Você está na página 1de 3

ALIRAN CATAN

Aliran Realisme
Aliran realisme adalah proses peniruan semula alam fizikal kepada alam maya. Merupakan aliran
yang mementingkan kebenaran dan ketetapan terhadap apa yang dilihat oleh mata secara visual
dan tepat. Aliran ini mementingkan mesej dan aspek-aspek formalistik dalam menghasilkan
sesuatu karya. Subjek utama yang dilukis adalah berkaitan dengan rakaman alam semulajadi dan
situasi sebenar kehidupan seharian. Kebiasaannya aliran ini menggunakan media konvensional
dalam proses berkarya. Contoh cat minyak,akrilik, cat air dan poster colour. Contoh pelukis
Malaysia yang mengunakan aliran ini ialah Mohd Hoessein Enas yang digelar sebagai Bapa
Seni Lukis Potret Malaysia kerana kejayaan beliau dalam menghasilkan potret yang berbentuk
real. Contoh karya Memetik Daun Tembakau di Kelantan (1962), Menanam Padi (1989) dan
sebagainya. Begitu juga pelukis Jaafar Taib Sang Juara (2005), Johan Marjonid Arca Alam II
(2003). Pelukis barat pula ialah Gustave Courbett The Stonebreaker dan Jean- francois Millet
dalam lukisan yang bertajuk Potato Planters (1861)
Aliran Abstrak Ekspresionisme
Aliran ini berkembang selepas perang dunia kedua. Kemunculan istilah pertama aliran ini adalah
di Jerman pada tahun 1919 di dalam majalah Der Sturm yang merujuk kepada sekumpulan artis
Ekspressionis Jerman. Selain itu, aliran ini juga mempunyai pengaruh dengan aliran Surelisme
dan aliran Kubisme. Karya-karya aliran ini mengambarkan luahan perasaan yang sebenar melalui
penggunaan warna, sapuan berus, renjisan warna dan aksi pelukis dengan pelbagai cara yang
bebas. Artis mementingkan kespontanan, intuitif dan pemikiran bebas daripada perancangan
dalam berkarya. Kepentingan aksi semasa melukis diambil kira dan memberi kesan kepada
karya. Contohnya karya Jackson Pollock yang berjudul Autumn Rhythm dihasilkan dengan
cara mencurah, merenjis, atau menyapu cat dengan pergerakan keseluruhan anggota badan
sehingga warna memenuhi keseluruhan kanvas. Karya ini memperlihatkan warna yang
dimanipulasi bagi penghasilan garisan dan jalinan yang mengambarkan pergerakan yang
dinamik. Aliran ini juga banyak menggunakan simbol untuk menyampaikan mesej, imej abstrak
dan hilang sifat realistik di samping mengutamakan unsur warna, bentuk, dan garisan serta
menggunakan pelbagai teknik dan media. Antara pelukis barat yang mengamalkan aliran ini
ialah Franz Kline (Amerika 1910-1962) @Untitled 1950cat minyak dan Jackson Pollock
(Amerika 1912-1956)@ Number One cat minyak (renjisan). Para pelukis tempatan pula ialah
Syed Ahmad Jamal @ Harapan 1962, cat minyak , Yeoh Jin 1962, cat minyak dan Abdul
Latiff Mohidin @ Pemandangan 111 1966, cat minyak .
AliranKiubisme
Kubisme merupakan aliran yang paling inovatif, kreatif, dan berpengaruh besar dalam
perkembangan aliran seni rupa di era abad 20an. Aliran kubisme adalah sebuah gerakan seni rupa
moden pada awal abad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque. Prinsip dasar yang umum
pada kubisme iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, pertindihan ,
penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dalam aneka bentuk. Gerakan ini dimulai
pada media lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing. Ciri dari aliran ini adalah

mengaplikasikan bentuk-bentuk realisme kedalam bentuk geometri dengan pendekatan bentuk


dan warna di atas kanvas yang diibaratkan sebagai media pecahan kaca. Istilah "Kubis" itu
sendiri, tercetus berkat pengamatan beberapa pelukis iaitu Louis Vauxelles (kritikus Prancis)
setelah melihat sebuah karya Braque di Salon des Independants, berpendapat bahawa bahawa
karya Braque sebagai reduces everything to little cubes (menempatkan segala sesuatunya pada
bentuk kubus-kubus kecil. Gil Blas menyebutkan lukisan Braque sebagai bizzarries cubiques
(kubus ajaib). Sementara itu, Henri Matisse menyebutnya sebagai susunan petits cubes (kubus
kecil). Maka untuk selanjutnya dipakai istilah kubisme untuk memberi ciri dari aliran seperti
karya-karya tersebut sebagai aliran dalam seni visual
Pop Art
Istilah Pop Art dicipta oleh pengkritik Inggeris iaitu Lawrence Alloway untuk mencipta satu
pergerakan ataupun kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai "Independence Group"
yang bergerak aktif pada tahun 1954-1955. (ENglish Pop Art). MAnakala di Amerika Syarikat,
Pop Art lahir di tengah-tengah kesibukan kota d New York. Pada tahun 1959, Robert
Rauschernberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis Pop Art yang pertama.
Pop Art dianggap sebagai reaksi kepada Abstrak Ekspressionisme apabila ia menggunakan imej
bergambar serta teknik "hard-edge" dan fotografi. Pelukis-pelukis yang terkenal di Amerika
Syarikat terdiri daripada JAsper John Dan Robert. Manakala pelukis Pop ARt yang terkenal di
Amerika Syarikat terdiri daripada Richard Hamilton, David Hockney, Peter Blake dan Allen
Jones. Pelukis Pop Art yang begitu kreatif dan juga yang mempunyai kemahiran yang begitu
bermutu tinggi di dalam penghasilan karya atau lukisan yang berkaitan dengan Pop Art di
Malaysia terdiri daripada Ismail Zain, Redza Piyadasa, dan Ahmad Shukri Mohamad. Di antara
hasil karya pelukis-pelukis Pop Art Malaysia ialah "Pemandangan Malaysia Teragong'.
Aliran Impressionisme
Impressionisme bermula apabila timbulnya salah faham antara artis dan audien. Keadaan ini
menimbulkan situasi luar biasa kepada audien tentang seni, keadaan ini berlaku berikutan
perkembangan dan kemajuan berlaku dengan pesat. Masyarakat mula berkehendakkan
kehidupan kepada yang lebih baik, mereka merasakan perlu memperolehi termasuklah apa yang
dilalui oleh kelas atasan seperti pendidikan, hobi dan arts. Pemikiran tentang seni klasik perlu
berubah, selepas tahun 1860 pengkarya mula memikirkan rakaman secara spontan berdasarkan
apa yang dilihat. Rakaman lukisan mestilah jujur iaitu melalui kesan berus yang perlu
dinampakkan dengan jelas. Photographic di dalamnya hendaklah ada nilai poetic dan jiwa. Ini
adalah idea baru mengenai teori yang berkait dengan pengalaman mata. Mata menerima
informasi yang hanya melalui warna. Ianya juga bukan sekadar menghasilkan landskap malahan
menghasilkan sensasi daripada landskap tersebut. Impressionisme mula wujud apabila pengkritik
seni iaitu M. Louis Leroy menulis dalam jurnal Le Charivari tentang seni lukisan Claude Monet
Impressionisme Sunrise 1872. Aliran impresionisme adalah aliran yang mementingkan
pengcahayaan dan merakam cahaya di luar studio. Pengkarya aliran ini tidak mementingkan
imej yang ingin dipaparkan dan hanya mementingkan cahaya. Aliran ini menolak gambaran
secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan. Warna memainkan peranan penting dalam
menghasilkan cahaya. Warna wujud kerana cahaya. Oleh itu apabila cahaya berubah maka warna

pun turut berubah. Cahaya sentiasa mempengaruhi warna dan cahaya pula sentiasa berubah.
Mereka melukis di luar studio untuk melukis apa yang mereka lihat dan bukan apa yang mereka
tahu. Contoh pelukis tempatan yang menggunakan aliran ini ialah Osman Bakar Pekan Kita
Sebelum Merdeka, Md Sanim Md Dom Wadah Perikatan. Pelukis barat pula ialah Vincent
Van Gough Bedroom.
Aliran Ekspressionisme
Menolak ciri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi
menyampai mesej. Penggunaan warna yang dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan
bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.
Aliran Futurisme
Futurisme dari bahasa Perancis, futur atau bahasa Inggris, future yang keduanya berarti masa
depan adalah sebuah ilmu yang mempelajari masa depan aliran seni yang avant-garde, atau
sebelum masanya, terutama pada tahun 1909 Masehi. Futurisme juga pandangan yang lebih
mementingkan masa depan. Futurisme adalah aliran seni yang mendukung perkembangan
tipografi sebagai unsure ekspresi dalam desain, artinya dalam futurisme huruf tidak hanya
diperlakukan sebagai tanda bunyi tetapi juga sebagai lambang rupa untuk menyampaikan suatu
makna. Hal ini disebabkan karena banyak penyair futurisme yang memanfaatkan tipografi
sebagai bagian dari ungkapan perasaannya dalam berpuisi.
Aliran Surealisme
Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda
pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warnawarna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat
yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.
Aliran Dadaisme
Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan.
Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk
melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep kemusnahan juga merupakan penciptaan

Você também pode gostar