Você está na página 1de 4

Amalan Agama Yang Dianuti Dalam Rutin Harian Individu

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai jenis kaum, agama,
budaya, etnik dan lain- lain lagi. Masyarakat Malaysia terdiri daripada agama Islam, agama
Hindu, agama Buddha, agama Kristian dan agama Sikh. Setiap masyarakat dalam agama
tersebut mempunyai amalan masing- masing yang berbeza- beza. Penghuni agama masingmasing diwajibkan untuk mematuhi dan menghayati amalan yang terdapat dalam agama
masing- masing untuk hidup dengan sejahtera. Saya menganuti agama Hindu dan mematuhi
atau mengamalkan amalan- amalan yang terdapat dalam agama saya. Agama hindu
merupakan agama yang tertua di dunia ini dan tidak dapat mengenal pasti pengasaspengasasnya atau dimana wujudnya agama tersebut atau Bandar suci yang utama masih lagi
menjadi tanda soal. Agama Hindu mempunyai pelbagai jenis amalan yang mesti dipatuhi atau
dihayati oleh setiap masyarakat Hindu pada setiap hari.
Kerja- kerja rutin harian yang dilakukan oleh seseorang penganut agama mempunyai kaitan
dengan amalan agama Hindu. Bukan semua yang mengetahui perkara tersebut dan ada yang
melakukan perkara- perkara tersebut tanpa mengetahui maksud tersiratnya. Seorang penganut
agama Hindu perlulah bangun awal pagi untuk memulakan kerja- kerja rutin harian mereka.
dalam agama Hindu dikatakan bahawa bangun awal pagi iaitu dari pukul 4 pagi hingga 6 pagi
adalah amat baik kepada seseorang manusia. Hal ini kerana, waktu tersebut dikatakan sebagai
Brahma Mogoortham. Waktu ini merupakan waktu yang sangat istimewa dan khas bagi dewadewa di atas dan kalau seseorang bangun dalam lingkungan waktu dan memulakan kerja- kerja
hariannya, dia akan di restui oleh dewa- dewa diatas dan kerja harian mereka akan menjadi
lebih mudah dan mereka dapat melakukan kerja mereka dengan tenang tanpa apa- apa
gangguan ataupun kesuakaran.
Waktu pagi penganut Hindu boleh mandi menggunakan minyak, yang dikataka sebagai
mandi minyak. Amalan mandi minyak telah lama diamalkan oleh penganut Hindu dan mereka
akan melakukannya setiap hari. Tetapi pada zaman yang moden ini, ada yang telah lupa
tentang perkara ini dan hanya menggunakan sabun yang mengandungi bahan- bahan kimia.
Mandi minyak sangat berfaedah kepada seseorang individu. Hal ini kerana, mandi minyak
dapat melegakkan minda dan dapat mengurangkan kepanasan badan. Ini telah dibuktikan
melalui kajian saintifik. Ini dapat dibuktikan melalui kedai- kedai spa yang mengurut badan
menggunakan minyak. Minyak juga dapat melicinkan permukaan kulit seseorang dan dapat
mengelakkan diri daripada penyakit yang berkaitan kepanasan badan juga masalah kulit. Selain

itu, di negara Malaysia yang bercuaca panas terik, mandi minyak merupakan teknik yang baik
bagi seseorang individu untuk mengelakkan diri daripada pelbagai jenis penyakit.
Bagi seseorang perempuan Hindu adalah penting bagi menyikat rambutnya dan membuat
tocang ataupun

mengikatnya dengan kemas, terutama bagi perempuan yang berambut

panjang. Perempuan yang beragama Hindu dilarang sama sekali untuk melepaskan rambut
mereka begitu. Hal ini kerana, ia merupakan satu perkara yang dipantang dan perbuatan
sebegitu tidak baik bagi keluarga perempuan tersebut. Selain itu, perempuan yang menganuti
agama Hindu perlulah meletakkan Potthu pada dahinya. Potthu merupakan suatu benda yang
berebntuk bulat yang diletakkan pada dahi, iaitu antara kening. Potthu mempunyai pelbagai
fungsi seperti fungsi sosial dan agama. Pemodenan nampaknya turut memberi kesan keatas
amalan meletakkan potthu.Terdapat juga anak moden yang keluar dari rumah tanpa meletakkan
Potthu. Bagi kaum lelaki meletakkan Potthu tidak menjadi amalan. Justeru amalan meletakkan
Potthu dianggap sebagai warisan bagi kaum wanita. Potthu diletakkan supaya seseorang tidak
menjadi mangsa tuju (ilmu sihir). Ini kerana urat- urat tertentu berpusat di tempat itu dan
menurut pandangan ini, Potthu dapat menutup pusat itu dan akan menggagalkan usaha
pemukau. Potthu hitam diletakkan oleh perempuan yang belum berkahwin dan potthu berwarna
merah dilletakkan oleh wanita yang sudah kahwin. Perempuan yang sudah menjadi balu, iaitu
yang kehilangan suaminya perlulah meletakkan Potthu yang berwarna hitam.
Seterusnya, sembahyang merupakan sesuatu perkara yang amat penting dalam amalan
agama Hindu. Penganut Hindu bersembahyang selama tiga kali dalam sehari iaitu, awal pagi,
tengah hari dan juga waktu malam. Sembahyang pada waktu awal pagi amat baik kepada
seseorang individu. Biasanya, hari Jumaat merupakan hari yang paling khas untuk
bersembahyang. Sebagai persediaanya, perlulah mengemaskan bilik sembahyang, alat- alat
yang digunakan untuk sembahyang sehari sebelum hari tersebut. Bagi aktiviti sembahyang,
adalah lebih baik untuk menyembah dengan meletakkan bunga yang berwarna- warni yang
berbau harum pada gambar- gambar dewa. Ini dapat mewujudkan situasi yang lebih indah
semasa menyembah Tuhan. Semasa bersembahyang boleh mengatakan kata- kata suci
ataupun yang dikatakan sebagai Mantram. Hal ini kerana, kata- kata suci tersebut mempunyai
kuasa tertentu dan dapat memberi manfaat kepada inidividu yang bersembahyang. Contoh
Mantram yang baik untuk diri sendiri adalah,
Trayambagam yajaa mahe shuganthim pushdi varthanam
Urvaarur kameeva panthanaath miruthyo mukshiya maamuritat

Ini merupakan kata- kata suci yang dibacakan kepada dewa Siva. Setiap kata suci yang dibaca
mempunyai maksudnya yang tersendiri. Individu juga boleh meletakkan makanan yang manis
seperti Pongal dan juga buah- buahan sewaktu bersembahyang. Selepas bersembahyang
seseorang individu tersebut perlulah meletakkan debu suci iaitu Thiruneeru pada dahinya
sebagai tanda individu tersebut bersembahyang. Selain itu, selepas sembahyang individu
tersebut boleh sujud di bawah gambar- ganbar dewa tersebut, sebagai tanda mendapatkan
mendapat restu daripada Tuhan selepas menyembahNya. Individu juga boleh menyanyikan
lagu suci bagi Tuhan iaitu Thevaram , Thirumurai, dan juga Bajanai sebagai cara untuk
menggembirakan Tuhan dan kuasanya melalui lagu tersebut. Thevaram dan juga Thirumurai
mempunyai kuasa tertentu dan adalah baik untuk menyanyikan lagu- lagu tersebut pada setiap
hari supaya semua benda hidup dan persekitarannya aman dan tenang.
Makan merupakan rutin harian yang dilakukan oleh setiap indvidu. Menurut agama Hindu
terdapat

beberapa amalan yang perlu diikuti sewaktu makan. Sewaktu makan seseorang

individu perlulah duduk bersila sebagai tanda hormat orang yang makan bersamanya dan
perbuatan ini merupakan perbuatan yang sopan. Sebelum mula untuk makan penganut agama
Hindu mempunyai amalanya untuk menyanyi satu lagu suci. Lagunya adalah:

Thirisitrambalam
Annam paalikkum thillai chitrambalam
Ponnam paalikum melumippumisai
En ambu aalikkumaaru kandinpura
Innam paalikkumo ippiraviye

Lagu ini dinyanyikan sebagai tanda untuk menghormati makanan yang akan dimakan. Tiada
semua yang biasa nyanyi lagu ini, tetapi adalah baik untuk nyanyi lagu ini sebagai tanda hormat
kepada makanan yang kita makan.
Selain itu, sewaktu makan individu boleh menggunakan daun pisang untuk menghidangkan
makanannya. Makan menggunkaan daun pisang merupakan amalan agama Hindu yang diikuti
dari lama lagi. Dengan makan menggunakan daun pisang, makanan tersebut akan menjadi
lebih enak untuk dimakan. Kini, amalan ini bukan saja diamalkan oleh penganut agama Hindu
tetapi juga oleh penganut agama yang lain. Seterusnya, sebelum pergi untuk tidur individu
perlulah mencuci kaki dan tangannya terutamanya kalau individu tersebut balik dari manamana tempat. Hal ini untuk menjaga kebersihan diri sebelum ke bilik tidur. Sebelum, tidur
perlulah mengingati dan berteima kasih kepada beliau untuk menjaganya dengan baik tanpa
ada apa- apa masalah dan juga sihat. Dengan ini, individu tersebut dapat membina diri dan jiwa
yang bermoral dan juga mulia.
Kesimpulannya, setiap amalan harian yang dilakukan oleh penganut agama Hindu
mempunyai kaitan dengan agamanya. Justeru, setiap penganut agama Hindu perlulah
mengetahuinya. Hal ini kerana, melakukan sesuatu dengan mengetahui maksudnya adalah
lebih efektif daripada tidak memahami maksudnya dan hanya melakukan dengan sia- sia
ataupun diatas dasar tanggungjawab.

Você também pode gostar