Você está na página 1de 9

ARTIKEL BLOG ALLIMALAI http://blogallimalai.blogspot.com/2014/09/ulasan-artikel-elm3043e-ppgsem6.

html
Tuesday, October 21, 2008

Tingkah laku devian di kalangan pelajar sekolah: tinjauan literatur ringkas


Kes yang melibatkan pelajar perempuan memukul dan menendang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis
menunjukkan persepsi pelajar terhadap guru telah berubah. Aksi seorang pelajar sekolah itu yang memukul dan menendang
guru telah dirakam dan disiarkan di media.
SMK Perlis juga menimbulkan kemarahan umat Islam apabila membenarkan lapan pelajar Islam mengambil bahagian dalam
perarakan Tokong Sayur pada 7 Oktober lalu sebagai sebahagian ahli pancaragam sekolah. Kejadian ini menjadi peristiwa
pahit bagi pengetua sekolah, Chuah Cheng Hooi apabila terpaksa memohon maaf kepada banyak pihak termasuk Jabatan
Pelajaran Negeri Perlis di samping bantahan keras daripada mufti kerajaan negeri.
Moto sekolah ini ialah Pendidikan Ke Arah Kecemerlangan iaitu hasrat warga sekolah bagi melahirkan pelajar yang cemerlang
dalam akademik dan kemanusiaan. Namun, kes yang berlaku di SMK Perlis ini adalah di luar batasan hubungan guru pelajar
kerana pelajar telah menunjukkan tingkah laku ganas dan menyimpang sama sekali dari norma-norma sebagai pelajar.
Artikel ini akan menghuraikan kenapa dan bagaimana pelajar boleh berubah dan bertindak ganas di sekolah. Beberapa artikel
berkaitan telah dijadikan rujukan yang merangkumi delikuensi remaja, kawalan kelas, hubungan kekeluargaan dan pengaruh
media.
Warren Bennis (1989), perintis dalam organisasi dinamik telah memberi takrifan mengenai organisasi atau kumpulan secara
umum. Bagi beliau, organisasi adalah satu sistem sosial di mana ahli-ahlinya mempunyai norma, nilai, kepercayaan yang
dikongsi dan paradigma 'apa yang betul dan salah, apa yang sah dan batal dan bagaimana setiap perkara dilakukan.' Bennis
memberi takrifan ini dari sudut kepimpinan.
Dalam konteks sekolah, pelajar dan guru mempunyai nilai dan moral yan tertentu sebagai garis panduan. Sebaik sahaja
seorang pelajar mendaftarkan diri dan ditempatkan dalam kelas serta mengikuti sukatan kurikulum yang ditetapkan, pihak
pentadbiran sekolah hanya mempunyai sedikit kawalan ke atas apa yang berlaku di dalam kelas kerana hampir keseluruhan
tanggungjawab terletak di atas bahu guru (Stevenson, 1991).
Guru lebih memahami apa yang berlaku di dalam kelas berbanding pihak pentadbiran sekolah. Prestasi pelajar, tingkah laku
dan perkembangan pelajar keseluruhannya berada dalam pengetahuan dan penilaian guru. Pengurusan kelas yang berkesan
membantu guru memantau perjalanan kelas secara berterusan, memberi input kepada pelajar tentang pengharapan sekolah
ke atas mereka, menerapkan sifat akauntabiliti pelajar terhadap kerja dan tugasan yang diberi dan memacu pencapaian
akademik.
Dapatan literatur Stevenson (1991) mencatatkan beberapa penemuan berkaitan tingkah laku devian pelajar. Antaranya beliau
memetik Doyle (1979) yang berpendapat tingkah laku berkenaan khususnya pada awal sesi persekolahan sekolah adalah
untuk menguji keupayaan pengurusan guru bagi mencapai agenda peribadi tertentu. Manakala dapatan oleh Doyle dan Carter
(1984) menunjukkan pelajar cuba memperlahankan kehendak-kehendak dalam garis panduan kelas mereka. McDermott
(1976) berpendapat pelajar hendakkan perhatian guru mereka.
Dalam artikel 'Deviant students as a collective resource in classroom control,' Stevenson menyatakan pelajar dengan tingkah
laku devian adalah sumber penting untuk membantu pengawalan kelas berbanding menganggap pelajar berkenaan sebagai
masalah utama kepada guru. Baginya, pelajar demikian adalah produk pengurusan sosial di dalam kelas, bukannya produk
daripada pengurusan kelas yang lemah. Pengurusan sosial di dalam kelas dan pengurusan kelas adalah dua perkara yang
berbeza.
Tingkah laku devian yang semakin tidak terkawal adalah satu jangkaan hanya di peringkat individu (Boehnke dan Winkels,
2002). Hubungan keluarga dan kehidupan bermasyarakat dapat menghalang remaja daripada terlibat dalam aktiviti membuang
masa dan membina tingkah laku devian mereka.
Kedua-duanya melihat turun naik kes-kes jenayah dan tingkah laku yang menyimpang dari norma masyarakat lebih banyak
disebabkan oleh perubahan yang berlaku di dalam politik dan ekonomi masyarakat. Delikuensi juvana yang sering
menimbulkan konflik di antara orang dewasa dan remaja adalah merujuk kepada merokok di bawah umur, minum arak dan
memandu tanpa lesen dikatakan sering menjadi simbol kepada remaja untuk mempamerkan kedewasaan.
Sebagai contoh, Eisenstadt (1956) dan Mead (1970) berkata memakai simbol Nazi di kawasan sekolah boleh ditakrif sebagai

tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh guru malah sebahagian besar masyarakat.
Tekanan daripada politik juga menyebabkan perubahan ke atas sosial masyarakat. Salah satu motif penyimpangan tingkah
laku ialah merasai ketidakadilan. Secara tidak langsung, remaja atau golongan pelajar cuba mencari pertubuhan atau
kumpulan yang dapat menerima tingkah laku mereka dan dilayan secara adil khususnya mengiktiraf perlakuan mereka.
Dari segi ekonomi, perubahan yang pantas berlaku telah melahirkan keluarga yang berada di bawah bebanan kewangan,
hubungan keluarga semakin longgar, perhatian ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak semakin diabaikan dan komunikasi
dengan anak-anak bertambah merosot hingga timbulnya tingkah laku devian.
Pelajar tidak bertindak sendirian apabila mengambil keputusan untuk berkelakuan ganas di sekolah sebaliknya digalakkan oleh
kumpulan. Menurut Hagan (1991,1994), perubahan sosoal yang pesat membantu menambah kecenderungan pelajar terhadap
aktiviti rakan sebaya yang menjurus pada tingkah laku devian yang muncul kerana persekitaran sub budaya sedia ada yang
turut menghargai tingkah laku berkenaan.

Rajah 1: Konsep model hubungan di antara perubahan sosial yang pesat dan tingkah laku devian di sekolah (Boehnke, K. dan Winkels, Dagmar B. 2002).
[Rujuk editor]

Dalam konteks kajian Boehnke dan Winkels (2002), tingkah laku devian di sekolah merangkumi gangguan terhadap guru,
merosakkan harta benda, memukul pelajar yang lemah, menyebar gosip rakan sekelas, bergaduh, mencabar pelajar lain dan
mencederakan guru.
Kesimpulan kajian tersebut ialah keibubapaan dilihat sangat penting untuk mengawal tingkah laku devian di sekolah walaupun
berlaku perubahan sosial yang pantas kerana faktor politik dan ekonomi. Ibu bapa yang mempunyai kata pemutus wajar
menjadi penjaga kepada tingkah laku pelajar.
Felson (1996) menyatakan bahawa dalam kebanyakan pendapat, kanak-kanak meniru aksi ganas yang mereka lihat di
televisyen. Proses meniru ini diberi penekanan dalam teori pembelajaran sosial.
Walaupun pelajar-pelajar telah menjangkau umur 14 tahun tetapi pendedahan terhadap aksi di televisyen dan media elektronik
yang lain bermula sejak mereka berumur 3 hingga 5 tahun. Sesetengah aksi itu telah sebati dalam jiwa mereka, jadi bergaduh
dan menendang adalah sebahagian daripada cara mereka ketika membesar.
Pelajar-pelajar sekolah yang bertindak ganas ke atas guru mungkin merasakan tindakan mereka sekadar melepaskan tekanan
kerana bebanan tugas yang diberikan oleh guru. Sikap guru yang sentiasa meminta tugasan dihantar dan memilih pendekatan
provokasi berbanding memujuk menimbulkan dendam di dalam hati pelajar.
Jika berseorangan, pelajar akan bertindak seperti baling batu sembunyi tangan sebaliknya akan bertindak agresif jika
berkumpulan.
Ketika pelajar semakin ramai dalam satu kelas, guru turut merasa beban mengajar dan kadangkala tidak dapat mengawal
emosi. Dalam keadaan apa sekalipun, guru mesti dapat menahan emosi marah akibat provokasi pelajar mereka.
Tingkah laku devian berkait dengan pelbagai alasan sama ada di dalam sekolah atau di luar kawasan sekolah. Adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk menguruskan kelas dengan bijaksana sementara pentadbiran sekolah menyediakan segala
kemudahan yang diperlukan oleh guru.

Rujukan
Bennis, Warren. 1989. Why Leaders Cant Lead. San Francisco, USA: Jossey-Bass Publishers.
Boehnke, K. dan Winkels, Dagmar B. 2002. "Juvenile Delinquency Under Conditions of Rapid Social Change." Sociological
Forum 17: 57-79
Felson, Richard B. 1996. "Mass Media Effects on Violent Behavior." Annual Review of Sociology22: 103-128
Slocum, Walter L. dan Stone, Carol L. 1958. "Factors Associated With Family Affection Patterns."The Coordinators 2: 21-24.
Stevenson, David L. 1991. "Deviant Students As A Collective Resource In Classroom Control."Sociology of Education 64: 127133
Posted by Zahir Zainudin at 6:00 AM

Labels: Pendidikan

http://fikratulummah.blogspot.com/2011/09/peranan-negara-dalam-menjagaaqidah.html
Tuesday, September 6, 2011
PERANAN NEGARA DALAM MENJAGA AQIDAH UMAT

Gejala sosial yang berlaku seringkali mendapat liputan meluas media. Setiap kali
timbul isu masalah sosial, pelbagai pihak akan tampil untuk mencadangkan
langkah penyelesaian terhadap gejala ini. Lazimnya, pihak sekolah, ibu bapa,
pertubuhan sosial dan pusat kebajikan merupakan golongan masyarakat yang
akan tampil untuk mencari penyelesaian. Namun, tidak kelihatan peranan
negara. Di mana peranan negara sebagai pihak yang paling berkuasa untuk
menyelesaikan masalah ini? Sayang sekali, peranan negara dalam menangani
permasalahan ini seringkali dipandang sepi. Jika ada sekalipun, mereka hanya
sekadar sebagai pengulas isu-isu yang terjadi seterusnya mencadangkan
perlaksanaan hukuman terhadap pesalah terbabit. Malangnya, semua cadangan
yang dilontarkan hanyalah penyelesaian jangka pendek. Masalah gejala sosial
terus menular. Adakah benar sekadar itu kemampuan negara menyelesaikan
masalah gejala sosial ini atau sebenarnya negara tidak berminat untuk
bersungguh-sungguh menyelesaikannya? Apakah sebenarnya peranan dan
fungsi negara dalam menangani gejala sosial ini? Cukupkah sekadar
menjatuhkan hukuman kepada si pesalah?
Media dan Keadaan Sekeliling Bebas Mempromosikan Seks
Sebelum penjelasan difokuskan kepada peranan negara, kita perhatikan terlebih
dahulu analisis berkaitan faktor-faktor pemangkin gejala sosial pada hari ini.
Sebenarnya,terlalu banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala
sosial sehingga memberikan pengaruh yang buruk kepada rakyat, khususnya
remaja. Contoh yang paling mudah untuk memperlihatkan kepincangan ini ialah
iklan yang dipaparkan di media cetak dan elektronik. Iklan yang dipaparkan
acapkali menyelitkan unsur-unsur seks sebagai pelaris produk yang dipasarkan.
Keadaan ini memberi gambaran seolah-olah unsur seks itu suatu yang begitu
sinonim dengan iklan dan sebagai pelaris. Hal ini dapat dilihat hampir dalam
semua iklan, daripada barangan kegunaan harian seperti syampu, minyak wangi
dan sebagainya, hinggalah ke busana dan fesyen, hatta termasuk juga iklan
kereta dan barangan mewah lainnya. Kebanyakan produk menggunakan wanita
seksi sebagai bahan tarikan sesuatu produk.

Program-program televisyen yang dipertontonkan juga tidak ketinggalan


menjadikan seks sebagai tarikan. Jika si hero dalam sesebuah rancangan
digambarkan dengan imej ganas, si heroin pula disinonimkan dengan imej seksi
dan menggoda. Imej seksi yang menampakkan bentuk atau lekuk-lekuk tubuh
wanita sepatutnya dijauhi daripada ditonton. Ibrahim M.Hefzallah dalam
bukunya, Critical Viewing of Television, menyatakan televisyen banyak
memaparkan hubungan seks yang berulangkali dan keterlaluan. [Petikan Buku
Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda,terbitan Persatuan Pengguna Pulau
Pinang].
Drama atau filem yang mengetengahkan unsur-unsur cinta antara lelaki dan
perempuan pula akan berakhir di ranjang untuk menunjukkan kononnya itulah
tanda cinta sejati. Kesan buruknya ialah remaja akan menganggapnya sebagai
lumrah dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung pembinaan
syakhsiyyah para remaja telah diambil alih oleh media kerana apa-apa yang
dipaparkan begitu mudah mempengaruhi mereka.Lebih teruk lagi, program
kanak-kanak yang ditayangkan turut ditokok tambah dengan eleman seks
seperti kartun Sin Chan, Chibi Maruko Chan dan lain-lain.
Manusia, secara fitrahnya diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Taala dengan
gharizah an-nau (naluri melestarikan keturunan/naluri seks) yang pastinya akan
terkesan apabila melihat realiti yang berada di sekeliling mereka hari ini. Ini
kerana, munculnya naluri ini adalah disebabkan oleh rangsangan yang muncul di
sekitar mereka. Gharizah an-nau dirangsang apabila penonton didedahkan
dengan tayangan-tayangan yang berunsur seks di media elektronik dan media
cetak seterusnya terperangkap dalam gejolak nafsu sehingga mampu membawa
mereka membayangkan kenikmatan melakukan hubungan dengan lawan jantina.
Keadaan ini menjadi lebih parah lagi dengan suasana persekitaran yang dipenuhi
dengan unsur-unsur seks sama ada di papan-papan iklan, wanita dan lelaki yang
mendedahkan aurat di sana-sini, majalah hiburan, cakera padat lucah yang
mudah dibeli, premis urutdan pusat hiburan yang terbuka untuk dikunjungi.
Keadaan ini sangat mungkin untuk merangsang syahwat seseorang. Jika tidak
ditangani dengan cara yang dianjurkan syarak, maka tidak hairan jika zina,
sumbang mahram dan seks bebas yang berakhir dengan pembuangan bayi-bayi
akan terus berleluasa.
Tidak cukup dengan itu, kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
(PKRS) pula diperkenalkan dalam sistem pendidikan. Visinya adalah untuk
menyelesaikan masalah gejala sosial. Persoalannya, mampukah kurikulum baru
ini menghalang gejala sosial dalam kalangan remaja? Secara faktanya, PKRS
tidak banyak beza dengan pendidikan seks yang telah lama bertapak di barat.
PKRS dilaksanakan bertujuan agar para remaja memperolehi maklumat lengkap
tentang seksualiti, kesihatan reproduksi dan cara mengatasi masalah kesihatan
reproduksi. Para remaja kononnya berhak memperolehi penerangan yang tepat
dan benar tentang kesihatan reproduksi sehingga dapat berperilaku secara sihat

dan menjalani kehidupan seksual yang bertanggungjawab. Namun, cuba


bayangkan keadaan para remaja yang terus-menerusdisodorkan dengan
maklumat tentang seks, dan dalam masa yang sama juga mereka diperkenalkan
dengan kondom dan pil perancang keluarga. Tidakkah keadaan ini merangsang
gharizah an-nau mereka untuk mencuba sesuatu yang baru dan belum pernah
dilakukan? Secara logiknya, bukankah keadaan ini bakal menyemarakkan lagi
seks bebas serta mengundang seribu satu permasalahan lainnya yang tidak
akan pernah berakhir?
Halangan Menikah
Tidak dinafikan terdapat sebilangan remaja yang masih bersekolah atau sedang
melanjutkan pelajaran merasakan mereka tidak mampu menahan gejolak nafsu
serta rangsangan syahwat akibat suasana persekitaran yang begitu hebat
mengasak naluri mereka. Lalu, demi menjauhi perbuatan zina dan maksiat,
mereka meminta izin daripada keluarga untuk menikah. Malangnya, keinginan
mereka ini mendapat tentangan dan tidak direstui keluarga dengan alasan masih
belajar dan tiada jaminan masa depan jika berkahwin di usia muda. Sudahlah
dihalang keluarga, prosedur mahkamah syariah pula menyulitkan pasangan
muda ini.
Misalnya, mengikut Seksyen 8, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(NegeriSelangor) 2003 (EUUKIS) memperuntukkan: Tiada sesuatu perkahwinan
boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur
kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang
daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi
kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.
Menurut peruntukan di atas, perkahwinan seorang perempuan yang didefinisikan
sebagai bawah umur (walaupun telah mencapai umur baligh menurut hukum
syara) hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari mahkamah
syariah. Jika bapa atau datuk menikahkan anak atau cucu perempuan yang di
bawah umur minimum untuk berkahwin tanpa mendapat kebenaran bertulis
daripada Hakim Mahkamah Syariah,maka ia adalah satu tindakan yang
menyalahi peruntukan Seksyen 40 EUUKIS. Jika sabit kesalahan, individu terbabit
didapati telah melakukan suatu kesalahan dan akan dihukum denda tidak
melebihi RM1,000.
Padahal, Islam telah menetapkan hukum berkenaan masalah ini. Hukum
mengahwini atau mengahwinkan seorang perempuan yang belum baligh (belum
haid) sekalipun adalah mubah (boleh/harus) dan sah sekiranya memenuhi rukun
dan syarat perkahwinan. Dalil tentang keharusan perkahwinan seperti ini adalah
dari al-Quran dan as-Sunnah. Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah
Subhanahu wa Taala yang bermaksud,
Dan perempuan-perempuan yang sudah tidak haid lagi (menopause) di antara
perempuan-perempuanmu, jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya) maka

iddah mereka adalah tiga bulan dan begitu (juga) perempuan-perempuan yang
belum haid. Dan bagi perempuan-perempuan yang hamil, iddah mereka itu ialah
sampai mereka melahirkan kandungannya. Barangsiapa yang bertakwa kepada
Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya[TMQ
at-Thalaq (65):04].
Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya ada menyatakan bahawa maksud lam
yahidhna (perempuan-perempuan yang tidak haid) adalah as-shighar al-laiy
lam yablughna sinnaal-haidh (anak-anak perempuan kecil yang belum
mencapai usia haid). Tambahan pula, Imam Suyuthi dalam kitabnya Al-Iklil fi
Istinbath At-Tanzil hal. 212 menyebut Ibnul Arabi, yang mengatakan, Diambil
pengertian dari ayat itu, bahawa seorang [wali] boleh menikahkan anak-anak
perempuannya yang masih kecil, sebab iddah adalah cabang daripada nikah.
Jadi, secara tidak langsung, ayat dari Surah at-Thalaq di atas menunjukkan
kebolehan menikahkan anak perempuan yang belum haid.
Manakala dalil as-Sunnah adalah hadis dari Aisyah Radhiyallhu Anha yang
bermaksud, Bahawa Nabi Sallallahu Alaihu wa Sallam telah menikahi Aisyah
sedang Aisyah berumur 6 tahun, dan berumah tangga dengannya pada saat
Aisyah berumur 9 tahun, dan Aisyah tinggal bersama Nabi Sallallahu alaihi wa
sallam selama 9 tahun [HR Bukhari]. Dalam riwayat lain disebutkan, Nabi
Sallallahu Alaihi wa Sallam menikahi Aisyah Radhiyallhu AnhaketikaAisyah
berumur 7 tahun dan Nabi berumah tangga dengan Aisyah ketika Aisyah
umurnya 9 tahun [HR Muslim].
Daripada dalil-dalil di atas, dapat difahami bahawa menghalang perkahwinan
pasangan muda adalah tindakan yang menyalahi syarak kerana syarak jelas
membolehkan perkahwinan perempuan yang belum baligh apatah lagi yang
sudah baligh. Alasan perkahwinan muda tidak menjamin masa depan adalah
sangat tidak wajar. Justeru, mentaliti ibu bapa zaman sekarang dan prosedur
rumit yang diperuntukkan oleh mahkamah syariah ini secara tidak langsung
mendorong sebilangan remaja nekad lari dari rumah atau kahwin lari kerana
mahu memenuhi niat mereka itu. Akibat yang lebih buruk lagi, ramai dalam
kalangan mereka memilih untuk berzina. Bukankah ini tiada bezanya dengan
membiarkan mereka melakukan seks bebas dan seterusnya mendorong
pembuangan bayi jika hamil hasil hubungan itu?
Peranan Negara Menjaga Keimanan Rakyat
Negara, dalam pandangan Islam, memiliki peranan yang sangat penting dalam
mewujudkan generasi yang mempunyai syakhsiyah mulia. Negara berkewajipan
untuk melindungi setiap rakyatnya daripada segala bentuk kerosakan dengan
menerapkan seluruh peraturan yang sesuai dengan fitrah manusia. Peraturan
yang diterapkan pastinya merangkumi segala aspek kehidupan manusia.
Peranan negara yang berlandaskan Islam telah terbukti mensejahterakan hidup
manusia selama berabad-abad semasa zaman kegemilangan Islam sepanjang
1400 tahun yang lalu.

Berkenaan kewajipan menjaga keimanan rakyat umumnya dan menangani gejala


sosial khususnya, negara seharusnya proaktif melakukan pencegahan dari awal
lagi. Negara wajib melaksanakan sistem pendidikan yang berasaskan aqidah
Islam dan tidak memberi ruang kepada konsep-konsep yang rosak seperti
kebebasan bertingkah laku.
Sistem pendidikan Islam bertujuan mendidik dan mencetak peribadi-peribadi
yang bersyaksiyah Islam agar tumbuh menjadi insan yang beriman dan
bertakwa. Selain mendidik, negara juga bertanggungjawab untuk menghapuskan
realiti dan pemikiran-pemikiran yang membawa kepada timbulnya gejolak
asmara dan rangsangan nafsu rakyatnya seperti menguatkuasakan larangan
mendedahkan aurat; melarang pembinaan premis hiburan; rumah urut dan
mengawal selia segala bahan-bahan media sama ada tayangan drama, filem,
iklan, maklumat daripada surat khabar, majalah, internet, VCD dan
seumpamanya. Unsur-unsur yang memicu kepada seks bebas ini dilarang keras
daripada berada di tengah-tengah umat supaya tidak memberikan kesan negatif
kepada mereka.
Negara Khilafah yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas dalam
pemerintahannya ternyata berupaya mengatasi pelbagai masalah dalam
kalangan umatnya. Sejarah kejayaan negara khilafah sebelum ini bukan hanya
dengan mewar-warkan konsep dan slogan tertentu semata-mata, malah sejarah
panjang kegemilangan kaum Muslim tersebut membuktikan bahawa
penyelesaian tersebut benar-benar dapat direalisasikan.
Jika kini, prosedur nikah di bawah usia dipersulitkan oleh Mahkamah Syariah,
berbeza dengan zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau
pernah mengarahkan pegawainya yang bertugas membahagikan sedekah serta
menawarkan bantuan kepada sesiapa yang ingin berkahwin tetapi tidak mampu.
Rasulullah SallallahuAlaihi wa Sallam juga menggalakkan sesiapa yang mampu
berkahwin untuk berkahwin seperti sabda baginda: Wahai pemuda, sesiapa
sahaja daripada kamu yang mampu berkahwin, hendaklah berkahwin.
Sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan.
Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa,
kerana ia boleh menjadi perisai[HR Ibnu Masud]. Ini bermaksud gejala seks
bebas atau hamil sebelum nikah dapat ditangani dengan cara yang dihalalkan
Islam iaitu melalui jalur pernikahan atau berpuasa sunat bagi mengekang nafsu.
Selain daripada usaha mendidik dan mencegah, negara jugalah yang berperanan
sebagai pelaksana hukum Allah dan RasulNya. Dengan kata lain, Negara
berperanan menjatuhkan hukuman bagi pesalah yang melakukan kesalahan
tanpa memilih bulu. Allah Subhanahu wa Taala berfirman Dan hendaklah kamu
memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan
janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dan berhati-hatilah kamu
terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa
yang telah diturunkan Allah kepadamu,[TMQAl Maidah (5): 49]

Hadits riwayat Abu Hurairah r.a. ia berkata: Dari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam,
beliau bersabda:Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai,
rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia
memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia
akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia
akan mendapatkan akibatnya.[HR Muslim]
Jadi, zina dan faktor-faktor yang mengarah kepada terjadinya zina sama sekali
tidakakan diberi peluang untuk tumbuh subur dengan penerapan hukuman yang
sangat berat bagi pelakunya. Bagi kes zina contohnya, penzina yang belum
pernah bernikah akan dihukum dengan seratus kali sebat, sementara bagi yang
pernah bernikah akan dihukum rejam sehingga mati. Ini berdasarkan perintah
Allah dalam firmanNya:
"Perempuan dan lelaki yang berzina, deralah masing-masing dari keduanya
dengan seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya
mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman
kepada Allah dan hari Akhir dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka
disaksikan oleh sebahagian dari orang-orang yang beriman [TMQ an-Nur
(24):2].
Bagi kes perlakuan aksi lucah dan pornografi, sesiapa yang melakukan tarian
atau gerakan erotik (merangsang) dan dapat membangkitkan syahwat di
tempat-tempat umum, melakukan perbuatan-perbuatan yang melanggar adab
serta melakukan perbuatan cabul dan seumpamanya akan dikenakan hukuman
penjara sehingga enam bulan lamanya dan jika dia mengulangi perbuatannya,
maka hukumannya akan ditambah menjadi hukuman penjara selama dua tahun
dan disebat. (Abdul Rahmah alMaliki, Nizham al Uqubat). Tegasnya ancaman
hukuman Islam seperti inilah yang akan menjadi pencegah bagi merebaknya
zina, aksi lucah mahupun seks bebas dalam masyarakat, sekaligus menjadi
penebus dosa bagi pelakunya.
Jaminan perlaksanaan hukuman yang tegas dan tidak memilih bulu akan
dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan perlanggaran hukum. Dalam
pandangan Islam,hukuman yang berpandukan wahyu Allah ini dapat berfungsi
sebagai pencegah(zawajir) dan sekaligus penebus (jawabir). Dikatakan sebagai
pencegah kerana tegas dan beratnya ancaman hukuman akan membuatkan
seseorang berfikir panjang sebelum melakukan kesalahan. Sebagai penebus,
kerana seseorang yang bersalah dan kemudian dihukumi dengan hukum Islam
sesuai dengan jenis kesalahannya, maka hukumannya ituakan menjadi penebus
dosa bagi dirinya di akhirat kelak.
Tidak hairanlah dalam sejarah Islam tercatat kisah perzinaan yang dilakukan oleh
Al-Ghamidiah dan Maiz al-Aslami yang secara sukarela minta dijatuhi hukuman
rejam ke atas mereka sendiri oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sebagai
qadhi (hakim)dan pemimpin negara pada masa itu. Inilah bukti bahawa negara

yang menerapkan hukum Islam dalam seluruh aspek kehidupan dapat


melahirkan individu-individu yang rela hati mengakui kesalahan dan segera insaf
dan bertaubat dengan perlanggaran yang dilakukan. Masih wujudkah generasi
sebegini dalam kehidupan kita kini?
Ternyata, masalah sosial yang dihadapi saat ini adalah akibat daripada
penerapan sistem sekular yang tidak menjadikan agama sebagai sumber hukum.
Hasil daripada sistem sekular itu, maka lahirlah sistem pemerintahan demokrasi.
Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi mengabaikan
aqidah Islam sebagai asas pemerintahan dan pemeliharaan urusan rakyatnya.
Negara demokrasi juga mengiktiraf liberalisme (kebebasan) yang memberi ruang
kepada seseorang untuk bertingkah laku sesuka hatinya.
Khatimah
Wahai muslimah sekalian!
Sesungguhnya negara Islam sebenar adalah negara yang hanya menjadikan
aqidah Islam sebagai tunjang dalam pemerintahannya. Pemerintahan yang
disandarkan kepada aqidah Islam ini jugalah yang dipraktikkan oleh pemimpinpemimpin yang bertakwa sepanjang memerintah selama berabad lamanya.
Ketahuilah bahawasanya negara memiliki peranan yang sangat penting dalam
menjaga masyarakat melalui penerapan seluruh hukum Islam. Negara menjadi
tiang penting bagi tertegaknya sistem Islam. Hanya saja negara bukanlah satusatunya penentu yang menjamin keberlangsungan tegaknya seluruh sistem dan
syariat Islam namun harus disokong dengan wujudnya ketakwaan pada individuindividu umat ditambah dengan adanya kawalan yang kuat daripada masyarakat
untuk sama-sama melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
Adanya hubungan taawuniyyah (tolong menolong) sesama individu, masyarakat
dan negara sebegini dapat menjamin pelaksanaan syariat Islam yang berhasil
menyelesaikan bukan sahaja gejala sosial malah pelbagai bentuk permasalahan
lainnya sebagaimana yang difirmankanNya: Dan tolong-menolonglah kamu
dalam mengerjakan kebaikandan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam
berbuat dosa dan perlanggaran.[TMQal-Maidah (5):2].
Wallahualam
Posted by Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia at 9/06/2011 01:41:00 PM
Labels: FIKRATUL UMMAH, Isu Semasa, SEPTEMBER 2011

Você também pode gostar

  • jADUAL wAKTU
    jADUAL wAKTU
    Documento3 páginas
    jADUAL wAKTU
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Pilihan Bahasa Antarabangsa
    Pilihan Bahasa Antarabangsa
    Documento2 páginas
    Pilihan Bahasa Antarabangsa
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Statistik Murid Moral 2022 - 2023
    Statistik Murid Moral 2022 - 2023
    Documento1 página
    Statistik Murid Moral 2022 - 2023
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Kertas Kerja Nilam
    Kertas Kerja Nilam
    Documento5 páginas
    Kertas Kerja Nilam
    krttis
    Ainda não há avaliações
  • Bahan
    Bahan
    Documento1 página
    Bahan
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Program Zoom A
    Program Zoom A
    Documento13 páginas
    Program Zoom A
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Surat Kebenaran Waris
    Surat Kebenaran Waris
    Documento2 páginas
    Surat Kebenaran Waris
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Jadual Guru Bertugas Mingguan
    Jadual Guru Bertugas Mingguan
    Documento20 páginas
    Jadual Guru Bertugas Mingguan
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Alamat Biro Angkasa
    Alamat Biro Angkasa
    Documento1 página
    Alamat Biro Angkasa
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Pengimbuhan
    Pengimbuhan
    Documento15 páginas
    Pengimbuhan
    Yang Qammarina
    Ainda não há avaliações
  • Ayat Sama Maksud
    Ayat Sama Maksud
    Documento18 páginas
    Ayat Sama Maksud
    cikgu pak long
    100% (4)
  • ANTONIM
    ANTONIM
    Documento20 páginas
    ANTONIM
    Hanafi Mohd Arshad
    Ainda não há avaliações
  • Kata Pemeri
    Kata Pemeri
    Documento10 páginas
    Kata Pemeri
    Mohd Asmadi
    Ainda não há avaliações
  • BM THN 5 (Kata Sendi)
    BM THN 5 (Kata Sendi)
    Documento22 páginas
    BM THN 5 (Kata Sendi)
    Paklong Cikgu
    Ainda não há avaliações
  • Kata Ganti Nama
    Kata Ganti Nama
    Documento14 páginas
    Kata Ganti Nama
    Zurina Omar
    100% (1)
  • Kuliah1-Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan
    Kuliah1-Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan
    Documento35 páginas
    Kuliah1-Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan
    Greenland Nuuk
    Ainda não há avaliações
  • Carta Organisasi
    Carta Organisasi
    Documento1 página
    Carta Organisasi
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Peta Pokok
    Peta Pokok
    Documento3 páginas
    Peta Pokok
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Perlumbaan Haram
    Perlumbaan Haram
    Documento21 páginas
    Perlumbaan Haram
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Borang Guru Ganti
    Borang Guru Ganti
    Documento1 página
    Borang Guru Ganti
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Peta Pokok
    Peta Pokok
    Documento3 páginas
    Peta Pokok
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Perlumbaan Haram
    Perlumbaan Haram
    Documento21 páginas
    Perlumbaan Haram
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Borang Guru Ganti
    Borang Guru Ganti
    Documento1 página
    Borang Guru Ganti
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Bahan BM - Borang
    Bahan BM - Borang
    Documento2 páginas
    Bahan BM - Borang
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • PortFolio Kak Shun
    PortFolio Kak Shun
    Documento1 página
    PortFolio Kak Shun
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan
    Dasar Kebudayaan Kebangsaan
    Documento3 páginas
    Dasar Kebudayaan Kebangsaan
    khairilfitrie
    Ainda não há avaliações
  • 4 Kata Perintah
    4 Kata Perintah
    Documento3 páginas
    4 Kata Perintah
    Aizran Aziz
    Ainda não há avaliações
  • Bahan BMM 3111
    Bahan BMM 3111
    Documento26 páginas
    Bahan BMM 3111
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações
  • Bahasa Melayu
    Bahasa Melayu
    Documento1 página
    Bahasa Melayu
    jejakaidaman
    Ainda não há avaliações