktif

ketika

proses pengajaran

pembelajaran ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

dan

RUJUKAN TAMBAHAN SDP


Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual.
Lumpur:

( 2000 ).

Kuala

AG Grafik.
Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 2002 ). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Visual.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Md. Nasir Hj. Ibrahim. ( 2003 ). Pengurusan Seni. Kuala Lumpur: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Mazlan Mohamad. ( 1996 ). Pendidikan Seni I, Prinsip Pendidikan Seni. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Você também pode gostar