Você está na página 1de 4

ANALISIS

Berdasarkan keempat-empat jenis perwakilan data yang di atas, beberapa


analisis dapat dibuat. Pada graf histogram yang di atas, paksi X diwakili oleh
kelas data atau kelas markah manakala paksi Y diwakili oleh bilangan muridmurid. Beza antara setiap kelas markah di paksi X tersebut adalah 10 markah.
Sebagai contoh, untuk kelas data yang pertama akan diletakkan jumlah pelajar
yang tidak mendapat markah hingga yang mendapat sembilan markah. Untuk
kelas yang kedua pula diwakili oleh jumlah pelajar yang mendapat sepuluh
markah hingga sembilan belas markah. Begitulah juga kelas-kelas data yang
berikutnya yang mempunyai perbezaan markah yang sekata.
Untuk memudahkan proses analisa graf tersebut, saya akan menganalisis
mengikut gred-gred markah yang lebih mudah untuk dilihat peratusannya. Di sini
saya menyediakan jadual yang menerangkan tentang perolehan markah serta
gred bagi markah-markah tersebut. Jadual ini saya perolehi daripada laman
rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya turut menyusun jumlah murid
mengikut gred yang diperolehi untuk emmeufd\dahkan rujukan.

GRED MARKAH SEKOLAH RENDAH (TAHUN 1-6)


MARKAH

GRED

TH

1 - 19

20 39

40 - 59

60 79

80 - 100

JADUAL JUMLAH MURID MENGIKUT GRED


GRE
D
TH
E
D
C

JUMLA
H
3
17
6
19

PERATU
S
2.7%
15.5%
5.5%
17.3%

B
A

44
21

40%
19.1%

Berdasarkan jadual gred dan carta pai yang telah saya sediakan di atas,
seramai 21 orang murid mendapat gred yang paling tinggi iaitu gred A.
Kumpulan murid yang mendapat gred A tersebut mewakili peratusan 19.1%
daripada keseluruhan jumlah murid Tahun 6 iaitu seramai 110 orang. Kelas
markah untuk gred ini adalah antara markah 80 hingga 100 peratus dan menjadi
gred kedua mendapat jumlah yang paling tinggi. Untuk gred yang kedua iaitu
gred B pula, seramai 44 orang murid mendapat markah yang tergolong dalam
peratusan yang paling tinggi iaitu 40.0%. Gred mendapat peratusan yang paling
tinggi untuk kertas Matematik ini. Untuk gred ini, murid mesti mendapat markah
antara 60 hingga 79 peratus.
Seterusnya, 17.3% daripada keseluruhan data yang mewakili murid
seramai 19 orang dariapada 110 orang murid pula mendapat gred C bagi subjek
tersebut. Kelas markah untuk gred tersebut pula adalah markah antara 40
hingga 59 peratus. Gred C ini mendapat jumlah ketiga tertinggi daripada
keseluruhan jumlah pelajar. Untuk sistem sekolah rendah, seorang murid itu
dikira lulus dalam sesuatu kertas tersebut jika mendapat tiga gred sahaja iaitu
gred C sebagai yang paling rendah, gred B sebagai kedua tertinggi dan gred A
sebagi gred yang paling tinggi untuk lulus.
Untuk mengelaskan sesuatu keputusan peperiksaan itu sebagai gagal,
gred yang tergolong dalam status gagal adalah gred D yang kelas markahnya
adalah antara 20 hingga 39 peratus. Selain itu, gred E yang kelas markahnya
antara 1 hingga 19 peratus juga tergolong dalam kelas gagal ini. Untuk gred D,
seramai 6 orang murid Tahun 6 mendapat gred ini dalam kertas tersebut. Gred D
ini diwakili oleh peratusan sebanyak 5.5% daripada keseluruhan data yang
diperolehi. Seterusnya adalah gred E yang diwakili oleh peratusan sebanyak
15.3%. Untuk pelajar yang tidak mengambil peperiksaan bagi kertas Matematik
tersebut, mereka akan dikira sebagai tidak hadir dan gred yang diberikan adalah
TH yang mewakili tidak hadir.

INTERPRESTASI

Jumlah peratusan pelajar yang lulus lebih tinggi daripada peratusan


pelajar yang gagal dengan nilai 76.3% : 23.7%. Gred-gred yang diperolehi juga
berbeza-beza peratusannya. Perkara tersebut boleh menghasilkan pelbagai
interprestasi kerana semua gred yang terdapat di dalam peperiksaan diperolehi
oleh murid-murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jalan Baru dalam kertas
Matematik bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Berdasarkan perbezaan
peratusan lulus dan gagal boleh diinterprestasikan bahawa hampir keseluruhan
murid Tahun 6 tersebut memahami dan menguasai sebahagian besar topik dan
tajuk yang ditanya dalam soalan peperiksaan kertas Matematik tersebut. Hal ini
demikian kerana hampir 76 peratus iaitu seramai 84 orang murid daripada
keseluruhan data dapat menjawab soalan tersebut.
Daripada peratusan murid yang lulus ini, sebahagian besar daripada
pelajar yang lulus cuma mendapat gred B. Gred B ini mewakili 52.4% daripada
84 orang murid yang lulus subjek tersebut. Jumlah data bagi gred ini melebihi
separuh daripada peratusan pelajar yang lulus. Bilangan pelajar yang mendapat
gred A pula hanya seramai 21 orang dan jika dikira daripada peratusan pelajar
yang lulus, peratus gred tersebut adalah sebanyak 25%. Untuk gred C pula,
peratusannya adalah sebanyak 22.6% yang mewakili 19 orang murid yang
mendapat gred ini.
Berdasarkan peratusan daripada jumlah murid yang lulus itu, boleh
disimpulkan bahawa aras soalan Matematik yang disediakan adalah tinggi.
Dalam kata yang lebih mudah adalah soalan yang diberikan agak sukar untuk
dijawab. Walaupun kesemua pelajar yang lulus itu mengusai hampir sebahagian
besar topik dan tajuk tersebut, soalan dengan aras tinggi tersebut menyukarkan
murid tersebut mendapat markah penuh. Selain itu, boleh disimpulkan juga

bahawa skema pemarkahan yang disediakan agak tegas memerlukan jawapan


yang lengkap. Mungkin sebahagian pelajar yang lulus menjawab secara ringkas
dengan memberikan jawapan yang tepat namun skema pemarkahan
mengkehendaki murid untuk menjawab dengan lengkap.
Untuk pelajar yang gagal pula iaitu peratusan sebanyak hampir 24 peratus
ataupun seramai 26 murid, beberapa interprestasi juga dapat dilakukan.
Antaranya adalah pelajar tidak memahami sebahagian besar daripada topik dan
tajuk yang terdapat di dalam soalan kertas tersebut. Mereka mungkin menguasai
sedikit daripada topik dalam subjek tersebut,

namun ditambah dengan aras soalan yang tinggi menyebabkan mereka tidak
dapat menjawab sebahagian besar soalan dengan betul atau mereka langsung
tidak dapat menjawab. Murid-murid yang gagal itu tidak mengulangkaji pelajaran
dengan secukupnya. Peratusan pelajar yang gagal juga dipengaruhi oleh tiga
orang pelajar yang tidak mengambil peperiksaan bagi kertas Matematik itu.
Mereka telah diberikan gred TH dengan tidak mendapat sebarang markah
menyebabkan mereka tergolong dalam kumpulan murid yang gagal dengan
peratusan 12.5% daripada keseluruhan 24 orang pelajar yang gagal.

Você também pode gostar