Você está na página 1de 3

Apa sebab jasad firaun terpelihara

hingga kini
SAINTIS
Firaun Pada
Presiden

Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat


pertengahan tahun 1975.
Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan
untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis
mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi
Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut
Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut
baginda yang melarikan diri daripada
kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu
dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu
disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin
Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu
kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa
sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang
dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-LEveque pada 19
Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf
sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia
menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir,
Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah
seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir
kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih
melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat
tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, dirawat segera dan
dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana
jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya
tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang
diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan
kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden
(judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr

Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes


(Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada
Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini
sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam
telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga
hari ini! Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap
sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat
diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang
mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini
dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan
kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana
mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat
Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang
terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat
membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)?
Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa
dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan, bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang
tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat
Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab
itu hanyalah: Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun,
menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun
tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat
menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu. (Exodus 14:28 dan Psalm
136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi
seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin
kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian
mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam
mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir
dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka
terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille
mendengarkannya sendiri: Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu
dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya
kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92). Apabila mendengar
ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu
kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk
maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun
dan dengan suara yang lantang berkata: Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan
al-Quran ini. Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau
kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya

menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan
dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Quran, and Science : The Holy
Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille
berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab
Injil adalah sebaliknya. Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini
kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun
kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala
penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,
katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam
Allah.

Você também pode gostar