Você está na página 1de 9

ATUR CARA PENTADBIRAN MAJLIS PELANCARAN EKSPEDISI G7

SMK SUBANG BESTARI


SEKUE
N
1

TEKS JURUACARA

PERKARA

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tuan


Zainureen Bin Mohd Nor
Pengarah Pelajaran Selangor dengan diiringi
Yang Berbahagia, Dato Haji Khalid Bin Yunus, Presiden
Persatuan Kembara Negara dan Yang Berusaha Pn.
Rosliyah Bt. Samiun, Pengetua SMK Subang Bestari

Ketibaan Perasmi

Tuan-tuan dan puan-puan dipinta berdiri.


(Marilah sama-sama kita nyanyikan Lagu Negaraku)
Hadirin dipersilakan duduk

Tetamu terus berdiri


Nyanyian Lagu Negaraku

Usai Nyanyian

2
Kata Alu-aluan Pengerusi
Majlis

Lebah bukan sebarang lebah,


Bersarang lebah di pohon tualang.
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah mengucap selamat datang.
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia
1

Yang Berbahagia, Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Ngit, Ketua Sektor
Pengurusan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mewakili Yang
Berbahagia, Tuan Zainuren Bin Mohd Nor, Pengarah Pendidikan Negeri
Selangor.
Yang Berbahagia, Dato Haji Khalid Bin Yunus, Presiden Persatuan Kembara
Negara
Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Selangor.
Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.
Yang Berusaha, Pn. Rosliyah Bt. Samiun, Pengetua SMK Subang Bestari
merangkap Pengerusi Pelaksana Majlis Pelancaran Ekspedisi G7
(Pengetua-pengetua dan guru-guru besar)
Yang Berusaha,
Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan
En. Noraizam Bin Sulaiman, Ketua Ekspedisi G7
AJK Pelaksana Majlis Pelancaran Ekspedisi G7
Yang Dihormati,
Pendaki Everest
Yang Dihormati,
Dari Astro Awani
Para Penaja Ekspedisi G7
Dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan seluruh warga pendidik dan para
pelajar yang dihormati sekalian.
Selamat datang ke Majlis Pelancaran Ekspedisi G7 di Dewan SMK Subang
Bestari
2

Usman Awang berbicara beratus purnama yang lalu


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Antara semua itu, guru adalah insan yang menyulam
Dan menjahit medula oblongata canteriknya.
Syukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
berkumpul pada hari yang bersejarah dan bermakna ini bagi menjayakan
Majlis Pelancaran Ekspedisi G7 yang bakal mencatat rekod dalam sejarah
Malaysia sebagai sekolah pertama di Malaysia berjaya menawan tujuh puncak
tertinggi di Malaysia dalam tempoh empat bulan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Guru itu juru pasak kukuh pada kisi-kisi setiap jiwa
Umpama laskar-laskar terpilih
Kita mungkin dilihat dan dirasa umpama picisan
Namun amanah itu sungguh nyata, jika kita
Tersungkur, seluruh gunung harapan akan membobrokkan generasi.

Persembahan Dikir Barat


3

Burung bangau terbang tinggi


Turun di muara mencari lokan
Lemah gemalai dikir ditari
Budaya pusaka kami persembahkan
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sebagai pembuka tirai majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan dikir barat yang akan dipersembahkan oleh para pelajar
tingkatan 4 SMK Subang Bestari. Dipersilakan.
..
Kumpulan Dikir Barat yang membuat persembahan sebentar tadi merupakan
Johan Pertandingan Dikir Barat Pendidikan Sivik tahun 2014. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Bacaan doa

Hadirin hadirat sekalian,


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Hazlan bin Omar untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Kalau dilipat sebesar kuku, kalau dibentang seluas alam


Yang jauh diimbau, yang dekat digamit, seuntai salam, sejambak kata,
Degup bicara, merisik rasa

Ucapan Pengetua

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha,


Pn. Rosliyah Bt. Samiun, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan
.
Emas tempawan buatmu puteri, busana indah buat rupawan
Selesailah puan tampilkan diri, bersama madah kata aluan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Pn. Rosliyah
Bt. Samiun atas ucapan alu-aluan sebentar tadi
Aur dan tebing berpaut tak putus, kasih seerat utuh bicara,
Mengatur bicara, ucapan diutus, seteguh amanat menjadi satu.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahagia, Dato, Haji
Khalid bin Yunus, Presiden Persatuan Kembara Negara untuk tampil ke pentas
bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
.
Lebah tualang bisanya menyegat
bersarang di pohon tinggi mengawan,
Ucapan diberi penuh semangat
Dato Haji Khalid segak menawan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Dato
5

Ucapan Dato Khalid

menyampaikan ucapan dan amanat. Terima kasih.


Jangan tertawan alpa duniawi, hanya indah serupa mimpi
Duhai pahlawan kesatria pertiwi, hulurkan madah kata perasmi

Ucapan Perasmian

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia,


Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Ngit, Ketua Sektor Pengurusan
Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mewakili Yang Berbahagia,
Tuan Zainuren Bin Mohd Nor, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis.
.
Duduk bersimpuh menganyam rotan, dibuat bakul mengisi durian
Ribuan terima kasih kami ucapkan, atas ingatan dan juga panduan

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis diteruskan lagi. Kali ini kita akan
menyaksikan tayangan video Merdeka di Everest. Untuk itu, marilah samasama kita tumpukan pandangan dan mata kita di kiri kanan dewan untuk
menyaksikan tayangan video berkenaan.

Demikianlah sebentar tadi kita telah usai menyaksikan tayangan video


Merdeka di Everest puncak tertinggi di Malaysia. Untuk pengetahuan, hadirin
hadirat sekalian, ketika ini bersama-sama kita ialah pendaki Everest
Yang turut sama menjayakan Majlis pada hari ini. Semoga kehadiran mereka
akan memberi semangat kepada peserta Ekspidisi G7 SMK Subang Bestari.
6

Tayangan Video

Demikianlah kita telah menyaksikan persembahan HAKKA penuh semangat


daripada para pelajar yang akan menyertai ekspedisi. Untuk itu juga majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan

Persembahan HAKKA

Untuk sama-sama tampil ke pentas bagi sesi bergambar


Hadirin dan Hadirat sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan
menyampaikan kepada para peserta ekspedisi.

Penyampaian Goodie Bag

Majlis juga mempersilakan para penaja yang turut sama menyumbang sama
ada dalam bentuk wang atau barangan bagi menjayakan ekspedisi ini.

Penyampaian Penaja

Dipersilakan
Penyampaian Bendera
Sekolah/ Banner G7/ Tag G7
Kepada En. Noraizam
Sulaiman
Majlis menandatangani
banner ekspedisi G&

Adat Melayu Budaya Dijulang, tetamu bertandang diberikan bingkisan


sebelum pulang ditinggalkan balasan, untuk mengeratkan hubungan
persaudaraan
7

Penyampaian cenderamata
Dato Haji Khalid Bin Yunus

Dato Haji Khalid Bin Yunus


Yang Berbahagia, Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Ngit, Ketua Sektor
Pengurusan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mewakili Yang
Berbahagia, Tuan Zainuren Bin Mohd Nor, Pengarah Pendidikan Negeri
Selangor
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ..
Atas kesudian menyempurnakan majlis pada hari ini
Orang ke laut menjala udang, petang hari pasang pelita, yang dipesan
sudahpun datang, yang ditunggu sudahpun tiba, yang jauh kami undang
dengan surat, yang dekat diundang dengan tepak, yang besar disebut
gelarannya, yang kecil disebut namanya, yang pandai dimuliakan
bijaksananya, yang tua dimuliakan pengalamannya, yang duduk sudah
bertemu lutut, yang berdiri sudah bertemu bahu.
Diiringi doa dan harapan moga-moga Ekspedisi G7 berjaya dilaksanakan
dengan selamat dan kepada semua yang hadir, kehadiran anda pasti membakar
semangat, kepada para penaja, sumbangan anda sangat bermakna. Terima
kasih kepada semua kerana menjayakan Majlis Pelancaran Ekspedisi G7.
Makan sireh mengenyang tidak, makan beradat pusaka bangsa
Makan sireh berpinang tidak, makan sekadar budi bahasa.
Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia,
Diiringi yang Berbahagia serta tetamu-tetamu jemputan untuk sama-sama
menikmati jamuan yang disediakan.

Penyampaian cenderamata
Pengarah

Penutup

Jemput Jamuan

Sekian. Assalamualaikum wbh

TEKS JURUACARA
MAJLIS PELANCARAN EKSPEDISI G7
14 FEBRUARI 2015

Você também pode gostar