Você está na página 1de 8

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

(Set 16)

Isu-isu Semasa dan Masa


Depan
Kumpulan 9:
Anis Syafinaz Binti Zainal Abidin A145151
Hamim Farihana Binti Md. Latif A145167
Nur Khalida Binti Mohamad
A145176
Izwaharyanie Binti Zulkepli
A145145
Rosmaliyana Binti Che Well
A145166
Lim Sel Fang
A145155
Koh Kuan Wei
A145146

Pengenalan
Tamadun manusia pada masa depan sudah pasti
berhadapan dengan pelbagai persoalan besar.
Ledakan teknologi maklumat dan segala cabangnya
yang dikuasai Barat merupakan cabaran kepada
masyarakat Islam dan Asia untuk mempertahankan
jati diri masing-masing.
Rantau ini pernah melahirkan beberapa tamadun
besar yang mempunyai nilai dan imej tersendiri.
Namun, setelah dijajah oleh Barat, nilai-nilai
kehidupan mereka semakin meresap ke dalam
amalan dan gaya hidup masyarakat Timur.
Melalui globalisasi yang sering dilaungkan oleh
Barat, mereka akan dapat menguasai setiap aspek
kehidupan masyarakat dunia melalui pelbagai cara.

Dunia Berbilang Tamadun


Masyarakat Timur memiliki dan mewarisi pengalaman
ratusan tahun hidup bersama tamadun lain secara
harmoni dengan bertunjangkan prinsip toleransi dan
persefahaman.
Dunia silam mahupun moden merakamkan pelbagai siri
peperangan dan keganasan antara etnik. Ia dicetuskan
oleh masyarakat Barat atas pelbagai faktor.

Keamanan, toleransi dan keharmonian dunia


berbilang agama dan tamadun lebih tertonjol di
kawasan Tamadun Asia.
Dunia dan masyarakat moden hari ini amat
dahagakan kepada keamanan dan keharmonian
yang melampaui batasan agama dan bangsa.
Rahsia ini perlu digali, nilai dan dapatan perlu
disebarkan kepada pencinta keamanan sejagat.

Cabaran Globalisasi dan Hegemoni Barat


Istilah globalisasi diberi beberapa pengertian dan difahami
dalam pelbagai konteks penggunaannya. Berikut merupakan
beberapa definisi dan penjelasan tentang globalisasi.

Princeton N. Lyman: globalisasi diertikan sebagai merujuk


kepada rapid growth of independency and connection in the
world of trade and finance. Beliau juga berpendapat bahawa
globalisasi tidak boleh dihadkan kepada fenomena
perdagangan dan pengaliran kewangan yang berkembang
dan kian meluas.
Pusat Kajian Globalisasi dan Regionalisasi, Universiti Warwick,
England menekankan pendiriannya bahawa kefahaman
tentang globalisasi mengambil pelbagai dimensi, iaitu politik,
ideologi, ekonomi dan budaya.

CSGR mempunyai dua pandangan terhadap globalisasi.


Pertama: globalisasi dilihat sebagai satu himpunan proses.
Kedua: globalisasi dilihat sebagai satu wacana.
David Loy: melihat globalisasi sebagai a complex set of
developments: economic, political, technological and culture
Leonard Briones: bukan sahaja terdapat globalisasi
perniagaan dan ekonomi tetapi selari dengannya juga
terdapat globalization of the democratic institutions, social
development and human rights and the womens movement
Rumusan: Globalisasi ialah suatu himpunan proses pengaliran
global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai
bidang aktiviti manusia (fizikal atau bukan fizikal). Boleh jadi ia
dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem.
Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti
manusia yang terlibat kian mengait, saling bergantung dan
kompleks sifatnya

Globalisasi yang diberi erti luas adalah satu hakikat


yang tidak dapat dipertikaikan.
Globalization was a reality without a name. telah
wujud sekitar 1500 tahun.
Imperialisme suatu bentuk globalisasi, juga dianggap agen
globalisasi. Setiap imperialisme mempunyai kecenderungan
untuk menglobalisasikan objek-objek tertentu.
Terdapat perbezaan ketara antara globalisasi zaman dahulu
dengan sekarang. Namun, perbezaan bukan dari segi sifat
tetapi dari segi ciri-cirinya.

Keempat-empat dimensi globalisasi kontemporari juga


terdapat pada globalisasi zaman Islam.
Tetapi ciri-ciri globalisasi banyak berubah sesuai
dengan perubahan zaman: Ciri kepesatan, ciri
kesalingbergantungan, ciri keluasan, ciri kepantasan.

Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai


gelombang yang melanda dunia.
Gelombang pada zaman moden lebih besar, kuat
dan laju daripada gelombang era Islam.
Tetapi gelombang globalisasi zaman pasca moden
lebih besar lagi, lebih perkasa dan lebih pantas lagi
jika dibanding dengan gelombang globalisasi zaman
moden.

Sekian, terima kasih

Você também pode gostar