Você está na página 1de 151

FUTUHUL GHAIB

Judul Terjemahan:
PEMBUKAAN KEPADA YANG GHAIB
Penyusun:
SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Pengalihan Tulisan Jawi Ke Roman:


MKA Kreatif Enterprise
ISBN: 983-170-946-2
Hakcipta Terpelihara PERNIAGAAN JAHABERSA
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, illustrasi,
isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada
Penerbit.
Cetakan Pertama: 2006
Cetakan Pertama: 2006
Diterbitkon oleh:
PERNIAGAAN JAHABERSA
15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas
81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Malaysia
t 6-07-235 1602, 235 1605
f 6-07-235 1603
e perniagaanjahabersa@yahoo.com.sg jahabers@starhub.net.sg
w http://www.jahabersa.com.my
Dicetak oleh:
BIN HALABI PRESS
Pattani, Thailand

PENDAHULUAN
Futuhul Ghaib
Syeikh Abdul Qadir Jailani
Buku ini adalah terjemahan dari kitab Futuhul Ghaib karangan Syeikh Abdul Qadir Jailani. Futuhul
Ghaib bermakna pembukaan kepada yang ghaib. Moga-moga pembaca dapat membuka pintu hatinya
dengan membaca buku karangan Syeikh Abdul Qadir ini.
Syeikh Abdul Qadir ialah seorang sufi dan wali Allah yang besar. Tentu sekali karangan beliau ini
berunsur mistik atau kebaktian. Orang-orang sufi lebih mementingkan soal-soal rohani, jiwa, hati,
kebatinan dan yang ghaib dan semua ini adalah perkara ghaib iaitu tidak ternampak dengan mata kasar
dan tidak dapat diraba dengan tangan. Tetapi yang ghaib itu tetap ada. Untuk mengetahuinya perlulah
menyuci hati hingga bersinar dengan cahaya keTuhanan Yang Maha Tinggi. Ini dapat dilakukan dengan
bimbingan guru yang mursyid dan berlatih dengan bersungguh-sungguh.
Oleh kerana karangan ini berunsur mistik dan dikarang oleh seorang sufi yang agung, maka pembaca
hendaklah memandang dari kaca mata orang-orang sufi. Orang-orang sufi adalah orang-orang yang
cenderung kepada kebatinan dan kerohanian. Istilah
yang mereka gunakan pun adalah membawa pengertian yang berbeza dari biasa. Misalnya perkataan
mati. Mati dalam pandangan orang-orang sufi bukan bererti bercerai nyawa dengan badan.
Menurut pandangan mereka mati yang bermaksud bercerai nyawa dengan badan itu pada hakikatnya
bukanlah mati. Kerana ruh atau jiwa keluar dari sangkarnya iaitu badan dan masuk ke alam yang lain,
ibarat burung yang keluar dari sangkarnya. Badan itu tinggal dan lama kelamaan reput dan busuk,
tetapi ruh itu tetap hidup. Oleh itu, ini bukan mati.
Dalam buku ini ada dikatakan matikan diri kamu. Di sini bukanlah bererti kita bunuh diri kita
dengan menggantung diri atau menyembelih leher atau menembak kepala kita. Matikan diri atau
bunuhkan diri di sini adalah menurut pandangan orang-orang sufi. Yang dimaksudkan ialah
membunuh, mematikan atau membuang nafsu amarah atau hawa nafsu kebinatangan dan keiblisan yang
ada pada kita itu. Buangkan nafsu ini kerana ia menghijabkan hati dengan Allah. Diri di sini
maksudnya ego atau nafsu amarah yang dipergodakan oleh syaitan.
Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu ada dirinya ialah ia ada sifat-sifat takbur, sombong,
hasad dengki, tamak haloba, suka mementingkan diri sendiri (self-oriented atau selfcentered), ujub,
riya', kasihnya kepada yang lain dari Allah atau melebihi dari kasihnya kepada Allah, takutnya kepada
yang lain dari Allah melebihi dari takutnya kepada Allah, dan sebagainya yang ada diterangkan dalam
buku ini.
Diri inilah yang mesti dibunuh agar sebagai gantinya timbullah Allah. Berdiri Allah dalam hati
dan perasaan seorang itu. Setelah diri itu mati, maka teguhlah berdirinya Allah dalam hati
sanubarinya, dan barulah ia menyedari dan merasai kehampiran dengan Allah Yang Maha Mulia dan
Agung. Tiada lain yang dinampakkannya kecuali Allah sahaja. Terdirilah Allah padanya dan dinafinya

yang lain. Inilah apa yang mereka katakan menafikan yang lain ini dan mengitsbatkan Allah
bersesuaian dengan tauhid

Ilmu Tasawuf adalah ilmu rasa atau ilmu zuq. Siapa yang merasainya akan mengetahuinya. Untuk
merasai itu perlulah memasuki dan mengembara dalam jalan kerohanian itu dengan bimbingan guru
yang betul-betul mengerti. Jalan-jalan ini digelar Thariqah Sufiah atau jalan orang-orang sufi.

Akhir perjalanan ialah "bersatu dengan Allah" sehingga timbullah rasa bahawa yang pasti ada itu
adalah Allah jua. Mengertilah ia maksud tauhid yang hakiki. Orang yang sampai ke taraf ini sahaja
yang merasai maksud "bersatu dengan Allah" itu. Bukan hanya khayalan atau fikiran sahaja tetapi
sudah dirasai dan dibenarkan oleh mata hati. Orang yang sampai ke hujung perjalanannya akan
merasai fana dirinya dengan seterusnya baqa (kekal) dengan Allah yang meliputi segala-galanya.
Sedarlah bahawa dirinya itu kosong dan yang sebenarnya diri adalah Allah jua. Sebab itulah ada
mereka yang berkata "barangsiapa yang kenal dirinya, kenAllah Tuhannya".

Barangsiapa yang ada mengalami dan menempuh mana-mana Thariqah Sufiah akan memahami maksud
dan syarahan-syarahan dalam buku ini. Tetapi buku ini bukanlah terlalu kesufian (kemistikkan). Ia
dapat difaham dengan berfikir dan merenungi secara mendalam.

Semoga buku ini memberi guna kepada pencinta-pencinta tasawuf Islam khususnya dan orang-orang
beragama Islam umumnya.

Lagi sekali ditegaskan bahawa buku ini adalah karangan dan menurut pandangan seorang jaguh sufi
dan wali Allah yang terkenal dalam dunia Islam. Janganlah dipandang dari segi kaca mata orangorang yang berjiwa kebendaan dan keduniaan semata-mata. Pandanglah dari segi kerohanian dan
kebatinan dan istilah yang mereka gunakan adalah istilah menurut pandangan mereka.
Sekian, Wassalam. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Taala melimpahi taufiq dan hidayah
kepada kita sekalian yang beriman. Amin!
Salam ukhuwah dari penterjemah.
Abdul Majid Haji Khatib,
Ipoh, Perak, Malaysia.

SEJARAH HIDUP SYEIKH ABDUL QADIR


JAILANI
Ibu bapa beliau
Sayid Abu Muhammad Abdul Qadir lahir di Naif dalam daerah Jailan di negeri Farsi. Beliau lahir
dalam bulan Ramadhan 470 Hijriah bersamaan dengan 1077 Masihi lebih kurang. Nama bapanya
ialah Abu Soleh, seorang yang taat kepada Allah dan keturunan Imam Hasan iaitu anak yang tertua
bagi Saiyidina Ali, saudara sepupu Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, dan bagi
Fatimah anak perempuan Nabi. Ibu beliau ialah seorang anak perempuan kepada orang yang taat
kepada Allah, Abdullah Shumaiya keturunan Imam Hussin, anak kepada Ali dan Fatimah. Oleh yang
demikian, Sayid Abdul Qadir Jailani ialah keturunan Hasan dan juga Hussin.

Permulaan hayatnya
Dari semenjak kecil lagi beliau adalah seorang yang pendiam dan bersopan santun. Beliau suka
bermenung sambil berfikir dan sangat cenderung kepada mistik (pengalaman kerohanian). Setelah
umur beliau meningkat 18 tahun, beliau makin dahagakan ilmu dan ingin bersama-sama dengan orangorang soleh. Ini membara beliau ingin pergi ke Baghdad, yang pada masa itu menjadi pusat pengajian
dari berbagai-bagai jenis.
Beliau telah diberi gelaran Ghutsul Azham, (wali Allah yang paling agung). Menurut istilah orangorang sufi ghuts itu di bawah peringkat Nabi-Nabi dalam pangkat kerohanian dan dalam
menyampaikan rahmat Allah dan kurniaNya kepada manusia. Ada Juga orang zaman sekarang ini yang
mengatakan beliau itu adalah dalam peringkat shodiqun sebagaimana yang diperkatakan oleh AlQuran bagi orang-orang seperti itu.
Adalah dikatakan bahawa semasa beliau hendak pergi ke Baghdad, ibunya telah memasukkan 80
keping wang emas dalam bajunya dan dijahit di bawah ketiaknya. Sebelum berangkat pergi ibunya
yang warak itu telah menasihati beliau supaya jangan berbohong walau dalam keadaan apa sekalipun.
Beliau berjanji tidak akan berbohong.
Beliau pun pergilah menurut satu qafilah yang hendak pergi ke Baghdad. Di tengah jalan iaitu di
tempat bernama Hamdan qafilah itu telah diserang oleh sekumpulan penyamun. Penyamun itu tidak
mengendahkan Abdul Qadir kerana rupanya yang seperti orang miskin sahaja. Tetapi datang seorang
penyamun bertanya kepada beliau sama ada beliau ada wang. Abdul Qadir teringat pesanan ibunya
supaya jangan berbohong. Lantas beliau berkata: Ya! aku ada 80 keping wang emas yang dijahit
dalam bajuku oleh Ibuku. Penyamun itupun terkejut melihat Abdul Qadir bercakap dengan terus
terang. Mereka terkejut melihat ada orang yang berterus terang dan tidak mahu berbohong. Mereka
bawa Abdul Qadir berjumpa dengan ketua mereka dan beliau disoal begitu juga. Abdul Qadir
menjawab seperti tadi jua. Ketua penyamun itu memerintahkan baju beliau dibuka. Apabila baju itu
dibuka, maka benarlah ada 80 keping wang emas dalam baju itu. Sangatlah hairan ketua penyamun itu.

Iapun bertanya kenapa beliau sangat bercakap benar.


Abdul Qadir pun menceritakan perkara beliau dengan ibunya itu dan pesanan ibunya itu supaya jangan
bercakap bohong. Kata beliau lagi sekiranya dalam permulaan jalan menuntut ilmu agama itu beliau
bercakap bohong, maka ada kemungkinan ilmu agama yang sebenarnya dicarinya itu tidak akan
didapati dengan memuaskan hati.
Apabila mendengar yang demikian itu, ketua penyamun itupun bercucuran air matanya menangis lalu
rebah terduduk dan ia terus bertaubat dari segala dosanya yang terdahulu. Adalah dilaporkan bahawa
ketua penyamun itulah murid beliau yang pertama. Pendapat kita kejadian ini menunjukkan shodiq
(benar) yang sedang dalam pembentukkan. Jika tidaklah kerana sifatnya yang benar itu, maka tentu
sekali beliau tidak akan bercakap benar dalam keadaan merbahaya yang sedemikian itu.

Penuntut di Baghdad
Beliau mengalami kesusahan dan kepayahan masa belajar di Baghdad itu tetapi oleh kerana
kecenderungan dan kemahuannya belajar, maka dapatlah beliau menguasai segala pelajaran beliau.
Beliau menjadi pelajar yang paling baik di masa itu. Beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah
mufti yang paling besar di zamannya. Tetapi hatinya yang cenderung kepada kerohanian itu makin
memberontak hendak keluar. Beliau selalu bermujahadah untuk menguasai nafsu amarah yang ada
pada beliau itu. Beliau selalu berpuasa dan tidak mahu meminta makanan dari sesiapa pun walaupun
tidak makan beberapa hari lamanya. Beliau mencari orang-orang sufi di Baghdad dan bergaul dengan
mereka. Dalam mencari-cari itu bertemulah beliau dengan seorang sufi bernama Hamad, seorang
penjual syarabah (minuman) tetapi adalah seorang wali Allah yang besar di zamannnya. Beransuransurlah wali ini membimbing Abdul Qadir dalam Thariqah Sufiah. Hamad ialah seorang yang garang
dan kasar dan layanan beliau terhadap Abdul Qadir ini sangatlah teruk. Tetapi Abdul Qadir
memandang semua itu sebagai cara membetulkan kerosakkan-kerosakkan yang ada pada dirinya.

Latihan kerohanian
Setelah habis pengajiannya, beliau pun terus berlatih menurut latihan orang-orang dalam Thariqah
Sufiah. Beliau menghindarkan dirinya dari segala keperluan dan keseronokkan hidup kecuali yang
paling perlu untuk kehidupan. Beliau gunakan masa dan tenaganya untuk bersembahyang dan membaca
Al-Qur'an. Beliau sembahyang Subuh kadang-kadang dengan wuduk sembahyang 'Isyak. Kadangkadang beliau tamat membaca seluruh Al-Qur'an itu dalam masa satu malam sahaja. Dalam tempoh
latihan ini beliau menghindarkan dirinya dari manusia dan tidak mahu bertemu dan bercakap dengan
sesiapa pun. Jika ia bersiar-siar keluar, ia pergi ke padang pasir seorang diri.
Akhirnya beliau meninggalkan Baghdad dan tinggal di Shustar satu tempat yang jauhnya 12 hari
perjalanan dari Baghdad. Selama 11 tahun itu, maka latihan kerohanian beliau pun tamatlah.
Beliaupun menerima apa yang dikatakan nur. Nafsu kebinatangan atau nafsu amarahnya pun kosong
dari jiwanya dan beliau naik ke peringkat yang lebih tinggi dalam segi kerohanian. Beliaupun hampir
dengan Allah.

Digoda oleh syaitan


Satu kejadian kerohanian berlaku apabila mencapai peranan yang baru ini yang diceritakan berupa
satu cerita. Cerita-cerita seperti ini pernah juga berlaku kepada orang-orang besar dalam agama dan
terkenal dalam sejarah. laitu adalah satu cerita godaan, nampaknya semua cerita-cerita seperti ini
menyatakan kejadian dalam kehidupan dengan menggunakan bahasa perumpamaan atau ibarat.
Misalnya kita baca godaan terhadap Nabi Isa, iaitu bagaimana beliau dibawa ke atas bukit oleh iblis
dan dari sana ditunjukkan kepada beliau kerajaan-kerajaan dunia dan menyuruh Nabi Isa menyembah
dia (iblis) jika beliau hendak menjadi raja bagi segala kerajaan-kerajaan itu. Kita tentu tahu apa
jawapan Nabi lsa kepada Iblis. Seperti yang kita tahu, itu adalah satu kejadian perjuangan batin
semasa detik-detik kehidupan yang rumit.
Kejadian ini juga berlaku kepada Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam apabila
baginda terus berdakwah tentang agama Islam, dan menentang kemusyrikan dan berhala kaumnya,
pantang beliau iaitu pemimpin-pemimpin Quraisy yang cuba menggoda beliau dengan kecantikkan,
kekayaan dan kekuasaan. Tiap-tiap Muslim tentu sedar apa jawapan Nabi. Kata beliau: "Aku tidak
mahu kekayaan harta benda atau kekuasaan, saya diutuskan oleh Allah untuk menjadi pemberitahu
kepada manusia. Aku sampaikan risalatNya kepada kamu sekalian. Sekiranya kamu terima, maka
terselamatlah kamu di dunia dan di akhirat kelak, sekiranya kamu ingkar, maka Allah akan membuat
keputusan antara kamu dan aku."
Ini bukanlah pandangan batin tetapi adalah satu faktor konkrit dari dunia yang wujud ini.
Ini juga berlaku kepada Syeikh Abul Qadir Jailani. Ada dua riwayat tentang ini.
Pertama, satu hari iblis datang menemui beliau yang menyatakan dirinya ialah malaikat Jibril dan
berkata ia ada membawa Buraq (kenderaan yang ditunggang oleh Nabi tatkala Miraj) untuk
membawa beliau pergi ke hadrat Allah. Mendengarkan itu, Syeikh Abdul Qadir pun tahu bahawa yang
ada di hadapan beliau itu ialah iblis atau syaitan kerana Jibril dan Buraq datang ke dunia hanya
kepada Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam sahaja. Iblis itu gagal menggoda beliau,
lalu mencuba yang lain pula, kata iblis: Baiklah Abdul Qadir, kamu telah menyelamatkan dirimu
dengan adanya ilmumu itu. Nyahlah kamu dari sini kata Syeikh Abdul Qadir kepada iblis itu:
Jangan menggodaku lagi, bukanlah ilmuku yang menyelamatkan aku tetapi sebenarnya aku terselamat
dari perangkapmu dengan rahmat dan pertolongan Allah jua.
Kedua, satu masa Syeikh Abdul Qadir berada dalam hutan belantara tanpa makanan dan minuman
beberapa lama. Tiba-tiba datang awan, lalu turun hujan. Dapatlah Syeikh itu Menghilangkan
dahaganya. Dengan tidak semena-mena datang satu lembaga yang bersinar tidak jauh dari situ dan
lembaga itu berkata: "Aku ini Tuhan kamu, sekarang aku halalkan segala yang haram untuk kamu.
"Mendengar itu Syeikh itu pun membaca:

"Aku berlindung dengan Allah dari ganguan syaitan yang direjam."

Setelah membaca itu, lembaga itupun bertukar jadi awan lalu berkata: "Dengan ilmumu dan rahmat
Allah kamu telah terselamat dari tipu helahku." Kemudian syaitan itu bertanya kepada Syeikh Abdul
Qadir bagaimana dia boleh mengenal syaitan itu dengan segera. Jawab Syeikh itu bahawa apabila
syaitan itu mengatakan yang ia menghalalkan segala yang haram, maka dengan serta merta ia tahu
bahawa itu bukan datang dari
Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak menghalalkan segala yang haram.
Cerita ini ada bersamaan dengan apa yang berlaku kepada (Peter). Tetapi apa yang berlaku kepada
Peter, pengikut Nabi Isa yang agung, ini ialah beliau terpengaruh kepada syaitan itu, lalu menghalalkan
yang haram dan terus membuang pengajaran Allah dan RasulNya. Sebaliknya Syeikh Abul Qadir
Jailani tidak terpengaruh oleh syaitan walau sedikitpun.
Saya berpendapat kedua-dua cerita itu mungkin benar yang menunjukkan dua kejadian yang berbeza
dalam bahsa ibarat atau perumpamaan. Satu kejadian berkenaan perjuangan beliau (Syeikh Abdul
Qadir) dengan kesombongan ilmunya. Yang satu lagi berkenaan perjuangan dengan kesusahan
ekonomi yang mungkin menghalang seseorang dalam pengembaraan kerohanian menuju Allah.
Keinginan untuk berkuasa dan keinginan untuk kesenangan adalah kelemahan-kelemahan terakhir yang
akan meninggalkan hati dan fikiran pengembara-pengembara kerohanian ini. Hanya setelah seseorang
itu dapat mengatasi kedua-kedua musuh kerohanian ini sahaja, maka barulah ia dapat layak menjadi
pemimpin insan yang sejati.

Guru kepada orang ramai


Syeikh Abdul Qadir telah lulus ujian-ujian kerohanian itu, selepas itu jika beliau bercakap atau
menasihati seseorang, maka beliau berbuat demikian bukan dari bidang kebijaksanaan akal sahaja lagi
tetapi adalah dari bidang kerohanian, bidang kesedaran dan perwujudan diri. Pada masa itu keadaan
umat Islam dalam mematuhi agama mereka telah merosot sekali, umat Islam tidak mempedulikan
agama mereka lagi. Memandangkan hal inilah timbul satu pandangan pada beliau.
Pada satu hari Jumaat dalam tahun 511 Hijriah, Syeikh Abdul Qadir memandang dalam batinnya
bahawa ia seolah-olah sedang berjalan di satu lorong di Baghdad. Sedang berjalan itu beliau nampak
seorang yang kurus dan sakit berada di tepi jalan dan orang itu mengucapkan salam kepada beliau.
Beliau jawab salam orang itu. Orang yang kurus dan sakit itu tidak pun meminta beliau tolongkan ia
hendak berdiri. Lalu Syeikh itupun menolongnya berdiri. Setelah ia tegak, orang itu dengan tidak
semena-mena menjadi bertambah besar dan gagah rupanya. Syeikh itupun berasa takut dengan keadaan
itu tetapi orang itupun mententeramkannya sambil berkata: "Aku ini ialah agama nenek moyangmu.
Aku telah jadi sakit dan tidak berdaya, tetapi Allah telah menguatkan aku kembali melalui
pertolonganmu." Ini berlaku pada petang beliau menemui orang ramai di masjid. Setelah lama
kemudian orang ramai pun memberi beliau gelaran Mahyuddin (bererti penghidup agama).
Sungguhpun beliau telah mengeluarkan dirinya dari pengasingannya tetapi tidaklah beliau bersyarah di
hadapan khalayak ramai lagi. Selama 11 tahun lagi beliau tinggal di penjuru bandar itu dan terus
melakukan ibadatnya dan berlatih untuk mendapatkan nur kebatinan dalam hatinya.

Kira-kira dalam tahun 521 Hijriah barulah beliau mengajar orang ramai. Dia diberi satu madrasah
untuk mengajar. Ilmu batinnya telah cukup untuk melengkapi dirinya. Pada mulanya sedikit sahaja
murid beliau. Lama-kelamaan masyhurlah beliau sebagai seorang yang bijak, alim, wara, soleh,
mempunyai ilmu yang dalam dan tinggi dan kuat berpegang kepada syariat. Ramailah orang yang
datang mengunjungi beliau untuk memetik ilmu-ilmu yang berharga dan bernilai tinggi daripadanya.
Lama-kelamaan madrasah itupun tidak mencukupi untuk menampung orang ramai itu. Dalam tahun 528
Hijriah rumah-rumah yang berjiran itupun diambil untuk menampung murid-murid beliau. Inipun tidak
cukup. Pada tiap-tiap pagi Rabu beliau bersyarah di atas pentas untuk bersyarah kepada orang ramai.
Inipun telah jadi sempit. Maka diadakan pula tempat di luar bandar itu dan di situ dibina satu
bangunan untuk beliau dan ini digelar Musafir Khanah.
Biasanya beliau memberi syarahan tiga kali seminggu. Di Idghah pada pagi Jumaat. Di madrasah pada
malam Selasa, dan di Musafir Khanah (rumah tamu) pada pagi Rabu. Berbagai-bagai manusia datang
belajar kepada beliau tentang berbagai-bagai ilmu. Kaum sufi dan kaum fuqaha, orang kaya dan
miskin datang menuntut. Bahkan orang-orang bukan Islam pun ada yang mendengar pengajarannya dan
banyak yang masuk Islam di tangan beliau. Orang yang membuat dosa bertaubat setelah mendengar
syarahan beliau, demikianlah betapa kuatnya kekuatan kerohanian di sebalik syarah-syarahan beliau
itu. Dengan kebesaran jiwanya itu beliau ditakuti dan dihormati oleh orang-orang besar di masa itu.
Orang yang berjiwa besar demikian ini bukanlah dengan kehendak mereka sendiri berbuat demikian,
tetapi adalah kehendak Allah jua. Mereka menyerahkan diri mereka seluruhnya kepada Allah. Mereka
tidak menuju sesuatu melainkan dengan gerak dari Allah jua. Syarahan mereka itu bukan lakuan
mereka sendiri tetapi adalah lakuan Allah jua dan mereka tidak perlu bersedia terlebih dahulu.
Persediaan untuk bersyarah itu disediakan oleh Allah sendiri dan ilham untuk bersyarah itu datang
langsung dari Allah Subhanahu wa Ta'ala apabila mereka bercakap, mereka bercakap dengan
kehendak Allah. Itulah sebabnya syarahan mereka itu penuh dengan kekuatan dan kekeramatan.

Keluarga dan rumahtangga beliau


Sebelum tahun 521 Hijriah iaitu umur beliau 51 tahun tidaklah beliau menunjukkan dirinya kepada
orang ramai dan tidak pernah berfikir hendak kahwin kerana sangkanya kahwin itu akan menghalang
seseorang dalam perjalanan menuju Allah. Setelah beliau berumur 51 tahun, hasil dari bercampur
dengan orang ramai dan juga kerana hendak menurut sunnah Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi
wasallam beliau pun berkahwin dan mempunyai 4 orang isteri. Semua isteri beliau ini menjadi isteri
yang baik dan taat kepada beliau. Beliau mempunyai 49 orang anak. Lelaki seramai 27 orang dan yang
lain itu perempuan.
Empat orang anak beliau menjadi terkenal kerana pelajaran dan ilmunya.
(1) Syeikh Abdul Wahab, anak yang sulung, menguasai ilmu yang luas dan dalam. Beliau diberi kuasa
menjaga madrasah bapanya dalam tahun 543 Hijriah. Setelah bapanya meninggal dunia, beliau pula
memberi syarahan dan memberi fatwa tentang syariat Islam. Beliau memegang jawatan dalam negeri
dan seorang yang sangat popular.
(2) Syeikh Isa, guru hadith dan fuqaha agung. Beliau juga mengarang puisi. Beliau juga seorang

pensyarah yang baik dan juga menulis kitab-kitab kesufian (sufism). Beliau tinggal dan meninggal
dunia di Mesir.
(3) Syeikh Abdul Razak, seorang 'ulama dan hafaz hadith. Seperti bapanya beliau juga termasyhur
dengan lurus dan benarnya. Beliau juga seperti bapanya tentang kesufiannya dan popular di Baghdad.
(4) Syeikh Musa, 'ulama yang ulung. Pindah ke Damsyik di mana ia meninggal dunia.
Melalui Syeikh Isa iaitu nombor (2) di atas, 78 syarahan bapanya dalam buku ini sampai kepada kita.
Abdul Wahab iaitu nombor (1) di atas, adalah sumber dua syarahan yang terakhir. Beliau ada hadir
tatkala bapanya terbaring sebelum kembali ke rahmatullah. Nombor (4) Syeikh Musa ada dinyatakan
di akhir buku ini dalam syarahan ke 79 dan ke 80.
Dalam dua syarahan terakhir itu ada disebutkan 2 orang anak Syeikh tersebut yang ada hadir tatkala
bapanya hendak meninggal dunia iaitu Abdul Razak (3) dan Abdul Aziz.

Pekerjaan biasa
Seperti yang kita ketahui wali Allah ini memberi syarahan kepada orang ramai 3 kali seminggu.
Disamping itu, tiap-tiap hari, pagi dan petang beliau mengajar tafsir, hadith dan hukum-hukum agama
dan perkara-perkara yang bersangkutan. Selepas sembahyang Zuhur, beliau menyampaikan fatwa
tentang soal-soal hokum yang dikemukan kepada beliau dari seluruh dunia. Tiap-tiap petang sebelum
Maghrib beliau membahagi-bahagikan roti kepada orang-orang miskin. Selepas sembahyang 'Asar,
beliau duduk menanti waktu makan buka puasa kerana kebiasaannya berpuasa siang hari sepanjang
tahun.Sebelum makan beliau memanggil orang-orang berjiran siapa yang hendak makan bersama
dengan beliau.
Selepas sembahyang 'Isya beliau pun pergi ke kamarnya dan menggunakan sebahagian besarnya pada
malam itu dengan ibadat kepada Allah seperti yang dikehendaki oleh Al-Qur'an. Oleh itu,
sebagaimana pengikut Nabi yang sebenarnya beliau berkhidmat kepada kemanusiaan sepanjang hari
dan kepada Allah sebahagian besar dari malam hari.

Kembali ke rahmatullah
Beliau meninggal dunia dalam tahun 561 Hijriah (1166 Masihi) tatkala berumur 91 tahun. Hari itu
ialah 11 haribulan Rabiul Akhir tarikh ini dikenangi oleh peminat-peminatnya sehingga hari ini dan
dikenali sebagai Jayarurin Syarif di India dan Pakistan.

Pusaka beliau
Setelah wafat wali Allah ini, maka anak-anaknya dan murid-muridnya menubuhkan satu organisasi
yang tujuannya menanam ruh keIslaman yang tulin dan membetulkan pengajaran Islam di kalangan
manusia. Ini dinamai Thariqah Qadariah yang terkenal dengan teguhnya memegang syariat Islam
hingga hari ini. Ini telah memberi jasa yang besar dalam Islam dan ilmu kebatinan dalam Islam.

Antara pengajaran dan nasihat beliau yang masyhur itu, ada tiga di seluruh dunia. Yang paling agung
dari yang tiga itu adalah Futuhul Ghaib.
Yang kedua masyhur ialah Futuhul Rabbani, sekumpulan 68 buah syarahan dalam tahun 6-545 Hijriah.
Yang ketiga ialah Qasidah atau puisi yang menceritakan peranan dam pangkat auliya' Allah dalam
bahasa kesufian. Ini digelar Qasidah Al-Ghutsiah.

Seperti juga di lain-lain thariqah agama,Thariqah Qadariah pada masa sekarang nampaknya lebih
cenderung kepada Qasidah Al-Ghutsiah daripada yang lain-lain itu kerana yang lain-lain itu adalah
mengandungi nasihat dan pengajaran untuk membaiki diri dan menyampaikan perutusan dari 'alam
ghaib sahaja.

Pengaruh Syeikh Abdul Qadir ini sangat besar dalam sejarah Islam dan peribadinya bersinar terang
seperti intan yang bergemerlapan pada ruh Islam hari ini dan begitu juga sebelumnya.

LAPAN PULUH SYARAHAN -SYARAHAN SYED ABDUL QADIR AL-JAlLANI

BAB 1: SYARAHAN PERTAMA


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Tiga perkara yang wajib bagi seseorang mukmin dalam semua keadaan ini ialah:(1) Melakukan segala perintah Allah.
(2) Menjauhkan diri dari segala yang haram.
(3) Redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah.
Seseorang mukmin hendaklah jangan tidak ada tiga perkara ini. Oleh itu, si mukmin hendaklah
memikirkan perkara ini, bercakap kepada dirinya tentang perkara ini dan anggotanya melakukan
perkara-perkara ini.

BAB 2: SYARAHAN KEDUA


Ikutilah dengan ikhlas jalan yang telah ditempuh oleh Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi
wasallam dan janganlah mengubah jalan itu. Patuhlah kepada Allah dan RasulNya, dan jangan sekalikali menderhaka. Bertauhidlah kepada Allah dan jangan mensekutuinya. Allah itu Maha Suci dan tidak
sekali-kali mempunyai sifat-sifat yang cela dan kekurangan. Janganlah syak wasangka tentang
kebenaran Allah. Bersabarlah dan perpegang teguh kepadanya. Bermohonlah kepadanya dan tunggu
dengan sabar. Bersatu padulah dalam mentaati Allah dan jangan berpecah belah. Cintalah antara satu
dengan lain dan janganlah berdengki-dengkian. Jauh diri daripada segala noda dan dosa.
Perendahkanlah dirimu dengan tata kepada Allah. Janganlah jauhkan diri dari Allah dan janganlah
lupa kepadanya. Janganlah lengah-lengah lagi untuk bertaubat kepadaNya. Dan kembali kepadaNya.
Janganlah jemu dengan memohon ampun kepada Allah siang dan malam, mudah-mudahan kamu
dirahmatiNya dan dilindungiNya dari mara bahaya dan azab neraka dan kamu akan diberi kehidupan
yang berbahagia dalam syurga dan bersatu dengan Tuhan dan kamu akan diberi nikmat-nikmat dari
Allah. Kamu akan menikmati kebahagiaan dan kesentosaan yang abadi di syurga beserta dengan NabiNabi, orang-orang shodiq, orang-orang syahid dan orang-orang soleh. Berkekalanlah kamu di syurga
itu untuk selama-lamanya.

BAB 3: SYARAHAN KETIGA


Apabila seorang hamba Allah itu diuji oleh Allah, maka mula-mulanya dia akan cuba melepaskan
dirinya dari ujian atau cubaan yang menyusahkannya itu. Jika ia tidak berjaya, ia akan meminta
pertolongan dari orang lain seperti raja-raja atau orang-orang yang berkuasa, orang-orang dunia,
orang-orang hartawan, dan jika ia sakit ia akan pergi meminta pertolongan doktor atau bomoh. Jika ini
pun tidak berjaya, maka kembalilah ia menghadapkan wajahnya kepada Allah Subhanahu wa Ta' ala
dan memohon sambil merayu kepadanya. Selagi ia boleh menolong dirinya, dia tidak akan meminta
pertolongan orang lain. Selagi pertolongan orang lain didapatinya, dia tidak akan meminta
pertolongan Allah.
Jika dia tidak dapat pertolongan Allah, maka berterusanlah ia merayu, sembahyang, berdo'a dan
menyerahkan dirinya dengan penuh harapan dan cemas terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, Allah
tidak akan menerima rayuannya sehingga dia memutuskan dirinya dengan keduniaan. Setelah putuslah
dia dengan hal-hal keduniaan, maka ketentuaan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu dan
lepaslah ia dari hal-hal keduniaan. Tinggallah padanya ruh sahaja.
Pada peringkat ini tidaklah nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan Allah dan tertanamlah
dalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya tentang tauhid (keEsaan Allah). Pada hakikatnya
tidak ada pelaku atau penggerak atau yang mendiamkan kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak ada
baik dan tidak ada jahat, tiada ada rugi dan tiada ada untung, dan tidak ada faedah dan tiada ada
anugerah dan tidak ada sekatan, tidak terbuka dan tidak tertutup, mati dan hidup, mulia dan hina, kaya
dan papa, bahkan segala-galanya adalah dalam tangan Allah.
Hamba Allah itupun seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang mendiamkan
atau seperti bola di kaki pemain bola, melambung, bergolek ke atas ke tepi dan ke tengah, sentiasa
berubah tempat dan kedudukan. Dia tidak ada pada dirinya upaya dan daya. Maka lenyaplah ia keluar
dari dirinya dan masuk ke dalam lakuan Allah semata-mata.
Si hamba Allah yang begini tidak nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan-perbuatannya. Tidak
ada didengar dan diketahuinya kecuali Allah. Jika ia melihat sesuatu, maka dilihatnya perbuatan atau
kerja Allah. Jika ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka didengarnya perkataan-perkataan Allah
dan jika ia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui pengetahuan Allah. Ia akan dianugerahi
dengan anugerah Allah. Beruntunglah dia, kerana hampirnya dengan Allah. Beliau akan diperhias dan
dipermuliakan. Redhalah ia dengan Allah. Bertambah hampirlah dia dengan Tuhannya. Bertambahlah
cintanya kepada Allah. Bertambahlah seronoknya dalam mengenang Allah. Terdirilah ia di dalam
Allah. Allah akan memimpinnya dan menghiasinya dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalah
kepadanya hijab yang melindunginya dari rahsia-rahsia Allah Yang Maha Agung. Beliau mendengar
dan mengingat hanya dari Allah Yang Maha Tinggi . Sentiasalah dia bersyukur dan sembahyang di
hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala.

BAB 4: SYARAHAN KEEMPAT


Apabila kamu mati terhadap makhluk, maka dikatakan kepada kamu "moga-moga Allah
melimpahkan rahmatNya kepada kamu", dan Allah akan mematikan kamu dari nafsu-nafsu badaniah.
Apabila kamu. telah mati terhadap nafsu badaniah, maka akan dikatakan kepada kamu, "moga-moga
Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu" , maka Allah akan mematikan kamu terhadap kehendakkehendak dan nafsu. Apabila kamu telah mati terhadap kehendak dan nafsu, maka akan dikatakan
kepada kamu, "moga-moga Allah melimpahi rahmatNya kepada kamu", dan Allah akan menghidupkan
kamu kepada satu hidup yang baru.
Selepas itu kamu akan diberi hidup yang tidak ada mati lagi. Kamu akan dikayakan dengan tidak ada
papa lagi. Kamu akan diberi kurniaan yang tidak akan rosak dan habis. Kamu akan diberi kebahagiaan
yang tidak ada lagi kesusahan dan kesedihan. Kamu akan diberkati dan tidak akan dimurkai. Kamu
akan diberi ilmu dan tidak lagi jahil. Kamu akan diberi kesentosaan dan tidak lagi ketakutan. Kamu
akan maju dan tidak lagi mundur. Nasib kamu akan baik dan tidak lagi buruk. Kamu akan
dipermuliakan dan tidak lagi diperhinakan. Kamu akan dihampiri oleh Allah dan tidak jauh lagi.
Martabat kamu akan bertambah tinggi dan tidak rendah-rendah lagi. Kamu akan dibersihkan dan tidak
lagi merasai kotor. Pendek kata jadilah kamu seorang yang tinggi dan mempunyai peribadi yang
tersendiri. Bolehlah dikatakan kamu telah menjadi 'Superman' atau manusia luar biasa.
Jadilah kamu warisan Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, dan orang-orang shodiq. Kamu akan jadi titik akhir
bagi segala kewalian dan wali-wali yang masih hidup akan datang mengunjungi kamu: Melalui kamu
segala kesulitan dapat diselesaikan dan melalui sembahyang kamu dapat memewahkan tanamtanaman, menurunkan hujan, menghindarkan mala petaka yang hendak menimpa umat manusia dari
segala pangkat dan kedudukan. Bolehlah dikatakan kamu menjadi sebagai pegawai polis untuk kota
dan rakyat.
Orang akan datang mengunjungi kamu dari tempat yang dekat dan jauh dengan membawa hadiahhadiah dan buah tangan dan memberi khidmat mereka kepada kamu. Semua ini dengan izin Allah Yang
Maha Perkasa dan Kuasa Jua. Lidah manusia tidak sunyi lagi menghormati dan memuji kamu. Tidak
ada dua orang yang beriman yang bertelingkah mengenai kamu. Wahai! mereka yang baik-baik yang
tinggal di tempat-tempat ramai dan mereka yang mengembara, inilah kurniaan Allah dan Allah
mempunyai kuasa yang tidak ada batasan.

BAB 5: SYARAHAN KELlMA


Apabila kamu melihat dunia dalam tangan orang-orang ahli dunia dengan hiasan dan kekosongannya,
penipuan dan perangkapnya, dan dengan racunnya yang membunuh yang di luarnya lembut dan di
dalamnya mencederakan dan cepat pula merosak dan membunuh sesiapa yang memegangnya dan
menipu mereka dan menyebabkan mereka lalai dalam dosa dan maksiat. Apabila kamu lihat semua ini,
maka hendaklah kamu bertindak selaku seorang yang melihat seorang lain membuang air besar yang
membuka anggotanya yang sulit dan mengeluarkan bau yang busuk. Dalam keadaan itu kamu hendaklah
menghindarkan pandangan terhadap ketelanjangannya itu dan menutup hidungmu supaya tidak terbau
yang busuk. Begitulah kamu bertindak terhadap dunia. Apabila kamu melihatnya hindarkan pandangan
dari pakaiannya dan tutup hidung kamu dari membau keseronokkannya yang tidak kekal, mudahmudahan kamu terselamat darinya dan cubaan-cubaannya. Apa yang telah ditetapkan Allah untuk kamu
tentu kamu akan merasainya. Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi
wasallam:

"Dan janganlah kamu tunjukkan kedua matamu kepada apa yang telah kami berikan kepada golongangolongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami cubai mereka dengannya. Dan
kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal." (Surah Thoha: Ayat 131)

BAB 6: SYARAHAN KEENAM


Jauhkanlah diri dari orang ramai dengan perintah Allah, dan dari nafsu kamu dengan perintahnya, dan
dari kehendakmu dengan lakuannya, agar kamu layak menjadi bekas untuk mengisi ilmu Allah. Tanda
kamu telah menjauhkan diri dan orang ramai ialah kamu telah seluruhnya memutuskan segala
perhubungan dengan orang ramai dan membebaskan fikiran-fikiran kamu dari segala apa yang
bersangkutan dengan mereka.
Tanda kamu telah putus dari nafsu-nafsu kamu ialah kamu telah membuang segala usaha dan daya
untuk dunia dan perhubungan dengan cara-cara dunia untuk mendapatkan apa-apa faedah dan
menghindarkan bahaya dan kamu janganlah bergerak untuk kepentingan kamu sendiri. Janganlah kamu
bergantung kepada diri sendiri tentang perkara yang bersangkutan dengan diri kamu, janganlah kamu
melindungi dari kamu dan menolong diri kamu sendiri. Serahlah segala-segalanya kepada Allah
kerana dialah yang menjaga dan memelihara segala-segalanya semenjak dari azali lagi sehingga abadi
selama-lamanya. Dialah yang menjaga kamu dalam perut ibumu sebelum kamu lahir dan dialah yang
memelihara kamu semasa kamu masih bayi.
Tanda kamu telah hilang dari kehendak kamu dengan lakuan atau perbuatan Allah ialah kamu tidak
lagi melayan apa-apa hajat dan kamu tidak ada apa-apa matlamat atau tujuan, kamu tidak lagi ada
keperluan atau maksud kerana kamu tidak ada tujuan atau keperluan lain selain Allah semata-mata.
Lakuan Allah pun terzahir pada kamu dan pada masa pergerakkan kehendak dan lakuan Allah itu,
kamu hanya persiap pada badan, tenang dalam hati, luas fikiran, mukamu berseri-seri dan jiwa kamu
bertambah subur. Maka kamu akan terlepas dari kepeduan kebendaan kerana kamu telah berhubung
dengan Al-Khalik (pencipta). Tangan kuasa akan menggerakkan kamu. Lidah abadi akan memanggil
kamu Tuhan sekalian alam akan mengajar kamu dan akan memberi pakaian dengan cahaya dari dirinya
dan dengan pakaian kerohanian dan akan meletakkan kamu dalam peringkat orang-orang alim yang
dahulu-dahulu.
Selepas pengalaman ini akan bertambah hancurlah hati kamu sehingga hapuslah hawa nafsu dan
kehendak kamu umpama tempayan yang pecah yang tidak mengandungi air walau setitik pun.
Kosonglah kamu dari semua lakuan-lakuan kemanusiaan dan diri kamu tidak menerima yang lain
kecuali kehendak Allah. Pada peringkat ini kamu akan dikurniai keramat-keramat dan perkara-perkara
yang diluar biasa. Perkara-perkara itu pada zahirnya datang dari kamu tetapi sebenarnya adalah
lakuan dan kehendak Allah jua.
Maka masuklah kamu dalam golongan orang-orang yang telah pecah hatinya dan telah hilang nafsunafsu kebinatangannya. Selepas itu akan diberi sifat-sifat keTuhanan Yang Maha Tinggi. Berkenaan
hal inilah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Aku gemar tiga
perkara dari dunia ini, bau-bauan harum, perempuan dan sembahyang yang mataku sejuk di dalamnya.
Semua ini diberi kepadanya setelah kehendak-kehendak dan nafsu-nafsu yang tersebut dahulu itu lepas
dari dirinya. Allah berfirman: "Aku bersama dengan mereka yang pecah hatinya kerana Aku."
Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak bersama kamu sekiranya semua nafsu dan kehendak kamu itu tidak
dihancurkan. Apabila semua hancur dan tidak ada lagi yang tinggal pada kamu, maka kamu pun

sesuailah untuk 'diisi' dengan Allah dan Allah akan menjadikan kamu orang baru yang dilengkapi
dengan tenaga dan kehendak yang baru pula. Jika ada lagi diri kamu walau sedlkitpun, maka Allah
akan menghancurkan itu pula sehingga kamu kosong semula dan selama-lamanya kamu tetap hancur
hati. Allah akan menjadikan kehendak-kehendak baru dalam diri kamu dan jika dalam pada itu masih
juga ada ego (diri) kamu, maka Allah akan menghancurkan terus. Demikianlah terjadi sehingga kamu
menemui Tuhanmu di akhir hayat nanti. Inilah maksud firman Tuhan: "Aku bersama mereka yang
hancur hatinya kerana Aku." Kamu akan dapati diri kamu kosong dan sebenarnya ada ialah Allah.

Allah berfirman dalam hadith qudsi: hambaKu yang taat sentiasa meminta kehampiran dengan Aku
melalu sembahyang-sembahyang sunat sehingga Aku jadikan dia rakanKu dan apabila Aku jadikan dia
rakanKu, Aku menjadi telinganya yang dengannya dia mendengar, matanya yang dengannya dia
melihat, tangannya yang dengannya dia memegang, dan kakinya yang dengannya dia berjalan, iaitu dia
mendengar melalui Aku, memegang melalui Aku dan mengetahui melalui Aku. Sebenarnya ini adalah
keadaan fana (hapusnya diri). Apabila kamu telah fana' terhadap diri dan makhluk, dan oleh kerana
makhluk itu baik atau jahat, dan oleh kerana diri kamu itu baik atau jahat, maka tidaklah ada dalam
pandangan sebarang kebaikan yang datang dari diri kamu atau makhluk itu dan tidaklah kamu takut
kedatangan kejahatan dari makhluk. Semua itu terletak pada tangan Allah semata-mata. Daripada itu
datangnya buruk dan baik. Dia yang menentukan segala-galanya semenjak dari awal-awal lagi.

Oleh yang demikian, Dia akan beri kamu keselamatan dari segala kejahatan makhluk-makhlukNya dan
akan membenamkan kamu dalam lautan kebaikannya. Maka jadilah kamu titik tumpuan segala yang
baik dan sumber keberkatan, kebahagiaan kesentosaan, nur (cahaya), keselamatan dan keamanan. Oleh
itu fana adalah tujuan dan matlamat dan hujung dan dasar perjalanan wali Allah. Semua wali-wali
Allah yang terdahulu dalam peringkat kemajuan mereka telah memohong dengan sungguh-sungguh
untuk menukar kehendak atau kemahuan mereka kepada kehendak atau kemahuan Allah. Semua mereka
menukar kemahuan atau kehendak mereka ke dalam kemahuan atau kehendak Allah pendeknya mereka
memfana'kan diri mereka dan mewujudkan Allah. Sebab itulah mereka digelar Abdal (perkataan
yang diambil dari perkataan yang bermakna pertukaran). Pada pendapat mereka adalah satu dosa
mensekutukan kehendak mereka dengan kehendak Allah.

Sekiranya mereka lupa, dikuasi oleh emosi dan ketakutan, maka Allah Yang Maha Kuasa akan
menolong mereka dan menyedarkan mereka, dan dengan itu mereka kembali sedar dari lupa dan
memohon perlindungan Allah. Tidak ada manusia yang benar-benar bebas dari pengaruh kehendak
ego (diri) sendiri kecuali malaikat. Malaikat itu dipelihara Allah dalam kesucian kehendak mereka
dan Nabi-Nabi dipelihara dari nafsu badaniah. Jin dan manusia telah diberi tanggungjawab supaya
berakhlak baik. Tetapi tidak terpelihara dari dipengaruhi oleh dosa dan maksiat. Wali-wali dipelihara
dari nafsu-nafsu badaniah dan abdal dari kekotoran kehendak atau niat . Meskipun begitu mereka
tidaklah bebas mutlak kerana mungkin mereka ada kelemahan untuk melakukan dosa tetapi Allah
dengan kasih sayangNya akan menolong dan menyedarkan mereka.

BAB 7: SYARAHAN KETUJUH


Keluarlah dari diri kamu sendiri dan serahkan segala-galanya kepada Allah. Penuhkan hatimu dengan
Allah. Patuhlah pada perintahnya dan larikan diri dari laranganNya agar nafsu badaniah kamu tidak
memasuki hati kamu setelah ianya keluar. Untuk membuang nafsu-nafsu badaniah dari hatimu kamu
hendaklah berjuang melawannya dan jangan menyerah kepadanya dalam semua keadaan dan masa.
Oleh itu janganlah berkehendakkan kepada sesuatu yang bukan kehendak Allah. Kehendak kamu yang
bukan kehendak Allah adalah kehendak nafsu badaniah. Kehendak ini jika diturut akan merosakkan
diri kamu dan menjauhkan kamu dari Allah. Patuhlah kepada perintah Allah dan jauhkanlah
laranganNya dan bertawakAllah kepada Dia sahaja dan sekali-kali jangan mensekutuiNya. Dia yang
menjadikan nafsu dan kehendak kamu. Oleh yang demikian, janganlah berkehendakkan atau
berhajatkan atau bercita-cita untuk mendapatkan sesuatu supaya kamu tidak tercebur ke lembah syirik.
Allah berfirman : "barangsiapa bercadang hendak bertemu dengan Tuhannya, dia hendaklah beramal
saleh dan janganlah sekutukan Allah dengan apa jua."
Syirik itu bukan sahaja sematamata menyembah berhala. Syirik itu juga termasuk menurut hawa nafsu
dan mensekutukan apa sahaja yang di dunia dan yang di akhirat dengan Allah. Kerana apa sahaja yang
lain Allah, bukanlah Tuhan. Oleh itu, jika kamu tumpukan hati kepada yang lain dari Allah, maka kamu
telah syirik. Oleh itu, jangan sekutukan Allah itu secara kasar dan secara halus. Berjaga-jagalah,
jangan berdiam diri, berhati-hatilah dan waspada selalu, semoga kamu beroleh selamat. Segala
pangkat dan kebaikan yang kamu perolehi janganlah kamu katakan datang dari kamu sendiri atau
kepunyaan kamu sebenarnya. Jika kamu diberi sesuatu hal atau keadaan atau kenaikkan kepada sesuatu
taraf kedudukan, janganlah dihebohkan kepada sesiapa. Kerana dalam pertukaran suasana dan hari ke
hari itu, Allah menzahirkan keagungannya dalam aspek-aspek yang sentiasa baru, dan Allah
menyelangi antara hambaNya dengan hati-hati mereka. Boleh jadi apa yang kamu katakan milik kamu
itu akan dilepaskan dari kamu. Dan apa yang kamu anggap kekal itu boleh jadi bertukar keadaan, maka
kamu akan merasai malu pada mereka yang kamu cakapkan itu. Lebih baik kamu berdiam diri dan
simpan dalam pengetahuan kamu sahaja dan tidak menyampaikan kepada sesiapa. Jika kamu memiliki
sesuatu, ketahuilah bahawa itu adalah kurnia Allah dan bersyukurlah kepadanya dan bermohonlah
kepadanya supaya ditambahi dengan nikmat-nikmatNya. Jika sesuatu itu lepas dari kamu, maka ianya
akan menambahkan ilmumu, kesedaranmu dan waspadamu. Allah berfirman: Apa sahaja perutusan
(kitab-kitab terdahulu) yang Kami batalkan atau Kami jadikan ianya dilupakan, maka Kami bawa yang
terlebih baik atau yang seumpamanya. Adakah kamu tahu bahawa Allah berkuasa terhadap segala
sesuatu?
Oleh itu, janganlah disangka Tuhan Allah itu tidak berkuasa dalam sesuatu perkara dan janganlah
disangka ada kekurangan dalam ketentuanNya dan peraturanNya, serta janganlah syak wasangka
tentang janji-janjinya. Contohilah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ayat-ayat yang
diwahyukan kepada baginda itu dipraktikkan, dibaca di dalam masjid, ditulis di dalam buku, bahkan
diambil dan ditukar dengan yang lain dan perhatian Nabi diarahkan kepada perkara-perkara wahyuwahyu yang baru diterimanya yang mengganti ayat-ayat yang lama itu. Ini terjadi dalam perkara
hukum-hukum yang zahir.
Berkenaan dengan perkara-perkara kebatinan, ilmu dan keadaan kerohanian yang didapati antara

baginda dengan Tuhan, baginda biasa berkata bahawa hatinya biasa diselubungi dan baginda
memohon perlindungan Allah 70 kali sehari. Juga diceritakan bahawa 100 kali sehari Nabi biasa
dibawa dari satu keadaan atau hal kepada satu keadaan atau hal yang lain dan dengan itu baginda
dibawa ke peringkat-peringkat yang hampir dan lebih hampir lagi ke hadrat ilahi. Baginda
mengembara ke alam Yang Maha Tinggi dan nur menyelubungi baginda, dari satu peringkal ke satu
peringkat yang lebih tinggi. Tiap-tiap satu peringkat yang dinaiki, maka peringkat yang di bawah itu
nampaknya gelap jika dibandingkan dengan peringkat yang atas itu. Makin tinggi makin bersinarlah
nur Allah melimpahi hati sanubari baginda. Baginda biasa menerima arahan supaya memohon ampun
atau perlindungan Tuhan kerana sebaik-baik hamba Allah itu ialah mereka yang sentiasa memohon
ampun dan perlindungan Allah dan sentiasa kembali kepadanya. Ini ialah kerana untuk menyedarkan
kita bahawa kita ini ada mempunyai dosa dan kesalahan yang mana kedua-dua ini ada didapati pada
hamba-hamba Allah dalam semua keadaan hidupnya dan kepunyaannya sebagai warisan dari Adam
'alahissalam yang menjadi bapa segala manusia dan hamba pilihan Allah. Apabila lupa kepada
perintah Allah itu telah mengaburkan cahaya kerohanian dan baginda menunjukkan keinginan hendak
kekal di syurga dan disamping Tuhan, dan Tuhan berkehendakkan menghantar malaikat Jibril kepada
baginda. Pada masa itu kehendak diri (ego) baginda terzahir dan kehendak Adam terdapat bercampur
dengan kehendak Allah.

Oleh itu kehendak baginda itu dihancurkan dan keadaan pertama itu dihilangkan dan kehampiran
kepada Tuhan di masa itu dihilangkan dan cahaya keimanan yang terang benderang itu bertukar kepada
kabur dan kesucian rohani baginda telah menjadi sedikit kotor. Maka Allah akan memperingatkan
baginda dan menyedarkan kesalahannya dan dosanya dan diperintahkan supaya mengakui kesalahan
dan dosanya dan meminta ampun kepada Allah.

Adam' alaihissalam berkata: "Ohh Tuhan! Kami telah menzalimi diri kami sendiri dan jika tidak
engkau ampuni kami dan mengasihani kami sudah tentu kami termasuk dalam golongan orang-orang
yang rugi." Kemudian itu datanglah kepada beliau cahaya petunjuk, kesedaran bertaubat, pengetahuan
hakikat akibatnya, dan ilmu hikmah yang tersembunyi dalam kejadian ini pun terbukalah. Maka Allah
menghampiri mereka dengan kasih sayangNya agar mereka bertaubat. Maka kehendak yang timbul dari
Adam itupun ditukarkan dan keadaannya yang dahulu itupun ditukarkan, maka dikurniai kepadanya
peringkat wilayah (kewalian) yang lebih tinggi dan diberi makam (stesyen) dalam dunia ini dan di
akhirat kelak. Jadilah dunia ini tempat tinggalnya dan keturunannya dan akhirat kelak tempat kembali
yang kekal abadi.

Jadikanlah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang mana baginda itu seorang Rasul
dan kekasih Allah dan hambaNya yang pilihan, dan bapa segala insan iaitu Adam hamba Allah yang
pilihan, sebagai contoh dan tauladan. Contohilah mereka kedua itu dalam hal mengakui kesalahan dan
dosa sendiri, dan meminta ampun kepadaNya, dan meminta perlindunganNya dari noda dan dosa dan
contohilah mereka dalam hal merendahkan diri kepada Allah kerana insan ini adalah lemah dalam
segala hal.

BAB 8: SYARAHAN KELAPAN


Apabila kamu dalam keadaan atau hal yang tertentu, janganlah meminta keadaan yang lebih tinggi atau
lebih rendah. Apabila kamu berada dipintu istana janganlah kamu hendak masuk kecuali kamu disuruh
masuk.Janganlah menganggap cukup dengan kebenaran masuk itu sahaja kerana boleh jadi itu satu
helah atau penipuan dari raja itu. Hendaklah kamu sabar, sehingga kamu dipaksa masuk ke istana itu
atas perintah raja itu sendiri. Kerana dengan itu kamu tidaklah dipertanggungjawabkan tentang
perbuatan kamu masuk ke istana itu. Jika sekiranya kamu dihukum juga, maka itu adalah kerana kamu
bersalah, tamak, tidak sabar, tidak bersopan santun dan hendakkan kepuasan dengan keadaan hidup
yang kamu sedang berada itu. Jika kamu telah dipaksa masuk dan kamu masuk, maka hendaklah kamu
masuk dengan sopan santun dan penuh hormat dan perhatikan apa yang kamu perintahkan tanpa
meminta kenaikkan taraf dalam hidup itu. Allah berfirman kepada RasulNya: Dan janganlah
pandanganmu dipengaruhi oleh apa yang kami kurniai kepada segolongan manusia dari kemegahan
hidup di dunia ini kerana kami menguji mereka dengan itu, adalah rezeki yang diberi oleh Tuhanmu itu
lebih baik dan lebih kekal."
Allah menasihati NabiNya supaya berhati-hati dengan keadaan yang ada itu dan redha dengan
kurniaan Allah. Dengan lain perkataan, firman ini menyatakan, "Apa sahaja yang Ku beri kepadamu
dari perkara yang baik-baik, dan keNabian dan ilmu dan keredhaan dan sabar dan kekuasaan agama
dan berjihad pada jalan Allah, semua ini adalah lebih baik dan lebih berharga daripada apa yang aku
beri kepada orang-orang lain."
Kebaikan itu terletak dalam menjaga keadaan yang sedia ada dan berpuas hati dengannya dan
menjauhkan kehendak-kehendak kepada yang lain kerana perkara itu sarna ada telah dikhaskan untuk
kamu atau kepada orang lain atau tidak kepada siapapun tetapi telah dijadikan oleh Allah sebagai satu
ujian. Jika sesuatu perkara itu telah diuntukkan bagi kamu, maka kamu tentu akan mendapatinya sama
ada kamu suka atau tidak. Tidaklah wajar kamu menunjukkan ketidaksopanan atau menunjukkan tamak
kerana itu berlawanan dengan akal dan ilmu yang sempurna. Apalah gunannya kamu mengharapkan
apa yang telah ditentukan untuk orang lain kerana kamu tidak akan mendapatinya. Sekiranya sesuatu
perkara itu tldak diuntukkan kepada sesiapapun, maka itu adalah satu ujian belaka. Orang yang berakal
sempurna tidak akan bersahaja-sahaja mencari sesuatu ujian. Oleh itu, kebaikan itu ialah menjaga dan
redha dengan keadaan yang ada sekarang. Setelah kamu dibawa ke tingkat atas dan dari situ ke
bumbung istana, kamu akan hati-hati seperti yang kami nyatakan tentang penghormatan, perangai baik
dan tidak bercakap banyak. Hati-hatilah, kamu hendaklah membuat lebih dari ini kerana kamu
sekarang makin hampir dengan raja itu dan hampir pula kepada bahaya. Oleh itu, janganlah minta
pertukaran dari keadaan yang ada kepada keadaan yang lain, sama ada lebih tinggi atau lebih rendah,
dan jangan pula kamu minta keadaan itu berkekalan atau bertukaran . Kamu tidak ada pilihan sendiri
dalam perkara ini. Jika kamu meminta, maka itu tanda kamu kurang sopan dan merendahkan darjat
kamu dan merugikan kamu juga. Dengan yang demikian teruskanlah bertindak sebagaimana yang kami
tunjuki, sehingga kamu dinaikkan ke satu taraf dan kamu akan ditetapkan di taraf itu, maka ketika itu
tahulah kamu bahawa itu adalah kurniaan Allah yang menunjukkan tanda-tanda kebesaranNya.
Tetaplah kamu di tempat itu dan tidaklah diubah-ubah lagi. Ahwal (keadaan pertukaran kerohanian)
adalah kepunyaan auliya' (wali Allah biasa) dan maqamah (perhatian kerohanian) adalah kepunyaan
abdal (wali Allah yang lebih tinggi tarafnya).

BAB 9: SYARAHAN KESEMBlLAN


Lakuan atau perbuatan Allah itu dizahirkan kepada auliya' dan abdal dalam kasyaf (pandangan
kerohanian) dan masyahadah (pengalaman kerohanian) dan ini melebihi jangkauan akal manusia dan
mencarik adat dan kebiasaan. Penzahiran atau manifestasi ini ada dua jenis, satu dinamakan jalal
(kebesaran dan keagungan) dan satu lagi dinamakan jamal (keindahan). Jalal ini menimbulkan
kehebatan dan mempengaruhi hati demikian rupa hingga tanda-tandanya nampak pada badan kasar.
Adalah diceritakan bahawa Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam sedang sembahyang. Maka
terdengarlah oleh orang bunyi seperti air mendidih dari hati baginda oleh kerana hebat dan gentarnya
hati beliau menghadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, satu pengalaman yang baginda rasai apabila Allah
menunjukkan keAgungan dan kebesaranNya. Kejadian seperti itu juga ada berlaku kepada Nabi
Ibrahim 'alaihissalam dan khalifah Umar Radhiyallahu 'anhu.
Pengalaman yang dirasai apabila Allah menzahirkan sifat jamalNya ialah hati si hamba itu akan
merasai gernbira, tenang, sentosa, selamat dan kata-kata yang kasih mesra dan tanda-tanda yang
menggembirakan tentang kurniaan-kurniaan yang besar dan kedudukan yang tinggi dan kehampiran
kepadanya yang kepadanya semua perkara-perkara mereka itu akan kembali. Inilah kurniaan dan
rahmat Allah kepada mereka dalam dunia. Hati mereka yang cinta kepada Dia itu akan dipuaskan
olehNya, semoga mereka merasa senang. Allah kasih dan sayang kepada mereka. Nabi pernah berkata
kepada Bilal: "Hiburkan hati kami , wahai Bilal." Apa yang baginda maksudkan ialah supaya Bilal
yang (azan) agar Nabi masuk dalam keadaan sembahyang untuk merasai manifestasi sifat jamal Allah
itu. Kerana itulah Nabi berkata: "Dan kesejukan mataku telah terasa dalam sembahyang."

BAB 10: SYARAHAN KESEPULUH


Sesungguhnya tidak ada yang lain kecuali Allah dan diri kamu sendiri. Diri manusia itu bertentangan
dengan Tuhan. Segala-galanya tertakluk kepada Allah dan diri manusia itu adalah kepunyaan Allah.
Pada diri manusia itu timbullah angan-angan dan hawa nafsu. Oleh itu, jika kamu masuk kepada hak
dan menentang diri kamu, maka kamu masuk dalam pihak Allah dan menentang diri kamu sendiri.
Allah berfirman kepada Nabi Daud 'alaihissalam: "Wahai Daud, kepada Akulah tempat kamu
kembali, oleh itu berpegang teguhlah kepadaKu, perhambaan sebenarnya ialah melawan diri kamu
kerana Aku." Dengan itulah kehambaan kamu dan hampir kamu kepada Allah menjadi kenyataan yang
sebenarnya. Dengan itulah kamu mencapai kesucian dan kebahagiaan. Dengan itulah kamu akan
dipermuliakan dan segala-galanya akan jadi hamba kamu dan takut kepada kamu kerana semuanya itu
tertakluk kepada Allah kerana Dialah pencipta dan tempat asal mereka dan mereka menyatakan
kehambaan mereka kepada Allah. Firman Allah: "Segala-galanya memuji Allah, tetapi kamu tidak
tahu pujian mereka." Ini bererti segala-galanya yang ada dalam alam ini sedar tentang adanya Allah
dan patuh kepadanya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berkata: "Kemudian Dia berkata kepadanya dan kepada dunia, marilah
kamu kedua dengan rela atau tidak, mereka kedua berkata, "kami datang dengan rela."
Oleh itu segala kehambaan ialah melawan dirimu sendiri dan hawa nafsumu. Allah berfirman:
"Janganlah ikut hawa nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah."
Allah juga berfirman, "Jauhkanlah kehendak hawa nafsumu kerana tidak ada yang melawanKu dan
kerajaanKu melainkan hawa nafsu manusia. "
Ada satu cerita yang masyhur tentang Abu Yazid Busthami. Adalah dikatakan bahawa beliau telah
melihat Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam mimpinya. Beliau bertanya kepada Allah: "Bagaimanakan
seseorang itu hendak sampai kepadaMu?" Kata Tuhan: "Buangkan dirimu dan datanglah kepadaKu."
Kemudian itu kata beliau, "Saya pun keluar dari diriku seperti ular keluar dari sarungnya." Oleh itu,
semua kebaikan itu terletak pada jihad terhadap diri sendiri dan semua perkara dan keadaan hidup
ini.
Sekiranya kamu dalam keadaan soleh, tentanglah dirimu hingga kamu terhindar dari yang haram dari
manusia dan syak wasangka dan dari pertolongan mereka dan pergantungan kepada mereka atau takut
kepada mereka atau berkehendakkan apa yang mereka dapati dari dunia yang fana' ini. Jangan
harapkan hadiah dari mereka atau sedekah mereka atau pemberian mereka. Kamu hendaklah bebaskan
dirimu dari apa sahaja yang bersangkutan dengan keduniaan dan sekiranya kamu ada saudara yang
hartawan janganlah kamu harapkan dia mati lekas dengan niat hendakkan hartanya itu. Kamu
hendaklah keluar dari pengaruh makhluk dan anggaplah mereka seperti pintu pagar yang terbuka dan
tertutup atau seperti pokok yang kadang-kadang berbuah dan kadang-kadang tidak. Segala yang
berlaku dan terjadi adalah dengan kehendak Allah dan Dialah yang membuat dan merancangkan
segala-galanya. Jadikanlah dirimu seorang yang berjiwa tauhid iaitu mengEsakan Allah Rabbul
'Alamin.
Janganlah pula kamu mengikut fahaman golongan Jabariah atau Qadariah. Lebih baik kamu katakan

bahawa lakuan itu kepunyaan Allah dan manusia mengusahakan.


Jalankanlah perintah Allah yang bersangkutan dengan manusia dan asingkan bahagianmu dengan
perintahNya dan janganlah melebihi batasan kerana perintah Allah pasti akan berlaku dan Allah akan
menghukumi kamu dan mereka juga. Janganlah kamu sendiri hendak menjadi hakim. Adanya kamu
bersama manusia adalah kerana takdir Allah dan takdir ini terletak dalam gelap. Oleh itu, masuklah ke
dalam gelap itu dengan lampu yang juga menjadi hakim dan itulah dia Al-Qur'an dan sunnah
RasulNya. Janganlah melampaui kedua-dua ini. Jika timbul dalam fikiranmu atau kamu menerima
sesuatu ilham, kemukakan dahulu kepada Al-Qur'an dan sunnah RasulNya.
Sekiranya sesuatu fikiran atau ilham itu bersalahan dengan Al-Qur'an dan hadith, maka janganlah
diturut dan dilakukan, kerana itu mungkin datang dari iblis. Jika Al-Qur'an dan hadith itu
mengharuskan seperti makan, minum dan sebagainya dan ilham itu serupa dengan yang diharuskan itu,
maka jangan diterima dan ketahuilah bahawa itu adalah ajakkan atau cadangan untuk memuaskan hawa
nafsu dan sifat-sifat kebinatanganmu. Oleh itu, lawanlah dan jangan turutkan.
Jika apa yang diilhamkan kepada kamu itu tidak ada didapati penyesuaiannya dari Al-Qur'an atau
hadith Nabi sama ada melarang atau membenarkan dan kamu tidak pula ketahui dengan faham,
misalnya kamu disuruh ke suatu tempat atau disuruh berjumpa seseorang yang soleh, dan kamu tidak
perlu lagi pergi ke tempat itu atau berjumpa dengan orang itu. Dengan pengetahuan dan nur kamu
ketahui demikian, maka bersabarlah dan jangan tergopoh-gapah dan tanyalah diri sendiri: "Adakah ini
ilham dari Allah dan aku mesti melakukannya?" Fikirkan dahulu dan bersabarlah. Menjadi biasa
sahaja bagi Tuhan mengulang-ulangi ilham seperti itu dan memerintahkan kamu supaya bersegera
melakukan perkara itu ataupun membuka sesuatu tanda yang dibuka kepada orang-orang ahli Allah,
tanda yang difahami oleh hanya auliya' yang bijaksana dan abdal, dan kamu jangan tergopoh-gapah
dalam perkara ini kerana kamu tidak tahu akibatnya dan tujuan perkara itu dan kamu tidak tahu di
mana tertelak ujian dan jalan yang boleh merosakkan dan juga untuk menguji kamu.
Oleh itu sabarlah hingga Tuhan sendiri menjadi pelaku dalam perkara itu bagi kamu. Apabila sesuatu
lakuan itu benar-benar dari Allah, maka selamatlah kamu dari sebarang ujian kerana Allah sendiri
yang menjalankan kamu dan tentu Dia menolong kamu. Jika kamu sendiri yang melakukan, maka kamu
sendirilah yang bertanggungjawab dalam hal lakuan kamu itu. Jika Allah yang melakukan untuk kamu,
maka kamu tidak bertanggungjawab dalam hal lakuan kamu kerana lakuan itu adalah lakuan Allah dan
tentu sekali Allah sendiri bertanggungjawab atas lakuanNya.
Jika kamu berada dalam peringkat hakikat iaitu kedudukan wilayah (kewalian), maka lawanlah
nafsumu itu dan patuhlah kepada perintah itu sepenuhnya. Patuh kepada perintah ini ada dua jenis.
Pertama ialah kamu hendaklah mengambil dari dunia ini apa-apa yang perlu sahaja bagi kamu dan
jauhkan diri daripada keseronokkan hawa nafsu dan hendaklah kamu melakukan ibadat-ibadatmu dan
hindarkan dosa yang terbuka dan tersembunyi. Kedua ialah berkenaan perintah yang batin, dan ini
adalah perintah Allah yang menyuruh atau melarang melakukan sesuatu perintah batin atau
tersembunyi ini adalah bagi perkara-perkara yang boleh dilakukan iaitu perkara-perkara yang tidak
haram dan tidak pula wajib yang mana si hamba itu diberi kebebasan untuk bertindak. Dalam hal ini si
hamba tadi hendaklah jangan mengambil inisiatif (kemahuan) sendiri tetapi hendaklah menunggu
perintah berkenaan dengan hal itu. Apabila ada perintah, patuhlah dengan semua gerak dan diamnya
adalah semata-mata kerana Allah. Jika ada hukum dalam syariat tentang sesuatu perkara, maka

tunduklah pada hukum itu. Tetapi jika tidak ada hukum dalam syariat dalam perkara itu, maka
bertindaklah menurut perintah batin atau perintah tersembunyi itu. Melalui inilah seseorang itu
menjadi orang yang benar-benar telah mencapai hakikat.

Sekiranya tidak pun ada perintah batin ini, dan hanya lakuan Allah, maka ini memerlukan penyerahan.
Jika kamu telah rnencapai hakikat sebenar-benarnya yang juga digelar keadaan tenggelam (mahwa)
atau fana, maka itu adalah keadaan peringkat abdal, mereka yang pecah hatinya kerana Allah, satu
keadaan yang dipunyai oleh orang-orang yang betul-betul berjiwa tauhid, satu keadaan yang dipunyai
oleh orang-orang yang dilimpahi dengan cahaya kerohanian, orang yang berilmu dengan kebijaksanaan
yang tinggi, mereka yang jadi ketua daripada segala ketua, pelindung dan penjaga orang ramai,
khalifah Allah dan waliNya dan orang-orang yang dipercayaiNya. Mematuhi perintah dalam hal-hal
demikian itu ialah melawan nafsumu sendiri dan mernbebaskan dari bergantung kepada sebarang daya
dan updaya dan kosong daripada segala kehendak dan tujuan berkenaan apa sahaja yang bersangkutan
dengan dunia dan akhirat. Maka jadilah kamu hamba raja itu dan bukan hamba kerajaan, hamba
kepada perintah Allah dan bukan nafsu-nafsu badaniah semata, danjadilah kamu seperti bayi dalam
pelukkan ibunya atau seperti mayat yang sedang dimandikan oleh orang atau seperti orang sakit yang
tidak sedarkan diri di hadapan doktor, dalam semua hal yang di luar sempadan suruhan dan tegahan.

BAB 11: SYARAHAN YANG KESEBELAS


Apabila nafsu hendak berkahwin timbul dalam fikiranmu tetapi kamu miskin papa dan kamu bersabar
dengan harapan menunggu pertolongan Allah yang menjadikan kamu dan nafsu kamu itu, maka Allah
akan menolong kamu sama ada menghilangkan nafsu itu dari kamu ataupun memberi kamu rezeki dan
mencukupi kamu dengan berbagai-bagai cara dan meringankan beban kamu dan menyenangkan kamu
di akhirat kelak. Allah akan menolong kamu kerana kesabaran kamu dan keredhaan kamu itu. Allah
akan menambahkan kamu dalam kesucian dan kekuatan. Jika Allah mencukupi kamu dalam hal-hal
rezeki, maka sabarmu itu akan bertukar kepada syukur. Allah Subhanahu wa Ta'ala menjanjikan kurnia
yang bertambah-tambah kepada mereka yang bersyukur. Firman Allah: "Jika kamu bersyukur, Aku
akan tambah lagi bahagianmu, dan jika kamu tidak bersyukur, maka ketahuilah siksaanKu amatlah
pedih."
Jika sesuatu itu telah ditakdirkan bukan untuk kamu, maka janganlah kamu merasa kesal dan halaulah
perasaan itu dari hatimu meskipun sifat-sifat kebinatanganmu itu dan berpegang teguhlah kepada
perintah-perintah Allah. Redhalah dengan takdir Tuhan dan dalam keadaan itu berharaplah keredhaan
dan kurniaanNya. Allah berfirman: "Hanya orang-orang sabar itu sahaja akan diberi ganjaran
sepenuhnya tanpa batas."

BAB 12: SYARAHAN KEDUA BELAS


Apabila Allah Yang Maha Gagah lagi Maha Kaya memberi kamu harta kekayaan, maka janganlah
kamu terpengaruh oleh harta itu sehingga kamu lupa dan tidak taat lagi kepada Allah. Jika kamu lupa
dan tidak taat kepada Dia kerana adanya harta itu, maka kamu akan terdinding dari dunia ini dan
akhirat kelak. Maka mungkin juga harta itu diambilnya kembali dan kamu menjadi miskin papa,
lantaran kamu telah lupa kepada yang memberi. Jika kamu tetap ingat dan taat kepada Allah dan
hatimu tidak sesekali terpengaruh oleh harta benda itu, maka Allah akan Allah akan memberimu harta
itu dengan percuma dan tidak akan mengurangkannya walau sedikitpun. Harta benda adalah hamba
kamu dan kamu pula adalah hamba kepada Allah. Oleh itu kamu hendaklah hidup di dunia ini di dalam
jagaan Tuhan yang Maha Penyayang dan di akhirat kamu akan dipermuliakan dan tempat tinggal kamu
adalah di syurga yang kekal abadi bersama dengan orang-orang yang shodiq, syahid dan soleh.

BAB 13: SYARAHAN KETlGA BELAS


Janganlah kamu bersusah hati untuk mendapatkan keuntungan dan janganlah kamu cuba hendak
menghindarkan mala petaka. Keuntungan itu akan datang kepada kamu jika telah ditetapkan oleh Allah
bagi kamu sama ada kamu mencarinya atau tidak. Mara bahaya akan menimpa kamu jika telah
ditetapkan oleh Allah bagi kamu, sama ada kamu benci kepadanya atau kamu cuba menghindarkannya
dengan do'a dan sembahyang atau menghadapinya dengan sabar kerana hendak mencari keredhaan
Allah.
Kamu hendaklah berserah dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam segala hal agar Dia
melakukan kerjaNya melalui kamu jika kebaikan kamu dapat, syukurlah. Jika bencana menimpa kamu,
sabarlah dan kembalilah kepada Dia dan cubalah rasa keuntungan yang didapati dari apa yang kamu
anggap bencana itu dan terus tenggelam dalam dia melalui perkara itu sejauh mana yang kamu terdaya
dengan cara keadaan rohani yang diberi kepadamu. Dengan melalui cara ini kamu dinaikkan dari satu
peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi dalam perjalanan menuju Allah supaya kamu dapat
mencapai Dia.
Kemudian kamu akan disampaikan kepada satu kedudukan yang telah dicapai oleh orang-orang
shodiq, syahid dan soleh sebelum kamu. Dengan itu kamu akan mendapat hampir dengan Allah agar
dapat kamu melihat kedudukan orang-orang sebelum kamu menuju raja Yang Maha Agung itu. Di sisi
Tuhan Allah kamu mendapat kesentosaan, keselamatan dan keuntungan. Biarlah bencana menimpa
kamu dan jangan cuba menghindarnya dengan do' a dan sembahyang kamu dan jangan kamu merasa
tidak senang dengan kedatangan bencana itu, kerana kepanasan apinya tidak sehebat dan sepanas api
neraka.
Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad pernah berkata: "Sesungguhnya api neraka akan bercakap
kepada orang-orang beriman iaitu katanya, lekaslah kamu pergi, wahai si mukmin, kerana cahayamu
memadamkan apiku. "
Bukankah cahaya si mukmin yang memadam api neraka itu serupa juga dengan yang didapati pada dia
di dunia ini dan yang membezakan orang-orang yang taat kepada Allah dengan orang-orang yang
derhaka kepada Allah? Biarlah cahaya tersebut memadamkan api bencana dan bahaya dan biarlah
kesabaran kamu dengan Tuhan itu memadamkan haba panas dari api yang hendak mengatasi kamu.
Sebenarnya bencana yang datang kepada kamu itu bukanlah hendak menghancurkan kamu tetapi
sebenarnya adalah hendak menguji kamu dan mengesahkan kesempurnaan iman kamu dan menguatkan
dasar kepercayaan kamu dan memberimu dalam batin tentang khabar-khabar baik dari Tuhan kamu
Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang
berjihad dan bersabar antara kamu, dan agar kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu." (Surah

Muhammad: Ayat 31)


Oleh yang demikian apabila telah terbukti benarnya iman kamu dan kamu boleh menyesuaikan diri
dengan kehendak dan lakuan Allah, dengan izin Allah jua, maka hendaklah kamu tetap bersabar
danredha dan patuh kepadaNya. Janganlah kamu melakukanapa sahaja yang dilarang oleh Allah.
Apabila datang perintahNya, dengar dan perhatikan dan segera melakukannya dan sentiasa bergerak
dan jangan bersikap fasif terhadap takdir dan lakuanNya, tetapi gunakanlah daya dan upaya kamu
untuk melaksanakan perintah itu.
Sekiranya kamu tidak sanggup melakukan perintah itu, maka janganlah berlengah-lengah lagi untuk
kembali mengadap Tuhan. Pohon ampun dan merayu dengan penuh tawadu' kepadaNya. Carilah sebab
mengapa kamu tidak dapat melakukan perkara itu. Mungkin juga kamu tidak sanggup melakukan
perintah itu oleh kerana kejahatan syak wasangka dalam fikiran kamu atau kamu kurang adab sopan
dalam mematuhi Dia atau kamu terlalu megah dan bangga atau kamu bergantung benar kepada daya
dan upaya kamu sendiri atau kamu mensekutukan diri kamu atau makhluk dengan Allah. Akibat dari itu
semua, kamu telah jauh dari Dia dan melupakan kamu dari mematuhi Dia dan kamu dijauhkanNya dari
pertolonganNya dan Dia murka kepada kamu dan dibiarkanNya kamu leka dan asyik dengan hal-hal
keduniaan semata dan menurut nafsu angkara murka kamu. Adakah kamu tahu bahawa semua itu
menyebabkan kamu lupa kepada Allah dan kamu jauh dari Dia yang menjadikan dan mengasuh kamu
dan memberi kamu rezeki yang tidak terkira. Oleh itu, berhati-hatilah terhadap apa sahaja yang boleh
menjauhkan kamu dari Allah. Jaga-jagalah terhadap apa sahaja yang selain Allah, yang hendak
memalingkan muka kamu dari Allah. Apa sahaja yang selain Allah bukanlah Allah. Oleh itu
janganlah kamu ambil apa sahaja yang selain Allah dan membuangkan Allah kerana Allah mencipta
kamu untuk mengabdi kepadaNya sahaja. Dengan itu, janganlah kamu zalimi diri kamu sendiri dengan
melupakan Allah dan perintahNya kerana ini akan membawa kamu ke neraka yang bahan apinya dari
manusia dan batu. Waktu itu akan menyesallah kamu dan sesal yang tidak berguna lagi. Taubat waktu
itu tidak berguna lagi meraung dan menangislah kamu tetapi siapakah yang terdaya menolong. Kamu
memohon ampun kepada Allah tetapi Allah tidak terima lagi ampun kamu waktu itu. Kamu pun
berangan-angan hendak kembali ke dunia untuk membetulkan ibadat kamu kepada Allah, tetapi apakan
daya dunia sudah tidak ada lagi bagi kamu.
Kasihanilah diri kamu itu dan gunakanlah segala daya dan upaya untuk mengabdikan diri kepada Allah
Subhanahu wa Ta'ala, gunakanlah apa sahaja yang diberi Allah kepada kamu seperti ilmu, akal,
kepercayaan dan cahaya kerohanian kamu itu untuk mengabdikan diri kepada Allah agar kamu
dilingkungi cahaya yang terang benderang dan tidaklah kamu tergelap lagi, dan berpegang teguhlah
kepada Allah dan hukum-hukumNya dan mengembaralah kamu menuju Allah menurut aturan-aturan
yang telah ditentukan Allah. Dialah yang mencipta kamu dan memelihara kamu dan mcnjadikan kamu
seorang manusia yang sempurna. Janganlah kamu mencari selain dari apa yang diperintahNya dan
janganlah kamu katakan sesuatu itu buruk kecuali telah diharamkanNya. Apabila kamu telah
bersesuaian dengan Allah dan perintahNya, maka seluruh alam akan menghambakan diri mereka
kepada kamu dan apabila kamu hindarkan apa-apa yang diharamkan Allah, maka semua perkara yang
tidak dingini itu akan lari dari kamu di mana sahaja kamu berada. Allah berfirman: "Wahai manusia,
Akulah Tuhan, tidak ada Tuhan selain Aku. Bila Aku kata kepada sesuatu jadilah, maka jadilah ia.
Patuhlah kepadaKu sehingga jika kamu katakan kepada sesuatu Jadilah, maka jadilah ia." Allah juga
berfirman: "Wahai bumi, barangsiapa menghambakan dirinya kepadaKu, maka berkhidmatlah

kepadanya dan barangsiapa menghambakan dirinya kepada kamu, maka susahilah dia." Demikian
firman-firman Tuhan dalam sebahagian daripada kitab-kitabNya.

Oleh yang demikian, jika tiba laranganNya, maka jadikanlah diri kamu seolah-olah orang yang telah
letih lesu dan tidak bermaya atau seperti badan tidak bersemangat, tidak berkehendak dan bernafsu,
bebas dari dunia kebendaan, lepas daari nafsu-nafsu kebinatangan umpama halaman rumah yang gelap
gelita dan seperti bangunan yang hendak diroboh dan tidak ada yang bernyawa tinggal di dalamnya.
Kamu hendaklah menjadi seperti seorang yang telah pekak, buta, bisu, sakit gigi, lumpuh, tidak
bernafsu, tidak berakal dan badan kamu seolah-olah mati dan sedang dibawa ke kubur.

Hendaklah kamu dengar dan lakukan segera perintah-perintah Allah dan kamu seolah-olah benci dan
malas membuat apa-apa yang dilarang dan kamu beraksi seperti orang mati dan berserah bulat-bulat
kepada Allah. Minumlah syarabah (minuman) ini, ambillah ubat-ubat ini dan makanlah makanan ini
supaya kamu bebas dari nafsu-nafsu kebinatangan dan kesyaitanan, dan agar kamu sembuh dari
penyakit dosa dan maksiat dan lepas dari ikatan hawa nafsu, mudah-mudahan kamu mencapai
kesihatan jiwa yang sempurna.

BAB 14: SYARAHAN KEEMPAT BELAS


Wahai mereka yang menjadi hamba kepada kepada hawa nafsu mereka! Janganlah kamu anggapkan
diri kamu masuk dalam golongan mereka yang menjadi ahli Allah. Kamu menghambakan diri kamu
kepada hawa nafsu kamu sedang mereka menghambakan diri mereka kepada Allah Subhanahu wa
Ta'ala kamu berkehendakkan dunia sedang mereka berkehendakkan akhirat. Kamu melihat dunia ini
sahaja sedang mereka melihat Tuhan yang menjadikan langit dan bumi. Kesenangan kamu terletak
kepada makhluk tetapi kesenangan mereka terletak pada Allah. Hati kamu terikat kepada dunia tetapi
hati mereka terikat kepada Allah Yang Maha Agung. Kamu adalah mangsa kepada apa yang kamu lihat
tetapi mereka tidak nampak apa yang kamu lihat tetapi mereka melihat Allah yang menjadikan segala
perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata. Mereka itu mencapai tujuan hidup dan mendapat
kesejahteraan, sedang kamu masih terbenam dalam nafsu keduniaan kamu.
Mereka itu hilang dari makhluk dan dari nafsu keduniaan dan dari kehendak mereka sendiri, maka
dengan itu mereka dapat sampai ke hadrat llahi yang memberi mereka kekuatan untuk mencapai hujung
wujudnya mereka seperti taat dan pujian Allah. Inilah kurnia Ilahi yang diberiNya kepada siapa yang
dikehendakiNya. Mereka jadikan taat dan pujian itu kewajiban mereka dan berpegang terus dengannya
dengan pertolongan yang diberi olehNya dan ini tanpa mengalami kesukaran apa-apa. Maka jadilah
taat itu sebagai nyawa dan makanan mereka.
Dengan itu dunia ini menjadi berkat kepada mereka dan memberi nikmat kepada mereka seolah-olah
dunia ini telah jadi syurga. Kerana apabila mereka melihat sesuatu, sebelum mereka melihatnya,
mereka nampak sebaliknya perbuatan dan lakuan Allah yang menjadikan segala-galanya itu. Orangorang ini membekalkan kekuatan di bumi ini dan di langit dan menyenangkan mereka yang telah mati
dan masih hidup, kerana Tuhan mereka telah menjadikan mereka fasak bumi yang dijadikan ini. Oleh
itu, mereka adalah umpama gunung yang terdiri dengan gah dan agungnya. Jauhlah dari mengacau
mereka dan jangan halangi mereka dalam perjalanan mereka yang ibu bapa dan anak pinak mereka
tidak dapat menyelewengkan mereka dari tujuan mereka. Orang-orang ini adalah orang-orang yang
terbaik yang dijadikan Allah di muka bumi ini. Keredhaan dan kesejahteraan dikurniakan Allah
kepada mereka selagi ada langit dan bumi.

BAB 15: SYARAHAN KELlMA BELAS


Saya nampak dalam mimpi seolah-olah saya berada dalam satu tempat seperti sebuah masjid. Dalam
bangunan itu ada beberapa orang yang mengasingkan diri mereka dari orang ramai. Saya berkata
seorang diri: "Jika si anu itu ada di sini, dia dapat mendisiplinkan orang-orang ini dan memberi
mereka panduan-panduan yang baik, "Dan saya terbayang seorang soleh yang tertentu. Orang-orang itu
datang keliling saya dan seorang dari mereka berkata: "Apakah telah jadi kepada kamu? Mengapa
kamu tidak bercakap?" Saya pun berkata: "Jika tuan izinkan saya akan bercakap", kemudian saya
berkata: "Apabila kamu telah mengasingkan diri dari orang ramai kerana yang hak, maka janganlah
meminta-minta lidah kamu. Apabila kamu telah berhenti meminta dengan lidah, maka janganlah
meminta dengan hatimu kerana meminta dalam hati itu adalah serupa juga dengan meminta lidah.
Ketahuilah bahawa Allah itu tiap-tiap hari dalam keadaan keagungan yang baru, dan menukar,
membeza, meninggi dan merendahkan manusia. Setengah-setengah manusia, ditinggiNya taraf mereka
itu dan yang lain pula direndahkanNya. Kemudian diingatkan kepada mereka yang bertaraf tinggi itu
bahawa taraf mereka yang tinggi itu boleh direndahkanNya dan kepada mereka diberi harapan yang
Dia akan meme!ihara mereka dan menetapkan kedudukan mereka itu. Kepada mereka yang bertaraf
rendah itu diberi pula ingat bahawa mereka akan ditinggalkan dalam kehinaan dan melepaskan
harapan dari mereka untuk kenaikkan ke taraf yang tinggi itu," selepas itu saya pun terjaga dari mimpi.

BAB 16: SYARAHAN KEENAM BELAS


Tidak ada yang dapat menghindarkan kamu dari mendapat keredhaan dan pertolongan langsung dari
Allah kecuali pergantungan kamu pada manusia dan cara peraturan penghidupan dan pendapatan
kamu. Manusia menjadi penghalang bagi kamu untuk mencapai kehidupan yang diamalkan oleh Nabi
iaitu tentang pendapatan. Selagi kamu mengharapkan hadiah dan keredhaan manusia dan memintaminta dari mereka, maka kamu telah mensekutukan Allah dengan yang lain. Maka kamu tidak akan
dapat mencapai kehidupan yang telah diamalkan oleh Nabi iaitu pendapatan secara halal dari dunia
ini.
Apabila kamu menjauhkan kehidupan kamu dengan manusia dan mensekutukan mereka dengan Allah
dan bergantung kepada pendapatan kamu dan berpuas hati dengannya dan lupa kepada kurnia Allah
itu, maka kamu telah bersikap seperti seorang musyrik dan syirik ini lebih halus lagi dari yang
terdahulu, maka Allah akan menghukum kamu dan menjauhkan kamu dari keredhaanNya.
Apabila kamu telah keluar dari keadaan ini dan membuangkan syirik jauh-jauh dan mencampak
pergantungan hati kamu dengan pendapatan kamu, daya dan upaya kamu dan kamu melihat bahawa
Allah sebenarnya yang memberi kehidupan dan menjadikan sebab dan akibat dan memberi kekuatan
untuk mencari pendapatan dan pemberi kekuatan terhadap segala yang baik dan kehidupan itu dalam
tanganNya, kadang-kadapg dibawaNya kepada kamu melalui manusia dengan cara kamu meminta dari
mereka pada masa ujian dan perjuangan atau melalui permohonan kamu dariNya, ataupun kadangkadang melalui pemberian manusia atau melalui kurniaNya dengan sedemikian rupa hingga kamu tidak
lihat sebab dan cara perantaraan itu.
Oleh itu kamu menuju kepada Dia dan kembali kehadratNya Yang Maha Agung dan gagah, bila Dia
menyingkapkan tirai yang melindungi kamu dari keredhaanNya dan membuka pintu rezeki dengan
kehendakNya di masa-masa yang perlu, bersesuaian dengan keperluan kamu pada masa itu,
umpamanya tabib yang menjadi sahabat kepada pesakit, dan inilah sebagai perlindungan dari Dia
Yang Maha Mulia dan Maha Besar, untuk membersihkan kamu dari cenderung kepada yang lain dari
Dia dan dengan itu Dia meredhai kamu.
Oleh yang demikian, apabila Dia telah mengosongkan hati kamu dari tiap-tiap tujuan, nafsu, dan
matlamat, maka Dia akan memenuhi hati kamu dengan tujuan dan kehendak Dia semata-mata. Apabila
Dia hendak memberi kamu bahagian kamu dan bukan untuk orang lain, maka kamu pasti dapat
bahagian kamu itu dan Dia akan mengarahkan kamu untuk mendapatnya dan bahagian kamu itu akan
sampai kepada kamu pada masa yang kamu perlukan. Kemudian Dia akan memberi kamu kekuatan
untuk bersyukur kepadaNya dan akan diberiNya ilmu dari Dia agar kamu bersyukur kepada Dia. Maka
ini akan menambahkan kehendak kamu untuk jauh dari orang ramai dan mengosongkan hati kamu dari
apa sahaja selain Allah.
Apabila ilmu dan kepercayaan kamu telah bertambah kuat dan teguh, dan hati kamu telah lapang dan
bercahaya dan kamu bertambah hampir dengan Allah dan kamu telah layak menjaga rahsia-rahsiaNya,
maka kamu akan diberi ilmu untuk mengetahui terlebih dahulu bilakah bahagian kamu akan sampai dan
ini adalah tanda kamu telah diberi kemuliaan dan keredhaanNya. Inilah kurniaanNya, dan kasih

sayangNya dan panduan dan bimbinganNya. Firman Allah:

"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah
kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami." (Surah As - Sajdah: Ayat
24)
Allah juga berfirman:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan
kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang
berbuat baik. " (Surah Al-Ankabut: Ayat 69)

Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman, "Dan takutlah kamu kepada Allah dan Dia akan mengajar
kamu, kemudian akan diberiNya kamu dengan kekuatan untuk mengawal alam, dengan kebenaran yang
terang, yang tidak ada kegelapan dalamnya dan dengan tanda-tanda yang nyata yang terang seperti
terangnya matahari dengan perkataan yang manis-manis yang lebih manis dari segala perkara yang
manis dan dengan wahyu yang sebenarnya tanpa sebarang kegelapan dan bebas dari nafsu-nafsu
kebinatangan dan dari hasutan syaitan yang dilaknatkan."

Allah berfirman dalam sebuah daripada kitab-kitabNya, Wahai anak Adam, Akulah Tuhan, tidak ada
yang patut disembah selain Aku. Aku katakan jadilah, maka jadilah ia. Patuhlah kepadaKu sehingga
Aku jadikankamu bila berkata kepada sesuatu jadilah, maka jadilah ia. Dan Dia telah lakukan
seperti ini kepada ramai dari anbiya' dan auliya'Nya dan orang-orang yang khas diredhaiNya dari
anak Adam.

BAB 17: SYARAHAN KETUJUH BELAS


Yang dimaksudkan dengan hampir dan bersatu dengan Tuhan itu ialah kamu mengosongkan hati kamu
dari makhluk, hawa nafsu dan segala yang lain dari Allah sehingga hati kamu dipenuhi oleh Allah dan
lakuanNya sahaja. Kamu tidak bergerak selain dengan kehendak Allah semata. Kamu tidak bergerak
melainkan Allah menggerakkan kamu. Keadaan seperti ini dinamakan fana. Fana inilah yang
dimaksudkan dengan bersatu dengan Tuhan. Tetapi ingatlah bahawa bersatu dengan Tuhan itu
bukanlah seperti bersatu dengan makhluk ataupun yang lain dari Tuhan.
Tidak ada suatu pun yang seumpama dengan Dia, sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha
Melihat.
Al-Khalik itu tidak serupa dengan apapun yang kamu sangkakan. Hanya orang yang telah mengalami
dan menyedari proses bersatu dengan Tuhan itu sahaja yang mengerti dan faham apa yang
dimaksudkan dengan bersatu dengan Tuhan itu. Orang yang tidak merasa dan mengalaminya tidaklah
boleh berkata dan tidaklah dapat mengerti apa yang dimaksudkan dengan bersatu dengan Tuhan.
Tiap-tiap orang yang merasa pengalaman tersebut mempunyai rasa dan pengalaman yang tersendiri,
masing-masing mempunyai rasa dan pengalaman yang tersendiri.
Pada tiap-tiap Nabi, Rasul dan wali-wali Allah itu ada rahsia. Masing-masing ada rahsianya.
Seseorang itu tidak dapat mengetahui rahsia yang ada pada seorang yang lain. Kadang-kadang seorang
murid mempunyai rahsia yang tidak diketahui oleh gurunya. Ada kalanya pula rahsia yang ada pada
guru itu tidak dapat diketahui oleh murid, meskipun murid itu telah hampir sama sedarjat dengan guru
itu. Apabila seseorang murid mencapai keadaan kerohanian yang ada pada gurunya, maka dia disuruh
menceraikan dirinya dari guru itu. Dengan lain perkataan, dia sekarang telah setaraf dengan guru.
Murid itupun tercerai dari guru itu dan Allah sahaja menjadi penjaganya dan Allah akan menceraikan
dia dari segala makhluk.
Bolehlah diibaratkan bahawa guru itu umpama ibu dan Murid itu umpama bayi yang masih menyusu.
Apabila umur bayi itu cukup dua tahun, maka diapun berhenti menyusu dari ibunya. Tidak ada
pergantungan dengan makhluk setelah hapus hawa nafsu amarah dan kehendak-kehendak kemanusiaan.
Guru (atau syeikh) itu hanya perlu selagi murid itu masih ada hawa nafsu angkara murka dan
kehendak-kehendak badaniah yang mana perlu dihancurkan. Setelah semua itu hilang dari hati murid
tadi, maka tidaklah lagi guru itu diperlukan kerana murid itu sekarang tidak ada lagi kekurangannya
dan dia telah sempurna.
Oleh yang demikian, apabila kamu telah bersatu dengan Tuhan, maka kamu akan merasai kesentosaan
dan keselamatan dari apa sahaja yang lain dari Dia. Kamu akan lihat bahawa tidak ada yang wujud
selain Dia sahaja. Kamu akan lihat bahawa untung, rugi, harapan dan ketakutan bahkan semuanya
adalah dari dan kerana Dia jua. Dialah yang patut ditakuti dan kepada Dia sahaja meminta
perlindungan dan pertolongan. Maka sentiasalah kamu melihat lakuanNya dan menanti perintahNya
dan sentiasa patuh kepada Dia sahaja. Terputuslah kamu dari apa sahaja yang bersangkutan dengan
dunia ini ataupun yang bersangkutan dengan akhirat. Janganlah hati kamu terlekat pada apa sahaja
selain Allah.

Anggaplah seluruh yang dijadikan Allah ini sebagai manusia yang telah ditangkap oleh seorang raja
yang agung dan gagah dan raja itu telah memotong kaki dan tangan orang tadi dan menyalibnya pada
sepohon pokok di tebing sebuah sungai yang besar lagi dalam, dan raja itu bersemayam di atas takhta
yang tinggi dan digauli oleh hulubalang-hulubalang yang gagah berani dengan alat kelengkapan senjata
yang lengkap dan raja itu melontar orang tadi dengan segala senjata yang ada padanya. Adakah kamu
fikir orang yang melihat keadaan ini memalingkan pandangannya dari raja itu dan sebaliknya takut,
berharap dan meminta kepada orang itu, bukannya kepada raja yang agung itu? Jika ada orang yang
gentar dan takut kepada orang yang tersalib itu bukan kepada raja, maka orang itu adalah orang yang
bodoh gila dan tidak siuman.

Oleh yang demikian, mintalah perlindungan Allah dari menjadi buta setelah diberinya kita pandangan,
dan dari bercerai setelah disatukan dan dari berjauhan setelah didekatkan, dan dari sesat setelah
diberi petunjuk dan dari kufur setelah diberi iman.

Dunia ini ibarat sungai yang besar yang airnya sentiasa mengalir. Tiap-tiap hari airnya bertambah.
Begitulah nafsu kebinatangan manusia itu sentiasa tidak puas. Makin tamak dan makin tidak sedar diri.
Manusia hidup di dunia ini sentiasa diuji dan dicuba. Disamping mendapat bahagia ada juga derita
yang mengelinginya.

Orang yang mempunyai akal fikiran yang sempurna dan mahu berfikir serta mengetahui hakikat, maka
dapatlah ia mengetahui bahawa pada hakikatnya tidak ada hidup yang sebenar melainkan hidup
akhirat. Oleh itu, Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Tidak ada
hidup kecuali hidup akhirat." lni memangnya benar bagi seseorang yang beriman. Nabi Muhammad
pernah berkata: "Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." Nabi juga pernah
berkata: "Orang yang baik itu terkekang."

Pada hakikatnya kesentosaan dan kebahagian itu adalah terletak dalam perhubungan yang langsung
dengan Allah yang pengasih dan penyayang, tawakal yang bulat kepadaNya dan sentiasa redha
denganNya. Apabila kamu telah dapat berbuat demikian, maka bebaslah kamu dari dunia ini dan kamu
akan diberi Allah kesenangan, keselamatan, kesentosaan, kasih sayang dan keredhaan Ilahi.

BAB 18: SYARAHAN KELAPAN BELAS


Saya menasihatkan kamu supaya kamu jangan merungut atau mengadu tentang kesusahan yang menimpa
kamu kepada sahabat atau musuh kamu dan janganlah disalahkan Tuhan yang menjadikan kesusahan itu
atau ujian itu. Ada lebih baik jika kamu terangkan tentang kebaikan yang diberi Allah kepada kamu
dan tentang kesyukuran kamu terhadap kebaikan itu. Kamu berbohong dalam menyatakan kesyukuran
kamu tanpa sebarang kurnia adalah lebih baik dari kamu menyatakan yang benar dan menghebahkan
kesusahan yang kamu alami. Siapakah yang tidak dapat kurnia Allah? Allah Subhanahu wa Ta'ala
berfirman:

"Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu menghitung nikmat
Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakanya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat
mengingkari (nikmat Allah)." (Surah Ibrahim: Ayat 34)
Berapa banyakkah kurnia Allah kepada kamu dan kamu masih tidak sedar juga. Janganlah kamu rasa
senang dengan makhluk dan janganlah cinta kepada makhluk dan janganlah kamu ceritakan kepada
siapapun keadaan hal ehwal kamu. Hendaklah cinta kamu itu kerana Allah semata dan kamu merasa
senang dengan Dia dan kesusahan kamu hendaklah diadukan kepada Dia juga.
Jangan kamu pandang yang lain dari Allah kerana yang lain dari Allah itu tidak dapat memberi
mudharat dan manfaat, untung dan rugi, kebaikan dan kejahatan, menghina dan memuliakan, meninggi
dan merendahkan, mengaya dan memiskinkan, menggerak dan mendiamkan. Segala yang lain dari
Allah itu adalah ciptaan Allah jua dan di tangan Allah punca pergerakkan mereka dengan izin dan
kehendakNya jua. Mereka ada selagi Allah hendakkan mereka ada. Sesuatu itu wujud dalam tempoh
masa yang telah ditentukan Allah. Apa yang te!ah didahulukan tidak dikemudiankan, dan apa yang
telah dikemudiankan tidak didahulukan. Jika Allah hendak menimpa kamu bahaya, maka tidak ada
yang dapat mengelakkan bahaya itu selain Dia jua, jika Dia hendak memberi kebaikan kepada kamu,
maka tidak ada yang dapat mengelakkan kebaikan itu datang kepada kamu, selain Dia jua.
Oleh itu jika kamu merungut dan mengadu kerana tidak puas hati dengan Dia semasa kamu sedang
menikmati kesenangan dan keseronokkan, hanya kerana hendakkan supaya dilebih dan ditambah
nikmat keseronokkan dan kesenangan itu, dan menutup pandangan kamu kepada kesenangan dan
keseronokkan yang ada pada kamu itu dengan menyangka ianya tidak baik, maka Allah Subhanahu wa
Ta'ala akan murka kepada kamu dan Dia akan menarik balik kesenangan dan keseronokkan itu dari
kamu dan Dia akan menyusahkan kamu lebih hebat lagi dan akan memberatkan kamu dalam kesusahan
itu dan kamu akan dijauhkan daripadaNya.
Dengan itu janganlah kamu merungut walaupun badan kamu dipotong-potong dengan gunting,
peliharalah diri kamu! Takutilah Allah! Berhati-hatilah!.
Sesungguhnya kebanyakan bencana yang menimpa anak Adam itu ialah kerana sungutan dan rungutan

terhadap Tuhan. Adakah patut seseorang hamba Allah itu merungut dan tidak puas hati, pada hal Allah
itu Maha Pengasih, Maka Penyayang, Maka Adil, Maha Tahu dan Maha Bijaksana?

Nabi Muhammad pernah bersabda: "Kasih Allah kepada hambaNya adalah lebih dari kasih ibu
kepada anaknya."
Wahai manusia! Tunjukkanlah sopan santun yang baik, bersabarlah di masa kesusahan walaupun kamu
letih lesu dengan kesabaran itu. Bersabarlah disamping kamu bertawakal dan berserah diri kepada
Allah. Redhalah dengan Dia.

Jika kamu masih dapati diri kamu masih wujud, maka hapuskanlah wujud kamu itu. Jika kamu telah
tidak ada, di manakah kamu? Pernahkah kamu dengar firman Tuhan:

"Diwajibkan atas kamu berperang, pada hal berperang itu ada sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan baleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah
: Ayat 216)

Pengetahun tentang hakikat sesuatu telah jauh dari kamu dan kamu terdinding dari hakikat-hakikat itu.
Oleh itu tunjukkan tidak sopan jika kamu suka atau tidak suka akan sesuatu jika kamu dalam peringkat
pertama iaitu peringkat orang-orang yang soleh, maka patuhlah kepada syariat dalam semua perkara
yang berlaku kepada kamu. Jika kamu dalam peringkat kedua iaitu peringkat wilayah (kewalian),
maka ikutlah segala perintah dan jangan melampaui batas. Pada peringkat terakhir, hendaklah kamu
redha dengan lakuan Allah dan bersesuaian denganNya dan lenyaplah masuk ke dalam kedudukan dan
keadaan abdal ghuts dan shodiq. Janganlah cuba hendak menentang takdir dan hadapkan diri kamu dan
kehendak kamu terus kepada Allah dan janganlah kamu merungut dan tidak berpuas hati.

Apabila kamu telah berbuat demikian, dan takdir bagi kamu adalah baik, maka Allah akan menambah
lagi kebaikan untuk kamu dan kehidupan yang sentosa dan bahagia. Jika takdir bagi kamu tidak baik,
maka Allah akan melindungi kamu dari perkara yang tidak baik itu melaui kepatuhan kamu kepadaNya
dan Allah akan menghindarkan kamu dari kesalahan sehingga masanya berakhir. Inilah nasihat untuk
kamu.

Ketahuilah bahawa dalam diri manusia itu ada berbagai-bagai kesalahan, dosa dan noda yang semua
itu menjauhkan manusia itu dari Allah melainkan manusia itu dibersihkan dari segala noda dan dosa
itu. Tidak seorangpun yang dapat menghampiri Dia kecuali orang itu telah bersih dari kekotoran
takbur dan dosa seperti juga misalnya seorang itu tidak dapat duduk dekat raja jika orang itu berbau
busuk dan badannya kotor. Oleh yang demikian, bala bencana itu adalah pembersih dan penukar
kepada yang baik. Nabi pernah berkata: "Demam sehari itu adalah menyapu bersih dosa setahun."

BAB 19: SYARAHAN KESEMBILAN


BELAS
Semasa iman kamu masih lemah, maka sekiranya kamu berjanji, kamu akan tunaikan janji itu. Jika
tidak, iman kamu akan berkurangan atau kepercayaan kamu hilang. Tetapi jika iman ini telah kuat dan
teguh tertanam di hati sanubari, dan kamu disampaikan firman Tuhan:

"Dan raja berkata, "Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat
kepadaku. "Maka tatkala raja bercakap-cakap dengan dia, dia berkata, "Sesungguhnya kamu (mulai)
hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami. (Surah Yusuf:
Ayat 54)
Dan firman ini disampaikan kepada kamu banyak kali, maka kamu pun menjadi orang-orang pilihan
Tuhan, dan hilanglah dari kamu kehendak, nafsu dan lakuan kamu sendiri dan kamu pun terus hampir
dengan Tuhan yang hampirnya tidak kamu nampak dan teruslah kamu tenggelam di hadrat Ilahi.
Maka jadilah kamu seperti bekas yang berlubang, tidak ada air yang boleh tinggal dalam bekas itu.
Kamu menjadi seperti tong kosong yang berlubang. Dengan itu hati kamu pun penuh dengan Allah
sahaja. Tidak ada yang lain dari Allah dalam hati kamu itu. Kamu pun bersih dari yang lain daripada
Allah. Allah akan redha dengan kamu dan kamu dijanjikan dengan segala rahmat, nikmat dan
keampunanNya dan kamu merasa senang dengan Allah.
Kemudian kamu akan diberi suatu janji dan apabila kamu merasa puas hati dengannya dan sebarang
tanda kehendak ada di dapati pada kamu, maka kamu akan ditukarkan dari janji ini kepada janji yang
lebih tinggi dan kamu akan diberi perasaan cukup diri sendiri (self-sufficiency) dan pintu alam akan
dibuka untuk kamu dan kamu pun disinari dengan pengetahuan untuk memahai rahsia-rahsia keTuhanan
dan kamu akan merasai bertambahnya (hal) atau keadaan kerohanian kamu.
Selanjutnya kamu mendapat pangkat kerohanian yang tinggi dan kamu akan diberi rahsia-rahsia
keTuhanan, dadamu lapang, lidahmu petah berkata-kata dan ilmu tinggi dan kamu cinta kepada Ilahi.
Kamu pun dikasihi oleh semua orang, manusia dan jin dan lain-lain makhluk di dunia ini dan di
akhirat. Apabila kamu menjadi kekasih Allah, maka makhluk pun kasih kepada kamu kerana makhluk
itu tertakluk kepada Allah dan kasih mereka termasuk dalam kasih Allah seperti juga benci mereka
termasuk dalam benci Allah.
Kamu pun dinaikkan ke pangkat ini di mana kamu tidak ada kehendak kepada apa-apa yang lain lagi.
Selepas ini kamu akan diberi kehendak untuk sesuatu dan kehendak itu akan dilepaskan dari kamu dan
kamu terhindar darinya. Kamu tidak akan diberi perkara yang kamu hendak itu dalam dunia ini dan di

akhirat kelak akan diberi gantinya dan akan menambahkan hampir kamu kepada Allah Subhanahu wa
Ta'ala dan sesuatu yang kamu hendak itu akan menyejukkan mata kamu di syurga kelak.
Jika kamu tidak meminta sesuatu itu ataupun berharap dan berangan-angan untuk mendapatnya semasa
hidup di dunia ini, tempat yang sementara dan ujian, tetapi kamu hidup di dunia ini semata-mata
kerana hendak mencapai keredhaan Tuhan yang menjadikan bumi dan langit dan alam semesta, maka
kamu akan dikurniai dalam dunia ini apa-apa yang seimbang dengannya atau yang terkurang dari
kurnia Allah. Di akhirat akan diberi kurnia yang lebih lagi. Sesungguhnya di sisi Allah ada ganjaran
yang besar dan berkekalan. Allah memberi kurnia kepada siapa yang dikehendakiNya menurut
ketentuan dan ketetapanNya.

BAB 20: SYARAHAN KEDUA PULUH


Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Buangkan apa sahaja yang menyebabkan
kamu syak dan waham dalam fikiran kamu tentang halal ataupun haramnya sesuatu perkara itu dan
pakailah apa yang tidak menimbulkan syak dan waham pada kamu."
Apabila syak dan waham bercampur-aduk dengan yang tidak syak dan waham dalam sesuatu perkara,
maka pakailah yang tidak ada syak dan waham itu dan buangkan apa yang menjadi syak dan waham.
Dalam perkara yang menimbulkan syak dan waham dan ini sentiasa mengacau dan menyoal fikiran
kamu tentang halal ataupun haramnya perkara itu, seperti sabda Nabi: ''Dosa menimbulkan kekacauan
dalam hati. " Maka dalam hal ini hendaklah kamu tunggu perintah batin. Jika kamu diperintahkan
melakukannya, maka lakukanlah. Jika kamu dilarang melakukannya, janganlah dilakukan dan lupakan
perkara itu dan kembalilah kepada Allah.
Jika kamu merasa jemu dan bosan dengan sabar, redha dan bertawakal dengan suka hati kepada Allah
dalam fana', maka ketahuilah bahawa Allah Yang Maha Agung dan gagah tidak memerlukan supaya Ia
diingat, dan Dia tidak lupa kepada kamu dan lain-lain makhluk. Dia Maha Kaya dan Dia juga yang
memberi makan dan rezeki kepada orang-orang kafir, orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak
patuh kepadaNya. Tidak mungkin Allah itu lupa, wahai orang-orang yang beriman, yang percaya
kepada keEsaanNya, yang patuh kepada perintahNya dan berpegang teguh kepadaNya siang dan
malam.
Sabda baginda Nabi Muhammad lagi: "Buangkan apa yang menimbulkan syak wasangka dalam fikiran
kamu dan ambillah apa yang tidak menimbulkan syak wasangka." Ini juga bererti bahawa kamu
janganlah ingin dan hendak atau mengambil apa yang ada di tangan orang lain dan jangan beranganangan supaya orang memberi kamu sesuatu dan jangan takut dan khuatir kepada mereka.
BertawakAllah kepada Allah dan haraplah pertolongan dari Dia dan terimalah dari Dia (dan mungkin
melalui makhlukNya) dan inilah yang tidak menimbulkan syak wasangka dalam fikiran kamu.
Jadikanlah satu sahaja tempat meminta, dan satu pemberi dan satu tujuan iaitu Dia sahaja kerana
Dialah Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Agung yang dalam tanganNya segala raja dan dalam
kontrolNya segala hati manusia dan hati manusia itu adalah ibarat raja bagi badan kerana hati itulah
mengontrol badan. Badan dan harta benda kepunyaan manusia itu adalah sebenarnya kepunyaan Allah
jua. Manusia adalah wakilNya atau pemegang amanah bagiNya. Apabila manusia memberi kamu
sesuatu, maka gerak tangan mereka itu adalah dengan izin Allah dan dengan perintahNya, dan
sebenarnya adalah gerak Allah jua. Begitu jualah sekiranya sesuatu itu ditahan dari sampai kepada
kamu. Pendeknya Dialah yang memberi dan Dialah juga yang menahan pemberian.
Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Pintalah kepada Allah kurniaanNya. "Tuhan juga berfirman:
"Sesungguhnya apa sahaja yang kamu sembah selain Allah tidak langsung mengontrol rezeki kamu,
oleh itu, mintalah rezeki dari Allah dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada Dia." Dia juga
berfirman: "Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, katakanlah bahawa aku sangat
hampir, Aku akan terima permintaan orang-orang yang meminta apabila mereka meminta kepada
Aku." Allah juga berfirman: "Serulah Aku dan Aku akan jawab seruanmu. "Firman Tuhan lagi: "

Sesungguhnya Allah itulah yang memberi rezeki, Tuhan yang Maha Gagah dan Maha perkasa. "
Seterusnya Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang
dikehendakiNya dengan tidak terhingga."

BAB 21: SYARAHAN KEDUAPULUH SATU


Saya nampak syaitan dalam mimpi dan seolah-olah saya berada dalam kumpulan manusia yang ramai
dan saya bercadang hendak membunuh syaitan itu. Syaitan itu berkata: "Mengapa kamu hendak
membunuh aku, apakah dosa aku? Jika takdir Tuhan endak menggerakkan kejahatan berlaku, maka aku
tidak berkuasa hendak menukarnya dan menjadikan kebaikan, sebaliknya jika takdir hendak
menggerakkan sesuatu kebaikan, maka aku tidak ada kuasa hendak menukarnya supaya menjadi
kejahatan. Apakah yang ada dalam kuasaku? Maka saya dapati rupa syaitan itu seperti orang kasi
(eunuch), suaranya lembut, rambutnya berjuluran ke dagunya, mukanya sangat huduh, dia seolah-olah
tersenyum kepada saya, penuh dengan perasaan malu dan takut. Ini terjadi pada malam Ahad, 12
haribulan Dzulhijjah, 401 Hijrah.

BAB 22: SYARAHAN KEDUAPULUH DUA


Biasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala menguji hamba-hambaNya yang beriman menurut darjat iman
mereka. Sekiranya seseorang itu imannya kuat, maka ujiannya pun kuat juga. Oleh itu, ujian kepada
Rasul lebih hebat dari ujian kepada Nabi dan ujian Nabi lebih hebat dari ujian kepada abdal, dan
ujian kepada abdal lebih hebat dari ujian kepada wali. Tiap-tiap seseorang diuji menurut tinggi atau
rendah imannya. Nabi pernah berkata: "Sesungguhnya kami dari golongan Nabi-Nabi adalah yang
paling hebat ujiannya dari orang-orang lain."
Allah akan meneruskan ujian ini kepada mereka menurut tingkat-tingkatan mereka agar mereka
sentiasa berada disamping Tuhan dan tidak pernah lalai. Allah kasih kepada mereka dan Allah tidak
mahu orang yang dikasihiNya berjauhan dariNya.
Oleh itu ujian itu adalah ibarat peringkat hati mereka dan sebagai penjara jiwa mereka dan
menjauhkan mereka tercenderung kepada apa sahaja yang bukan tujuan hidup mereka, dan menjauhkan
mereka dari merasa senang dan condong kepada apa sahaja selain Allah Yang Maha Pencipta.
Apabila ini telah menjadi keadaan mereka yang berkekalan, maka hancurlah hawa nafsu amarah dan
kebinatangan mereka dan diri mereka pun hancur. Maka dapatlah mereka membezakan antara yang hak
(benar) dengan yang batil (palsu). Maka segala tanda, tujuan dan kehendak mereka terhadap
keseronokkan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat hilang lenyap dari mereka dan mereka
merasa tenteram berada di sisi Tuhan dan mereka redha dengan Allah dan sabar terhadap ujianNya
dan mereka selamat dari kejahatan makhlukNya, dan mereka mendapat kepuasan di sisi Allah
Subhanahu wa Ta'ala.
Dengan itu, kekuasaan hati itu akan bertambah gagah dan dapat mengontrol anggota-anggota badan.
Ujian dan bencana itu menguatkan hati dan meneguhkan iman dan sabar, serta melemahkan nafsu-nafsu
kebinatangan dalam diri itu. Kerana apabila kesusahan datang si mukmin menunjukkan sabar dan
redha serta berserah bulat kepada Allah, maka Allah akan redha dan menolong mereka dan member
kekuatan kepada mereka. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Jika kamu bersyukur, sungguhnya
Aku akan tambahi lagi kurniaan itu."
Apabila diri manusia itu menggerakkan hati untuk mencari sebarang matlamat hawa nafsu dan
berfoya-foya, dan hati itu menurut sahaja matlamat itu dan ini tanpa perintah Allah dan izinNya, maka
akibatnya ialah lupa kepada Allah, syirik dan dosa. Maka Allah akan menimpakan bencana, kesusahan
dan derita kepada mereka yang lupa itu. Hati dan fikiran mereka akan sakit.
Jika hati mereka tidak pedulikan panggilan kepada matlamat tersebut hingga Allah menginzinkannya
melalui ilham (bagi wali) dan wahyu (bagi Nabi dan Rasul), dan tindakan diambil atas ilham atau
wahyu itu sama ada pemberian kurniaan atau bukan kurniaan, maka Allah akan memberi ganjaran
kepada hati itu dengan rahmat, keampunan, sentosa, keredhaan, cahaya dan ilmu, kehampiran kepada
Allah, merdeka dari apa-apa keperluan dan selamat dari bahaya bencana. Oleh itu, ketahuilah dan
ingatlah dan selamatkan diri kamu dari ujian dengan bersungguh-sungguh waspada dengan tidak
terburu-buru menurut panggilan fikiran dan kehendak tetapi hendaklah tunggu dengan sabar keizinan
Allah agar kamu selamat di dunia dan di akhirat kelak.

BAB 23: SYARAHAN KEDUAPULUH TIGA


Berpuas hatilah kamu dengan apa yang ada padamu sehingga datang takdir Allah untuk meninggikan
taraf kamu di mana kamu akan diberi keselamatan dari kesusahan hidup di dunia dan di akhirat dan
dari noda serta dosa. Kamu akan dinaikkan ke peringkat yang lebih tinggi hingga kamu puas dan
bahagia. Apa yang telah diuntukkan kepada kamu pasti kamu dapat dan apa yang tidak diuntukkan
kepada kamu pasti tidak kamu dapat. Oleh itu, sentiasa bersabar dan redha dengan keadaan yang ada
pada kamu, janganlah hendak memandai-mandai sendiri dan menurut kehendak sendiri melainkan dan
sehingga kamu telah diperintahkan.
Jangan bergerak sendiri dan jangan berdiam sendiri kamu sahaja kerana ini akan menghinakan
kedudukan kamu, dan menzalimi diri kamu sendiri. Tuhan tidak lupa kepada orang yang zalim.
Firman Allah:

Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi taman bagi
sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan. (Surah Al-An'am: Ayat 129)
Ketahuilah bahawa kamu berada dalam istana raja yang maha berkuasa dan maha agung, yang
tenteranya tidak terhingga, yang perintahnya tidak boleh disanggah, yang kerajaannya tidak boleh
diganggu-gugat, yang berkekekalan dan abadi selama-lamanya, yang ilmunya meliputi segala sesuatu
bahkan dapat melihat apa yang terdetik di hati sanubari. Kamu akan menzalimi diri kamu sendiri
sekiranya kamu digerakkan oleh hawa nafsu kebinatangan dan berbuat sesuka hati sendiri dan berbuat
sesuatu yang mensekutukan Allah.
Firman Allah:

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia
mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang
mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia tersesat dengan sejauh-jauhnya.
(Surah An-Nisa: Ayat 116)
Jauhkan diri dari syirik dan jangan dekati syirik. Segala gerak dan diam kamu siang dan malam sama
ada berseorangan atau di tempat ramai hendaklah bebas dari syirik. Berhati-hatilah dari dosa yang
apa juga bentuknya dalam hati dan pada anggota badan kamu. Jauhkan dosa batin dan dosa lahir.
Janganlah kamu lari dari Tuhan kerana kamu tidak akan dapat melarikan diri kamu dari Dia. Janganlah
kamu melawanNya kerana kamu juga akan dibinasa olehNya. Janganlah kamu merungut terhadap
perintahNya, kerana jika kamu berbuat demikian kamu akan dihinakanNya. Janganlah kamu lupa

kepada Dia, kerana jika kamu berbuat demikian, kamu akan dilupaiNya dan dicampakNya kamu dalam
kesusahan. Jangan kamu cuba meminda-minda rumahNya, kerana jika kamu berbuat demikian, kamu
akan dibinasakanNya. Janganlah kamu bercakap tentang agamaNya menurut hawa nafsu kamu sematamata, kerana jika kamu berbuat demikian, kamu akan hancur lebur dan hati kamu digelapkanNya dan
iman kamu akan dicabutNya dan ilmu kebatinan kamu itu akan hilang, maka diberinya kuasa kepada
syaitan, nafsu kebinatangan kamu, keluarga kamu, jiran kamu, sahabat dan rakan kamu, jin, binatang,
dan segala makhlukNya untuk menguasai kamu dan mempengaruhi kamu. Dengan itu, kamu hidup
dalam dunia ini dalam kegelapan dan azab neraka akan kamu terima di akhirat kelak.

BAB 24: SYARAHAN KEDUAPULUH


EMPAT
Janganlah kamu ingkar kepada Allah dan berpegang teguhlah kepadaNya. Kembalilah kepadaNya
dengan penuh khusyuk dan rendah diri. BertawakAllah kepada Dia dengan sepenuh penyerahan.
Janganlah turutkan hawa nafsu kebinatangan kamu itu. Janganlah mencari kepentingan semata-mata
untuk dunia atau akhirat atau mencari kedudukan yang lebih tinggi atau lebih mulia. Ketahuilah
bahawa kamu itu ... adalah hambaNya. Hamba dan kepunyaannya itu adalah sebenarnya kepunyaan
tuannya. Si hamba tidak ada apa-apa, Tuannya yang mempunyai segala-galanya. Hendaklah kamu
bersopan-santun dan jangan menyalahkan tuanmu itu. Segalanya telah ditentukan olehnya. Apa yang
didahulukannya tidak dapat dikemudiankan, dan apa yang dikemudiankan tidak dapat didahulukan. Dia
telah memberi kamu tempat kediaman yang kekal di akhirat dan menjadikan kamu tuannya dan
memberi kamu kurniaan yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan
tidak pernah dirasa oleh hati.
Firman Allah:

"Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat)
yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (Surah
As-Sajdah: Ayat 17)
Ini bererti ganjaran dari apa yang mereka lakukan di dunia ini dalam mematuhi hukum-hukum Allah,
dalam bersabar dari melakukan dosa dan maksiat, dan bertawakal bulat kepada Dia sahaja dan redha
denganNya.
Bagi mereka yang Allah beri perkara-perkara keduniaan dan menjadikan dia tuannya dan dilimpah
kurnia keduniaan untuknya, maka Allah menjadikan itu kerana kedudukan iman mereka itu adalah
seperti tanah yang tandus dan berpasir di mana air tidak dapat bertakung dan tumbuh-tumbuhan tidak
mahu hidup. Kemudian dibubuh olehNya berbagai-bagai baja supaya pokok-pokok tanaman itu tumbuh
dan inilah dunia dan hiasannya agar perkara-perkara ini mudah-mudahan dapat menumbuhkan iman
dan amal soleh bagi mereka itu. Jika baja-baja ini tidak diberi maka kering dan matilah tumbuhtumbuhan itu dan negeri pun tidak berwang lagi. Maka Allah Yang Maha Suci dan Tinggi
berkehendakkan negeri itu berwang dan subur dengan tumbuh-tumbuhan.
Oleh itu, pokok iman dalam seorang kaya itu adalah lemah uratnya dan tidak subur. Ketahuilah
bahawa iman itu lebih berharga dari segala kekayaan dunia. Semoga Allah sentiasa mengasihi kita
dan menunjuki kita ke jalan yang lurus lagi benar. Seorang yang kaya tetapi imannya sangat lemah
akan jadi munafik atau kafir sekiranya kekayaan harta benda itu dicabut dari mereka. Sekiranya Allah
tidak beri kepada orang kaya itu kesabaran dan keimanan yang teguh dan cahaya ilmu yang hakiki,
maka binasalah dia. Orang kaya yang penuh iman itu tidak khuatir dan takut jika kekayaan harta benda

dan keduniaan ini hilang darinya asalkan kekayaan imannya jangan hilang.

BAB 25: SYARAHAN KEDUAPULUH LIMA


Ayuhai orang yang miskin harta benda! Mereka yang dijauhi oleh dunia dan orang-orangnya yang tidak
terkenal, yang lapar dahaga, yang tidak berpakaian, yang hatinya hancur, yang mengembara dari satu
masjid ke satu masjid dan di tempat-tempat yang sunyi, yang dibenci oleh orang dan terhindar dari apa
yang dicita-citakan, maka kamu demikian ini janganlah menyangka yang Allah itu telah menjadikan
kamu miskin papa dan mencabut dunia ini dari kamu dan menjahanamkan kamu dan memusuhi kamu
dan menghinakan kamu pada hal kamu keluarga dan saudara-mara kamu dilebihi oleh Allah dari
kesenangan dan kekayaan dunia ini. Janganlah kamu sangka Tuhan itu menzalimi kamu, kerana kamu
dan keluarga dan saudara-mara kamu itu adalah orang Islam dan beriman juga dan keturunan kamu dan
dia adalah dari Adam dan Hawa jua.
Allah menjadikan kamu demikian ialah kerana kamu seorang yang suci dan rahmat Allah melimpahi
kamu tidak berhenti-henti yang berupa kesabaran, tawakal, iman dan redha serta ilmu. Cahaya iman
dan tauhid akan melimpahi hati kamu. Maka tumbuhlah pokok keimanan itu dalam diri kamu dengan
suburnya dan penuh dengan buah-buah yang ranum dan lazat citarasanya. Pokok itu makin bertambah
besar dan tinggi dan rendang daunnya tanpa diberi baja lagi. Apa yang telah ditentukan untuk kamu
pasti akan kamu terima sama ada kamu suka atau tidak. Oleh itu, janganlah tamak dan terburu nafsu.
Janganlah sedih kerana kamu tidak dapat apa yang orang lain dapat.
Apa yang tidak ada dalam kepunyaan kamu itu adalah dari dua jenis: (1) sama ada untuk kamu, atau
(2) kepunyaan orang lain. Apa yang telah ditetapkan untuk kamu, akan datang kepada kamu dan kamu
akan dibawa untuk mendapatkannya dan kamu pasti akan dapat tidak lama lagi. Apa yang bukan untuk
kamu, maka kamu akan dijauhkan darinya dan benda itupun dijauhkan dari kamu dan kamu pasti tidak
bertemu dengan benda itu. Oleh itu berpuas hatilah dengan yang ada dalam kepunyaan kamu dan patuh
kepada Allah, janganlah pandang yang lain dari Dia sahaja. Firman Tuhan: "Dan janganlah kamu
tujukan kedua matamu kepada apa yang telah kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka,
sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami cubai mereka dengannya. Dan kurnia Tuhan kamu adalah
lebih baik dan lebih kekal".
Oleh yang demikian, Allah tidak suka kamu berasa tamak dan hendakkan kepunyaan orang lain tetapi
hendaklah kamu puas hati dan rela dengan apa yang ada dalam kepunyaan kamu dan kamu hendaklah
menyerah diri kamu kepada Allah dengan patuh. Yang lain dari kepunyaan kamu itu adalah satu ujian
yang dengan itu orang lain itu diuji. Apa yang dalam kepunyaan kamu itu adalah lebih baik dan lebih
bersih dari apa yang bukan dalam milik kamu. Jadikanlah ini jalan hidup dan kelakuan kamu agar
kamu selamat dan diberi kebahagiaan dari dunia hingga akhirat. Firman Allah: "Seorang pun tidak
mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan
pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.
Oleh yang demikian, tidak perlu melebihi 5 cara penyembahan dan mengelakkan segala dosa yang
tersebut itu dan tidak ada yang lebih besar, lebih mulia dan disukai dan diredha Allah dari apa yang
telah kami sebutkan itu. Moga-moga Allah memberi kita sekalian daya upaya untuk melakukan apa
yang diredhaiNya dan disukaiNya, dengan kurnia Allah Jua.

BAB 26: SYARAHAN KEDUAPULUH


ENAM
Hijab atau tabir yang melindungi kamu itu tidak akan terbuka sekiranya kamu tidak keluar dari
makhluk dan membebaskan hati kamu dari makhluk dalam semua keadaan dan kedudukan hidup. Hijab
itu juga tidak akan terbuka sekiranya hawa nafsu kamu tidak hancur lebur dan begitu juga tujuan dan
kerinduan kamu kepada makhluk dan kepada dunia dan kepada akhirat. Kamu hendaklah menjadi
seperti bekas yang berlubang di mana tidak ada air yang tinggal di dalamnya. Hati kamu hendaklah
kosong dari yang lain dan dipenuhi oleh Allah semata-mata. Maka kamu akan jadi penjaga pintu hati
kamu dan kamu diberi pedang tauhid dan kekuatan dan kekuasaan. Apa sahaja selain Allah yang
hendak merempuh masuk dalam hati kamu itu, maka hendaklah kamu penggal lehernya dengan pedang
tauhid agar tidak ada diri kamu, nafsu kamu dan kerinduan kamu kepada dunia dan akhirat. Hanya
Allah sahaja yang bersemayam dalam hati kamu itu. Maka jadilah kamu hamba Allah sejati dan bukan
hamba kepada manusia atau pendapat mereka atau kepada perintah mereka atau kepada apa sahaja
selain Allah.
Apabila ini telah menjadi berkekalan dalam diri kamu dalam hidup ini, maka tabir kehormatan akan
digantung dikeliling hati kamu, parit kemuliaan akan digali dikelilingnya, kuasa keagungan akan
mengelilinginya dan hati kamu akan digaul oleh tentera hak dan tauhid dan disamping itu pengawalpengawal yang hak akan ditempatkan dekatnya, maka dengan itu, syaitan, hawa nafsu kebinatangan,
pengaruh manusia yang meruntuhkan, angan-angan kosong dan apa sahaja yang merosakkan kamu tidak
akan dapat menawan kamu dan menerobos masuk ke dalam hati kamu yang terkawal rapi itu.
Jika ditakdirkan manusia datang tidak berhenti-henti kepada kamu kerana hendak mengunjung kamu
yang telah diberi kemuliaan oleh Allah agar mereka juga diberi cahaya, tanda-tanda yang terang, ilmu
yang mendalam, melihat kehormatan dan perkara luar biasa dari kamu dan dengan itu menguatkan
usaha mereka untuk menghampiri Allah dan patuh kepadaNya, maka semua ini tidak akan
menggoncangkan kamu dan mempengaruhi kamu kepada perasaan megah dan bangga, kehendak dan
nafsu yang merosakkan kamu sendiri, dan dari kesombongan, 'ujub dan riya' dan sebagainya. Namun
kamu tetap dengan Allah dan merendah diri kepadaNya.
Sekiranya kamu diberi Allah seorang isteri yang cantik molek, namun itupun tidak dapat
menggoncangkan iman kamu dan kamu akan terselamat dari kejahatan, dan diselamatkan dari memikul
bebannya atau saudara-maranya. Isteri itu adalah kurniaan Allah kepada kamu dan Allah akan pelihara
isteri kamu itu dari kerosakkan akhlak, tidak amanah, berbuat kejahatan dan menyeleweng dari jalan
yang lurus. Dia tertakluk kepada kamu. Dia dan saudara-maranya akan membebaskan kamu dari beban
nafkahnya dan menjauhkan dari kamu sebarang kesusahan kerananya. Sekiranya dia melahirkan anak
untuk kamu, maka anak itu akan jadi anak yang soleh dan bersih dan menyeronokkan mata kamu firman
Allah:

Maka Kami memperkenankan do'anya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan
isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam
(mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdo'a kepada Kami dengan harap dan
cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami. (Surah Al-Anbiya: Ayat: 90)
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami
keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang
bertakwa. (Surah Al-Furqan: Ayat 74)
Juga berfirman:

"Yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya 'qub, dan jadikanlah ia, ya Tuhanku,
seorang yang diredhai. (Surah Mariam: Ayat 6)
Semua permintaan atau do'a dalam ayat-ayat itu akan berlaku dan akan diterima bagi kamu, sama ada
atau tidak kamu tujukan permintaan itu kepada Allah kerana do'a-do'a itu adalah untuk orang yang
layak sahaja dan yang layak menerima kurniaanNya dan yang hampir denganNya.
Sekiranya hal-hal keduniaan datang kepada kamu, namun kamu tidak akan dibahayakan olehNya. Apa
yang telah diuntukkan untuk kamu akan dapat kamu rasai dengan keadaan bersih dengan kehendak dan
lakuan Allah, tetapi hendaklah kamu patuh kepadaNya seperti melakukan sembahyang lima waktu dan
puasa bulan Ramadhan. Kamu diperintahkan supaya membelanjakan apa yang bukan bahagian kamu
dari rezeki kamu itu kepada sahabat kamu, jiran kamu, orang-orang yang meminta sedekah dan orangorang yang patut menerima wang zakat menurut keperluan sesuatu keadaan. Keadaan yang sebenarnya
akan dibuka kepada kamu dan dapatlah kamu membezakan mana yang patut diberi dan mana yang tidak
patut diberi. Segalanya terang dan nyata bagi kamu, tidak ada ragu dan tidak ada samar-samar lagi.
Oleh yang demikian, hendaklah kamu bersikap sabar, sukarela dalam bertawakal kepada Allah,
perhatikan yang ada sekarang, hapuskan syak wasangka, diam jangan banyak cakap, berlumbalumbalah menuju keredhaan Ilahi, tawakallah kepadaNya, tawadhu' dan khusyuk kepadaNya,

bersederhanalah, sehingga takdir telah datang dan kamu dibawa dengan tangan kamu untuk mara ke
hadapan.
Kemudian itu segala yang memberatkan kamu akan diringankan dari kamu dan selepas itu kamu akan
ditenggelamkan ke dalam lautan redha, rahmat dan kasih sayang Allah dan kamu akan dipakai dengan
pakaian nur dan rahsia keTuhanan Yang Maha Tinggi dan alam yang datang dari Allah. Kamu akan
dibawa hampir kepadaNya dan berkata-kata denganNya, dan diberi kurniaan dan dibebaskan dari
keperluan. Kamu akan diberi keberanian, kemuliaan dan ketinggian dan firman ini akan ditujukan
kepada kamu: "Dan raja berkata: Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang
rapat kepadaku." Maka tatkala raja bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: "Sesungguhnya kamu
(mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami."
Kemudian cubalah agak dan anggarkan dari keadaan Nabi Yusuf apabila beliau ditujukan dengan
perkataan-perkataan ini melalui lidah raja Mesir yang juga menjadi ketua dan fir'aun di negeri itu.
Pada zahirnya lidah raja itu yang bercakap tetapi sebenarnya adalah Tuhan yang bercakap. Allah yang
berkata-kata melalui lidah ilmu. Kepada Nabi Yusuf diberi kerajaan lahir iaitu kerajaan Mesir, dan
juga kerajaan batin iaitu kerajaan ilmu, kerohanian dan akal fikiran, dan kehampiran kepada Allah dan
kemuliaan dan ketinggian di sisi Allah.
Firman Allah:

"Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir, (dia berkuasa penuh)
pergi menuju ke mana sahaja ia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada
siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik.
(Surah Yusuf: Ayat 56)
Bumi dalam ayat ini bermaksud Mesir. Berkenaan kerajaan kerohanian, Allah berfirman:

"Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun
bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya.
Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf
itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih." (Surah Yusuf: Ayat 56)
Berkenaan kerajaan ilmu, Allah berfirman:

"Yusuf berkata: Sebelum sampai kepada kamu berdua makanan yang akan diberikan kepadamu
melainkan aku telah dapat menerangkan jenis makanan itu sebelum makanan itu sampai kepadamu.
Yang demikian itu adalah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Sesungguhnya
aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar
kepada hari kemudian."(Surah Yusuf: Ayat 37)

Apabila kamu telah ditujukan dengan perkataan-perkataan yang demikian, wahai orang-orang yang
beriman, maka kamu telah diberi ilmu yang agung dan diberkati Allah, dan diberiNya kekuatan,
kebaikan, kekuasaan dan kewalian dan perintah yang melambatkan kerohanian dan bukan kerohanian
dan diberi kuasa menjadikan semuanya dengan izin Allah. Di akhirat kelak kamu akan diberi tempat
yang kekal dan bahagia di syurga. Ditambah pula dengan melihat wajah Allah dan keredhaanNya dan
inilah matlamat yang tidak terhad dan tidak ada hujungnya.

BAB 27: SYARAHAN KEDUAPULUH


TUJUH
Anggaplah baik dan jahat itu sebagai dua biji buah dari dua batang dahan tetapi dari satu pokok. Satu
dahan mengeluarkan buah yang pahit dan satu lagi mengeluarkan buah yang manis. Oleh itu
tinggalkanlah negeri dan pekan di mana buah-buahan dari pokok ini dihantar, dan jauhkan diri dari
orang-orangnya. Pergilah ke pokok itu sendiri dan menjadi pengawal pokak itu dan dapatkan
pengetahuan tentang kedua-dua dahan dan buah tersebut serta sekitarnya dan tetaplah kamu berada
dekat dahan yang mengeluarkan buah-buahan yang manis itu. Makanlah buah yang manis itu dan
jadikan sumber kekuatan kamu. Jauhkan diri dari dahan yang mengeluarkan buah yang pahit kerana
buah itu mungkin akan meracuni kamu. Apabila kamu bersikap seperti demikian, terselamatlah kamu
dari semua kejahatan kerana kejahatan dan bencana itu datangnya dari buah yang pahit itu. Apabila
kamu jauh dari pokok itu dan kamu merayau-rayau di tempat-tempat yang jauh dan buah-buah ini
dibawa kehadapan kamu dan buah-buah itu dicampur gaul sehingga kamu tidak tahu mana yang manis
dan mana yang pahit, dan kamu terus makan buah-buah itu, maka mungkin kamu terambil buah yang
pahit dan memakannya, lantaran itu kamu akan teracun dan membunuh kamu.
Jika kamu makan pada mulanya buah yang manis dan manisnya itu masuk meresapi badan kamu dan
kamu mendapat faedah darinya dan menjadi bahagia, maka inipun tidak cukup. Besar kemungkinan
kamu akan makan buah yang pahit dan kamu tidak yakin yang buah itu tidak pahit. Kamu akan
mengalami apa yang telah saya katakan.
Oleh yang demikian, tidaklah baik berjauhan dari pokok itu dan jahil tentang buah-buahnya.
Keselamatan berada jika kamu berada dekat pokok itu dan berada disamping pokok itu. Kebaikan dan
kejahatan itu adalah kedua-duanya lakuan Allah Yang Maha Berkuasa jua.
Firman Allah:

"Mereka berkata: Dirikanlah suatu bangunan untuk (membakar) Ibrahim, lalu lemparkanlah dia ke
dalam api yang menyala-nyala itu. (Surah As-Shafaat: Ayat 97)
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: Allah telah menjadikan manusia
yang menyembelih dan juga binatang yang disembelih.
Lakuan atau perbuatan hamba Allah itu adalah ciptaan Allah, begitu juga hasil atau akibat lakuan itu.
Allah berfirman:

"(Iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan
(kepada mereka): "Salamu'alaikum, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah
kamu kerjakan." (Surah An-Nahl: Ayat 32)
Pujian-pujian bagi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah beri lakuan itu kepada
mereka dan berkata kemasukkan mereka ke syurga itu adalah kerana perbuatan atau lakuan mereka
pada hal lakuan atau perbuatan itu sebenarnya adalah dengan pertolongan, keizinan dan rahmat Allah
jua. Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tiada ada orang yang masuk syurga
kerana perbuatan atau lakuannya sendiri sahaja." Baginda ditanya: "Bukan juga kamu, wahai Nabi
Allah?" Baginda menjawab: "Ya, walaupun aku sendiri, kecuali Allah melimpahkan rahmatNya
kepada aku." Semasa beliau berkata demikian, diletakkannya tangannya di atas kepalanya. Ini
diceritakan dari satu hadith yang dibawa oleh 'Aisyah Radhiyallahu 'anha. Oleh itu juga, kamu dapat
melakukan perintah Allah dan membuat kebaikan, dan kamu berjaya menjauhkan diri dari yang haram,
maka hendaklah kamu kembali dan menyerah kepada Allah yang telah menjadikan kamu dapat berbuat
demikian itu. Dia akan melindungi kamu dari noda dan dosa dan menambahkan kebaikan bagi kamu.
Dia akan memelihara kamu dari dinodai oleh dosa, baik hal agama mahupun hal dunia. Berkenaan hal
keduniaan, ada firman Allah:

"Mengapa di waktu kamui mendengar berita bohong itu orang-orang mukmin dan mukminah tidak
bersangka baik terhadap diri mereka sendiri dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah sesuatu berita
bohong yang nyata. (Surah An-Nur: Ayat 12)
Berkenaan hal keagamaan, Allah berfirman:

"Mengapa Allah akan menyeksamu, jika kamu bersyukur dan beriman, dan Allah adalah Maha
Mensyukuri lagi Maha mengetahui. (Surah An-Nisa': Ayat 147)
Apakah yang dapat dilakukan oleh bencana dan malapetaka itu kepada seorang yang beriman dan
bersyukur? Kerana dia lebih hampir kepada keselamatan daripada mala petaka, bahkan dia dalam
keadaan mewah kerana bersyukur.

Allah berfirman:

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami
akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu). Maka sesungguhnya
azabku sangat pedih. (Surah Ibrahim: Ayat 7)
Bahkan iman kamu itu dapat memadamkan api neraka di akhirat kelak. Api yang akan membakar
orang-orang yang berdosa. Bagimana pula tidak dapat iman itu memadam api malapetaka dalam hidup
di dunia ini? Memang dapat kerana ini telah dirasai oleh orang-orang yang kuat imannya dan orangorang yang telah mencapai darjat wali dengan izin dan pilihan Allah sendiri. Tiap-tiap orang tidak
sunyi daripada mendapat mala petaka dalam hidup di dunia ini, tetapi semua ini dapat diatasi dengan
keimanan yang tulen. Tiap-tiap orang diuji imannya dengan malapetaka, bencana, susah dan derita
tetapi itu semua hendaklah diatasi dengan iman yang kuat. Orang yang lulus dalam ujian itu dapatlah
membersihkan dirinya dan timbullah semangat tauhid dalam dirinya, dan hatinya akan dilimpahi
dengan ilmu hakikat dan rahsia-rahsia Allah yang ghaib-ghaib dan orang itupun akan bertambah
hampir dengan Tuhan semesta alamo Hati itu adalah ibarat rumah dan rumah itu tidak boleh diduduki
oleh dua orang. Maka rumah itu hendaklah diduduki oleh yang satu sahaja iaitu Allah.
Allah berfirman:

''Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya,dan Dia tidak
menjadikan isteri-isterimu yang kamu zihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak-anak
angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu
sahaja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar). (Surah AlAhzab: Ayat 4)
Firman Allah juga:

Dia berkata: "Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka

membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina, dan demikian pulalah yang
akan mereka perbuat. "(Surah An-Naml: Ayat 34)
Mereka perhinakan orang-orang yang mulia dan menyusahkan orang-orang yang senang. Jika hati itu
dikawal oleh syaitan dan hawa nafsu, maka hati yang demikian itu akan mengawal anggota dan badan
lalu melakukan perkara yang tidak senonoh. Jika hati itu telah dibersihkan dari perkara-perkara
tersebut, maka suburlah iman dan hati itupun diduduki oleh tauhid, iman dan ilmu Allah. Semua ini
didapati setelah menempuh berbagai-bagai cubaan dan godaan.
Nabi Muhammad pernah bersabda: "Kami dari golongan Nabi-Nabi adalah yang paling hebat diuji
dan yang lain-lain itu menurut taraf mereka."
Nabi juga bersabda: "Aku mengetahui Allah lebih dari kamu, dan aku lebih takut kepadaNya lebih
dari kamu. "
Orang yang hampir dengan raja itu mestilah berwaspada dan sentiasa bersopan santun. Apabila
seseorang itu dinaikkan tarafnya di sisi Dia, maka risiko pun makin besar kerana perlulah orang itu
berterima kasih terhadap kurniaanNya, dan mengabdikan diri kepadanya, penyelewengan yang sedikit
dari mematuhi dia bererti menyalahi Dia.
Firman Allah:

Hai isteri-isteri Nabi, siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, nescaya
akan dilipatgandakan seksaan kepada mereka dua kali lipat. Dan adalah yang demikian itu mudah bagi
Allah. (Surah Al Ahzab: Ayat 30)
Allah berfirman demikian kepada mereka tersebut itu kerana kurniaanNya kepada mereka telah
disempurnakan dengan membawa mereka di sisi Nabi. Bagaimanakah kedudukan seseorang yang
hampir dengan Tuhan? Allah Maha tinggi dan tidak ada sesuatu pun yang seumpamaNya.
Firman Allah:

"(Dia) pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dan jenis kamu sendiri pasanganpasangan dan dari jenis ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikanNya kamu berkembang biak
dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar

lagi Maha Melihat. (Surah Asy-Syura: Ayat 11)

BAB 28: SYARAHAN KEDUAPULUH


LAPAN
Kamu inginkan kesentosaan, kebahagiaan, keselamatan, kedamaian, keberkatan dan kemerdekaan
tetapi kamu masih lagi dalam proses menghapuskan nafsu-nafsu kebinatangan kamu, masih berjuang
dengan hawa nafsu kamu, dan masih lagi ingin kembali ke dunia atau ke akhirat, dan ini masih lagi ada
sisa-sisanya dalam diri kamu, maka oleh itu berjuang lagi hingga kamu berjaya. Jangan terburu-buru.
Berjalanlah lambat-lambat agar selamat. Bersihkan diri kamu dari sisa-sisa itu. Kamu masih lagi
belum masuk ke dalam fana' jika kamu masih ada juga keinginan-keinginan kamu terhadap dunia atau
makhluk-makhluk lain dengan lain perkataan kamu masih lagi hendakkan apa-apa yang lain dari Allah.
Apabila kamu telah dapat melepaskan hati kamu dari apa sahaja selain Allah, maka barulah kamu
lepas dari ikatan-ikatan yang menambat kamu untuk menuju kepada Allah. Apabila kamu telah lepas
dari segala itu dan kamu sedang berada dihadrat Allah, maka kamu akan dimuliakan dan firman ini
dihadapkan Tuhan kepada kamu:
Dan raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih sebagai orang yang rapat kepadaku."
Maka tatkala raja bercakap-cakap dengan Dia, Dia berkata: Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini
menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi Kami.
Barulah kamu diberi kebahagiaan dan kesentosaan, kasih sayang dan redha Ilahi. Kamu akan
dihampiri di sisi Dia dan segala rahsia Ilahi tidak lagi terlindung dari kamu. Kamu akan diberi
kebebasan dari keperluan apa sahaja. Bebaslah kamu dari segala-galanya dan berada di sisi Tuhan.
Tidakkah kamu lihat emas sama ada baik buatannya atau buruk buatannya,dari berbagai-bagai bentuk
dan rupa, bertukar-tukar tangan, pagi atau petang, dari dan kepada tangan penjual barang, penjual ubat,
penjual daging, tukang kulit, tukang kayu, penjual minyak, tukang sapu dan orang-orang lain? Emas itu
dipungut dan dikumpulkan dan diletakkan dalam alat pelebur oleh tukang-tukang emas dan kemudian
dilebur dengan menggunakan api, dan kemudian dikeluarkan dari tempat pelebur itu, dan ditumbuk,
dilembut dan diukir supaya dijadikan alat perhiasan yang indah-indah. Emas itu dijadikan hiasan dan
disimpan di tempat-tempat yang selamat dan rumah-rumah orang kaya atau dalam almari atau peti dan
sebagainya. Emas itu juga mungkin dijadikan alat hiasan badan perempuan dan dihargai. Boleh jadi
juga orang yang memakainya itu seorang yang ternama atau raja-raja. Begitulah emas itu dari
tempatnya mula diambil telah sampai ke tempat yang baik-baik seperti istana-istana dan sebagainya.
Oleh itu, kamu juga wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bersabar dan menurut takdir Ilahi dan
berserah dengan sukarela kepadaNya dalam semua keadaan, maka kamu akan dihampiri oleh Allah di
sisiNya dalam dunia fana' ini dan kamu akan dikurniaNya dengan ilmuNya dan lain-lain ilmu dan
rahsia, dan di akhirat kelak akan ditempatkan di dalam syurga yang aman damar beserta dengan RasulRasul, Nabi-Nabi, orang-orang shodiq, orang-orang syahid, dan orang-orang soleh dalam kehampiran
padaNya, dan dalam rumahNya dan dekatNya dengan menikmati kasih sayangNya.
Oleh itu, sabarlah, jangan terburu-buru, redhalah dengan takdir Ilahi dan jangan merungut-rungut. Jika
kamu berbuat demikian, maka susahlah kamu dapat keampunanNya, ilmuNya, kasih sayang dan
keredhaanNya.

BAB 29: SYARAHAN KEDUAPULUH


SEMBILAN
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda, Kemiskinan itu hampir-hampir
membawa kepada kekufuran.
Orang yang benar-benar hamba Allah percaya kepada Allah dan menyerahkan semua hal dirinya
kepada Allah, percaya dengan kurniaan rezeki dari Allah dan yakin bahawa apa sahaja yang
ditetapkan oleh Allah kepadanya pasti ia dapat dan apa sahaja yang dihindarkan oleh Allah darinya
pasti tidak ia dapat.
Firman Allah:

Apabila mereka telah mendekati akhir 'iddahnya, maka ruju'lah mereka dengan baik atau lepaskanlah
mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan
hendaklah kamu tegapkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia
akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangkasangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya
Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Thalaq: Ayat 2-3)
Allah berfirman demikian tatkala hamba itu dalam keadaan senang dan damai. Kemudian Allah uji dia
dengan bencana dan kemiskinan, maka hamba itu pun merayu dan menyerahkan dirinya kepada Allah,
tetapi tidak dihindarkan oleh Allah bencana dan kemiskinan itu darinya. Maka waktu itu betullah apa
yang disabdakan oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, "Kemiskinan itu hampir-hampir
membawa kekufuran."
Bagi mereka yang dilayan Allah dengan lemah lembut, maka Allah akan hindarkan bencana dan
kemiskinan itu dari mereka, dan diberinya kesentosaan dan keamanan dan kekuatan untuk bersyukur
dan memujiNya dan berterusan dalam keadaan itu sehingga dia bertemu dengan Tuhannya. Apabila
Allah hendak menguji dia, maka Allah datangkan malapetaka dan memutuskan pertolonganNya. Maka

orang itu menunjukkan kufurnya dengan menyalahkan dan menuduh Allah tidak kasihan dan
menolongnya. Maka dia mati dalam keadaan kufur dan mengingkari tanda-tanda Allah dan marah
kepada Allah. Kepada orang yang demikianlah Nabi bersabda yang lebih kurang maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling hebat hukumannya di hari kebangkitan ialah orang yang diberi Allah
kemiskinan di dunia ini dan hukuman di akhirat kelak. Kami berlindung dengan Allah dari yang
demikian itu."

Miskin yang dimaksudkan dalam sabda baginda itu ialah miskin yang menyebabkan orang lupa kepada
Allah. Maka dari kelupaan inilah yang baginda minta dilindungkan. Kepada baginda Allah limpahkan
kesabaran dan tawakal dan redha serta fana' dalam lakuan Allah. Baginda adalah orang pilihanNya,
RasulNya, penghulu segala Nabi-Nabi, raja segala wali, yang dipertuan agung segala hamba-hamba
Allah, seorang yang alim, seorang yang besar di sisi Tuhan yang boleh memberi syafat dan bimbingan
kepada seorang untuk mencapai hadrat Tuhan sekalian alam. Allah memelihara baginda dengan kasih
sayangNya. Siang dan malam, seorang diri atau dikalangan orang ramai, secara lahir dan secara
tersembunyi sehingga baginda kembali menemui Tuhannya.

BAB 30: SYARAHAN KETIGA PULUH


Mungkin kamu selalu berkata "apa patut aku buat dan apa cara patut aku gunakan (untuk mencapai
matlamatku?" Maka kamu diberitahu, duduklah ditempat kamu dan jangan melampaui batasan kamu
sehingga didatangi jalan kepada kamu dari Allah yang memerintahkan kamu duduk di mana kamu
berada.
Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap
sedia (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." (Surah AliImran: Ayat 200)
Allah memerintahkan kamu supaya bersabar, wahai orang-orang yang beriman, kemudian berlumbalumbalah dalam kesabaran dan berpegang teguh dengan kesabaran itu dan sentiasa berwaspada dan
semua ini dijadikan sebahagian dari kamu. Selanjutnya kamu diberi amaran jika membuangkan sabar,
seperti dalam firmanNya itu "dan taatlah kepada Allah" dan ini dimaksudkan jika kamu membuang
sabar. Oleh itu, janganlah buangkan kesabaran. Ketahuilah bahawa kebaikan dan keselamatan itu
terletak dalam kesabaran. Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda, yang
maksudnya lebih kurang "ibarat perhubungan sabar dengan iman itu adalah seperti kepala dengan
badan."
Juga dinyatakan iaitu tiap-tiap sesuatu itu ada ganjarannya menurut ukuran masing-masing. Tetapi
ganjaran bagi sabar tidak ada batasannya. Firman Allah:

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang beriman bertakwalah kepada Tuhanmu." Orang-orang yang
berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya
orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."
Oleh itu, apabila kamu taat kepada Allah dan bersabar dan berwaspada terhadap batasan-batasan
yang telah ditentukan Allah, maka Allah akan memberikamu ganjaran. Firman Allah yang maksudnya:
"Apabila mereka telah mendekati akhir 'iddahnya, maka rujukkilah mereka dengan baik atau
lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu
dan hendaklah kamu tegapkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu

orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya
Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangkasangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah
telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. "
Tetaplah kamu dalam kesabaran beserta dengan mereka yang menyerahkan dirinya kepada Allah,
sehingga jalan keluar telah datang kepada kamu kerana Allah telah menjanjikan kecukupan kepada
kamu, seperti firmanNya yang maksudnya lebih kurang, "Tetaplah dalam kesabaran dan bertawakal
kepada Allah beserta dengan mereka yang berbuat baik kepada orang lain, dan Allah menjimjikan
ganjaran kerana ini, seperti firmanNya:

"Ketika mereka duduk disekitarnya." (Surah Al-Buruj: Ayat 56)


Allah akan kasih kepada kamu kerana kebaikan ini, seperti frrmanNya:

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit
dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa." (Surah Ali-Imran: Ayat 133)

Oleh itu, kesabaran adalah sumber semua kebaikan dan keselamatan dalam dunia ini dan di akhirat
dan melalui ini si mukmin meningkat naik ke taraf keadaan yang berserah dengan sukarela kepada
Allah dan menyesuaikan dirinya dengan lakuan Allah dan kemudian itu mencapai keadaan tenggelam
atau fana' dalam lakuan Allah dan ini adalah peringkat atau keadaan yang badliat atau ghabiat. Oleh
itu, bersungguh-sungguhlah mencapai peringkat ini supaya kamu tidak terhina dalam dunia ini dan di
akhirat kelak dan supaya kamu tidak kehilangan kebaikan dan kenikmatan ini.

BAB 31: SYARAHAN KETIGA PULUH


SATU
Apabila kamu dapati dalam hati kamu perasaan benci atau kasih kepada seseorang, maka periksalah
lakuannya berdasarkan Al-Qur'an dan hadith. Jika benci itu berbetulan dengan Al-Quran dan hadith,
maka bersukacitalah kamu kerana bersesuaiannya kamu dengan Allah dan RasulNya. Jika kamu benci
tetapi tidak menurut Al-Qur'an dan hadith, maka ketahuilah bahawa kamu telah mengikut hawa nafsu
kamu. Kamu benci kepada orang itu kerana pengaruh hawa nafsu kamu, maka kamu tidak berlaku adil
kepadanya dan kamu telah membantah kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, kembalilah kepada
Allah, bertaubatlah kerana benci kamu itu, dan mintalah dirinya supaya kasih kepada orang itu dan
kepada orang lain yang terdiri dari orang-orang yang beriman, wali-waliNya, orang-orang pilihanNya
dan orang-orang soleh dari hamba-hambaNya dan hendaklah kamu bersesuaian dengan Allah dalam
mengasihi orang itu.
Kamu hendaklah berlaku seperti kamu berlaku kepada orang-orang yang kamu kasihi. Pendeknya,
kamu hendaklah periksa lakuan orang itu berdasarkan Al-Qur'an dan Al-Hadith. Sekiranya kamu
dapati Al-Qur' an dan Al-Hadith membenarkan dan menyukai lakuan orang seumpama itu, maka kamu
pun hendaklah membenarkan dan menyukainya. Jika dibenci oleh Al-Qur' an dan Al- Hadith, maka
kamupun bencilah kepadanya. Kamu hendaklah benci dan kasih menurut atau bersesuaian dengan AlQur'an dan Al-Hadith. Sesuaikanlah perasaan dan lakuan kamu dengan Al-Qur'an dan Al-Hadith. Jika
kamu kasih kepada seseorang tetapi dibenci oleh Al-Quran dan Al-Hadith, maka janganlah kamu
kasih kepada orang itu supaya kamu tidak menurut hawa nafsu kamu. Kamu diperintahkan supaya
melawan hawa nafsu, seperti firmanNya:

"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (pengawas) di muka bumi, maka berilah
keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana
ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah
akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Surah Shaad: Ayat 26)

BAB 32: SYARAHAN KETlGA PULUH DUA


Mungkin kamu selalu berkata, "barangsiapa sahaja aku kasihi, maka kasihku padanya tidak kekal.
Kami selalu sahaja berpisah sama ada melalui berjauhan, mati, bermusuhan atau kehilangan harta."
Oleh itu kamu diberitahu sedarkah kamu, wahai orang-orang yang percaya kepada Allah, kepadamu
diberi kurniaan, kamu dipeliharakan dan dijaga dengan sebaik-baiknya, tidakkah kamu tahu bahawa
Allah itu cemburu. Dia jadikan kamu untuk Dia sahaja. Mengapa pula kamu hendakkan yang lain dari
Dia. Tidakkah kamu dengar firmanNya:

"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak
Allah akan mendatangkan sesuatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya,
yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang
kafir,yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah
kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas
(pemberianNya) lagi mengetahui (Surah Al Maidah: Ayat 54)
Juga Allah berfirman:

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. (Surah AdZariyat: Ayat 56)
Tidakkah kamu pernah dengar sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, Apabila Allah
kasih kepada hambaNya, maka diujiNya hamba itu. Jika hamba itu bersabar, maka hamba itu akan
dijagaNya.
Baginda ditanya, Wahai Nabi Allah! Apakah yang dijagaNya.
Baginda menjawab, "Tidak ditinggalkanNya anak dan harta kepada si hamba itu.
Ini ialah disebabkan kerana jika si hamba itu ada anak dan harta, maka kasih si hamba itu akan
terbahagi-bahagi dan terpecah-pecah. Kasih yang sepatutnya bulat kepada Allah itu telah terbahagi
kepada kasihnya kepada anak dan harta. Maka Allah tidak mahu disyarikatkan, Dia cemburu. Allah
menguasai segala-galanya. Kerana itu, dihancurNya dan dibinasakanNya apa yang menjadi sekutuNya
itu agar dapat dikuasaiNya sepenuh-penuhnya hati hambaNya itu untuk Dia sahaja dan tidak langsung
ada yang lain lagi. Barulah dibuktikan kata-kata Allah: Dia akan kasih kepada mereka dan mereka

kasih kepada Dia.

Sehingga hati si hamba itu bebas dan bersih dari sekutu-sekutu Allah seperti anak, isteri, harta benda,
pangkat, kuasa, keramat, keadaan atau peringkat kerohanian, makan, hal, dunia, syurga, kehampiran
kepada Tuhan, bahkan apa sahaja selain Dia tidak ada lagi dalam hati itu. Tidak ada nafsu dan tidak
ada cita-cita. Kosongkanlah hati itu. Umpama tong yang penuh berlubang sehingga tidak ada lagi boleh
mengandungi sebarang benda atau air. Hati itu hancur oleh lakuan Allah. Apabila ada sahaja sesuatu
tujuan hendak tumbuh dalam hati itu, maka dihancurkan oleh lakuan Allah kerana Ia cemburu. Maka si
hamba itu akan dipenuhi dengan kemuliaan, kekuatan, keAgungan dan kesempurnaan Ilahi.

Oleh yang demikian, tidak ada apapun yang dapat menembusi hati seperti itu. Maka harta benda, anak
dan isteri, sahabat dan rakan, mukjizat dan keramat, kekuasaan dan pengetahuan tentang masa depan
tidak akan dapat mempengaruhi dan merosakkan hati itu. Semua itu tinggal di luar hati dan tidak dapat
masuk ke dalam. Semua ini adalah tanda kemuliaan, kehormatan, kasih sayang dan rezeki yang diberi
Allah kepada hamba-hamba yang benar-benar mahu menuju kepadaNya. Hamba-hamba seperti ini
sentiasa diberi Allah perlindungan, penjagaan, pertolongan dan keredhaan dari dunia hingga akhirat.

BAB 33: SYARAHAN KETIGA PULUH


TIGA
Ada 4 jenis manusia. Satu jenis ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati dan mereka ini
ialah orang-orang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil, yang tidak mengenang Allah dan
tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi
dengan kasih sayangNya dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggotaanggota mereka supaya patuh kepada Allah. Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam
golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang
yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka.
Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan ilmu
keTuhanan, guru kepada yang baik, pembimbing kepada agama Allah, pemimpin dan pengajak
manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya patuh
kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu
berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan
pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-Nabi dan RasulRasul.
Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda kepada Saiyidina Ali: Jika
Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadanya, maka itu lebih baik kepada kamu
dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit.
Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati. Mereka bijak bercakap
tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapnya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetapi
mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi
mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu,mereka menunjukkan kepada orang lain yang mereka
itu soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka
bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang-orang yang dikatakan oleh Nabi, seperti sabda
baginda: "Yang paling ditakuti dan akupun takut dikalangan umatku ialah orang alim yang jahat.
Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, lari dan jauhkan diri kamu
dari orang-orang seperti itu, jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manisnya yang bijak
berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah, dan dia seorang
yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka dari makhluk dan menggantungkan dikeliling mereka
dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari
hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang
ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak. Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam
'diam' dan berkhalwat. Nabi pernah berkata, "Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan."
Kata baginda lagi, "Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian,
sembilan darinya terletak dalam diam." Oleh itu, mereka dalam golongan orang jenis ini adalah wali
Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati

dengan keredhaanNya dan segala yang baik akan diberi kepada mereka. Oleh itu, kamu hendaklah
berkawan dan bergaul dengan orang-orang ini dan beri pertolongan kepadamereka. Jika kamu berbuat
demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka
yang menjadi wali Allah dan hamba-hambaNya yang soleh.

Jenis manusia yang keempat ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak, diberi pakaian
kemuliaan, seperti dalam sabda Nabi, "Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan
mengajar orang lain, maka dia akan diajak ke dunia ghaib dan dipermuliakan."

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu keTuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka
menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang
tidak diberiNya kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir
kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan
dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah menjadikan mereka itu
pelaku dan lakuannya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan
maksiat. Jadilah mereka itu 'orang-orang Allah'. Mereka mendapat bimbingan yang benar. Mereka
boleh memberi pertolongan kepada orang-orang yang menuju jalan Allah. Mereka jadi orang-orang
yang benar dan mengeshahkan kebenaran orang lain. Mereka ibarat timbalan Nabi-Nabi dan RasulRasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung.

Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusiaan dan tidak ada
maqam (stesyen) di atas ini, kecuali keNabian. Oleh itu, hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi
dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu,
keselamatan terletak dalam apa yang dlcakapkan oleh mereka dan dalam berdampingan dengan
mereka. Dan kebinasaan serta kerosakkan jika di luar dari dampingan mereka, kecuali mereka yang
Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunan.

Jadi, saya telah bahagi-bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada
kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyal fikiran, dan selamatkanlah diri kamu
jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju apa yang dikasihiNya
dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

BAB 34: SYARAHAN KETlGA PULUH


EMPAT
Alangkah hairannya jika kamu marahkanTuhan yang dan menyalahkanNya ataumengatakan tidak adil
dan melambat-lambatkan pemberian sesuatu atau membuangkan mara bahaya. Tidakkah kamu tahu
bahawa tiap-tiap sesuatu kejadian atau peristiwa itu ada masanya yang ditentukan dan tiap-tiap mara
bahaya itu telah ditetapkan tempohnya? Tidak boleh ditangguhkan atau dipercepatkan. Masa bahaya
tidak boleh ditukar kepada masa aman dan masa aman pula tidak boleh bertukar kepada masa huruhara. Oleh itu, kamu hendaklah bersopan-santun, diam dan jangan banyak cakap, bersabar, berserah
dengan sukarela kepada Dia, bersesuaian kehendakmu dengan kehendak Dia dan taubatlah kepada
Allah kerana kesalahan kamu itu.
Manusia dan makhluk itulah yang tertakluk kepada Allah dan Allah tidak tertakluk kepada manusia
dan makhluk. Terpulanglah kepada manusia meminta kepada Dia dan Dia yang memberi, tetapi tidak
termesti yang Dia mesti memberi permintaan hamba-hambaNya . Terpulanglah kepada Allah sama ada
hendak mengabulkan atau tidak mengabulkan permintaan hamba-hambaNya. Dia sahaja Yang Maha
Agung dan Maha Kaya dan berdiri sendiri, tanpa sekutu apa-apa jua. Dia menjadikan sesuatu dan
menentukan kebaikan atau kejahatan. Dia mengetahui awal dan akhirnya makhluk itu dan tujuan
mereka, Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung itu Maha Bijak dalam tindak-tandukNya dan Maha
Tegas dalam aturanNya dan tidak ada berlawanan dalam lakuan-lakuanNya. Dia tidak menjadikan
sesuatu dengan sia-sia dan tidak juga tanpa tujuan. Buknalah kerja-kerjaNya itu main-main sahaja.
Tidaklah wajar perbuatan-perbuatanNya itu ada cacat cela kerana Dia Maha Bijak Dia mahu tahu.
Hendaklah kamu bersabar dan tunggu jika kamu rasa jemu dalam penyesuaian kamu dengan Dia dan
dalam menunjukkan penyerahan kamu kepadaNya dan dalam memfana'kan diri kamu kepadaNya,
sehinggalah sampai takdir Ilahi di mana tempoh masa itu telah cukup dan masa bertukar telah datang
umpama siang berganti malam atau musim panas berganti musim sejuk.
Jika kamu minta cahaya siang di waktu malam, tentulah kamu tidak akan diberi. Malam tetap malam,
tidak ada cahaya siang waktu itu. Oleh itu, bersabar dan tunggulah sehingga malam itu berakhir dan
siang itu sampai: Maka dapatlah kamu cahaya siang. Jika waktu siang itu pula kamu hendakkan gelap
malam, maka tidaklah kamu dapat, kerana siang tetap siang dan kamu meminta bukan pada tempatnya.
Oleh itu, hendaklah kamu sentiasa redha, sabar dan berpegang teguh kepada Tuhan Yang Maha Tahu
itu. Percayalah apa yang ditetapkan Dia untukmu pasti kamu dapat dan apa yang ditetapkan untuk
orang lain pasti tidak kamu dapat. Demikianlah yang aku percaya, kecuali kamu minta dari Allah dan
harapkan pertolonganNya dengan sembahyang dan do'a yang sungguh-sungguh, menyembahNya dan
patuh kepadaNya dan menjalankan perintahNya seperti firmanNya:

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan bagimu.

Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahanam
dalam keadaan hina-dina." (Surah AlMukmin: Ayat 60)
FirmanNya lagi:

"Dan janganlah kami iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih
banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa mereka
usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Dan mohonlah
kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah An-Nisa': Ayat 32)
Lain-lain lagi ayat-ayat Al-Qur'an dan sabda Nabi. Kamu berdo'a kepadaNya dan Dia akan terima
do'amu dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan dihujung tempoh itu, dan bila dikehendakiNya
dan juga jika ada kebaikan kepada kamu dalam hal ini, sama ada untuk dunia atau akhirat atau semua
itu bersesuaian dengan takdirNya dan dihujung tempoh yang ditetapkan itu.
Janganlah salahkan Dia jika permohonanmu lambat diterima dan janganlah jemu meminta kerana
sebenarnya jika kamu tidak untung, maka kamupun tidak juga rugi. Jika permintaan kamu tidak
diterima di dunia ini, maka Allah akan memberinya di akhirat kelak. Ada satu hadith Nabi yang
menyatakan bahawa di hari kebangkitan kelak, hamba-hamba Allah akan dapati dalam bukunya tentang
perbuatan-perbuatan hamba-hambaNya bahawa ada perbuatan yang baik yang hamba itu tidak tahu,
maka Dia akan beritahu bahawa ini adalah pertukaran untuk do'anya dalam dunia ini yang telah tidak
ditakdirkan untuk diterima. Dengan demikian, sekurang-kurangnya si hamba itu hendaklah selalu ingat
kepada Allah dan berpegang teguh kepadaNya dan bertauhid kepadaNya sambil kamu memohon
kepadaNya. Jangan kamu meminta kepada orang lain. Mintalah kepada Allah. Oleh yang demikian,
siang dan malam, sihat atau sakit, waktu perang atau waktu aman, waktu senang atau susah, kamu
adalah berada dalam salah satu dari dua keadaan ini:
(1) Sama ada tidak bermohon dan tetap berpuasa hati dan rela dan menyerah kepada lakuan Allah
seperti mayat yang sedang dimandikan atau seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti bola dikaki
pemain bola. Orang yang seperti ini menurut sahaja dengan rela apa yang ditakdirkan Tuhan. Jika
kebaikan datang, ia bersyukur. Firman Allah yang maksudnya, "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu
memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu,
dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."
Jika mala petaka yang datang, maka ia bersabar dan redha dengan pertolongan daya upaya dari Allah
juga, dan keteguhan hati dan rahmat dari Allah jua, seperti firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan selawat sebagai penolongmu, sesungguhnya
Allah berserta orang-orang yang sabar" (Surah Al-Baqarah: Ayat 153)
Lain-lain perkataan, Dia berserta dengan orang-orang yang sabar dengan kurniaanNya seperti
pertolongan dan kekuatan, seperti kataNya, "jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu
dan memperteguhkan pendirian kamu."

Apabila kamu telah menolong Allah dengan menumpaskan hawa nafsu kamu dan dengan tidak
menyalahkan Dia, dan dengan menghindarkan diri dari tidak rela terhadap lakuanNya kepada kamu,
dan kamu menjadi musuh kepada diri kamu sendiri kerana Allah, bersedia memancungnya dengan
pedang apabila ia tergerak hendak kufur atau syirik, dan kamu penggal kepalanya dengan kesabaran
dan bersesuaian dengan Allah, dan juga kamu rela dengan lakuanNya dan janji-janjiNya, maka jika
kamu berbuat demikian, Allah akan menjadi penolong kamu. Firman Allah yang maksudnya lebih
kurang, "Dan berilah khabar baik kepada orang-orang yang sabar, apabila bencana menimpa mereka,
mereka berkata, "Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali." Inilah
mereka yang mendapat limpahan rahmat dari Allah dan merekalah pengikut-pengikut dalam jalan yang
benar."

(2) Ataupun bermohon kepada Allah dengan sembahyang dan berdo'a dengan penuh harap, dan
mengagungkanNya dan patuh kepadaNya. Ya, serulah Allah. Itulah dia yang baik dilakukan kerana
Allah sendiri menyuruh kamu bermohon kepadaNya dan berhadap kepadaNya dan menjadikanN'ya
cara untuk kesenangan kamu, dan ibarat satu utusan dan kamu kepada Dia, dan satu perhubungan
dengan Dia, tetapi biarlah dengan syarat iaitu kamu tidak menyalahkan Allah dan marahkan Dia
sekiranya permohonan kamu itu ditangguhkan ke satu masa hadapan yang telah ditentukan, Oleh yang
demikian, perhatikanlah perbezaan antara kedua keadaan itu dan janganlah melampaui batasan yang
dua itu kerana tidak ada keadaan lain lagi selain yang dua itu. Oleh itu, berhati-hatilah agar kamu tidak
jadi orang yang zalim dan melampaui batas, Jika kamu zalim dan melampaui batas, Allah akan
membinasakan kamu dan tidak peduli kepada kamu seperti orang-orang sebelum kamu yang telah
dibinasakan dan dihancurkan Tuhan di dunia ini dan diakhirat kelak akan didera dan dihukum dengan
seksaan yang amat pedih. Pujian-pujian bagi Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung. Wahai Tuhan
Yang Maha Mengetahui keadaanku kepada Engkau sahaja aku menyerahkan diriku.

BAB 35: SYARAHAN KETIGA PULUH


LIMA
Kamu mestilah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram, jlka tidak, kamu akan binasa. Kamu
tidak akan lepas dari ikatan bahaya perkara-perkara yang haram itu kecuali Allah menolong kamu
dengan kasih sayangNya. Ada satu hadith menerangkan bahawa dasar agama itu ialah menjauhkan diri
dari yang haram dan yang merosakkan agama itu ialah tamak haloba. Janganlah kamu hampiri perkaraperkara yang haram itu kerana mungkin kamu akan cuba-cuba juga hendak merasainya. Hampir pun
jangan. Takut kamu akan terpengaruh. Umar bin Al-Khathab Radhiyallahu 'anhu pernah perkata,
"Kami biasanya menjauhkan diri dari sembilan sepersepuluh dari perkara-perkara yang halal kerana
kami khuatir terjerumus ke dalam perkara-perkara yang haram."
Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu 'anhu pernah berkata, "Kami biasanya menjauhkan diri dari
tujuhpuluh pintu kepada perkara-perkara yang dibolehkan kerana khuatir terjerumus dalam dosa."
Beliau-beliau itu sangat menjauhkan diri dari menghampiri perkara-perkara yang haram, dan dalam
berbuat demikian, mereka bersikap menurut sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang
maksudnya lebih kurang, "Berjaga-jagalah! Tiap-tiap raja mempunyai taman larangannya sendiri, dan
taman larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkanNya."
Barangsiapa yang berjalan dikeliling taman itu, mungkin akan masuk ke dalam. Tetapi barangsiapa
yang memasukki pintu istana raja itu terus melalui pintu kedua dan ketiga hingga sampai ke bilik raja
itu, adalah lebih baik dari orang yang berada di luar pintu pertama kerana ia terdedah di luar, Jika
pintu ketiga tertutup, ia tidak merbahaya, kerana ia berada di antara dua pintu dan dia berada
berhampiran dengan raja dan askar-askarnya. Tetapi bagi orang yang di luar tadi, jika pintu pertama
itu tertutup, maka ia terdedah sahaja di luar tanpa tempat berlindung, dan mungkin ia akan dimakan
binatang buas atau dibunuh musuh.
Begitu juga, jika seseorang itu patuh kepada Allah dan menurut jalan Allah, maka, pertolongan kuasa
dan kurnia diambil darinya dan terpotong dari pertolongan itu dan dia masih tidak keluar dari hukumhukum, apabila ia mati, dia masih berada dalam taat dan menyembah Allah dan amalan-amalan
baiknya itu akan jadi saksinya.
Seseorang yang tidak melakukan kewajipan-kewajipannya terhadap Allah, maka jika Allah tidak
menolongnya, hawa nafsu kebinatangan akan menguasainya, dan dia akan terus melakukan perkaraperkara yang haram dan keluar dari hukum-hukum (syariat) dan teruslah ia menjadi kawan syaitan
yang dilaknati Allah dan jauhlah dia dari jalan lurus dan benar. Jika ia mati sebelum bertaubat, maka
termasuklah ia dalam golongan orang-orang yang rugi kecuali Allah mengampuni dan merahmatinya.
Oleh itu, orang-orang yang tidak melakukan kewajipannya adalah dalam bahaya dan orang-orang yang
melakukan kewajipannya adalah dalam selamat.

BAB 36: SYARAHAN KETIGA PULUH


ENAM
Jadikanlah hidup selepas mati itu sebagai wang modal kamu dan hidup di dunia ini sebagai
keuntungannya. Gunalah masa kamu mula-mula untuk hidup selepas mati. Jika ada masa yang
berlebihan, gunakanlah masa itu untuk kehidupan duniamu. Janganlah gunakan hidup dunia ini sebagai
wang modal dan hidup selepas mati sebagai keuntungan, yang dengannya kamu gunakan masa berlebih
itu untuk hidup selepas mati disamping menunaikan sembahyang lima waktu, seolah-olah membubuh
semua sekali dalam satu periuk, memasukkan bahagian-bahagiannya dan merosakkan susunannya,
tanpa rukuk dan sujud tanpa berhenti sebentar antara bahagian-bahagian itu, atau apabila kamu penat
dan letih, kamu tidur dengan membiarkan segala-galanya tidak terjaga, seperti mayat di waktu malam
dan siangnya memenuhkan hawa nafsu kebinatangan dan iblis, dan menjual akhiratmu untuk duniamu
dan kamu menjadi abdi nafsu kebinatanganmu.
Kamu diperintahkan supaya menguasai hawa nafsu kamu dan membawa diri kamu ke jalan yang lurus
lagi benar. Tetapi kamu membiarkan diri kamu merasai oleh hawa nafsu iblis rugilah kamu di dunia
ini dan di akhirat kelak diazab dengan api neraka. Di hari perhitungan kelak, kamu akan menjadi orang
yang paling miskin dan paling rugi, dan segala apa yang kamu kumpulkan untuk dunia kamu telah
hilang dari kamu dan tidak ada lagi. Rugilah kamu serugi-ruginya.Sebaliknya, jika kamu menurut jalan
akhirat dan menjadikannya sebagai wang modal, maka kamu beruntung di dunia dan di akhirat, dan
apa yang ditakdirkan untukmu di dunia ini akan datang kepada kamu dan kamu beroleh keselamatan
dan dihormati. Nabi pernah bersabda, "Sesungguhnya Allah memberi keselamatan dalam hal
kehidupan dunia jika niat kamu ditujukan ke akhirat, dan keselamatan akhirat tidak diberi jika niat
kamu ditujukan ke kehidupan dunia."
Niat yang ditujukan ke akhirat itu ialah taat kepada Tuhan kerana niat itu ialah jiwa ibadat. Oleh itu,
apabila kamu taat kepada Allah dan mengharapkan akhirat, maka kamu jadilah seorang yang dipilih
Allah dan masuk dalam golongan orang yang taat dan cita kepada Allah dan kehidupan akhirat kamu
dapati dan itulah syurga dan kehampiran kepada- Allah. Maka dunia ini akan berkhidmat kepada kamu
dan apa yang ditentukan untuk kamu akan kamu dapat sepenuhnya, kerana segala sesuatu tertakluk
kepada Allah yang menguasai segala-galanya.
Jika kamu leka dan tenggelam dalam hal kehidupan dunia dan tidak peduli hari akhirat, maka Tuhan
akan marah kepada kamu. Kamu akan tidak dapat akhirat dan dunia akan tidak taat kepada kamu.
Kamu akan mendapat kesusahan dan kepayahan dalam mendapatkan bahagian-bahagian yang telah
ditentukan untukmu, kerana Allah marah kepada kamu dan segala-gala yang tersebut itu sebenarnya
adalah kepunyaan Allah belaka. Siapa yang derhaka kepada Allah, maka Allah akan hinakan mereka.
Sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, "Dunia dan akhirat itu ibarat dua orang isteri,
jika kamu layan seorang sahaja, maka seorang yang lain itu akan marah kepada kamu."
Allah Subhanahu wa Ta 'ala telah berfirman yang maksudnya lebih kurang, "Sesungguhnya ada orangorang di kalangan kamu yang berkehendakkan kehidupan dunia ini, dan ada pula yang berkehendakkan
akhirat."

Orang yang berkehendakkan dunia sahaja digelar ahli dunia, dan yang berkehendakkan akhirat digelar
ahli akhirat. Perhatikan diri kamu, dari golongan manakah kamu berada. Dan dunia ini, dalam
golongan manakah antara yang dua itu kamu hendak menjadi ahli. Apabila kamu berada di alam
akhirat sesudah mati kelak, satu golongan ke syurga dan satu golongan lagi ke neraka. Kemudian, ada
pula satu golongan manusia tetap tinggal di tempatnya berada sambil perhitungan dan pembicaraan
dijalankan, dan satu hari di sana itu, menurut firman Tuhan, adalah seperti 15000 tahun lamanya. Ada
pula, satu golongan manusia yang duduk di tempat makan sambil makan makanan yang enak-enak,
buah-buahan, manisan yang lebih putih dari air, seperti kata hadith, "Mereka akan melihat tempat
tinggal mereka di syurga, sehingga Allah telah selesai membicarakan manusia, mereka akan masuk ke
syurga itu, mereka akan pergi menuju tempat tinggal mereka itu seperti juga orang-orang di dunia ini
pergi menuju tempat tinggal mereka. "
Orang-orang yang masuk ke syurga itu ialah mereka yang meninggalkan dunia mereka dan berusaha
untuk mencapai kebahagiaan akhirat dan Allah. Orang-orang yang malang itu ialah mereka yang tidak
langsung hiraukan akhirat dan mereka menghabiskan masa hidupnya dengan hal-hal keduniaan sahaja
dan berbimbang dengan hal-hal keduniaan sahaja, mereka lupa hari mereka akan diperhitungkan di
hadapan Tuhan Allah dan mereka tidak peduli Al-Qur'an dan kata-kata Nabi. Perhatikan diri kamu
dengan rasa kasihan dan pilihlah golongan yang lebih baik di antara kedua golongan tersebut. Jauhkan
diri dari berkawan dan bercampur gaul dengan orang-orang yang jahat mahupun dari jin. Ikutlah AlQur'an dan Sunnah Nabi, perhatikan, fikirkan dan amalkan. Janganlah terpengaruh oleh cakap-cakap
kosong dan oleh tamak haloba. Firman Allah:
Yang maksudnya:

"Apa saja harta rampasan (fai') yang diberikan Allah kepada RasulNya yang berasal dari penduduk
kota-kota, maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang
miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orangorang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa
yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
sangat keras hukumanNya." (Surah A-Hasyr : ayat 7)
Janganlah kamu membantahi Nabi dan janganlah kamu mengubah-ubah dengan pandai-pandai sendiri
sahaja baik dalam amalan kamu atau dalam penyembahan kamu. Allah ada berfirman:
Yang maksudnya:

"Kemudian Kami iringi di belakang mereka dengan Rasul-Rasul Kami dan Kami iringi (pula) dengan
Isa putera Mariam, dan Kami berikan kepadanya Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang
mengikutinya rasa santun dan kasih sayang. Dan mereka mengada-adakan Rahbaniyah pada hal Kami
tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk
mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya.
Maka Kami berikan kepada orang-orang yang beriman antara mereka pahalanya dan banyak di antara
mereka orang-orang fasik:" (Surah Al-Hadid: Ayat 27)
Allah telah membersihkan NabiNya dan menjauhkan dari segala yang batil.
Firman Allah:

Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu
tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (Surah An-Najm: Ayat 3-4)
Dengan lain perkataan, firman ini bermaksud, "Apa sahaja yang dibawanya kepada kamu ada dari
Aku, dan bukan dari dirinya atau hawa nafsunya, oleh itu ikuilah dia."
Firman Tuhan lagi:

"Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (ke hadapannya), begitu (juga)
kejahatan yang telah dikerjakannya, ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang
jauh, dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (seksa)Nya. Dan Allah sangat penyayang kepada
hamba-hambaNya, "(Surah Al-Imran: Ayat 30)

Oleh itu, jalan kasih itu ialah dengan mematuhi kata-kata dan perbuatan Nabi. Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda, "Berusaha itu adalah jalanku, dan tawakal kepada
Allah itu adalah hal (keadaan)ku."

Oleh yang demikian, kamu berada di antara perketika (amalan) dan hal (keadaan)Nya. Jika iman kamu
lemah, kamu hendaklah berusaha dan ini adalah amalannya, dan jika iman kamu kuat, kamu pakailah
keadaan kamu iaitu tawakal kepada Allah. Allah Subhanahu wa Taa la ada berfirman yang maksudnya
lebih kurang, "Dan kepada Allah kamu patut bertawakal. "Tuhan Allah berfirman lagi, "Dan
barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupinya."
Firman Allah:

"Dan sungguh jika kamu meninggal atau gugur, tentulah kepada Allah saja kamu dikumpulkan." (Surah
Ali-Imran: Ayat 158)

Allah memerintahkan kamu supaya bertawakal kepadaNya dan berpegang teguh dengan itu
sebagaimana Nabi pun diperintahkan demikian, sabda Nabi, "Barangsiapa membuat sesuatu yang
bukan dari perintah Kami adalah tidak diterima ."

Ini meliputi kehidupan, amalan dan perkataan. Kita tidak mempunyai Nabi kecuali baginda yang boleh
kita ikut, dan tidak ada kitab kecuali Al-Qur'an yang boleh kita patuhi. Oleh itu, janganlah melampaui
dari kedua-dua itu jika tidak hancurlah kamu dipimpin oleh hawa nafsu kebinatangan dan iblis yang
membawa ke jalan yang sesat.

Firman Allah, "Janganlah ikuti hawa nafsu kamu kerana ia akan membawa kamu sesat dari jalan
Allah."

Keselamatan itu terletak di kitab Allah dan Sunnah Nabi. Kerosakkan akan berlaku jika menyimpang
dari yang dua itu. Dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi itulah si hamba dapat naik ke taraf wilayah,
badliat dan ghutsiat.

BAB 37: SYARAHAN KETIGA PULUH


TUJUH
Wahai orang-orang beriman! Kenapakah saya lihat ada di antara kamu yang dengki dan cemburu hati
terhadap jiran-jiran kamu kerana mereka dapat lebih dari kurniaan Allah tentang makanan-minuman,
tempat tinggal, pakaian dan sebagainya? Tidakkah kamu tahu bahawa perasaan dengki itu akan
merobohkan iman kamu dan menjatuhkan diri kamu dari sisi Allah dan menyebabkan kamu dimurkai
Allah? Tidakkah kamu dengar bahawa Nabi pernah berkata yang Allah berfirman, "Orang yang dengki
itu adalah musuh kepada kasih sayang Kami? Tidakkah kamu pernah dengar hadith Nabi yang
menyatakan, "Sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan, seperti api memakan kayu api?".
Mengapa kamu dengki kepada orang lain, wahai insan? Dengkikah kamu kepada apa yang telah
diuntukkan Allah kepadanya? Apa yang ada padanya itu adalah sebenarnya kurniaan Allah jua. Oleh
itu, kenapa kamu dengki".
Firman Allah:

"Apakah mereka yang membahagi-bahagi rahmat Tuhanmu ? Kami telah menentukan antara mereka
penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas
sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang
lain, Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Surah Az-Zukhruf: Ayat 32)
Jika kamu dengki kepada orang lain, sesungguhnya kamu adalah seorang yang zalim. Kamu menzalimi
orang yang telah diberi kurnia oleh Allah. Kurnia itu telah dikhususkan kepadanya dan tidak kepada
orang lain. Jika kamu dengki juga kepada orang yang dikurnia Allah itu, maka itu menunjukkan kamu
zalim, jahil dan jahat. Jika kamu dengki dia kerana bahagian kamu itu, maka kamu adalah jahil kerana
apa yang telah diuntukkan kepada kamu itu tidak akan lesap ke tangan orang lain dan pasti kamu dapat.
Allah tidak zalim. Firman Allah yang ertinya lebih kurang, "Ayat yang datang dari Kami tidak boleh
diubah-ubah, dan Kami tidak zalim kepada hamba-hamba Kami."
Allah tidak zalim. Dia tidak akan mengambil dari kamu apa yang telah diuntukkan kepada kamu dan
diberiNya pula kepada orang lain. Tidak. Apa yang untuk kamu, pasti kamu dapat: Apa yang untuk
orang lain, pasti dia dapat. Oleh itu, janganlah dengki terhadap orang lain. Adalah lebih baik kamu
dengki kepada bumi yang menjadi setor harta benda dunia seperti emas, perak, dan intan berlian yang
mana-mana benda ini disimpan oleh raja-raja dahulu kala seperti 'Ad, Tsamud dan Maharaja Farsi
dan Rom, lebih baik mendengki ini dari mendengki saudara-saudara kamu.

Ibarat seorang yang melihat seorang raja yang agung mempunyai tentera yang tidak terkira banyaknya,
mengontrol daratan dan lautan yang luas dan mengutip cukai untuk keperluannya sendiri dan
keseronokkannya sendiri sahaja. Melihat ini, orang itu tidak dengki, tetapi dia dengki melihat seekor
anjing liar yang datang pada malam hari dekat dapur istana raja itu sambil mencari makan dari sisasisa makanan yang dibuang oleh tukang masak, yang makanan itu pula sudah busuk dan basi. Orang itu
dengki kepada anjing ini dan memusuhinya dan ingin hendak membunuhnya. Apakah ini bukan bodoh
namanya? Jika orang itu dengki benar kepada anjing yang lapar itu dan tidak dengki kepada raja yang
tamak itu, maka orang itu sebenarnya orang yang jahil, bodoh dan tidak tahu menimbang rasa.

Ketahuilah, wahai insan! Apakah yang akan dihadapi oleh jiran kamu itu di hari perhitungan kelak.
Sekiranya ia telah diberi Allah nikmat dan kurniaan yang baik-baik di dunia ini tetapi dia gunakan
kurniaan itu bukan menurut aturan-aturan yang ditentukan Allah, bahkan sebaliknya ia ingkar dan
memusuhi Allah dan tidak patuh kepadaNya, maka ketahuilah, ia di akhirat kelak akan disoal dan
dibicarakan tentang apakah yang dibuatnya dengan kurniaan itu. Jika ia gunakan kurniaan dan nikmat
itu bukan menurut keredhaan Ilahi, maka menyesallah dia, bahkan rasanya lebih baik dia tidak
menerima kurniaan itu di dunia dahulu. Apakah disesalkan? Sudah terlambat.

Nabi pernah bersabda, "Sebenarnya ada segolongan manusia di hari pembicaraan kelak yang inginkan
daging badannya dipotong-potong dengan gunting apabila melihat ganjaran yang diterima oleh orangorang yang mendapat azab dan kesusahan."

Mungkin di akhirat kelak jiran kamu itu ingin supaya ia berada di tempat kedudukan kamu dalam
kehidupan dunia ini apabila melihat tempoh masa yang panjang dalam pembicaraan di hadapan Tuhan
itu , dan memandangkan kesusahan dan kehidupan berdiri selama 50000 tahun di bawah panas
matahari untuk dihitung dan dibicara tentang apa yang dilakukannya dengan harta dan kekayaan yang
diberi Allah kepadanya di dunia dahulu, pada hal sementara itu kamu dalam perlindungan Allah,
makan, minum, berseronok dan bersuka ria kerana disebabkan kamu sabar dalam menempuh
kesusahan hidup di dunia ini sambil redha dengan ketentuan Allah dan menyesuaikan diri kamu dengan
Allah, dan kamu tidak dengki kepada orang lain kerana kelebihan yang diberi Allah daripada
kehidupan di dunia ini. Semoga Allah menjadikan saya dan kamu berada dalam sabar dalam
menempuh godaan dan perjuangan hidup di dunia ini dan bersyukur kepadaNya kerana kurniaanNya
yang tidak terhingga kepada kita sekalian. Mudah-mudahan kita semua bertawakal kepada Allah,
Tuhan bagi sekalian alam.

BAB 38: SYARAHAN KETIGA PULUH


LAPAN
Barangsiapa menjalankan tugas-tugasnya dengan Allah secara ikhlas dan benar, maka ia tidak
terpengaruh oleh apa sahaja selain Allah, wahai manusia! Janganlah menuntut apa yang kamu tidak
ada. Bertauhidlah kepada Allah dan jangan se-kutukan Dia dengan apa sahaja. Jadikanlah diri kamu
matlamat (target) bagi anak panah takdir yang akan mengena diri kamu bukan untuk membunuh tetapi
untuk mencederakan. Barangsiapa yang hancur kerana Allah akan menerima ganjaran dari Allah.

BAB 39: SYARAHAN KETIGA PULUH


SEMBILAN
Mengambil sesuatu berdasarkan hawa nafsu kebinatangan tanpa perintah dari Allah adalah
menyeleweng dari tugas kamu terhadap Allah dan melawan yang hak (benar). Mengambil sesuatu
tanpa digesa oleh hawa nafsu kebinatangan adalah kebaikan dan bersesuaian dengan hak, dan jika
berlawanan dari itu, maka itulah tidak ikhlas dan sikap munafik.

BAB 40: SYARAHAN KEEMPAT PULUH


Janganlah kamu sangka yang diri kamu telah termasuk dalam golongan orang-orang kerohanian kecuali
kamu telah menjadi musuh diri kamu dan kamu telah terpisah dari anggota badan kamu dan kaki tangan
kamu dan telah memutuskan perhubungan dengan wujud kamu, dengan gerak dan diam kamu, dengan
pendengaran dan penglihatan kamu, dengan cakap dan pegangan kamu, dengan usaha dan tindak tanduk
kamu, dan apa sahaja yang kamu anggap datangnya dari diri kamu sendiri. Dan semua yang ada pada
kamu setelah wujud kerohanian itu dihembuskan ke dalam kamu, kerana semua itu adalah tabir antara
kamu dengan Tuhan kamu. Apabila ruh kamu telah jadi bersih dan suci, maka rahsia dari segala rahsia
yang ghaib dari segala yang ghaib akan terbuka kepada kamu dan kamu akan sedar mana musuh dan
mana sahabat, mana hak dan mana batil. Mana tauhid dan mana syirik.
Nabi Ibrahim 'alahissalam bersabda:

"Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan semesta alam."
(Surah Asy-Syuara: Ayat 74)
Yang baginda maksudkan dengan 'musuh ' itu ialah berhala Oleh itu, kamu anggap diri kamu dan
seluruh kejadian (makhluk) ini sebagai berhala dan dengan itu jangan kamu patuh dan turut segalanya
itu. Hanya dengan itu sahaja kamu dikurnia rahsia-rahsia dan ilmu keTuhanan dan perkara-perkara
yang jarang ditemui orang dan kamu akan diberi kekuasaan menjadikan dan keramat dan ini adalah
jenis kuasa yang diberi kepada orang-orang yang percaya dengan Allah dan yang ghaib.
Kamu akan berada dalam keadaan ini seolah-olah kamu bangkit hidup sesudah mati di hari akhirat.
Jadi, kamu adalah semata-mata manifestasi kekuasaan Allah. Kamu mendengar melalui Allah, melihat
melalui Allah, bercakap melalui Allah, memegang melalui Allah, berjalan melalui Allah, mengetahui
melalui Allah dan kerehatan dan kesentosaan melalui Allah. Maka butalah kamu kepada apa sahaja
selain Allah, pekaklah kamu kepada apa sahaja selain Allah. Pada pandangan kamu tidak ada yang
wujud kecuali Allah selagi kamu perhatikan batas-batas hukum dan menurut undang-undang Tuhan.
Jika ada yang hilang dalam diri kamu dari kehendak-kehendak hukum Allah, maka ketahuilah kamu
sedang diuji dan dipermainkan oleh syaitan. Oleh itu, kembalilah menurut hukum-hukum Allah dan
berpegang teguh denganNya dan jauhkan diri dari nafsu kebinatangan, kerana tiap-tiap perkara yang
tidak disahkan oleh hukum-hukum atau undang-undang Allah adalah bukan menurut iman.

BAB 41: SYARAHAN KEEMPAT PULUH


SATU
Saya beri satu ibarat atau perumpamaan untuk direnungi: Katalah ada seorang raja yang telah melantik
orang biasa menjadi gabenor untuk memerintah satu bandar. Orang itu diberi pakaian kerajaan dengan
bendera, panji-panji, gendang kerajaan, dan sepasukan askar yang cukup lengkap. Masa berlalu,
akhirnya disangkanya keadaan itu berkekalan. Maka timbullah perasaan bangga dan sombongnya.
Lupalah dia keadaannya sebelum beliau dilantik menjadi gabenor dahulu. Oleh kerana bangga dan
sombongnya itu, jawatannya dilucutkan oleh raja. Dibicarakan di hadapan raja dan diminta
menjelaskan mengapa ia melakukan kesalahan itu. Akhirnya didapati ia bersalah, lalu dibicarakan.
Menyesallah dia dalam penjara yang sempit dan gelap. Kerana lamanya dia dalam penjara itu, maka
perasaan bangga dan sombongnya itupun hilang, hatinya hancur dan api hawa nafsunya padam. Semua
ini diketahui oleh raja. Lama kelamaan raja itu pun jatuh kasihan kepadanya. Dia dilepaskan dari
penjara dan diberi semula jawatan yang dipegangnya dahulu di bandar yang lain pula sebagai hadiah
dari raja itu. Maka berkekalanlah dia menjadi gabenor dalam keadaan baik hati dan tidak berperangai
seperti dulu lagi. Diapun jadi orang baik dan bersih.
Inilah ibarat seorang mukmin dengan Allah yang membawa si mukmin itu hampir dan orang
pilihanNya. Dibukanya pintu hati si mukmin itu kepada kasih sayang dan kurniaNya. Maka nampaklah
oleh si mukmin itu dengan mata hatinya apa yang tidak nampak dengan mata kasar, dan didengarnya
dengan telinga hatinya apa yang tidak pernah didengar dengan telinga kasar, maka dilihatnya perkarapcrkara ghaib dari kerajaan Tuhan Yang Maha Besar dan meliputi langit dan bumi dan apa sahaja.
Bertambah hampirlah ia dengan Allah. Sembahyang dan doanya diterima Allah. Dia dilimpahi kasih
sayang dan perkataan yang baik-baik dan manis-manis dari Allah. llmu Allah yang pelik-pelik akan
dapat diketahuinya dengan kurniaan Allah jua. Allah akan sempurnakan kurniaNya kepada si mukmin
itu pada segi batin mahupun lahir seperti kesihatan badan, minuman, pakaian, makanan dan isteri yang
baik dan perkara-perkara yang halal dan bersesuaian dengan peraturan dan .ketentuan Allah. Jadi,
Allah akan menetapkan keadaan ini untuk hambaNya yang beriman dan hampir kepadaNya beberapa
lama sehingga si hamba itu merasa selamat dan kekal dalam keadaan itu. Kemudian Allah akan
datangkan mala petaka, kesusahan hidup dan bencana. Maka si hamba itupun merasa sedih, hairan, dan
hancur hati lagi dan putus dari hubungan dengan orang-orang golongannya.
Jika ia melihat keadaan zahirnya, dilihatnya kejahatan yang menimpanya dan jika dilihatnya hatinya
dan batinnya, dilihatnya yang mendukacitakannya. Jika ia minta kepada Allah untuk membuang
kesusahan yang dihadapinya itu, maka Allah tidak menerimanya, dan jika ia meminta janji-janji yang
baik, maka tidak didapatinya dengan segera, dan jika ia berjanji sesuatu, ia tidak diberitahu tentang
hasilnya, dan jika ia mimpi sesuatu, ia tidak tahu maksudnya, dan jika ia hendak berhubung dengan
orang-orang golongannya, maka ia tidak dapat berbuat demikian, pendeknya segala-galanya telah
tertutup baginya dan doanya tidak diterima.
Maka dengan itu, dirinya pun hancur dan hawa nafsunya pun hilang dan hapuslah niat dan cita-citanya.
Segala-galanya kosong baginya. Perkara ini berkekalan sementara dan mungkin dihebatkan lagi
penderitaannya itu sehingga sampailah masanya bila ia merasa tabiat-tabiat dan sifat-sifat ke

manusiaannya hilang terus dan dia tinggal seolah-olah ruh sahaja lagi. Maka didengarnyalah suara
batinnya memanggilnya:
(Allah berfirman)

"Hentamkanlah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum. "(Surah Shaad: Ayat 42)
Ayat itu difirmankan kepada Nabi Ayub.

Kemudian Allah akan melimpahi lautan rahmat dan kasih sayang kepadanya dan hatinya merasa aman
tenteram dan hatinya disinari dengan cahaya iman dan ilmu. Pintu keredhaan Allah dibuka kepadanya,
kepadanya manusia akan berkunjung memberi berbagai-bagai hadiah dan orang akan berkhidmat
kepadanya. Manusia akan memuji dan menghormatinya. Kata-katanya disanjung tinggi. Orang akan
merasa bahagia dimajlisnya. Raja-raja dan orang besar-besar pun tunduk kepadanya. Allah akan
menyempurnakan kurnianya zahir dan batin. Allah pelihara dia secara zahirnya melalui makhluknya
dan pada batinnya melalui kasih sayang dan rahmatNya. KekAllah dia dalam keadaan itu sehingga ke
akhir hayatnya. Kemudian Allah masukkan dia ke tempat yang tidak terlihat oleh mata dan tidak
terdengar oleh telinga dan tidak terlintas ke dalam hati sesiapa, seperti firman Allah, "Tidak ada
seorangpun tahu apa yang ada dalam setor untuk mereka daripada perkara yang menyedapkan mata,
satu ganjaran untuk apa yang mereka telah lakukan." Demikian firman Allah.

BAB 42: SYARAHAN KEEMPAT PULUH


DUA
Roh manusia ini ada dalam dua keadaan, tidak ada yang ketiga. laitu dalam keadaan bahagia dan
dalam keadaan derita. Apabila ia dalam keadaan derita, maka timbullah perasaan resah gelisah,
merungut, tidak redha, dan mengkritik serta menyalahkan Allah, tidak sabar, dan tidak tawakal,
timbullah akhlak buruk, mensekutukan Allah dengan yang lain, dan akhirnya tidak percaya atau kufur.
Apabila ia dalam kesenangan, maka ia menjadi mangsa tamak haloba, hawa nafsu kebinatangan dan
keiblisan. Nafsunya tidak puas-puas. la hendakkan barang yang ditentukan kepada orang lain. Maka
tidak lepas-lepaslah ia dalam kesusahan dan derita sama ada di dunia atau di akhirat.
Sesungguhnya hukuman yang paling azab ialah mencari atau menuntut apa yang bukan diuntukkan
kepada kita.
Apabila ia dalam kesusahan, tidaklah ia mahu yang lain kecuali meminta kesusahan itu dihilangkan
dan tidaklah ia ingat kepada keseronokkan dan kehendak kepada apa-apa yang menyukacitakan. Tetapi
bila ia diberi kesenangan dan keseronokkan, maka kembalilah ia tamak, dengki, ingkar dan melakukan
perkara-perkara yang berdosa dan bermaksiat. Lupalah ia kepada penderitaan yang dialami olehnya
dulu.
Maka dengan itu, iapun dikembalikan semula mengalami kesusahan dan penderitaan yang lebih
dahsyat dari dulu lagi kerana ia telah berdosa dan perlu dihukum. Dengan cara ini ia akan sedar dan
menjauhkan dirinya di masa akan datang dari melakukan dosa dan noda kesenangan dan kebahagiaan
itu tidak dapat menyelamatkannya, tetapi kesusahan dan penderitaan itu dapat menyelamatkannya.
Sekiranya dia berkelakuan baik tatkala derita dan kesusahan dibuang darinya, serta patuh, syukur dan
redha dengan Allah, maka itu adalah lebih baik kepadanya di dunia dan di akhirat. Maka Allah akan
tambah kurniaan, nikmat, kebahagiaan dan keselamaran pada dia.
Oleh yang demikian , barangsiapa berkehendakkan keselamatan dalam hidup di dunia dan di akhirat,
maka hendaklah tanamkan perangai sabar, rela bertawakal kepada Ilahi, jauhkan merungut terhadap
manusia dan dapatkan segala keperluan dari Allah Yang Maha Agung. Patuhlah kepada Allah dan
abdikan diri kepada Dia sahaja. Dia lebih baik dari selain dia.
Selalunya apa yang tidak disampaikanNya kepada kita itu adalah sebenarnya satu kurniaan atau
hadiah. Hukumannya itu adalah satu kebaikan. Penderitaan yang ditimpakan olehNya itu adalah satu
ubat. JanjiNya ibarat wang tunai, kreditNya ialah keadaan pada masa ini, perkataanNya ialah lakuan.
Apabila Allah hendak menjadikan sesuatu, maka ia hanya berkata jadilah, maka jadilah ia. Oleh itu,
semua perbuatanNya adalah baik dan berdasarkan hikmah kebijaksanaan. Allah sahaja Yang Maha
Tahu. Manusia tidak mengetahui ilmu Allah itu sedalam-dalamnya. Dengan itu, ada lebih baik jika si
hamba terus bertawakal, menyerah, kembali kepadaNya , dan melakukan apa yang disuruh dan
meningalkan apa yang ditegahNya. Janganlah salahkan Allah dan merungut serta mengatakan Dia
zalim dan tidak tahu atau sebagainya. Jangan salahkan lakuanNya.

Ada satu hadith Nabi yang diriwayatkan oleh 'Atha' lbnu Abas yang didapatinya dari Abdullah Ibnu
Abas. Dilaporkan bahawa Ibnu Abas pernah berkata, "Saya sedang menunggang kuda di belakang
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan baginda berkata kepada saya, "Anakku, jagalah
kewajipanmu kepada Allah, maka Allah akan menjaga kamu, jagalah kewajipanmu kepada Allah,
maka kamu akan dapati Allah itu berada di hadapan kamu."

Oleh itu, apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah. Apabila kamu memohon perlindungan,
pohonlah kepada Allah. Jika hamba-hamba Allah semuanya hendak memberi manfaat kepada kamu
tetapi tidak dengan izin Allah, maka sia-sia sahaja pekerjaan mereka itu. Jika semua hamba-hamba
Allah cuba hendak memudharatkan kamu tetapi tidak dengan izin Allah, maka kamu tidak akan ditimpa
mudharat apa-apa. Oleh itu, jika kamu boleh melakukan suruhan-suruhan Allah dengan ikhlas, maka
lakukanlah. Jika kamu tidak memperlakukannya, maka lebih baik kamu sabar terhadap apa yang kamu
tidak suka melihat yang di situ ada banyak kebaikannya. Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu
datang melalui sabar, dan ketahuilah berserta dengan kesusahan itu ada kesenangan. Tiap-tiap orang
yang beriman hendaklah mempraktikkan hadith Nabi ini agar selalu beroleh keselamatan dalam dunia
ini dan di akhirat kelak dan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

BAB 43: SYARAHAN KEEMPAT PULUH


TIGA
Barangsiapa meminta sesuatu dari manusia, maka ia melakukan itu kerana jahil tentang Allah, lemah
iman, kurang pengetahuan tentang hakikat, kurang keyakinan dan kesabaran. Barangsiapa meminta
sesuatu dari Allah, maka itu tanda ia penuh dengan ilmu Allah Yang Maha Agung dan Maha Kaya, dan
tanda ia mempunyai iman yang teguh dan keyakinan yang pasti dan melalui bertambahnya ilmu Allah
dalam hatinya setiap waktu, dan tanda malunya kepada Allah Yang Maha Gagah Perkasa.

BAB 44: SYARAHAN KEEMPAT PULUH


EMPAT
Sesungguhnya tiap-tiap permohonan dan doa orang-orang yang mempunyai ilmu kerohanian terhadap
Allah SubhanahuwaTa'ala , tidak diberikan, dan tiap-tiap janji tidak ditunaikan olehNya kerana Allah
tidak mahu orang-orang ini terlampau tinggi harap (terlampau optimistik), kerana tidak ada hal
(keadaan) kerohanian dan maqam (steyen) kerohanian melainkan mempunyai takut dan harap berserta
denganNya. Kedua-dua ini umpama dua kapak atau sayap burung. Dua-dua perlu. Satu sahaja tidak
jadi. Takut dan harap ini ada dalam tiap-tiap hal dan maqam.
Oleh yang demikian, orang yang mempunyai ilmu kerohanian atau kebatinan dapat hampir dengan
Allah. Hal dan maqamnya ialah dia tidak inginkan sesuatu selain Allah. Dia tidak cenderung dan
merasa kepada yang lain selain Allah. Dia tidak merasa gembira kepada yang lain dari Allah. Jadi,
meminta supaya permohonannya diterima atau janjinya dipenuhi, adalah berlawanan dengan jalannya
dan tidak sesuai dengan maqam (stesyen)nya.
Ada dua sebab dalam perkara ini. Sebab yang pertama ialah dia tidak mahu dikuasai oleh terlalu
mengharap atau khayalan terhadap apa yang telah ditakdirkan Allah kepadanya, dan dia tidak mahu
mendahului Allah dalam sesuatu tindakan dan lagipun dia tidak tahu takdir Allah itu mungkin ada yang
lebih baik dari yang dipintanya itu. Sebab yang kedua ialah ini boleh menimbulkan syirik iaitu
menyekutukan sesuatu dengan Allah. Kerana tidak ada manusia yang tidak berdosa kecuali Nabi-Nabi.
Kerana sebab-sebab inilah Allah tidak selalunya memperkenankan permohonan hambahambaNya,takut kelak si hamba itu meminta menurut kehendak dirinya sahaja tanpa merujukkan
kepada aturan dan perintah Allah. Ada kemungkinan pula membawa kepada syirik. Ada berbagaibagai sebab yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah syirik dalam tiap-tiap maqam, hal dan
jalan dalam mengikuti jalan kerohanian ini. Tetapi apabila sesuatu do'a dan permintaan itu ada
menurut kehendak dan ketentuan Allah, maka ini akan menambahkan hampir lagi si hamba itu dengan
Allah, seperti juga dengan sembahyang, puasa dan kewajipan-kewajipan yang lain kerana dalam
semua itu adalah mematuhi perintah-perintah Allah.

BAB 45: SYARAHAN KEEMPAT PULUH


LIMA
Ketahuilah bahawa manusia ini ada dua jenis. Satu jenis ialah mereka yang dikurniai Allah dengan
perkara-perkara yang baik di dunia ini, dan yang satu jenis lagi ialah mereka yang diuji dengan apa
yang telah ditakdir oleh Allah pada mereka, mereka yang mendapat perkara-perkara yang baik itu
tidaklah bebas dari dosa dan kegelapan dalam proses menikmati kurniaan tersebut. Orang-orang ini
merasa seronok dengan kurniaan itu. Tiba-tiba datang takdir Allah yang menimpa mereka dengan
kesulitan dan mala petaka pada diri, atau keluarga, atau harta benda. Dengan itu mereka pun berasa
sedih dan putus asa. Mereka pun lupa kepada keseronokkan dan kebahagiaan yang mereka nikmati
dahulu. Bila mereka diberi kekayaan, keselamatan dan kesentosaan, mereka lupa, seolah-olah mereka
sangka keadaan itu berkekalan. Bila mereka ditimpa mala petaka, lupalah mereka kepada kebaikan
yang mereka terima dahulu, seolah-olah kebaikan itu tidak ada pada mereka. Semua ini adalah tanda
jahil dengan tuannya yang sebenar iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Jikalah mereka tahu bahawa Tuhan Allah itu berkuasa membuat apa saja yang dikehendakiNya, sama
ada berkuasa menjatuh atau menaikkan, mengaya dan memiskinkan, menyenang dan menyusahkan,
mengelokkan dan memburukkan, menghina dan memuliakan, menghidup dan mematikan, bahkan apa
sahaja, jika mereka tahu semua ini, tentulah mereka tidak menyangka yang kebahagiaan dan kekayaan
yang mereka nikmati itu akan berkekalan, dan tentulah mereka tidak bangga dan sombong, ataupun
putus asa dan kecewa jika kekayaan dan kebahagiaan itu dihilangkan dari mereka.
Kelakuan mereka yang salah ini ialah disebabkan mereka jahil tentang dunia ini. Mereka tidak tahu
bahawa dunia ini adalah tempat ujian, tempat berusaha, tempat bersakit dan tempat bersusah payah.
Dunia ini ibarat dua lapis rasa, di luarnya rasa pahit dan di dalamnya rasa manis. Makan yang pahit
itu dulu, barulah dapat rasa yang manis. Seseorang itu hendaklah rasa yang pahit itu dulu sebelum
dapat merasai yang manis. Bersabarlah memakan yang pahit itu dulu supaya dapat yang manisnya.
Oleh itu, barangsiapa bersabar dengan ujian-ujian dunia ini, akan berhak mendapat hasil dan ganjaran
yang baik dan bagus. Ibarat orang makan gaji. Kerja dulu, baru dapat gaji. Lapisan yang pahit itu perlu
dihabiskan, barulah dapat merasa lapis yang manis pula.
Oleh yang demikian, apabila si hamba itu patuh kepada Allah, melakukan yang disuruhNya dan
meninggalkan yang dilarangNya, bertawakal bulat kepadaNya, menurut takdirNya, dan bila ia telah
memakan yang pahit, menghapuskan hawa nafsu keiblisannya, dan menghancurkan matlamat dan
kehendak ego (diri)nya, maka Allah akan memberinya kehidupan yang baru dan kehidupan yang baik,
kebahagiaan, keselamatan, kemuliaan, dan Allah akan memeliharanya dan memberi perlindungan
kepadanya. Si hamba itupun jadilah seperti bayi yang disusui oleh ibunya, iaitu bayi itu tidak perlu
lagi mencari makan, ibunya yang memberinya makan. Allah akan beri ia rezeki tanpa bersusah payah
dan berusaha keras di dunia ini dan juga di akhirat kelak.
Si hamba janganlah menyangka yang ia tidak diuji dan kurniaan yang diterimanya itu akan berkekalan.
Perlulah si hamba bersyukur dan menyerahkan dirinya kepada Allah semata. Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang, "Keseronokkan dunia ini

adalah perkara yang merosakkan, oleh itu, pertahankan diri kamu darinya dengan bersyukur."
Syukur terhadap kurniaan kekayaan itu ialah dengan menyedari dan mengatakan kepada diri sendiri
bahawa kurniaan itu ialah kepunyaan Allah yang dipinjamkanNya dan diamanahkanNya kepada kita.
Kita tidak punya apa-apa melainkan Allah yang mempunyai segala-galanya. Janganlah dalam perkara
hartabenda itu kita melampaui batasan-batasan yang ditentukan Allah, dan gunakan harta benda itu
menurut kehendak Allah. Berilah zakat dan sedekah. Tolonglah orang-orang yang miskin papa. Orangorang dalam kesusahan dan beri nafkah kepada tanggungan-tanggungan kita. Inilah bersyukur terhadap
kurniaan kekayaan harta benda dari Allah itu. Bersyukur terhadap anggota-anggota badan yang diberi
Allah itu ialah dengan menggunakan badan itu untuk mematuhi perintah-perintah Allah dan
meninggalkan laranganNya dan jangan melakukan dosa dan maksiat.
Inilah caranya memelihara kurniaan Allah itu supaya jangan terlepas. Siramkan pokokNya supaya
subur, supaya rendang daunnya dan menghasilkan buah yang manis yang menampakkan manfaatnya
pada badan agar badan itu dapat memathui Allah dan menghampiri Allah dan selalu ingat kepadanya,
agar kita dapat rahmat dan kasih sayang yang di akhirat kelak dan dapat kekal di syurga bersama-sama
Nabi-Nabi, shodiq (orang-orang yang benar), syahid (orang-orang yang menyaksikan) dan soleh
(orang-orang yang baik). Sesungguhnya inilah kumpulan orang-orang yang dipermuliakan.
Tetapi jika seseorang itu terpengaruh dan tenggelam dengan kesedapan dan keseronokkan dunia yang
fana' ini sahaja, maka rugilah ia. Di akhirat kelak ia akan menyesal yang tidak putus-putus, dan neraka
tempat tinggalnya.
Allah menguji manusia. Ujian itu ada berbagai-bagai tujuan. Ada kalanya untuk tujuan menghukum
manusia kerana kesalahan dan dosa yang telah dilakukan olehnya. Ada kalanya pula untuk
meninggikan taraf orang itu supaya dapat bersama orang-orang yang mempunyai ilmu kerohanian yang
mengalami berbagai-bagai hal dan maqam. Mereka ini telah mengembara di padang bencana dan
kesusahan dengan menunggang kenderaan kasih sayang Allah dan ditiup dengan angin bayu
penglihatannya yang lemah lembut terhadap pergerakan dan sikap mereka kerana ujian itu bukan
hendak mencampakkan mereka ke neraka tetapi sebaliknya, dengan ujian Allah menguji mereka untuk
memilih mereka dan meneguhkan keimanan mereka dan membersihkan mereka agar terbeza iman
dengan kufur, tauhid dengan syirik, dan sebagai ganjarannya orang itu diberi ilmu, rahsia dan nur.
Apabila orang-orang ini telah bersih zahir dan batin dan hati mereka telah suci, maka orang itu akan
jadi orang-orang pilihanNya dan kekasihNya dan mendapat rahmat di dunia dan di akhirat, dan dunia
ini melalui hati mereka, dan di akhirat melalui jasmani mereka. Oleh itu, bala bencana itu adalah
sebenarnya pencuci atau pembersih daki-daki syirik dan memutuskan perhubungan dengan manusia
dan keduniaan dan hawa nafsu kebinatangan dan keiblisan, dan juga menjadi alat untuk menghancurkan
bangga, sombong dan tamak haloba serta menghapuskan niat yang bukan kerana Allah dama membuat
ibadat umpamanya beribadat kerana hendakkan syurga atau sebagainya.
Tanda ujian dengan cara hukuman ialah hendakkan sabar apabila datang ujian-ujian itu dan meratap
serta merungut kepada orang lain. Tanda ujian dengan cara pembersihan dan pembuangan kelemahan
ialah adanya kesabaran yang baik tanpa rungutan dari menunjukkan kesusahan kepada orang lain dan
tanpa keberatan untuk membuat suruhan Allah. Tanda ujian untuk meninggikan taraf ialah adanya
kerelaan dan kesukaan hati dan kedamaian terhadap lakuan Allah, Tuhan seru sekalian alam, dan diri

sendiri pun hilang dalam ujian itu sehinggalah masanya ujian itu akan tamat.

BAB 46: SYARAHAN KEEMPAT PULUH


ENAM
Ada satu hadith Nabi menyatakan bahawa Allah ada berkata iaitu, "Barangsiapa yang sentiasa
mengingat Aku dan tidak ada masa untuk meminta sesuatu kepadaKu, maka Aku akan beri dia perkara
yang lebih baik daripada yang diberi kepada orang yang meminta."
Ini ialah kerana apabila Allah hendak memilih seseorang yang beriman untuk tujuannya sendiri, maka
orang itu akan dibawaNya melalui berbagai-bagai keadaan (hal) kerohanian dan mengujianya dengan
berbagai-bagai kesulitan dan kesusahan. Allah jadikan dia miskin setelah kaya. Bahkan sampai orang
itu hampir-hampir mengemis untuk mencari rezeki. Kemudian ditolongnya dari menjadi pengemis dan
orang itu pun hampir-hampir hendak meminjam dari orang lain untuk mencari nafkah. Kemudian Allah
selamatkan dia dari meminjam dan diberiNya kerja. Maka bekerjalah dia mencari nafkah hidup
seperti yang telah dilakukan oleh Nabi.
Kemudian dijadikanNya kesusahan pada orang itu untuk mencari rezeki rezeki dan diperintahkan
kepada orang itu melalui ilham supaya mengemis. Perintah demikian ini ialah sebenarnya perintah
rahsia yang diketahui dan disedari oleh orang yang berkenaan itu sahaja. Allah jadikan kerja
mengemis itu sebagai ibadat baginya dan berdosa jika ia tidak melakukannya, agar dengan itu
kebanggaan hilang dan egonya hancur lebur. Ini ialah latihan kerohanian. Mengemis cara itu ialah
suruhan Allah dan bukan secara syirik. Kemudian Allah lepaskan orang itu dari keadaan tersebut dan
memerintahNya supaya meminjam dan ini tidak boleh dibantah lagi, sebagaimana ia mengemis dahulu
juga.
Setelah itu, tukar pula keadaan orang itu dan memutuskan perhubungannya dengan manusia dan
menjadikan orang itu hanya bergantung kepada Allah sahaja untuk nafkah hidupnya. Apa sahaja yang
dikehendakinya pinta sahaja kepada Allah dan Allah akan perkenankan, dan jika ia tidak meminta,
Allah tidak memberi apa-apa kepadanya.
Kemudian itu Allah tukar pula keadaannya iaitu daripada meminta secara lisan kepada meminta dalam
hati sahaja. Oleh itu orang itupun melalui hatinya kepada Allah. Apa sahaja dipinta akan diberi Allah.
Jika ia meminta dengan lisan, Allah tidak memberinya ataupun jika ia meminta kepada manusia, maka
ia tidak dapat apa-apa dari manusia itu.
Kemudian keadaan ini ditukar lagi. Allah hilangkan dia daripada diri orang itu sendiri dan dia tidak
meminta lagi secara rahsia atau secara terbuka. Maka diapun diberi Allah ganjaran dengan apa sahaja
yang membetulkan dirinya dan menukar keadaan dirinya daripada perkara-perkara yang demikian,
diminum, dipakai dan apa sahaja keperluan hidup tanpa berusaha atau terlintas difikirannya. Allah
akan menolong.
Firman Allah:

"Sesunggulinya perlindungKu ialah Allah yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Qur'an) dan dia
melindungi orang-orang yang soleh. "(Surah Al-A'raf: Ayat 196)

Maka perkataan Allah yang diterima oleh Nabi itu betul-betul terzahir, iaitu, "Yang tidak ada masa
untuk meminta apa-apa, maka Aku beri dia lebih daripada apa yang Aku beri kepada mereka yang
meminta," dan inilah peringkat 'bersatu' dengan Allah dan inilah keadaan atau kedudukan wali-wali
Allah biasa dan abdal. Dan peringkat ini ia diberi kuasa menjadikan, dan apa sahaja yang
dikehendakinya akan dapat olehnya dengan izin Allah jua. Firman Allah dalam satu daripada kitabkitabNya, "Wahai anak Adam! Akulah Tuhan, tidak ada Tuhan kecuali Aku, bila aku katakan kepada
sesuatu "jadilah ", maka jadilah ia. Patuhlah kepadaKu, sehingga jika kamu katakan kepada sesuatu
"jadilah", maka jadilah ia."

BAB 47: SYARAHAN KEEMPAT PULUH


TUJUH
Saya bermimpi, dan dalam mimpi itu datang seorang tua bertanya kepada saya, "Apakah yang
membuat si hamba itu hampir kepada Allah?" Saya menjawab, "Proses ini ada awal dan ada akhirnya.
Awalnya ialah kuat beribadat dan taat. Akhirnya ialah redha dengan Allah, menyerah diri kepada
jalanNya dan bergantung penuh kepadaNya."

BAB 48: SYARAHAN KEEMPAT PULUH


LAPAN
Seseorang yang beriman itu hendaklah melakukan tugas yang wajib dahulu. Apabila itu sempurna,
barulah melakukan yang sunat. Setelah inipun sempurna, maka bolehlah melakukan yang lebih dari itu.
Jika seseorang itu melakukan yang sunat tetapi tidak melakukan yang wajib, maka ia adalah satu
kebodohan. Jika ia melakukan yang sunat dan nafal (tugas-tugas yang berlebihan) sebelum melakukan
yang wajib, maka ibadatnya itu tidak diterima dan sia-sia sahaja. Ibarat seorang raja yang menyuruh
seorang rakyatnya menjadi hambanya. Tetapi orang itu tidak pergi berjumpa raja, sebaliknya ia
menghambakan dirinya kepada orang besar atau oang kenamaan raja itu pada hal orang besar atau
orang kenamaan itupun adalah hamba kepada raja itu juga. Ali bin Abu Talib Radhiyallahu 'anhu
berkata bahawa Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ada bersabda, "Misalan seseorang
yang melakukan sembahyang-sembahyang yang bukan wajib pada hal sembahyang-sembahyang yang
wajib banyak yang telah tidak dibuatnya, adalah umpama seorang perempuan yang hamil dan sebelum
sampai masanya ia beranak, ia telah keguguran, maka oleh itu perempuan itu tidak lagi hamil dan tidak
juga menjadi ibu."
Orang yang melakukan sembahyang-sembahyang yang bukan wajib dan meninggalkan sembahyangsembahyang yang wajib, maka sembahyangnya itu tidak diterima. Begitu juga ibarat orang yang
sembahyang seperti orang yang berniaga, ia tidak mendapat untung kecuali ia telah memegang
modalnya dahulu. Orang yang melakukan sembahyang yang bukan wajib, maka sembahyang itu tidak
diterima kecuali ia terlebih dahulu melakukan sembahyang yang wajib. Orang yang melakukan
sembahyang sunat dan bukan wajib dan meninggalkan sembahyang yang sunat dan wajib itu, maka
sembahyangnya itupun tidak diterima dan sia-sia sahaja. Oleh itu, antara perkara yang mesti kita
hapuskan ialah membuat yang haram, menyekutukan Allah, tidak redha dengan hukum dan takdirNya,
menurut sahaja kata-kata orang dan keinginan mereka, tidak melakukan perintah Allah dan derhaka
kepadaNya. Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Tidak boleh mentaati
sesiapa jika itu menderhakai Allah."

BAB 49: SYARAHAN KEEMPAT PULUH


SEMBILAN
Barangsiapa memilih tidur dan tidak memilih berjaga malam untuk sembahyang, maka pilihannya itu
adalah pilihan yang tidak baik dan mematikan hatinya kerana tidur itu adalah seperti mati juga. Tidur
tidak sesuai dengan Allah kerana Dia tidak ada cacat cela. Malaikat pun tidak juga tidur kerana
mereka itu hampir dengan Allah. Tidur juga tidak sesuai dengan orang-orang akhirat kerana mereka itu
orang-orang yang suci dan mulia dan pada sisi mereka tidur itu merosakkan keadaan kehidupan
mereka. Oleh itu, semua kebaikan itu terletak dalam berjaga dan semua kejahatan itu terletak dalam
tidur dan malas bekerja.
Orang yang makan kerana tamak haloba, makannya banyak, tidurnya banyak dan minumnya banyak,
dan banyak pula kebaikan yang hilang darinya. Barangsiapa yang makan sedikit daripada yang haram
adalah seperti orang yang makan banyak dari yang halal kerana tamak, sebab benda-benda yang haram
itu melemahkan iman dan menggelapkannya. Apabila iman gelap, maka tidak ada sembahyang, ibadat
dan keikhlasan. Barangsiapa makan banyak benda-benda yang halal di bawah perintah dan kehendak
Allah adalah seperti orang yang makan sedikit dalam keseronokkan ibadat dan mendatangkan
kekuatan. Jadinya, benda-benda yang halal itu adalah cahaya yang ditambah kepada cahaya, dan yang
haram itu adalah gelap ditambah kepada gelap. Tentu sahaja tidak baik. Oleh itu, memakan bendabenda yang halal dengan tamak dan tanpa menurut kehendak dan perintah Allah ialah seperti memakan
benda-benda yang haram dan ini membawa tidur yang tidak ada kebaikan di dalamnya.

BAB 50: SYARAHAN KELlMA PULUH


Mungkin kamu berada dalam satu daripada dua keadaan ini:
(1) Jauh dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.
(2) Hampir dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Sekiranya kamu jauh dari Allah, maka janganlah kamu berdiam diri sahaja dan tidak mahu mengajar
bahagian kamu dari kurniaan Allah dan kebahagiaan, keselamatan dan kemajuan di sisi Allah dalam
dunia ini dan di akhirat kelak. Ayuh! Bangunlah dan segera menuju Allah. Tinggalkan keseronokkan
dan berfoya-foya itu dan jauhkan yang haram. Bersedialah dengan sabar menghadapi kesulitan dan
kesusahan dan jauhkan diri dari manusia dan dari keinginan dunia atau akhirat agar kamu berjaya
'bersatu' dengan Allah dan hampir denganNya, dan kemudian itu, barulah kamu boleh mendapat apa
yang kamu kehendaki. Kamu akan diberi kemuliaan dan ketinggian pangkat di sisi Allah. Jika kamu
telah masuk dalam golongan yang diberi Allah kehormatan, kasih sayang dan rahmatNya, maka
tunjukkanlah sopan santun dan akhlak yang baik dan jangan kamu merasa tinggi diri dengan
kurniaanNya itu, agar kamu tidak lupa tentang kewajipan kamu terhadap Allah dan agar kamu tidak
condong kembali kepada kejahilan dan kegelapan kamu yang mula-mula dulu. Firman Allah:

"Sesungguhnya Kami telah mengemukan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung,maka
semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah
amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh. (Surah AJAhzab:Ayat 72)
Firman Tuhan lagi:

"Dan manusia mendo'a untuk kejahatan sebagaimana ia mendo'a untuk kebaikan. Dan manusia adalah
bersifat tergesa-gesa." (Surah Al-Isra': Ayat 11)
Pelihara hati kamu daripada condong kepada apa yang telah kamu tinggalkan tentang manusia, hawa
nafsu, keinginan, usaha, kehilangan sabar, redha dan bersesuaian dengan Allah semasa ditimpa
kemalangan dan kesusahan. Sebaliknya kamu hendaklah menyerahkan diri kamu kepada Allah seperti
bola di kaki pemain bola, atau seperti bayi dipangkuan ibunya, atau seperti mayat di tangan pemandipemandinya. Butakan hati kamu kepada apa sahaja selain Dia supaya kamu pandang tidak ada yang
lain kecuali Allah, tidak ada yang wujud, tidak ada yang memudharatkan, tidak ada yang memfaatkan,
tidak ada yang menolak pemberian atau yang memberi, semua itu si Dia itu jua. Anggaplah makhluk

itu, semasa kesusahan dan penderitaan, sebagai tali cemeti dari Allah Yang Maha Agung, yang
dengannya Allah memukul kamu. Semasa kebahagiaan dan keselamatan, anggaplah makhluk itu
sebagai tangan Allah yang memberi rezeki kepada kamu.

BAB 51: SYARAHAN KELlMA PULUH


SATU
Orang-orang yang taat kepada Allah itu menerima ganjarannya dua kali. Pertama kerana ia
meninggalkan dunia ini yang mana menurut kehendak hawa nafsu sahaja dan ia mengambil dari dunia
ini yang mana membolehkan ia beribadat kepada Allah. Apabila ia telah memusuhi dirinya dan
melawan hawa nafsunya dan ini telah terdiri teguh padanya, maka termasuklah ia dalam golongan
orang-orang yang benar dan wali Allah. Maka masuklah ia dalam golongan abdal dan 'arifin (orangorang yang tahu tentang hakikat) selepas itu, barulah dia diperintahkan mengambil dan berhubung
dengan keduniaan kerana ada bahagiannya di dunia ini yang tidak boleh dibuang dan telah ditetapkan
untuknya sahaja. Apabila perintah ini telah dilepaskan, dia pun mengambil bahagiannya di dunia ini
atau menerima penerangan tentang ilmu Allah. Dia berhubung dengan dunia dan bertindak sebagai
kenderaan takdir yang dilantik olehnya dan lakuannya dalam perkara itu tanpa dia terlibat di dalamnya
dan tanpa keinginan atau maksud dan usaha dari diri dia, dia diberi ganjaran kerana semua ini bagi
kali yang keduanya, kerana dia melakukan itu semua kerana patuh kepada perintah atau bersesuaian
dengan lakuan Allah dalam perkara itu.
Mungkin ada pertanyaan, bagaimana pula kamu mengatakan orang yang sampai ke taraf itu diberi
ganjaran, sedangkan dia telah mencapai ke tingkat kerohanian yang tinggi dan termasuk dalam
golongan abdal dan arifin dan telah menjadi orang pilihan Allah, orang yang dikasihiNya, orang yang
diredhaiNya, yang telah lenyap dari manusia dan dirinya sendiri dari kemahuan dan keinginannya
sendiri, segala gerak dan dimanya, segala tutur katanya dan lakuannya adalah dari Allah semata-mata
dan dia merasa dirinya tidak apa-apa di hadrat kebesaran Ilahi bahkan seluruh jiwa raga dan
kepunyaannya telah diserahkan kepada Allah, bagaimana pula orang seperti ini diberi ganjaran
sedangkan dia tidak meminta apa-apa dan dianggapnya dirinya tidak ada apa-apa dan abdi atau hamba
semata-mata kepada Allah? Jika kamu berkata demikian, jawabnya "memang kamu berkata benar,
tetapi Allah hendak melimpahi berkat dan kasih sayangNya kepada orang itu dan dipeliharaNya
dengan penuh lemah lembut dan penuh mesra dan redha. Orang itu telah melepaskan tangannya dari
segala hal ehwal dirinya dan tidak mahu meminta kesedapan di dunia ini kerana kesedapan itu telah
ditentukan baginya di syurga kelak, dan tidak mahu manfaat dari dirinya itu dan tidak juga mahu
mengelakkan mudharat dari dirinya itu. Sehinggakan dia telah menjadi ibarat bayi dipangkuan yang
tidak tahu apa-apa. Dia dipelihara dengan kasih sayang dan mesra Allah dan diberi rezeki oleh Allah.
Apabila Allah melucutkan dari si hamba itu semua kecenderungan terhadap dirinya (diri si hamba)
maka Allah akan cenderungkan hati manusia terhadap si hamba itu dan melimpahkan kasih sayang
dalam hati-hati mereka itu untuk si hamba tersebut sehinggakan semua orang kasih kepadanya dan suka
kepadanya. Allah akan memeliharanya dengan sebaik-baiknya dan tidak ada satu apapun yang dapat
mempengaruhi dan memudharatkannya. Kerana itulah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi
wasallam ada mengatakan seperti firman Tuhan dalam Al-Qur'an, "Sesungguhnya kawanku ialah Allah
yang menurunkan Al-Qur'an dan Dia menolong orang-orang yang baik. "

BAB 52: SYARAHAN KELlMA PULUH DUA


Sesungguhnya Allah akan menguji satu golongan daripada orang-orang yang beriman yang menjadi
waliNya dan yang dihampiriNya dan yang diberiNya ilmu-ilmu kerohanian agar mereka berdo'a dan
bermohon kepadaNya dan Dia suka menerima do'a dan permohonan mereka. Apabila mereka berdo'a
dan bermohon, Allah perkenankan do'a dan permohonan mereka itu supaya Allah memberi kemurahan
dan keagungan bahagian-bahagian mereka, sebab keagungan dan kemurahan itu telah memohon ke
hadrat Allah semasa si mukmin itu berdo'a, agar do'anya terima. Kadang-kadang permohonan dan doa
itu diperkenankan tetapi bukan dilaksanakan dengan serta merta, kerana menurut takdir dan hukuman
Allah, dan bukannya kerana tidak diterima langsung. Oleh itu, si hamba hendaklah bersabar tatkala
ditimpa mala petaka dan selidiklah diri sendiri sama ada telah melakukan dosa dan maksiat, tidak
mematuhi Allah, membuat yang haram, secara terang-terang atau tersembunyi, atau menyalahkan
takdir, kerana ada kalanya ujian itu adalah hukuman kerana melakukan dosa. Jika mala petaka itu
dihindarkan Allah, maka baguslah. Jika tidak, teruslah bersabar dan meminta serta merayu dengan
penuh khidmat kepada Allah kerana mungkin juga ujian itu diteruskan terhadapnya agar dia terus
berdoa dan merayu kepadaNya. Janganlah salahkan Allah kerana melambatkan do'a kamu termakbul.

BAB 53: SYARAHAN KELlMA PULUH


TIGA
Pintalah kepada Allah supaya kita boleh redha dengan takdirNya. Dan boleh tenggelam dalam lakuan
Allah, kerana di situlah terletaknya kedamaian dan syurga dalam dunia ini dan juga itu adalah pintu
gerbang Allah yang agung dan cara untuk mencapai kasih Allah untuk hamba-hamba yang beriman.
Barangsiapa yang dikasihi Allah, maka orang itu tidak akan didera atau dihukum di dunia dan dia
akhirat. Dengan keredhaan dan tenggelam dalam lakuanNya itulah terletaknya perhubungan dengan
Allah, bersatu denganNya dan berpadu denganNya.
Janganlah kamu leka dengan kesedapan dan keseronokkan dunia sahaja. Janganlah kamu hanya
berharap dan ingat kepada apa yang diuntukkan untukmu atau yang bukan yang diuntukkan untukmu.
Jika kamu berusaha untuk mendapatkan apa yang bukan untukmu, maka itu adalah tanda kebodohan,
kejahilan dan itu juga adalah hukuman berat yang ditimpakan kepadamu kerana, "Di antara yang paling
berat ialah berusaha mendapatkan apa yang bukan ditakdirkan untuk kamu."
Jika diberipun, itu tidak lain ialah tamak haloba dan menyekutukan penyembahan, kasih dan hakikat,
dalam usaha mencarinya itu kamu leka dalam hal selain Allah. Barangsiapa yang bersungguh-sungguh
mencari kesedapan dan keseronokkan dunia adalah dia tidak ikhlad dalam cintanya dan sahabatnya
dengan Allah. Oleh itu, barangsiapa mementingkan apa sahaja selain Allah adalah pembohong dan
pendusta.
Begitu juga, barangsiapa menyembah Allah kerana berkehendakkan sesuatu ganjaran adalah tanda
tidak ikhlas. Penyembahan yang ikhlas ialah kerana Allah semata dan mengakui keTuhanannya itu
rububiyahNya (sifat-sifat Allah yang mengontrol dan memelihara sekalian alam). Orang yang ikhlas
itu menyembah Allah kerana memandangkan keTuhanan, kerana sememangnya Dia sahaja yang patut
disembah. Sudah sepatutnya dia patuh dan mengabdikan diri kepada Allah yang mengontrol segalagalanya, yang mengontrol dirinya, gerak dan diamnya, bahkan apa sahaja. Si hamba itu dan apa sahaja
kepunyaannya adalah sebenarnya kepunyaan Allah jua. Bagimana tidak? Seperti yang saya katakan
iaitu semua lakuan penyembahan adalah kurniaan Allah dan limpahan kasih sayangNya kepada hambahambaNya kerana Dialah yang memberi kekuatan kepada si hamba itu untuk melakukan penyembahan
itu dan memberi si hamba itu kuasa atasnya.
Syukur kepadaNya itu adalah lebih baik dari meminta ganjaran kerana membuat lakuan ibadat atau
penyembahan itu.
Bagaimana pula kamu hendak leka dan bermati-matian memburu kesedapan dan keseronokkan dunia
sahaja setelah kamu lihat kebanyakan manusia yang mengejar kesedapan dan keseronokkan dunia itu
makin bertambah ingkar dan angkuh dan lupakan Allah yang memberi mereka kurniaan itu, bahkan
mereka bertambah tamak dan haloba lagi. Mereka pandang apa yang ada kepada mereka itu masih
kecil dan tidak baik, tetapi apa yang ada dalam kepunyaan orang lain mereka pandang sebagai yang
terbaik dan teragung dan perlu direbut. Dalam proses merebut dan mengejar itu, umur bertambah tua,
badan bertambah lemah, peluh telah kekeringan, harta benda makin berkurangan, hati bertambah

kelam, dan gelap dan dosa bertimbun. Maka rekod hidupnya di dunia ini bertambah buruk dan hina.
Lupalah mereka bersyukur kepada Allah yang memberi mereka kurniaan itu. Mereka derhaka kepada
Allah. Maka rugilah mereka di dunia dan di akhirat. Mereka tidak dapat bahagian orang lain yang
mereka kejari itu. Umur mereka di dunia ini sia-sia sahaja dan di akhirat kelak makin bertambah siasia lagi. Inilah orang yang paling hina, jahil dan tidak menggunakan akal dan fikiran mereka.

Sekiranya mereka bersyukur dan redha dengan apa yang ada pada mereka dan patuh kepadanya, maka
tidaklah mereka bersusah payah mengajar bahagian mereka di dunia ini dan mereka akan jadi orangorang Allah dan akan mereka terima dari Allah apa yang mereka pinta dan inginkan. Mudah-mudahan
Allah jadikan kita semua redha dengan takdirNya, dan menjadikan ini do'a kita dan kita semua masuk
dalam majlisNya dan mendapat kesejahteraan, kekuatan dan kesihatan kerohanian dan Allah meredhai
kita sekalian.

BAB 54: SYARAHAN KELlMA PULUH


EMPAT
Barangsiapa hendakkan akhirat, perlulah ia memalingkan dirinya dari dunia, dan barangsiapa
hendakkan Allah, perlulah ia memalingkan dirinya dari akhirat, Hendaklah dia membuang kehidupan
keduniaannya kerana Allah semata-mata. Selagi ada kehendak kepada kedunia an seperti kesedapan
dan keseronokkan keduniaan, makan minum, berkahwin, rumah, kenderaan, kekuasaan, pangkat,
sanjungan, memperdalam ilmu yang lain dari rukun Islam yang lima itu dan hadith dan Al-Qur'an,
ingin kemiskinan itu hilang dari diri, ingin kaya, ingin bahagia dan tidak ingin bencana, ingin faedah
dan sebagainya, maka jika semua itu ada bermain-main dalam fikiran dan hati kamu, maka itu tanda
kamu belum lagi menjadi orang Allah, kerana semua itu adalah untuk kepentingan diri sendiri dan
kehendak jasmani dan kebahagiaan fikiran, semua itu adalah keduniaan juga.
Semua itu perlulah dikikis habis dari hati. Bersihkan fikiran dari mengingatinya dan tanamlah
perasaan suka dalam memfana'kan diri dalam Allah dan biar tidak ada harta benda sekalipun. Biarlah
hati itu bersih dari segala-galanya selain Allah, agar dapat hidup bersih di dunia ini.
Apabila orang itu telah jadi sempurna dalam perkara ini, maka semua kedukaan dan kesedihan akan
hilang dari hati dan semua resah gelisah akan hapus dari fikiran. Maka timbullah kesentosaan dan
hidup yang baik dan iapun hampir dengan Allah. Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam
pernah bersabda, "Tidak mempedulikan dunia membawa kebahagiaan hati dan badan."
Selagi dalam hati itu ada kecenderungan kepada keduniaan, maka lelagi itulah ada dukacita. Takut dan
resah gelisah dalam hati itu. Hati seperti ini terhijab dari Allah. Semua ini tidak dapat dibuang
kecuali kasih kepada dunia ini dikikis habis dari dalam hati itu.
Setelah itu hendaklah jangan peduli kepada hal kehidupan di akhirat seperti berkehendakkan syurga,
bidadari, pangkat yang tinggi di akhirat, tempat kediaman yang paling baik, kenderaan syurga,
pakaian, minuman, makanan, hiasan dan keindahan di syurga yang telah diuntukkan Allah bagi orangorang yang beriman.
Oleh itu, janganlah kita beribadat itu hendakkan ganjaran di syurga kelak. Janganlah kita
bersembahyang dan beribadat kerana kita hendakkan ganjaran di akhirat atau di dunia. Kita beribadat
dan bersembahyang adalah semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hanya dengan itu sahaja
Allah memberi kita ganjaran yang baik dengan sepenuhnya. Maka Allah akan membawa kita hampir
denganNya dengan penuh redha dan kasih sayang. Allah kurniakan Rasul-rasul, Nabi-Nabi, auliya'
dan orang-orang yang dikasihiNya kebaikan dan ilmu tentang diriNya. Maka si hamba itupun
bertambah maju dari sehari ke sehari. Kemudian itu, diapun dimasukkan ke alam akhirat dan dapat
mengalami "apa yang tidak pernah dipandang mata, apa yang tidak pernah didengar telinga, dan apa
yang tidak pernah terlintas dalam fikiran" yang semua itu melebihi dan melampaui semua pengetahuan
dan tidak dapat diberi penerangan.

BAB 55: SYARAHAN KELIMA PULUH


LIMA
Kesedapan hidup ini dibuang sebanyak tiga kali. Pada mulanya si hamba Allah itu berada dalam
kegelapan kejahilannya dan dalam keadaan yang tidak tentu hala, melakukan sewenang-wenangnya
menurut hawa nafsu kebinatangan semata dalam semua tindak tanduk hidup, tanpa mahu mengabdikan
diri kepada Allah dan tanpa pegangan agama untuk mengawal dirinya. Dalam keadaan ini, Allah
memandangnya dengan kasih sayang. Oleh itu, dihantarNya kepadanya seorang penasihat dari orangorang golongannya juga seorang hamba Allah yang baik, dan penasihat yang lagi satu ada juga dalam
dirinya sendiri. Jadi kedua-dua penasihat ini mempengaruhi dirinya. Maka nampaklah olehnya
kecacatan yang ada pada dirinya, seperti menunggang hawa nafsu sahaja dan tidak menurut yang hak.
Dengan itu cenderunglah ia kepada undang-undang atau hukum Allah dalam semua tindak tanduknya.
Oleh itu, si hamba itu menjadi seorang muslim yang berdiri dalam hukum Allah, keluar dari
keadaannya yang jahil itu dan meninggalkan yang haram dan yang memberi syak wasangka.
Maka iapun mengambil yang halal sahaja dari segala perkara, seperti makan, minum, berpakaian,
berkahwin dan lain-lain lagi, yang mana semua ini adalah perlu untuk melindungi asa-asa kesihatan
dan kekuatan untuk patuh kepada Allah, agar ia menerima sepenuhnya apa yang diberi Allah untuknya
dan tidak boleh melampaui itu, dan tidak boleh keluar dari kehidupan dunia ini sebelum pergi
mendapatnya dan menyempurnakannya.
lapun berjalanlah dalam hal-hal yang halal dalam semua keadaan hidup ini sehingga sampa i ke
peringkat kewalian (wilayah) dan masuklah ia dalam golongan orang-orang yang membenarkan
hakikat dan orang-orang pilihan Allah yang inginkan berdamping dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Kemudian iapun berjalan dalam perintah Allah sahaja dan diapun mendengar kata-kata Allah dalam
dirinya yang berkata, "Buangkan dirimu sendiri dan mari ke mari, buangkan kesedapan dan
keseronokkan dan makhluk, jika kamu mahu Allah, buangkan dunia dan akhirat dan kosongkan dari
segala-galanya. Gembiralah dengan keEsaan Allah, buangkan syirik dan bersikap ikhlaslah. Kemudian
masuklah dalam majlis keTuhanan dan hampir kepadaNya dengan bersujud menghinakan diri dan
tidak lagi mempedulikan hal keduniaan dan keakhiratan atau kepada makhluk atau kepada
keseronokkan hidup."
Apabila ia sampai ke peringkat ini dan telah teguh berada diperingkat itu , maka diterimanya dari
Allah pakaian kemuliaan dan kehormatan dan dilimpahi dengan nur dan berbagai-bagai kurniaan.
Maka dikatakan kepadanya, "Pakai olehmu rahmat dan nikmatKu dan jangan bersikap angkuh dan
membuangkan kehendak dan kemahuan kerana menolak pemberianKu itu boleh memberatkanKu dan
memperkecilkan kekuasaanku." Kemudian diapun diberi pakaian yang mulia dan hormat itu tanpa ia
sendiri memainkan peranan dalam perkara tersebut. Sebelum ini beliau disarung oleh kemahuan hawa
nafsunya sendiri sahaja, maka dikatakan kepadanya, "Selubungkan dirimu dengan rahmat dan kurniaan
Allah."

Jadi bagi dia ada empat peringkat dalam mencapai kebahagiaan dan bahagiannya. Peringkat pertama
ialah kehendak hawa nafsu kebinatangan semata dan ini adalah diharamkan. Peringkat yang kedua
ialah menurut hukum dan undang-undang Allah dan ini dibolehkan. Peringkat ketiga ialah perintah
batin dan ini adalah peringkat kewalian (wilayah) dan membuang hawa nafsu kebinatangan. Peringkat
keempat ialah peringkat keredhaan dan kurniaan Ilahi, di sini lenyaplah kehendak dan maksud diri.
Inilah peringkat badliyat. Si hamba itu masuk dalam majlis keTuhanan Yang Maha Tinggi, ia
menyerah bulat kepada Allah dan menurut lakuan Allah semata. lnilah peringkat di mana ia dapat ilmu
dari Allah terus dan mempunyai sifat-sifat yang baik. Tidak boleh dipanggil benar dan baik jika belum
mencapai peringkat ini.

Ini bersesuaian dengan firman Allah yang maksudnya lebih kurang, "Sesungguhnya kawanku ialah
Allah yang menurunkan Al-Qur'an dan ia menolong orang-orang yang baik."

Oleh itu, si hamba yang sampai ke peringkat yang keempat ini tidak lagi menggunakan apa-apa yang
memberi manfaat kepada dirinya dan tidak pula perlu menghindarkan apa-apa yang memberi mudharat
kepada dirinya. Ia seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti mayat di tangan pemandi-pemandinya.
Dia bergantung kepada qadha' dan qadar semata-mata tanpa memilih apa-apa dan tanpa berusaha apaapa. Terpulanglah kepada Allah melakukan apa sahaja untuknya. Dia tidak lagi ada apa-apa. Kadangkadang Allah memberinya kesusahan dan kadang-kadang diberiNya kesenangan, kadang-kadang kaya
dan kadang-kadang papa. Dia tidak mahu memilih atau inginkan sesuatu maqam (stesyen) atau
pertukaran stesyen itu, sebaliknya dia redha dan senang hati terhadap apa sahaja yang dilakukan Allah
ke atasnya. Inilah peringkat terakhir dalam pengembaraan kerohanian yang dicapai oleh para abdal
dan auliya'.

BAB 56: SYARAHAN KELlMA PULUH


ENAM
Apabila si hamba itu telah menghalau keluar segala makhluk, dirinya sendiri, kehendak dan
keinginannya, baik pun hal keduniaan dan keakhiratan, dari dalam hatinya itu, maka tidaklah ia mahu
apa-apa lagi selain Allah. Hatinya kosong dari apa sahaja selain Allah. Maka barulah ia sampai
masuk ke dalam majlis Tuhan Yang Maha Tinggi. Allah kasih kepadanya dan dia kasih kepada Allah.
Allah jadikan segala makhluk kasih pula kepada si hamba itu. Semata-mata kasih si hamba di
peringkat ini ialah Allah dan inginkan hampir dengan Allah. Allah akan buka pintu rahmat terhadap
hamba itu dan pintu itu tidak akan tertutup lagi. Maka lenyaplah si hamba itu dalam Allah. Dia berniat
melalui Allah, dia bertindak melalui Allah, dia diam dan bergerak melalui Allah. Pendeknya dia itu
adalah perkakas semata-mata bagi Allah Yang Maha Besar. Si hamba itupun tidak nampak yang lain
lagi kecuali Allah sahaja. Kemudian seolah-olah Allah membuat sesuatu janji kepada si hamba itu
tetapi janji itu tidak ditunaikanNya dan apa yang diharapkan oleh si hamba itu dari janji tersebut tidak
diperolehnya. Ini ialah kerana pencarian itu hilang dengan hilangnya kehendak dan kemahuan dan
mencari keseronokkan. Kemudian seluruh diri si hamba itu akan jadi lakuan Allah semata-mata dan
objekNya.Oleh itu di sini tidak ada timbul perkara 'tunainya janji' atau 'tidak tunainya janji' kerana
perkara itu hanya terletak kepada orang yang masih ada kehendak dan kemahuan sendiri. Dalam
peringkat ini, janji Allah bagi orang dalam peringkat ini bolehlah diibaratkan sebagai seorang yang
telah berniat hendak melakukan sesuatu perkara, kemudian niat itu bertukar kepada yang lain, maka
niat yang mula tadi telah terbatal. Sebagaimana juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi
Muhammad tentang wahyu yang membatalkanwahyu yang terdahulu, seperti dalam firmanNya:

"Apa saja ayat yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan
yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya . Tiadakah kamu ketahui bahawa
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?' "(Surah Al-Baqarah: Ayat 106)
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam bersih dari kehendak dan kemahuannya sendiri kecuali
dalam peristiwa-peristiwa yang tertentu yang Allah firmankan dalam Al-Qur' an, misalnya dalam
perkara tawanan perang semasa perang Badar firmanNya:

"Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di

muka bumi. Kamu hendakkan harta benda duniawiyah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat
(untukmu). Dan Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana." (Surah Al-Anfal: Ayat 67-68)

Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan
yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.

Nabi adalah objek (perkakas) Allah. Allah tidak tetapkan dia tinggal dalam satu keadaan, satu perkara
dan satu janji sahaja tetapi Allah tukarkan dan pindahkan dia ke dalam takdirNya dan membiarkan
Nabi memegang tali takdir itu. Dengan itu Allah akan memindahkan dan menukarkannnya dari satu
keadaan atau tempat dalam takdirNya dan menguasainya dengan firmanNya, "Tidakkah kamu tahu
bahwa Allah berkuasa atas segala-galanya?."

Dengan lain perkataan, kamu adalah dalam takdir atau qadha dan qadar Allah semata-mata. Kamu
dalam lautan takdir Allah dan ombak takdir itu melambung-lambungkan kamu ke sana dan ke sini.
Oleh itu, stesyen akhir kewalian ialah stesyen permulaan keNabian, tidak ada lagi peringkat yang
lebih tinggi dari wilayah (kewalian) dan badliyah kecuali peringkat keNabian (nubuwah).
Ini bermaksud kitab-kitab Allah yang terdahulu, - penterjemah.

BAB 57: SYARAHAN KELlMA PULUH


TUJUH
Semua keadaan pengalaman kerohanian itu adalah keadaan kontrol diri atau kesabaran kerana wali itu
diperintahkan menjaganya. Apa sahaja yang diperintahkan supaya dijaga adalah memerlukan
kesabaran. Menurut takdir Ilahi itu adalah keadaan yang menyenangkan kerana seseorang itu tidak
diperintahkan menjaga apa-apa kecuali dirinya yang berada dalam takdir itu. Oleh itu, perlulah
seseorang wali itu tidak bertelingkah dan berselisih faham tentang takdir Ilahi. Dia hendaklah jangan
merungut atau bersusah hati tentang apa sahaja yang ditimpakan Allah kepadanya sama ada baik atau
jahat. Hendaklah redha dengan senang hati terhadap apa yang dilakukan Allah. Keadaan pengalaman
itu terhad, maka diperintahkan menjaga had. Tetapi lakuan Allah, iaitu takdir atau qadha dan qadar,
tidak ada had yang hendak dijaga.
Alamat yang menunjukkan si hamba itu telah mencapai maqam takdir dan lakuan Allah dan kesenangan
ialah ia diperintahkan supaya meminta keseronokkan setelah diperintahkan membuangnya dan
menjauhkannya, kerana apabila hatinya telah kosong dari apa sahaja kecuali Allah, maka iapun diberi
kesenangan dan diperintahkan supaya meminta dan berkehendakkan apa-apa yang telah diuntukkan
Allah baginya dan permintaan itu pula pasti diqabulkan Allah, agar nyatalah bahawa kedudukannya,
keredhaan Allah terhadapnya, dan perkenan Allah terhadap do'a dan permintaannya, menjadi nyata
dan diri terdiri dengan sebenarnya. Menggunakan mulut meminta sesuatu kenikmatan dan kurniaan
Allah itu menunjukkan kesenangan yang telah diterimanya setelah bersabar beberapa lama dan setelah
keluar dari semua keadaan pengalaman kerohanian dan maqam (stesyen) pengembaraan kerohaniannya
dan setelah menahan diri dari keluar batasan.
Jika ada soalan atau bahasan yang menyatakan bahawa dengan tidak bersusah payah lagi menjaga dan
menurut hukum-hukum atau syariat itu akan membawa si hamba tadi ke lembah istsim (tidak percaya
adanya Allah) dan keluar dari Islam atau tidak mematuhi firmanNya:

"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)." (Al-Hijr: Ayat 99)
Maka jawab saya ialah ini bukan bererti si hamba tidak akan jadi istsim (orang yang tidak percaya
kepada adanya Allah) atau keluar dari Islam atau tidak mematuhi firmanNya itu, dan ini juga bukan
membawa si hamba tadi ke lembah yang tidak diingini itu kerana Allah itu Maha Pemurah dan tidak
akan membiarkan waliNya terjerumus ke lembah hina itu. Si hamba yang hampir padaNya itu sangat
disayangiNya dan tidak akan diberiNya jatuh cacat pada sisi syariat dan agamaNya, bahkan si hamba
itu tetap dalam peliharaan dan penjagaan Allah jua. Allah tidak membiarkan dia ditimpa dosa dan
tetap menjaganya dalam batasan hukum dan undang-undang yang dibuatNya tanpa si hamba itu
bersusah payah atau sedar melakukan semua itu kerana ia terlalu hampir dengan Allah Yang Maha
Agung. Firman Allah yang ertinya lebih kurang, "Demikianlah Kami hindarkan ia dari dosa dan
maksiat, sesungguhnya dia itu adalah seorang daripada hamba-hamba Ku yang ikhlas."

"Sesungguhnya hamba-hambaKu tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang
yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat." (Surah Al-Hijr: Ayat 42)
Lagi firman Allah:

"Tetapi hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa)." (As-Shafaat: Ayat 40)

Wahai insan, orang-orang seperti itu ditinggikan Allah darjatnya dan mereka adalah objek Allah.
Mereka hampir dengan Allah dan berada dalam rahmat kasih sayang pemeliharaan Allah Yang Maha
Pengasih dan Penyayang. Bagaimana pula iblis hendak menghampiri mereka? Bagaimana pula
perkara-perkara dosa dan maksiat mencacati mereka? Mengapa kamu lari dari rahmat Allah dan
mengabdikan diri kepada kedudukan (darjat)". Kamu telah berkata sesuatu yang tidak baik.

Semoga tuduhan atau bahasan yang tidak sopan itu dibinasakan Allah dengan kekuasaan, rahmat dan
kasih sayangNya. Semoga Allah memelihara kita dalam kesempurnaan dan boleh memelihara diri dari
dilanda dosa dan noda. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati kita dan memelihara kita dengan
kasih sayangNya yang tidak terhingga.

BAB 58: SYARAHAN KELlMA PULUH


LAPAN
Butakan mata hatimu dari memandang segala segi. Selagi kamu memandang segi-segi itu, maka segi
kurniaan Allah Subhanahu wa Ta 'ala dan kehampiran denganNya tidak akan terbuka kepada kamu.
Oleh itu, tutuplah semua segi itu dengan kesedaran tauhid kepada Allah, dan memfana'kan diri kamu
dan ilmu kamu. Maka barulah terbuka kepada mata hatimu segi Allah Yang Maha Besar. Kamu akan
lihat dengan mata hatimu apabila ianya datang dengan sinaran cahaya hatimu dan keimanan serta
kepercayaanmu yang teguh. Pada masa itu, nampaklah satu nur dari hatimu dan lantas terzahir keluar.
Ibarat cahaya lampu dimalam gelap gelita memancar keluar melalui tingkap-tingkap dan celah-celah
dinding rumah dan menerangi di luar rumah itu oleh terangnya cahaya di dalam rumah itu. Maka diri
dan anggota kamu akan merasai kesenangan dengan janji dan kurniaanNya dan tidak termasuk langsung
janji an hadiah yang datang dari selain Dia.
Oleh hal yang demikian, kasihlah dirimu dan jangan zalimi dia, janganlah campakkan dirimu dalam
gelap gelita kejahilan dan kebodohanmu, agar kamu tidak melihat segi-segi makhluk sahaja dan
mengkagumi kuasa dan kepintaran makhluk sahaja sehingga kamu terpedaya dan bergantung kepada
makhluk. Jika kamu melihat segi-segi makhluk sahaja, maka semua segi itu akan tertutup bagimu dan
segi kurniaan Allah juga tidak akan terbuka untukmu dan kamu akan terhukum derigan demikian, sebab
kamu telah bersikap syirik.
Apabila kamu sedar tentang keEsaan Allah dan memandang kurniaNya dan berharap kepadaNya, tidak
berharap kepada yang lain, dan membutakan mata hatimu kepada yang lain kecuali Dia, maka Allah
akan menghampiri kamudan melimpahi rahmatNya kepadamu. Kamu akan diberi rezeki, makan minum,
layanan perubatan, memberi kamu kebahagiaan dan kesentosaan dan pertolongan, dan dijadikan kamu
sebagai pemerintah, dan kamu dihilangkan dari makhluk, dari dirimu sendiri. Maka selepas itu, kamu
tidak lagi lihat kaya atau miskinmu.

BAB 59: SYARAHAN KELlMA PULUH


SEMBILAN
Kamu adalah berada dalam salah satu daripada dua keadaan, iaitu dalam keadaan penderitaan atau
kesentosaan. Jika kamu dalam keadaan penderitaan, hendaklah kamu sabar walaupun dengan usahamu
sendiri, dan ini adalah peringkat bawah. Dan sabar sebenarnya, dan ini adalah peringkat yang lebih
tinggi. Kemudian kamu hendaklah meminta redha dengan qadha dan qadar Allah dan akhirnya
tenggelam dalam qadha dan qadar itu, dan ini adalah sesuai bagi abdal dan orang-orang yang
mempunyai kebatinan, orang yang mengetahui Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Jika kamu dalam kesentosaan, maka kamu hendaklah meminta supaya boleh bersyukur. Syukur ini
boleh dengan lidah, dengan hati atau anggota badan.
Bersyukur dengan lidah ialah dengan menyedari diri kita yang kurniaan it u datang dari Allah dan
jangan mensekutukanNya kepada manusia atau diri kamu atau kepada usaha, kuasa, gerak dan daya
kamu atau orang lain, sebenarnya kurniaan itu sampai kepadamu melalui perantaraan diri kamu atau
orang lain. Diri kamu atau orang lain itu adalah semata-mata alat perkakas Tuhan jua. Pada
hakikatnya, yang memberi, yang menggerakkan, yang mencipta, pelaku dan sumbernya adalah Allah
semata-mata. Pemberi, pencipta dan pelaku adalah Allah jua Oleh itu, sudah sepatutnya Dia sahaja
yang layak dipuji dan dipuja. Misalnya, seseorang itu bukan memandang berat kepada hamba yang
membawa hadiah itu tetapi memandang berat kepada tuan hamba itu iaitu pemberi hadith tersebut.
Firman Allah:

"Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia, sedang mereka tetang (kehidupan)
akhirat adalah lalai. "(Surah Ar-Rum: Ayat 7)
Firman ini ditujukan kepada mereka yang bersikap salah itu. Mereka nampak yang zahir sahaja dan
tidak nampak di sebalik yang zahir itu. Inilah orang yang jahil dan tersilap otaknya. Orang yang
berakal sempurna itu melihat hujung segala perkara.
Syukur dengan hati itu ialah percaya dan yakin sesungguh-sungguhnya bahawa kamu dan apa sahaja
kepunyaan kamu seperti kebaikanmu, keseronokkanmu, zahir dan batinmu, gerak dan diammu, adalah
datang dari Allah Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah.
Syukur kamu dengan lisan itu akan menyatakan apa yang dalam hatimu, seperti firman Allah:

Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya). Dan bila kamu ditimpa oleh

kemudharatan, maka hanya kepadaNyalah kamu meminta pertolongan." (Surah An-Nahl: Ayat 53)
FirmanNya lagi:

"Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di
langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin. Dan di antara
manusia ada yang membantah tentang (keEsaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau penunjuk dan tanpa
kitab yang memberi penerangan." (Surah Lukman: Ayat 20)
Lagi firmanNya, "Dan jika kamu hitung kurniaan Allah itu, maka kamu tidak akan boleh
menghitungnya."
Dari semua ayat yang tersebut itu, maka dapatlah diketahui bahawa pada pandangan si muslim tidak
ada yang memberi sesuatu melainkan Allah jua.
Syukur dengan anggota badan itu ialah menggunakan anggota bada itu semata-mata untuk menjalankan
ibadat kepada Allah dan mematuhi perintahNya. Oleh itu, kamu dilarang melakukan perintah makhluk
jika perintah itu melanggar perintah Allah atau menentang Allah. Makhluk ini termasuk diri kamu
sendiri, kehendak dan kemahuan kamu, keinginan kamu dan segala yang lain. Taatlah kepada Allah
yang kepadaNya semua makhluk tertakluk. Jadikan Dia pemimpin. Jadikanlah yang lain dari Allah itu
sebagai 'yang kedua' atau perkara yang dikemudiankan daripada Allah. Jika kamu mendahulukan atau
lebih mementingkan yang lain dari Allah, maka kamu telah menyeleweng dari jalan yang benar dan
lurus, dan kamu menzalimi diri kamu sendiri, dan kamu telah menjalankan perintah yang bukan datang
dari Allah untuk hamba-hamba yang beriman, dan jadilah kamu mengikut jalan yang bukan jalan
orang-orang yang Allah beri nikmat.
Firman Allah:

"Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas)
dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan
luka-luka pun ada qisasnya. Barangsiapa melepaskan (hak qisas) nya, maka melepaskan hak itu

(menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan
Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Mai'dah: Ayat 45)
Dan firmanNya lagi:

"Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di
dalamnya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka
itu adalah orang-orang yang fasik." (Surah Al-Ma'dah: Ayat 47)
Bagi mereka yang zalim dan melanggar batasan itu adalah tempat mereka di neraka yang bahan apinya
ialah manusia dan batu. Sekiranya kamu tidak tahan menanggung demam walaupun sehari di dunia ini
atau terkena panad api yang sedikitpun di dunia ini, maka bagaimana pula kamu sanggup tinggal dalam
api neraka? Oleh itu, larilah, larilah, cepat, cepat, minta perlindungan kepada Allah, minta
perlindungan kepada Allah!
Berhati-hatilah terhadap perkara yang tersebut di atas tadi kerana kamu tidak boleh bebas darinya
selama hidupmu. Sama ada keadaan dukacita atau sukacita. Bersabarlah bila ditimpa dukacita, dan
bersyukurlah bila ditimpa sukacita: Janganlah kamu merungut kepada orang lain atau kamu marah
kepada orang lain apabila kamu ditimpa mala petaka, dan janganlah kamu salahkan Allah dan
janganlah syak wasangka terhadap kebijaksanaanNya dan pilihanNya untuk kamu di dunia dan di
akhirat. Janganlah kamu berharap kepada orang lain untuk melepaskan kamu dari mala petaka itu
kerana ini boleh membawakamu ke lembah syirik.
Segala-galanya adalah milik Allah dan tidak ada orang yang berkongsi dalam milikan itu. Tidak ada
yang memberi mudharat atau manfaat, menimbulkan bencana atau kedamaian, menjadikan sakit atau
sihat melainkan Allah jua. Allah menjadikan segala-galanya. Oleh itu, janganlah kamu terpengaruh
oleh makhluk kerana mereka itu tidak ada daya dan upaya. Hendaklah sentiasa sabar, redha dan
menyesuaikan diri kamu dengan Allah dan tenggelamkan diri kamu ke dalam lautan lakuanNya.
Jika kamu tidak diberi segala keberkatan dan kurniaan ini, maka perlulah kamu bermohon kepadaNya
dengan merenahkan diri kamu dan ikhlas. Akui dosa dan kesalahan kamu dan minta ampun kepadaNya.
Akui keEsaan (tauhid) Allah dan kurniaNya. Nyatakan yang kamu tidak menyekutukan apa-apa dengan
Allah Yang Maha Esa dan redhalah denganNya sehingga suratan takdir telah berlalu dan malapetaka
itu telah dihindarkan dari kamu. Setelah sampai masanya bencana itu akan habis, maka timbullah
kesenangan dan kesentosaan seperti yang terjadi kepada Nabi Ayub 'alahissalam atau seperti
hilangnya gelap malam dan timbulnya terang siangnya atau seperti berakhirnya musim dingin dan
bermulanya musim panas. Kerana tiap-tiap sesuatu itu ada hadnya, tempohnya dan matinya. Tiap-tiap
sesuatu itu ada lawannya atau tentangannya. Oleh itu, sabar itulah kuncinya, awalnya, akhirnya dan
jaminan kebajikan. Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ada bersabda, "pertalian sabar
dengan iman itu adalah ibarat kepala dengan badan." Dan sabda baginda lagi, "Sabar itu seluruh
iman."

Kadang-kadang syukur itu datang melalui rasa seronok menikmati kurniaan Ilahi dan ini sebahagian
daripadanya yang diuntukkan kepada kamu. Oleh itu , syukur kamu ialah menikmati dalam keadaan
fana'nya diri kamu dan hilangnya kehendak dan kemahuan kamu dan keinginan kamu hendak menjaga
dan memelihara batasan-batasan hukum, dan inilah titik atau stesyen kemaraan atau kemajuan yang
paling jauh yang boleh didapati. Ambillah tauladan dari apa yang saya katakan kepada kamu. Kamu
akan dapat bimbingan Allah Yang Maha Mulia, jika dikehendakiNya.

BAB 60: SYARAHAN KEENAM PULUH


Awal kehidupan kerohanian (pengembaraan kerohanian) ialah keluar dari kehendak-kehendak hawa
nafsu dan masuk ke dalam jalan hukum (syariat) dan kemudian masuk ke takdir dan selepas itu masuk
semula ke dalam kehendak nafsu tetapi dalam keadaan menjaga hukum, itu menurut hukum. Oleh yang
demikian, kamu kenalah keluar dari kehendak hawa nafsu dalam hal makanan, minuman, pakaian,
perkahwinan, perumahan, kecenderungan dan kebiasaan, dan masuk ke dalam hukum-hukum (syariat)
Allah. Kamu hendaklah menurut Al-Qur'an dan Al-Hadith.
Firman Allah yang bermaksud,: "Apa saja harta rampasan (fai') yang diberikan Allah kepada
RasulNya yang berasal dari penduduk kota-kota, maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum
kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya
harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan
Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilaranganya bagimu, maka tinggalkanlah, dan
bertakwalah kepada Allah." Sesungguhnya Allah sangat keras hukumanNya. FirmanNya lagi :
"Katakanlah jika kamu kasih kepada Allah, ikutlah Aku, maka Allah akan kasih kepada kamu."
Maka kamu akan dikosongkan dari kehendak dan keinginan hawa nafsu kamu, diri kamu dan tidak
patuh kamu, zahir dan batin, dan tidak ada yang tinggal dalam diri kamu lagi melainkan keEsaan Allah
dan tidak ada yang tinggal di luar (zahir) kamu melainkan patuh dan taat kepada Allah dalam suruhan
atau tegahanNya. Ini akan jadi sebati dengan kamu sehingga menjadi pakaian kamu dan kekal padamu,
dan segala tindak tanduk, perangai, kelakuan kamu bahkan diam dan gerak kamu dalam segala keadaan
dan hal, siang dan malam, dalam perjalanan atau tidak, dalam kesusahan atau kesenangan, dalam sihat
atau sakit, bahkan dalam semua ketika dan keadaan adalah dalam patuh dan taat kepada Allah sematamata.
Kemudian kamu akan dibawa kelautan takdir dan dikontrol oleh takdir. Maka kamu akan kosong dari
usaha, daya dan upaya, kekuasaan dan kekuatan dan kamu akan diberi bahagian-bahagian kamu yang
tidak dapat ditulis dan diceritakan melainkan keringlah tinta pena dan ilmu tentang itu telah berlalu
sebelum itu lagi. Bahagianmu akan diberi kepadamu. Kamu akan diberi perlindungan dan keselamatan
dalam batasan hukum Allah dan dikekalkan dalam itu. Kamu akan bersesuaian dengan Allah dan kamu
akan sentiasa dalam peraturan dan hukum-hukum Allah dan meringankan rasa berat kamu menjalankan
perintah-perintah Allah itu.
Firman Allah:

"Sebagaimana (Kami telah memberi peringatan), Kami telah menurunkan (azab) kepada orang-orang
yang membagai-bagai (kitab Allah). " (Surah Al-Hijr: Ayat 90)
FirmanNya lagi, "Demikianlah Kami akan hindarkan dosa dan maksiat daripada dia, sesungguhnya dia
itu adalah seorang daripada hamba-hambaKu yang ikhlas."

Maka perlindungan danjagaan Allah akan menemani kamu sehingga kamu bertemu dengan Tuhanmu
dengan rahmatNya. Itulah bahagian yang diuntukkan kepada kamu, dan itu ditahan dari sampai kepada
kamu semasa pengembaraan melalui padang pasir kehendak dan keinginan hawa nafsu kamu, kerana
itu akan memberatkan kamu. Jadi, kamu tidak diberati lagi. Jika tidak, tentulah bebanmu berat dan ini
akan meletih dan melesukan kamu dan menyelewengkan kamu dari maksud dan tujuan kamu, dan ini
akan sampai ke peringkat fana' dan inilah kehampiran dengan Allah dan ilmuNya dan dilimpahi
dengan rahsia-rahsia dan berbagai-bagai ilmu dan sampai kelautan nur dan kegelapan tidak lagi
membahayakan nur (cahaya) itu.

Keadaan kebiasaan manusia itu tetap ada sehingga bercerai nyawa dengan badan, agar dengan itu
dapatlah ia menikmati sepenuhnya bahagian-bahagian yang telah diuntukkan kepadanya. Jika keadaan
kebiasaan manusia itu telah lenyap darinya, maka jadilah ia dalam golongan para malaikat. Maka
sistem yang ditentukan itupun akan kacau dan kebijaksanaan kamu itu tetap tinggal agar kamu dapat
menikmati sepenuhnya apa yang telah diuntukkan bagimu dan ditentukan untukmu. Sabda Nabi, "Tiga
perkara dari dunia ini yang aku sukai: Bau-bauan harum, perempuan, dan kesejukan mataku dalam
sembahyang."

Apabila Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah lenyap dari dunia dan apa sahaja isinya,
bahagian-bahagiannya dikembalikan kepadanya, bahagian-bahagian yang ditahan sampai kepadanya
semasa dalam pengembaraan menuju Allah, maka diambilnya sepenuhnya agar bersesuaian dengan
Allah dan redha dengan lakuanNya dan taat kepada perintahNya, sifat-sifatNya suci dan rahmatNya
menyeluruh dan keberkatanNya bersama-sama dengan auliya' dan anbiya'. Demikian juga wali itu
dalam hal ini. Bahagian dan keseronokkan dikurniai semula kepadanya setelah ia fana' dan ini dalam
batasan hukum-hukum Allah. Ini adalah kembali dari destinasi (tempat dituju) menuju tempat
permulaan (dalam istilah orang-orang sufi).

BAB 61: SYARAHAN KEENAM PULUH


SATU
Tiap-tiap mukmin itu hendaklah memeriksa dan meneliti serta janganlah terburu-buru tatkala sampai
bahagian-bahagiannya, dan dalam menerimanya sehingga ada perintah hukum menyatakan itu
dibolehkan dan ilmu Allah menghalalkan dan membenarkan yang itu adalah bahagiannya. Nabi
bersabda, "Sesungguhnya si mukmin berwaspada dan si munafik terus menerkam (apa sahaja yang
datang kepadanya)." "Si mukmin itu tidak terburu-buru." Sabda beliau lagi : "Buangkan apa sahaja
yang menimbulkan ragu dalam hatimu dan terimalah apa yang tidak meragukan."
Jadi, si mukmin itu berhati-hati dan berwaspada dalam semua perkara seperti makanan, minuman,
pakaian, perkahwinan dan apa sahaja yang sampai kepadanya. Dia tidak akan menerima melulu sahaja
kecuali ia yakin perkara itu halal, dan ini dalam peringkat mukmin biasa. Jika dalam peringkat
wilayah (wali), ia mendengar perintah hatinya dahulu dan kalau dihalalkan, barulah diterimanya. Jika
dalam peringkat abdal dan ghuts, ia menentukannya dengan ilmu Allah. Jika dalam peringkat fana',
iaitu peringkat akhir, ia menurut lakuan Allah dan ini adalah takdir itu sendiri.
Kemudian ada lagi satu peringkat keadaan di mana seseorang itu menerima apa sahaja yang datang
kepadanya selagi menurut hukum-hukum syariat atau perintah hati atau ilmu Allah, tetapi jika tiga
perkara tersebut melarang, maka tidaklah diterimanya perkara-perkara yang terlarang itu Maka ini
berlawanan dengan keadaan peringkat yang terdahulu dimana diperlukan berwaspada dan berlambatlambat. Tetapi keadaan peringkat ini diperlukan menerima sahaja.
Ada lagi satu peringkat di atas itu. Dalam peringkat ini, seseorang itu menerima sahaja dan
menggunakannya tanpa menurut hukum syariat.. perintah hati atau ilmu Allah. Ini adalah hakikat fana'
dan dalam peringkat ini si mukmin itu ada dalam peliharaan Allah semata-mata, dan ia tidak lagi
disentuhi oleh mala petaka, iblis, noda dan dosa, atau keluar dari hukum-hukum syariat. Firman Allah,
"Demikianlah Kamu hendak menghindarkan dia dari noda dan dosa, sesungguhnya dia adalah seorang
daripada hamba-hamba Kami yang ikhlas."
Oleh itu, si hamba tadi dipelihara Allah dari melanggar batasan hukum. Segala hal ehwalnya
dipelihara Allah. Allah beri ia kuasa untuk mendapatkan segala kebaikan. Jadi apa sahaja yang datang
kepadanya adalah bebas dari kesusahan, bencana dan kesusahan dalam dunia dan dalam akhirat, dan
bersesuaian benar dengan keredhaan, tujuan dan lakuan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tidak ada
keadaan peringkat yang atas dari ini dan inilah matlamat atau tujuan. Ini adalah untuk kepala atau ketua
bagi auliya' yang besar dan mereka ini adalah orang-orang suci dan memiliki rahsia-rahsia Allah,
orang-orang yang sampai ke gerbang keadaan yang dipunyai oleh anbiya' (kesejahteraan bagi mereka).

BAB 62: SYARAHAN KEENAM PULUH


DUA
Alangkah hairannya jika kamu selalu mengatakan si anu itu hampir dengan Allah dan si anu itu dekat
dengan Allah tetapi si anu itu jauh dengan Allah, si anu itu diberi kurniaan dan si anu itu tidak diberi,
si anu itu dikayakan tetapi si anu itu dipapakan, si anu itu disihatkan tetapi si anu itu disakitkan, si anu
itu dimuliakan tetapi si anu itu dihinakan, si anu itu dipuji tetapi si anu itu dikeji, dan si anu itu
dibenarkan tetapi si anu itu disalahkan!
Tidakkah kamu tahu bahawa Dia itu satu dan yang satu itu kasih kepada kesatuan dalam perkara cinta
dan kasih kepada siapa yang satu sahaja kasihnya kepada Dia?
Jika kamu dibawa hampir kepadanya melalui selain Dia, maka cinta kamu kepadaNya akan jadi
tercacat dan tidak padu dan satu. Kerana ada kalanya terlintas dalam fikiran kamu sesuatu yang
melaluinya pada pandariganmu, kamu boleh mencapai kurniaan dan keberkatan. Hasilnya cinta kamu
kepada Allah tercacat. Allah Yang Maha Besar cemburu kepada kamu kerana kamu mensekutukan
cinta kamu kepadaNya dengan yang lain. Dengan itu, Dia tahan tangan orang lain untuk menolongmu
dan lodai: mereka dari memujimu dan kaki mereka dari melangkah menuju kamu, agar dengan iru
mereka tidak dapat menyelewengkan kamu daripada Dia sendiri. Sabda Nabi Muhammad Shallallahu
'alaihi wasallam, "Hati itu telah dijadikan sedemikian keadaan yang mana seseorang itu terpaksa cinta
kepada orang yang memberinya kebaikan dan benci kepada orang yang memudharatkan dirinya."
Jadi Allah tahan orang membuat kebaikan kepada kamu sehingga kamu sedari keEsaanNya dan cinta
kepadaNya dengan sepenuh hati, tanpa berbelah bagi, zahir dan batin, dalam gerak dan diam kamu,
sehingga kamu sedari bahawa tidak ada yang baik kecuali yang datang dari Dia dan kamu sedari
bahawa yang baik dan yang jahat itu semuanya dari Allah Subhanahu wa Taala, dan kamu lenyap terus
makhluk dan diri kamu sendiri, dari kehendak dan keinginan kamu sendiri, bahkan apa sahaja selain
Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.
Selepas itu, barulah tangan-tangan mereka itu dibukakan terhadap kamu, dengan kemurahan dan
pemberian mereka, dan lidah mereka memuji kamu. Maka kamu dipelihara dan dijaga dengan sebaikbaiknya sepanjang masa dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
Oleh yang demikian, janganlah bersikap kurang sopan, lihatlah orang yang melihat kamu, jagalah
orang yang menjaga kamu, cintalah kepada orang yang cinta kepada kamu, jawablah orang yang
memanggil kamu, peganglah tangan orang yang memegang kamu dari jatuh tersungkur, yang membawa
kamu keluar dari gelap kejahilan, yang menyelamatkan kamu dari binasa, yang membersihkan
kekotoran-kekotoran kamu, yang mengeluarkan kamu dari kehinaan, yang melepaskan kamu dari
cengkaman hawa nafsu iblis kamu, yang mengasingkan diri kamu dari rakan-rakan kamu yang jahil
yang menghalang kamu menuju Allah.
Berapa lamakah kamu hendak tetap tinggal dengan hawa nafsu kebinatangan kamu, dengan makhluk,
dengan kehendak dan keinginan kamu, dengan ingkar kamu, dengan kehidupan dunia dan kehidupan

akhirat. dan apa sahaja selain Allah?

Mengapakah kamu jauh benar dari pencipta makhluk dan yang mewujudkan segala-galanya, yang awal
dan yang akhir, yang zahir dan yang batin, tempat bermula dan tempat kembali segala perkara, yang
memiliki hati dan kedamaian jiwa, yang meringankan beban, yang memberi kurniaan dan yang
memberi rahmat dan nikmat?

BAB 63: SYARAHAN KEENAM PULUH


TIGA
Saya lihat dalam mimpi iaitu saya seolah-olah berkata: "Wahai kamu yang mensekutukan Tuhan kamu,
dalam fikiran kamu, dengan diri kamu sendiri, dan dalam lakuan zahir kamu, dengan makhlukNya, dan
dalam lakuan kamu, dengan keinginan kamu!? Mendengarkan ini, orang yang di sisi saya itu berkata:
"Apakah kenyataan ini?" Jawab saya: "Ini ialah sejenis ilmu kerohanian."

BAB 64: SYARAHAN KEENAM PULUH


EMPAT
Sesuatu perkara telah mengacau fikiran saya pada suatu hari. Batin saya berasa berat dengan beban itu
dan saya pohon kesenangan dan kesentosaan dan jalan keluar. Saya ditanya apa yang saya mahu. Kata
saya: "Saya mahu mati yang tiada ada kehidupan dalamnya dan satu kehidupan yang tidak ada mati di
dalamnya. "
Maka sayapun ditanya apakah jenis mati yang tidak ada kehidupan di dalamnya dan apakah jenis
kehidupan yang tidak ada mati di dalamnya, jawab saya: "Mati yang tidak ada kehidupan di dalamnya
ialah matiku dari jenisku sendiri supaya saya tidak melihatnya sama ada memberi manfaat atau
memberi mudharat, dan mati dari diriku sendiri dan keinginanku, tujuanku, dan harapku dalam hal
dunia dan akhirat sehingga saya tidak ada dalam semua ini. Berkenaan kehidupan yang tidak ada mati
di dalamnya, ialah kehidupanku dengan lakuan Tuhanku dalam keadaan saya tidak ada wujud
dalamnya, dan matiku di dalam ialah wujudku dengannya. Oleh kerana saya telah mengetahui, maka
ini telah menjadi tujuanku yang paling berharga sekali."

BAB 65: SYARAHAN KEENAM PULUH


LIMA
Mengapakah kamu marah kepada Allah kerana do'a kamu lambat diterimaNya? Kata kamu, kamu telah
dilarang meminta kepada orang dan disuruh meminta kepada Dia sahaja , dan sambil kamu bermohon
kepadaNya, Dia tidak perkenankan permohonan kamu.
Inilah jawab saya kepadamu: "Adakah kamu orang bebas atau si hamba? Jika kamu kata kamu itu
orang bebas, maka itu tanda kamu kafir. Jika kamu kata kamu itu hamba, maka saya hendak bertanya
kepadamu, adakah kamu salahkan Tuhanmu sendiri kerana lambat menunaikan permintaanmu an syak
wasangka tentang kebijaksanaanNya dan rahmatNya padamu seluruh makhluk dan syak wasangka
tentang ilmuNya yang mengetahui semua perkara?
Atau, adakah kamu tidak menyalahkan Allah? Jika kamu tidak menyalahkanNya dan mengakui
kebijaksanaanNya dalam melambatkan penerimaan do'a kamu itu, maka wajiblah kamu bersyukur
kepadaNya kerana Dia telah membuat aturan yang sebaik-baiknya untukmu dan memberi faedah
kepada kamu dan menjauhkan dari mudharat. Jika kamu menyalahi Tuhan dalam hal ini, maka kamu
adalah seorang kafir sebab kamu menyalahi Dia dan dengan itu kamu menganggap Allah itu tidak adil
pada hal Dia Maha Adil dan tidak sekali-kali menzalimi hamba-hambaNya. Mustahil Ia zalim. Maha
Suci ia dari sifat-sifat kecelaan. Ketahuilah, Dia itu Tuhanmu yang memiliki segala-galanya. Dia
mengontrol segala-galanya.
Dia melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Oleh itu, istilah 'tidak adil' atau 'zalim' tidak terpakai
kepada Allah. Orang yang zalim itu ialah orang yang menganggu kepunyaan orang lain tanpa
keizinannya. Mungkin kamu sendiri yang zalim, bukan Allah yang zalim.
Dengan yang demikian itu, janganlah kamu menyalahiNya dalam lakuanNya yang terzahir melalui
kamu, meskipun itu tidak kamu sukai dan tidak sesuai dengan kehendak kamu dan meskipun pada
zahirnya membahayakan kamu. Maka wajiblah kamu bersyukur, bersabar dan redha dengan Allah dan
janganlah kamu merungut dan menyalahi Dia kerana itu mungkin akan menyelewengkan kamu dari
jalan Allah. Wajiblah kamu mengekalkan sembahyang dengan ikhlas dan baik sangka terhadap Allah
dan percaya kepada janji-janjiNya, dan mentauhidkanNya dan menjauhkan laranganNya dan membuat
suruhanNya dan bersikap seperti orang mati pada masa Dia memanifestasikan takdirnya terhadap
kamu dan lakuanNya terhadap kamu.
Jika kamu hendak menyalahkan juga dan terpaksa berbuat demikian, maka salahkan dirimu sendiri
yang ada mengandungi iblis dan ingkar kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Lebih baik kamu katakan
diri kamu yang zalim bukan Allah yang zalim. Oleh itu, berhati-hatilah. Janganlah turutkan benar
dirimu sendiri itu dan redha dengan lakuanNya dan perkataanNya dalam semua keadaan kerana ianya
adalah musuh Allah dan musuh kamu. Ia adalah sahabat musuh Allah dan musuh kamu iaitu syaitan
yang dilaknat. Ia adalah wakil iblis dan spy (pengintip) bagi iblis itu.
Takutlah kamu kepada Allah. Takutlah kamu kepadanya.

Berwaspadalah dan berhati-hatilah. Larilah! Larilah dari musuhmu! Salahkanlah diri sendiri dan
katalah dirimu yang zalim, dan bacalah kepadanya ayat Allah, "Mengapa Allah mendera dan
menghukum kamu jika kamu bersyukur dan beriman?"

Dan ayat ini, "Ini ialah kerana apa yang kamu lakukan dahulu, dan sesungguhnya Allah tidak
menzalimi hamba-hambaNya."
Dan ayat ini:

"Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang
berbuat zalim kepada diri mereka sendiri." (Surah Yunus: Ayat 44)

Bacakan kepada dirimu ayat-ayat ini dan lain-lain ayat yang berkenaan hal ini, dan juga hadith Nabi.
Perangilah dirimu sendiri kerana Allah. Lawanlah dirimu itu dan bunuh dia dan hendaklah kamu jadi
tentera Allah dan panglima perangnya, kerana diri itu adalah musuh yang paling besar di antara
musuh-musuh Allah.
Allah berfirman, "Ayuhai Daud! Buangkan hawa nafsumu kerana tidak ada yang melawan Aku dalam
kepunyaan Ku melainkan hawa nafsu manusia."

BAB 66: SYARAHAN KEENAM PULUH


ENAM
Janganlah berkata, "Aku tidak meminta apa-apa kepada Allah kerana jikalau perkara yang aku minta
itu telah diuntukkan bagiku, maka ia pasti datang kepadaku sama ada aku meminta atau tidak. Jika
perkara itu bukan untukku, pasti aku tidak mendapatnya walaupun aku meminta kepadaNya."
Jangan! Jangan berkata demikian. Kamu hendaklah meminta dan berdo'a kepada Allah apa sahaja yang
kamu hendak dan perlui dari perkara-perkara yang baik di dunia ini dan di akhirat kelak tetapi
janganlah meminta perkara yang haram dan membahayakan kamu, kerana Allah menyuruh kita meminta
dan bermohon kepadaNya. FirmanNya, "Serulah Aku, Aku akan perkenankan permohonanmu."
KataNya lagi, "Mintalah kepada Allah kurniaanNya."
Nabi Muhammad pernah bersabda, "Bermohonlah kepada Allah dengan kamu yakin sepenuhnya yang
permohonan kamu itu akan diterima Allah. "Kata baginda lagi, "Berdo'alah kepada Allah dengan
tapak tangan kamu." Dan banyak lagi sabda-sabda baginda yang seumpama ini.
Janganlah kamu berkata, "Sesungguhnya aku telah memohon kepada Allah tetapi Dia tidak
perkenankan permohonanku, maka sekarang aku tidak mahu memohon lagi kepadaNya."
Janganlah berkata demikian itu. Teruskanlah berdoa kepadanya. Jika sesuatu perkara itu telah
diuntukkan bagimu, maka ia akan kamu terima setelah kamu meminta kepadaNya. Ini akan
memperteguh iman dan keyakinanmu kepada Allah dan sedar akan keEsaanNya. lni juga melatih kamu
supaya sentiasa meminta kepada Allah dan tidak kepada orang lain dalam semua ketika dan keadaan,
dan memperkuatkan kepercayaan kamu yang permohonan itu akan dimakbulkan Allah Yang Maha
Pemurah.
Jika sesuatu perkara bukan untukmu, maka Allah akan memberi kamu rasa cukup (self sufficiency)
berkenaan hal itu, dan memberimu rasa gembira di sisi Allah Yang Maha Gagah dan Perkasa,
meskipun kamu miskin jika kamu berada dalam kemiskinan dan kesakitan, Allah akan membuat kamu
rasa gembira dengan keadaan itu. Jika kamu berhutang, Allah akan lembutkan hati orang yang
memberimu hutang itu dan kamu tidak dikerasinya supaya membayar hutang itu dengan segera, bahkan
orang itu memberi kamu tempoh masa yang lama, atau mengurangkan bayarannya, atau terus
menghapuskan hutang itu. Jika tidak dikurangkan atau dihapuskan hutang itu di dunia ini, Allah Yang
Maha Kaya dan Gagah akan memberi kamu di akhirat kelak ganjaran yang wajar sebagai ganti apa
yang Ia tidak beri tatkala kamu bermohon di dunia kerana Allah itu Maha Pemurah dan tidak
berkehendak apa-apa.
Oleh yang demikian, Allah tidak akan mensia-siakan permohonan orang yang berdo'a kepadaNya
dalam dunia ini atau di akhirat kelak. Walaubagaimanapun ia akan dapat, kalau tidak di dunia, di
akhirat dapat jua. Nabi pernah mengatakan bahawa di hari pembicaraan kelak, si mukmin akan melihat
dalam rekod-rekod lakuannya beberapa perbuatan yang baik yang ia tidak laksanakan dan ia sendiri
tidak sedar. Ia akan disoal, "Kenalkah kamu perbuatanmu itu?" Dia menjawab: "Aku tidak tahu dari

mana datangnya ini. "Maka dikatakan kepadanya; "Sesungguhnya ini adalah balasan-balasan rayurayuan kamu yang kamu buat di dunia dulu dan ini ialah kerana dalam kamu berdo'a kepada Allah itu,
kamu ingat kepadaNya dan akui keEsaanNya, dan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang wajar, dan
memberi seseorang apa yang patut diberi kepadanya, dan tidak mengatakan daya dan upaya itu datang
dari dirimu sendiri, dan membuang bangga, dengki dan sombong, dan semua itu adalah perbuatanperbuatan yang baik, dan semua itu ada ganjarannya di sisi Allah Yang Maha Gagah dan Maha
Agung."

BAB 67: SYARAHAN KEENAM PULUH


TUJUH
Apabila kamu telah dapat membunuh dan mematikan dirimu, Allah akan menghidupkannya dan ia akan
melawan semula dan meminta dipuaskan hawa nafsu dan menikmati perkara-perkara yang haram dan
yang dibolehkan. Oleh itu, kamu perlu berjuang lagi dan mengontrol diri kamu itu. Maka ganjaran akan
ditulis kepada kamu setiap kali perjuangan itu. Inilah yang disabdakan Nabi Muhammad Shallallahu
'alaihi wasallam: "Kita baru kembali dari jihad kecil (berperang dengan orang-orang kafir) dan masuk
kepada jihad besar."
Jihad besar ini ialah berjuang melawan hawa nafsu diri sendiri yang tidak habis-habis, berjuang
melawan kehendak dan keinginan terhadap melakukan dosa dan maksiat. Inilah yang dimaksudkan
Allah dalam firmanNya: "Dan sembahlah Tuhanmu sehingga kamu mati."
Allah memerintahkan RasulNya menyembah Dia sahaja dan ini perlulah melawan ego atau diri sendiri
dengan kehendak dan kemahuannya yang selalunya berlawanan dengan kehendak Allah. Demikianlah
perjuangan itu sentiasa ada sehingga mati.
Jika ada pertanyaan: "Bagaimana pula Nabi boleh kurang pula khidmatnya kepada Allah sedangkan
dia tidak ada keinginan dan hawa nafsu badaniah semata-mata? Dan Allah berkata: "Dia tidak
bercakap dari hawa nafsunya sendiri tetapi itu adalah wahyu yang diwahyukan."
Jawabnya ialah Allah memperkatakan ini kepada RasulNya untuk mengiakan atau untuk mempastikan
perkara ini supaya menjadi ikutan para umatnya sepanjang masa. Allah Yang Maha Agung memberi
kuasa kepada RasulNya untuk mengontrol dirinya dan tidak bersusah payah lagi melawan diri
(ego)nya sendiri, dan ini membezakan baginda dari pengikut-pengikutnya. Apabila si mukmin itu
berjuang terus dalam dirinya sehingga ke akhir hayatnya, maka Allah akan memberinya syurga, seperti
firman Allah:

"Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)." (Surah An-Nazi'at: Ayat 41)


Apabila Allah telah memasukkan dia ke dalam syurga itu, maka jadilah syurga itu tempat rehatnya
yang kekal abadi, dan tidaklah ia dipindahkan ke tempat lain atau ke dunia semula. Dari masa ke
semasa bertambah banyak dan bagus kurniaan Allah yang diterimanya, dan ini pula berkekalan dan
tidak habis-habis sebagaimana ia berjuang melawan hawa nafsunya di dunia ini yang tidak henti-henti
itu.
Tetapi orang-orang yang kafir dan munafik dan orang-orang yang membuat dosa dan maksiat, bila
mereka berhenti melawan diri mereka sendiri dan keinginan terhadap dunia ini dan mereka mengikut
iblis dan syaitan, dan bercampur gaul pula dengan berbagai-bagai kekufuran dan syirik dan

bergelumang dengan noda dan dosa sehingga sampai bercerai nyawa dengan badan dengan tidak
masuk Islam dan bertaubat, maka Allah akan memasuki mereka ke dalam neraka yang penuh azab
seksa seperti firman Tuhan:

"Maka jika kamu tidak dapat membuat (nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya),
peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orangorang kafir." (Surah Al-Baqarah: Ayat 24)

Allah jadikan neraka itu tempat kembali mereka itu dan di situ kulit dan tulang dan daging mereka
akan dibakar hangus oleh api neraka, kemudian mereka diberi semula kulit dan daging yang baru yang
akan dibakar lagi.
Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke
dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus Kami akan ganti kulit mereka dengan kulit yang lain,
supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah AnNisa': Ayat 56)

Allah Subhanahu wa Taala berbuat demikian kerana mereka telah bersatu dengan diri mereka sendiri
dan keinginan mereka terhadap dunia dalam perkara membuat dosa. Oleh itu, sentiasalah kulit dan
daging mereka itu hangus terbakar, dan kemudian diganti dengan yang baru, setelah itu, dibakar lagi
dan diganti pula dengan yang baru, demikianlah dengan tidak putus-putusnya. Sentiasalah mereka
berada dalam azab seksa yang pedih.

Sebaliknya penghuni-penghuni syurga itu menikmati kurniaan Allah yang sentiasa baru dan diganti
dengan yang baru lagi dengan tambah-bertambah dengan tidak putus-putus, dan dengan itu pula mereka
bertambah syukur dengan kurniaan Allah itu. Inilah balasan yang mereka dapat hasil dari perjuangan
yang tidak henti-henti di dunia dulu melawan kehendak dan keinginan hawa nafsu angkara murka
mereka, agar bersesuaian dengan kehendak Allah.

Inilah apa yang disabdakan oleh Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang
maksudnya: "Dunia ini ialah ladang untuk akhirat."

BAB 68: SYARAHANKEENAM PULUH


LAPAN
Apabila Allah memperkenankan permohonan dan do'a si hamba itu, bukanlah bererti Allah itu
berkurangan pula apa-apa yang ada dalam simpananNya kerana Allah itu Maha Kaya, dan juga tidak
semestinya Allah terpaksa menerima permohonan itu seolah-olah Dia tertakluk kepada permohonan si
hamba itu. Sebenarnya permohonan atau do'a si hamba itu bersesuaian dengan yang dikehendakiNya
dan sesuai pula pada masa dan ketikanya. Sebenarnya penerimaan do'a itu telah tertulis dalam azali
lagi dan menunggu masanya sahaja untuk dimakbulkan Allah. Inilah apa yang dikatakan oleh orangorang arif dalam menerangkan kalam Allah, "Setiap ketika Dia dalam keadaan baru."
Ini bererti Allah menerima permohonan si hamba itu pada masa yang telah ditentukan olehNya. Allah
telah menentukan bila masa yang do'a itu akan dimakbulkanNya. Allah tidak memberikan seseorang itu
dalam dunia ini hanya dengan do'a yang datang dari diri si hamba itu sahaja dan begitu juga Allah
tidak menolak apa-apa daripada si hamba itu hanya dengan do'a sahaja, adalah dikatakan bahawa
sabda Nabi tentang ini bererti bahawa ketentuan takdir llahi tidak akan terelak kecuali dengan do'a
yang ditakdirkan boleh menolak takdir itu. Begitu juga tidak ada orang yang akan masuk syurga
melalui perbuatan baiknya sahaja tetapi adalah dengan rahmat Allah juga walaupun begitu hambahamba Allah itu akan diberi pangkat di syurga menurut perbuatannya. Ada dikatakan bahawa A'isyah
pernah bertanya kepada Nabi: "Bolehkah seseorang itu masuk syurga hanya melalui perbuatan baiknya
sahaja?" Nabi menjawab: "Tidak, kecuali dengan rahmat Allah". Kemudian beliau bertanya,
"Walaupun engkau sendiri?" Jawab baginda: "Ya, walaupun aku, kecuali Allah meliputi aku dengan
rahmatNya." Setelah berkata demikian, baginda meletakkan tangannya di atas kepalanya.
Baginda berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa tidak ada seorangpun yang ada hak melanggar
ketentuan takdir Ilahi, dan Allah itu tidak semestinya memperkenankan do'a-do'a hamba-hambaNya.
Dia berbuat apa yang Ia hendak. Ia mengampuni siapa yang dikehendakiNya. Ia menghukum siapa yang
dikehendakiNya. Dia mempunyai kuasa mutlak. Terpulanglah kepadaNya segala-gala ketentuan. Allah
tidak boleh disoal tentang apa yang dilakukan olehNya melainkan si hamba itu yang disoal. Allah
memberi kurnia kepada siapa yang dikehendakiNya dan tidak memberi kepada siapa yang ia tidak
kehendaki. Apa sahaja di langit dan di bumi dan di antara keduanya adalah dalam kontrolNya dan
kepunyaanNya belaka. Tidak ada tuan bagi segala itu melainkan Allah dan tidak pencipta melainkan
Allah jua. FirmanNya:

"Hai manusia, ingkatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah sesuatu pencipta selain Allah yang
dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia, maka
mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?"(Surah Al-Fathir: Ayat 3)

FirmanNya lagi:

"Atau siapakah yang memimpin kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan siapa (pula)kah yang
mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmatNya? Apakah disamping
Allah ada Tuhan (yang lain)? Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan
(denganNya)." (Surah Al-Naml: Ayat 63)
FirmanNya lagi:

"Tuhan (yang menguasai) langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, maka sembahlah
dia dan berteguh hatilah dalam beribadat kepadaNya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang
sama dengan Dia (yang patut disembah)?" (Surah Maryam: Ayat 65)
Firman Allah:

"Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan yang Maha Pemurah. Dan adalah (hari itu),
satu hari yang penuh kesukaran bagi orang-orang kafir." (Surah Al-Furqan: Ayat 26)

BAB 69: SYARAHAN KEENAM PULUH


SEMBI LAN
Janganlah minta dari Allah Subhanahu wa Ta'ala yang lain dari keampunan terhadap dosa-dosa yang
lalu, dan perlindungan dari dosa-dosa yang sekarang dan dosa-dosa yang akan datang, dan kuasa untuk
taat kepadaNya, kuasa untuk dapat melakukan suruhanNya dan meninggalkan tegahanNya, dan dapat
rela dengan senang terhadap kesusahan dan ketentuan takdirnya dan dapat sabar menghadapi mala
petaka, dan dapat bersyukur terhadap kurniaanNya dan mati dalam iman dan kebaikan, dan dapat
bersatu dengan golongan para anbiya', shodiqin dan syahidin dan orang-orang yang diredhai kerana
inilah sebaik-baik rakan dan kawan.
Janganlah kamu minta dari Allah perkara-perkara seperti dihindarkan dari kemiskinan, kesusahan dan
didatangi kaya dan kesenangan. Tetapi hendaklah kamu minta rasa senang dengan apa yang telah
diuntukkanNya, dan minta dariNya perlindungan yang kekal dalam suasana dan keadaan yang ia
tempatkan kamu sehingga kamu dipindahkan ke lain suasana dan keadaan pula dan keadaan yang
berlawanan, kerana kamu tidak tahu dimana letaknya kebaikan itu, dalam kayakah atau miskinkah,
dalam kesusahankah atau dalam kesenangankah. Allah melindungi pengetahuan tentang sesuatu itu dari
kamu. Dia sahaja yang tahu baik atau buruknya sesuatu perkara itu. Umar Ibnu Al-Khathab dikatakan
ada berkata: "Tidak menjadi masalah kepadaku dalam apa keadaan aku lihat paginya hari, sama ada ia
membawa apa yang aku tidak suka atau apa yang aku suka, kerana aku tidak tahu manakah letaknya
kebaikan itu ...
Beliau berkata demikian kerana beliau redhadengan apa sahaja urusan Allah dan berpuas-hati dengan
ketentuan dan pilihan Allah untuknya.
Firman Allah: "Berperang itu diwajibkan kepada kamu dan berperang itu tidak kamu sukai, mungkin
kamu benci apa yang baik untukmu dan kamu suka apa yang tidak baik kepada kamu."
Allah tahu mana yang baik dan mana yang tidak baik dan kamu tidak tahu.
Teruslah dalam keadaan ini sehingga keinginan hawa nafsu kamu musnah dan dirimu hancur, hina dan
dikuasai dan ditakluki. Maka selepas itu tujuan, keinginan dan kemahuan kamu dan semua yang wujud
akan keluar dari dalam hatimu dan tidak ada yang tinggal di dalamnya kecuali Allah sahaja. Maka
barulah hatimu akan penuh dengan cinta kepada Allah dan niatmu untuk mencapainya akan menjadi
ikhlas. Selepas itu, tujuan dan kehendak kamu akan dikembalikan kepada kamu dengan perintahNya
untuk menikmati dunia ini dan akhirat, dan kemudian itu kamu akan pinta segala ini dari Allah dan
mencarinya dalam kepatuhan dengan Allah dan bersesuaian dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Jika
dia beri kurniaan, kamu syukur, dan jika ditarik olehNya kembali, kamu tidak pula meradang dan
mengugut dan tidak sekali-kali menyalahi Allah. Jiwa dan fikiranmu akan tenang dan damai, kerana
kamu mencarinya bukan timbul dari keinginan dan hawa nafsu kamu kerana hati kamu telah kosong
dari keinginan dan hawa nafsu kamu itu, dan kamu tidak melayani sebarang hasrat kepada perkaraperkara ini, tetapi hanya semata-mata mengikuti perintah Allah melalui rayuan kamu kepadaNya, dan
ketenteraman dan kedamaian bagi kamu hendaknya.

BAB 70: SYARAHAN KETUJUH PULUH


Bagaimanakah kamu berasa sombong dengan perbuatanmu sendiri dan bangga dengan dirimu sendiri
dan mengharapkan ganjaran dari itu sambil kamu mengatakan bahawa ini semua adalah dari kuasa
yang dikurniai Allah dan melalui pertolonganNya dan izinNya?
Jika kamu dapat mengelakkan dosa dan noda, maka itu adalah dengan pertolongan Allah dan
perlindunganNya jua. Mengapa pula kamu tidak bersyukur kepada Allah kerana pertolongan dan
perlindunganNya itu dan mengapa pula kamu tidak sedar bahawa kebolehan kamu menghindarkan
dosa itu adalah dengan kurnia dan rahmat Allah jua?
Mengapakah kamu berasa megah dengan sesuatu yang bukan kepunyaan kamu sendiri?
Apabila kamu tidak boleh membunuh musuhmu tanpa pertolongan orang yang lebih gagah darimu yang
membunuh musuh itu dan kamu hanya menyempurnakan pembunuhan itu sahaja, dan tanpa pertolongan
orang yang gagah itu kamu pasti kalah, maka mengapa kamu berasa sombong dengan perbuatanmu itu?
Apabila kamu tidak boleh membelanjakan wangmu sendiri melainkan ada pula seorang lain yang
pemurah, yang benar dan boleh diharap menjaminkan kamu dengan mengatakan bahawa segala wang
yang kamu belanjai akan digantinya, maka barulah kamu berani membelanjakan wang kamu itu, jika
demikian, mengapa kamu berasa sombong dengan perbuatanmu itu".
Cara yang paling baik baikmu ialah bersyukur dan memuji penolong kamu itu iaitu Allah Subhanahu
wa Ta'ala. Pujilah ia sentiasa dan segala kejayaan kamu itu adalah dari Dia jua, maka dengan itu
katakanlah Dia jua, jangan katakan kejayaan kamu itu dari kamu sendiri, kecuali perkara dosa dan
maksiat. Perkara dosa dan maksiat itu hendaklah kamu katakan datang dari dirimu sendiri. Diri itulah
yang patut disalahkan kerana di situ terletak kesalahan dan kejahatan. Allah mencipta perbuatan dan
lakuan kamu dan kamu melakukan sahaja. Itulah sebabnya ada orang-orang yang bijak dalam ilmu
keTuhanan berkata, "Lakuan atau perbuatan itu akan datang dan kamu tidak dapat lari darinya."
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ada bersabda juga tentang hal ini, "Lakukanlah
perbuatan baik dan hampirilah Allah, dan betulkan dirimu, kerana tiap-tiap seorang itu dimudahkan
mendapat untuk apa ia diciptakan."

BAB 71: SYARAHAN KETUJUH PULUH


SATU
Kamu adalah termasuk dalam satu daripada dua perkara mencari atau yang dicari.
Jika kamu murid, maka kamu adalah pencari. Jika kamu guru, kamu adalah yang dicari.
Jika kamu pencari iaitu murid, maka kamu adalah dibebani dan perlulah kamu menanggung beban itu
berat dan payah menanggungnya. Kamu terpaksa bekerja keras untuk mendapat matlamat yang kamu
tuju itu. Tidaklah patut kamu lari dari kesusahan yang menimpa diri kamu dalam hal-hal kehidupan,
harta benda, keluarga dan anak pinak kamu. Akhirnya beban yang kamu tanggung itu akan diringankan
dan diambil dari kamu, maka kesusahan itu akan dibuang dari kamu. Maka kamu akan diberi
keselamatan dan kesentosaan, dan akan dibebaskan dari dosa dan maksiat dan dari pergantungan
kepada makhluk. Kamu akan masuk dalam kumpulan hamba-hamba Allah yang dikasihiNya dan
dipeliharaNya.
Jika kamu dicari iaitu guru, janganlah kamu salahkan Allah jika Allah menimpa kesusahan padamu
dan janganlah kamu syak wasangka tentang kedudukan dan pangkatmu di sisi Allah, kerana Allah
hendak menguji kamu agar kamu ditinggikan lagi pangkat kamu di sisiNya. Allah hendak menaikkan
pangkat kamu ke taraf mulia dan abdal.
Mahukah kamu direndahkan tarafmu dari taraf mulia dan abdal itu atau kamu memakai pakaian yang
lain dari pakaian mereka itu".
Meskipun kamu rela dengan tarafmu yang rendah itu, tetapi Allah tidak rela.
Allah berfirman:

''Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis 'iddahnya, maka janganlah kamu (para wali)
menghalangi mereka berkahwin lagi dengan bakal suaminya, apabila telah terdapat kerelaan di antara
mereka dengan cara yang ma'ruf. Itulah dinasihatkan kepada orang-orang yang beriman di antara kamu
kepada Allah dan hari kemudian. Itu lebih baik bagimu dan lebih suci. Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui. "(Surah Al-Baqarah: Ayat 232)
Allah hendak meninggikan, memuliakan dan membaikkan kamu, mengapa pula kamu tidak mahu

menerimanya?

Mungkin kamu bertanya: "Mengapa pula si hamba yang sempurna itu diuji pada hal menurut kenyataan
tuan, ujian itu ialah untuk pencinta (kepada Allah) tetapi orang-orang yang dikasihi Allah itu adalah
orang-orang yang dicintaiNya?"

Jawab kami: "Kami telah katakan aturannya dahulu dan kemudian kemungkinan perkecualian. Nabi
besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dicintai Allah, tetapi
mengapa baginda pun diuji paling hebat. Baginda pernah berkata: "Aku paling takut kepada Allah
hinggakan tidak ada orang yang lebih takut kepada Allah daripada aku. Aku mendapat penderitaaan
yang paling hebat kerana Allah hinggakan tidak ada orang yang sama penderitaannya seperti aku.
Pernah selama 30 hari dan malam aku tidak ada makanan walaupun sebanyak yang boleh disembunyi
di bawah ketiak Bilal."

Sabda Nabi lagi, "Sesungguhnya kami dari golongan anbiya' ini sangat teruk diuji, kemudian orangorang yang di bawah peringkat kami, dan kemudian orang-orang di bawah peringkat itu, dan begitulah
seterusnya."
Lagi sabda baginda, "Akulah orang yang paling baik dalam pengetahuan Allah dan paling takut
kepadaNya daripada kamu sekalian."

Bagaimana pula orang yang dicintai Allah itu diuji dan ditakuti pada hal dia si hamba yang dicintai
dan sempurna? Sebenarnya ujian itu ialah bertujuan untuk meninggikan taraf mereka di akhirat kelak
kerana taraf kehidupan akhirat itu tidak akan ditinggikan kecuali melalui amal soleh dalam kehidupan
dunia ini.

Dunia ini ialah ladang untuk akhirat. Amal soleh anbiya' dan auliya' setelah membuat yang disuruh dan
meninggalkan yang dilarang, ialah terdiri dari sabar, rela dengan suka hati dan menyesuaikan diri
dengan ujian itu. Selepas itu ujian itu akan dihindarkan dari mereka dan mereka akan dapat mengalami
kurniaan, keredhaan dan kasih sayang Allah sehingga mereka menemui Allah Subhanahu wa Ta'ala.

BAB 72: SYARAHAN KETUJUH PULUH


DUA
Orang-orang yang beragama (Islam) yang pergi ke pasar dengan mematuhi kehendak agama,
melakukan perintah Allah seperti pergi sembahyang Jumaat atau lain-lain perhimpunan keagamaan
atau untuk menyempurnakan keperluan-keperluan mereka, adalah terdiri dari berbagai-bagai jenis.
Ada setengahnya apabila pergi ke pasar itu dan melihat barang-barang yang dijual di situ untuk
mengisi perut dan memuaskan selera, maka mereka terpengaruh oleh barang-barang itu dan hati
mereka terikat dengannya. Dan dengan itu mereka termasuk dalam satu ujian. Ini mungkin menjatuhkan
dirinya dan merobohkan agamanya, lalu dipengaruhi oleh hawa nafsu kebinatangan kecuali Allah
memelihara mereka dengan rahmatNya, perlindunganNya dan memberi mereka itu kesabaran dan
kekuatan untuk menghadapi tarikkan hawa nafsu itu. Hanya dengan pertolongan Allah itu sahaja dapat
mereka terselamat.
Ada pula setengahnya apabila mereka telah menyedari yang mereka itu hampir tergelincir ke lembah
kemurkaan Allah, maka mereka lekas kembali masuk ke pangkuan agama dan mengontrol diri mereka
supaya tidak terjerumus. Mereka ini ibarat pahlawan yang menegakkan agama dan ditolong oleh Allah
untuk mengontrol diri mereka supaya tidak dijajahi oleh hawa nafsu yang rendah itu. Allah akan
memberi mereka ganjaran di akhirat kelak.
Nabi pernah bersabda: "70 lakuan yang baik direkodkan bagi si mukmin apabila dia membuang
kehendak hawa nafsu tatkala dia dikuasai oleh hawa nafsu itu atau apabila dia menguasainya."
Lagi sabda baginda: "Dan setengah daripada mereka itu ada yang mendapat kenikmatan ini dan
menggunakannya dengan kurnia dan kehendak Allahyang berupa kekayaan harta benda dunia dan
bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta 'ala kerana mendapat kurniaan itu.
Ada pula setengahnya yang tidak melihat atau sedar kepada kesedapan yang ada di pasar atau di pekan
itu. Mereka buta kepada yang lain kecuali Allah. Mereka tahu Allah sahaja. Maka mereka buta kepada
yang lain dan telinga mereka pekak kepada yang lain. Mereka sibuk dengan Allah hingga lupa kepada
yang lain. Mereka ini jauh dari dunia dan kesibukkannya. Kalau kamu bertanya kepada orang yang
demikian itu di pasar itu atau di pekan tentang apa yang mereka lihat, mereka akan menjawab, "Kami
tidak lihat apa-apa pun." Ya, mereka melihat barang-barang di pekan atau di pasar itu dengan mata
zahir mereka sahaja dan tidak melihat dengan mata batin mereka. Mereka melihat sahaja tetapi tidak
melihat dengan keinginan hawa nafsu yang rendah. Pandangan itu pada rupa lahir sahaja bukan pada
hakikatnya. Pandangan itu pada lahir sahaja bukan pada batin. Pada lahirnya mereka lihat barangbarang dan benda-benda di pasar atau pekan itu, tetapi dalam hati mereka apa yang mereka nampak
ialah Allah, kadang-kadang dengan sifat keAgunganNya (Jalal) dan kadang-kadang dengan sifat
lemah-lembut dan keindahanNya.
Ada pula yang lain apabila mereka masuk sahaja ke pasar atau pekan, hati mereka penuh dengan Allah
Yang Maha Agung dan Indah, dengan kasih sayang kepada penduduk yang ada di situ. Kerana

perasaan kasih sayang ini, pandangan mereka tidak langsung tertumpu kepada barang-barang
kepunyaan penduduk pasar atau pekan itu dan barang-barang di hadapan mereka. Orang-orang ini
semenjak masuk ke pasar atau pekan itu hinggalah keluar darinya tetap dalam sembahyang atau
perhubungan dengan Allah dan memohon kepada Allah perlindungan dan mendoakan penduduk
penduduknya dengan rasa kasih sayang. Hati mereka memohon agar penduduk pekan atau pasar itu
diberi kebajikan dan dijauhkan kedurjanaan. Tidaklah putus-putus mereka memuji Allah kerana
kurniaanNYa dan nikmatNya itu. Orang-orang seperti ini digelar pengawal kerohanian bagi sesuatu
pekan atau bandar dan hamba-hamba Allah. Kamu boleh juga menggelar mereka sebagai orang-orang
yang memiliki ilmu ma'rifah dan abdal dan orang wara' dan yang mengetahui yang nyata dan yang
ghaib, dan orang yang dicintai Allah dan matlamat terakhir dari Allah, dan khalifah Allah di atas muka
bumi, duta Allah, menjalankan yang baik, kenyataan yang manis, orang yang dapat bimbingan ke jalan
yang lurus dan benar, dan pembimbing kerohanian. Inilah kekasih Allah. Moga-moga Allah melimpahi
rahmat dan nikmatNya kepada orang-orang seumpama ini dan sesiapa sahaja yang menghadapkan
wajahnya kepada Allah dan mereka yang mencapai puncak ketinggian kerohanian.

BAB 73: SYARAHAN KETUJUH PULUH


TlGA
Kadang-kadang Allah memberitahu kepada waliNya tentang kesalahan seseorang lain, sama ada
berkenaan perkataan, perbuatan, fikiran atau niat seseorang itu. Oleh itu Allah masukkan ke hati
waliNya itu rasa ingin mempertahankan keAgungan dan keDaulatan Tuhannya, NabiNya dan
agamaNya. Api kemarahan zahir dan batin mereka makin meluap-luap dengan perasaan hendak
membela Tuhannya, NabiNya dan agamaNya.
Macam mana kesenangan dapat dirasai jika penyakit masih ada zahir dan batin, dan macam mana
tauhid dapat dicapai jika masih ada kecenderungan untuk mempersekutukan Allah yang boleh
membawa kepada kufur dan menjauhkan seseorang itu dari Allah, dan bukankah ini sikap yang
dipunyai oleh musuh iaitu iblis yang dilaknati Allah, dan sikap yang dipunyai oleh orang-orang
munafik yang bakal akan dicampakkan ke neraka yang paling bawah dan kekal di dalamnya?
Maka oleh itulah Allah menzahirkan melalui lidah wali-waliNya tentang kepalsuan mereka itu, tentang
kejahatan perbuatan mereka itu dan betapa bohongnya kata-kata mereka itu yang mengatakan mereka
mempunyai peringkat kerohanian orang-orang yang benar (shodiqin), dan sikap mereka hendak
melawan orang-orang yang fana' dalam takdir Allah, dan mengatakan yang mereka objek yang terakhir
bagi Allah.
Wali-wali ini melakukan itu kerana memelihara keAgungan Allah Yang Maha besar, ataupun untuk
menyalahkan orang-orang yang berbohong itu sebagai satu nasihat bagi mereka, ataupun untuk
menunjukkan kemurkaan Allah terhadap mereka yang membohongi kebenaran wali-wali Allah itu.
Maka oleh itu, wali itu dituduh memfitnahkan orang yang berkenaan. Maka ditanya: "Adakah wali itu
dibenarkan memfitnahkan seseorang pada hal dia dilarang berbuat demikian? Bolehkah ia bercakap
tentang seseorang yang hadir atau tidak hadir, sesuatu yang tidak diketahui oleh orang ramai?"
Sebenarnya perlakuan wali-wali yang demikian itu termasuk dalam maksud firman Allah:

"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (minum arak) dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu
terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari
manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih
dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir."

(Surah Al-Baqarah: Ayat 219)

Pada zahirnya kritik terhadap wali-wali itu ialah menunjukkan ketidakpatuhan seseorang tetapi pada
hakikatnya ialah menimbulkan kemurkaan Allah. Orang yang membantah kebenaran wali-wali itu ialah
orang yang bingung dan sesat. Oleh itu , janganlah dibantah mereka, tetapi sebaliknya hendaklah
diamkan diri dan fikirkan dulu dan cari kebenarannya dalam syariat. Jangan dibantah kerja Allah dan
wallnya yang mengeluarkan kata-kata tajam yang mendedahkan kepalsuan orang-orang yang
berbohong. Jika seseorang itu tidak membantah mereka, mereka itu lebih baik dan tidaklah timbul
kejahatan dalam hati itu dan itu dianggap sebagai taubatnya dan kembali dari lembah kejahilan dan
kesesatan.

Kata-kata wali itu adalah sebagai satu serangan terhadap orang-orang yang berbohong dan juga itu
satu kebaikan atau faedah kepada orang-orang yang sombong, yang hampir binasa kerana
kesombongan dan ingkar kepada Allah. Sesungguhnya Allah membimbing siapa sahaja yang
dikehendakiNya ke jalan yang lurus dan benar.

BAB 74: SYARAHAN KETUJUH PULUH


EMPAT
Perkara pertama yang patut dilihat oleh orang yang berakal ialah keadaan dan suasana dirinya sendiri
dan kemudian itu barulah melihat segala makhluk dan ciptaan. Daripada segala itu dapatlah diketahui
di mana sumber segala itu dan siapa yang mencipta semua itu. Kerana makhluk itu tanda Al-Khalik
(yang menjadikan) dan nampaklah kekuasaanNya Yang Maha Gagah sebagai tanda yang menjadikan
itu tentulah bijak. Dari makhluk itu nampaklah Al-Khalik kerana semua makhluk itu wujudnya dari Dia
jua. Inilah yang dilaporkan dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu dalam ulasannya tentang firman Allah,
"Dan Dia jadikan untukmu segala yang di langit dan di bumi."
Adalah dilaporkan dari yang tersebut itu bahawa ulasan ayat itu adalah demikian:
Dalam tiap-tiap sesuatu ada satu sifat dari sifat-sifat Allah, dan tiap-tiap nama adalah satu tanda bagi
satu daripada nama-namaNya, maka tentulah kamu itu di antara nama-namaNya dan sifat-sifatNya dan
perbuatan-perbuatanNya, batinNya melalui kuasaNya dan zahirNya melalui kebijaksanaanNya.
Dia terzahir dalam sifat-sifatNya dan terlindung dalam dirinya. Dirinya terlindung dalam sifatsifatNya dan sifat-sifatNya terlindung dalam perbuatan-perbuatanNya. Dia menzahirkan ilmunya
melalui iradatNya dan Dia nyatakan iradatNya dalam gerak-geri. Dia sembunyikan kemahiran dan
kebijaksanaanNya dan menyatakan kemahiran dan kebijaksanaanNya melalui iradatNya. Maka Dia
tersembunyi dalam ghaibNya dan Dia terzahir dalam kebijaksanaan dan kekuasaanNya. "Tidak ada
satu yang serupa denganNya, dan Dia Maha Melihat dan Maha mendengar."
Sesungguhnya banyak rahsia-rahsia ilmu kerohanian dalam kenyataan ini yang tidak diketahui-oleh
orang-orang yang hatinya tidak ada sinar ilmu kerohanian itu. Ibnu Abas mendapat ilmu hasil dari do'a
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam untuk beliau itu. Nabi mendoakan beliau: "Ya Allah!
Berilah ia pengetahuan agama dan ajarlah ia pengertian (Al-Qur'an)."
Semoga Allah melimpahkan kurniaan seperti itu kepada kita sekalian, dan dimasukkan kita ke dalam
golongan orang yang dirahmati Allah di hari pembangkitan kelak.

BAB 75: SYARAHAN KETUJUH PULUH


LIMA
Saya nasihatkan kamu supaya takut kepada Allah dan patuh kepadaNya. Turutlah hukum-hukum Allah
dan bersihkan hatimu, kontrollah dirimu, relalah dengan Tuhanmu, tolonglah orang yang miskin dan
orang dalam kesusahan, jagalah kesucian orang-orang kerohanian, berbaik-baik dengan anggotaanggota masyarakat, nasihatilah orang-orang muda, hindarkan bermusuh dengan rakan dan kawan, dan
jangan suka mengumpulkan harta benda, hindarkan berkawan dengan orang-orang yang bukan dari
golongan yang menuju jalan kerohanian dan menolong mereka dalam perkara dunia dan agama.
Hakikat kemiskinan dalam agama ialah kamu tidak memerlukan apa-apa dari orang lain yang seperti
kamu juga, dan hakikat kekayaan itu ialah kamu berada melampaui garis keperluan makhluk yang
seperti kamu juga. Tasawuf boleh didapati bukan melalui perbincangan dan percakapan, tetapi adalah
melalui lapar dahaga dan menjauhkan diri dari apa yang kamu sukai. Janganlah kamu menonjoltonjolkan kepandaian kamu di hadapan Darwisy (orang yang melupakan apa saja selain Allah), tetapi
hendaklah kamu bersikap lemah-lembut kerana jika kamu menonjol-tonjolkan kepandaian kamu, maka
dia tidak akan rasa senang dan dia akan senang jika kamu bersikap lemah-lembut.
Tasawuf itu berdasarkan lapan sifat (kualiti): (1) Murah hari seperti Nabi Ibrahim, (2) Menyerah
dengan sukarela seperti Nabi Ishak, (3) Sabar seperti Nabi Yaqub, (4) Sembahyang seperti Nabi
Zakaria, (5) Miskin seperti Nabi Yahya, (6) Memakai pakaian bulu seperti Nabi Musa (7)
Mengembara seperti Nabi Isa, (8) Beragama seperti Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam.

BAB 76: SYARAHAN KETUJUH PULUH


ENAM
Saya nasihatkan kamu supaya bercampur dengan orang yang kaya dengan sikap kemuliaan dan dengan
orang yang miskin bersikap sopan santun. Hendaklah kamu bersikap sopan santun dan ikhlas. Ikhlas
itu membawa kepada pandangan yang kekal kepada Allah. Janganlah kamu salahkan Allah dalam hal
perkara keduniaan. Rendahkan diri berhadapan denganNya. Janganlah rosakkan hak saudara kamu.
Bergaullah dengan darwisy dengan sopan santun dan berakhlak baik dan 'bunuh' diri kamu sehingga
kamu hidup semula dalam alam kerohanian.
Orang-orang yang hampir dengan Allah itulah yang baik kelakuannya. Yang paling penting ialah kamu
lari dari mempersekutukan sesuatu dengan Allah Yang Maha Esa. Teruskanlah menggesa manusia
berpegang kepada kebenaran dan kesabaran. Cukuplah kamu bergaul dengan darwisy dan
mengkhidmati auliya'.
Darwisy ialah orang yang tidak pedulikan apa sahaja selain Allah. Menyerang seseorang yang lemah
dari kamu adalah menunjukkan kamu pengecut. Menyerang seseorang yang lebih kuat dari kamu adalah
menunjukkan kamu tidak bermalu. Menyerang seseorang yang sama kuat dengan kamu adalah
menunjukkan kamu tidak berkelakuan baik. Untuk mengikuti kehidupan darwisy dan sufi itu perlu
usaha dan jangan campurkan dengan perkara yang olok-olok. Semoga Allah memberi kita kekuatan.
Wahai wali Allah! Kamu selalu mengingati Allah dalam semua keadaan kerana dengan itu kamu
mendapat segala kebaikan dan kamu juga terus melakukan perintah Allah kerana dengan itu kamu
terhindar dari perkara yang merosakkan diri kamu. Adalah juga tugas kamu sentiasa bersedia
menghadapi takdir Allah kerana ketentuan Allah itu pasti akan datang.
Ketahuilah kamu akan disoal tentang gerak dan diam kamu, maka dengan itu hendaklah sentiasa berada
dalam keadaan yang sesuai bagi sesuatu masa dan janganlah lakukan apa yang tidak memberi faedah
kepada kamu. Patuhlah kepada Allah dan RasulNya dan mereka yang memerintah sebagai ganti tempat
Nabi. Hendaklah selalu memberi kepada mereka dan jangan meminta sahaja dan do'akan mereka.
Ingatlah saudara-saudara seagama (Islam) dan berniat baik serta berbuat baik dengan mereka.
Janganlah memusuhi atau dengki dalam hati terhadap sesama muslimin dan muslimat.
Perlulah kamu doa'kan mereka yang menzalimi kamu dan takutlah kepada Allah. Adalah tugas kamu
memakan benda-benda yang halal sahaja. Bertanyalah kepada orang-orang yang mengetahui ilmu
Allah tentang apa yang kamu tidak tahu. Tanamkanlah rasa sopan santun kepada Allah dan sentiasalah
berdampingan denganNya. Dampingilah yang lain dari Allah itu hanya setakat keperluan kamu untuk
berdamping dengan Allah.
Sedekahkanlah wang ringgit kamu tiap-tiap pagi. Buatkanlah sembahyang mayat (sembahyang untuk
orang mati) pada malam hari untuk orang-orang Islam yang meninggal dunia pada hari itu. Setelah
selesai sembahyang maghrib, lakukanlah sembahyang istikharah. Bacalah waktu pagi dan petang 7 kali
ayat ini:

Ertinya: Ya Allah! Lindungi kami dari api neraka.


Sentiasalah baca:

Ertinya: Aku berlindung dengan Allah yang mendengar dan mengetahui, dari syaitan yang kena rejam.
Kemudian teruslah membesarkan Allah dan penutupnya dengan surah Hasyar iaitu: "Dialah Allah,
tidak ada Tuhan selain Allah, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang pemurah dan
penyayang, tidak ada Tuhan selain Dia, pemerintah yang qudus (suci) menjaga keamanan, memberi
keselamatan, penjaga segala-galanya, Maha Agung dan Maha Gagah, yang mempunyai segala
keAgungan. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
Dialah Allah, pencipta, pembuat, pembentuk. Kepunyaan Dia nama-nama yang paling baik, apa sahaja
yang di langit dan yang di bumi mengagungkan Allah, Dialah yang Maha Gagah dan Maha Bijak.
Allah sahajalah yang memberi kekuatan dan yang menolong, kerana tidak ada kekuatan dan kuasa
melainkan dengan Allah Yang Maha Besar dan Maha Mulia.

BAB 77: SYARAHAN KETUJUH PULUH


TUJUH
Berdampinglah dengan Allah seolah-olah tidak ada yang lain lagi kecuali Dia. Berdampinglah dengan
makhluk seolah-olah diri kamu tidak ada. Apabila kamu berada di sisi Allah tanpa makhluk, maka
dapatlah kamu Allah dan lenyap dari segala yang lain. Apabila kamu berserta makhluk tanpa diri
kamu sendiri, kamu akan menjadi adil dan menolong orang menuju jalan yang lurus dan selamat dari
kesusahan kehidupan.
Tinggalkanlah apa sahaja di luar pintu bilik khalwat kamu itu dan masuklah ke dalam seorang diri.
Apabila kamu berseorangan di dalam bilik itu, kamu akan lihat rakanmu dalam batinmu dan akan kamu
alami apa yang bukan makhluk dan diri kamu akan lenyap dan sebagai tempatnya datanglah perintah
Allah dan kehampiran denganNya. Pada peringkat ini kejahilan kamu itu akan jadi pengetahuanmu dan
jauhnya kamu itu adalah hampirnya kamu, dan diam kamu itu menjadi zikir Allah dan keadaan kamu
yang hairan itu membuktikan persahabatan (Dengan Allah). Wahai saudara! Pada peringkat ini tidak
ada yang wujud kecuali Allah sahaja dan yang dijadikanNya. Jadi, jika kamu memakai Al-Khalik,
maka katakanlah kepada yang lain: "Sesungguhnya mereka itu musuhku tetapi Tuhan sekalian alam
adalah sahabatku."
Barangsiapa yang telah merasanya, akan mengetahuinya.
Beliau ditanya: "Bagaimanakah orang yang telah dikuasai oleh pahit hempedu akan merasai manis?".
Jawabnya, beliau berkata: "Dia hendaklah berusaha menjauhkan kehendak dan keinginan hawa
nafsunya. Wahai manusia! Apabila si mukmin membuat kebaikan, diri kebinatangannya itu bertukar
menjadi hatinya (iaitu menurut perintah hati). Diri itupun mencapai kesedaran hati. Kemudian hatinya
bertukar kepada rahsia. Rahsia itu juga bertukar dan menjadi fana'. Keadaan fana' itu bertukar lalu
menjadi satu wujud yang lain". Kemudian diperhatikannya kawan-kawan itu dapat pergi melalui tiaptiap pintu.
Wahai manusia! Fana' itu ialah menafikan semua makhluk dan menukar keadaan kamu kepada keadaan
malaikat, kemudian balik semula kepada yang mula, dan kemudian Tuhanmu akan memelihara dan
menjaga kamu sebagaimana yang dikehendakiNya.
Jika kamu hendakkan peringkat ini, pakailah Islam dan kemudian menyerah terus kepada takdir Allah.
Kemudian dapatilah ilmu Allah. Selepas itu, sedarilah sepenuhnya dirimu tentang Dia dan wujudlah
dalam Dia. Apabila kamu berada dalam wujud sedikian itu, kamu akan sepenuhnya kepunyaan Allah.
Berlaku wara ' adalah kerja satu jam, bersederhana dalam segala hal adalah kerja dua jam, tetapi
ma'rifah Allah ialah kerja yang sentiasa.

BAB 78: SYARAHAN KETUJUH PULUH


LAPAN
Hendaklah ada 10 sifat bagi orang-orang yang berada dalam perjuangan kerohanian dan dalam
memeriksa diri sendiri dan yang berusaha mencapai matlamat kerohanian dan ingin berkekalan dalam
keadaan itu. Apabila telah diizinkan Allah mereka tetap berada dalam keadaan itu dan berdiri teguh di
dalamnya, maka dapatlah mereka kedudukan yang tinggi.
Sifat pertama ialah si hamba itu hendaklah jangan bersumpah dengan nama Allah, sama ada dalam
perkara yang benar atau yang salah, dengan sengaja atau tersilap. Apabila ia telah biasa dengan
demikian, tidaklah lagi ia bersumpah dengan nama Allah secara sengaja atau tersilap. Maka Allah
akan membuka pintu nur (cahaya)Nya. Akan disedarinya faedah ini dalam hatinya. Pangkatnya di sisi
Allah akan ditinggikan. Kekuatan dan kesabarannya akan bertambah. Saudara-maranya akan
memujinya dan jiran-jirannya akan memuliakannya. Barangsiapa yang kenal kepadanya akan
menghormatinya dan barangsiapa yang melihatnya akan gentar memandangnya.
Sifat kedua ialah si hamba itu hendaklah jangan berbohong sama ada benar-benar ataupun berjenaka
sahaja. Apabila ia telah dapat membuang perbuatan yang tidak diingini itu dan telah menjadi sebati
dengan dirinya, maka Allah akan membuka hatinya dan membersihkan ilmunya sehingga seolah-olah
beliau tidak tahu bohong dan apabila didengarnya orang lain berbohong, maka ia berasa benci dan
malu dalam hatinya. Jika ia berdoa kepada Allah untuk membuang kelakuan berbohong itu, maka
Allah akan memperkenankan.
Sifat ketiga ialah si hamba itu jangan mungkir janji apabila telah berjanji ataupun jangan berjanji
langsung. Dengan tidak mungkir janji atau tidak langsung berjanji itu dia akan dapat sumber kekuatan
dalam hal dirinya dan ini adalah tindakan yang seimbang untuk diikut. Kerana mungkir janji adalah
termasuk dalam golongan berbohong. Jika ia berbuat demikian, maka pintu kemuliaan akan dibuka
kepadanya dan darjat akhlak yang tinggi akan diberi kepadanya. Orang-orang yang benar akan cinta
kepadanya. Pangkatnya di sisi Allah akan ditinggikan.
Sifat yang keempat ialah si hamba itu jangan menyumpah atau melaknat makhluk ataupun menyakiti
mereka walaupun sedikit. Kerana sifat ini adalah diantara sifat-sifat yang baik dan kebajikan. Ini
adalah satu sifat yang benar. Jika bertindak menurut dasar ini, seseorang itu akan berakhir dengan
hidup yang baik di bawah lindungan Ilahi dan Allah akan menyediakan baginya pangkat kerohanian
yang tinggi dan dia akan dipelihara dari jatuh ke lembah kebinasaan dan dipelihara dari kejahatan
manusia. Allah akan mengurniakannya rahmat dan kehampiran denganNya.
Yang kelima ialah si hamba itu jangan mendo'akan supaya orang lain dapat bahaya walaupun ia
dilayan dengan cara yang tidak baik. Janganlah membalas sama ada dengan lidah atau dengan
perbuatan. Bersabarlah dan serahkan kepada Allah. Janganlah menuntut bela sama ada dengan
perbuatan atau dengan lisan. Orang yang boleh melakukannya ini akan diberi pangkat yang tinggi di
sisi Allah. Orang yang terlatih dengan cara ini dan tetap dalam sifat ini akan mendapat kemuliaan
dalam dunia ini dan di akhirat kelak dan akan dicintai oleh orang-orang yang benar, yang dekat dan

yang jauh. Permohonannya akan diterima dan ia mendapat kemuliaan di hati orang-orang yang
beriman.
Yang keenam ialah si hamba itu janganlah mengatakan bahawa seseorang (yang menurut kiblat yang
sama, iaitu beragama Islam) itu musyrik, munafik atau kafir. Jika kamu tidak mengkafirkan,
memunafikkan atau memusyrikkan seseorang, maka itu menunjukkan kamu menurut sunnah Nabi besar
Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan menjauhkan diri kamu dari membuat kacau dalam
perkara yang Allah sahaja mengetahui, dan menjauhkan dari seksaanNya. Dan menghampirkan kamu
kepada rahmat dan redhaNya. Oleh itu, ini adalah pintu yang mulia menuju Allah Subhanahu wa
Ta'ala yang mengurniakan sifat ini kepada hamba-hambaNya yang beriman sebagai ganjaran kerana
kasih sayangNya kepada semua orang.
Yang ketujuh ialah si hamba itu menghindarkan dirinya dari perkara yang berdosa, zahir dan batin,
dan menjauhkan anggotanya membuat perkara yang berdosa. Dengan itu, dapatlah hatinya itu kurniaan
Allah dan juga anggotanya dalam dunia ini dan yang disediakan untuknya di akhirat nanti. Kita
berharap semoga Allah memberi kita sifat ini dan membuang dari hati kita segala hawa nafsu
keduniaan semata-mata.
Yang kelapan ialah si hamba itu hendaklah jangan membebani seseorang sama ada berat atau ringan.
Sebaliknya ia hendaklah membuang beban yang ditanggung oleh seseorang itu sama ada ia meminta
atau tidak. Sebenarnya ini adalah satu kemuliaan yang diberi Allah kepada si hambaNya, dan ini juga
memberi kekuatan kepada dia untuk menasihati orang-orang lain supaya membuat yang baik dan
melarang membuat yang jahat. Ini adalah satu kemuliaan bagi si hamba Allah. Pada peringkat ini
seluruh makhluk ini dipandang sama sahaja. Dalam peringkat ini, si hamba itu akan dijadikan oleh
Allah hatinya tidak memerlukan apa-apa dan ia berpegang teguh dan menyerah kepada Allah sahaja.
Allah tidak akan menaikkan pangkat seseorang itu di sisiNya jika ia masih terikat erat kehendak hawa
nafsu keduniaan semata-mata. Pada pandangan orang yang mencapai peringkat ini, semua makhluk ini
adalah sama sahaja dan mempunyai hak yang sama. Inilah pintu kemuliaan bagi si mukmin dan orangorang yang soleh dan inilah pintu yang sangat hampir kepada ikhlas.
Sifat yang kesembilan ialah si hamba itu tidak berharap-harap kepada manusia dan tidak juga terasa
dalam hatinya hendakkan apa yang ada pada mereka. Oleh itu, ini sebenarnya ialah sifat yang mulia. Ia
tidak perlu apa-apa. Inilah kebaikan yang besar, keyakinan dan pergantungan yang erat pada Allah.
Inilah satu pintu daripada pintu-pintu tawakal kepada Allah, yang membolehkan seseorang itu takut
kepadaNya, dan ini menunjukkan kesempurnaan amalan agamanya, dan ini juga tanda perdampingan
yang terus langsung dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Sifat yang kesepuluh ialah merendahkan diri iaitu tidak berbangga-bangga dan membesarkan diri.
Dengan sifat ini maqam atau peringkat seseorang hamba itu akan dipertinggikan dan dipermuliakan
Allah. Dia disempurnakan pada sisi Allah dan pandangan manusia juga, Dia diberi kuasa
mendapatkan kehendaknya dalam hal urusan dunia dan akhirat. Inilah sifat yang berupa seluruh akar
dan ranting bagi pokok kesempurnaan taat kepada Allah dan ini juga menolong menaikkan si hamba itu
ke peringkat maqam (stesyen) orang-orang yang soleh yang redha dengan Allah dalam kesusahan dan
kesenangan dan inilah kesempurnaan wara'.
Dalam keadaan merendahkan diri itu, si hamba itu hanya nampak kelebihan orang lain dan dia

berkata: "Barangkali orang itu lebih baik daripada aku pada pandangan Allah dan lebih tinggi
kedudukannya." Jika orang itu orang kecil, si hamba Allah berkata: "Orang ini tidak bersalah kepada
Allah, tetapi aku bersalah, oleh itu, tentu sahaja dia lebih baik daripada aku." Jika orang itu orang
besar, dia berkata: "Orang ini telah menghambakan dirinya kepada Allah sebelum aku berbuat
demikian." Jika si hamba itu melihat seorang yang alim, ia berkata: "Orang ini telah diberi apa yang
tidak sampai kepadaku dan ia telah mendapat apa yang aku tidak dapat, dan ia tahu apa yang aku tidak
tahu, dan dia bertindak menurut 'pengetahuan." Jika orang itu orang yang jahil. Maka si hamba Allah
itu akan berkata: "Orang ini ingkar kepada Allah dalam jahilnya, tetapi aku ingkar pada hal aku
berilmu, aku tidak tahu apakah akhirnya aku dan apa pula akhirnya dia." Jika dilihatnya orang yang
kafir, ia berkata: "Aku tidak tahu, mungkin dia menjadi seorang muslim dan akhir hayatnya dalam
kebaikan, tetapi mungkin aku menjadi kafir dan berakhir dalam kejahatan."
Inilah pintu kasih sayang dan takut (kepada Allah) dan inilah yang perlu dan inilah yang perlu kekal
pada hamba-hamba Allah.

Oleh yang demikian, apabila si hamba Allah itu telah menjadi seperti yang tersebut di atas itu, Allah
akan memeliharanya dari mara bahawa dan akan dinaikkan tarafnya sebagai orang yang berdampingan
dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan menjadi orang pilihanNya. Dia menjadi rakan Allah dan
musuh iblis. Di sinilah pintu rahmat. Di sini kebanggaan dan kesombongan diri hancur serna. Rasa
ketinggian diri dalam hal agama, keduniaan dan kerohanian hilang musnah. Inilah pati kehambaan atau
penyembahan kepada Allah. Tidak ada lebih baik dari ini.

Dengan tercapainya peringkat ini, lidahnya akan berhenti dari memperkatakan hal-hal ahli dunia dan
apa yang sia-sia. Tidak ada kerjanya yang sempurna tanpa tangga ini. Sombong, dengki dan
melampaui batas akan hilang dari hatinya dalam semua keadaan. Cakapnya serupa dengan apa yang
dalam hatinya dan tujuannya serupa dengan apa yang ada dalam hatinya. Pendeknya zahir dan batinnya
serupa juga. Manusia ini sama sahaja dalam pandangannya berkenaan dengan hal nasihat-menasihati.
Dalam nasihatnya itu, ia tidak membuat misalan dari kejahatan seseorang atau dari tindakan baik
dirinya, atau memperkatakan kejahatan orang lain dan ia tidak suka mendengar kejahatan seseorang itu
dibuat misalan, kerana ini adalah membahayakan hamba-hamba Allah dan menyusahkan mereka dan
membawa kerosakan kepada sifat zuhudnya, kecuali mereka yang ditolong Allah dengan rahmatNya
untuk memelihara lidah dan hatinya supaya selamat.

BAB 79: SYARAHAN KETUJUH PULUH


SEMBILAN
Apabila wali ini (Syeikh Abdul Qadir Jailani) sedang sakit yang membawa kematian itu, anaknya
Syeikh Abdul Wahab berkata kepada beliau: "Berilah saya satu nasihat untuk peganganku sebelum
ayah meninggal dunia." Kata beliau kepada anaknya: "Takutlah kamu kepada Allah dan jangan kamu
takut kepada siapa-siapapun kecuali Dia jua, dan janganlah berharap kepada sesiapa kecuali Dia dan
pintalah segala keperluanmu kepada Dia. Janganlah bergantung kepada siapapun kecuali kepada Dia
dan tumpahkanlah kepercayaanmu kepada Dia sahaja. Tauhidlah kepadaNya, semuanya bersetuju
tentang hal ini." Kata beliau lagi: "Apabila hati itu telah betul dengan Allah, tidak ada yang dirasai
tertinggal dan tidak ada yang datang dari diri manusia itu."
Sambung beliau lagi: "Saya ini isi tanpa kulit."
Seterusnya beliau berkata: "Orang lain datang mengunjungiku, dengan itu berilah ruang untuk mereka
duduk dan hormatilah mereka. Di sini ada manfaat yang besar. Janganlah sesak-sesakkan tempat ini."
Terdengar juga beliau berkata: "Selamat sejahteralah kamu dalam rahmat dan kasih sayangNya.
Semoga Allah melindungi aku dan kamu dan melimpahkan rahmatNya kepada aku dan kamu. Aku
mulakan dengan nama Allah dengan tidak berhenti-henti."
Sehari semalam beliau terus berkata: "Bencanalah kamu, aku tidak takut apapun, walaupun malaikat
ataupun malaikat maut. Wahai malaikat maut! Bukanlah kamu tetapi adalah Dia yang menolongku yang
memberi kurniaan kepadaku."
Kemudian beliau pun bertempik: "Ini terjadi pada petang hari kembalinya ke rahmatullah. Aku
diberitahu oleh anak lelakinya, Abdul Razak dan Musa yang beliau telah mengangkatkan tangannya
dan meluruskannya dan didengar perkataan: "Selamat dan sejahteralah kamu dalam rahmat dan
kurniaan Allah. Taubatlah dan masuklah dalam barisan. Tidak lama lagi aku akan datang kepadamu."
Beliau berkata: "Tunggu! Kemudian beliau pun kembali kerahmahtullah.

BAB 80: SYARAHAN KE LAPAN PULUH


Antara diri aku dan kamu dan makhluk, hanya Dia sahaja seperti antara langit dan bumi. Oleh itu,
janganlah sangkakan aku dengan sesuatu daripada mereka dan janganlah sangkakan sesuatu daripada
mereka dengan aku.
Kemudian Abdul Aziz, anaknya bertanya kepada beliau tentang sakitnya dan keadaannya. Beliau
berkata: "Janganlah sesiapa bertanya kepada aku. Saya sedang dibalik-balikkan dalam ma'rifatullah."
Juga dilaporkan bahawa Abdul Aziz bertanya beliau tentang penyakitnya. Berkenaan hal ini beliau
berkata: "Sesungguhnya tidak ada seorangpun, sama ada manusia atau jin atau malaikat yang
mengetahui penyakit aku. Ilmu Allah tidak lenyap oleh perintah Allah. Perintah itu bertukar-tukar,
tetapi ilmu tidak bertukar. Perintah itu boleh dibatalkan tetapi ilmu tidak boleh. Allah menghilangkan
dan menerbitkan apa yang dikehendakiNya dan kepunyaanNya Al-Qur'an."
Firman Allah:

"Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuatNya. Dan merekalah yang akan ditanyai."
Sifat-sifat itu terus bergerak seperti dikatakan.
Anak beliau, Abdul Jabar bertanya kepadanya: "Bahagian mana badan bapa yang sakit?" Beliau
menjawab: "Semua anggotaku sakit kecuali hatiku yang tidak sakit dan ia tenteram dengan Allah."
Kemudian sampailah masanya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tatkala itu beliau
berkata: "Aku berlindung dengan Allah dengan bacaan: Tidak ada yang disembah melainkan Allah,
Maha Agung dan Maha Tinggi la. Yang kekal abadi selama-lamanya, yang tidak takut kepada binasa,
puji-pujian baginya yang menegakkan kekuasaanNya melalui kekuatanNya dan menguasai hambahambaNya dengan mati. Tidak ada yang disembah selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah."
Saya diberitahu oleh anaknya Musa, yang beliau mengucapkan perkataan 'ta'ziz' dan lidahnya tidak
dapat berkata dengan betul. Oleh itu, diulang-ulangnya berkata sehingga ia mengatakan perkataan
'ta'ziz ' dan terus membunyikannya sehingga betul. Kemudian beliau berkata: "Allah, Allah, Allah."
Suaranya pun makin perlahan dan lidahnya lekat kepada lelangitnya. Kemudian, jiwanya yang lima
itupun bercerai dengan badannya. Mudah-mudahan Allah redha dengannya. Moga-moga Allah
mengurniakan kasih sayangNya kepada kita sekalian dan seluruh muslimin dan muslimat sekalian, dan
akhir hayat kita sekalian di dalam iman. Tanpa kita dihinaNya dan diletakkanNya dalam ujian.
Mudah-mudahan Allah memasukki kita sekalian dalam golongan orang-orang yang soleh. Amin!
Amin! Amin!

Você também pode gostar