Você está na página 1de 2

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum

w.b.k,

selamat

sejahtera

dan

selamat menyambut Hari Guru tahun 2014


Yang Berusaha Pn. Hajah Siti Maisarah Binti Sulaiman, Pengetua SMK TELOK
GADONG, Yang Berusaha Pn. Mariam Binti Rahamat, GPK Pentadbiran, Pn. Zaiton
Binti Atan GPK Hal Ehwal Murid, En. Shaharuddin Bin Miswan GPK Kokurikulum.
Yang Dihormati Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, GuruGuru SMK Telok Gadong, Yang Dikasihi para pelajar.
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya,
dapatlah saya menyampaikan ucapan dan penghargaan kepada semua guru dan
para pelajar hari ini, sempena dengan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI
Tema Hari Guru pada tahun ini bukan sahaja kedengaran indah tetapi
juga mencerminkan guru sebagai agen perubahan yang sangat penting dalam
masyarakat. Apa yang menjadi ukuran, bukannya kekayaan harta ,kemewahan
hidup, tetapi kemenjadian pelajar yang menjadi penilaian.
Pencapaian dan kecemerlangan seluruh hidup pelajar yang menjadi
tumpuan. Kemurnian hati pelajar, tinggah laku yang sopan dan segala aspek
yang berkaitan dengan pelajar adalah fokus utama para guru.
Bagaimana acuan,begitulah kuihnya,demikianlah perbandingan yang
mengaitkan didikan dan ajaran para guru untuk melahirkan para pelajar yang
berpotensi,berbakat dan cemerlang.
Saya selaku YDP PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada para guru, sempena dengan sambutan Hari Guru pada
tahun 2014. Sungguh bertepatan sekali tema pada tahun ini, GURU PENCETUS
KRETIVITI PENJANA INOVASI Sebagai wakil ibu ,bapa dan penjaga pelajar, kami
amat menyedari kegigihan para guru untuk menyerlahkn lagi kemampuan para
pelajar. Para guru berperanan serta bertanggungjawab untuk mengembangkan
minat para pelajar dalam bidang masing-masing. Sebagai guru, besar sungguh
peranan para guru. Para guru jugalah yang amat menyedari kesungguhan para
pelajar dalam merealisasikan impian masing-masing. Pelajar merupakan tunjang
negara pada masa hadapan. Para pelajar juga mesti menanamkan azam untuk
mencapai kecemerlangan.

Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah
pembangunan pada masa akan datang. Dengan tujuan membangunkan potensi
murid-murid secara menyeluruh. Namun demikian masih banyak ruang yang
perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi
mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang
dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Pn. Pengetua dan para guru yang dihormati,
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada para guru di
SMK TELOK GADONG yang terus berusaha dengan gigih dan cemerlang demi
tanggungjawab dan amanah yang sangat besar serta bermakna kepada
masyarakat, agama dan Negara.
Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Guru
kepada semua guru SMK TELOK GADONG. Terima kasih daripada kami para ibu
bapa, penjaga pelajar. Teruskan usaha murni dan disanjung tinggi guru-guru
dalam bibang pendidikan.
Selamat Hari Guru kepada semua guru di SMK TELOK GADONG, GURU
PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI.
Sekian terima kasih.Wabilahitaufiq.Assalamualaikum warahmatulllah w.b.k

Você também pode gostar