Você está na página 1de 2

Portal Pendidikan Utusan

1 of 2

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=MAT&b=MEI...

LAMAN UTAMA

E-TUISYEN

SPM > Matematik

BANK SOALAN

BILIK GURU

INTER@KTIF

KOMUNITI

Bahan Arkib 2002

Angka Bererti dan Bentuk Piawai


Logaritma
Bahan disediakan oleh
guru-guru jurulatih utama &
guru cemerlang serta
memenuhi format peperiksaan
terkini!

Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan
Mengajar
Bank Soalan

ANGKA BERERTI

Angka bererti merujuk kepada nombor perpuluhan yang dihampirkan kepada


sesuatu nilai mengikut tahap kejituan yang tertentu.
PERATURAN BAGI ANGKA BERERTI
Semua digit bukan sifar dalam sesuatu nombor positif adalah angka bererti.
Contoh:
4.3 (2 angka bererti)
4392 (4 angka bererti)
Sifar yang berada antara digit-digit bukan sifar adalah angka bererti.
Contoh:
0.609 (3 angka bererti)
6045 (4 angka bererti)
Bagi nombor bulat, sifar yang berada ke kanan semua digit bukan sifar
dianggap bukan angka bererti.
Contoh:
67000 (2 angka bererti)
Bagi nombor perpuluhan, sifar yang berada ke kanan semua digit bukan sifar
adalah angka bererti.
Contoh:
0.7800 (4 angka bererti)
Bagi nombor perpuluhan, sifar yang berada ke kiri semua digit bukan sifar
bukan nombor bererti.
Contoh:
0.00876 (3 angka bererti)
BENTUK PIAWAI
Bentuk Piawai ialah satu cara untuk menulis nombor dalam bentuk A X 10n
di mana 1 A < 10 dan n ialah integer.
Contoh:
675 = 6.75 x 102
928.7 = 9.287 X 102
0.0087= 8.7 x 10-3

8/19/2011 6:13 AM

Portal Pendidikan Utusan

2 of 2

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=MAT&b=MEI...

LOGARITMA
Logaritma bagi sesuatu nombor positif N kepada asas a (di mana a adalah
positif)
ialah indeks x bagi a jika N sama nilai dengan ax, iaitu log aN = x.
Contoh:
9 = 32, maka log3 9 = 2
Antilogaritma bagi A ialah b jika log 10b = A
Contoh:
log 10 5 = 0.6990, maka antilog 0.6990 = 5
HUKUM LOGARITMA

Cetak Muka Surat


TENTANG KAMI

HUBUNGI KAMI

PANDUAN

TERMA/SYARAT
|
CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 Hak Cipta Terpelihara


UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 Hak Cipta Terpelihara


UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

8/19/2011 6:13 AM

Você também pode gostar