Você está na página 1de 7

MASALAH-MASALAH PEMBELAJARAN MURID KEPERLUAN KHAS

DALAM MATEMATIK
Seseorang yang bermasalah pembelaaran bukan bererti dia tidak mampu
belajar. Adalah satu tanggapan yang silap apabila kita katakana kanak-kanak ini
tidak boleh belajar dan tidak dapat belajar. Mereka boleh belajar dan bijak
seperti orang lain, Cuma cara belajar mereka mungkin berbeza. Mereka
mempunyai cara belajar dengan cara mereka tersendiri. Setiap kanak-kanak
belajar dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengan kanak-kanak yang
mengalami masalah pembelajaran. Walaupun dikumpul semua kanak-kanak
bermasalah pembelajaran, mereka masih tidak sama antara satu sama lain. Di
antara

jenis-jenis

masalah

pembelajaran

ialah

diskalkulia

dan

disleksia.

Perkataan diskalkulia bermakna kesulitan pengiraan dalam kemahiran-kemahiran


yang tertentu dalam matematik. Hal ini disebabkan mereka mengalami masalah
dalam kemahiran mengira. Kemahiran mengira adalah asas dalam konteks
matematik. Sebelum murid pendidikan khas mengaplikasikan matematik dalam
kehidupannya mereka haruslah mahir dalam pembelajaran matematik. Mereka
haruslah menguasai operasi tambah, tolak, darab dan bahagi supaya dapat
menerapkan konsepnya dalam kehidupan.
Masalah diskalkulia ini menyebabkan murid-murid pemulihan mengalami
kesukaran

dalam

menguasai

kemahiran

operasi

asas

matematik.

Ia

menyebabkan murid-murid tidak dapat menghitung dengan betul apa-apa jua


benda yang diberikan. Dalam kehidupan seharian pula, dia tidak dapat membeli
sesuatu benda dalam kuantiti yang betul. Kelemahannya akan menjadi kekuatan
kepada orang lain. Hal ini menyebabkan mereka mudah ditipu oleh orang lain.
Selain itu, masalah ini juga mengakibatkan murid tersebut tidak dapat mengira
wang dengan betul. Mereka tidak menghargai nilai wang dan menggunakannya
secara sewenang-wenangnya.
Masalah yang seterusnya adalah murid pemulihan masih lagi tidak
menguasai kemahiran pranombor. Konsep pranombor yang perlu diajarkan
kepada murid-murid

pemulihan

melibatkan

konsep-konsep asas terhadap

mengenal dan memahami warna, saiz dan bentuk sesuatu objek. Murid-murid
yang mengalami kesukaran pada konsep pranombor tidak dapat membezakan
warna saiz sesuatu gambar dan juga suaikan bentuk yang sama. Di samping itu,
pemulihan juga sukar untuk mengenali nombor asas 0-9 dan mudah lupa
nombor-nombor tersebut. Manakala, aktiviti pengelasan adalah proses penting

untuk membentuk konsep nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa


tahap

iaitu

memilih

dan

membanding,

mengumpul,

memilih

semula,

mengasingkan kumpulandan memilih objek berdasarkan fungsi dan kegunaan.


Malah, murid pemulihan ada yang masih lagi tidak dapat menguasai aspekaspek tersebut.
Masalah

tersebut

menyebabkan

murid

pemulihan

tidak

dapat

mengkelaskan sesuatu benda mengikut warna, sais dan bentuk dalam kehidupan
sehariannya. Mereka juga tidak dapat mengukur, menyukat dan menimbang
barang-barang yang dibeli. Impaknya ia boleh menjejaskan masa depan murid
pemulihan. Mereka tidak dapat melibatkan diri dalam bidang yang sesuai.
Seperti mana yang kita bincangkan di atas, pada masa kini kebanyakan
bidangmemerlukan

penngetahuan

matematik

asas.

Tanpa

pengetahuan

matematik mereka sukar melibatkan diri dalam sesuatu bidang. Ia akan


menggelapkan masa depan murid pemulihan. Bak kata pepatah masa itu emas
menyatakan bahawa semasa mempunyai nilai yang berharga dan kita haruslah
menjaga masa dengan baik. Malah, murid pemulihan pula mengalami masalah
untuk menentukan waktu atau masa juga. Mereka tidak dapat menentukan masa
dengan betul berdasarkan jam, minit dan saat.
Lantaran itu, factor dalaman juga mempengaruhi kesukaran menguasai
subjek matematik. Murid pemulihan mengalami masalah dari segi fizikal iaitu
cacat pendengaran, masalah pengamatan, ketidakselarasan antara mata dan
tangan. Kesannya adalah murid pemulihan sukar untuk mempelajari, memahami
dan pengadaptasikan pengetahuan matematik yang telah dipelajari di dalam
kehidupan seharian. Di samping itu, murid-murid ini juga mengalami kesukaran
untuk mengawal koordinasi motor halus dan kemhiran persepsi pengihatan
kerana agak lemah untuk mengawal secara total pergerakan mata serta refleksi
otat-otat yang terlibat semasa menulis seperti otot lengan, tangan dan jari.
Murid yang mengalami masalah pengamatan juga tidak boleh mengesan jarak
antara nombor, menulis nombor di atas garisan dan terbalik.
Selain

daripada

itu,

factor

luaran

juga

mempengaruhi

masalah

pembelajaran dalam matematik. Terdapat segelintir guru yang tidak dapat


menyampaikan makumat yang berkaitan dengan matematik dengan sempurna
dan

tersusun.

pengalaman

Sekiranya

yang

cukup

guru

yang

dengan

mengajar

tidak

menggunakan

dapat

alat-alat

memberikan
yang

dapat

memberikan kefahaman yang lebih, maka sudah tentu konsep matematik


abstrak agal sukar untk dikuasai dan sukar untk menarik minat pelajar. Hal ini

menyebabkan murid pemulihan hilang minat dalam subjek matematik kerana


menganggap topic-topik matematk amat sukar untuk dikuasai. Selain itu,
persekitaran bilik darjah yang tidak kondusif iaitu jarak di antara papan hitam
dan kedudukan murid kdang kala tidak diambil kira oelh guru ketika proses
pengajaran dan pembelajaran di jalankan. Oleh itu, setiap masalah boleh
ditanggani melalui dengan menggunakan beberapa pendekatan, strategi dan
kaedah yang sesuai. Guru-guru, ibubapa dan juga pihak sekolah perlu
menitikberatkan

masalah-masalah

yang

dihadapi

oleh

murid

ini

dalam

matapelajaran matematik supaya dapat dipulihkan dengan segera tanpa ia


menjadi lebih serius.
Guru pemulihan khas memainkan peranan penting untuk menyampaikan
ilmu matematik kepada murid pemulihan. Guru juga perlu membimbing murid
pemulihan untuk cara untuk mengaplikasikan matematik dalam kehidupan
sehariannya. Antara masalah yng dihadapi oleh murid tersebut adalah tidak
dapat menentukan masa dan waktu, sukar untuk menimbang dan mneyukat
barang serta dengan masalah mengira wang.
Pertam sekali, langkah yang boleh guru laksanakan untuk mengajar
menetukan masa dan waktu kepada murid pemulihan khas adalah melalui
penggunaan model jam. Guru boleh boleh menggunakan model jam untuk
mengukuhkan konsep jam supaya murid dapat mempraktikkan kemahiran yang
baru belajar pada alat maujud. Guru boleh membekalkan murid model jam dan
minta murid memutarkan jarumnya mengikut saat, minit dan jam yang
dinyatakan oleh guru. Justeru, urid boleh mengaplikasikan ilmu tersebut sewaktu
berada di rumah.
Manakala untuk mengajar waktu pula guru boleh mengadakan aktiviti
kumpulan. Salah satu cadangan ialah murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
Murid diminta bertanya rakan-rakan dalam kumpulan baharu tentang bulan
kelahiran mereka dan mencatatnya pada sekeping kertas yang disediakan.
Semua murid kembali ke kumpulan asal dan membentangkan hasil dapatan
masing-masing. Seterusnya,, guru akan membekalkan setiap kumpulan satu
calendar lengkap dari bulan Januari hingga Disember. Murid perlu mencatatkan
bulan-bulan tersebut pada calendar. Akhirnya, murid diminta menyebut dan
mengeja nama setiap bulan secara berulang kali. Di samping itu, guru juga boleh
mengajar murid lagu yang mempunyai tentang bulan-bulan supaya mereka
boleh

mengingati

dengan

lebih

mudah.

Aktiviti

sebegini

dipilih

bagi

membolehkan murid meneroka sendiri nama-nama bulan yang ada supaya

mereka boleh mengingatnya dengan lebih baik. Manakala menghafal bulan


dengan

cara

menyanyi

dapat

menarik

minat

murid

dan

membantu

mengingatinya dengan lebih berkesan.


Seterusnya, masalah murid pemulihan khas dalam mengenal konsep wang
dan cara mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Walaupun kanak-kanak
telah mengenal konsep wang sejak kecil, bagi murid tersebut mereka merasa
sukar menguasai topic wang. Menurut Borich dan Tambori (1997), kontruktivisme
adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada murid
untuk

membina

kefahaman

terhadap

perkara

yang

dipelajari

dengan

mewujudkan jaringan atau hubungan dalam minda antara idea dan fakta yang
sedang dipelajari. Salah satu aktiviti yang dicadangkan adalah teknik simulasi.
Simulasi bermaksud teknik yang melibatkan murid memainkan peranan seolaholah berada dalam keadaan sebenar. Percubaan untuk menyamakan keadaan
sebenar dapat dilaksanakan supaya murid dapat menguasai konsep yang diajar
serta berupaya untuk memindahkannya ke situasi sebenar. Simulasi boleh
dilaksanakan dalam bentuk permainan, pemasalahan, berbentuk persaingan
atau koperatif. Sebagai contohnya, guru boleh mewujudkan situasi jual beli
didalam kelas. Guru akan menjadi sebagai peniaga manakala murid akan
menjadi pembeli. Guru akan melaksanakan urusan jual beli bersama murid
dengan menggunakan wang dan duit syiling.
Pada pendapat saya, simulasi ini akan menjadi pengalaman yang baik
kepada murid pemulihan supaya mereka boleh menerapkan dalam kehidupan
sehariannya. Mereka akan tahu cara menggunakan duit dalam urusan jual beli.
Di samping itu, guru juga boleh menyelitkan nilai murni seperti amalan jimat
cermat. Melalui ini, murid-murid akan mendapat satu pendedahan bahawa wang
memainkan perana yang penting dalam kehidupan.
Selain itu, pada peringkat awal murid biasanya mempunyai konsep yang
kurang mantap tentang ukuran dan sukatan. Misalnya, ramai murid masih tidak
sedar tentang keabadian ukuran dan sukatan. Mereka juga mungkin menghadapi
kesukaran mengamati keabadian dalam isipadu dan cecair. Contohnya isipadu
cecair akan berubah apabila cecair itu dituangkan ke dalam bekas berlainan
bentuk dan saiz. Kesilapan ini dapat diatasi apabila kebolehan kognitif murid
semakin berkembang di samping melalui pengalaman yang berkaitan. Kesedaran
guru terhadap masalah murid dalam keabadian ukuran dan sukatan tentulah
akan dapat membantu guru dalam perancangan dnaa pelaksanaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Guru seharusnya merujuk kepada teori Jean Piaget untuk mengetahui


dengan lebih mendalam tentang pengamatan kanak-kanak dalam ukuran dan
sukatan. Pembelajaran dan sukatan boleh menjadi satu pengalaman yang
menarik jika seorang guru dapat:

Memberi peluang kepada murid menganggarkan sesuatu kuantiti fizikal

sebelum aktiviti mengukur.


Merancang aktiviti yang membolehkan murid merekod hasil ukuran dan

sukatan dengan membina jadual secara individu, kumpulan atau kelas.


Memberi pengalaman kepada murid dalam penyelesaian masalah supaya
dapat menggunakan kemahiran mengukur dan menyukat dalam situasi
kehidupan seharian.
Anggaran harus diberi penekanan semasa menjalankan aktiviti mengukur

dan menyukat. Murid digalakkan menganggar suatu ukuran dan sukatan,


kemudian

membandingkannya

dengan

ukuran

yang

sebenar.

Melalui

penganggaran dan penyemakan dengan ukuran sebenar, murid dapat


memahami dengan jelas tentang apa yang diukur dan unit digunakan.
Guru hendaklah memberi penekana pengalaman yang boleh membantu
murid mengembangkan kefahaman tentang ukuran dan sukatan. Seperti
beberapa perbendaharaan kata yang berkaitan dengan ukuran dan sukatan
seperti berat-ringan, banyak-sedikit dan sebagainya harus diperkenalkan
sebagai pembendaharaan pra ukuran dan sukatan. Ukuran dan sukatan
memberi peluang kepada guru melibatkan murid dalam pelbagai aktiviti.
Kebanyakan pengajaran dan pembelajaran tentang ukuran dan sukatan
haruslah berpusat kepada aktiviti murid. Aktiviti yanag boleh dijalankan
termasuklah menyukat isipadu cecair. Contoh, rutin ialah seorang penjual
susu mempunyai bekas yang boleh menyukat 3 liter dan 5 liter cecair.
Bagaimanakah dia hendak menyukat sebanyak 7 liter dengan tepat?.
Dalam aspek menguasai kemahiran pra nombor iaitu untuk membolehkan
murid ini dapat membilang angka berdasarkan objek, guru haruslah
merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan demi
membantunya.
memahami

Misalnya,

konsep

bagi

membilang

memudahkan
angka

murid

berdasarkan

pemulihan
objek

guru

khas
boleh

menggunakan bahan konkrit. Sebagai contohnya, guru boleh menyuruh murid


untuk membilang ada berapa batang pensil. Dengan ini, murid itu dapat
memahami cara membilang dengan menggunakan obejk secara mudah

sahaja. Di samping itu, disebabkan ada murid yang mengalami kelemahan


dalam melengkapkan nombor secara menaik maka, guru seharusnya
mengutamakan aktiviti yang sesuai supaya mereka dapat menguasai untuk
melengkapkan nombor secara menaik.
Oleh itu, guru juga boleh melaksanakan aktiviti permainan matematik
yang melibatkan penggunaan nombor dalam konsep menaik dan menurun.
Misalnya, permainan snake dan ladder. Melalui cara bermain, murid akan
dapat mengetahui bagaimana hendak menggerakkan token mainan mengikut
dadu, mereka dapat belajar konsep menaik dan menurun secara tidak
langsung. Dari segi pengamatan pendegaran pula, bagi memastikan murid
pemulihan khas dapat mengenal arah kiri dan kanan. Aktiviti Shoulder Game
boleh dilakukan di mana minta murid memegang bahu rakannya dan
memberi arahan untuk bergerak dari kiri ataupun kanan.
Selain daripada itu, guru juga boleh mengaplikasikan kaedah Polya dalam
mengatasi masalah matematik dalam kalangan murid pemulihan. Menurut
model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat
peringkat iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah dalam matematik.
Seterusnya, merancang strategi penyelesaian seperti membuat simulasi,
melukis gambar rajah, mengenalpasti pola dan cuba jaya. Setelah merancang
strategi penyelesaian guru boleh melaksanakan strategi tersebut dan
akhirnya menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama
ada

jawapannya

munasabah

atau

tidak.

Kaedah

ini

sangat

sesuai

diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah dalam operasi asas matematik. Ia


juga membantu murid untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dialami
dalam kehidupan sehariannya bukan sahaja untuk operasi matematik.
Strategi yang seterusnya adalah kaedah Newman. Kaedah ini boleh
dimanafaatkan untuk mengenalpasti punca kesilapan dan kesalahan muridmurid khususnya dalam penyelesaian masalah (Newman,1977). Ujian rujukan
kritiria hendaklah diberi keutamaan dan dilakukan secara formatif. Model
berasaskan teori Newman (1977) mendefinisikan lima kemahiran membaca
spesifik bagi penyelesaian masalah matematik iaitu membaca (decoding),
pemahaman,

transformasi,

kemahiran

proses

dan

ancoding.

Langkah

pelaksanaan ini terhadap murid adalah pertama sekali guru perlu bercakap
kepada murid dengan mesra, ringkas bagi keselesaan kepadanya. Jelaskan
tujuan guru bercakap

dengannya adalah

untuk membantunya dalam

matematik. Selepas itu, beritahu murid yang guru mahukannya buat untuk

membuat beberapa masalah matematik terdahulu sekali lagi. Guru sediakan


murid dengan kertas soalan dan kertas jawapan yang baru dan minta dia
menjawab semula soalan terdahulu yang pernah dibuatnya tetapi jawapan
salah. Setelah sudah menjawab, Tanya murid beberapa atau semua soalan
atau arahan Newman yang bersesuaian. Guru perlu mengelakkan membantu
dalam apa-apa peringkat tetapi buat catatan ringkas tentang jawapan murid
yang sangat reaveling. Akhirnya, tentukan mengikut klasifikasi ralat Newman
iaitu guru dapat mencari dimana murid tidak dapat membuat latihan pada
peringkat awal ujian.
Kesimpulannya ibubapa dan pihak sekolah juga memainkan peranan yang
dalam menangani masalah murid dalam subjek matematik. Sokongan
ibubapa amat dialu-alukan untuk mengambil bahagian sepenuhnya bagi
membantu kanak-kanak permasalahan pembelajaran. Ahli keluarga mestilah
sentiasa merujuk kepada guru kelasnya untuk mengikuti perkembangan anak
di sekolah dan ibubapa perlulah mengajar anak-anaknya dengan memberi
pendedahan tentang pengiraan matematik melalui permainan. Ibubapa juga
haruslah memberi peluang kepada mereka untuk berhadapan dengan
pengiraan dan penghitungan dalam aktiviti seharian. Seterusnya, guru-guru
juga perlu mengamalkan cara mengajar yang lebih bersistematik. Guru perlu
mula mengajar daripada konkrit, pictorial dan akhirnya kepada symbol atau
abstrak. Guru patutlah menggunakan strategi yang perbagai dan sumber
bahan

yang

bersesuaian

untuk

meningkatkan

tahap

kefahaman

dan

pencapaian murid. Pihak sekolah juga hendaklah mengambil berat terhadap


murid-murid pemulihan khas yang menghadapi masalah pembelajaran
matematik. Pihak sekolah boleh menyarankan aktiviti-aktiviti atau program
yang boleh meningkatkan keupayaan murid dalam matematik. Elakkan
menyisihkan murid-murid tersebut daripada kalangan murid yang berkelas
perdana. Strategi-strategi yang telah disarankan memang memberi kesan
yang baik jika ia diaplikasikan secara berterusan dan dengan cara yang betul.

Você também pode gostar