Você está na página 1de 3

Pengertian sekularisme

Istilah sekularisme mula diperkenalkan oleh seorang penulis bernama


George Holyoake pada tahun 1846 di United Kingdom.[1] Dalam mencari definisi
yang tepat tentang makna sebenar sekularisme, saya telah memilih untuk
melihat pengertian yang diberikan oleh Barat sendiri tentang makna
sekularisme. Untuk itu, saya telah merujuk kepada kamus World English
Dictionary. Kamus tersebut telah mendefinisikan sekularisme kepada beberapa
pengertian, iaitu[2]

1.Satu falsafah yang menolak semua agama dalam masyarakat.


2.Satu pemikiran (sikap) yang berpegang bahawa agama tiada tempat dalam
kehidupan bermasyarakat.
3.Satu keadaan untuk menjadi sekular.
4.Sistem politik atau falsafah sosial yang menolak semua bentuk kepercayaan
dan agama.
5.Berpendapat bahawa pendidikan awam dan perkara dasar lain mesti dijalankan
tanpa pengenalan kepada elemen atau unsur keagamaan.

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pengertian di atas maka dapat


disimpulkan bahawa Barat mendefinisikan sekularisme adalah satu pemisahan
antara unsur-unsur agama dengan kehidupan, sama ada daripada segi
masyarakat, politik, pendidikan dan lain-lain.

Menurut Syed Muhammad Naquid al attas[3], perkataan sekular berasal daripada


bahasa Latin, saeculum yang memberi makna (merujuk) kepada masa dan
tempat. Masa merujuk kepada masa (kehidupan) sekarang, manakala tempat
merujuk kepada dunia atau duniawi (kehidupan nyata).[4]

Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang[5] menyebut
tentang sekularisme, bahawa terjemahannya dalam bahasa Arab ialah al
ilmaniyyah. Orang Arab yang beragama Kristian cuba mengelirukan umat Islam

dengan mendakwa kononnya ia daripada perkataan ilmu. Terjemahan yang


sebenar al ilmaniyyah ialah duniawi. Alasannya, ajaran ini didakwa
bersumberkan ilmu dunia yang memberi kemajuan kepada manusia.[6]

Syeikh Dr. Safar bin Abdurrahman al Hawali[7] pula mengatakan bahawa lafaz
ilmaniyyah merupakan terjemahan daripada kalimah secularism di dalam
bahasa Inggeris atau secularite di dalam bahasa Parsi. Dan kalimah ini tiada
hubungannya dengan lafaz dan pecahan perkataan ilm secara mutlak. Lafaz
ilm di dalam bahasa Inggeris dan Parsi pula bermakna science dan mazhab alilmi menamakannya (menggelarkan) scientism sebagai nisbah kepada ilm
iaitu scientific atau scientifique dalam bahasa Parsi. Dan terjemahannya yang
sahih di dalam perkataan ialah al ladiniyyah atau adduniawiyah.[8]

Dr. Ugi Suharto[9] mengatakan di dalam penulisan beliau bahawa apabila istilah
sekularisme di terjemahkan ke dalam bahasa Arab, telah mendapat perhatian
yang khusus daripada dua orang tokoh di dalam Islam iaitu Prof. Dr. Syed
Muhammad Naquib al Attas dan Prof. Dr. Yusuf al Qaradawi. Di kalangan orang
Arab sendiri ada yang menterjemahkan sekularisme sebagai 'ilmaniyyah, iaitu
dari akar kata al-'ilm (ilmu) yang mendapat akhiran 'alif' dan 'nun' serta ya
yang menunjukkan sifat kepada ilmu, seperti pada perkataan ruh yang menjadi
ruhaniyyah atau rabb yang menjadi rabbaniyyah, maka 'ilm menjadi 'ilmaniyyah.
Sebagian yang lain menterjemahkannya sebagai 'almaniyyah yang berasal dari
kata al-'alam (dunia), meskipun daripada akar kata ini lebih tepat menjadi kata
'alamaniyyah, namun yang umum digunakan ialah istilah 'almaniyyah. Al
Qaradawi lebih cenderung kepada 'ilmaniyyah, sedangkan al Attas lebih kepada
'almaniyyah. Perbezaan ini menunjukkan bahawa istilah sekularisme yang cuba
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab memang tiada pegangannya di dalam
Islam.[10]

Prof. Dr. Yusuf al Qaradawi di dalam kitabnya al islam wa al ilmaniah wajhan li


wajhin (1987) telah menterjemahkan sekularisme sebagai ilmaniyyah adalah
bukan saja satu terjemahan yang tidak teliti (ghayru daqiqah), tetapi juga satu
terjemahan yang tidak betul (ghayru sahihah), kerana perkataan sekularisme
itu tiada kaitan langsung dengan lafaz al-ilm (ilmu). Mereka yang
menterjemahkannya tidak memahami perkataan al-din dan al-ilm melainkan
hanya dengan ide Barat Kristian, yang memang bagi orang Barat (al-insan algharbi) agama dan ilmu mereka itu adalah saling bertentangan. Beliau
menyimpulkan bahawa menterjemahkan sekularisme dengan ilmaniyyah dan
mengaitkannya dengan ilmu adalah suatu usaha untuk menjadikannya satu
makna dengan istilah ilmiyyah kerana, menurut beliau, penipuan tersebut patut
dinyatakan (dijelaskan).[11] Beliau menambah lagi bahawa pengertian
sekularisme itu sinonim dengan konsep alladiniyyah (tidak ada agama) atau al
duniawiyah (dunia tiada hubungan dengan agama).[12]

Você também pode gostar