Você está na página 1de 16

Topik : Peribahasa

Tema

Budi Bahasa

.............................................

Bagai kacang melupakan kulit


Orang yang lupa akan asalnya atau orang yang menolongnya
Andrian bagai kacang melupakan kulit kerana tidak menghiraukan ibu bapa angkatnya di kampung
sejak dia bekerja di Kuala Lumpur
Bagai melepaskan anjing tersepit
Menolong orang yang tidak tahu mengenang budi
Pertolongan yang pernah diberikan oleh Pak Sudin kepada Imran bagai melepaskan anjing tersepit
kerana setelah senang, Imran tidak mahu membayar tanah yang digadai oleh Pak Sudin itu.
Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Menrendah diri
Apabila berada di rumah Pak Long Leman, baiklah membawa resmi padi daripada membawa
resmi lalang, pesan Pak Long Lokman kepada anaknya.
Berkata peliharakan lidah
Hati-hati dengan setiap pertuturan
Ibu sentiasa berpesan kepada kami supaya berkata periharakan lidah agar tidak dibenci oleh teman-teman.
Harimau mati meningkatkan belang, manusia mati meningkatkan nama
Setiap manusia dikenang kerana baktinya semasa hidup
Walaupun Tun Abdul Razak telah lama meninggal dunia, namun jasa beliau terhadap negara dan rakyat tetap
dikenang. Begitulah kalau harimau mati meningkatkan belang, manusia meningkatkan nama.
Hidung tinggi
Sombong
Sikapnya yang hidup tinggi itu dibenci oleh teman-temannya.
Hutung emas dapat dibayar, hutung budi dibawa mati
Budi yang diterima tidak dapat dibalas seumur hidup
Segala bantuan jirn-jirannya semasa kejadian tanah runtuh itu amat dihargai oleh Pak Cik Idris. Bagainya
hutung emas dapat dibayar, hutung budi dibawa mati.
Kata biar dikota
Janji atau kata-kata diucapkan hendaklah ditunaikan
Kamil tetap berjumpa dengan Alif meskipun hujan lebat. Baginya kata biar dikota.
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
Sangat berbesar hati menerima nasihat atau pernolongan orang lain
Bantuan ini saya terima dengan senanh hati, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Copyright Reserved

Topik : Peribahasa
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
Orang yang elok dan cantik tetapi berbudi bahasa
Anak gadis Mak Milah itu laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

Tema
Kasih Sayang / Perhubungan
...................................................................
Air dicencang tidak akan putus
Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
Meskipun anak-anak Mak Cik Esah selalu bergaduh, tetapi pergaduhan ini tidak akan berpanjangan kerana air
dicencang tidak akan putus.
Anak di pangkuan dilepaskan, kera di riba disusui
Melebihkan orang lain daripada keluarga sendiri
Sikap Encik Jalil yang melebihkan rakan-rakannya daropada keluarga sendiri menyebabkan kebajikan anak-anak
terabai. Bak pepatuh, anak di pangkaun dilepaskan, kera di riba disusui.
Bagai isi dengan kuku / bagai dakwat dengan kertas / bagai beliung dengan asahan
Hubungan yang sangat rapat
Hubungan Hafizi dengan Khairul sangat rapat bagai isi dengan kuku.
Bagai menatang minyak yang penuh
Melayan seseorang dengan baik
Puan Janet dan suaminya menjaga anak mereka bagai menatang minyak yang penuh.
Baik sangka
Rasa muhibah
Puan Nethu baik sangka terhadap semua orang. Oleh sebab itu, dia mudah bergaul dengan masyarakat di
sekelilingan.
Bau-bau bacang
Pertalian keluarga yang jauh
Walaupun Iman dengan saya hanya bau-bau bacang, tetapi hubungan kami amat rapat.
Bersatu teguh, bercerai roboh
Jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat, tetapi jika kita berpecah belah, kita akan lemah Rakyat Malaysia
diseru agar sentiasa bersatu padu kerana bersatu teguh, bercerai roboh.
Bukit sama didaki, luruh sama dituruni
Perhubungan yang sangat akrab dan tidak dapat dipisahkan
Sebagai suami isteri seharusya kesusahan dan kesenangan diharungi bersama, bak kata orang, bukit sama didaki,
luruh sama dituruni.

Copyright Reserved

Topik : Peribahasa
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua
Berselisih faham sesama keluarga akhirnya berbaik semula
Setelah beberapa bulan bermasam muka, akhirnya Aimi dan Amirul berbaik semula. Benarlah kata orang, carikcarik bulu ayam, lama-lama bercantum jua.
Gigi dengan lidah adakalanya tergigit juga
Perselisihan faham kadangkala berlaku antara suami isteri dan sanak saudara
Walaupun mereka dikatakan pasangan paling ideal, namun suami isteri itu tidak menafikan bahawa kadangkala
mereka bertengkar juga tentang sesuatu perkara. Bak pepatah, gigi dengan lidah adakalanya tergigt juga.
Hilang di mata, di hati jangan
Walaupun berjauhan, tetap ingat di hati
Sungguhpun Aina dan suaminya berjauhan, namun mereka sering berhubung melalui telefon kerana bagi mereka
hilang di mata, di hati jangan.
Kera sumbung
Orang yang tidak suka bergual dengan orang lain
Wani tidak dikenali oleh jiran tetangganya kerana dia bersikap kera sunbung.
Laksana kunyit dengan kapur
Mudah mesra
Walaupun baru berkenalan, tetapi Delitha dengan Aleeya laksana kunyit dengan kapur.
Macam belangkas
Tidak boleh dipisahkan
Deliah dengan Azian macam belangkas kerana ke mana-mana mereka pergi pasti berdua.
Seperti anjing dengan kucing
Selalu bertengkar
Halim dan Helmi seperti anjing dengan kucing kerana sering bergaduh.
Seperti cincin dengan permata
Jodoh amat yang sesuai
Pasangan pengantin baru itu seperti cincin dengan permata.
Tema
Perbuatan yang sia-sia
.........................................................
Ada sampan hendak berenang
Senjaga menyusuhkan diri sendiri
Janganlah berbuat sesuatu yang mudah dengan cara yang susah. Inilah yang dikatakan orang sudah ada sampan
hendak berenang.
Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Copyright Reserved

Topik : Peribahasa
Melepaskan barang yang dimiliki demi mengharapkan sesuatu yang belum pasti dimiliki
Zaki berhenti bekerja kerana menyangka permohonannya untuk memasuki universiti akan diterima, namun
sebaliknya berlaku. Tindakan Zaki umpama harapan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
Kalah jadi abu menang jadi arang
Dua pihak yang berkelahisama-sama menanggung kerugian
Peperangan yang sering terjadi dalam kalangan negera Islam hanya merugikan raykat negara yang terlibat
kerana kalah jadi abu menang jadi arang.
Kutu embun
Orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam
Abang dimarahi oleh ayah dan ibu kerana bercampur dengan kutu-kutu embun di simpang jalan itu.
Mencurahkan garam ke laut
Melakukan pekerjaan yang sia-sia
Saya umpama mencurahkan garam ke laut kerana segala nasihat yang diberikan langsung tidak dipedulikannya.
Mengajar itik berenang
Mengajar seseorang yang sudah pandai
Tidak perlulah kita menunjukkan cara untuk membuat kek itu kepada Puan Lina kerana dialah tuan punya kedai
kek yang terkenal di bandar itu. Jangan sampai kita dikatakan mengajar itik berenang.
Yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat
Keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh malah keuntungan yang dimiliki turut habis hilang
Ibu menasihati ayah supaya tidak bersikap tamak dalam perniagaan kerana bimbang yang dikendang berciciran
yang dikejar tak dapat.
Tema
......

Semangat Patriotisme / Cinta akan Negara


...........................................................................................

Bahasa menunjukkan bangsa / bahasa jiwa bangsa


Bahasa menjadi lambang dan identiti sesuatu bangsa
Kita haruslah bertutur dalam bahasa Malaysia dengan betul kerana bahasa menunjukkan bangsa.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Mematuhi peraturan dan adat di tempat yang diduduki
Warganegara asing yang datang ke Malaysia mestilah mematuhi undang-undang negara ini kerana
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Hilang bahasa, lenyaplah bangsa
Jika sesuatu bahasa itu pupus, maka bangsa itu juga akan lenyap
Kekuatan sesuatu bangsa terletak pada kekuatan bahasanya. Jika hilang bahasa, lenyaplah bangsa.
Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
Copyright Reserved

Topik : Peribahasa
Sebaik-baik negara orang tidak sebaik negara sendiri
Walaupun Hasri kagum akan kemajuan negara Jepun, namun dia tetap merindui negara asalnya kerana hujan
emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.
Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kadang kerbau menguak
Pandai menyesuaikan diri di tempat yang diduduki
Pandai-pandailah kamu menyesuaikan diri apabila tinggal di asrama nanti. Bersikaplah seperti masuk ke
kadang kambing mengembek, masuk ke kadang kerbau menguak.pesan ayah kepada kakak.
Pemuda tonggok negara, pemudi harapan bangsa
Golongan belia ialah agen pembagunan negara yang utama
Golongan belia hendaklah bekerjasama membangunkan negara kerana pemuda tonggok negara, pemudi harapan
bangsa.
Seperti belut pulang ke lumpur / seperti ikan pulang ke lubuk / setinggi-tinggi bangau terbang akhirnya
hinggap di belakang kerbau juga
Orang yang merantau telah pulang ke tempat asalnya dan payah untuk merantau lagi
Doktor Sanusi seperti belut pulang ke lumpur kerana pulang ke tanah air setelah 20 tahun meletap di luas
negara.
Seperti burung gagak pulang ke benua
Seseorang yang tidak berubah keadaannya meskipun telah lama merantau
Meskipun Wen Siang sudah lama bekerja di Perth, Australia namun sikapnya masih tidak berubah semasa saya
berjumpa dengannya. Dia seperti burung gagak pulang ke benua.

Tema
Penyesalan
....... ......................................

Buang yang keruh, ambil yang jernih


Buang yang jahat dan ambil yang baik
Mereka saling bermaafan untuk menyelesaikan perselihan faham, bak kata orang, buang yang
keruh, ambil yang jernih.
Nasi sudah menjadi bubur
Perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak boleh diubah lagi
Lai Wien menyesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh semasa bersekolah dahulu kerana kini
dia terpaksa bekerja sebagai buruh binaan. Penyesalannya sudah tiada maknanya lagi kerana nasi
sudah menjadi bubur.
Putih mata
Kecewa
Serina putih mata apabila beg tangan yang diidamkannya telah dibeli orang.

Copyright Reserved

Topik : Peribahasa
Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu
Sekali tertipu, kali dua sudah tahu
Sharil tidak mempercayai rakannya itu lagi kerana dia pernah ditipu oleh rakannya itu; sekali jalan
kena, dua kali jalan tahu.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Berfikir sebelum melakukan sesuatu supaya tidak menyesal
Setelah ditangkap polis, Sudir menyesali perbuatannya tetapi semuanya sudah terlambat kerana
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Sekiranya terlanjur dalam melakukan sesuatu kesalahan, eloklah insaf dengan segara
Saya menyeru kepada murid-murid yang terlibat dengan dadah supaya segaralah bertaubat dan
berusaha untuk menjauhi diri daripada dadah. Bak kata orang, kalau sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna.
Sudak terhantuk, baru tengadah
Setelah mendapat kesusahan barulah hendak berhati-hati
Setelah anaknya dimasukkan ke hospital kerana deman denggi, barulah Encik Rajes membersihkan
persekitaran rumahnya. Sikap Encik Rajesh bertepatan dengan peribahasa sudah terhantuk, baru
tengadah.
Takut akan bayang-bayang sendiri
Rasa takut kerana bersalah
Oleh sebab takut akan bayang-bayang sendiri, akhirnya Mamat mengaku bersalah.

Daya usaha / Kesungguhan


Tema
....... ..................................................................
Alah bisa tegal biasa
Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah apabila sering dilakukan
Setelah sebelum di kampung, kedinginan air perigi dan gigitan nyamuk tidak lagi menjadi masalah
kepada Farid kerana alah bisa tegal biasa.
Alang-alang berdakwat biarlah hitam
Jika mengerjakan sesuatu, janganlah sekerat jalan
Ibu menegur kakak kerana tidak memcuci semua pakaian kotor itu. Bagi itu, alang-alang berdakwat
biarlah hitam.
Alang-alang berminyak biar licin
melakukan sesuatu kerja biarlah sampai sempurna
Cikgu Aliff sering menasihati kami supaya menyiapkan latihan yang diberinya dengan sempurna
seperti bidalam alang-alang berminyak biar licin.
Copyright Reserved

Topik : Peribahasa

Bekas tangan
Hasil kerja tangan seseorang
Bakul-bakul rotan ini bekas tangan nenek saya.
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Jika berusaha dengan gigih, orang yang bodoh akan berjaya juga
Semakin ama semakin cekap dia bermain piano, bak kata orang, belakang parang kalau diasah
lagikan tajam.
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
Orang yang rajin
Danish disukai oleh majikannya kerana belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah
datang.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
Menghadapi kesusahan dahulu untuk mendapat kesenangan pada hari kemudian
Jutawan itu menceritakan kesusahan yang dihadapinya dahulu sebelum memperoleh kesenangan
kini. Baginya, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang kemudian.
Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan
Jika ada keinginan atau cita-cita pasti ada cara untuk mencapainya
Jika kamu benar-benar mahu mencapai impian kamu, pasti ada jalannya kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan, kata Cikgu Sabri kepada Nathan.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Jika dikehendaki pelbagai usaha boleh dilakukan tetapi jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan
Usahlah kamu memberikan pelbagai alasan lagi tentang sebab kamu tidak menyiapkan kerja yang
diarahkan kerana jika kamu mahu sudah pasti kamu boleh meakukannya, bak peribahasa Melayu,
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih ,leter Puan Jamilah kepada George.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Kejayaan tidak akan dicapai jika tidak disertakan usaha
Setiap pelajar yang mahu mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan perlulah
berusaha bersungguh-sungguh kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Kais paga makan pagi, kais petang makan petang
Orang miskin yang harus bekerja tanpa mengira masa untuk menyara hidup
Walaupun hidup keluarganya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, namun mereka
bahagia.
Lembu punnya susu, sapi dapat nama
Copyright Reserved

Topik : Peribahasa
Orang lain yang berusaha, orang lain pula yang menerima sanjungan
Kamilah yang bertungkus-tungkus untuk menjayakan majlis itu, tetapi Hayati pula yang mendapat
pujian. Begitulah kata orang, lembu punnya susu, sapi dapat nama.
Malas berdayung, perahu hanyut
Kejayaan tidak akan dicapai jika seseorang malas berusaha
Jika kamu malas belajar, kamu tidak akan berjaya kerana malas berdayung perahu hanyut,
nasihat ibu kepada Suria.
Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut
Jika tidak mahu berusaha, kejayaan pasti tidak dapat dicapai
Yusni rajin bertanya kepada gurunya jika dia tidak memahami sesuatu perkara kerana baginya
malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.\
Mandi peluh
Bekerja dengan bersungguh-sungguh
Setiap hari, Pak Ali mandi peluh di bendang untuk mencari rezeki.
Ringan tulang
Rajin bekerja
Pembantu rumah Puan Nora sering dipuji kerana ringan tulang.
Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
Kerja yang dilakukan dengan sabar, akhirnya mencapai kejayaan
Wang di dalam tabung itu sudah penuh kerana dia rajin menabung. Itulah kata orang, sedikitsedikit, lama-lama menjadi bukit.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Sesuatu pekerjaan akan selesai akhirnya jika dilakukan dengan tekun dan sabar
Mahani dapat menyiapkan semua tempahan kuih pelanggan sebelum menjelang hari raya kerana
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Tulang empat kerat
Menggunakan tenaga sendiri untuk melakukan sesuatu pekerjaan
Pak Hamdan menggunakan tulang empat keratnya semasa mengusahakan tanah kebun seluas dua
ekar itu.
Ulat buku
Orang yang suka membaca
Qistuna sering menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan kerana dia ulat buku.
Usaha tangga kejayaan
Hanya dengan usaha yang bersungguh-sungguh kejayaan dapat dikecap
Jika ingin mencapai kejayaan dan mengejar cita-cita, kita perlulah sentiasa berusaha dengan gigih
Copyright Reserved

Topik : Peribahasa
kerana usaha tangga kejayaan.

Tema
.......

Keberanian
....................................

Berani kerana benar, takut kerana salah


Berani kerana berada di pihak yang benar
Iskandar tidak gentar apabila dibawa berjumpa denga guru besar kerana baginya berani kerana
benar, takut kerana salah.
Bergadai nyawa
Mempertahankan nyawa, meletakkan diri dalam keadaan yang dapat menyebabkan maut
Ketika perahu penambung itu terbalik, Zamir bergadai nyawa untuk menyelamatkan seorang wanita
yang hampir lemas.
Berkata benarlah walaupun pahit
Berterus teranglah demi kebenaran walaupun mungkin akan menyakiti perasaan orang lain Berkata
benarlah walaupun pahit, kata Rita kepada Syikin ketika memujuknya agar menceritakan
masalahnya setelah melihat Syikin menangis.
Biar putih tulang, jangan putih mata
Leih baik mati daripada menanggung malu
Para pejuang kemerdekaan negara sanggup berkorban nyawa kerana bagi meraka biar putih
tulang, jangan putih mata.
Cacing yang hendak menjadi naga
Orang kecil yang hendak menyamai orang besar
Pemandu kereta kepada pengarah syarikat itu diberhentikan kerja kerana didapati menyamar
sebagai pengarah untuk menipu orang ramai. Perbuatannya itu seperti cacing yang hendak
menjadi naga.
Hidup ini suatu perlumbaan
Dalam kehidupan seharian, kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan sering berlumba dalam
mencapai kejayaan
Kita haruslah bertindak secara bijaksana apabila menghadapi dugaan kerana hidup ini suatu
perlumbaan.
Membujur lalu melintang patah
Tidak menghiraukan halangan atau masalah
Apa-apa sahaja yang hendak kita lakukan, hendaklah membujur lalu melintang patah. Jika tidak
sukar untuk kita beroleh kejayaan,pesan ayah kepada abang.
Pantang berundur sebelum berjuang
Copyright Reserved

Topik : Peribahasa
Tidak berputus asa sebelum berjaya
Walaupun pelbagai halangan yang menimpa, namun kami tetap akan teruskan pendakian ini
kerana bagi kami pantang berundur sebelum berjuang. kata ketua pasukan pendaki gunung itu.
Pantang mati sebelum ajal
Tidak akan tewas; berundur sebelum masanya
Walaupun pasukan kami sudah ketinggalan tiga jaringan, namun kami tetap akan bermain
berhabis-habisan kerana kami memegang konsep pantang mati sebelum ajal, kata ketua pasukan
bola sepak itu.

Tema
.......

Pemuafakatan / Bekerjasama
............................................................................

Bagai aur dengan tebing


Saling membantu dan bekerjasama
Masyarakat Kampung Permai bagai aur dengan tebing kerana sentiasa bekerjasama dalam segala
urusan.
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Memetingkan diri sendiri
Masalah kita tidak akan selesai jika masing-masing bersikap bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing, kata ketua pasukan itu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Betapa susah kita melihat penderitaan seseorang, lebih susah bagi orang itu menghadapi
penderitaannya
Kami berasa terharu akan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir itu, apatah lagi
mereka yang melaluinya kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Kerja yang berat atau yang susah akan menjadi senang dan mudah sekiranya dilakukan bersamasama
Majlis perkahwanan Kak Milah berjalan dengan lancar kerana keluarga kami mengamalkan sikap
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Bersatu teguh, bercerai roboh
Bersatu padu menyebabkan masyarakat menjadi kuat, perpecahan pula akan melemahkan
masyarakat
Masalah kita sama-sama berusaha untuk menbanteras gejala penagihan dadah dalam kalangan
anak muda kampung ini. Kata orang, bersatu teguh, bercerai roboh, kata ketua kampung itu.
Bersekutu bertambah mutu
Perpaduan dalam kalangan rakyat menjamin kesejahteraan hidup
Copyright Reserved

Topik : Peribahasa
Sebagai pekerja di restoran ini, kamu semua seharusnya bantu-membantu bagi mengurus restoran
ini kerana bersekutu bertambah mutu , kata pengurus restoran yang baru dibuka itu.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Mencapai kata sepakat dengan mesyuarat
Urusan pentadbiran persatuan itu berjalan dengan lancar kerana semua tindakan yang
dilaksanakan telah pun disepakati dalam mesyuarat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa
Melayu, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Bulat kata
Sepakat ; sehati
Penduduk kampung ini bulat kata untuk membantu Pak Kassim membaiki rumahnya.
Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama diceceh
Pengagihan yang sama banyak
Azhar dan Zaki dapat bertahan sebagai rakan kongsi selama lebih 20 tahun kerana jatuh bangun
dan untung rugi syarikat dikongsi bersama. Bak pepatuh, hati gajah sama dilapah, hati nyamuk
sama diceceh.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
Orang yang bermuafakat akan sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya
Mereka berjanji akan sentiasa memberikan kerjasama demi kemajuan syarikat kerana mereka sedar
bahawa mereka ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
Muafakat itu berkat
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan bersama-sama pasti mendatangkan hasil yang baik
Penduduk Taman Jati berpakat untuk menubuhkan rukun tetangga bagi menjaga keselamatan
mereka. Bagi mereka muafakat itu berkat.
Tema
.......

Berhati-hati / Teliti / Berjimat cermat


....................................................................................

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya


Orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Lihatlah murid itu, nampaknya sahaja pendiam,tetapi sebenarnya
murid cemerlang,kata Cikgu Tan.
Alah membeli, menang memakai
Biarlah barang yang dibeli mahal asalkan tahan lama
Perabot ini mahal harganya, namun begitu tahan lama. Bak kata orang, alah membeli, menang memakai.
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
Berhati-hati ketika hendak menceritakan sesuatu rahsia
Kak Siti diingatkan agar berhati-hati apabila mencecritakan perkara yang dianggap rahsia kerana bercakap siang

Copyright Reserved

Topik : Peribahasa
pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.
Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
Melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati
Semasa berada di rumah Pak Long, pandai-pandailah membawa diri. Bak kata orang, berjaln pelihara kaki,
bercakap pelihara lidah, pesan ibu kepada kakak.
Biar lambat asalkan selamat
Melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan berhati-hati supaya mendapat hasil yang baik dan sempurna
Ayah memandu kereta dengan berhati-hati kerana baginya biar lambat asalkan selamat.
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Selalu berwaspada dan berhati-hati
Ibu sering menasihati kami supaya mengamalkan sikap suka menabung kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis.
Memasang telinga
Mendengar dengan teliti
Para peserta kursus itu memasang telinga ketika penceramah itu berucap.
Menarik rambut di dalam tepung
Teliti semasa menyelesaikan sesuatu masalah
Dalam mesyuarat itu, Encik Dahlam bersikap menarik rambut di dalam tepung kerana tidak mahu ada ahli
pengarah yang berkecil hati.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati
Sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal
Anak-anak perlu diberikan didkan agama supaya mereka dapat mengelakkan diri daripada gejala yang tidak
bermoral. Jika sudah terjebak, memang sukar untuk membetulkan keadaan. Oleh itu, mencegah adalah lebih baik
daripada mengubati .
Mengukur baju di badan sendiri
Berbelaja mengikut kemampuan sendiri
Sebelum membeli kereta mewah itu, ukurlah baju di badan sendiri supaya kamu tidak akan susah nanti, kata
ayah kepada abang.
Pandu cermat jiwa selamat
Memandu kenderaan dengan berhati-hati
Ayah berpesan kepada abang agar berhemah semasa memandu kereta kerana pandu cermat jiwa selamat.
Rosak badan kerana mulut
Seseorang akan menerima akibat buruk jika tidak pandai mengawal tutur kata
Hasyim dipukul oleh Pak Samad anaknya kerana menuduh anak Pak Samad mencuri motosikalnya tanpa
menyelidik hal yang sebenar. Nasib Hasyim boleh diibaratkan seperti peribahasa rosak badan kerana mulut.

Copyright Reserved

Topik : Peribahasa

Sediakan payung sebelum hujan


Berjaga-jaga sebelum ditimpa bencana
Ayah memeriksa keadaan keretanya sebelum bertolak ke kampung. Baginya lebih baik, sediakan payung sebelum
hujan.
Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
Sekali tertipu tertu akan berhati-hati pada masa akan datang
Saya tidak akan meminjamkan wang kepadanya lagi kerana hutangnya yang lalu belum dibayarnya lagi. Bak kata
orang, seklai jalan terkena, dua kali jalan tahu.
Tepuk dada tanya selera
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan hendaklah difikirkan baik-baik
Saya hanya memberikan cadangan, keputusannya di tangan kamu. Tepuk dada tanya selera,kata Amir kepada
rakannya.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain
Apabila bercakap dengan seseorang, kita hendaklah memikirkan kesan pertuturan kita kerana terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Tema
.......

Kepentingan Ilmu / Pendidikan


..........................................................................

Ada kemenyan sebesar lutut jika dibakar tak akan berbau


Orang yang banyak mempunyai ilmu tetapi tidak menggunakannya maka tiada faedah yang diperoleh
Walaupun Halim berkelulusan dalam bidang agama dari luar negara, namun sikapnya yang ada kemenyan
sebesar lutut jika dibakar tak akan berbau amat mengewaskan ibu bapanya.
Alah bisa tegal biasa
Pekerjaan yang susah jika selalu dilakukan akan menjadi senang
Pada mulanya agak susah baginya untuk menenun kain songket, akhirnya dia mahir kerana alah bisa tegal biasa.
Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut / bingung tiada dapat diajar, cerdik tiada dapat diikut
Orang yang bodoh berlagak pandai dan tidak mahu mendengar nasihat atau tunjuk ajar orang
Semua pelajar di kelas Lia tidak suka akan sikapnya yang terlagak pandai dan tidak mahu mendengar tunjuk ajar
orang seperti kata orang bodoh tiada dapat diajar, cerdik tiada dapat diikut.
Buta huruf
Tidak pandai membaca
Orang tua itu menyuruh Yani menmbacakan surat yang diterimanya kerana dia buta huruf.
Diam penggail berkarat
Ilmu yang tidak diamalkan akan hilang

Copyright Reserved

Topik : Peribahasa
Ilmu jika tidak diamalkan, maka akan hilang seperti kata orang, diam penggail berkarat.
Hanya jauhari mengenal manikam
Hanya orang yang mahir atau pakar pandai membuat penilaian tentang perkara tertentu
Masalah hukum-hukum agama hendaklah merujuk kepada ahli ulama kerana hanya jauhari mengenal manikan.
Hendak belajar berenang dapatlah itik, hendak belajar memanjat dapatlah tupai
Hendak mempelajari sesuatu carilah orang yang pakar tentang bidang tersebut
Kalau kamu ingin belajar cara membuat kek, pergilah belajar dengan Puan Diana kerana kalau hendak belajar
berenang dapatlah itik, hendak belajar memanjat dapatlah tupai,jelas Siti kepada Manisa.
Ilmu pelita hati
Ilmu pengetahuan sebagai panduan hidup
Kita selalu diingatkan supaya menuntut ilmu kerana ilmu pelita hati.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Mendidikan anak-anak mestilah semasa mereka masih kecil
Ibu bapa hendaklah mengajar anak supaya menabung wang sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Membaca jambatan ilmu
Dengan membaca, banyak ilmu pengetahuan diperoleh
Pengetahuan seseorang akan bertambah jika rajin membaca pelbagai bahan bacaan kerana membaca jambatan ilmu.
Memeras otak
Berfikir atau belajar dengan gigh
Kakak memeras otak untuk memperoleh ijazah kejuruteraan yang diimpikannya.
Seperti ayam mematuk anak
Ibu bapa yang menghukum anak-anak bertujuan membetulkan kelakuan mereka
Encik Aziz akan mendenda anaknya yang melakukan kesalahan dengan tujuan untuk menyedarkan anak-anaknya
seperti ayam mematuk anak.
Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul
Ibu bapa yang cuba membetulkan kesalahan anak tetapi mereka juga melakukan kesalahan
Sikap Encik Johari seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana cuba melarang anaknya merokok
sedangkan pada masa yang sama, dia merokok di hadapan anaknya.
Tema
.......

Kecantikan
.................................

Bagai bulan dipagari bintang / emas baru disepuh


Cantik
Anak Mak Besah yang bongsu itu sangat jelita bagai bulan dipagari bintang.

Copyright Reserved

Topik : Peribahasa

Bagai cincin dengan permata


Sama-sama cantik
Perkahwinan anak gadis Puan Neetha yang cantik itu dengan seorang pramugara yang kacak bagai cincin
dengan permata.
Bagai pinang dibelah dua / bagai kunyit dengan kapur
Sepadan ; secocok
Pasangan pengantin itu sangat secocok bagai pinang dibelah dua.
Rumah buruk disapu cat
Perempuan tua yang suka bersolek
Mak Cik Leha seperti rumah buruk disapu cat kerana suka bersolek walaupun sudah berusia setengah abad.
Tema
.......

Nasib Malang
......................................

Antan patah lesung halang / sudah jatuh ditimpa tangga


Kemalangan yang dialami bertimpa-timpa
Pada minggu lepas, anaknya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya dan hari ini, suaminya pula
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Begitulah kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga.
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu
Keadaan hidup seseorang yang sangat miskin dan melarat
Setelah ibu dan ayah meninggal dunia, abanglah yang menyara hidup kami lima beradik dengan pendapatannya
yang tidak seberapa. Keadaan hidup kami bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu.
Bagai layang-layang putus tali
Sudah putus harapan ( bergantung pada nasib )
Setelah tidak berjaya mendapat tempat di insitusi pengajian tinggi, dia berasakan dirinya bagai layang-layang
putus tali.
Malang tidak berbau
Kejadian buruk yang akan menimpa tidak dapat dijangka
Kita hendaklah sentiasa berhati-hati semasa memandu kederaan kerana malang tidak berbau.
Tanam padi tunbuhnya lalang
Orang yang bernasib malang kerana segala usahanya tidak berhasil sebagaimana yang diharapkan
Sudah pelbagai perniagaan yang diceburi olah Jamil, namun satu pun tidak menjadi. Begitulah nasib Jamil yang
dikatakan orang, tanam padi tumbuhnya lalang.
Terlepas mulut buaya masuk ke mulut harimau
Baru terlepas daripada kemalangan atau bahaya yang kecil terkena pula kemalangan atau bahaya yang lebih besar
Setelah tentera Jepun menyerah kalah, penduduk tanah Melayu dianiaya pula oleh pihak kominis. Begitulah nasib

Copyright Reserved

Topik : Peribahasa
penduduk Tanah Melayu yang dikatakan terlepas mulut buaya masuk ke mulut harimau.
Tiada beban batu digalas
Tiada masalah tetapi sengaja mencari masalah
Tindakan Mahadi yang campur tangan dalam pertengkaran jirannya dengan kumpulan samseng itu menyebabkan
Mahadi turut cedera dipukul oleh kumpulan disebut. Sikap Mahadi itu ibarat tiada beban batu digalas.
Untung batu
Nasib yang tidak baik
Untung batu saya hari ini kerana pagi-pagi lagi beg saya diragut,kata Misya kepada rakannya.
Untung sepanjang jalan , malang sekelip mata
Kemalangan datang secara tiba-tiba
Keuntngan yang diperoleh oleh Latifa dalam perniagaan yang telah dijalankannya beberapa tahun yang lalu,
hilang begitu sahaja setelah dia melabur semua simpanannya itu dalam satu pelaburan yang tidak diiktiraf oleh
kerajaan. Begitulah nasib Latifa yang dikatakan untung sepanjang jalan , malang sekelip mata.

Copyright Reserved

Você também pode gostar