Você está na página 1de 2

Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan

sekolah ?.

Sekolah berkesan adalah sekolah yang mencapai suatu status yang memenuhi
kriteria-kriteria tertentu. Biasanya menggunakan prestasi pencapaian pelajar
sebagai pengukur pencapaian. Keberkesanan sekolah juga ialah sekolah yang
berjaya menunjukkan peningkatan yang baik dalam pencapaian akademik
pelajar, sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, mempunyai
kepemimpinan yang berjaya membawa perubahan, sekolah yang mempunyai
hubungan yang baik dengan komuniti dan sekolah yang mana hubungan antara
warganya baik dan mengamalkan kejelekitan yang tinggi.

Bagi penambahbaikan sekolah pula, ianya diukur dari segi tahap pelaksanaan
inovasi atau meningkatkan keadaan sekolah atau sistem sekolah manakala bagi
keberkesanan sekolah pula ianya merupakan satu konsep berasaskan semakan
ciri-ciri yang ada pada sesuatu sekolah. Mengikut Webes, ada 8 faktor untuk
sekolah berkesan iaitu kepimpinan pengurusan yang kuat, ekspektasi
pencapaian pelajar yang tinggi, suasana persekitaran sekolah yang positif,
penegasan kepada amalan membaca, additional reading personel,
penggunaan phonies (melalui orang lain), pengajaran memusatkan pelajar dan
pemikiran yang berterusan ke atas pencapaian pelajar.

Secara keseluruhannya faktor-faktor ini berfokus kepada beberapa dimensi


berikut iaitu kepimpinan, effikasi dan efficiency. Ketiga-tiga dimensi ini pula
adalah berasaskan kepada elemen-elemen:
(a)

kepimpinan pengetua

(b) faktor guru


(c)

faktor pelajar

(d) faktor persekitaran dan kontekstual.

Penambahbaikan sekolah juga adalah satu usaha dan satu perubahan untuk
memajukan sekolah. Usaha ini datangnya sama ada dari dalam sekolah atau dari
pihak luar sekolah. Fokus penambahbaikan sekolah adalah segala apa yang
memberi faedah kepada murid-murid, khusunya peningkatan pembelajaran

mereka dalam bilik darjah. Tindakan penambahbaikan sekolah ini memerlukan


satu perancangan yang sistematik dan perancangan ini dilaksanakan dan diurus
secara berterusan dan dalam penambahbaikan sekolah, aspek-aspek dalaman
sekolah, iaitu budaya dan keadaan-keadaan membolehkan yang memberi
kesan/impak kepada pengajaran-pembelajaran di bilik darjah sekolah, menjadi
sasaran perubahan. Segala aktiviti-aktiviti sekolah yang dikelola oleh guru-guru
dan orang lain, bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat sekolah.
Contohnya kaedah mengajar, aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan
kurikulum dan pengalaman-pengalaman murid dalam aktiviti-aktiviti luar bilik
darjah atau komuniti.

Oleh itu, sekolah berkesan dan keberkesanan sekolah merupakan konsep yang
diukur dari segi ciri-cirinya. Bagi penambahbaikan sekolah pula ianya sesuatu
prose yang berterusan tanpa titik noktah kerana sekolah yang lemah memang
memerlukan penambahbaikan manakala sekolah yang sederhana masih
memerlukan peningkatan dan perubahan. Sekolah yang cemerlang dan gemilang
masih bergerak ke arah perfectness; atau kesempurnaan. Oleh itu tiada suatu
piawai yang menjadi titik berhenti bagi penambahbaikan .
http://rusidimustapha.blogspot.com/

Você também pode gostar