Você está na página 1de 4

IKATAN DAN SIMPULAN ASAS PENGAKAP

BUKU SILA
Kegunaannya : Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka,
menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan
barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka
semula

BUNGA KETI
Kegunaannya : Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama
besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal

BUNGA KETI BERGANDA


Kegunaannya : Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali
yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT


Kegunaannya : Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke
Pacang Kerana Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal
Ikatannya
SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
Kegunaannya : Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada
kayu atau sebagainya.
SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)
Kegunaannya : Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau
menyambung tali yang licin

SIMPUL PULIH
Kegunaannya : Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa
memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak
kukuh
LILIT BALAK
Kegunaannya : Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret
Kayu Atau Batang Balak

TINDIH KASIH
Kegunaannya : Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak
terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat
mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga

LILIT ( Taut-Line )
Kegunaannya : Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang
Khemah Kerana Kepanjangan Tali Boleh Di Ubah-Ubah

Você também pode gostar