Você está na página 1de 6

BERCERITA LELAKI

TAJUK PERTAMA
PERISTIWA FATHUL MEKAH
Terima kasih saudara pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dihormati, seterusnya rakan-rakan yang dikasihi
sekalian.
Assamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Salam sejahtera pembuka bicara
Bertemu kita di pagi mulia
Fathul Makkah tajuk cerita
Perjuangan nabi junjungan mulia.
Surah al-Fath-ayat 1
n.. Y$ss7s$otFs..$..7. [G y9.s
1. Sesungguhnya kami Telah memberikan kepadamu kemenangan yang
nyata[1393],
Di suatu pagi yang sungguh ceria
Wajah nabi tampak berseri-seri
Wahyu mimpi telah diterima
Ke kota Mekah akan kembali
Surah al-Fath ayat 27
.u$u!x.#.y$y$.ts(dy9$$$su!$y|s..#!#$
-1 -Hak Cipta Panel Skrip SPPIM Kelantan
27. Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang
kebenaran mimpinya dengan Sebenarnya (yaitu) bahwa Sesungguhnya kamu
pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman,
Ya kawan-kawan,
Kata-kata Nabi adalah benar belaka.Kita hendaklah mencontohi sifat nabi
yang sentiasa bercakap benar dan akhirnya dipercayai oleh seluruh umat
islam.
Rasulullah memanggil kaum muslimin berkumpul, untuk menyampaikan wahyu
Ilahi. Berita ini disambut dengan kegembiraan di seluruh pelusuk kota sehingga
sampai ke Kota Mekah.
Berangkatlah kaum muslimin seramai 1400 orang bersama 70 ekor unta menuju
ke Kota Mekah.
Kawan-kawan nak tahu,

Di sebuah tempat bernama Hudaibiah, tiba-tiba unta nabi berhenti tidak mahu
meneruskan perjalanan. Nabi dan kaum muslimin berasa sungguh hairan kerana
unta itu adalah unta yang taat dan setia kepada nabi.Jadi,mereka berhenti disitu
dan menunggu apa yang akan berlaku.
Nak tahu apa yang berlaku?
Sehingga malam mereka menanti
Muncul Budail mendekati nabi
Berpesan supaya berhati-hati
Penduduk Mekah tekad membenci
-2 -Hak Cipta Panel Skrip SPPIM Kelantan
Rasulullah memberitahu bahawa kedatangan mereka bukanlah untuk berperang
sebaliknya menziarahi Kaabah.
Rasulullah telah menghantar Uthman al Affan ke Kota Mekah untuk melunakkan
hati bangsa Quraisy. Kedatangan Uthman disambut oleh ahli keluarganya dan
berkatalah pembesar Quraisy
Kami tidak akan menghalang engkau ke Kaabah tetapi Muhammad dan
pengikutnya tidak sama sekali.
Uthman menjawab ,Aku bersumpah tidak akan memasuki kota Mekah ,selagi
Nabi Muhammad dan kaum muslimin tidak ikut serta.
Begitulah taat dan setianya Uthman Al-Affan kepada Rasulnya.
Firman Allah Surah Al-Fath ayat 17
pF$$yr.r;ysuu!$.tu3
17 dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya; niscaya Allah akan
memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai
Ya kawan-kawan,
Taat dan setialah kepada pemimpin.
Taat dan setia kepada pemimpin adalah salah satu Rukun Negara dan menjadi
hasrat kerajaan ianya dipatuhi seluruh rakyat Malaysia.

Nabi Muhammad dan kaum Muslimin dengan sabar menunggu kepulangan


Uthman.
Tiba-tiba,
Tersebar berita Uthman dibunuh,
Umat Islam berhati waja,
-3 -Hak Cipta Panel Skrip SPPIM Kelantan
Berikrar dan bersumpah,
Kepada Nabi taat dan setia,
Demi Islam ,
Berkorban hingga
Ke titisan darah yang terakhir.
Apabila kaum Quraish mendengar tekad dan sumpah kaum Muslimin mereka
menjadi gentar dan menghantar Suhail B. Amru sebagai utusan untuk
menyelesaikan perselisihan yang berlaku.Maka termeterailah Perjanjian
Hudaibiyah.
Isi perjanjian tersebut adalah:1) Peperangan tidak berlaku selama 10 tahun.
2) Setiap orang yang lari dari Mekah ke Madinah,harus dikembalikan kepada
orang Quraish.
3) Setiap orang yang lari dari Madinah ke Mekah,tidak boleh kembali ke
Madinah
4) Kaum muslimin tidak dibenarkan beribadat Haji pada tahun itu.
5) Kaum muslimin yang menunaikan haji tidak dibenarkan tinggal di Mekah
lebih dari 3 hari.
Firman Allah Surah Al-Fath ayat 26,
u-$py.ttru..$ntu.unttty$t.trs
Maksudnya :Lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasulnya dan kepada
orang-orang yang beriman sehingga tercapai perdamaian.
-4 -Hak Cipta Panel Skrip SPPIM Kelantan

Ya kawan-kawan,
Setiap masalah harus diselesaikan dengan perbincangan.Isu pertukaran
pucuk pimpinan di Negara kita dapat diselesaikan dengan baik hasil
daripada perbincangan.
Ternyata,
Perjanjian merugikan,
Kaum Muslimin
Namun Allah Maha Berkuasa,
Kaum Quraish membatalkan
Perjanjian 2.
Perjanjian 3.
Kawan-kawan,
Terbatalnya perjanjian 2 dan 3,memudahkan lagi kaum Muslimin memasuki Kota
Mekah.Maka berangkatlah kaum Muslimin seperti gelombang yang besar
menuju ke kota Mekah , bersedia untuk beribadat haji dab bersedia untuk
berperang sekiranya berlaku peperangan.
Ketika itu penduduk kota Mekah berasa gentar dan gelisah.
Apabila Abu Sufyan sampai di kota Mekah,berkatalah Abu Sufyan,
Hai penduduk Mekah!Muhammad dan kaum muslimin akan sampai sebentar
lagi,janganlah kamu menentang kedatangan mereka!
Tidak beberapa lama kemudian,tibalah rombongan Nabi dan kaum Muslimin
memasuki kota Mekah dengan aman dan tenteram.Mereka memuji dan
mengucapkan syukur kepada tuhan.
Subhanallah.Walhamdulillah..WalailahaillahWallahuakbar..
-5 -Hak Cipta Panel Skrip SPPIM Kelantan
Ketika itu turunlah wahyu Allah yang berbunyi.
Surah Al-Fath ayat 4
Yy#yz...$>.=so$ttr$u.
4. Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang
mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka

(yang Telah ada)


Ya kawan-kawan,
Orang-orang yang bersabar akan mendapat kemenangan dari Allah.
Dr.Syeikh Muzaffar Syukur,akhirnya berjaya dinobatkan sebagai
Angkasawan Negara yang pertama, setelah bertahun-tahun bersabar
melalui latihan demi latihan.
Kawan-kawan,demikianlah kisah Fathul Makkah ,Semoga menjadi ingatan buat
kita semua.
Sekian,wabillahitaufik walhidayah,wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
-6 -Hak Cipta Panel Skrip SPPIM Kelantan

Você também pode gostar