Você está na página 1de 11

ANATOMI DAN FISIOLOGI BAGI KEMAHIRAN SERVIS (BOLA TAMPAR)

Kemahiran
Menyangga
Servis
Mengumpan
Mengadang
Merejam

Otot-otot utama
Deltoid
Deltoid, Pectoralis major
Deltoid
Gastrocnemius, Quadriceps, Deltoid
Gastrocnemius, Erector

spinae,Quadriceps, Deltoid
Otot-otot utama yang terlibat dalam kemahiran bola tampar
Semasa fasa persediaan, kedua-dua tangan akan dibengkokkan dan terletak
pada paras bahu. Tangan kiri (bukan dominan) dibengkokkan ke atas pada paras bahu
sambil memegang bola manakala tangan kanan tidak memegang bola. Untuk
menghasilkan pergerakan membengkok, dua jenis otot akan bergerak secara
berlawanan yang bermaksud salah satu mengendur dan satu lagi menguncup sama
seperti tuas kelas ketiga. Otot-otot tersebut ialah otot triseps braki dan otot biseps
braki. Serentak dengan pergerakan otot ini, otot deltoidakan mengecut. Pengecutan
otot ini akan menyebabkan tangan diangkat ke hadapan. Pergerakan ini melibatkan
sendi lesung di bahu dan menghasilkan pergerakan abduction.

Sementara itu, semasa tangan dibengkokkan, otot triseps braki akan


mengendur manakala otot biseps braki akan mengecut. Pergerakan otot ini akan
menyebabkan tulang radius dan ulna menghampiri tulang humerus. Oleh yang
1

demikian, sendi engselpada bahagian siku akan digerakkan. Pergerakan ini


dinamakan fleksor di mana tangan dibengkokkan. Posisi kedudukan tangan yang
dibengkokkan adalah sama seperti sistem tuas kelas ketigadi mana daya terletak di
antara beban dan fulkrum. Pada masa ini, siku bertindak sebagai fulkrum, tangan
sebagai beban dan menghasilkan pengecutan pada otot biseps braki.Oleh yang
demikian, pemain boleh membengkokkan tangan untuk persediaan melakukan servis.
Untuk memegang bola pada tangan kiri pula, otot fleksor karpi radialis dan
fleksor karpi ulnarisakan bertindak secara berlawanan. Tulang yang terlibat dalam
pergerakan ini adalah tulang metacarpal 2, 3 dan 5, pisiform dan hamate.Pergerakan
ini berlaku kerana adanya sendi engselpada bahagian pergelangan tangan yang
membolehkan pemain membuat pergerakan fleksi dan abduksi.Selain itu, pergerakan
tulang carpal dan metacarpal pula disebabkan adanya sendi gelungsur dan sendi
pelana di bahagian ibu jari membolehkan jari pemain dibengkokkan sedikit dan
melakukan

pergerakan

abduction

untuk

menggenggam

bola

semasa

fasa

persediaan.Kedudukan pergelangan tangan yang memegang bola adalah berasaskan


kepada sistem tuas kelas pertama.Hal ini kerana sendi (fulkrum) berada di antara otot
(daya) dan bola (beban).Oleh itu, pergerakan ini tidak memerlukan daya yang banyak
namun pergerakannya adalah perlahan.
Semasa fasa ini juga, bahagian kaki diluruskan.Keadaan ini adalah untuk
menampung berat badan dan memberi kestabilan kepada pemain untuk fasa
seterusnya. Ketika ini, otot biseps femoris mengendur, otot kuadriseps iaitu otot
vastus lateralis, otot vastus medialis dan otot vastus intermediusakan mengecut
dan otot di pinggul iaitu gluteus maksimus turut mengecut untuk menarik tulang
femurbagi meluruskan kaki. Selain daripada tulang femur, tulang tibia dan fibula
turut terlibat membantu pemain berada dalam posisi ini manakala tulang tarsel yang
terletak di bahagian tapak kaki digunakan untuk menampung berat badan. Oleh yang
demikian, sendi engsel di bahagian lutut dan di bahagian pergelangan kaki akan
terlibat bagi memastikan lutut dalam keadaan lurus. Pergerakan ini dikenali sebagai
ektensi.

Sewaktu fasa pelaksanaan, pemain akan membengkokkan sedikit bahagian kaki


manakala bahagian badan didongakkan ke atas. Pada kedudukan ini, hampir
keseluruhan otot pada bahagian tubuh badan pemain akan terlibat. Pada waktu yang
sama, kedua-dua tangan dibengkokkan dan kepala pemain akan sentiasa mendongak
ke atas untuk melihat ke arah bola yang melambung tinggi.
Pergerakan seterusnya,adalah pada bahagian leher.Semasa fasa ini, kepala
akan di dongakkan ke atas untuk melihat bola diudara. Oleh yang demikian,beberapa
otot pada bahagian yang terlibat akan terlibat ketika fasa ini berlaku. Otot-otot tersebut
antaranya trapezius dan Stemocleidomastoid . Untuk mendongakkan kepala ke atas,
otot trapeziusakan mengecut manakala otot Stemocleidomastoid mengendur. Apabila
otot

trapeziusmengecut, otot Stemocleidomastoid

menagalami pengenduran

seterusnya secara automatik kepala pemain akan mendongak ke atas. Pergerakan ini
melibatkan sendi paksi pada bahagian tulang servikal iaitu atlas dan aksis dan
menghasilkan pergerakan hiperekstension. Oleh yang demikian , pemain dapat
mendongakkan kepala ke atas dan dapat memandang bola bagi melakukan kontak
pada bola tampar tersebut.

Seterusnya, tangan dominan (kanan atau kiri) pemain akan diangkat ke atas ke
dalam posisi dibengkokkan. Tangan pemain akan dibengkokkan ketika melakukan fasa
ini. Hal ini kerana tangan yang dibengkokkan membantu memberikan kuasa kepada
bahagian otot-otot badan untuk mengahasilkan daya tolakan kuasa yang maksimum
3

pada bola. Otot yang terlibat semasa tangan diangkat dan dibengkokkan ke atas
antaranya otot pectoralis ,majordeltoid,biseps brakil dan juga trisep brakil.

Trisep
Brakil

Manakala semasa tangan di angkat ke atas, otot pektoralis majorakan


mengalami penguncupan. Penguncupan ini menyebabkan humerus digerakkan ke atas
yang turut melibatkan sendi lesung pada bahu. Oleh yang demikian, tangan
mengalami hiperekstension iaitu keadaan di mana tangan bergerak ke atas.Otot-otot
mengalami pengenduran dan pengecutan ketika tangan dibengkokkan.Semasa otot
Biseps brakil pada lengan mengecut, Otot Trisep brakilakan mengendur serentak
4

dengan pengecutan otot biseps brakil. Pengecutan otot bisep brakil ini akan
menyebabkan ulnadan radius merapati humerus ketikalengan dibengkokkan. Semasa
tangan dibengkokkan ,sendi engsel pada bahagian siku memainkan peranan bagi
membolehkan ianya dibengkokkan. Pergerakan ini dikenali ekstensi.Kesimpulannya,
melalui pergerakan ini pemain dapat menghasilkan daya yang maksimum untuk
melakukan kontak dengan bola.

Seterusnya, keadaan tangan adalah sama seperti fasa persediaan sebelum bola
dilambungkan ke udara. Tulang metakarpal dan karpalterlibat ketika melambungkan
bola ke udara dan kedua-dua tulang ini akan melakukan pergerakan ekstensi
menggunakan sendi gelungsur yang terdapat diantara karpal. Setelah bola dilambung
ke udara, tangan kiri akan diluruskan dan diangkat ke hadapan. Otot deltoid yang
berada pada bahagian sisi di hujung bahu akan menguncup bagi membolehkan tangan
kiri diluruskan. Penguncupan otot deltoid anterior membolehkan tulang humerus
5

diangkat kehadapan. Pergerakan ini melibatkan sendi yang berada pada bahagian
bahu iaitu sendi lesung dan menghasilkan pergerakan abduksi. Otot biseps brakil
dan trisep brakil pula terlibat untuk meluruskan tangan.Otot-otot ini akan bertindak
secara berantagonis dan pengecutan dan pengenduran ini akan menyebabkan tulang
ulnadan radius tertarik ke arah humerus dan sendi engsel pada bahagian siku
bertindak untuk menghasilkan pergerakan fleksi.

Sendi engsel

Sendi lesung

Bahagian seterusnya yang terlibat dalam fasa ini adalah badan ( body) . Pada
masa ini, pemain akan melentikkan badan ke belakang bagi memberikan lebih daya
semasa kontak dengan bola supaya menepati sasaran dan tangan pemain menampar
bola pada bahagian bola yang betul. Oleh itu, semasa badan dilentikkan , bahagian
hadapan

badan

pengenduran.

dan

Otot-otot

bahagian

belakang

dibahagian

akan

hadapan

mengalami

iaitu

otot

pengecutan
pektoralis

dan

major,

rektusabdominis dan eksternal oblikakan mengalami pengenduran. Manakala otot6

otot di bahagian belakang pula iaitu otot Latisimus dorsi dan Trapeziusakan
mengecut.
Apabila otot-otot bahagian hadapan badan mengalami pengenduran dan
bahagian belakang mengalami pengecutan , tulang belakang yang terdiri daripada
tulang toraksik, lumbar dan sakrum pemain akan mengalami lentikan dan
menyebabkan badan pemain melentik ke belakang. Lentikan badan akan memberikan
pemain lebih daya untuk mengahasilkan kontak pada bola dan membolehkan pemain
menampar bola dengan baik.
Seterusnya, kaki pemain yang dibengkokkan pada fasa ini akan dapat
memberikan momentum yang cukup semasa melakukan kontak pada bola. Berat badan
pemain secara automatik akan ditampung oleh bahagian kaki yang dibengkokkan ketika
itu. Otot-otot kaki akan mengecut dan mengendur samasa kaki dibengkokkan dan otot
yang

terlibat sewaktu

kaki

dibengkokkan

ialah

otot

vastus

lateralis, otot

vastusmedialis dan otot vastus intermedius . Secara serentak ,otot Hamstring pula
akan mengecut. Ketika kaki dibengkokkan juga ,Otot Gluteus maksimus dibahagian
pinggul mengalami pengenduran. Mekanisme pengenduran dan pengenduran otot-otot
ini membuatkan tulang tibia dan febula ditarik menghampiri tulang femur. Oleh yang
demikian, sendi engsel pada bahagian lutut akan bergerak untuk membolehkan kaki
dibengkokkan. Keadaan ini akan menghasilkan pergerakan posterior fleksi anggota
bawah. Justeru itu, kaki pemain akan berada dalam keadaan bengkok yang
membolehkan pemain bersedia melakukan fasa pelaksanaan.
Berat badan pemain secara automatikakan ditampung oleh kaki yang
dibengkokkan ketika fasa kontak pada bola. Antara otot yang terlibat sewaktu
melakukan posisi ini ialah otot Kuadrisep yang terdiri daripada otot vastus lateralis,
otot vastus medialis dan otot intermediusakan mengendur. Pada masa yang sama
otot hamstring akan mengecut manakala otot Gastrocnemius di bahagian betis
pemain turut mengecut. Ketika kaki dibengkokkan, otot Gluteus maksimus dibahgian
pinggul mengalami pengenduran.Mekanisme pengecutan dan pengenduran otot-otot
membuatkan tulang tibia dan fibula ditarik menghampiri tulang femur. Oleh yang
demikian, sendi engsel pada bahagian lutut akan bergerak untuk membolehkan kaki
7

dibengkokkan. Keadaan ini akan menghasilkan pergerakan posterior fleksi pada


anggota bawah. Justeru itu, kaki pemain akan berada dalam keadaan bengkok yang
membolehkan pemain bersedia untuk melakukan fasa pelaksanaan.

Otot yang terlibat

Semasa fasa ikut lajak, mata pemain memandang ke arah pergerakan bola
setelah melakukan kontak. Kedua-dua tangan kanan dan kiri akan diluruskan
kehadapan. Tangan kiri akan berada lurus di sisi badan manakala tangan kanan
diangkat lurus dihadapan badan .Tangan kanan berada dalam kedudukan lurus otototot tangan yang berada di humerus akan bertindak secara berantagonis untuk
meluruskan tangan dihadapan badan.Otot deltoid akan mengecut dan pengecutan ini
akan membolehkan humerus bergerak ke hadapan badan. Pergerakan ekstensi
terlibat semasa menggerakkan tangan ke hadapan.Sendi yang terlibat ketika ini ialah
8

sendi lesung.Otot trisep braki akan mengendur serta pengecutan dan pengenduran
ini melibatkan tulang ulna dan radius dan juga tulang skapula sewaktu tangan
digerakkan kehadapan.Kemudian pergelangan tangan akan berada dalam kedudukan
fleksi dan ikut lajak yang melibatkan tulang karpel, metakarpel dan phalanges.
Tangan kiri berada di sisi badan setelah bola dilambung ke udara. Pergerakan
otot deltoid tengah yang mengalami pengenduran telah menyebabkan tangan dilurus
ke bawah dan berada di sisi badan. Sendi yang terlibat semasa tangan digerakkan ke
bawah ialah sendi lesung yang menggerakkan bahagian bahu dan sendi engsel di
bahagian siku. Serentak dengan itu ,ototBiseps brakil dan Otot Trisep brakil akan
mengendur dan otot brakil bertindak secara berlawanan. Pengenduran otot-otot ini
akan menjarakkan tulang humerus dengan tulang radius dan ulna yang
menyebabkan ekstensi berlaku.
Setelah melakukan servis, kedudukan kaki kiri dan kanan berada dalam keadaan
lurus.Kedudukan kaki kanan agak berbeza sedikit dengan kaki kiri keranan seperti
berdiri dihujung kaki.Posisi ini adalah salah satu posisi yang menyamai tuas kelas
kedua.Tuas kelas kedua berlaku apabila beban terletak diantara daya dan fulkrum,otot
kaki sebagai daya dan berat badan badan sebagai beban.

Keadaan kaki lurus disebabkan otot Kuadriseps mengecut manakala otot


Gastrocnemius juga akan turut mengecut dan otot dibahagian pinggul iaitu otot
Gluteusmaksimus juga mengecut serentak dengan pengecutan dan pengenduran
otot-otot dibahagian kaki. Sendi engsel terlibat dalam keadaan ini dan tulang femur,
tibia dan fibula juga terlibat.Kaki kanan yang berdiri dengan hujung kaki melibatkan
tulang tarsal, metatarsal dan phalanges.Fleksiplantar berlaku dalam keadaan ini.

10

11