Você está na página 1de 13

BMM3083 Fonetik dan Fonologi

Nama: Chong Mei Jiun

Unit: M1

28/1/2015

Apakah maksud Bahasa Melayu Baku?


Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap dalam semua aspek
yang merangkumi koda, status, penggunaan bahasa, ejaan, tatabahasa, istilah,
penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. Bahasa baku dikaitkan dengan golongan
berpendidikan tinggi dalam masyarakat.
Apakah Bahasa Baku?
Bahasa Baku ialah satu ragam bahasa yang digunakan untuk suasana dan
keperluan rasmi dan formal. Dalam bentuk lisan, suasana dan keperluan rasmi atau
formal itu berlaku dalam ucapan, syarahan, pengajaran, mesyuarat, dan taklimat. Dapat
juga ditambahkan bahawa untuk tujuan estetik seperti dalam deklamasi sajak dan
nyanyian, seringkali digunakan juga bahasa baku dalam hal sebutan. Dalam bentuk
tulisan, bahasa baku digunakan dalam surat rasmi, arahan, pekelilingan, laporan, iklan
pekerjaan atau tender, minit mesyuarat, dan sebagainya. Bahasa baku juga dikatakan
sebagai bahasa golongan terpelajar, iaitu golongan yang memegang peranan penting
dalam sektor-sektor penting seperti pentadbiran, pendidikan, kehakiman, perdagangan,
dan sebagainya.
Menurut Garvin dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud
pembakuan dalam semua aspek bahasa; berusaha dan melakukan proses
pengekodan, dan kutipan informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima
daripada masyarakat serta yang telah menjadi norma kebahasaan bagi seluruh
masyarakat itu. Pengekodan adalah satu persetujuan tidak rasmi yang diambil tentang
satu variasi daripada beberapa variasi yang wujud dan variasi itu menjadi kelainan
yang mewakili bahasa. Contohnya, variasi yang dipilih sebagai variasi bahasa baku ini
mempunyai kaitannya dengan faktor-faktor sosiosejarah. Umpamanya variasi yang
dituturkan oleh golongan terpelajar, maka variasi itu dari segi penggunaannya diterima
pakai oleh penutu-penutur yang lain.
Dalam penggunaan rasmi atau dalam situasi formal, bahasa Melayu perlu
memperlihatkan bentuk dan gaya yang betul, tepat, ringkas, mudah, dan santun.

BMM3083 Fonetik dan Fonologi


Seterusnya dikemukakan panduan umum mengeja dan menyebut perkataan dan
istilah bahasa Melayu dalam huruf rumi. Beberapa panduan perlu dipatuhi bagi
mengeja perkataan, istilah dan kata majmuk dengan betul meliputi keselarasan huruf
vokal, kekecualian huruf vokal, penggunaan diftong, penggunaan huruf konsonan,
perkataan pinjaman (istilah), imbuhan dan kata sendi di dan ke, partikel, ganti nama
singkat dan penulisan kata majmuk.
Apakah Fungsi-fungsi Bahasa Baku?
Bahasa tersebut digunakan dalam urusan rasmi sebagai bahasa rasmi negara dan
bahasa persuratan.
Apakah ciri-ciri Bahasa Baku?
Bahasa baku mempunyai ciri-ciri dan sistem tersendiri;
a.

digunakan untuk tujuan rasmi;

b.

tidak mempunyai penutur asli;

c.

mematuhi peraturan tatabahasa sepenuhnya;

d.

digunakan dalam konteks formal;

e.

mempunyai pelbagai laras;

f.

mengamalkan sistem panggilan formal;

g.

bersifat fonemik iaitu sebutan mengikut ejaan;

h.

mengalami perancangan yang sistematik;

i.

tiada unsur-unsur kependekan atau kata-kata singkatan;

j.

menggunakan bahasa yang tersusun; dan

j.

menekankan ketepatan dan kejelasan makna.

Aspek-aspek Bahasa Baku


Sebenarnya sebutan baku baru merupakan salah satu aspek bahasa baku. Yang
dimaksudkan bahasa baku lebih luas daripada aspek itu. Bahasa seorang baru dapat
dikatakan baku apabila orang itu menguasai:
1.
2.
3.
4.

Sistem ejaan
Peristilahan dan kosa kata
Tatabahasa
Sebutan

BMM3083 Fonetik dan Fonologi


Bahasa Melayu telah mencapai tahap kebakuan yang tinggi dalam bidang ejaan,
istilah, kosa kata, dan tatabahasa. Hanya aspek sebutan yang belum mencapai
kebakuan yang sepatutnya.
Aspek ejaan, kita telah mempunyai tulisan Jawi yang digunakan sejak abad ke-12
apabila Islam memperkenalkan aksara Arab. Semua kitab dan hikayat Melayu tertulis
dalam tulisan Jawi. Pada tahun 1984 sistem ejaan Jawi itu diperkemas supaya sesuai
dengan kehendakan zaman.
Tulisan rumi pula sudah disusun pada tahun 1904 oleh R.J. Wilkinson dan
kemudian diperkemas oleh Zaba menjadi Ejaan Sekolah. Sistem ini digunakan
berpuluh-puluh tahun, dan kemudian pada tahun 1972 diperkemas pula menjadi Sistem
Ejaan Baru. Jadi, jelas bahawa aspek ejaan telah baku, walaupun penyempurnaan tetap
perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
Dalam bidang peristilahan, usaha menggubal istilah dalam bahasa Melayu di
negara ini sudah bermula sejak tahun 1956 lagi. Hingga sekarang telah ada 400,000
istilah untuk 300 bidang ilmu dan ikhtisas. Walaupun kerja pembentukan istilah masih
tetap berterusan, sesuai dengan perkembangan bahasa Melayu, bolehlah dikatakan
bahawa kita sudah mempunyai kaedah yang baku tentang cara pembentukan istilah.
Tatabahasa Melayu pula telah memperlihatkan kemantapan sejak berabad-abad
yang lalu. Wujudnya karya-karya besar seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan
sebagainya dengan sendirinya menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah mempunyai
aturan-aturan bahasa yang baku. Dalam zaman kegemilangan kerajaan Melayu pada
abad ke-15 dan selanjutnya, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pentadbiran, bahasa
perhubungan diplomatik, bahasa undang-undang, bahasa ilmiah , bahasa perdagangan,
dan bahasa kesusasteraan tinggi. Tentulah semua itu menjadi kenyataan ketika bahasa
Melayu telah mempunyai sistem bahasa yang mantap.
Tatabahasa Melayu secara terancang menjadi lebih mantap apabila ahli-ahli
bahasa menyusun tatabahasa yang digunakan di sekolah dan di sektor lain. Ahli yang
ulung dalam memantapkan tatabahasa Melayu ialah Zaba, sehingga buku-buku

BMM3083 Fonetik dan Fonologi


tatabahasa yang tertulis kemudian banyak yang bersandar pada buku Pelita Bahasa
Melayu karya tatabahasawa itu.

Ciri Sebutan Baku:


1. Setiap huruf, sama ada dalam ejaan Jawi atau Rumi hendaklah dilafazkan
dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya.
2. Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga
berdasarkan bentuk kata (pola suku kata), sama ada kata dasar atau kata
terbitan.
3. Nada suara yang digunakan semasa bercakap hendaklah ditentukan
berdasarkan jenis dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu serta keperihalan
keadaan yang berkenaan.
4. Terdapat kekecualian cara penyebutan bagi beberapa kata tertentu, seperti kata
rai dan linguistik.

Dasar Sebutan Baku


Sebagai pedoman umum semata-mata, dasar sebutan baku dapat diterangkan dengan
meninjau bunyi-bunyi vokal, konsonan, dan diftong dalam bahasa Melayu.
1. Vokal <a> diucapkan [ a ] pada posisi manapun. Jadi kata seperti ada, apa,
baka, cinta, duka diucapkan [ ada ], [ apa], [baka], [cinta], [duka] sebagaimana
ucapan bagi kata astaka, armanda, beca, asrama, bola, beranda, bota,
cakerawala, cendekia, cota, dalca, fatwa, karya, kesatria, lawa, maha, merdeka,
nada, nyonya, para, pria, pesta, prosa, pola, sastera, sayembara, takwa, taala,
wanita, wira yang sudah kian lama ada dalam bahasa Melayu. Kata-kata yang
agak baru dalam bahasa Melayu dan selama ini diucapkan secara fonemik ialah
akta, balada, drama, fakta, fasa, frasa, fenomena, firma, kolera, norma,
orchestra, palma, plasma, prisma, propaganda, swasta, dan banyak lagi.
2. Vokal <e> yang melambangkan <e> taling dan <e> pepet diucapkan [e] dan [],
menurut bunyi asal sesuatu kata itu. Masalah yang selalu ditimbulkan oleh
pengguna bahasa, khususnya pelajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua,
ialah kesulitan menentukan adakah [e] atau [] yang harus diucapkan bagi katakata yang dieja dengan huruf <e>, lebih-lebih lagi bagi kata-kata yang homograf
tetapi lain ucapan dan maknanya seperti perang, semak, sepak, selak, serak,
dan sebagainya. Masalah tersebut dapat diatasi dengan merujuk kepada kamus.

BMM3083 Fonetik dan Fonologi


Dalam kamus yang baik, bunyi [e] diberi tanda taling seperti accent aigue pada
kata Perancis attach. Jadi, perang yang merujuk kepada warna dicatatkan
dalam kamus sebagai prang. Maka tahulah kita bahawa sepatutnya bukan
[prang] yang membawa makna perkelahian besar. Demikian juga, kata peka
yang sering diucapkan orang [pka] menurut kamus harus diucapkan [peka].
3. Vokal <i> dalam bahasa Melayu melambangkan bunyi [i] dan bukan [e]. Oleh itu
kata adik hendaklah diucapkan [adi] menurut sebutan baku, bukan [ade].
Orang yang anti sebutan baku selalu melebih-lebihkan ucapan kata itu menjadi
[adik] sehingga kedengaran janggal, supaya dengan itu masyarakat menolak
gagasan sebutan baku. Tetapi ingatlah bahawa kepalsuan tidak akan dapat
menutup kebenaran.
4. Vokal [u] yang melambangkan bunyi [u] tidaklah harus diucapkan [o]. Jadi, kata
seperti duduk hendaklah diucapkan [dudu], bukan [dudo]. Sekali lagi, orang
yang menolak sebutan baku menciptakan khayalan dengan mengucapkannya
sebagai [duduk].
5. Vokal <o> dalam sebutan baku diucapkan [o]. Jadi, kata seperti botol diucapkan
[botol], bukan [btl].
6. Diftong <ai>, <au>, <oi> dalam sebutan baku diucapakan sebagai satu kesatuan
bunyi, iaitu sebagai inti suku kata. Malah dalam ucapan yang bersahaja
sekalipun

tidak

ada

orang

yang

menguasai

bahasa

Melayu

yang

mengucapkannya seolah-olah dua bunyi yang diselangi hentian glotis. Jadi, kata
seperti pantai diucapkan [pantai] bukan [pantai]. Kata seperti pulau diucapkan
[pulau], bukan [pulau]. Kata sepoi diucapkan [spoi], bukan [spoi].
7. Demikian pula halnya dengan huruf-huruf konsonan yang hampir semua
memberikan satu nilai bunyi. Kekecuali hanya berlaku bagi beberapa bunyi yang
dilambangkan oleh dua huruf konsonan, iaitu <gh>, <kh>, <ng>, <ny>, <sy>.
Huruf <k> pula dapat melambangkan dua bunyi, iaitu [ k ], dan [ ].
Pola Keselarasan Vokal
Keselarasan vokal meliputi perkataan yang berbentuk dua suku kata. Bagi
perkataan yang mengandungi lebih dua suku kata, peraturan keselarasan huruf vokal
ini hanya wajar bagi dua suku kata yang terkahir. Terdapat lapan belas pola
keselarasan huruf vokal dalam bahasa Melayu yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan
daripada berlakunya kesilapan ejaan. (rujuk Rajah 12.1)

BMM3083 Fonetik dan Fonologi

Rajah 12.1: Pola Keselarasan Vokal Bahasa Melayu

BMM3083 Fonetik dan Fonologi


Sebutan Huruf Vokal
Terdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu. Vokal perlu disebut dengan
betul menurut nilai bunyi individu. Kedudukan vokal dalam perkataan boleh berada
sama ada di awal, di tengah atau di akhir.
a. Huruf a dilafazkan dengan bunyi [ a ] pada mana-mana kedudukannya.
Contoh:
pada

[a + da]

berada

[be + ra + da]

cabaran

[ca + ba + ran]

warganegara

[war + ga + ne + ga + ra]

b. Huruf e dilafazkan dengan bunyi [ e ]


Contoh:
elok

[e + lok ]

leka

[le + ka]

nenek

[ne + nek]

c.Huruf e pepet dilafazkan dengan bunyi [ ]


Contoh:
emak

[ + mk]

segar

[s + gar]

kelam

[k + lam]

d. Huruf i dilafazkan dengan bunyi [ i ]


Contoh:
ini

[i + ni]

putih

[pu + tih]

intip

[in + tip]

BMM3083 Fonetik dan Fonologi


e. Huruf o dilafazkan dengan bunyi [ o ]
Contoh:
oleh

[o + leh]

bola

[bo + la]

sorak

[so + rak]

f. Huruf u perlu dilafazkan dengan bunyi [ u ]


Contoh:
ubi

[u + bi]

ular

[u + lar]

tunjuk

[tun + juk]

putus

[pu + tus]

Penyebutan Bunyi Diftong


Ada tiga diftong asli dalam bahasa Melayu, iaitu
/ai /, /au /, dan / oi /. Semua diftong ini dilafazkan
sebagai satu kesatuan bunyi.
1. Huruf diftong / ai / dilafazkan dengan bunyi
[ ai ] pada semua kedudukan (suku kata 6terbuka), contohnya pan.dai, hai.ran.
2. Huruf diftong / au / dilafazkan dengan bunyi [ au ] pada semua kedudukan ( suku
kata terbuka), misalnya sau.da.ra, ha.ri.mau.
3. Huruf diftong / oi / dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ i ]
bagi kata jati bahasa Melayu (suku kata terbuka), contohnya:
se.poi, do.doi, dan ka.loi.

Penyebutan Bunyi Konsonan


Semua huruf konsonan dilafazkan dengan nilai bunyinya, sama ada di awal, di tengah
atau di akhir kata. Contohnya:
Konsonan

Awal

Tengah

Akhir

ba.suh

sa.bun

ja.wab

cu.kai

cu.cuk

Mac

de.wan

pa.da

wu.jud

BMM3083 Fonetik dan Fonologi


f

fi.kir

na.fas

a.rif

ga.ji

ja.ga

beg

ha.ti

ma.hu

mu.rah

Penyebutan Dua Konsonan dengan Satu Nilai Bunyi


Kata yang mengandungi gugus konsonan disebut dengan satu nilai bunyi, sama ada
terletak di awal, di tengah atau di akhir kata, contohnya:
Huruf

Awal

Tengah

Akhir

gh

ghai.rah

magh.rib

ba.ligh

kh

kha.bar

a.khir

ta.rikh

ng

nga.nga

si.nga

ny

nyi.or

su.nyi

sy

syah.du

i.sya.rat

Penyebutan Konsonan dengan Tiga Nilai Bunyi


Terdapat satu konsonan yang boleh diberikan tiga nilai bunyi, sama ada hadir di awal, di
tengah atau di akhir suku kata, contohnya:
Huruf

Awal

Tengah

ka.mi

la.ki

Akhir

ba.la?

ta .zim

Penyebutan Kata Dasar


Kata dasar disebut berpandukan kaedah pemenggalan suku kata ejaan, kecuali apabila
terdapat urutan bunyi dua vokal yang sama, iaitu pola V V yang menerbitkan V-VK,
KV-K, dan KV-VK, contohnya:
Pola Suku

Kata

Kata
V-KV

Pemenggalan Sebutan
Suku Kata

isi

i.si

[ i.si ]

BMM3083 Fonetik dan Fonologi


V-KVK

ikan

i.kan

[i.kan]

VK-KV

inci

in.ci

[ in.ci ]

VK-KVK

angkat ang.kat

[ang.kat]

KV-KV

lama

la.ma

[ la.ma ]

KV-KVK

dalam

da.lam

[ da.lam ]

KVK-KV

tampi

tam.pi

[ tam.pi ]

KVK-KVK canggih cang.gih

[ cang.gih ]

Penyebutan Kata Terbitan


Kata terbitan pada dasarnya disebut mengikut pola pemenggalan suku kata yang
berdasarkan pola ejaan, VK-, KV, dan KVK. Bagaimanapun, terdapat beberapa variasi
penyebutan kata-kata yang berawalan tertentu.
i.

Kata terbitan dengan bentuk awalan beR, peR, teR, meN, peN, di-, ke- atau
se- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan atau awalan
di-,ke- atau se- dengan kata dasar yang dengan huruf vokal atau diftong
dilafazkan dengan kaedah pemenggalan suku kata ejaan, contohnya:

Ejaan

Sebutan

bernyanyi

[ ber.nya.nyi ]

menunggu

[ me-nung.gu ]

penyanyi

[ pe.nya.nyi ]

dihantar

[ di.han.tar ]

keadaan

[ ke.ada.an ]

seekor

[ se.e.kor ]

tertulis

[ ter.tu.lis ]

peragut

[ pe.ra.gut ]

BMM3083 Fonetik dan Fonologi


ii.

Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- dengan kata dasar yang
bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara
pemecahan suku kata ejaan juga, contohnya:

Ejaan

Sebutan

mengarah

[ men.nga.rah ]

mengikut

[ me.ngi.kut ]

pengedar

[ pe.nge.dar ]

pengundi

[ pe.ngun.di ]

iii.

Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN-

yang mengandungi kata dasar ekasuku dilafazkan mengikut cara pemecahan


suku kata ejaan, contohnya:
Ejaan

Sebutan

mengepam [ me.nge.pam ]
mengepos [ me.nge.pos ]
mengetin

[ me.nge.tin ]

pengecat

[ pe.nge.cat ]

pengelap

[ pe.nge.lap ]

pengecas

[ pe.nge.cas]

iv.

Kata terbitan dengan awalan beR-, peR-, mempeR-, dipeR-, teR-,


menteR- atau diteR-dengan kata dasarnya yang bermula dengan
bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan dua cara, iaitu:

a. sebutan mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan.


b. sebutan mengikut cara pemenggalan bentuk
bentuk dasarnya.

awalan dengan

BMM3083 Fonetik dan Fonologi


Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara sebutan yang pertama.
Ejaan

Sebutan

berangkat

[ be.rang.kat ] atau
[ ber.ang.kat ]

berekor

[ be.rekor ] atau
[ ber.e.kor ]

perelok

[ pe.re.lo? ] atau
[ per.e.lo? ]

memperelok

[ mem.pe.re.lo? ] atau
[ mem.per.e.lo? ]

diperelok

[ di.pe.re.lo? ] atau
[ di.per.e.lo? ]

terangkat

[ te.rang.kat ] atau
[ ter.ang.kat ]

v.

Kata terbitan dengan akhiran an, i-, dan kan atau partikel lah, -kah,
-tah atau kata ganti singkat ku, -mu dan nya dilafazkan dengan satu
cara sahaja, iaitu pola pemenggalan suku kata ejaan, contohnya:

Ejaan

Sebutan

tajaan

[ ta.ja.an ]

menjalankan

[ men.ja.lan.kan ]

jemputlah

[ jem.put.lah ]

bilakah

[ bi.la.kah ]

siapatah

[si.apa.tah ]

milikku

[ mi.lik.ku ]

BMM3083 Fonetik dan Fonologi


vi.

Kata terbitan yang mengandungi kata dasar yang berakhir dengan


bunyi hentian glotis [ ? ] yang menerima akhiran an atau i dilafazkan
dengan dua cara, iaitu:

Bentuk sebutan yang berpola bunyi suku kata KV-KVK.


Bentuk sebutan yang menerima sisipan bunyi hentian glotis sebagai
penutup suku kata akhir kata dasar. Walau bagaimanapun,
keutamaan diberikan kepada cara penyebutan yang pertama.

Kata

Sebutan

ejekan

[ e.je.kan ] atau [ e.je?.kan ]

keelokan

[ ke.e.lo.kan ] atau
[ ke.e.lo?.kan ]

masakan

[ ma.sa.kan ] atau
[ ma.sa?.kan ]

memasuki

[ me.ma.su.ki ] atau
[me.ma.su?.ki ]

Você também pode gostar