Você está na página 1de 4

Asas Masakan Hutan

Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting. Aktiviti seperti kembara


dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan kita untuk membawa barangan dan
makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kembara
contohnya, memerlukan kita untuk berjalan beberapa kilometer menyusuri pantai,
anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan belantara

Resipi Pertama - Roti lilit

Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau
belahan buluh yang telah dibersihkan.
Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan
dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati
sehingga menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang
panjang sebelum dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting.
Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada
mentega, sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana
sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna.
Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang. Bagaimana hendak
menyalakan api ? Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki
dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting
kering supaya tidak ditiup angin.

Kebaikkan Menggunakan Lubang Api


1. melindungi tiupan angin
2. mengawal bara api supaya tidak dipijak
3. kekemasan dapur bawah (tanah)
4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak

5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh


Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta
1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal
2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)
3. perlukan sebuah kanta
4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus)
5. atau kapas sebagai bahan bantu mula
6. kelemahannya, mengambil masa yang lama
7. amat menguji kesabaran ahli pengakap

Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa

Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun kelapa atau daun
pandan.
Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. Buat
lubang di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan
mudah. Beras yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahan-lahan
bersama-sama air kelapa yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras ialah
separuh dari keluasan buah kelapa berkenaan. Seterusnya, tutup lubang tadi
dengan daun kepada atau daun pandan (jika ada), supaya air kelapa tidak
melimpah keluar apabila mendidih kelak. Akhir sekali, masukkan kelapa yang berisi
beras tadi ke dalam bara api dan tunggu sehingga mendidih dan masak. Salah satu
tanda nasi telah masak ialah tempurung kelapa telah hangus. Angkat kelapa
berkenaan, dan belah dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat sedap dan
berbau wangi seperti nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang
dewasa.

Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh

Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun
pisang muda.
Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci
sehingga bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya
(seperti buat lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh. Ukuran
beras ialah separuh dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga 3/4
penuh. Tutup hujung buluh dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan.
Tujuannya supaya habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir
sekali, sendengkan buluh yang berisi beras tadi ke tepi bara api dan tunggu
sehingga mendidih. Salah satu tanda nasi telah masak ialah air dalam buluh tadi
kering. Sebatang nasih yang dimasak dalam buluh sesuai untuk hidangan dua orang
dewasa.

Resipi Keempat - Masak telur dalam limau

Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan beberapa batang lidi.

Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong
ialah di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian
buang bahagian isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan
kulit luar sahaja untuk dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari
buah hutan yang berkulit tebal dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan
sebiji telur ke dalam 'periuk limau' tadi dan kacau perlahan-lahan sebelum ditutup
dengan kemas. Gunakan lidi sebagai 'jarum' supaya tutup limau tidak terbuka.
Letakkan 'mangkuk limau' yang mengandungi telur dengan cermat di tepi bara api.
Tunggu sehingga telur tadi masak dan dihidang di atas daun pisang. Rasa telur
amat enak, kerana campuran perisa limau dan telur tadi.

Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat

Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.


Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat
tidak terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat
sehingga tebal. Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur
tidak pecah atau meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam
bara api dan tunggu sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah, bahagian
tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.