Você está na página 1de 11

PENGGUNAAN KAEDAH H-SQUARE MEMBANTU MURID

TAHUN 4 DALAM OPERASI BAHAGI NOMBOR


3 DIGIT DENGAN 1 DIGIT
Oleh:
Wan Samirah Bahiah Binti Muhammad , Norlia Binti Abd Aziz
Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail
samirahbahiah@gmail.com , norlia@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Bahagi menggunakan pembahagian panjang melibatkan operasi asas
iaitu tolak dan darab. Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk
membantu murid Tahun 4 menguasai kemahiran bahagi nombor 3 digit
dengan 1 digit menggunakan kaedah H SQUARE dengan lebih mudah.
Peserta kajian terdiri daripada empat murid iaitu dua murid lelaki dan
dua murid perempuan yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik.
Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian Pra dan ujian Pos,
analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Data dianalisis secara
deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
intervensi yang digunakan berjaya membantu semua peserta kajian
memahami dan menyelesaikan soalan berkaitan dengan bahagi 3 digit
dengan 1 digit. Antara kekuatan kaedah H SQUARE ini adalah dapat
memudahkan murid melakukan bahagi tanpa proses pembahagian
panjang secara kaedah tradisional dan membahagi mengikut nilai
tempat.
Kata kunci: Kaedah H SQUARE, bahagi 3 digit dengan 1 digit

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Berdasarkan pengalaman menjalani praktikum yang lepas, pengkaji mendapati murid mempunyai
masalah dalam menguasai kemahiran operasi bahagi secara pembahagian panjang. Masalah yang sama
juga dialami oleh murid tahun 4 Naim di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, Kuala Terengganu ini.
Kelas ini merupakan kelas yang ketiga daripada lima buah kelas di sekolah tersebut dan majoriti tahap
pencapaian murid dalam subjek Matematik adalah sederhana. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah
menjalankan satu tindakan bagi membantu murid menguasai kemahiran bahagi dengan keadah H
SQUARE. Melalui pemerhatian dan analisis dokumen, seperti buku latihan dan lembaran kerja, didapati
beberapa bentuk kesilapan sering dilakukan oleh murid-murid, selain daripada gagal memberi jawapan
betul. Rajah 1 menunjukkan bahawa murid tidak membahagi mengikut susunan nilai tempat. Murid telah
menurunkan digit lima pada nilai sa di sebelah digit enam pada nilai puluh tanpa menyelesaikan terlebih
dahulu nilai tempat puluh.

Rajah 1 : Tidak membahagi mengikut susunan nilai tempat

Rajah 2 : Menukarkan ayat matematik seperti bentuk lazim operasi darab


Berdasarkan rajah 2, kesilapan murid ialah dalam menukarkan ayat matematik kepada bentuk lazim.
Murid telah menulis cara pembahagian panjang seperti bentuk lazim pendaraban dan memberi jawapan
yang salah.

SOROTAN LITERATUR
Dalam kajian Nusrat Fatima Rizvi (2007), beliau menyatakan bahawa bahagi mempunyai dua konsep
iaitu pertama bahagi secara sama rata dan kedua bahagi sebagai penolakan berulang. Menurut (William,
1976), operasi asas bahagi adalah songsangan kepada pendaraban. Ini di sokong oleh kajian yang
dilakukan oleh (John Back, 2007) yang menyatakan bahawa algoritma operasi bahagi perlu diselesaikan
dari kiri ke kanan dan memerlukan proses penurunan.
Terdapat pelbagai kajian yang lepas telah dijalankan berkaitan dengan kaedah sebagai pemudahcara untuk
membahagi. Contoh kajian lepas ialah kaedah PAGAR oleh Muhamad Mustaqim (2012). Kekuatan
kaedah beliau dapat menyelesaikan pembahagian secara satu persatu mengikut susunan nilai tempat.
Kesannya murid tidak akan tertinggal digit semasa membahagi.

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan sama ada kaedah H SQUARE dapat membantu murid
Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang dalam operasi bahagi nombor 3 digit dengan 1 digit
Objektif
Menentukan bagaimana kaedah H SQUARE dapat membantu murid Tahun 4 dalam operasi bahagi
nombor 3 digit dengan 1digit.
Persoalan Kajian
Bagaimanakah kaedah H SQUARE dapat membantu murid Tahun 4 dalam operasi bahagi nombor 3
digit dengan 1 digit?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid tahun 4 SK Teluk Ketapang yang terdiri daripada dua
murid lelaki dan dua murid perempuan. Instrumen yang digunakan bagi menganalisis data ialah
pemerhatian, temubual, analisis dokumen serta ujian pra dan ujian pos. Data dianalisis secara deskriptif
mengikut peserta kajian.
Proses pengumpulan data yang melibatkan pemerhatian dilakukan secara berstruktur iaitu pengkaji
melakukan pemerhatian melalui borang senarai semak iaitu semasa ujian pra, ujian pos dan sepanjang
sesi intervensi yang dilaksanakan. Selain itu juga, pengkaji menggunakan borang senarai semak untuk
melihat tingkah laku peserta kajian sebelum dan selepas sesi intervensi. Pengkaji juga melakukan
pemerhatian semasa mereka menyelesaikan soalan di papan tulis dan pada model yang diberikan semasa
sesi intervensi serta mendekati peserta kajian sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Pengumpulan data yang kedua melalui temubual. Temu bual dijalankan bagi menjawab persoalan kajian
yang dikemukakan iaitu bagaimanakah penggunaan kaedah H SQUARE dapat membantu murid tahun
4 dalam operasi bahagi nombor hingga 3 digit dengan 1 digit. Pengkaji menganalisis temu bual yang
dilaksanakan bersama peserta kajian dalam bentuk analisis secara manual dimana pengkaji mentranskrip
semula sesi temu bual yang dijalankan secara individu selepas menduduki Ujian Pra, sesi intervensi dan
menduduki Ujian Pos bagi semua peserta kajian yang telah dipilih. Transkrip tersebut dianalisis semula
dan dipersembahkan dalam bentuk naratif sewaktu analisis dan interpretasi data. Berdasarkan skrip temu
bual pengkaji bersama peserta kajian, pengkaji akan dapat membuat kesimpulan akan keberkesanan
kaedah yang telah diajarkan kepada mereka. Di samping itu juga, di akhir temu bual peserta kajian turut
akan diminta untuk berkongsi pendapat tentang penggunaan kaedah H SQUARE dalam menyelesaikan
soalan yang diberikan.
Analisis dokumen juga dilakukan bagi mengumpul data yang lengkap. Pengkaji menganalisis
menggunakan pelbagai jenis dokumen seperti lembaran kerja dan gambar sebagai bukti kajian sepanjang
sesi intervensi sehingga tamat proses kajian. Dokumen ini dianalisis sebagai sokongan terhadap dapatan
daripada pemerhatian dan juga temu bual yang
dijalankan bagi memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan. Selain itu, skrip jawapan setiap peserta kajian dianalisis secara individu bagi keduadua Ujian Pra dan Ujian Pos. Pengkaji menganalisis skrip jawapan yang telah disemak dengan mengenal
pasti kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian sebelum sesi intervensi dijalankan kepada mereka.
Setelah peserta kajian menjalani sesi intervensi, pengkaji sekali lagi menganalisis dokumen skrip jawapan

yang telah disemak bagi melihat kesilapan, kaedah yang digunakan dan membandingkan keputusan yang
diperoleh dan perbandingan hasil kerja peserta kajian daripada ujian pra dengan ujian pos yang mereka
lakukan dalam menjawab soalan bahagi nombor 3 digit dengan 1 digit.

SPESIFIKASI TINDAKAN
Kaedah yang diperkenalkan untuk membantu murid bagi membahagi nombor 3 digit dengan 1 digit ialah
kaedah H SQUARE. Berikut merupakan langkah langkah penggunaan kaedah H SQUARE. Contoh
soalan ialah 654 2 =
Langkah 1 : Peserta kajian dikehendaki untuk menulis digit pada setiap petak mengikut nilai tempat
ratus, puluh dan sa. Petak pertama iaitu nilai tempat ratus ditulis dengan nombor 6, petak
kedua iaitu nilai tempat puluh ditulis dengan nombor 5 dan petak ketiga iaitu nilai tempat
sa ditulis dengan nombor 4. Nombor 2 iaitu nombor pembahagi diitulis dalam petak
berbentuk bulat. Nilai digit diisi/ditulis dari atas ke bawah pada petak tersebut.

6
5
2
4

Langkah 2 : Peserta kajian dikehendaki untuk mengira dengan mencari jawapan bagi setiap digit/ nombor
pada petak pertama sehingga ketiga tersebut dengan membahagi dengan nombor 2
berdasarkan sifir 2 yang dibina. Setiap hasil jawapan yang diperoleh akan ditulis pada petak
sebelah kiri. Manakala nombor daripada yang dibahagi akan ditolak dengan nombor yang
sebelumnya pada setiap petak tersebut. Jika nombor yang ditolak mempunyai baki seperti
rajah sebelah, maka peserta kajian perlu menyalin semula baki tersebut dan menulis pada
bahagian kiri bersebelahan dengan digit 5 pada petak kedua nilai tempat puluh.

66=0

05
2
4

Langkah 3 : Langkah yang sama diulang bagi petak kedua nilai tempat puluh dan petak ketiga nilai
tempat sa.
3
66=0
2

05 4 = 1

14 14 = 0

Langkah 4 : Setelah selesai setiap digit dalam petak nilai tempat dibahagikan, peserta kajian perlu menulis
dan membaca daripada atas ke bawah. Contoh cara menulis jawapan bagi soalan di
atas ialah 327. Langkah yang sama ini juga digunakan untuk membahagi nombor 3 digit
dengan 1 digit dengan baki.
3

66=0

05 4 = 1

14 14 = 0

Sebanyak tiga sesi intervensi telah dijalankan kepada peserta kajian. Sesi intervensi satu ialah peserta
kajian dapat membahagi nombor 3 digit dengan 1 digit tanpa baki menggunakan kaedah H SQUARE.
Untuk sesi intervensi dua ialah peserta kajian dapat membahagi nombor 3 digit dengan 1 digit dengan
baki menggunakan kaedah H SQUARE hasil pembelajaran pada sesi tiga ialah murid dapat melakar
gambar rajah kaedah H SQUARE pada lembaran kerja yang diberi dan dapat menjawab enam soalan
pada lembaran kerja tersebut dengan betul.

DAPATAN KAJIAN
Nazril merupakan seorang murid yang pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan- rakan yang lain semasa
di dalam kelas. Dia lebih banyak duduk di tempatnya dan melakukan hal sendiri. Semasa pengajaran dan
pembelajaran, di dapati bahawa dia tidak memberi focus terhadap apa yang diajar di hadapan dan apabila
guru bertanya, dia hanya membisu dan tidak menunjukkan reaksi. Semasa latihan diberikan, dia tidak
agak lambat dalam menyiapkan latihan tersebut. Dia juga tidak pernah menghantar buku latihannya
untuk disemak oleh pengkaji. Nazril menduduki Ujian Pra untuk mengenal pasti kelemahan dan
kesilapan dalam kemahiran bahagi nombor tiga digit dengan satu digit. Hasil daripada jawapan yang telah
disemak oleh pengkaji, terdapat dua kesilapan yang dikenal pasti iaitu kesilapan dalam susunan digit
dan nilai tempat bagi pembahagian panjang serta kesilapan dalam algoritma bahagi. Berikut merupakan
contoh kesilapan yang telah dilakukan oleh Nazril.

Rajah 3 : Kesilapan dalam susunan nilai nombor


Berdasarkan rajah 3, Nazril melakukan kesilapan dalam prosedur bahagi. Dia dapat menukarkan soalan
dalam ayat matematik kepada bentuk lazim bahagi tetapi dia membahagi dengan memberi jawapan bukan
pada nilai tempat yang sepatutnya contohnya apabila 5 di bahagi 2 jawapan adalah 0 tetapi dia tertinggal
proses itu dan terus menolak dengan nombor 4 dan kemudian dia menurunkan nombor 4 menjadikan 14
dan seterusnya membahagi dengan 2. Ini menunjukkan bahawa Nazril tidak memahami prosedur bahagi
mengikut nilai tempat dengan baik

Rajah 4 : kesilapan dalam algoritma bahagi


Rajah 4 menunjukkan Nazril telah melakukan kesilapan semasa proses pembahagian panjang. Kesilapan
pada soalan ini ialah Nazril juga tidak membahagi mengikut urutan digit nombor yang perlu dibahagi satu
persatu mengikut nilai tempat yang bermula dari nilai tempat ratus dan berakhir dengan nilai tempat sa.
Dia juga tidak memberi jawapan yang betul. Ini terbukti apabila pengkaji menebual Nazril dan dia
mengatakan bahawa bahagi ini satu tajuk yang sukar baginya dan tidak memahami dengan baik proses
pembahagian panjang ini.

Selepas ujian pra ini, pengkaji telah menjalankan tiga sesi intervensi dengan memperkenalkan kaedah
baru iaitu H - SQUARE bagi membantu Nazril dalam membahagi dengan lebih mudah mengikut susunan
nilai digit supaya tiada digit yang tertinggal semasa membahagi. Justeru, pengkaji telah menggunakan
model pada permulaan intervensi sebagai pemudahcara kepada Nazril untuk membahagi dengan keadah
H SQUARE.
Hasil pembelajaran pada sesi satu ialah peserta kajian dapat melakukan operasi bahagi tanpa baki dengan
kaedah H SQUARE. Pada permulaan sesi, pengkaji memperkenalkan terlebih dahulu bagaimana kaedah
H SQUARE ini digunakan dengan memberi beberapa contoh soalan di papan tulis. Kemudian, Nazril
diminta untuk menjawab lima soalan pada lembaran kerja yang disediakan dengan kaedah H SQUARE
pada model sebagai permulaan untuk dia memahami kaedah ini dengan jelas. Sepanjang sesi dijalankan,
Nazril memberi tumpuan terhadap apa yang disampaikan oleh pengkaji. Hasil daripada lembaran kerja
yang telah dilakukan, pengkaji mendapati Nazril berjaya menjawab soalan tersebut dengan kaedah H
SQUARE. Rajah 5 menunjukkan Nazril dapat melakukan proses bahagi dengan kaedah H SQUARE di
atas model. Nazril juga dapat menyusun dan membahagi digit mengikut nilai tempat yang betul.

Rajah 5 : Contoh soalan yang diselesaikan oleh Nazril pada sesi 1


Selepas sesi ini selesai, pengkaji menebual Nazril bagi mengetahui kefahamannya terhadap apa yang telah
dipelajari ini dengan kaedah baru yang diperkenalkan. Apabila ditanya adakah kaedah ini mudah bagi
dirinya dan jawapan yang diberikan ialah kaedah ini senang dan mudah untuk lihat kerana dia dapat
menyusun nombor mengikut petak dan dia tidak akan tertinggal nombor sesana melakukan proses
membahagi.
Bagi sesi intervensi dua, hasil pembelajaran ialah peserta kajian dapat bahagi dengan baki dengan kaedah
H SQUARE. Pada sesi kali ini, Nazril kelihatan lebih bersemangat dan ceria untuk memeruskan
pembelajaran. Sikapnya juga menjadi berubah daripada dalam kelas sebelum ini. Dia lebih banyak
bercakap dan suka mengusik rakan rakan yang lain sehingga ditegur oleh pengkaji untuk memberi
tumpuan sebelum pengkaji memulakan pengajaran. Pengkaji menerangkan bagaimana untuk mengenal
pasti baki dengan menggunakan kaedah H SQUARE ini. Sepanjang sesi dia dapat memberi tumpuan
dan melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berani untuk ke hadapan apabila
dipanggil untuk menyelesaikan soalan di papan tulis. Seterusnya, lembaran kerja diberikan dan Nazril
diminta untuk menyelesaikan soalan Nazril berjaya menyiapkan soalan yang diberi dengan betul
walaupun masa yang diambil agak lama. Rajah 6 menunjukkan salah satu contoh hasil kerja Nazril pada
sesi kali ini.

Rajah 6 : Contoh hasil kerja Nazril

Selepas sesi, pengkaji menyoal Nazril bagaimana dia mengenal pasti digit mana yang akan ditulis sebagai
baki untuk soalan yang diberikan dan jawapan yang diberikan ialah dia dapat menyatakan dengan betul
iaitu dia telah melihat pada baki hasil daripada penolakan dua nombor pada setiap petak ketiga iaitu nilai
tempat sa.
Sesi intervensi tiga, hasil pembelajaran ialah melakar gambar rajah kaedah H SQUARE pada lembaran
kerja yang diberikan dengan menjawab soalan dengan betul. Hasil semakan yang telah dilakukan oleh
pengkaji, Nazril telah berjaya menjawab empat soalan dengan betul daripada enam soalan. Kesilapan
yang telah dilakukan oleh Nazril disebabkan oleh kecuaiannya semasa menolak dua nombor tetapi
penguasaan terhadap kemahiran bahagi dengan kaedah baru telah memberi kesan positif kepada Nazril
semasa menjawab soalan ini kerana dia dapat menjawab soalan bahagi yang diberi. Rajah 7 menunjukkan
salah satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Nazril semasa sesi intervensi tiga.

Rajah 7 : Kecuaian semasa penolakan dua nombor


Selepas ketiga tiga sesi ini selesai, ujian pos telah diduduki oleh Nazril bagi melihat kefahaman dan
tahap pencapaian Nazril selepas menjalani sesi intervensi. Hasil semakan oleh pengkaji daripada jawapan
yang diberikan mendapati bahawa Nazril telah dapat menjawab kesemua lapan soalan subjektif yang
berkaitan topik bahagi dengan betul. Daripada pemerhatian pengkaji, Nazril dapat membuat lakaran
dengan baik walaupun tidak kemas dan comot. Namun, Nazril dapat memahami kemahiran membahagi
dengan menggunakan kaedah H SQUARE ini. Dia dapat menyusun digit mengikut susunan nilai tempat
dan membahagi setiap digit digit tersebut langkah demi langkah tanpa melakukan kesilapan. Jadual 1
menunjukkan salah salah satu contoh perbandingan hasil penyelesaian Nazril bagi ujian pra dengan ujian
pos.

Jadual 1 : Perbandingan Hasil Kerja Nazril Bagi Ujian Pra Dengan Ujian Pos

Ujian Pra

Ujian Pos

Selepas ujian pos dilaksanakan pengkaji sekali lagi menemubual Nazril dan bertanya adakah kaedah H
SQUARE ini berjaya menarik minat dia untuk belajar topik bahagi dan dapat memudahkan dia atau tidak
untuk melakukan proses membahagi. Jawapan yang telah diberikan oleh Nazril ialah dia mengatakan
bahawa kaedah ini sangat mudah dan dia menyukainya. Dia juga mengatakan bahawa ingin menggunakan
kaedah ini semasa peperiksaan kelak.
Hasil kajian tindakan ini mendapati bahawa pencapaian kesemua peserta kajian meningkat dalam topik
bahagi ini. Peserta kajian dapat memahami dan menguasai kaedah baru yang telah diperkenalkan oleh
pengkaji iaitu kaedah H SQUARE. Dari segi tingkah laku, didapati bahawa sikap Nazril telah berubah
ke arah yang lebih baik. Antaranya daripada seorang murid yang tidak fokus, tidak rajin dan pendiam
kepada sikap yang lebih positif. Penguasaan kemahiran boleh ditingkatkan lagi dengan melakukan lebih
banyak latihan dan membuat penambahbaikan dari segi pendekatan oleh pengkaji.

KESIMPULAN
Sesi intervensi yang dijalankan memberikan banyak faedah dan kelebihan kepada peserta kajian dan
pengkaji. Antaranya ialah dengan sesi ini pengkaji dapat mendekatkan diri dan mengenali peserta kajian
yang selama ini kurang diberi perhatian semasa di dalam kelas disebabkan oleh bilangan murid di dalam
kelas. Pengkaji juga dapat membimbing dan membantu peserta kajian seorang demi seorang. Dengan ini
perhatian dapat diberikan secara sama rata. Sesi intervensi ini juga membantu peserta kajian memahami
topik bahagi dengan lebih mudah kerana setiap sesi diajar dengan terperici oleh pengkaji. Di dapati
daripada sesi ini murid lebih aktif dan tidak segan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap ini
berbeza semasa mereka di dalam kelas. Mereka juga dapat memberi tumpuan yang lebih kerana tiada
gangguan daripada rakan rakan yang lain. Sesi intervensi ini juga dapat membantu meningkatkan
penguasaan kemahiran peserta kajian dalam membahagi dengan kaedah baru.

Kaedah H SQUARE yang diperkenalkan sebagai pemudahcara dan alternatif lain bagi membantu
peserta kajian membahagi selain daripada menggunakan kaedah tradisional pembahagian panjang.
Dengan kaedah H SQUARE ini, dapat meningkatkan kemahiran peserta kajian membahagi mengikut
susunan nilai tempat tanpa tertinggal digit yang akan dibahagi. Peserta kajian juga dapat melakukan
proses membahagi dengan lebih mudah. Dengan kajian tindakan yang telah dijalankan ini dapat memberi
panduan kepada pengkaji sebagai seorang guru kelak untuk mengajar di sekolah dengan pelbagai kaedah
yang telah diperkenalkan oleh pengkaji pengkaji lain. Selain itu, penguasaan kemahiran dan ilmu
pengetahuan terhadap sesuatu konsep dan kaedah juga bertambah dan digunakan untuk penambahbaikan
bagi kajian selanjutnya.
Kekuatan bagi kaedah H SQUARE ini ialah dapat menarik minat peserta kajian untuk mengikuti sesi
intervensi kerana menggunakan model yang besar dan berwarna. Di samping itu, memudahkan peserta
kajian membahagi tanpa melakukan proses pembahagian panjang secara penurunan. Namun, kaedah H
SQUARE tidak sesuai untuk bahagi dengan pembahagi 2 digit. Cadangan untuk penambahbaikan kepada
kaedah ini bagi tindakan lanjutan ialah diaplikasi dalam penggunaan ICT dengan menyediakan secara
beranimasi supaya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

RUJUKAN
Azizi Hj. Yahaya & Elanggovan A/L M. Savarimuthu (2011). Kepentingan Kefahaman
Konsep Dalam Matematik. Diakses daripada http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf pada
11 Februari 2014.
Gardella, F.J. (2009). Introducing Difficult Mathematics Topics in the Elementary
Classroom: A Teachers Guide to Initial Lessons. New York: Routledge.
Haylock, D. (2006). Mathematics Explained for Primary Teachers (3rd ed.) . London:
SAGE Publications Ltd.
Joanne Mulligan (1992). Children solutions to multiplication and division word
problem: A longitunal study. Mathematics Education Research Journal,
Vol.4, No.1, 32-37.
John Back. (2007). Difficulties with Division. Diakses daripada http://nrich.maths.org/5450
Pada 11 Ferbruari 2014.
Leonard M. S., Yong Karen, L. Biratman (1996). Guru Yang Kreatif: Isu-Isu
Teoririka Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.
Lisah Binti Chong Vui Fa (2011). Penggunaan Combo Set Dalam Membantu
Murid
Tahun
Tiga
Menjawab
Soalan
Long
Division.
Diakses
daripada
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/BukuKoleksi/Buku%20Koleksi%20PT%20MT%2020
11.pdf .Pada 11 Februari 2014
Mohd Fadzimee Bin Mohd Fatihi.(2011). Pembelajaran Konsep Bahagi Sebagai
Penolakan Berulang Dalam Kaedah 1,2,4,8 Bahagi Membantu Murid Menjawab Soalan
Bahagi. Projek Tahun Akhir Ijazah. Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Muhammad Aliff Bin Abdul Rahman. (2013). Penggunaan Sifir Tulang Ikan Dan
Peta Alir I Think Dalam Meningkatkan Kemahiran Murid Menyelesaikan Masalah Bahagi
Dengan Pembahagi Dua Digit. Projek Tahun Akhir Ijazah. Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Mok Soon Sang, s. f. (1986). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik untuk Peringkat
Sekolah Rendah. Petaling Jaya : Longman Malaysia sdn. bhd.
Nusrat Fatima Rizvi, Micheal J. Lawson (2007). Prospective teachers knowlegde:
Concept of division. International Education Journal, 8(2), 377-392.
Safuan, Nellie dan Oon (2000). Satu Tinjauan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian
Masalah Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah.. Maktab Perguruan Teknik Kuala
Lumpur: Unit Penyelidikan dan Pembangunan.
Sgroi, R.J & Sgroi L.S. (1993). Mathematics for Elementary School Teachers: ProblemSolving Investigations. Massachusetts: PWS-KENT Publishing Company.
Williams, E. M. & Shuard, H. (1976). Primary Mathematics Today. London: Longman
Group Limited.

Você também pode gostar