Você está na página 1de 44

1.

1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia melalui pelbagai proses pembangunan sejajar dengan
pesatnya pembangunan Negara.Tujuan utamanya adalah untuk memperkembangkan
potensi sumber manusia agar lebih berkualiti dan progresif.Pada masa kini pemilihan
kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat penting sekali.Kaedah yang
sesuai akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat
membantu murid murid mencapai objektif pengajaran guru dan seterusnya
meningkatkan penguasan ilmu yang disampaikan.penggunaan pelbagai unsur
pengajaran sememangnya dapat menarik minat dan perhatian murid serta memberikan
kesan yang optimum,jika seseorang pelajar ingin memperolehi keputusan yang
cemerlang maka mereka mestilah mahir dalam menghafal,mengira,membaca
,membina struktur ayat dan sebagainya.Seringkali pelajar meluahkan rungutan mereka
terhadap masalah mereka .
Menyedari hakikat kanak-kanak amat mengemari muzik dan nyayian maka
saya telah mengambil satu inovatif baru.dengan menjadikan didik hibur sebagai satu
kaedah dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains.Unsur didik
hibur yang diterapkan ini di harapkan dapat mempertingkatkan ingatan dan kefahaman
murid.Selain itu media pengajaran berasaskan interaktif didik hibur akan
mempertingkatkan motivasi murid-murid saya.
Kepentingan aspek nyanyian dalam pengajaran turut diwartakan dalam
Kementerian Pendidikan Malaysia(1983) iaitu nyanyian merupakan salah satu

daripada cabang muzik.Muzik merupakan sebahagian daripada alam kehidupan dan


budaya masyarakat keseluruhannya.Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih
bersifat formal,serius serta bertumpu penguasaan ilmu semata-mata ,tetapi pada masa
kini,perubahan yang ketara telah berlaku terhadap system pendididkan Negara.
Menurut Fontana dalam kajian Edith & kamariati(2005)bertajuk keberkesanan
Lagu dalam proses P&P,media perlu dilihat sebagai sesuatu yang dinamik yang dapat
merangsang tindakbalas luaran atau dalaman yang seringkali mempengaruhi psikologi
seseorang.Sebagai media pengajaran menghampiri konkrit,media yang digunakan
secara sistematik dapat merangsang daya imaginasi dan perbincangan.Ia juga dapat
menjamin proses Pdp berjalan lancer disamping dapat meningkatkan kefahaman dan
menghindar salah tanggapan dan pentaksiran salah.Justeru itu,dapat mewujudkan
suasana Pdp yang aktif dimana dapat merangsang minat dan minda murid berbanding
menggunakan kaedah chalk and Talk.
Matapelajaran Sains merupakan matapelajaran yang menuntut ketekunan
murid untuk mengingat banyak fakta.Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui
bagaimanakah pembelajaran secara didik hibur dapat meningkatkan pencapaian
prestasi matapelajaran sains Murid tahun 5.Selain itu kajian ini bertujuan untuk
mengetahui apakah kaedah pembelajaran secara didik hibur dapat meningkatkan
prestasi sains dalam tajuk Kitar Air.kajian ini dijalankan keatas 10 orang murid
tahun 5 di sekolah kebangsaan Ulu Dong Raub Pahang.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran


Sejak kebelakangan ini prestasi sains kebanyakan murid tahun 5 semakin menurun
akibat kegagalan sikap murid dalam pembinaan kendiri bagi mengingati fakta
sains.semasa berbincang dengan beberapa orang guru yang pernah mengajar murid
kelas ini saya diberitahu bahawa murid kelas ini terdiri daripada murid yang lemah
dalam pelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pdp.Pencapaian mereka dalam
matapelajaran Sains juga sangat lemah berdasarkan markah akhir tahun ketika di tahun
4.

Selain daripada itu,terdapat sebilangan murid yang masih belum menguasai


kemahiran menulis dan membaca.Akibatnya murid ini tidak berminat menulis
membaca dan juga mengingati fakta Mereka juga lebih banyak mendiamkan diri dan
tidak aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Salah satu kelemahan yang dikenalpasti ialah murid-murid lemah dan sukar
memahami proses dalam tajuk kitar air dengan urutan yang betul.Murid murid ini
menghadapi masalah menjawab soalan berkaitan konsep kitar air.Terdapat ramai
murid yang tidak menjawab dan tidak memahami kehendak soalan dan takut untuk
cuba menjawab.
Oleh yang demikian,kajian ini dilaksanakan supaya murid dapat memahami dan
mengingati serta menyatakan proses kitar air dengan betul.Di harapkan soalan-soalan
yang akan diberikan mudah untuk dijawab seandainya murid mampu menunjukkan
minat dan focus,kerana setiap pergerakan proses kitar air dipamerkan dengan jelas
dalam slaid power pointdengan menggunakan kaedah didik hibur bagi menarik minat
murid seteusnya ia dapat meningkatkan prestasi Sains tahun 5.
Masalah kegagalan murid mengingati fakta sains tidak boleh dipandang ringan,ini
kerana lama-kelamaan ia boleh menimbulkan perasaan bosan untuk belajar dan secara
tidak

langsung

boleh

menjurus

kepada

penurunan

prestasi

dalam

peperiksaan.Matapelajaran sains tidak seharusnya menjadi satu perkara yang


membosankan ,sukar bagi murid yang lemah dan hanya sesuai bagi pelajar yang pintar
sahaja akibatnya murid yang lemah akan tercicir dan ketinggalan begitu sahaja.

Dengan itu,pengkaji ingin membuktikan bahawa matapelajaran Sains adalah


salah satu mataplejaran yang menarik dan menyeronokkan.Satu inovasi perlu
dilakukan untuk menarik minat serta merangsang minda murid dalam matapelajaran
sains terutamanya bagi murid yang lemah.Sebagai seorang guru perlulah bijak
megambil peluang dengan mendekati murid dan memujuk murid untuk meminati
matapelajaran sians dengan cara memahami minat dan kecenderungan murid.
Lantaran itu,pengkaji telah menggunakan kaedah Dik buriaitu didik hibur
(nyanyian

dan

gerakan)

yang

menyelitkan

pelbagai

kecerdasan.Antaranya

menyanyi,menari(gerakan)dan lingguistik bagi membantu murid-murid mengingati


fakta

sains.Ini

bersesuaian

dengan

kehendak

Standard

kurikulum

Sekolah

Rendah(KSSR) yang banyak menekankan aspek didik hibur dalam pelbagai cara iaitu
nyanyian,bercerita ,lakonan,dan berpuisi dalam pengajaran dan pembelajaran yang
menghiburkan dan menyeronokkan hati murid.Seterusnya membantu ingatan murid
dengan lebih mudah dalam pembelajaran.
Inovasi didik hibur yang akan diterapkan diharap akan dapat merangsang minda
dan

menarik

minat

murid

yang

lemah

untuk

mencintai

matapelajaran

sains.Rasionalnya adalah untuk membantu murid-murid lemah menguasai keseluruhan


tajuk tersebut melalui sebuah lagu.Pengkaji telah membuat keputusan untuk
mengaplikasikan kaedah didik Hibur dalam aspek nyanyian bagi tajuk keadaan
Bahan dengan memfokuskan kepada proses kitar air
Kanak-kanak,malah hingga keperingkat dewasa merupakan golongan yang amat
menggemari lagu dan nyanyian.Oleh itu,peluang ini digunakan untuk menyelitkan

elemen seni dan lagu didalam pengajaran dan pembelajaran di Bilik darjah.cara ini
bukan sahaja dapat membantu murid dalam mengingati fakta dengan mudah,malah
boleh merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta
menghiburkan murid-murid.

1.3 Refleksi Nilai pendidikan


Mengimbas kembali permasalahan yang diberikan,pengkaji meninjau semula
amalan pendidikan yang seharusnya dipegang.Sebagai guru yang berdidikasi pengkaji
perlu memahami nilai pendidikan yang dipegangi.Pengkaji percaya bahawa semua
murid sepatutnya boleh belajar bersama-sama melalui interaksi yang penuh bermakna
dan saksama dalam pembelajaran mereka.
Sebagai seorang guru,Guru sepatutnya bersikap adil dalam menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran tanpa menyekat mana-mana murid untuk menimba ilmu
pengetahuan.Melihat kepada tindakan yang sebelumnya,pengkaji perlu kembali
kepada pegangan dan kepercayaan amalan pendidikan untuk memastikan semua murid
berpeluang mengikuti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan mereka
yang

pelbagai.pengkaji

kurang

mewujudkan

suasana

pembelajaran

yang

menghiburkan.Murid-murid kelihatan muram dan penglibatan mereka juga adalah


pasif.beberapa orang murid bermain,tidak mengingati apa yang diajar serta tidak
memberi tumpuan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Sekiranya keadaan ini berterusan,pengkaji akan berhadapan dengan masalah yang


lebih besar,iaitu kemerosotan minat dan penguasaan murid dalam matapelajaran
sains.seterusnya akan memberi implikasi prestasi pencapaian murid dalam
matapelajaran sains khususnya diperingkat sekolah,daerah ,negeri dan Negara.menjadi
kesilapan besar dan kepincangan dunia pendidikan sekiranya tidak mampu melahirkan
warga Negara yang berfikiran maju,kritis dan kreatif yang bakal menjayakan wawasan
2020 di era kemajuan dunia sains dan teknologi seperti diharapkan.
Melihat impak yang begitu besar,pengkaji merancang satu kaedah yang
bersesuaian untuk mencari jalan penyelesaian dan terus berpegang apad prinsip
pendidikan bahawa semua murid berhak diberi peluang untuk mempelajari konsep
baharu dengan apa jua kaedah yang bersesuaian dengan kecenderungan dan kebolehan
mereka dan tidak mengabaikan hingga mereka keciciran dalam arena pendidikan
ini.bagi tujuan tersebut,pengkaji telah memilih satu isu keprihatinan yang perlu dikaji
punca dan perlu merancang cara penyelesaian yang dijangka mampu menyelesaikan
masalah tersebut.
2.0 Fokus kajian/isu keprihatinan
2.1 Isu Kajian
Berdasarkan ujian pra yang telah dibuat dan disemak didapati hamper 70%
murid tidak dapat menulis jawapan proses kitar air yang dikemukakan dengan
betul.masalah ini timbul kerana murid-murid kurang membaca dan cetek pengetahuan
serta pengalaman.murid asyik mengulangi proses yang sama dalam membina dan
menulis ayat dalam gambar proses kitar air yang diberi

Oleh yang demikian,untuk mengatasi masalah ini,pengkaji telah menggunakan


kaedah dik bur (didik hibur) dalam aspek nyanyian.teknik dikbur ini diharapkan dapat
membantu

menambahkan

pengetahuan,

pemahaman

serta

pengalaman

murid.seterusnya dapat meningkatkan prestasi sains murid dalam membina dan


melengkapkan proses-proses dalam tajuk kitar airdengan betul
Kajian

yang

dijalankan

adalah

berfokuskan

kepada

kemahiran

menyebut,mengingati fakta dan melabel proses-proses dalam tajuk kitar air.Kemahiran


mengingati fakta merupakan asas bagi mencapai keputusan yang baik dalam setiap
matapelajaran yang diajar.Kelemahan dalam mengingati fakta menjadi kekangan untuk
mendapatkan keputusan yang baik.Teknik dan kaedah yang direncanakandiharapkan
dapat menarik minat murid nanti.
Pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur dengan bantuan slaid interaktif
dan permainan cuba jaya secara talian internet yang telah dijalankan diharap dapat
menarik minat murid serta memudahkan murid untuk membina dan melengkapkan
proses kitar air dengan lebih mudah dan seterusnya memberi keyakinan dalam diri
murid.
Bagi memastikan alat kajian ini berkesan,pengkajia telah menjalankan ujian
pra dan pos (lampiran A)untuk menguji tahap penguasan dan ingatan murid terhadap
tajuk diajar.Manakala soal selidik (lampiran C)diberi untuk mengenalpasti tanggapan
murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sains.Data yang telah diperolehi
dianalisis secara kuantitatif menggunakan program MS Excell untuk mendapatkan
rumusan.

2.2 Tinjauan Literatur


Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2000) edisi
ketiga.Pengajaran merupakan perihal mengajar,segala sesuatu yang berkaitan dengan
mengajar.Pengajaran adalah satu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh
guru dan muridnya.
Pengajran yang dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti yang
dilaksanakan dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,serta dibimbing telah
menggalakkan dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk
belajar.Demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang
diperlukan.Menurut

Hj.Mohd Ali(1994)

perubahan

paradigm

dalam

system

pendidikan menuntut dan mengesa kaum guru membuat perubahan di mana satu
elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti.
Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kemahiran mengajarnya
semata-mata,tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan.Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan
bukan sahaja dapat menabat hati murid untuk belajar malah dapat membantu
mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam matapelajaran tersebut.selaras dengan
kenyataan Yong &Biramiah(1996) iaitu seorang guru yang kreatif akan bertindak
sebagai motivator dalam pembelajaran bagi para pelajar.

Pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna menuntut guru menjadi


seorang individu yang kreatif dan inovasi dalam pengajarannya.Noor Azmi
(1998)menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti
yang kreatif secara logic,membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan
merupakan focus pengisian kurikulum abad ke-21selain daripada penguasaan
pengetahuan dan kemahiran asas.
Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal atau yang mengalami masalah
dalam pembelajaran biasanya sukakan muzik,maka pengkaji telah selitkan unsur didik
Hibur (nyanyian dan gerakan) yang merupakan elemen penting dalam menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Selain meningkatkan minat murid untuk
belajar,Didik Hibur juga dapat menguatkan ingatan murid terhadap apa yang telah
dipelajarinya.
Sesungguhnya Muzik adalah suatu ilmu yang mana muzik dan nyanyian itu
sesuatu perkara yang dapat memperkembangkan pengetahuan dan idea semasa
melagukan sesuatu lagu.Jelaslah melalui lagu,ia dapat membantu kanak-kanak dalam
meningkatkan ingatan mereka.Melalui penggunaan lagu,murid-murid lebih cepat
mengingati dan menghafaz sesuatu perkara berbanding dengan membaca sahaja.
Menurut Noraini Ahmad (2003) iringan irama lagu dengan rentak tertentu
menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan ia dapat
mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan.Pendapat ini selari dengan
kenyataan Hj.Abdul Fatah Hassan (1990) yang menyatakan bahawa pada
kebiasaannya maklumat yang disampaikan dengan emosi yang seronok dan menarik

lebih

mudah

menarik

perhatian

daripada

maklumat

yang

tidak

menyeronokkan.Kenyataan ini bolehlah ditafsirkan bahawa semakin menarik


maklumat yang disampaikan kepada seseorang,maka semakin mudah maklumat itu
disimpan dalam ingatan seseorang.
Sehubungan dengan itu,pengkaji berasakan bahawa penggunaan unsur
didikHibur melalui nyanyian adalah amatbertepatan sekali untuk membantu murid
bagi

meningkatkan

daya

ingatan

mereka

terhadap

pelajaran.Menurut

Hermann,N(1991) hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian


pelajar meningkat dengan menggunakan teknik nyanyian dalam matapelajaran
pelajar.Sehubungan dengan itu,pengkaji yakin penggunaan didik hibur atau nyanyian
dapat membantu tahap perkembangan mental pelajar.
Menurut Eisner (2003) pula,muzik penting dalam pendidikan kerana
sumbangannya

kepada

kognitif

membolehkan

seseorang

pelajar

melahirkan

perasaannya.Ini turut dijelaskan oleh Hermann.N ((1991) yang menyatakan bahawa


integrasi muzik dengan matapelajaran lainakan melengkapkan perkembangan otak kiri
dan otak kanan.Otak kiri dan Kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza.
Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa,matematik,sains logic dan
lain-lain

aktiviti

akademik.Otak

kanan

pula,menguasai

hal-hal

seperti

imaginasi,muzik,mengenal warna dan sebagainya.Apabila seseorang itu berusaha


menggunakan sedikit masa untuk memperkembangkan aktiviti yang melibatkan otak
kanan,otak kiri pula lebih aktif.Banyak kajian menunjukkan bahawa kebolehan untuk

belajar akan mempertingkatkan kedua otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang
sama dalam keadaan yang harmoni.
Menurut Taufik Pasiak(2009) dalam bukunya Revolusi IQ.EQ.SQ.(m.s 90)
kelas-kelas juga harus dijadikan tempat yang selesa dan menyenangkan dengan alunan
muzik yang lembut dan merdu demi menghasilkan suasana serius dan santai untuk
belajar,termasuk pekerjaan otak kanan adalah memperdengarkan muzik.Berdasarkan
fakta tersebut,dapatlah disimpulkan bahawa penggabungjalinan antara otak kiri(fakta
sains)dan otak kanan (muzik dan nyanyian) boleh menghasilkan suatu pembelajaran
yang penuh bermakna.Belajar akan menjadi seronok,daya pemusatan akan
bertambah,dan daya ingatan akan bertambah kuat,pengambaran cara dan imaginasi
akan bertambah baik dan menyelesaikan masalah dan pemikiran akan menjadi lebih
aktif.
Sebenarnya kaedah nyanyian muzik dapat membantu individu lebih efisyen
dan meningkatkan pencapaian mental dan pemikiran.Ini kerana wujudnya hubungan
antara pencapaian pembacaan dengan teknik nyanyian.Apa yang menarik ialah para
pendidik dapat meluaskan penggunaan muzik dalam proses P&P serta mampu
meningkatkan kualiti pembelajaran.Routier.W (2003) menyatakan kesan muzik
Mozart terhadap kanak-kanak bahawa terdapat hubungan antara muzik dengan
membaca,menulis,kebolehan menghafal dan kemahiran matematik.
Oleh itu,Pengkaji telah menerapkan elemen didik hibur iaitu nyanyian dalam
matapelajaran sains.Pengkaji juga menggunakan melodi lagu yang sememangnya
biasa didengar oleh murid bagi mereka yang mudah mengingati lagu tersebut kerana

menurut Savin C.F (2001) ,penggunaan lagu yang dikenali dalam pembelajaran di
bilik darjah akan memberikan satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.
Dalam kajian lain bertajuk penggunaan elemen muzik dan nyanyian dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003)
pula membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada
aktiviti yang menarik serta bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid
seperti muzik dan nyanyian.Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja
dapat membantu murid-murid mengenali,menyebut dan mengingati fakta sains ,malah
aktiviti P&P menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru
tersebut.Ini terbukti apabila kebanyakan murid yang menjadi responden didalam
kajian ini mampu mencantumkan gambar (puzzle) serta melabelkannya dengan
betul.Ini dipercayai merupakan hasil aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh muridmurid tersebut dengan bimbingan guru sebelum ini.
Ternyata pelbagai kajian mengenai penggunaan muzik(nyanyian) dalam Proses
P&P telah

dijalankan

positif.Walaupun

banyak

selama

ini

kajian

telah

telah

membuktikan
membuktikan

tindak
muzik

balas

yang

meningkatkan

keberkesanan P&P di bilik darjah.Namu ia tetap di pandang sepi oleh guru-guru


sekolah.Justeru

itu

pengkaji

telah

mengambil

inisiatif

untuk

melaksana

kajianmengenai keberkesanan kaedah didik hibur dalam meningkatkan ingatan murid


dengan fakta sains.Sejajar dengan usaha untuk menjadi seorang guru yang lebih
kreatif.Bagi murid-murid yang lemah,kaedah menghafal fakta dengan cara didik Hibur
di dapati amat berkesan.Aktiviti ini bukan sahaja dapat membantu murid menghafal

fakta,malah dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menghiburkan dan


menyeronokkan.

3.0 Objektif kajian /soalan kajian


3.1 objektif umum
Tujuan kajian untuk melihat keberkesanan kaedah didik hibur dalam
meningkatkan kebolehan murid mengingati fakta sains dengan menyebut,menulis dan
melabel gambarajah kitar air dengan betul di dalam kalangan murid lemah tahun 5.

3.2 objektif khusus


a)pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur boleh menjadikan alat pengajaran
yang berkesan dalam mengingati fakta sains dengan mudah bagi tajuk kitar air
b)meningkatkan minat murid mempelajari tajuk kitar air menggunakan kaedah didik
hibur
c)mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan dengan
penggunaan kaedah didik hibur dalam P&P terutamanya dikalangan murid lemah.

3.3 persoalan kajian


Berdasarkan objektif kajian persoalan yang harus dijawab ialah :
a)Adakah pengajaran secara Didik hibur dengan bantuan slaid power point dapat
meningkatkan ingatan proses kitar air?
b)Adakah pengajaran Didik Hibur dapat meningkatkan minat murid mempelajari tajuk
Kitar Air ?
c)Adakah penggunaan kaedah Didik Hibur dalam P&P dapat mewujudkan suasana
pembelajran yang menyeronokkan dan menghiburkan?

4.0 kumpulan sasaran


Bahagian ini memperihalkan latar belakang responden yang akan digunakan dalam
pelaksanaan kajian ini.Ciri-ciri responden dijelaskan terperinci merangkumi
bilangan ,umur,jantina,nama kelas ,sosio ekonomi dan lain-lain lagi.
4.1 latar belakang sekolah dan murid
Kajian ini mensasarkan mrid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Ulu Dong Raub
Pahang.Sekolah ini Merupakan sekolah kurang murid.Terletak di daerah Raub
Pahang.seramai 10 orang murid semuanya.5 lelaki dan 5 perempuan.semuanya
berketurunan melayu.latar belakang keluarga adalah pekebun dan penoreh getah.hanya
5 orang responden yang dipilih iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan.

Responden berumur 11 tahun, kebanyakannya berasal daripada keluarga yang


berpendapatan

rendah.semuanya

mendapat

bantuan

Rancangan

Makanan

Tambahan(RMT).Terdapat seorang anak yatim yang tiada ibu.keseluran ibubapa


responden adalah pekebun,penaiga kecil-kecilan dan penoreh getah.tahap pencapaian
responden didalam pelajaran adalah berbeza-beza.

5.0 Tindakan yang dijalankan


Murid dipamerkan Gambar kitar Air dan guru bersoal jawab dengan murid secara
ringkas untuk menguji sejauh mana pengetahuan sedia ada murid tentang tajuk
tersebut.Hanya beberapa orang murid sahaja yang memberi respon tentang tajuk
tersebut.Semua murid tidak menyatakan proses bagi kitar air yang berlaku ketika
gambar di paparkan.Guru mengedarkan soalan ujian pra (Lampiran A)kepada semua
murid.Ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pemahaman murid tentang tajuk
yang diberi.

Pemerhatian
Pada peringkat awal aktiviti ini,murid-murid agak ragu-ragu untuk menjawab
tugasan yang diberi.ramai murid hanya berdiam diri dan tidak memberi respon kerana
tidak faham tajuk yang akan dipelajari.hanya beberapa orang murid sahaja yang
menjawab tetapi tidak dalam keadan yang yakin.

Walaupun murid memberi respon yang tidak baik dan ragu-ragu tetapi mereka
tetap menjawab soalan ujian pra yang diberi.Dalam masa yang sama mereka suka
bertanya

kepada pengkaji untuk

mengetahui proses

yang berlaku.pengkaji

memberitahu akan mengajar tajuk tersebut selepas ujian pra keran ingin mengetahui
sejauh mana pemahaman murid dengan tajuk tersebut.
Sebagai usaha mengenalpasti kelemahan murid, pengkaji telah menjalankan beberapa
temubual lisan terhadap kelas tahun 5 setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran
PdP. Soalan soalan lisan yang dikemukan adalah lebih berupa soalan kuiz yang
berkaitan topik yang diperincikan.

6.0 cara pengumpulan data

Sebelum mengaplikasikan kaedah dan tindakan yang telah dicadangkan,pengkaji telah


meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap ketidak upayaan
murid dalam mengingati fakta bagi matapelajaran sains.Pengkaji membuat kesimpulan
bahawa ketidakupayaan mengingati fakta menjadi factor utama yang perlu diatasi
dalam usaha membantu murid menjawab soalan peperiksaan.Tiga jenis instrument
telah dirancang dan dijalankan untuk kajian ini iaitu
a)ujian pra
b)Ujian pos
c)soal selidik

setiap ujian bertujuan mengukur objektif yang berbeza.semua kutipan data


menggunakan jadual perbandingan dan perisian Excel untuk mengira peratus kenaikan
dan penurunan dalam kajian yang telah dijalankan keatas responden.

6.1 ujian-ujian penilaian (ujian pra dan ujian pos)

Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk mengumpul data kuantitatif.Pengkaji
menggunakan set soalan ujian pra dan post yang telah diberikan kepada murid tahun 5
(lampiran A).Soalan ujian pos adalah berdasarkan tajauk kitar Air yang telah
diberikan selepas pengajaran dan pembelajaran.Ujian Pra pula sebelum P&P
dimulakan.Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang pengetahuan sedia
ada murid mengenai tajuk yang dikaji.Pengkaji menjalankan analisis selepas
menjalankan P&P dan Ujian pos.Pengkaji juga telah membuat analisis perbandingan
peningkatan markah daripada ujian pra dan pos yang telah dijalankan.

6.2 soal selidik

Pengkaji telah mengedarkan Borang soal selidik (lampiran C) bagi


mendapatkan reaksi responden berkaitan kaedah P&P yang telah dijalankan.Borang ini
adalah berbentuk soalan tertutup yang menggunakan skala Likert dimana murid
memberikan Skala 1 hingga 3 bagi stiap itemsoal selidik yang telah diajukan.
Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada objektif kajian iaitu
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan menghiburkan.Tujuan

pengkaji berbuat demikian adalah untuk mengetahui daripada responden keberkesanan


kaedah yang telah dijalankan.Pengkaji juga menggunakan laras bahasa yang
sesuai,jelas dan mudah difahami.Soalan ini tidak panjang dan tiada diskriminasi
jantina mahupun agama.
Semasa sesi soal selidik dijalankan,terlebih dahulu,pengkaji membantu
membaca

dan

memperjelaskan

setiap

item

soal

selidik

beserta

skala

responden.Pengkaji juga memberi penerangan yang lebih teliti setiap item bagi
mengelakkan kekeliruan di dalam kalangan responden.Berdasarkan dapatan soal
selidik tersebut,pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa kaedah didik hibur dalam
P&P telah dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan menghiburkan bagi
responden yang dikaji.

7.0 Dapatan kajian dan interprestasi data

7.1 Analisis ujian pra dan pos

Pengkaji telah menggunakan kaedah petunjuk Jadual gred dan markah ujian bagi ujian
pra dan pos .Contoh jadual gred dipamerkan seperti jadual di bawah(jadual 1 )

JADUAL 1 :GRED DAN MARKAH UJIAN

GRED

MARKAH

80 100

60 79

40 - 59

20 - 39

0 - 19
Jadual diatas menunjukkan cara skala pengredan diberi mengikut peratus

markah.ini bertujuan untuk memudahkan guru mengetahui bilang murid yang telah
memperolehi bilangan mengikut penggredan.Melalui skala gred ini,guru mengetahui
perbandingan bilangan penggredan bagi ujian pra dan pos.

Jadual 2 : perbandingan prestasi murid dalam ujian pra dan pos


No
1
2
3

Nama Murid
AEZY IZHAM BIN AZMIN
AHMAD IDHAM SHAH BIN AHMAD ROSLI
MUAZ NURFAIZ BIN SAARI

Ujia pra
50
10
40

Ujian pos
70
40
60

4
5
6
7
8
9
10

MUHAMMAD AKMAL BIN JAMALUDIN


MUHAMMAD DANIES YUSRIZAL BIN AZIARIRAMAN
FATIN MUNIRA BINTIMOHAMAD
NURUL FATIHAH BINTI SALLEH
NUR ALYSHA NABILA BINTI SHAHRULNIZAM
NORSAFINA BINTI DAHLAN
NURUL WAHIDA BINTI AFRIZAL
PURATA/MIN

15
10
50
52
20
20
50
31.7

40
40
70
70
50
50
70
56.0

Jadual di atas menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan pos yang telah
dijalankan bedasarkan tajuk kitar Airyang telah dilaksanakan ke atas sampel
kajian.Ujian pra (lampiran A) telah dijalnakan sebelum sesi P&P bermula.Ini bertujuan
untuk mendapatkan gambaran awal tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai
tajuk yang dikaji.
Manakala ujian pos (lampiran A) telah dijalankan ke atas sampel kajian setelah selesai
sesi P&P untuk menilai keberkesanan kaedah yang telah dilaksanakan dalam
membantu murid mengingati fakta secara didik hibur.Hasil kajian membuktikan
samaada kaedah didik hibur berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk
kitar air dengan melihat kepada peningkatan markah dan gred yang diguna pakai di
dalam kedua-dua ujian yang telah dijalankan.
Berdasarkan jadual 2,dipaparkan peningkatan markah bagi setiap murid dalam ujian
pos yang dijalankan.Ini membuktikan bahawa kaedah didik hibur telah memberikan
pencapaian yang lebih baik.Hal ini mungkin disebabkan murid telah dapat menguasai
kemahiran menguasai fakta sains melalui kaedah didik hibur.

Jenis ujian
Ujian pra
Ujian pos
Perbezaan min

Purata min
31.7
56.0
24.3

Jadual 3 menunjukkan perbezaan min pencapaian murid.Min ujian ialah sebanyak 31.7
manakala min ujian pos ialah sebanyak 56.0.perbezan min yang ditunjukkan dalam
jadual adalah sebanyak 24.7 iaitu peningkatan yang positif menandakan kajian
tindakan yang dijalankan oleh guru secara signifikannya Berjaya menghasilkan
pencapaian yang lebih baik.Ini membuktikan kaedah didik Hibur yang diguna pakai
telah memberikan impak yang baik kepada prestasi murid dalam pembelajara sains.
Gred
A
B
C
D
E
Jumlah

Markah
80-100
60 79
40 59
20 39
0 19
-

7.2 analisis soal selidik

Ujian pra
0
0
5
2
3
10

Ujian pos
0
5
5
0
0
10

Peningkatan
0
5
0
2
3
10

Jadual 5:analisis boring soal selidik


Bil

Item

Tidak

Setuju

Sangat

Jumlah

setuju
Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran -

setuju
7

10

2
3
4
5

ini
Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini
Saya berasa mudah untuk menghafal fakta
Saya berasa bersemangat untuk belajar sains
Saya sangat suka dengan aktiviti yang diberikan

1
1
2
1

3
2
2
2

6
7
6
7

10
10
10
10

oleh guru
Saya akan menggunakan aktiviti nyanyian yang 2

10

guru perkenalkan pada hari ini untuk tajuk lain


Pengajaran guru membosankan

10

Analisis peratusan soal selidik bagi setiap item


Analisis peratusan soal selidik bagi setiap item yang diperolehi dapat juga
dikaitkan dengan teori yang tersohor dalam pendididkan iaitu Teori Kecerdasan
pelbagai(Gardner 1983 ) berdasarkan maklum balas murid dengan kaedah didik hibur
tesebut dalam P&P guru.

Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran ini


sangat setuju

setuju

Rajah 2

Berdasarkan rajah 2 borang soal selidik item satu menunjukkan seramai 7 orang murid
berasa seronok mencapai sebanyak 70% murid sangat bersetuju berbanding 30%
setuju dengan kaedah dididk hibur selepas mengikuti sesi P&P.peratusan tingkah laku
yang sangat bersetuju menunjukkan minat mendalam murid untuk belajar
menggunakan kaedah didik hibur diperkukuhkan lagi dengan peningkatan markah
prestasi murid selepas ujian pos berbanding ujian pra.

Ini bersesuaian dengan teori kecerdasan pelbagai dalam aspek kecerdasan verbal dan
linguistic iaitu kemahiran mendengar ,berucap,menulis serta bercerita atau
menerangkan semula apa yng murid dapat selepas pengajaran guru telah tercapai.

sangat setuju
setuju
tidak setuju

Item 2
Bagi item ke dua,peratus sangat setuju diperoleh sebanyak 60% iaitu seramai 6 orang
murid daripada 10 orang murid dan bersetuju iaitu 30 % iaitu 3 orang murid dan tidak

setuju 10% iaiutu 1 orang murid.peratus ini menurun berbanding rasa seronok murid
mungkin disebabkan minat murid .

pengajaran guru membosankan


tidak setuju
setuju

Bagi item diatas,Menilai pengajaran guru bosan atau tidak.Hasil Soal Selidik
Menunjukkan ramai murid tidak bersetuju iaitu sebanyak 80% iaitu 8 orang daripada
10 orang murid menyatakan bahawa pengajaran guru tidak membosankan.Dapatan
ketika kajian dijalan pengkaji melihat majority murid merasakan terhibur dan seronok
dalam semua aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti ini dapat diperkukuhkan adanya peningkatan markah murid yang mendadak
dalam ujian pos.ini boleh dikaitkan dengan kecerdasan pelbagai Teori Howard
Gardner dalam aspek Kinestetik menyatakan murid rasa terhibur dengan aktiviti
nyanyian.Murid juga cekap menginterprestasi pergerakan anggota badan secara
ekspersi diri sambil berkomunikasi dengan rasa terhibur.
Rumusannya,kesoronokan melalui kaedah didik hibur murid dapat di kesan dalam
mengingati fakta sainstelah terbukti melalui data soal selidik.

8.0 Rumusan
8.1 rumusan keseluruhan

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara


terperinci sebelum ini,dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah didik hibur
(nyanyian)berkesan

dalam

meningkatkan

ingatan

murid

bagi

tajuk

kitar

Air.Responden yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah Nyanyian


menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pos lebih ketara setelah kaedah didik
hibur digunakan.
Peningkatan markah ujian pos menunjukkan responden mudah mengingati
proses-proses yang terlibat bagi tajuk yang difokuskan iaitu kitar air.Secara tidak
langsung kaedah yang digunakan juga turut membantu mereka untuk menjawab soalan
ujian dengan mudah dan memperolehi markah dengan lebih baik.
Terbukti nyanyian dapat membantu meningkatkan ingatan murid dalam
menghafal fakta sains yang diajar.Melalui didik hibur juga membuktikan nyanyian

dapat membantu murid menguasai bahasa atau bacaan yang diberkan melalui hafalan
fakta.
Pengkaji mendapati kanak-kanak adalah golongan yang mudah tertarik dengan
muzik.Mereka merasa seronok apabila sesuatu pelajaran itu disampaikan di dalam
bentuk nyanyian.Perasaan seronok untuk belajar yang timbul dalam diri mereka itu
secara tidak langsung dapat memudahkan mengingati apa yang telah dipelajari.Maka
dengan itu,penggunaan kaedah didik hibur dalam proses P&P sains adalah amat
bertepatan bagi meningkatkan ingatan murid terhadap proses proses yang terlibat
dalam kitar Air.
Penggunaan kaedah didik hibur juga terbukti berkesan dalam meningkatkan
minat murid untuk belajar.Kaedah didik hibur bukan sahaja menambahkan minat
belajar,ia juga dapat mengurangkan kebosanan murid sebaliknya menggalakkan
penglibatan murid secara aktif sepanjang sesi pengajaran guru.Kaedah didik hibur juga
telah

dapat

mewujudkan

suasana

pembelajaran

yang

menghiburkan

dan

menyeronokkan.
Ini dibuktikan melalui dapatan awal soal selidikyang menunjukkan bahawa
responden yang menjalani proses P&P kaedah didik hibur merasa terhibur dan amt
seronok berbanding pengajaran guru sebelum menggunakan kaedah ini.
Dapatan kajian juga menunjukan,bahawa secara keseluruhannya,responden
menunjukkan

reaksi

positif

terhadap

matapelajaran

sains.Responden

juga

mempamerkan rasa seronok untuk mengingati fakta sains melalui proses P&P yang
menggunakan elemen muzik dan nyanyian.Sehubungan dengan itu,prestasi dalam

pembelajaran turut meningkat terutamanya dari aspek mengingati fakta-fakta


sains.Kaedah didik hibur dalam P&P juga sekaligus dapat menarik minat murid untuk
belajar.
Berdasarkan analisis ujian pra dan ujian pos bagi responden,jelas
menunjukkkan bahawa setelah menggunakan kaedah didik hibur berlakunya
peningkatan gred markah setiap responden.Kaedah yang digunakan pengkaji
memudahkan responden untuk megingati fakta dengan lebih mudah daripada
pengajaran biasa sebelum ini yang sering menunjukkan markah yang dinilai amat
rendah berbanding setelah menggunakan kaedah didik hibur.Di harapkan P&P yang
menyeronokkan serta bermakna menuntut pendidik untuk menjadi seorang yang
kreatif dimana dapat membantu perkembangan daya imaginasi dan ingatan murid
dalam proses pengajaran.
Secara keseluruhannya kajian ini menunjukkan bahawa pelajaran akan mudah
diingati apabila fakta dijadikan lirik senikata lagu.khasnya matapelajaran sains.bagi
beberapa tajuk yang bersesuaian.Melalui kaedah didik hibur ia akan lebih terhibur dan
berminat untuk mengikuti pelajaran.Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa didik
hibur dapat dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran guru.
Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu murid
mengenali,menyebut dan menghafal struktur,malah aktiviti P&P menjadi lebih
menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri.Ini selaras dengan
dapatan kajian yang menunjukkan tindak balas yang positif apabila responden mampu
menjawab soalan ujian pos dengan baik berbanding ujian pra.Ia juga menimbulkan

perasaan seronok untuk belajar serta mendorong responden mengingati fakta dalam
matapelajaran sains.
Penggunaan rangsangan muzik dalam P&P adalah bertujuan untuk mengubah
suasana pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan pelajar boleh belajar sambil
berhibur.Sehubungan dengan itu,maka penggunaan rangsangan muzik dalam kaedah
didik hibur menjadi satu alternative pengkaji menarik minat murid agar pengajaran
tidak mendatar dan membosankan murid.
Ternyata kaedah penggunaan didik hibur mampu memberikan keseronokan
kepada murid seterusnya dapat meningkatkan minat murid untuk belajar.Apabila minat
timbul maka secara tidak langsung murid dapat mengingati fakta denganlebih mudah
dan dapat membantu meningkatkan prestasi ujian yang dijalankan.
Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapatnya anjakan paradigma murid
terhadap mata pelajaran sains.Secara tidak langsung dapat mengubah tanggapan
murid yang negative(tidak minat)kepada positif (berminat)terahadap sains.murid juga
teruja dan berminat dengan setiap aktiviti yang dipersembahkan melalui kaedah didik
hibur ini.melalui kaedah ini murid dapat ditarik dengan mudah untuk mengikuti setiap
aktiviti yang dijalankan menyeronokkan dan terhibur.
Selain itu juga motivasi untuk belajar dan mengingati fakta akan
meningkat.motivasi dan minat yang mendalam tersebut telah menjadi pemacu kepada
kejayan murid dalam pelajaran.Kaedah pengajaran kreatif dan menyeronokkan seperti
kaedah didik hibur bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar malah

terbukti berkesan dalam membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan


dalam matapelajaran tersebut.

9.0 Refleksi akhir


Kajian tindakan ini bertujuan

membantu para pendidik meningkatkan

professionalism supaya proses P&P dapat dilaksanakan dengan lebih efisen dan
efektif.Melalui kajian tindakanini saya dapat menimba banyak pengalaman dan
menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang dikaji.Walaupun pengalaman
menjadi guru mencecah 15 tahun tetapi melalui kajian tindakan yang dijalankan telah
dapat meningkatkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek
sepanjang kajian dijalankan.
Semasa Kajian dijalankan ,saya sering membuat refleksi kendiri untuk
mengimbas kembali dan mengenal pasti masalah yang dihadapi setiap kali tindakan
dilakukan.Oleh itu,saya menyenaraikan pelbagai alternative untuk menyelesaikan
masalah yang timbul ketika kajian dijalankan.Antara masalah yang dihadapi ialah
murid bersifat pendiam,agresif,lambat dan pasif ketika P&P dijalankan.

Justeru itu,saya menggunakan pendekatan mengajar responden dengan


membimbing mereka secara kumpulan kecil bagi menghafal fakta melalui kaedah
didik hibur dengan iringan muzik serta gerakan bagi menarik minat murid-murid
tersebut dalam pengajaran guru.Disamping itu juga, saya memberi peluang kepada
murid menunjukkan gaya ekpreasi yang bersesuaian dengan senikata agar teknik
mengingati fakta sains lebih mudah lagi.Ini bertujuan murid rasa di hargai apabila
gaya yang mereka kemukakan dipuji oleh pengkaji.
Sepanjang kajian tindakan ini juga banyak memberi peluang kepada saya
dalam meningkatkan kemahiran dalam pengurusan masa.Saya menggunakan masa
dengan teratur dalam penyediaan bahan-bahan yang diperlukan sepanjang pelaksanaan
kaedah didik hibur dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitar Air.Selain itu
juga saya menyusun jadual pelaksanaan tindakan agar saya dapat menjalankan
mengikut tempoh yang telah ditetapkan bagi setiap bab dalam perancangan saya.
Menurut Rosinah Edinin (2011) sesuatu kajian atau penyelidikan yang
dijalankan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu
P&P.Melalui kajian tindakan ini juga saya berpeluang

untuk meningkatkan lagi

pengetahuan pedagogi dalam P&P.Saya banyah terdedah dengan penggunaan ABM


yang bersesuaian tentang tajuk yang diajar kepada murid.
Selain daripada itu,kaedah baru yang diperkenalkan telah menarik minat murid
malahan ia dapat membantu murid menginagti fakta sains dengan lebih mudah dan
menyeronokkan.

Disamping itu juga kaedah didik hibur ini juga banyak memberi peluang
kepada murid untuk berinteraksi menerusi petmainan Puzzle dan menjawab
kuiz.terbuka

melalui

internet

dalam

suasana

yang

bekerjasama

dan

bersepasukan.selain itu juga,tercapailah hasrat KPM iaitu matlamat keempat


KPM(2011) iaitu memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Negara
Malaysia.Saya sentiasa menitikberatkan kepada penglibatan semua murid dalam
aktiviti yang dijalankan.
Secara
meningkatkan

kesimpulannya,kajian
kemahiran

tindakan

interpersonal

dan

ini
intra

banyak

membantu

saya

personal.antaranya

ialah

meningkatkan kemahiran pengurusan masa,kemahiran refleksi kendiri dan juga


kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.disamping itu saya dapat
keyakinan diri yang tinggi dan memberi semangat dan motivasi bagi memartabatkan
profesion keguruan.

10.0 cadangan kajian seterusnya

Secara

keseluruhannya

kajian

ini

Berjaya

dan

mencapai

objektif

yang

ditetapkan.namun ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan pada masa


hadapan.antaranya ialah:
1)menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu,selain dapat
menafaatkan keberkesanan kajian ini kepada murid-murid yang lemah

2)mengaplikasikan kaedah didik hibur bagi tajuk-tajuk lain dalam matapelajaran sains
sekolah rendah.
3)mencipta lagu dan melodi baru bagi tajuk yang difokuskan tanpa menggunakan
melodi sedia ada dalam usaha meningkatkan keterujaan murid untuk belajar.

RUJUKAN

Dewan

Bahasa

dan

Pustaka

Kuala

lumpur

(2000).Kamus

Dewan

(Edisi

Ketiga)Selangor.Percetakan Dewan bahasa dan Pustaka

Edek & Kamariati Hussin (2005) keberkesanan lagu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran satu kajian di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu ,Tawau sabah Muat
turun pada 8 julai 2014 .http:www.docstoc.com/docs/33520737

Eisner,E.(2003) The Function Of Music In Education.Muat turun 10 julai 2014


http:www.isme.org/article/view/89/126

Haji Abdul Fatah Hassan (1990) penggunaan minda yang optimum dalam
pembelajaran.Skudai :UniversitiTeknologi Malaysia

Haji Abdul Fatah Hassan (1994) kecemerlangan minda dalam pembelajaran


keseluruhan otak dan daya berfikir Kuala Lumpur Utusan publicator And Distributor
Sdn.Bhd

Haji Mohd Ali Muda,(1994)Isu Kreativiti dan Tuntutan perubahan dalam


pendidikan.Warta Pendeta.Jurnal Pendidikan Terengganu.1(1):53-60

Noor Azmi Ibrahim (1998) pembangunan kurikulum Abad ke -21.Berita kurikulum(9)(1):6:7 Pusat perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Rosinah Edinin(PhD).(2011) Penyelidikan Tindakan.Kaedah dan Penulisan (edisi


Kedua).Penerbit Freemind Horizons Sdn.Bhd ,Kuala Lumpur.

Routier,W.(2003) Read Me a Song :Teaching Reading Using picture Book


Songs.Orland:International Reading Associations

Savin.C.F.(2001) Tune-In to Biologi :music In the Science Classroom.muat turun pada


27 julai 2014 http:www.science.subaru.com/teaching_ideas/carolsavin

Taufik Pasiak (2009)Revolusi IO.EO.SQ(m.s 90)PTS Millennia Sdn.Bhd.Batu Caves


Selangor

Yong.L.M.S.&Biramiah.K.(1996) Guru yang Kreatif :isu-isu Teorikital dan Aplikasi


Praktikal.Arena Buku Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.

Zainure Mohd Saad.(2003)Kajian Elemen Muzik dan Nyanyian Di dalam Aktiviti


Pengajaran

dan

pembelajaran

Biologi

.SMK

Buyong

Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.Selangor

Adil.Tesis

Diploma

Você também pode gostar