Você está na página 1de 21

LATAR BELAKANG PSS

Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai nadi pengajaran dan pembelajaran


merupakan unit penting dalam institusi sekolah. Dalam era teknologi dan komunikasi
maklumat PSS menjadi bertambah penting bukan sahaja sebagai pusat maklumat tetapi
juga sebagai laluan intelektual kepada pelajar dan guru. Sehubungan itu, konsep PSS
perlu diperluas ke seluruh sekolah supaya setiap sudut sekolah boleh menjadi sumber
maklumat.

SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK PAKA


Pusat Sumber Sekolah telah ditubuhkan sejajar dengan penubuhan Sekolah Menengah
Kebangsaan Paka pada tahun 1978. Sejak dari tahun berkenaan Pusat Sumber Sekolah
telah menunjukkan perkembangan yang positif mengikut kemampuan dan tenaga
kerjanya. Bermula dengan perpustakaan tradisi kepada Pusat Sumber Sekolah. Sejajar
dengan perkembangan teknologi maklumat atau ICT, kini Pusat Sumber Sekolah SMK
Paka lebih dikenali sebagai Pusat Sumber dan Teknologi Sekolah atau ringkasnya PSS.
Pada masa kini, PSS SMK Paka terdiri daripada :
1. Perpustakaan
2. Bilik Tayangan
3. Bilik Bahan Bantu Mengajar
4. Makmal Komputer
5. Projek NILAM
6. SAL
Pada tahun 2004, PSS SMK Paka telah memperkenalkan logonya secara rasmi dan Motto
PSS adalah Mantap, Cekap dan Mesra.

VISI
Meningkatkan Pusat Sumber Sekolah sebagai PSS TERBILANG dalam melahirkan
PELAJAR CEMERLANG sehingga SEKOLAH GEMILANG sepanjang zaman.

MISI
Memupuk, membentuk warga SMK Paka budaya bermaklumat, berilmu, berteknologi
dalam semua bidang seiring dengan perubahan dan cabaran masa depan sekolah
berkesan.

MOTTO
Mantap, Cekap dan Mesra

LOGO

1. Bentuk Buku Terbuka


Objektif utama PSS iaitu melahirkan generasi pelajar berbudaya membaca dan
meneroka ilmu.
2. Globe
Mencerminkan pentingnya penguasaan ilmu dalam dunia globalisasi.
3. Bentuk Mata Pena
Melambangkan usaha-usaha PSS yang bersungguh-sungguh melahirkan para
pelajar yang kritis dan kreatif melalui aktiviti-aktiviti PSS, merangkumi
keseluruhan tahap keupayaan pelajar.
4. Bucu Mata Pena
Membayangkan aspirasi PSS iaitu menuju kecemerlangan.
5. Warna Merah Hati
Warna identiti PSS SMK Paka juga lambing warga PSS yang komited dan
dedikasi.
6. Warna Putih
Melambangkan kemurnian usaha dan cita-cita warga PSS.
7. Warna Biru Laut
Mencerminkan keharmonian dan kemakmuran yang diwujudkan oleh masyarakat
berilmu.

PIAGAM PELANGGAN PSS


1. Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang mencukupi.
2. Memastikan pengguna mendapat kemudahan bantu Bantu yang terkini dan
berkeadaan baik dengan segera.
3. Menyediakan bahan Bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk
keperluan atau kegunaan pengguna.
4. Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah.
5. sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan
kepada pengguna dari semasa ke semasa.
6. Memberi khidmat layanan mesra, bersopan dan sentiasa peka kepada masalah
pengguna.
7. Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan
penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

MATLAMAT PSS
1. Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan
berdisiplin untuk membina sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan
peranan yang berkesan dalam pembangunan agama, bangsa dan Negara.
3. Membantu golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk
membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri supaya dapat memainkan
peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan.
4. Merapatkan jurang perbezaan antara kemudahan-kemudahan pendidikan sekolahsekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah di bandar.

OBJEKTIF PSS
1. Menguruskan Maklumat
PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan, serta mengedarkan berbagai-bagai
maklumat.

Maklumat-maklumat

ini

merangkumi

pelbagai

bidang

keilmuan,seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya. Dengan


maklumat-maklumat inilah, guru-guru dan para pelajar dapat memperkayakan
pengalaman-pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka.
2. Kecemerlangan pendidikan
Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran serta mempertingkatkan prestasi pencapaian akademik di kalangan
pelajar-pelajarnya.
3. Penggunaan kemudahan
Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan
kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi
tidak hanya tertumpu kepada pembacaan buku teks semata-mata.
4. Pemupukan Tabiat Belajar
Adalah diharap dengan adanya PSS akan dapat membantu memupuk tabiat belajar
sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan
penggunaan maklumat secara sistematik.
5. Penghasilan bahan
PSS juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai
alatan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
6. Perkhidmatan pembelajaran
PSS juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan
kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, kakitangannya bukan

sahaja mesti mepunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan


tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah
ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan. Ia boleh diberi dalam bentuk sesi
tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja yang
boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para
pelajar.
7. Kemahiran maklumat
PSS

juga

seharusnya

berperanan

melatih

pelajar-pelajar

supaya

menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.

dapat

FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH


1. Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan
kokurikulum.
2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu
atau kumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Merupakan tempat bahan P&P dapat dipilih dan dinilai untuk digunakan dalam
kelas atau di luar kelas.
4. Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan
maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
5. Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi-agensi lain bagi
tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
6. Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

PELAN KECEMASAN PUSAT SUMBER SMK PAKA


Balai
Pengawal

Asrama
Puteri

Dewan
makan

au
Sur
a
am
r
PINTU
PAGAR
s
A
ASRAMA

Asarama Putera

Bengkel MPV
Blok
N
Mak.Biolo
gi

Mak.Fizi
k

Blok O

Mak.Kimia

Blok
P

Blok
M

Tandas

Alau
Sur yah
a
d
Hi

B
E
N
G
K
E
L

Padang
sekola
h

Blok
J

Tandas

Pondok
Ilmu
Bilik Guru

Makmal
Alfa

Blok L

Mak. Beta

Blok
I

Blok K
B.PEP

B.BB
M

B.GK

B.PIBG

B.PK

PERPUSTAKAAN

Tandas
KOOP

Blok H

K
H
PEJABAT
B.Seri
Menanti

Garaj

Stor
Am

Tandas

B.Mes
y

Tandas

B.Persalinan
(L)

Riso

Stor
Am

Dataran
perhimpu
nan /
Dataran
Kejat

B.Gur
u
Stor

DEWAN SERI CEMPAKA

DEWAN SERI GEMILANG

M
A
K
M
A
L

Stor
B.Wudu
k

B.Persalinan
(P)

B.Amali
Solat

B.Kok
o

B.MM
Kaunseli
ng

B.MM
B.Rawat
an

Blok A

Tandas
Tandas
Tandas

B.APD

Blok E

Blok B

Tandas

Blok G
B.Akadem
ik

PINTU KEDUA

Blok
F

Tandas

Tandas

Bilik ERT

Kanti
n

Blok C

Tandas

Bilik ERT
Stor

Stor
P

Stor
Gas
Stor Am

K
O
M
P
U
T
E
R

Blok D

G
a
r
a
j

Pada
ng
kawa
t

Garaj
N
Balai
Pengawal

T
U

Pondok Ilmu

Petunjuk
Arah Keluar
jika berlaku
kebakaran

U
T
A
M

JAWATANKUASA INDUK

Pusat Sumber Sekolah SMK Paka Sesi 2011


PENGERUSI
EN ARRIFIN B MOHAMAD

PIBG

Pengetua

PKG

TIMBALAN PENGERUSI
TN HJ KAMARUDIN B
SAMAN

NAIB PENGERUSI
GPK HEM, GPK KOKO,
GPK Tg 6

PENYELARAS
PN HJH RAIHA BT NOOR

SETIAUSAHA
EN KAMAL MIZAN BIN
ISMAIL

AJK
Guru Kanan
Mata Pelajaran

Ketua Panitia

Penyelaras
Perpustakaan

Penyelaras
Bilik APD

Penyelaras
BBM

Penyelaras
Makmal
Komputer

Penyelaras
SAL

Penyelaras
NILAM

JAWATANKUASA KERJA
Pusat Sumber Sekolah SMK Paka Sesi 2011
PENYELARAS
PN HJH RAIHA BT NOOR

SETIAUSAHA
EN KAMAL MIZAN B ISMAIL

NAIB SETIAUSAHA
PN ZAHANI BT ABDULLAH

AJK

Penyelaras
Perpustakaan

Penyelaras
BBM

Penyelaras
Bilik APD

Penyelaras
Mak. Komputer

PN ZAIMI BT
MAMAT

PN HANIZA BT
OMAR

PN KASMILAH BT
MAT DIAH

PN ROSIDAH BT
SALLEH

Pembantu PSS

Pengawas PSS

Penyelaras
NILAM
EN KAMAL
MIZAN B ISMAIL

Penyelaras SAL
PN JULITA BT
ISMAIL

SENARAI JAWATANKUASA PENGAWAS


PUSAT SUMBER SEKOLAH
SESI 2011
KETUA PENGAWAS
Mohd Asrash b Mohd Nawawi
PENOLONG KETUA PENGAWAS
Nor Hafizah bt Ahmad
SETIAUSAHA
Nurul Faizura bt Yusof
NAIB SETIAUSAHA
Nur Hidayah bt Mohamad
BENDAHARI
Siti Nor Amirash bt Mohd Nawawi
PENOLONG BENDAHARI
Abdin Shakirin b Anuar
AJK
Noreliayana bt Mazlihan
Noor Azela bt Mohd Noor
Ain Liyana bt Jusoh
Yumni Hayummi Haj bt Kama

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


1. KHIDMAT PERPUSTAKAAN
-

Disediakan kepada semua guru dan pelajar pada tiap-tiap hari


persekolahan mengikut jadual.

Boleh menampung 1 kelas dalam satu masa.

Koleksi buku-buku rujukan STPM, SPM dan PMR terbaru.

Khidmat pinjaman buku dan bahan kepada pelajar dan guru.

Untuk Koleksi red spot pelajar dibenarkan meminjam selama 7 hari.

Setiap kelas akan masuk ke perpustakaan 2 kali sebulan (satu masa)


melalui program NILAM.

Surat Khabar yang disediakan ialah: 2 naskah Berita Harian, 2 naskah


Utusan Malaysia dan 1 naskah New Straits Times dan Harian Metro.

Terdapat ruang bacaan yang selesa dan kemudahan computer untuk


palajar.

Majalah kegemaran ramai disediakan.

Guru perlu berada bersama pelajar.

Telah dilengkapi dengan;i. Sistem automasi untuk kemudahan pinjaman dan pemulangan.

Tempahan perlu dibuat dan sila rekodkan penggunaan.

2. KHIDMAT BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)


-

Boleh menampung seramai 20 orang pelajar.

Kemudahan pinjaman bahan untuk pembelajaran dan pengajaran.

Guru perlu melihat senarai bahan sebelum meminjam.

Carta, Kit dan modul serta peralatan rakam disediakan.

Pinjaman terbuka kepada pelajar dan guru.

Ada kemudahan pinjaman berkelompok

Bilik dibuka hanya pada waktu persekolahan sahaja.

Penyusunan bahan teratur untuk memudahkan guru mencari bahan.

Akan ditambah bahan-bahan baru sesuai dengan perubahan sukatan


terkini.

Guru dikehendaki merekodkan bahan yang dipinjam.

3. KHIDMAT BILIK ALAT PANDANG DENGAR


-

Boleh menampung 40 orang pelajar.

Mempunyai tempat duduk dan meja menulis yang selesa.

Satu set meja guru disediakan.

Kemudahan set OHP dan skrin, whiteboard, televisyen, troli dan lainlain.

Pinjaman alatan software dan hardware diberikan.

Bilik digelapkan sesuai untuk tayangan.

Kemudahan LCD disediakan

Guru perlu berada bersama pelajar.

Guru perlu buat tempahan sebelum menggunakannya

dan rekodkan

penggunaan.

4. KHIDMAT MAKMAL KOMPUTER


-

Mempunyai 2 buah makmal cyber yang boleh memuatkan seramai 30


orang pelajar dalam sebuah makmal.

Satu set meja guru dan kemudahan LCD disediakan bagi memudahkan
pengajaran.

Guru perlu berada bersama pelajar.

Guru perlu buat tempahan sebelum menggunakannya dan merekodkan


penggunaan ke dalam buku yang disediakan.

PERATURAN KHUSUS PUSAT SUMBER SEKOLAH


PERPUSTAKAAN
A Peraturan umum
1

Masa perkhidmatan ialah pada waktu rehat pertama (10.20-10.40),


rehat kedua (11.00-11.20) dan waktu petang (2.00 hingga 4.00).

Kebersihan dan keceriaan perpustakaan adalah tanggungjawab


bersama.

Semua pelajar hendaklah sentiasa berdisiplin ketika berada di


perpustakaan.

Hanya pelajar yang memakai pakaian yang sopan sahaja dibenarkan


menggunakan perpustakaan pada waktu petang.

Untuk program NILAM, guru hendaklah bersama dengan pelajar


sepanjang masa.

Guru hendaklah berada di pintu masuk bagi memudahkan kawalan


pelajar.

Guru adalah bertanggungjawab memastikan perlakuan pelajar


sepanjang berada di perpustakaan

Bagi guru yang menggunakan perpustakaan pada waktu akhir,


hendaklah memastikan semua suis elektrik ditutup.

Bagi guru yang ingin menggunakan perpustakaan semasa waktu


pengajaran, hendaklah membuat tempahan terlebih dahulu sebelum
masuk.

10

Guru hendaklah merekodkan penggunaan perpustakaan ini di dalam


buku rekod yang disediakan di kaunter guru.

b Peraturan sebelum masuk


1

Dilarang membawa makanan dan minuman ke perpustakaan.

Dilarang membawa masuk beg sekolah,

buku rujukan, fail atau

peralatan luar.
3

Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis dan kertas tulis
sahaja.

Pelajar tidak dibenarkan masuk semasa waktu pengajaran tanpa


pengawasan guru.

Pelajar dikehendaki menanggalkan kasut dan berbaris ketika masuk


dan keluar dari perpustakaan.

c Peraturan semasa berada di perpustakaan


1

Pelajar dilarang makan dan minum serta membuat bising.

Pelajar dilarang membawa keluar sebarang bahan bacaan.

Dilarang menconteng, merosakkan atau mengoyak bahagian-bahagian


tertentu dalam mana-mana bahan bacaan.

Dilarang membawa, memindahkan dan menyembunyikan


bacaan ke tempat lain.

Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.

bahan

Pengguna dikehendaki menyimpan semula bahan bacaan yang diambil


ke tempat asal.

d. Peraturan pinjaman
1. Pelajar hanya dibenarkan meminjam DUA buah buku pada satu-satu masa.
2. Bagi pinjaman biasa, pelajar boleh meminjam buku untuk tempoh
SEMINGGU (7 HARI).

Pelajar yang lewat memulangkan buku akan

didenda sebanyak 10 sen sehari.


3. Bagi buku rujukan yang bertanda red spot boleh dipinjam selama 1 (SATU)
hari sahaja. Pelajar yang lewat memulangkan buku akan didenda sebanyak 20
sen sehari.
4. Pelajar yang menghilangkan, merosakkan atau mengoyakkan buku yang
dipinjam dikehendaki membayar harga buku itu atau menggantinya.
5. Mana-mana pelajar yang ditangkap cuba membawa keluar buku dari
perpustakaan tanpa kebenaran akan dihukum dengan sewajarnya.
6. Bagi guru pula, pinjaman biasa adalah dibenarkan untuk tempoh selama DUA
MINGGU (14 HARI). Denda 10 sen juga dikenakan kepada guru yang lewat
memulangkan buku.
7. Bagi buku rujukan yang bertanda red spot boleh dipinjam dalam tempoh
SEMINGGU (7 HARI). Denda sebanyak 20 sen sehari untuk pemulangan
yang lewat.

BILIK ALAT PANDANG DENGAR


1

Bilik ini boleh digunakan oleh semua pelajar dan guru

Bilik ini dibuka pada setiap hari persekolahan sahaja.

Guru dikehendaki menempah selewat-lewatnya 2 hari dengan

mengisi

borang tempahan yang disediakan sebelum menggunakan bilik ini.


4

Jika ingin memasuki bilik ini di luar waktu persekolahan hendaklah


maklumkan kepada penyelaras bilik ini terlebih dahulu.

Pengguna dilarang sama sekali membawa masuk makanan/minuman dan


membuat bising.

Pelajar tidak dibenarkan masuk atau menggunakan peralatan di bilik ini


tanpa iringan dan kebenaran guru.

Guru dikehendaki merekodkan penggunaan bilik ini ke dalam buku rekod


yang disediakan.

Penguna tidak dibenarkan mengalih atau membawa barang keluar dari


bilik ini tanpa kebenaran guru bilik ini.

Hanya

buku dan peralatan tulis sahaja boleh dibawa masuk. Beg

hendaklah diletakkan diluar.


10 Alatan yang rosak semasa/sebelum digunakan hendaklah dilaporkan
kepada guru bilik ini.

11 Sila dapatkan bantuan guru lain jika anda bermasalah dalam menggunakan
peralatan di bilik ini.
12 Pastikan kerusi tersusun dengan kemas dan bilik dalam keadaan bersih
sebelum meninggalkannya.
13 Guru harus memastikan suis atau punca elektrik

ditutup sebelum

meninggalkan bilik ini.


14 Pengguna dilarang membuang sampah di merata-rata tempat. Gunakan
bakul sampah yang disediakan.
15 Pengguna akan dikenakan tindakan sekiranya

melakukan sebarang

kerosakan dengan sengaja.


BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR
1

Tanggalkan kasut sebelum masuk.

Guru dikehendaki merekodkan sebarang pinjaman peralatan atau bahan


dari bilik ini dan guru juga perlu menandatangani rekod pinjaman sebagai
bukti pemulangan.

Setiap pinjaman alat perlu dipulangkan selewat-lewatnya dalam masa 2


hari.

Notis akan dikeluarkan sekiranya guru gagal memulangkan alatan dalam


tempoh yang diberi.

Bahan yang digunakan hendaklah dikembalikan dengan segera bagi


membolehkan guru-guru lain menggunakannya.

Guru hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan alatan atau


bahan yang dipinjam.

Guru dikehendaki membuat tempahan awal bagi membolehkan urusan


menyediakan alat yang dikehendaki.

Kerjasama dari semua guru amatlah dihargai agar bilik ini dapat
dimanfaatkan sepenuhnya.

MAKMAL KOMPUTER
1

Pengguna ICT (guru dan murid) mesti mendapat kebenaran daripada


Penyelaras Makmal Komputer.

Guru-guru perlu membuat tempahan awal sebelum menggunakan makmal


ini.

Catatkan maklumat penggunaan dalam buku rekod yang disediakan.

Guru dan murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan komputer dan


peralatam lain dalam makmal ini.

Tinggalkan beg di luar sebelum masuk.

Murid dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam makmal ini.

Kemaskan kerusi selepas digunakan.

Tidak dibenarkan membawa keluar apa jua peralatan makmal ini.

Pastikan alat elektrik dalam keadaan terkawal dan tutup semua suis
apabila meninggalkan makmal ini.

10 Jangan cuba membaiki sendiri peralatan yang rosak sebaliknya


maklumkan kerosakan atau kesulitan ini kepada guru makmal ini.

Você também pode gostar