Escolar Documentos
Profissional Documentos
Cultura Documentos
SMASRA
Pencegahan jenayah adalah satu aspek penting dalam memastikan kawasan tempat tinggal
sentiasa aman dan selamat.
Walaupun menangani jenayah adalah tanggungjawab pihak berkuasa, orang ramai boleh
memainkan peranan penting dalam melindungi diri, keluarga dan masyarakat.
Jika anda menyaksikan sebarang kejadian jenayah, anda perlu melaporkannya kepada balai polis
yang berhampiran. Laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan senarai nombornombor telefon untuk memudahkan anda menghubungi balai-balai polis tempatan dan daerah.
Selain dari itu, anda juga boleh mengingati nombor 999 yang digunapakai dalam semua keadaan
kecemasan.
Laman web PDRM juga menyediakan beberapa panduan dan petua berguna untuk mencegah
kejadian jenayah. Di antara jenayah-jenayah yang dibincangkan termasuk pecah rumah, curi
kereta, keganasan rumahtangga dan ragut.
Program Rukun Tetangga yang ditadbir dengan baik juga boleh menjadi langkah pencegahan
yang berkesan dalam membasmi kegiatan jenayah di kawasan-kawasan perumahan.
Selalu gunakan jalan yang pernah dilalui oleh orangramai, jangan mengikut jalan yang dekat dan
gelap. Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orangramai.
Berpakaian dengan sempurna, kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan
menarik perhatian perogol.
Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau
keretapi.
Jangan biasa balik rumah larut malam. Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang
kenderaan atau tidur di perhentian bas.
Ibubapa dan penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan kecil pergi ke kedai untuk
membeli barang di waktu malam.
Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.
Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau mengigit badan perogol untuk
melepaskan diri.
Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Jangan berjalan atau bersiar-siar di
tempat gelap.
Jangan memakai barang-barang kemas dengan banyak. Elakkan daripada meletak beg duit
anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.
Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan
laluan laulintas.
Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg
itu di tempat yang tidak terdedah.
Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng
motosikal.
Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai
olehnya.
Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat
sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.
Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika
ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.
Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli
tiket wayang bolasepak, bas atau keretapi.
Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau keretapi jangan berasakasak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun.
Jika anda menyimpan duit tanpa beg dalam poket baju, jangan biar duit-duit itu nampak dari luar
(atau jangan pakai baju yang jarang).
Jangan biarkan orang-orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu kiri anda
terutama sekali semasa menaiki / menuruni kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk
sesuatu tujuan.
Jangan simpan duit (wang) di satu kocek sahaja. Simpanlah dalam kocek-kocek yang
berasingan.
Pasang besi gerigi kasi-kasi (grill) pada almari kaca (show case) supaya penjenayah tidak dapat
mengaut (scoop) barang-barang kemas dari dalam almari kaca itu walaupun kaca-kaca tersebut
dapat dipecahkan olehnya.
Pasang alat kecemasan yang berbunyi apabila almari kaca (show case) dipecah.
Adakan close circuit camera yang boleh mengambil gambar penjenayah-penjenayah apabila
berlaku rompakan.
Adakan laluan sulit (secret opening) supaya pekerja dapat melepaskan diri untuk meminta
pertolongan.
Elakkan memakai barang-barang kemas dan jam tangan yang berharga atau membawa wang
yang banyak semasa berjalan-jalan atau bersiar-siar berdua-duaan di tempat bebas terutama
sekali di waktu malam.
Jangan duduk berdua-duaan dalam kereta atau taman-taman bunga di tempat gelap dan sunyi.
Sekiranya ada orang-orang yang anda curigai merayau-rayau, cepat-cepat tinggalkan tempat itu.
Jika anda diugut terus menjerit meminta pertolongan dari orang ramai.
Elakkan dari membawa wang tunai yang banyak dalam satu bungkusan kecuali jika anda
mempunyai beg yang dipasang khas dengan alat-alat pengempar serta kunci berantai.
Gunakan pengiring yang bersenjatapi semasa mengeluarkan wang yang banyak dari bank atau
membawa wang ke bank.
Ubahkan jadual dan jalan laluan dan jangan gunakan kenderaan yang sama selalu.
Pastikan tiada orang yang mencurigakan mengekori anda semasa membawa keluar wang dari
syarikat-syarikat kewangan atau semasa membawa wang untuk disimpan. Jika kereta anda
diekori oleh orang-orang yang mencurigakan berhenti ditempat orangramai dan telefon Polis
segera.
Berhati-hati dan bergerak ke destinasi yang dituju apabila anda fikir selamat.
Semasa membayar gaji dikilang-kilang atau ladang-ladang yang terpencil dan sunyi ketatkan
kawalan keselamatan. Tutup pintu pagar dan pastikan tiada orang luar boleh masuk.
Habiskan pembayaran gaji dengan segera. Jika ada baki yang banyak jangan simpan dalam
pejabat atau dirumah. Simpan balik dalam bank.
Tentukan pergerakan anda pergi dan balik dari syarikat kewangan tidak diketahui oleh
kakitangan anda.
Bertenang dan ikut arahan penjenayah, cari peluang untuk menggunakan alat pengempar jika
ada apabila penjenayah-penjenayah tidak menyedarinya.
Apabila dipaksa menyerah harta benda atau wang serahkan satu demi satu dengan tujuan
melambat-lambatkan masa agar bantuan pertolongan dapat sampai.
Jika perompak-perompak tidak memakai topeng, cuba cam muka mereka. Perhatikan tandatanda seperti parut, tahi lalat, mata juling atau tidak, rambut kerinting atau lurus dan lain-lain.
Adalah penting jika anda dapat ingat nombor kenderaan, warna dan jenisnya.
Lapur kepada Polis dengan serta merta samada melalui telefon atau datang sendiri supaya
tindakan dapat diambil dengan pantas.
Jangan sentuh atau ganggu tanda-tanda keterangan yang ditinggalkan oleh penjenayah.
Pasangkan pintu masuk utama rumah anda dengan tanggam-puting (mortise) yang bermutu
tinggi atau kunci pasak (Rim Latch) yang mempunyai bentuk selak mati (Dead Molting) serta
kunci palang yang disokong oleh kunci yang kukuh.
Memperkukuhkan pintu/tingkap-tingkap masuk utama rumah anda dengan besi gerigi kasikasi/pagar yang boleh dilipat.
Memperkemaskan pagar gerigi kasi-kasi (Grille Gate) dengan besi penyangkut (Iron Clasp) dan
penutup gelangan mangga yang kukuh (strong closed shackle padlock).
Adakan alat-alat keselamatan yang lebih ke atas pintu utama anda, contohnya lubang
pandangan, rantai pintu, selak keselamatan tanggam puting (mortise security bolts).
Jangan letakkan alat-alat/perkakas pecah rumah seperti pengumpil (crowbars) tangga dan alat-
Pasangkan/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah ia bertujuan untuk memberi suasana
yang orang berada dalam rumah.
Jangan tinggalkan kunci rumah anda ditempat persembunyian diluar kawasan rumah.
Sebelum membuka pintu periksa dahulu pengenalan pelawat/orang yang tidak dikenali. Jangan
tinggal nota menyatakan yang anda tiada dirumah.
Minta bantuan dari jiran-jiran anda untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda
dirumah.
Sebelum meninggalkan rumah atau hendak masuk tidur kunci semua pintu, tingkap dan pintu
pagar.
Ruang kosong alat penghawa dingin yang telah ditinggalkan perlulah ditutup dengan kasi-kasi
besi yang kusuh.
Pelihara anjing pengawas atau angsa. Binatang-binatang tersebut dapat mencegah penjenayah
dari memasuki rumah anda.
Bersihkan kawasan luar rumah dari semak-semak yang boleh digunakan untuk bersembunyi.
Lapur kepada balai polis yang berhampiran semasa anda bercuti supaya rondaan dapat dibuat.
Simpan wang tunai yang berlebihan dan barang-barang kemas dalam bank.
Jangan sekali-kali meninggalkan kenderaan anda dengan enjin yang masih hidup walaupun
sebentar saja. Cabut kunci (switch) dan simpan.
Pasangkan rantai dan kunci yang kukuh keatas motosikal apabila tidak digunakan. Pasangkan
alat pencegah kecurian dan mengukir nombor kereta anda pada cermin depan/belakang dan
tingkap.
Kunci semua pintu dan tutup semua cermin kereta anda setiap kali anda meninggalkannya
walaupun sekejap sahaja.
Keluarkan semua barang-barang yang berharga dari kereta anda atau simpan ditempat
Elakkan dari meletak kenderaan anda ditempat-tempat terpencil atau ditempat-tempat gelap.
Jangan tinggalkan "Parking Tiket" dalam kereta anda semasa meninggalkannya ditempat letak
kereta/pusat membeli-belah/emporium.
Jangan tinggalkan kunci kereta anda kepada pencuci atau penjaga kereta. Hantar kereta anda
kepada workshop-workshop yang dikenali untuk dibaiki untuk keselamatan kereta anda.
Rantaikan basikal anda pada tiang atau objek yang tetap dengan rantai dan mangga yang
kukuh.
8. UMUM
Simpan dengan selamat semua resit-resit barang-barang yang telah dibeli , sekiranya barang tersebut
hilang akan memudahkan kita menuntut balik barang-barang tersebut di balai-balai Polis.
PENGAWASAN KEJIRANAN
PENDAHULUAN
Suatu strategi yang bergantung kepada keyakinan dan kerjasama masyarakat untuk membantu
mencegah jenayah serta mewujudkan suasana yang lebih selamat kepada masyarakat
setempat.
Wjudnya suasana seperti ini, maka setiap penduduk di dalam sesebuah masyarakat itu dapat
bekerjsama di kalangan mereka dalam usaha membantu Polis membenteraskan dan
mengurangkan jenayah.
Justeru "Kepolisan Masyarakat" merupakan satu usaha membebaskan sesuatu kawasan dari
kejadian jenayah secara muhibbah.
2. KONSEP
"Kepolisan Masyarakat" membawa konsep di mana menjadikan sebahagian petugasan kepolisan
sebagai suatu tanggungjawab bersama masyarakat dengan membabitkan diri dalam usaha
membenteras dan mengurangkan jenayah bagi sesuatu tempat dalam usaha memperkembangkan
konsep ini, tiap-tiap daerah atau kawasan tertentu, adalah penting untuk menubuhkan Ahli
Jawatankuasa masing-masing, bagi melicinkan perjalanan sesuautu kegiatan atau projek yang hendak
dilaksanakan.
4. BENTUK-BENTUK PROGRAM
Antara bentuk-bentuk program yang boleh diadakan ialah:-
5. PENGAWASAN KEJIRANAN
Antara program yang mendapat perhatian secara keseluruhan oleh masyarakat ialah Pengawasan
Kejiranan
1. Pengawasan Kejiranan adalah satu program yang mana masyarakat setempat membabitkan
diri mereka mengawasi keselamatan jiran-jiran dan harta benda mereka, serta melaporkan
kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada Polis. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu
perkongsian tanggungjawab untuk menjadikan kawasan tempat tinggal mereka lebih selamat.
Hal ini bukanlah bermakna masyarakat mengambil alih tugas-tugas Polis, tetapi menggunakan
sumber-sumber Polis yang bernilai itu lebih berkesan.
2. Program ini memberikan penekanan kepada masyarakat untuk mengambil sebarang tindakan
pencegahan jenayah secara bersepadu dan berpasukan. Ini jelas memperlihatkan bahawa
program p[encegahan jenayah yang berjaya satu pendekatan yang terancang amat diperlukan.
7. CARA SKIM DILAKSANAKAN SECARA AM
3. Penyelaras Kumpulan:Setiap kumpulan mempunyai seorang wakil yang dipanggil "penyelaras Kumpulan ".
Beliau bekerja rapat dengan ahli-ahli masyarakatnya dengan Polis. Pemilihan
penyelaras dilihat atas persetujuan semua ahli-ahli. Beliau bertanggungjawab untuk
mengadakan mesyuarat.
Kawasan atau taman perumahan, ianya mungkin mempunyai 10 hingga 20 kumpulan
"Pengawasan Kejiranan". Sehubungan dengan ini, maka setiap kawasan itu pula
hendaklah dipilih seorang wakil yang dipanggil "Penyelaras Kawasan".
Tanda Pengenalan kepada Harta benda, Pemilik digalakkan menanda harta benda agar
mudah dikesan dan mendapatkannya kembali sekiranya berlaku kehilangan atau
kecurian (contoh; ukiran, tandanama,warna, ambil foto atau video dan senarai(listing)
2)
Beritahu jiran
Kegiatan-kegiatan lain;
Ahli-ahli "Skim Pengawasan Kejiranan" adalah disarankan supaya mengadakan
kegiatan-kegiatan lain seperti;
1)
Menerbitkan media cetak seperti "Surat Berita (News Letter) dan seumpamanya.
2)
3)
Lain-lain.
KESIMPULAN
Jika masyarakat digalakkan mengambil daya usaha menubuhkan "Kepolisan Masyarakat" maka
jenayah dapat dikawal dan dikurangkan dari masa ke semasa.
APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAWASI OLEH AHLI-AHLI KUMPULANKUMPULAN ?
Keadaan-keadaan yang mencurigai:-
1. Telefon Polis dengan segera dan laporkan perkara yang mencurigakan itu.
2. Beri amaran kepada ahli-ahli kumpulan, telefon mereka atau tiup wisel jika keadaan mendesak.
3. Sekiranya ada pelawat datang ke rumah jiran semasa ketiadaanya tanya siapa mmereka dan
tujuannya.
4. Jika orang-orang yang tidak dikenali datang ke rumah anda, pastikan siapakah mereka
sebenarnya. Minta mereka tunjukkan Kad Pengenalan atau Kad Kebenaran.
5. Sentiasa ingatkan anak-anak supaya "Jangan Ikut" orang-orang yang tidak dikenali dan
nasihatkan bahayanya jika berbuat demikian.
1. Ibubapa/ penjaga perlu mengambil tahu pergerakan anak-anak dan memahami tentang
masalah serta kesulitan yang mereka hadapi dan berusaha secara serius dengan kasih sayang
dan kemesraan bagi meringankan atau mengatasi masalah mereka.
3. Aanak-anak perlu diberikan pendidikan yang seimbang dan digalakkan menyertai aktiviti-aktiviti
yang memberi manafaat dari segi rohani dan jasmani.
4. Perlu mewujudkan kasih-sayang dan hormat-menghormati dii antara ibubapa dengan anakanak dan suami dengan isteri.
5. Ketegasan dalam memberi tunjuk-ajar hendaklah kena pada tempatnya dan elakkan sifat
membahagi-bahagikan kasih-sayang antara anak-anak.
1. Mencarinya di rumah saudara mara yang selalu dilawati atau bertanya dengan teman-teman
yang rapat dengannya.
2. Membuat laporan segera ke Balai Polis yang berhampiran dengan membawa dokumendokumen pengenalan diri atau gambar orang-orang hilang, butir-butir/alamat kenalan rapat atau
saudara maranya, untuk membantu penyiasatan Polis mencari dan mengesan secepat mungkin
samada kehilangan ini ada kaitan dengan jenayah atau sebaliknya.
3. Perkara ini akan memudahkan Polis menghubungi media massa dan menghubung
kontinjen/daerah yang lain untuk mengesan kehilangannya. Pengadu juga perlu menghubungi
Polis dari masa ke semasa selepas laporan dibuat.
4. Sekirannya orang yang dilaporkan hilang itu, dijumpai semula, pihak Polis hendaklah
dimaklumkan supaya siasatan Polis dan rekod dikemaskinikan.
3. Nasihatkan anak anda supaya tidak bercakap-cakap dengan orang yang tidak dikenali.
Beritahu anak anda orang yang tidak dikenali yang menawarkan gula-gula, sedia membawanya
pulang atau bertanyakan tentang Emak atau Ayah mereka, kadangkalanya merupakan orang
"tidak baik" yang mahu mencederakan kanak-kanak atau sesiapa saja yang mereka sayangi.
Beritahu kanak-kanak supaya menyebut "Tidak Boleh", terima kasih sja" dan jika orang dewasa
itu menambahkan kata "saya akan beritahu Emak saya" atau " Saya perlu meminta izin Emak
saya dahulu".
5. Beritahu anak anda supaya jangan membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali
Apabila seseorang yang tidak dikenali datang ke pintu pagar atau pintu rumah, beritahu anak
anda tentang bahayanya untuk terus membuka pintu. Beritahu anak anda supaya jangan
sekali-kali membuka kunci pintu biar apapun alasannya jika anda tidak ada di rumah, dan jika
anda ada, kanak-kanak itu perlu memberitahu anda sebelum membuka pintu.
1. Ibubapa/ penjaga perlu mengambil tahu pergerakan anak-anak dan memahami tentang
masalah serta kesulitan yang mereka hadapi dan berusaha secara serius dengan kasih sayang
dan kemesraan bagi meringankan atau mengatasi masalah mereka.
3. Aanak-anak perlu diberikan pendidikan yang seimbang dan digalakkan menyertai aktiviti-aktiviti
yang memberi manafaat dari segi rohani dan jasmani.
4. Perlu mewujudkan kasih-sayang dan hormat-menghormati dii antara ibubapa dengan anakanak dan suami dengan isteri.
5. Ketegasan dalam memberi tunjuk-ajar hendaklah kena pada tempatnya dan elakkan sifat
membahagi-bahagikan kasih-sayang antara anak-anak.
1. Mencarinya di rumah saudara mara yang selalu dilawati atau bertanya dengan teman-teman
yang rapat dengannya.
2. Membuat laporan segera ke Balai Polis yang berhampiran dengan membawa dokumendokumen pengenalan diri atau gambar orang-orang hilang, butir-butir/alamat kenalan rapat
atau saudara maranya, untuk membantu penyiasatan Polis mencari dan mengesan secepat
mungkin samada kehilangan ini ada kaitan dengan jenayah atau sebaliknya.
3. Perkara ini akan memudahkan Polis menghubungi media massa dan menghubung
kontinjen/daerah yang lain untuk mengesan kehilangannya. Pengadu juga perlu menghubungi
Polis dari masa ke semasa selepas laporan dibuat.
4. Sekirannya orang yang dilaporkan hilang itu, dijumpai semula, pihak Polis hendaklah
dimaklumkan supaya siasatan Polis dan rekod dikemaskinikan.
1. Pengaruh kawan atau rakan sebaya yang telah terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di
luar sekolah.
2. Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri (low self-esteem).
3. Direkrut secara paksaan oleh ahli-ahli kongsi gelap.
4. Mereka yang kurang mendapat perhatian dan kawalan ahli-ahli keluarga.
APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DILAKUKAN.
1. semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolahsekolah pelajar, ibubapa, penjaga, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat.
2. Orangramai perlu bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglinbatan pelajar dalam
kegiatan yang tidak sihat.
3. Ibubapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki
ahli keluarganya terlibat dalam "gangsterism" di sekolah.
5. Ibubapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah
atau Polis daslam menanagani kgaiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka.
6. Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang tingkah-lakunya diketahui bersifat
penjenayah atau mencurigakan.
7. Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanafaat seperti bersukan,
sktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.
HUKUMAN
Jika seseorang terlibat didalam aktiviti kongsi gelap atau jenayah, maka mereka boleh dikenakan
tindakan seperti berikut:-
1. Menentukan atau menggalakkan anak-anak anda melibatkan diri dalam ajaran-ajaran Agama
2. Menggalakkan anak-anak anda menceburi dalam aktiviti-aktiviti, ko-kurikulum disekolahsekolah selain daripada pelajaran sekolah biasa.
9. Membuat lawatan mengejut ke tempat-tempat yang anak anda selalu pergi samada betul atau
tidak.
1. Sek. 8(1) Akta perlindungan Wanita dan Gadis-Gadis dibawah 21 tahun yang terdedah
kepada bahaya akhlak bekerja ditempat-tempat hiburan.
2. Sek. 19(1) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 106/73 - Seseorang yang hidup atas hasil
pelacuran boleh dikenakan penjara tidak lebih dari 5 tahun atau denda tidak melebihi RM
10,000/- atau kedua-duanya sekali.
maksiat pelacuran.
Boleh dikenakan penjara tidak lebih 5 tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000/atau kedua-duanya sekali.
Taksiran judi mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289) Pin. 1983
***Gaming with its grammatical variations and cognate expression means the playing of any
game of chance of mixed chance and skill for money of money's worth and INCLUDES the
playing of any game specified in column 1 of the first and second schedules***
***Perjudian adalah permainan yang berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi
pertaruhan wang atau barang ganti wang dan termasuk sebarang permaian dibawah ruangan 1
JUDI TIKAM-TIKAM
Judi jenis ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak sekolah dimana tikam-tikam ini dibawa oleh
penaja-penaja yang menjual barang-barang/minuman ditepi sekolah-sekolah dan ditepi jalan.
Permainan ini mempamirkan hadiah-hadiahnya dan dibahagian bawahnya terdapat kertas
cabutan yang mempunyai nombor-nombor, jika nombor bersetentangan dengan hadiah maka
pencabutnya (pembeli) akan memenangi hadiah tersebut. Kerapkali pemain selalunya tertipu
8. Bersikap tamak dan menggunakan apajua kuasa untuk kepentingan diri. Selalunya rugi
kerana apa yang dikejar mungkin tidak dapat dan apa yang dikandung mungkin juga
keciciran.
PENGERTIAN DADAH
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan
kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi
tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1. Opait
2. Perangsang (stimulants)
3. Penekanan (Depressants)
4. Hallucinogen
5. Ganja (Cannabis)
OPAIT
Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan
ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja
PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau
kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu
tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada
satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada
pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara
jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini
telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu
diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu
bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap
hari.
JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak
berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja
(hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lainlain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat
penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan
dadah adalah seperti berikut:-
a. ICE
b. GLASS
c. CRACK METH
d. HIROPONG
e. BATU (STONES)
Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri
Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.
1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya
( colourless rock-like transparent granules) yang halus.
1.3. Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan
bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram
dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau
'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.
1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah
Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu
bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis
kimia sepwi berikut :C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3
2. LATAR BELAKANG
2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud
sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot)
menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askaraskar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;
2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut
adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi
menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang
mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa
mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;
2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh
oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin
warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa
bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk
tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika
Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.
3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH
3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau
Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara
yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor
Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi
tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI),
yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot
datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk
seperti:
3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);
3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.
3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara
haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa
mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang
berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan
menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota
Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan
menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah
Sipitang.
4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali.
Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:
4.3.1 Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2 Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia
berbanding dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3 Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan
ganja.
4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada
pengguna seperti berikut:
4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;
4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.
Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh
berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.
5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU
Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan
yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai
tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:
5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
5.1.2. Dalam motor starter;
5.1.3. Lampu Kalimantang;
5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.
5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekalpembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan
memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan
juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong
Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara
Filipina.
5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus
yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2
kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk
halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh
disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan.
Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan
membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub
plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.
6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU
6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut
rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:
i) China White
ii) Cristal Stones
6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu
Gred I - Cristal Stones
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.
Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II
7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek
dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
Ganja
Candu
Ubat Batuk
Pil
Syabu
4. Jangan terpedaya dengan mana-mana pihak untuk melaburkan wang tunai yang
mana menjanjikan keuntungan yang lumayan dalam masa yang singkat tanpa
menyelidikinya terlebih dahulu.
5. Segala urusan pembelian atau penjualan harta benda (tanah, rumah dll) elakan
melaui orang tengah. Segala proses hendaklah dilakukan melalui Syarikat
Guaman.
7. Tentukan wang kertas yang anda terima (terutamanya wang kertas RM50/- dan
RM100/-) adalah tulin. Ciri-ciri umum yang perlu diperhatikan adalah tanda
bayang, tanda pandang telus, imej pendam, percetakan huruf timbul, cetakan
bercahaya tersembunyi dan juga potret wang kertas tersebut. Jika was-was
semak dengan bank-bank berdekatan.