Você está na página 1de 56

1.

0 PENGENALAN
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik ialah sesi pengajaran dan
pembelajaran yang disusun dan dirancang oleh guru. Proses perancangan berfungsi
sebagai panduan kepada guru supaya menjadi lebih yakin untuk mencapai objektif
pengajarannya. Tanpa perancangan dan persediaan yang rapi oleh guru, sesi
pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan menyebabkan objektif pengajaran
tidak dapat dicapai.
Oleh itu, seorang guru perlulah merancang pengajarannya dengan menghasilkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sesuai. Melalui RPH, guru dapat
memastikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan selaras dengan objektif
yang ingin dicapainya.
Sehubungan itu, bagi memastikan sesuatu sesi P&P mencapai objektifnya,
penilaian juga tidak kurang pentingnya untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap
pengajaran guru. Melalui penilaian juga, guru boleh memperbaiki cara dan kandungan
pengajarannya. Oleh itu, bagi memastikan murid dan guru mencapai objektif yang
dirancang, penilaian juga perlu dijalankan.

2.0 KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENILAIAN DAN TAKSONOMI BLOOM


2.1 Konsep Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Mokhtar Ismail
(1985), pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang
memiliki sifat tertentu.

Rajah 1 : Konsep pentaksiran

Rajah 1 menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek untuk menjelaskan


konsep pentaksiran iaitu proses, maklumat, penghakiman dan produk.
bermaksud

langkah

ataupun

tindakan

mendapatkan hasil yang dikehendaki.

serta

operasi

yang

digunakan

Proses
untuk

Maklumat pula ialah bukti tentang prestasi

pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Aspek penghakiman pula merupakan
proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar dan terakhir ialah produk
yang melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui
proses pendidikan.
2

Kesimpulannya, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran


yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi serta
menghurai maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

2.2 Konsep Pengujian


Pengujian adalah satu proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu
dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Pengujian
bertujuan

untuk

menentukan

pencapaian

seseorang

pelajar

dalam

sesuatu

pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar


yang sesuai.

Oleh itu, pengujian boleh dilaksanakan dengan cara mengadakan

pemerhatian, ujian bertulis dan ujian lisan.

Pengujian ini biasanya, dilaksanakan

selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar.


Tuckman (1975) mendefinisikan ujian sebagai sejenis atau alat pengukuran yang
biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang. Gagne (1975) pula
menjelaskan bahawa ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkahlaku
seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkahlaku.
Ujian sebagai alat pengukuran digunakan untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.
Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak
bagi menguji kefahaman mendengar.

2.3 Konsep Penilaian


Penilaian didefinisikan dengan banyak cara.

Stufflebeam et al. (1971)

menyatakan bahawa, accessment is the process of delineating, obtaining, and


providing useful information for judgements decision alternatives. Kenyataan beliau
bermaksud penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan
untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian ini membantuguru
supaya dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung
pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, prosedur penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Penilaian juga boleh
dilaksanakan berdasarkan lima prosedur seperti yang terdapat pada rajah 2 di bawah:

Rajah 2 : Prosedur penilaian

2.4 Konsep Taksonomi Bloom


Taksonomi Bloom merupakan satu hierarki yang diperkenalkan oleh Benjamin
S.Bloom (1956). Taksonomi Bloom ini merupakan suatu nilai berdasarkan kognitif atau
mental yang merangkumi aspek pengetahuan, fakta dan teori. Selain itu, taksonomi
bloom ini membina pemikiran untuk pemahaman dan menjadi lebih kreatif dalam suatu
pembelajaran. Dalam Taksonomi Bloom, terdapat enam peringkat dan keenam-enam
peringkat tersebut dapat dilihat pada rajah 3 di bawah :

Rajah 3 : Aras Taksonomi Bloom


Berdasarkan rajah 3 di atas jelas dapat dilihat enam peringkat Taksonomi Bloom.
Antaranya, peringkat pengetahuan berada di aras paling rendah. Pada peringkat
pengetahuan, individu dikehendaki mengingat semula tanpa perubahan serta
mengetahui objektif pembelajaran. Aras pengetahuan ini terdiri daripada suatu
penyataan yang ringkas, tepat dan tidak memerlukan contoh. Dalam peringkat ini

terdapat beberapa istilah khusus bagi guru mengenal pasti peringkat ini iaitu nyatakan,
terangkan, namakan dan labelkan.
Seterusnya, peringkat kedua iaitu peringkat kefahaman yang bermaksud
kebolehan mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain.
Pada peringkat ini juga pelajar boleh menyatakan idea utama dalam ayat sendiri dan ia
dilihat sangat berbeza dengan aras pengetahuan di mana pelajar dikehendaki
memberikan jawapan tanpa membuat sebarang perubahan. Melalui peringkat ini,
pelajar mestilah dapat menterjemah isi kepada huraian dan memahami bahan dengan
berkesan. Istilah khusus bagi aras kefahaman ini ialah membanding, menerangkan,
membezakan.
Peringkat ketiga ialah peringkat aplikasi di mana pada peringkat ini pelajar dapat
menggunakan bahan yang telah dipelajari dalam situasi baru yang konkrit. Antara istilah
khusus

dalam

menganalisis

peringkat

ini

ialah

menyelesaikan,

mengira,

mengendalikan, dan meramal.


Peringkat seterusnya ialah peringkat analisis. Peringkat analisis merupakan
kebolehan memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membahagikan
pembelajaran, menaakul sebab dan meleraikan komunikasi serta menilai kerelevanan
sesuatu data atau topik. Istilah khusus bagi aras analisis ini ialah bezakan, bandingkan,
huraikan, klasifikasikan.
Peringkat kelima iaitu peringkat sintesis adalah kebolehan mencantumkan dan
mengintegrasikan fakta yang berkaitan dan membentuk sesuatu yang baharu iaitu idea.
Melalui peringkat ini, pelajar dinilai dari segi kreativiti serta kebolehan mereka untuk
mencipta idea baru berdasarkan pengalaman pembelajaran yang telah mereka lalui
sebelum ini. Istilah khusus untuk membina item soalan bagi peringkat ini ialah
gabungkan, merekabentuk, cadangkan, senaraikan beberapa cara dan huraikan satu
perancangan.

Terakhir, peringkat penilaian ialah peringkat tertinggi dalam piramid Taksonomi


Bloom. Pada peringkat ini, pelajar diharapkan dapat membuat pertimbangan tentang
sesuatu yang diketahuinya berdasarkan kriteria, analisis dan sintesis. Penilaian
merupakan peringkat untuk menguji kebolehan, membuktikan, mengkritik dan menilai.
Antara istilah khususnya ialah nilaikan, rumuskan, bandingkan, buktikan serta huraikan.
Kesimpulannya Taksonomi Bloom menjadi pemudahcara para guru dan
penggubal soalan kerana berfungsi sebagai panduan untuk membina soalan. Dengan
adanya hierarki ini, penggubalan soalan yang mencakupi pelbagai aras dan kemahiran
dapat dihasilkan di samping dapat memperkembangkan murid dari aspek kognitif,
afektif dan psikomotor.

3.0 EMPAT JENIS PENILAIAN BAHASA YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH


Penilaian merupakan pertimbangan profesional iatu proses yang membolehkan
seseorang membuat keputusan. Menurut Stufflebeam (1971), penilaian ialah proses
mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan
mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
Di sekolah, terdapat beberapa jenis ujian yang digunakan dalam penilaian
bahasa. Jenis-jenis penilaian bahasa yang biasanya dilaksanakan di sekolah dapat
dilihat pada rajah dibawah :

Rajah 4 : Jenis-jenis penilaian bahasa.

3.1 Ujian Formatif


Ujian formatif ialah sejenis penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan. Penilaian ini dibuat
untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap
tajuk yang telah diajar.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), ujian formatif dilaksanakan untuk
menentukan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran
mereka. Ia juga merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar. Ujian jenis ini
merupakan sejenis ujian berasaskan kemahiran yang diajar dalam jangka masa
pendek.
Biasanya, guru-guru menjalankan ujian formatif ini di sekolah atas sebab-sebab
tertentu. Antara tujuan ujian formatif ini dijalankan adalah seperti berikut :
a. Mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada dari segi
pengajaran guru mahupun penguasaan murid dalam pembelajaran.
b. Memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan
pencapaian murid dalam sesuatu pengajaran.
c. Membantu murid menguasai isi pelajaran

bagi

sesuatu

topik

pembelajaran.
d. Meningkatkan serta mengekalkan pencapaian yang memuaskan di
kalangan murid.
e. Membantu guru

melakukan

penambahbaikan

serta

menggunakan

pendekatan yang bersesuaian dalam pengajaran.


f. Membimbing murid mengikut kelemahan yang telah ditunjukkan serta
memberikan kesedaran kepada murid supaya sentiasa bersedia untuk
menghadapi ujian yang akan dijalankan.

Secara amnya, seperti ujian-ujian lain, ujian formatif juga mempunyai ciri-ciri
khususnya yang tersendiri. Ujian ini sering digunakan oleh guru kerana ciri-cirinya yang
memainkan peranan dalam membantu guru meningkatkan mutu pengajaran. Antara ciri
ujian formatif adalah seperti berikut :
9

a. Ujian

formatif

dijalankan

untuk

mendapatkan

maklumat

untuk

memperbaiki kurikulum.
b. Ujian formatif dilakukan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
c. Maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini akan digunakan secara
terus menerus.
d. Ujian formatif boleh dijalankan dalam bentuk ujian diagnostik membantu
untu mendapatkan input tentang masalah yang dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran.
e. Maklumat yang diperolehi digunakan serta merta untuk memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran supaya guru dan murid sama-sama dapat
memperolehi manfaat.
f. Gred tidak diberikan bagi penilaian ini.
Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa ujian
formatif boleh dilaksanakan oleh guru pada bila-bila masa sahaja semasa pengajaran
dilangsungkan. Ujian formatif bukan sahaja boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis,
tetapi juga boleh dilaksanakan dalam bentuk lisan iaitu soal jawab, pemerhatian, kuiz
dan lain-lain lagi. Ujian formatif ini sangat sesuai dilaksanakan dalam memperbaiki
kualiti pengajaran guru di samping membantu guru untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi murid.

3.2 Ujian Sumatif


Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), ujian sumatif ialah ujian yang digunakan
untuk menentukan tahap penguasaan murid dalam keseluruhan pembelajaran. Ujian
sumatif merupakan sejenis alat atau bahan yang dibina bertujuan untuk menguji

10

pencapaian murid terhadap beberapa kemahiran bahasa yang telah dipelajari dalam
tempoh jangka masa panjang.
Biasanya ujian ini dilaksanakan mengikut semester ataupun tahun iaitu pada
akhir pembelajaran. Oleh itu, ujian ini sangat berguna untuk melaporkan kemajuan
murid dalam pembelajaran selama satu semester. Dalam kemahiran bahasa, ujian
sumatif dibina secara luas dan melibatkanketiga-tiga kemahiran iaitu kemahiran lisan,
bacaan dan tulisan.
Di sekolah, ujian sumatif dilaksanakan berdasarkan tujuan-tujuan tertentu iaitu :
a. Untuk membantu murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian
mereka.
b. Memberikan

gred

kepada

murid

berdasarkan

pencapaian

yang

ditunjukkan dalam peperiksaan yang telah diadakan.


c. Memberi pengiktirafan kepada kebolehan serta kemahiran yang dimiliki
oleh murid.
d. Menjadi petunjuk untuk memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
e. Menunjukkan pencapaian murid yang berbeza mengikut kupulan
kebolehan.
Di sekolah, ujian sumatif sering dilaksanakan sebelum sesuatu penggal
persekolahan berakhir. Setelah ujian dilaksanakan, hasil ujian tersebut digunakan untuk
menentukan tahap pencapaian serta kumpulan kebolehan murid bagi penggal
persekolahan yang berikutnya. Ujian sumatif ini juga sangat penting salam menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

3.3 Ujian Kefasihan


Kamarudin Hj. Husin (1988) berpendapat bahawa ujian kefasihan digunakan
untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu
bahasa secara keseluruhan. Ujian ini berbeza daripada ujian formatif dan sumatif yang
telah dibincangkan kerana ianya tidak menilai sesuatu kandungan atau isi pelajaran.
11

Tetapi ujian ini secara amnya menilai kebolehan umum murid terhadap bahasa yang
telah dipelajarinya.
Secara ringkasnya, ujian ini boleh digunakan oleh guru untuk mengukur
kebolehan murid untuk berbahasa. Kefasihan murid untuk berbahasa bergantung
kepada

latar

belakang

penguasaan

bahasa

mereka.

Kefasihan

juga

akan

mempengaruhi kemahiran murid untuk berkomunikasi secara berkesan.


Di sekolah, guru-guru menggunakan ujian kefasihan ini bagi mengukur tahap
kebolehan murid untuk berbahasa. Penggunaan ujian kefasihan ini di sekolah adalah
bertujuan untuk :
a. Menilai kebolehan umum murid untuk berbahasa.
b. Menentukan sejauh mana murid menguasai kemahiran dan isi pelajaran
yang telah dipelajari.
Sehubungan itu, ujian kefasihan ini sering digunakan dalam penilaian bahasa
kerana ciri-cirinya yang berfungsi dalam mengenalpasti tahap kebolehan murid
terhadap kemahiran bahasa. Antara ciri-ciri ujian kefasihan ini ialah:
a. Membantu guru menempatkan murid mengikut kumpulan pembelajaran
yang bersesuaian.
b. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran bahasa murid secara
menyeluruh.
c. Dinilai berdasarkan sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan
bahan yang dibaca, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan
yang betul, mimik muka yang jelas, pergerakan mata, posisi tubuh,
kedudukan buku yang betul dan lain-lain lagi.
d. Digunakan dalam sesi temuduga.
Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa
ujian kefasihan merupakan ujian berbentuk lisan. Apabila ujian ini dijalankan ke atas
murid, guru dapat mengenalpasti secara keseluruhan sama ada murid dapat
menguasai apa yang telah diajar oleh guru.

12

3.4 Ujian Kemajuan


Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam buku Pedagogi Bahasa, ujian kemajuan ialah
sejenis ujian ringkas yang dibina oleh guru kelas untuk kegunaan kelasnya sahaja.
Kemudian, ujian yang dibina akan dijalankan oleh guru itu sendiri kerana guru tersebut
sahaja yang mengetahui pengetahuan mengenai keperluan ujian tersebut.
Ujian ini dibina berasaskan objektif pengajaran dan pembelajaran serta
pengetahuan yang telah diuji. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, guru akan
mengetahui tentang kemajuan seorang murid serta keseluruhan kelas dengan lebih
jelas. Berbeza dengan ujian kefasihan yang menilai secara keseluruhan, ujian
kemajuan ini dijalankan untuk membantu guru mengukur sejauh mana murid dapat
menguasai sesuatu tajuk yang telah dipelajari.
Hasil ujian kemajuan ini akan membantu guru mengenalpasti kemajuan setiap
murid dengan lebih jelas. Dengan adanya kemajuan ini, motivasi intrinsik murid juga
dapat ditingkatkan di mana murid dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam
pelajaran. Dari erti kata lain, ujian ini berfungsi memperkukuhkan pembelajaran murid
kerana dapat mendorong murid untuk lebih berusaha.

3.5 Ujian Bakat


Bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semula jadi yang dimiliki oleh
seseorang individu.Ujian bakat di dalam bahasa Malaysia ialah ujian yang dibentuk
untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu,
Abdullah Hassan (1987).

13

Manakala menurut Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008) di dalam buku
Pengukuran dan Penilaian Pendidikan menyatakan ujian bakat adalah ujian yang
dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan terhadap calon.
Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsurunsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa dan kosa kata. Guru boleh menjalankan
pelbagai aktiviti seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk atau struktur
sesuatu

bahasa,

menentukan

makna

berdasarkan

konteks

dan

sebagainya

berdasarkan ujian bakat. Guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan
berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.
Ujian ini juga dapat mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut
kebolehan murid atau individu.

4.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Jadual spesifikasi ujian (JSU) adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri
sesuatu ujian dari segi kandungan iatu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap
konstruk, konteks dan pemberatan taburan asas kesukaran. Tujuan JSU disediakan
adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang

14

hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikut aras ilmu. Selain itu, penyediaan
JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.
4.1 Definisi dan Konsep JSU
Jadual Penentuan Ujian (JPU) atau pun lebih dikenali sebagai Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) merupakan satu blue print yang mengandungi ujian tentang topik-topik
pelajaran dan perlu dibina setelah guru dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
yang hendak dibina. Ujian yang dibina boleh berbentuk objektif, esei, amali, kertas
kursus dan lain-lain manakala pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran
berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
JSU membantu guru mengenal pasti kandungan pelajaran yang diajar di dalam
kelas malahan turut membantu guru mengenal pasti objektif pelajaran bagi setiap tahap
domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom.Jadual ini terdiri daripada matrik
dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).
Bilangan item yang dibina perlulah mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran
serta kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%.
Beberapa elemen yang penting perlulah diketahui oleh seorang guru sebelum
membina JSU. Anataranya ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Keseimbangan sasaran ujian;


Keseimbangan tahap pembelajaran;
Format ujian;
Bilangan item ujian bagi seiap sasaran tahap pembelajaran; dan
Kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangka kerja.

Di dalam JSU perlulah terdiri daripada maklumat-maklumat seperti:


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Bentuk dan panjangnya ujian;


Kandungan topik-topik;
Aras kemahiran;
Peruntukan peratusan item/soalan;
Bilangan soalan; dan
Aras kesukaran

15

4.2 Langkah pembinaan JSU


Terdapat enam langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina jadual
spesifikasi ujian. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

16

Menyatakan mata pelajaran, tahun serta


menyusun nombor soalan

Rajah 5: langkah pembinaan JSU

4.2.1 Langkah I

17

Memilih dan menyenaraikan isi kandungan, tajuk-tajuk atau topik-topik yang hendak
diuji dalam jadual yang disediakan. Contoh-contoh kemahiran yang akan diuji bagi ujian
bahasa ialah kata kerja, kata majmuk, peribahasa dan lain-lain.

4.2.2 Langkah II
Tentukan bilangan soalan yang hendak dibina dan markah bagi setiap item soalan.
Contoh:
i.
Soalan objektif (20 soalan)
ii.
1 markah bagi 1 item
iii.
Jumlah soalan bagi setiap setiap topik dikira.
= ______Jumlah masa_____x Jumlah soalan
Jumlah masa keseluruhan

4.2.3 Langkah III


Menentukan aras kemahiran dan aras kesukaran item berdasarkan model aras
yang dipilih, kemudian disusun secara mengufuk dalam JSU. Kebiasaanya guru akan
menggunakan Model Aras Kognitif Taksonomi Bloom yang terbahagi kepada 3 aras
kesukaran iaitu mudah, sederhana dan sukar. Model ini membantu mengembangkan
pemikirn murid ke arah mana hendak dituju.Pemeringkatan dalam Taksonomi Bloom
membahagikan aspek atau domain kognitif ini kepada enam peringkat dengan bermula
dari asas kepada yang lebih tinggi. Antara peringkat berikut ialah:

i. Pengetahuan
Peringkat pengetahuan mencakupi semua perilaku yang menfokus pada pengenalan
dan pengingatan idea, pendapat, prinsip, bahan, prosuder dn peristiwa yang berlaku
18

(Abu Bakar Nordin, 1986). Peringkat ini mengutamakan kemahiran mengingat. Ciri-ciri
peringkat pengetahuan ialah:
- Menggunakan proses mental pengetahuan.
- Memerlukan maklumat atau kandungan yang serupa dengan pengajaran guru
dan buku teks.
- Soalan tidak memerlukan murid mengatur isi dalam bentuk baharu.
- Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah.
- Perkataan yang biasa digunakan siapa, apa, di mana, bila, definisi, dan lainlain.

ii. Kefahaman
Aspek kefahaman bermaksud objektif, perlakuan, jawapan dan tindakan yang
menunjukkan pengertian yang bermakna yang mengkehendaki murid mengubah bentuk
penerimaannya sama ada dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol tertentu. Beberapa
aspek yang terlibat dalam peringkat ini ialah:
-Menterjemah sesuatu yang melibatkan bentuk komunikasi diubah kepada
bentuk lain tanpa mengubah makna yang asal.
-Menginterpretasi pelbagai bentuk komunikasi apabila idea atau mesej
berkenaan berbentuk tersurat atau tersirat.
-Ekstrapolasi iaitu membuat anggaran atau aliran yang wujud daripada
komunikasi yang ditunjukkan.
Ciri-ciri soalan berdasarkan kefahaman adalah:
-Soalan memerlukan penggunaan proses mental kefahaman melaui langkah
terjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi.
-Maklumat asas telah diberikan kepada murid.
-Memerlukan benda atau material atau alat komunikasi untuk diterjemah, ditafsir
dan dilanjutkan.
-Murid menyatakan kefahamannya dalam ayat atau perkataan sendiri.
-Perkataan yang kerap digunakan huraikan, bandingkan, nyatakan, bezakan,
nyatakan dengan perkataan anda sendiri.

19

iii. Aplikasi (Penggunaan)


Aplikasi merupakan penguasaan ciri-ciri yang terdiri daripada konsep, prinsip,
teori, hokum, prosuder dan cara am dalam situasi khusus dan situasi am (Abu Bakar
Nordin, 1986). Peringkat aplikasi memerlukan murid memahami ciri-ciri asas yang
terdapat pada aspek berkenaan dan mengkehendaki murid menentukan bukan sahaja
cara menyelesaikan masalah tersendiri tetapi juga situasi menjadi aspek penting
sebagai strategi dalam menyelesaikan masalah.
Peringkat ini juga dapat menentukan sama ada murid dapat memilih
pengetahuan

yang

bersesuaian

serta

menggunakan

dengan

betul

dalam

menyelesaikan masalah yang baharu dihadapi dan menggunakan sesuatu yang abstrak
dalam situasi tertentu dan konkrit. Bloom (1971) berpendapat murid dapat menguasai
pada peringkat aplikasi jika mereka dapat:
-Menentukan prinsip atau generalisasi yang sesuai dalam masalah yang baharu.
-Menyebut semula satu masalah untuk menentukan prinsip atau generalisas
mana yang penting.
-Menetapkan hal atau kadar setakat mana prinsip atau generalisasi itu tepat dan
betul.
-Mengenal pasti sesuai atau tidak generalisasi tertentu dengan memberikan
alasan.
-Menerangkan fenomena baharu menggunakan prinsip dan generalisasi yang
diketahui.
-Menelaah apa yang akan berlaku dalam situasi baharu dengan menggunakan
prinsip dan generalisasi.
-Menentukan atau menjustifikasikan satu tindakan atau keputusan dalam situasi
baharu dengan menggunakan prinsip dan generalisasi yang sesuai.
-Menyatukan alasan yang digunakan untuk menyokong penggunaan atau lebih
prinsip atau generalisasi dalam sesuatu situasi.
Ciri-ciri soalan berdasarkan peringkat aplikasi:
-Soalan menggunakan proses mental aplikasi.
-Objektif
memrerlukan
tiga
frasa,
iaitu
prinsip/generalisasi dan masalah/situasi baharu.
20

kebolehan

menggunakan,

-Situasi masalah hendaklah baharu, iaitu tidak sama dengan masalah yang
disentuh dalam bilik darjah.
-Perkataan yang sering digunakan gunakan, pilih, buat, kira, selesaikan, dan
lain-lain.
iv. Analisis
Fungsi peringkat analisis ialah membahagikan dan menentukan bahagianbahagian kecil atau unsur bagi sesuatu perkara yang dikemukakan dan memperlihatkan
pertalian antara unsur-unsur itu untuk memahami komunikasi dengan lebih terperinci
bagi memulakan penilaian. Analisis terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
-Analisis unsur yang menentukan fungsi kenyataan yang terdapat dalam sesuatu
komunikasi.
-Analisis perhubungan dengan menentukan perhubungan unsur-unsur yang
terdapat dalam pelbagai bentuk abahgian komunikasi.
-Analisis prinsip organisasi dalam penyediaan sesuatu dengan menetukan
tujuan, pandangan, pendirian, sikap dan konsepsualisasinya.
Menurut Bloom (1971), ciri-ciri analisis adalah seperti berikut:
-Murid dapat mengelaskan perkataan, frasa dan kenyataan dalam satu set
dokumen dengan menggunakan kriteria analisis.
-Murid dapat menelah kualiti tertentu atau sifat yang tidak dapat dinyatakan
dengan jelas daripada petunjuk yang diperoleh.
-Murid dapat menggunakan kriteria yang relevan, penyusunan mengikut sebab
dan akibat dan urutan untuk menentukan corak dan susunan bahan dalam
sesuatu dokumen.
-Murid dapat mengenali prinsip organisasi dan mencorakkan rangka keseluruhan
dokumen.
-Murid dapat menelaah sesuatu rangka kerja tertentu, tujuan dan pandangan
tentang sesuatu dokumen.

Ciri-ciri soalan berasaskan analisis:

21

-Soalan menggunakan proses mental analisis sama ada analisis unsur atau
hubungan prinsip organisasi.
-Situasi masalah mestilah baharu, tidak biasa atau berbeza daripada pengajaran.
-Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada murid.
-Memerlukan fikiran kritis, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.
-Perkataan yang kerap digunakan mengapa, kenapa, apakah faktor, buatkan
rumusan, buktikan, dan sebagainya.
v. Sintesis
Sintesis merupakan proses menggabungkan dan menyusun unsur atau
bahagian bagi membentuk sesuatu yang lebih menyeluruh supaya komunikasi itu lebih
berstruktur dan tersusun. Menurut Bloom (1971), bentuk penghasilan sintesis adalah
seperti berikut:
-Menghasilkan komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi atau lukisan.
-Menghasilkan sebuah perancangan atau set operasi yang dicadangkan.
-Menghasilkan penerbitan satu set hubungan abstrak seperti membentuk
hipotesis.

Ciri-ciri soalan berdasarkan sintesis:


-Soalan sesuai dengan proses mental sintesis.
-Masalah, tugas atau situasi hendaklah baharu kepada murid atau berbeza
daripada pengajaran.
-Memberikan kebebasan kepada calon untuk menjawab sama ada dari segi isi
atau masa.
-Hasilnya dinilai oleh pengguna seperti pembaca atau pemerhati.
-Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan membataskan kerativiti.
-Bentuk soalan objektif dan esei memerlukan masalah untuk diselesaikan dalam
bentuk daya kreatif tang tinggi.
-Perkataan yang kerap digunakan ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan apa
akan berlaku dan lain-lain.
vi. Penilaian

22

Peringkat penilaian memerlukan murid membuat pertimbangan tentang nilai bagi


sesuatu tujuan atau idea, hasil kerja, penyelesaian bahan dan sebagainya. Ciri-ciri
soalan berasaskan penilaian ialah:
-Soalan menguji proses mental peringkat penilaian.
-Situasi masalah yang hendak dinilai mesti baharu dan tidak biasa disentuh
dalam pengajaran di bilik darjah.
-Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar.
-Soalan penilaian dibentuk berdasarkan tiga bahagian, iaitu apa yang hendak
dinilai, arahan tindakan balas dan kriteria yang digunakan dalam penilaian itu.
-Perkataan yang biasa digunakan pertimbangkan, taksirkan, tentukan,
pertahankan dan sebagainya.

Peringkat-peringkat objektif pendidikan Bloom:


6. Penilaian

Aras sukar

5. Sintesis
4. Analisis

Aras sederhana

3. Penggunaan
2. Kefahaman

Aras mudah

1. Pengetahuan

4.2.4 Langkah IV
Guru perlu memilih jenis ujian yang akan diuji sama ada ujian objektif, ujian struktur,
ujian esei dan lain-lain. Jenis ujian yang hendak diuji bergantung kepada domain
objektif pengajaran yang hendak diukur sama ada dari segi psikomotor, afektif dan
sosial.

23

4.2.5 Langkah V
Menentukan bilangan soalan/item bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei
dan lain-lain) berdasarkan isi dan aras kemahiran bagi ujian itu, kemudian menulis
bilangan soalan itu dalam petak yang berkenaan.
Guru juga perlu menentukan aras kesukaran soalan dari soalan mudah ke
soalan yang sukar serta menentukan pemarkahan bagi setiap soalan.
4.2.6 Langkah VI
Langkah akhir dalam membina JSU ialah guru hendaklah menyatakan mata
pelajaran, tahun serta menyusun nombor soalan mengikut tajuk yang ditetapkan.
4.3 Kepentingan JSU
Antara kepentingan JSU adalah dapat membina dan menyediakan soalan ujian
secara lebih terancang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina
secara sembarangan. JSU juga akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan
soalan. Pembinaan JSU dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari
semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina soalan yang berbeza. Soalan yang
akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi
keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat antara satu ujian
dengan ujian yang lain.

24

5.0 KONSEP UJIAN OBJEKTIF


Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk
menguji sesuatu kemahiran bahasa.Item ujian jenis objektif ini memerlukan murid
menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik.
Ujian objektif ialah suatu jenis ujian terdiri daripada item-item (soalan) yang
memerlukan calon memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau menggaris
gerak balas (respon) yang tepat, melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai
atau memadankan perkara yang berkaitan dengan menggunakan garis lurus. Ujian
objektif ini mempunyai ciri keobjektifan yang paling tinggi kerana jawapan calon dapat
diperiksa dengan mudah dan tepat. Jawapan yang sama akan diberi markah yang
sama oleh sesiapa yang memeriksanya.
Ujian objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ujian item respon bebas
dan ujian item respon tetap.
5.1 Jenis-jenis Ujian Objektif

25

Rajah 1: Jenis-jenis Ujian Objektif


5.1.1 Ujian Item Respon Bebas
i.
Jawapan Pendek
Jawapan pendek ialah jenis soalan yang boleh dijawab dengan satu
perkataan atau satu ayat atau dalam bentuk nombor dan kadangkala
memerlukan murid menjawab menggunakan lebih dari satu perkataan.
Contohnya ialah:
1. Bilakah

Nabi

Muhammad

diputerakan?

_________________________
Berikut merupakan prinsip dalam membina ujian item jawpan pendek:

Bentuk

soalan

biasanya

lebih

baik

daripada

pernyataan.
Soalan hendaklah jelas dan jawapan yang dikehendaki

ringkas dan tepat


Tempat kosong untuk jawapan hendaklah diletak di sebelah
kanan soalan bagi memudahkan pelajar menjawap.
26

bentuk

Soalan patut dibentuk supaya hanya ada satu jawapan yang

betul.
Elakkan daripada menggunakan perkataan atau ayat yang

terus dipetik dari buku.


Ini adalah untuk mengelakkan pelajar menghafal dan
menulis kembali apa yang telah dibaca.

ii.

Item Melengkapkan (Mengisi Tempat Kosong)


Item ini mengkehendaki murid membentuk satu ayat dengan perkataan,
atau rangkaian kata tertentu ditinggalkan dan digantikan dengan tempat
kosong untuk diisikan oleh murid.Ayat ini boleh mengandungi satu atau
lebih tempat kosong. Contohnya ialah:
1. Menunaikan ibadat haji termasuk dalam rukun ____________
Prinsip dalam membina item ini ialah:

Elakkan daripada menggunakan perkataan yang kabur.


Jauhkan daripada menngunakan pernyataan yang
mengandungi banyak tempat kosong sehingga maknanya

hilang.
Kosongkan perkataan atau rangka kata penting untuk diisi

oleh pelajar dan bukan butir-butir yang tidak penting.


Pilih pernyataan yang terdapat satu jawapan yang betul bagi

tempat yang kosong.


Jawapan yang dikehendaki sepatutnya dalam bentuk satu

perkataan atau rangkai kata yang ringkas.


Elakkan daripada mengambil pernyataan terus menerus

daripada buku teks.


Elakkan daripada menggunakan petunjuk tatabahasa yang
menunjukkan jawapan yang betul.

iii.

Item Perkaitan
Item ini merupakan satu senarai perkataan atau peristiwa diberi dan murid
dikehendaki memberi jawapan yang berkaitan dengan perkataan di
sebelahnya. Peraturan atau prinsip membina item ini kurang lebih sama
27

dengan item jawapan pendek dan melengkapkan. Contoh soalan bagi


item ini ialah:
1. Arahan:
Tuliskan nama-nama kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi
berikut:
Nabi Muhammad : ___________________
Nabi Musa : _____________________
Nabi Isa : _____________________
Nabi Daud : ___________________
5.1.2 Ujian Item Respon Tetap
i.
Item Betul Salah
Item ini akan menyediakan satu pernyataan dan

muriddikehendaki

membuat pilihannya, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan
pernyataan itu. Prinsip dalam membina item ini ialah:
Bilangan soalan-soalan pernyataan betul/salah hendaklah lebih

kurang sama banyak.


Gunakan pernyataan yang pendek.
Elakkan daripada menggunakan pernyataan yang kabur.
Elakkan daripada menggunakan perkataan yang membayangkan

jawapan.
Elakkan daripada menggunakan perkataan semua, selalunya,
kadang-kadang, dan lain-lain lagi, kerana ia adalah petanda,
mungkin tidak sengaja kepada jawapan sebenar.

ii.

Item Padanan
Item ini memerlukan murid memilih perkara diruang kanan untuk
dipadankan dengan perkataan di sebelah kiri. Prinsip pembinaan bagi
item ini ialah:
Pastikan perkara di dalam ruang pertama danjawapan di ruang

kedua adalah sesuai.


Masukkan hanya bahan yang sama dalam setiap item.
Set senarai soalan (jumlah soalan dan padanan jawapan)

hendaklah pendek (antara 5 dan 12).


Ini adalah untuk memudahkan murid mencari jawapan dan

menyenangkan guru membina soalan.


Senarai jawapan hendaklah ringkas dan mengikut dan mengikut
senarai abjad atau nombor.
28

Contohnya:

iii.

Baqa

Kekal

Qudrah

Berkuasa

Wujud

Ada

Item Pengelasan
Item ini hampir sama dengan jenis item memadankan.Item ini
mengandungi dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan.Murid
dikehendaki memilih jawapan yang berkaitan dengan menulis huruf atau
angka yang sesuai di sebelah objek/ perkara dalam tempat yang
disediakan. Contoh:
a. Rukun Iman
b. Rukun Islam
Pilih nama rukun yang betul bagi setiap pernyataan berikut:

Mengucap dua kalimah shadat

Percaya kepada Allah

Percaya kepada Malaikat

Menunaikan sembahyang

29

iv.

Item Aneka Pilihan


Item ini mengandungi satu aspek soalan dan beberapa pilihan.Pilihan
jawapan yang salah dinamakan Pengganggu. Antara prinsp-prinsp
pembinaan item ini ialah:
Pokok soalan boleh dalam bentuk pertanyaan atau ayat yang tidak

lengkap.
Pilihan jawapan boleh dilambangkan oleh huruf kecil, huruf besar

atau nombor.
Pilihan jawapan hendaklah disusun mengikut tertib.
Soalan hendaklah ringkas tetapi padat.
Pilihan jawapan juga perlu ringkas
Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk

yang sama.
Pastikan pilihan jawapan diletakkan secara rawak.
Jangan biasakan untuk memberikan jawapan kesemua di atas

atau tiada satu di atas sebagai alternatif.


Kawal aras kesukaran soalan dengan menyediakan alternatif.
Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang.
Susunan dan kedudukan jawapan tidak menunjukkan satu pola

yang tetap.
Pokok soalan tidak dijadikan tanda yang dapat membayangkan
jawapan (clue)

5.2 Langkah-langkah Pembinaan Item Ujian Objektif


Panduan menulis soalan objektif (Black, 1994)
i.

Soalan hendaklah berasaskan objektif yang terangdan jelas.

ii.

Ikut jadual spesifikasi (Penentuan).

iii.

Elakkan kekeliruan.

iv.

Cipta soalan khusus untuk kumpulan sasaran.

v.

Pastikan kejelasan perkataan.


30

vi.

Pastikan setiap soalan bebas dari soalan lain.

vii.

Satu soalan hanya untuk satu jawapan.

viii.

Elakkan soalan yang negatif.

ix.

Dapatkan orang lain membaca soalan anda.


Ujian pencapaian bertujuan untuk mengetahui objektif maklumbalas pelajar

tentang kefahaman murid dan pembelajaran mereka di samping menilai tahap


pengetahuan setiap pelajar dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah.Guru
matapelajaran seringkali membina ujian pencapaian disekolah untuk menguji tahap
pencapaian murid.
Guru

bolehmemasukkan

maklumat-maklumat

terkiniyang

penting

bagi

membolehkan kesesuaian dengan tahap murid. Ujian yang dibina dengan betul dan
dijalankan dengan baik berupaya memberi maklumat berguna dan tepat mengenai
pengetahuan yang dapat diperolehi dari murid mereka.

5.2.1 Langkah 1: Merekabentuk Ujian


Guru hendaklah mengenalpasti apa yang anda mahu murid anda pelajari dari
sesuatu unit pengajaran. Objektif pengajaran yang utama perlu dipertimbangkan dan
masukkan soalan-soalan tersebut.Muridtidak akan berpeluang menunjukkan tahap dan
daya kefahaman aspek-aspek yang lain dan anda tidak akan dapat membuat penilaian
tepat keatas setiap kebolehan dan pengetahuan murid andajika ujian tidak
menumpukan kepada objektif-objektif kehendak.

5.2.2 Langkah 2: Menulis Soalan ujian

31

Langkah berikutnya iaitu membina satu ujian yang efektif dan langkah tersebut adalah
menulis soalan ujian.Prinsippembinaan yang sama digunakan untuk tujuan pembinaan.
1. Arahan bagi setiap jenis soalan hendaklah mudah dan ringkas.
2. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas. Jika bahasa yang digunakan tidak di
fahami, murid
kemahiran

yang memahami bahan ujian tetapi tidak mempunyai

bahasa

yang

baik

akan

menghadapi

masaalah

dalam

menjelaskan pengetahuan mereka. Jika bahasa yang digunakan tidak jelas ,


murid yang mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi sekali pun akan
menjawab dengan tidak betul atau tepat

oleh kerana tafsiran mereka

mengenai soalan ujian tidak sama dengan kehendak instruktor berkenaan.


3. Bina dan tulis item atau soalan yang memerlukan pengetahuan spesifik atau
kebolehan yang

dapat dibentuk dari unit tersebut dan bukannya kepintaran

am atau kebijaksaan ujian.


4. Jangan memberi cadangan jawapan bagi sesuatu soalan kepada soalan
yang lain. Ini akan menjadikan ujian tersebut kurang berkesan, kerana murid
yang bijak akan mempunyai kelebihan berbanding rakan mereka yang
mempelajari dan mengetahui perkara yang sama tetapi kurang bijak dalam
kemahiran mengambil ujian.
5. Jangan menulis soalan ujian dalam bentuk yang negatif. Jika anda
memerlukan soalan berbentuk negatif, tandakan atau bezakan maksudnya
kerana soalan ini akan membawa murid untuk menjawab soalan dengan tidak
betul.
6. Tentukan unit dan ketepatan jawapan. Contohnya, adakah anda bersedia
menerima jawapan kepada soalan matematik dalam integer bundal.

5.2.3 Langkah 3: Semakan Akhir


Akhir sekali, buat penilaian semula keatas ujian tersebut. Adakah arahan yang diberikan
tepat ? Adakah objektif pembelajaran yang dipilih sesuai dan mencukupi dan
32

seimbang ? Adakah soalan yang diberi dinyatakan dalam bahasa yang tepat dan
mudah serta jelas ?Perhatian hendaklah diberikan agar soalan yang diberi tidak
membawa pelajar kepada jawapan yang dapat dikesan. Soalan ujian yang lemah tahap
pembinaannya bukan sahaja tidak mengukur tahap pengetahuan murid tetapi sekadar
mengukur kebolehan murid mengambil ujian.

6.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU (Soalan Objektif)


Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Melayu Tahun 6.
Domain Kognitif
Soalan

Bahagian
Tatabahasa

Mudah
Pengetahua
n

Kata Ganti

2
3

Nama Diri
Kata Kerja
Kata

Adjektif
Kata

Hubung
Kata Sendi

6
7
8
9

Nama
Kata Arah
Kata Nama
Kata Nama
Kata Ganda

10

Separa
Penjodoh

11
12

Bilangan
Peribahasa
Kata

13
14

Adjektif
Kata Kerja
Ayat Tanya

Sederhana

Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

/
/
/

/
/

/
/
/
/
/

Sukar

/
/
/
/
/
/
33

Bagi
Penyataan
15

Soalan

16
17

Petika
Ragam Ayat
Soalan

/
/

Petikan
18

(Laporan)
Soalan
Petikan

19

(Laporan)
Soalan
Petikan

20

(Cerita)
Soalan
Petikan

(Cerita)

Aras Kesukaran

Rendah
Sederhana
Sukar

15
10
5
30

Jumlah
6.1 Soalan Objektif
Soalan 1 Berdasarkan gambar di bawah.

34

Gambar 1

1. Murid-murid itu sedang menunggu bas untuk ke Melaka. _____________ akan


menyertai lawatan sehari ke negeri yang bersejarah.
A. Mereka
B. Kami
C. Kita
D. Dia
(Aras Pengetahuan)
2. Shahril berasa sedih apabila ____________ menconteng pintu tandas sekolah
walhal bukan dia yang melakukan perbuatan itu.
A. diduga
B. diserah
C. diserang
D. ditohmah
(Aras Kefahaman)
Soalan 3 Berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 2
3. Pada suatu masa dahulu, kereta lembu pernah ____________ sebagai kenderaan
untuk membawa penumpang mahupun mengangkut barang.
A. popular
B. serasi
C. antik
D. lama
35

(Aras Kefahaman)

4. Mesyuarat itu telah pun selesai ___________ setiap aktiviti akan dlaksanakan
seperti yang telah diputuskan ___________ berlaku perkara-perkara luar jangkaan.
A. dan kecuali
B. lalu sehingga
C. ketika sekiranya
D. kerana sementara
(Aras Kefahaman)

5. Kami berasa curiga _____________ tindak-tanduk lelaki yang keluar masuk ke


kawasan perumahan ini ______________ senja tadi lagi.
A. ke pada
B. pada dari
C. akan sejak
D. kepada daripada
(Aras Kefahaman)

Soalan 6 Berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 3

36

6. Zaimi bangkit lalu menjemput orang tua itu duduk di bangku yang telah
dikosongkan di ______________ bapanya.
A. sudut
B. sebelah
C. penjuru
D. hadapan
(Aras Pengetahuan)

7. Banyak pihak menyambut baik ____________ kerajaan agar menjadikan hari Sabtu
sebagai hari tanpa beg plastik.
A. saranan
B. peranan
C. pantauan
D. anggapan
(Aras Kefahaman)
8. Suasana di ___________ lapangan terbang itu agak sesak dengan kaum keluarga
yang menghantar bakal siswa dan siswazah untuk melanjutkan pelajaran ke
university di London.
A. balai raya
B. balai cerap
C. balai berlepas
D. balairung seri
(Aras Kefahaman)

37

Soalan 9 Berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 4

9.

Hui Ling sedang berlatih menggunakan _______________ rotan sebagai salah


satu disiplin dalam acara gimnistik yang akan disertainya.
A. gegendang
B. gegantung
C. gegasing
D. gegelung
(Aras Pengetahuan)

10. Semasa berkunjung ke Kota Kinabalu, abang tidak lupa membelikan ibu
_____________ kalung mutiara dan ______________ cincin sebagai buah
tangan.
A. seurat sebutir
B. sebaris sebiji
C. seuntai sebentuk
D. segugus segelung
38

(Aras Kefahaman)

11.

Pihak polis mengumumkan ___________ penjenayah yang dikehendaki itu


sudah diberkas.
A. kerana
B. apabila
C. bahawa
D. supaya
(Aras Kefahaman)

12.

Kumarisan ___________ ketika bercakap dengan Ah Chan setelah penat berlari


akibat dikejar anjing.
A. terketar-ketar
B. termangu-mangu
C. terbatuk-batuk
D. termengah-mengah
(Aras Pengetahuan)

13.

Ayah membeli se________ surat khabar dan dua __________ pen di kedai Nur
Ehsan itu.
A. buah ... bilah
B. helai ... biji
C. naskhah ... batang
D. sisir ... ikat
(Aras Pengetahuan)

14.

Ahli Kelab Sorak itu menjerit-jerit sehingga ____________ suara mereka ketika
39

memberikan semangat kepada pasukan bola sepak sekolah mereka.


A. merdu
B. nyaring
C. garau
D. serak
(Aras Kefahaman)
Soalan 15 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
15.

Haidar dan Haidir pasangan kembar seiras namun sikap mereka amat berbeza
_______________.
A. seperti cincin dengan permata
B. seperti langit dengan bumi
C. seperti aur dengan tebing
D. Seperti isi dengan kuku
(Aras Analisis)

Soalan 16 17 Pilih ayat yang mengunakan perkataaan bergaris dengan betul.


16

.I

Bulu kucing kesayangan Amir itu memang lebat sungguh tetapi mudah
tanggal.

II

Pekan itu dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang turun sepanjang hari.

III

Pokok rambutan di dusun datuk berbuah lebat pada tahun ini.

IV

Suasana di dalam pasar raya itu lebat dengan pelanggan.

A.
B.
C.
D.
17.

I dan II
I dan III
I, II dan III
I, III dan IV

II

(Aras Aplikasi)
Pak Man menggapai papan yang terapung-apung itu lalu berpaut
padanya.
Farrid memanjat pokok itu lalu menggapai buah rambutan di hujung

III

dahan.
Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk menggapai segala

IV

impian kamu.
Cikgu Lia meminta semua murid menggapai nota yang tertulis pada

papan hitam.
40

A.
B.
C.
D.

I dan II
I dan III
I, II dan III
I, III dan IV
(Aras Aplikasi)

18.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Shafik gembira kerana terpilih sebagai pemain bola sepak terbaik di sekolahnya.
A. Perlukah Shafik berasa gembira?
B. Mengapakah Shafik berasa gembira?
C. Bagaimanakah Shafik terpilih sebagai pemain bola sepak terbaik?
D. Adakah Shafik berasa gembira menjadi pemain bola sepak terbaik?
(Aras Analisis)

Soalan 19 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
19.

Saya sempat bersarapan bersama-sama Kumar di kantin tadi, kata Razali.


A. Razali dan Kumar sudah bersarapan di kantin tadi,
B. Razali berkata bahawa dia selalu dapat bersarapan dengan Kumar di kantin.
C. Razali menjelaskan bahawa dia sempat bersarapan dengan Kumar di
kantin tadi.
D. Razali dan Kumar sempat berkata ketika bersarapan bersama-sama.
(Aras Analisis)

Soalan 20 Pilih ayat yang betul.


41

20.

I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Oleh sebab komputernya rosak, dia tidak dapat membuka e-melnya.


Kesemua penumpang feri yang karam itu dipercayai telah mangkat.
Baju yang diperbuat daripada sutera asli itu sangat mahal harganya.
Borang penyertaan kamu hendaklah terserah selewat-lewatnya hari ini.
I dan II
I dan III
I, II dan III
I, II, III dan IV
(Aras Analisis)

Soalan 21 hingga soalan 25


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan.
Pada 1 Ogos 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Wawasan telah
mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan.Program tahunan ini berlangsung selama
sebulan dan acara kemuncak sambutan diadakan pada 31 Ogos 2012.
Pada hari perasmian, murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan sekolah
seawal 7:30 pagi.Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan,
lagu negeri, lagu sekolah dan lagu tema Hari Kemerdekaan.Selepas itu, Guru Besar
menyampaikan ucapan ringkas dan seterusnya merasmikan sambutan Bulan
Kemerdekaan tersebut.
Sepanjang bulan Ogos, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan
menghias kelas, pertandingan melukis poster kemerdekaan, pertandingan nyanyian
42

lagu-lagu patriotik dan lain-lain lagi.Kesemua pertandingan tersebut telah mendapat


sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid.Malahan, kerjasama antara
murid-murid dan para guru dalam menjayakan setiap acara amat membanggakan dan
menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi.
Acara kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan pada 31 Ogos
2012.Pada hari tersebut, Pegawai Pelajaran Daerah Ipoh telah menyampaikan
perutusan hari kemerdekaan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam perutusan
itu, Menteri Pelajaran menyeru para pendidik agar menyemaikan perasaan cinta akan
negara dalam kalangan murid.
Selepas itu, acara penyampaian hadiah dijalankan.Pegawai Pelajaran Daerah
Ipoh telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi semua pertandingan
yang telah berlangsung sepanjang tempoh acara sambutan Bulan Kemerdekaan
itu.Seterusnya, beliau menyampaikan ucapan ringkas sebagai penutup bagi sambutan
tersebut.
Majlis pada hari itu diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang telah ditaja
oleh Syarikat Katering Sharof Sdn. Bhd.. Semoga acara yang diadakan pada setiap
tahun ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Disediakan oleh,

2 SEPTEMBER 2012

(HAMDAN BIN HAZMAN)


Setiausaha,
Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan

21.

Sambutan apakah yang diadakan oleh Sekolah Kebangsaan Taman Wawasan?


A. Sambutan Hari kantin
B. Sambutan Bulan Kemerdekaan
C. Sambutan Hari Guru
43

D. Sambutan Hari Raya


(Aras Kefahaman)
22.

Siapakah yang menyampaikan perutusan hari kemerdekaan daripada Menteri


Pelajaran Malaysia?
A. Perdana Menteri
B. Menteri Pelajaran
C. Pegawai Pelajaran Daerah Ipoh
D.Guru Sekolah
(Aras Kefahaman)

23.

Antara yang berikut, manakah BUKAN aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan
Ogos?
A. Pertandingan menghias kelas
B. Pertandingan melukis poster kemerdekaan
C. Pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik
D.Pertandingan memancing
(Aras Analisis)

24.

Mengapakah Menteri Pelajaran menyeru para pendidik agar menyemaikan


perasaan cinta akan negara dalam kalangan murid?
A. Supaya murid-murid tidak terlalu mengikut budaya Barat.
B. Supaya murid-murid akan menghargai keamanan negara.
C. Supaya murid-murid menghargai jasa-jasa pejuang kemerdekaan.
D. Supaya murid-murid akan menjaga maruah diri demi nama negara.
(Aras Sintesis)

25.

Pada pendapat anda, mengapakah acara sambutan Bulan Kemerdekaan perlu


disambut setiap tahun?
A. Untuk memupuk semangat perpaduan.
B. Untuk memperingati Bulan Kemerdekaan.
C. Untuk memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara.
D. Untuk menggalakkan murid menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
44

(Aras Penilaian)

Soalan 26 hingga soalan 30


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sudah

hampir

lima

jam

aku

di

sini

namun

pancingku

belum

juga

mengena.Bosannya! keluh Zul.Dia teringat kata-kata sahabat baiknya, Amin, bahawa


di situ lubuk ikan.Lempar sahaja umpan pasti dapat ikan.Hai, nampaknya Amin mahu
mengenakan aku!
Tidak lama kemudian, Zul terasa pancingnya direntap sesuatu.Gembira hati Zul
tidak terkira.Terbeliak biji mata Zul apabila melihat seekor udang galah yang besar
menjadi mangsa umpannya.Zul benar-benar gembira. Dia tidak akan pulang dengan
tangan kosong. Berbaloi juga Zul mengambil cuti.Maklumlah, di pejabat banyak kerja
yang terpaksa diuruskan.Pada kali ini, dia sengaja tidak memaklumkan setiausahanya
destinasi percutiannya.Dia benar-benar mahu melapangkan fikirannya walaupun cuma
sehari.Sepanjang perjalanan keluar dari hutan kecil itu, timbul juga rasa bimbang dalam
hatinya patah lagi dia bersendirian.
Tiba-tiba, Zul memberhentikan langkahnya. Dia terhidu bau asap rokok dan
terdengar suara beberapa orang lelaki sedang bercakap. Siapa pula yang berada di
dalam hutan begini? bisik hati Zul. Zul teringat akan telefon bimbitnya lalu cepat-cepat
menukar mod telefonnya itu kepada mod senyap. Dia bimbang kehadirannya di situ
akan disedari oleh ketiga-tiga orang lelaki yang mencurigakan itu jika telefonnya
bordering disebabkan ada panggilan masuk. Cepat-cepat Zul bersembunyi di sebalik
sebatang pokok yang besar.
Butir-butir perbualan ketiga-tiga orang lelaki itu dapat didengar oleh Zul dengan
jelas.Tahulah Zul mereka sebenarnya pengedar dadah.Mereka merancang strategi
45

untuk memasarkan stok dadah yang baru sahaja diterima oleh mereka.Zul juga dapat
melihat ketiga-tiga orang lelaki itu bersenjatakan pistol.
Aku mesti bertindak, bisik hati kecil Zul.Zul segera beredar dari situ lalu
menelefon pihak polis.Mujurlah isyarat talian telefonnya tidak terganggu.Segala
maklumat dilaporkan kepada pihak polis.Tidak lama kemudian, beberapa orang
anggota polis tiba.Akhirnya, ketiga-tiga orang penjenayah itu berjaya diberkas.
26.

Zul berasa bosan kerana


A. dia berada di situ seorang diri.
B. dia telah dipermainkan oleh Amin.
C. dia belum mendapat seekor ikan pun.
D. dia sudah penat melemparkan umpan di lubuk ikan itu.

27.

Apakah yang dimaksudkan dengan lubuk ikan?


A. kawasan yang merbahaya
B. kawasan yang banyak ikan
C. kawasan yang dalam
D. kawasan yang cetek

(Aras Sintesis)

(Aras Pengetahuan)
28.

Mengapakah Zul memberhentikan langkahnya?


A. Dia terdengar suara orang bercakap
B. Dia terpijak duri
C. Dia dapat menangkap ikan
D. Dia terhidu bau asap rokok dan terdengar suara beberapa orang lelaki
sedang bercakap.
(ArasSintesis)

29.

Apakah sifat yang ditunjukkan oleh Zul dengan melaporkan kegiatan penjenayah
itu kepada pihak polis?
A. Rajin
B. Bertanggungjawab
C. Berhemah
D. Bersopan-santun
(Aras Aplikasi)
46

30.

Pada pendapat anda, mengapakah Zul bersembunyi di sebalik sebatang pokok


yang besar?
A. Zul mahu menjawab panggilan telefonnya.
B. Zul merupakan salah seorang dari mereka.
C. Zul tidak mahu masuk campur urusan ketiga-tiga orang lelaki itu.
D. Zul sedar dia tidak termampu untuk beradu tenaga dengan mereka jika
kehadirannya disedari.
(Aras Penilaian)

7.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU (Soalan Subjektif)


Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Melayu Tahun 6.

47

Soala
n

Domain Kognitif

Bahagian
Mudah

Struktur/
Karangan

Pengetahua
n

Sederhana

Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Menulis ayat
berpandukan

2
3

gambar
Ucapan
Surat

kiriman
4
5

Sukar

rasmi
Cerita
Menulis nilai

/
/
/

murni

Aras Kesukaran

Rendah
Sederhana
Sukar

2
2
1
5

Jumlah

7.1 Soalan Subjektif (Soalan Struktur)

Bahagian A
( Masa dicadangkan : 15 minit )
( 10 markah )
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.
48

Bahagian A
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................

/10
Bahagian B
( Masa dicadangkan : 40 minit )
( 30 markah )
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

49

1.

Kamu telah berpindah ke sekolah baru. Kamu diminta menyampaikan ucapan untuk
memperkenalkan diri.
Tuliskan teks ucapan tersebut.
ATAU
2.

Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu perkara tersebut.

ATAU

3.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, kamu terjumpa seekor kucing yang terjatuh ke
dalam longkang.
Tuliskan tindakan-tindakan yang kamu lakukan bagi membantu kucing tersebut .

Bahagian B

50

/30

Bahagian C
( Masa dicadangkan : 20 minit )
( 20 markah )
Tulis lima nilai murni/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
51

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Petang ini, Aswad akan menjalani latihan bola sepak di padang sekolahnya.
Aswad bertolak awal ke sekolah kerana hari ini diadakan pemilihan pemain yang akan
mewakili sekolahnya. Di pertengahan jalan, Aswad terserempak dengan seorang lelaki
tua yang terjatuh daripada basikalnya. Aswad segera membantu lelaki tua itu. Dia
memimpin lelaki tua itu ke tepi jalan. Dia segera menahan kereta yang lalu di situ dan
meminta pemandunya menghantar lelaki tua itu ke hospital. Sesampai di sekolah,
Aswad telah terlewat. Dia memohon maaf daripada guru pembimbing dan menceritakan
apa yang telah berlaku. Gurunya bersimpati dan memuji-muji tindakan Aswad itu.
Berkat kesungguhannya, Aswad telah berjaya terpilih sebagai pemain bola sepak
sekolahnya. Dia bersyukur dan berjanji akan bermain bersungguh-sungguh bagi
mengharumkan nama sekolahnya.

Bahagian C

20

8.0 REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat
saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga
52

diucapkan kepada kedua ibu bapa saya atas segala pertolongan dari segi materialistik
dan sokongan moral yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah pembimbingan atas segala tunjuk ajar yang diberi. Tidak dilupakan
juga kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam
penghasilan tugasan ini.
Tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk menghuraikan empat jenis
penilaian bahasa dan memberi penerangan tentang Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
Selain itu, saya perlu menyediakan satu JSU dan membina 30 item bagi ujian objektif
aneka pilihan dan 10 item bagi ujian subjektif.
Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih lagi mengenai
kepentingan menyediakan JSU sebagai garis panduan dalam merancang soalan. Saya
juga lebih jelas mengenai hubung kait antara JSU dengan perancangan membina
soalan. Sebelum ini, saya tidak jelas mengenai kepentingan menyediakan JSU namun
setelah melakukan tugasan ini, saya lebih faham dan dapat menyediakan JSU berserta
item soalan. Pengetahuan baru ini akan memudahkan saya untuk menyediakan set
soalan kepada murid pada masa akan datang.
Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya mengalami masalah kekangan masa
menyiapkan tugasan memandangkan tugasan diberi semasa praktikum dijalankan.
Saya terpaksa membahagikan masa di antara menyiapkan tugasan dan juga membuat
persediaan penilaian pensyarah dalam tempoh praktikum.
Di samping itu, saya mengalami masalah mencari maklumat yang dikehendaki
oleh pensyarah.Bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti, saya telah mencari
maklumat dari pelbagai sumber seperti buku rujukan di perpustakaan. Malah bagi
mendapatkan maklumat yang bersifat fakta, saya perlu sentiasa membuat rujukan di
buku dan juga di internet bagi memilih isi yang terbaik dan bersesuaian untuk
disampaikan kepada pensyarah pembimbing. Selain itu, rakan-rakan juga tidak lokek
untuk berkongsi sebarang maklumat tambahan yang diperolehi dan memberi cadangan
yang munasabah kepada saya membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan

53

lebih mudah. Saya turut meminta pandangan dan merujuk kepada guru Bahasa Melayu
dalam menyediakan JSU dan membina item soalan.
Dalam menyediakan tugasan ini, saya mengalami kesukaran untuk menyediakan
JSU dan membina item ujian objektif aneka pilihan. Ini kerana saya masih tidak jelas
mengenai cara menyediakan JSU dan merancang soalan berdasarkan kepada konsep
Taksonomi Bloom. Ini kerana saya tidak dapat membezakan dengan baik aras di dalam
Taksonomi Bloom dan menyediakan soalan yang bersesuaian dengan aras tersebut.
Benarlah kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya. Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat
disiapkan dengan jayanya mengikut tempoh yang diberi. Diharapkan tugasan ini dapat
mencapai standart yang diinginkan oleh pensyarah.

Sekian, terima kasih.


(MOHD SHAHRIL FAIZUL BIN SHAFIEE)

9.0 RUJUKAN

54

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor :
Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

55

10.0 BORANG KOLABORASI


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
AMBILAN JUN 2011
NAMA PELAJAR

MOHD SHAHRIL FAIZUL BIN SHAFIEE

KOD & NAMA KURSUS

BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

NAMA PENSYARAH

ENCIK AB RAHIM BIN MD YASIN

PENYELIA

Bil.

Tarikh

Catatan Perbincangan / Aktiviti Amali

11.01.2014 Menerima soalan tugasan daripada pensyarah.

12.01.2014 Berbincang dengan rakan sekelas untuk


mendapatkan informasi terkini menerusi laman
hingga
sosial Facebook dan Whatapps.
25.02.2014

25.02.2014 Mengumpul bahan-bahan yang berkaitan


dengan tugasan

15.03.2014 Menaip tugasan / mendokumenkan dapatan

20.03.2014 Mengemaskini tugasan dengan mendapatkan


pandangan rakan-rakan sekiranya terdapat
kesalahan atau kekurangan dalam tugasan ini.

10

28.03.2014 Penulisan Refleksi

11

30.03.2014 Semakan terakhir sebelum sebelum dicetak

12

1.04.2014

13

14.04.2014 Serah kepada pensyarah

Cetak dan binding

56

Tandatangan

Você também pode gostar