Você está na página 1de 10

PENDAHULUAN

Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Sesuatu ayat
terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum
tatabahasa. Hal ini bermakna, sintaksis dapat juga diertikan sebagai bidang yang menkaji
hukum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat dalam sesuatu
bahasa.
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga
dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa.

Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.


Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus

tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.


Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui
jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

Analisis Binaan Frasa Nama


Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun
sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan , maka terdapat dua jenis
hubungan antara perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu
perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau
perkataan yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya. Jenis yang kedua
ialah jenis yang terdiri daripada unsur inti di dalamnya.
Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi
makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
Contohnya, dalam frasa nama bapa budak itu, intinya ialah bapa, sementara budak dan itu
ialah penerang-penerang yang menerangkan bapa. Contoh-contoh bagi frasa nama
mengandungi binaan inti + penerang adalah seperti berikut :

Perbuatan makan suap akan menjejaskan ekonomi negara.


Inti

Penerang

Predikat

FN Subjek

Kelakuan baik selalu mendapat pujian.


Inti

Penerang

Predikat

FN Subjek
Contoh- contoh frasa nama yang mengandungi binaan inti + inti adalah seperti berikut :
Ibu

bapa tidak perlu datang


Inti

Inti

Predikat

FN Subjek
Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan
inti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut :
2

> Inti + penerang nama


> Inti + penerang bukan nama

1) Inti + Penerang nama


Dalam binaan frasa nama jenis ini, semua konstituen terdiri daripada kata nama ; intinya
terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga kata nama. Kata nama yang mengisi unsur
penerang boleh merupakan pelbagai jenis. Berikut merupakan jenis penerang kata nama
dan juga contohnya.
a) Inti + Penerang kata nama keturunan
Frasa nama
Orang
Inti

Melayu

Suku bangsa

Kadazan

Penerang Nama Keturunan

b) Inti + Penerang nama jenis


Frasa nama

Inti

Harimau

bintang

Gelang

emas

Penerang Nama Jenis

c) Inti + Penerang nama penyambut


Frasa nama

Inti
(Alat atau pelaku)

Penyendal

pintu

Pemandu

teksi

Pengarang

cerpen

Penerang Nama Penyambut

d) Inti + penerang nama gunaan


Frasa nama

Inti

Alat

pemadam

batu

penanda

Kayu

pemukul

Penerang Nama Gunaan

e) Inti + penerang nama kelamin


Frasa nama

Inti

Orang

lelaki

Ayam

jantan

Anak

Penerang Nama Kelamin

perempuan

f) Inti + penerang nama tempat


Frasa nama

Inti

Penduduk

bandar

Cina

Melaka

Penerang Nama Tempat

g) Inti + penerang nama arah


Frasa nama
Tingkat
Inti

pintu
Bangunan

atas
hadapan

Penerang Nama Arah

balakang

h) Inti + penerang nama anggota badan


Frasa nama

Inti

Rantai

leher

Sarung

kaki

Penerang Nama Anggota

Kepala

lutut

Badan

i) Inti + penerang nama tenaga penggerak


Frasa nama

Inti

Kapal

api

Mesin

kaki

Perahu

galah

Penerang Nama Tenaga


Penggerak

j) Inti + penerang nama perihal atau perkara


Frasa nama

Inti

Garis

permulaan

surat

perjanjian

Penerang Perihal

k) Inti + penerang nama milik


Frasa nama

Inti

pekerjaan

mereka

Bumbung

sekolah

Kawasan

Penerang Nama Milik

Jerman

l) Inti + penerang nama khas


Frasa nama
Teluk
Inti

Siam

Kerajaan

Malaysia

Gunung

Penerang Nama Khas

Jerai

m) Inti + penerang nama panggilan atau gelaran


Frasa nama
Haji
Inti

YB Senator
Sang

2)

Othman
Fatimah

Penerang Nama Panggilan

Arnab

atau Gelaran

Inti + Penerang Bukan Nama

frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada
jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk
oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama, iaitu:
a) Penerang penentu
Penerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan
kedudukannya yang boleh di hadapan atau di belakang inti.
Ada dua golongan penerang penentu kata nama, iaitu :
Penentu hadapan
Penentu belakang

Penentu hadapan
Penentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama, dan unsur-unsur itu
terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, seperti yang
terdapat dalam contoh berikut :
Frasa Nama
Penentu hadapan
Beberapa

Inti

pucuk

Bilangan

senapang

Penjodoh bilangan

Namun, kata abstrak tidak boleh menerima penjodoh bilangan , misalnya *sebuah
keberanian. Demikian juga, beberapa kata bilangan jenis tak tentu, misalnya semua, segala,
sedikit, dan selainnya tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, umpamanya *semua
batang sungai, *segala orang manusia, dan *sedikit helai kertas.
Penentu belakang
Penentu belakang ialah unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu
terdiri daripada kata penentu itu dan ini, seperti yang terdapat dalam contoh berikut :
Frasa Nama
Inti

Penentu belakang

Pemenang

itu

Bangunan

ini

b) Penerang kata kerja atau akar kata kerja


Penerang kata kerja atau akar kerja umumnya menerangkan perlakuan kepada inti.
Contohnya tempat menari; menari ialah perlakuan yang berkaitan dengan tempat itu. Contoh
lain adalah seperti berikut :

Frasa Nama
Inti

Penerang kata kerja

Majlis

bahas

Meja

tulis

c) Penerang kata adjektif


Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. Contohnya :
Frasa Nama
Inti

Penerang Kata Adjektif

Rumah

haram

Sekolah

rendah

d) Penerang kata adverba


Penerang kata adverba ialah unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama inti.
Contohnya :
Frasa Nama
Inti

Penerang Kata Adverba

lawatan

julung kali

jawapan

sekali gus

e) Penerang frasa sendi nama


Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti
kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asal,
dan matlamat.

Contohnya adalah seperti berikut ;


Frasa Nama
Inti

Penerang frasa sendi nama

hadiah

untuk

abang

Sendi nama

Nama

f) Penerang bilangan ordinal


Penerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi
urutan bilangan , misalnya pertama, kedua, kesepuluh, keseratus dan sebagainya. Unsurunsur demikian hadir sesudah inti. Contohnya adalah seperti berikut
Frasa Nama
Inti

3)

Penerang Bilangan Ordinal

lawatan

ketiga

cucu

kesebelas

Binaan Frasa Nama : Inti + Inti

Binaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai unsur penerang, kerana makna keseluruhan
frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh itu, binaan jenis ini tidak
mempunyai makna penerang.

Terdapat dua golongan frasa nama dari jenis inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang
didukung oleh perkataan-perkataan :
a) Inti + inti dengan maksud sama erti
b) Inti + inti dengan maksud lawan erti

Inti + inti dengan maksud sama erti


Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama demikian
membawa sama erti, iaitu merupakan semacam ulangan. Contohnya ;
Frasa Nama
Inti

Inti

tubuh

badan

hutan

rimba

inti + inti dengan maksud lawan erti


perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini
membawa makna yang berlawanan .Contohnya adalah seperti berikut :
Frasa Nama
Inti

Inti

lelaki

perempuan

saudara

saudari

jantan

betina

10

Você também pode gostar