Você está na página 1de 28

1.

PENGENALAN
Perasaan bimbang atau kebimbangan merupakan suatu pengalaman yang

tidak menyenangkan dalam kehidupan manusia. Perasaan bimbang ini akan


membuatkan manusia hidup dalam kerisauan, ketakutan, ketegangan dan tekanan.
Tidak kira sama ada seseorang itu kanak-kanak, remaja atau dewasa, sekiranya
dilanda perasaan bimbang maka perubahan emosi dan tingkahlaku juga akan
berlaku. ....
Kajian tentang kebimbangan telah bermula apabila Freud (1939) telah menerbitkan
bukunya yang terkenal mengenai kebimbangan bertajuk "The Problem of Anxiety"
dan dari sini maka kajian-kajian mengenai kebimbangan terus berkembang. Kelly
(1955) menyatakan bahawa manusia menggunakan sistem konstruk untuk
menjangkakan apa yang akan berlaku dalam hidupnya dan kebimbangan wujud
apabila kita berhadapan dengan peristiwa-peristiwa di luar kawasan keselesaan.
Tingkah laku kebimbangan boleh menimbulkan gerak balas dalaman terhadap
perasaan, pemikiran, tindakan psikologi dan juga konflik tingkah laku. Frued, S
(1977) menyatakan bahawa tumpuan seharusnya diberikan kepada tingkah laku
berbanding dengan perasaan kerana tingkah laku boleh diubah, tetapi realiti juga
berpendapat bahawa manusia tidak boleh mengarahkan dirinya untuk merasa lebih
baik tetapi manusia boleh mengarahkan dirinya untuk melakukan sesuatu yang lebih
baik.

2.0

KONSEP KEBIMBANGAN

2.1

Definisi

Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang individu
terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekanan (Levitt, 1980).
Antara kesan fisiologi kebangkitan ialah peningkatan kadar nadi, pernafasan yang
cepat dan tidak teratur, menggeletar, tumpuan menjadi sempit dan otot mengecut.
Menurut Mohammed, 1992 (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee., 2003),
kebimbangan boleh didefinasikan sebagai satu keadaan negatif yang dialami oleh
manusia dan merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing,
cemas, bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain. Perasaan cemas
dan bimbang ini akan terus berlaku apabila seseorang itu merasa khuatir akan
kebolehan dan kepakarannya. Seseorang itu merasa ragu-ragu sama ada ia boleh
atau mungkin ia tidak berupaya melakukan tugasan dengan baik.
Menurut Mahoney dan Meyers, 1989 (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee, 2003)
pula, kebimbangan adalah pengalaman dan dilaporkan berlaku kepada semua atlit
tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Pengalaman dan kemahiran atlit
dilaporkan dari sikap yang berbeza dan banyak menghala kepada bagaimana
pengalaman mereka menghadapi kebimbangan. Kesungguhan dan kesan kepada
prestasi kebimbangan kemungkinan berkaitan kepada tafsiran seseorang individu.
Scanlan, T.K., Stein, G.L. dan Ravizza, K., 1991 (dalam buku Mohd Sofian Omar
Fauzee, 2003) menyatakan bahawa tekanan dari pertandingan boleh didefinisikan
sebagai emosi negatif, perasaan dan pemikiran yang mungkin memberikan
pengalaman kepada atlit tentang perasaan tidak yakin pada diri sendiri, bimbang,
otot terasa tertekan, takut, reaksi fizikal, hanya memikirkan kebimbangan dan
perkara-perkara negatif. Kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau
emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang dilahirkan
dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti
kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan sebagainya.

Conger (1973) menakrifkan kebimbangan sebagai satu penentuan yang amat


penting di dalam mengkaji tingkah laku manusia. Beliau juga menyatakan bahawa
kebimbangan yang wujud dalam diri seseorang itu adalah hasil daripada
pengalaman kesakitan masa lampau, contohnya sakit yang dirasai semasa kanakkanak akan mewujudkan perasaan bimbang apabila mereka dewasa kelak. Dollard
dan Miller (1950) pula menyatakan kebimbangan berlaku disebabkan kanak-kanak
mempunyai pelbagai perasaan kecewa.

2.2

Kebimbangan Dalam Sukan

Sukan amat penting dalam kehidupan kerana sukan bukan sahaja dapat
meningkatkan tahap kesihatan seseorang, malah membantu menaikkan imej
negara. Malangnya atlit begitu bimbang apabila menyertai sebarang kegiatan sukan
terutamanya apabila sebelum dan semasa pertandingan yang disertai oleh mereka
hingga menjejaskan prestasi mereka.
Masalah kebimbangan dan tidak merasa yakin semasa menghadapi apa jua
pertandingan sering menganggu perasaan atlit-atlit. Perasaan bimbang ini berlaku
kepada semua atlit tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Kebimbangan
merupakan salah satu elemen yang boleh mengugat prestasi individu dalam sukan.
Terdapat punca-punca khusus yang akan membuatkan seseorang itu merasa
tertekan dan menjadi bimbang.
Kegagalan melakukan tindakan yang sepatutnya di saat-saat genting sering kali
menjadi penyebab kepada kekalahan pemain atau pasukan ternama. Kegagalan
melakukan tindakan yang tepat ini berkemungkinan besar berpunca dari tekanan
serta peningkatan tahap kebimbangan sehingga menyebabkan individu yang
berkenaan tidak mampu memberikan tumpuan serta berfikiran baik sebelum
membuat sesuatu keputusan. Kesannya, tindakan yang dibuat di bawah tekanan
sering kali memakan diri.

Menurut Levitt, 1980 (dalam Shaharudin Abd. Aziz., 2001), kebimbangan berpunca
dari kebangkitan fisiologikal dan stres yang dihasilkan berdasarkan kepada
interpretasi negatif yang telah dibuat oleh individu tersebut. Levitt telah
mengkategorikan kebimbingan kepada dua iaitu kebimbingan tret (trait anxiety) yang
merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu dan kebimbangan seketika (state anxiety)
yang merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi
individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu.
2.3

Proses Tafsiran Kebimbangan

a. Rangsangan
Perkara di perekitaran yang memberikan kesan kepada individu. Contohnya
sorakan penonton, cuaca ataupun pesaing yangterlibat dalam situasi
tersebut.
b. Tafsiran
Analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. Tafsiran boleh bersifat
positif dan negatif.
c. Pelakuan
Tindakan yang diambil oleh individu berdasarkan tafsiran yang telah dibuat.
Sekiranya tafsiran yang dibuat terhadap rangsangan adalah positif, tindakan
yang diambil adalah positif dan sebaliknya. Sekiranya seorang atlit
merasakan bahawa beliau berpeluang untuk Berjaya dalam acara 100 meter,
beliau akan berusaha untuk berlari dengan baik. Sebaliknya, sekiranya
seorang atlit merasakan beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam acara
100 meter, beliau tidak akan berusaha untuk memberikan saingan. Tindakan
yang dihasilkan akan memberi kesan kepada individu tersebut khususnya
apabila menghadapi yang serupa di masa hadapan.

3.0

TEORI-TEORI KEBIMBANGAN ( PSIKOANALITIK )

Menurut Freud (1977) apabila tenaga libido dipendamkan, ia bertukar menjadi


kebimbangan dan akan muncul sebagai kebimbangan bebas atau sebagai satu
simptom kebimbangan. Misalnya kanak-kanak menjadi bimbang apabila ibunya tidak
ada bersamanya kerana kanak-kanak itu tidak dapat menyalurkan libido (perasaan)
kepada ibunya dan libido itu wujud sebagai satu kebimbangan. Jika kebimbangan
objektif adalah tindak balas dari ancaman luar, maka kebimbangan neurotik adalah
pelarian daripada desakan libido itu sendiri (Azizi et. al, 2006). Menurutnya lagi
pengalaman kebimbangan neurotik membuatkan ego yang berperanan memproses
ancaman ini akan cuba lari daripada desakan libido ini, dan menjadikan ancaman
dalaman ini sebagai yang datang dari luar, dan dengan sendirinya tidak melibatkan
ego untuk berbuat sesuatu.
Teori kebimbangan yang berpusatkan kepada peranan libido, tidak dapat
menghuraikan kebimbangan jenis fobia (Azizi et. al, 2006). Freud (1977) mendapati
bagi jenis-jenis kebimbangan yang lain, ego lebih berperanan jika dibandingkan
dengan id yang bertukar menjadi libido. Ego mengamati bahaya dan dengan
sendirinya akan meninggalkan kesan kebimbangan. Azizi et. al (2006) mengulas
lagi, ini bererti, bukan pemendaman libido yang menjadi punca kebimbangan tetapi
kebimbangan telah wujud sedia ada apabila telah diamati oleh ego tadi dan ini
bermakna kebimbangan adalah punca pemendaman.
Freud (1977) menjelaskan, fenomena kebimbangan adalah ciri semula jadi suatu
organisma itu. Ia adalah sebahagian daripada naluri semula jadi untuk keselamatan
kendiri dan diwarisi secara genetik. Kebimbangan objektif dialami secara semula jadi
tetapi

kebimbangan

yang

spesifik

adalah

dipelajari.

Beliau

menyatakan

kebimbangan adalah punca daripada renjatan emosi dan takutkan kembiri (fear of
castration).

4.0

JENIS-JENIS TEORI KEBIMBANGAN

Ciri-ciri perbezaan antara kebangkitan dan kebimbangan telah dijelaskan dengan


sebegitu rupa untuk menerangkan tentang perbezaan antara kedua-duanya, serta
untuk mengelakkan salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan dengan
kebangkitan dan kebimbangan. Bagaimanapun, untuk menjelaskan tentang teori
yang berkaitan dengan kebimbangan, kedua-duanya perlu dilihat dalam konteks
yang sama kerana kebangkitan sering dilihat sebagai hampir sama dengan
kebimbangan seketika (Cox, 1998). Dalam bahagian ini, akan diutamakan teori-teori
yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan kebimbangan dengan
prestasi atlit.
4.1.

Teori Dorongan

Teori Dorongan telah diperkenalkan oleh Hull (1943, 1951) dan Spence (1956).
Asalnya, teori ini melihatperkaitan di antara stimulus dan respons dari aspek
motivasi dan pembelajaran. la didasarkan kepada formula berikut:
Bevel : Prestasi = Kebangkitan x Tahap
Kemahiran

Teori Dorongan beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip berikut:


(a)

Peningkatan kebangkitan (dorongan) akan menghasilkan respons yang


dominan.

(b)

Respons atau tindak balas yang dikaitkan dengan keinginan yang kuat
merupakan respons yang paling dominan.

(c)

Pada tahap awal pembelajaran atau untuk kemahiran yang kompleks, respons
yang dominan lazimnya kurang tepat atau salah.

(d)

Di tahap akhir pembelajaran atau untuk kemahiran yang mudah, respons yang
dominan lazimnya tepat atau betul.
Untuk memahami teori ini, kita boleh mengaplikasikan prinsip teori berkenaan dalam
kehidupan kita. Pertamanya, peningkatan tahap kebangkitan selalunya membantu
atlit yang berkemahiran atau pakar tetapi mengurangkan keberkesanan atlit atau
pemain muda (kurang berkemahiran). Justeru itu, jurulatih kepada pasukan yang
baru atau muda perlu mengurangkan tekanan (kebangkitan) serta tahap

kebimbangan agar atlit mereka dapat beraksi dengan baik. Tahap kebangkitan yang
rendah lazimnya meningkatkan peluang kejayaan atlit atau pemain baru (muda) ini
serta meningkatkan keyakinan diri mereka.
Bagi atlit yang berpengalaman pula, peningkatan tahap kebangkitan diperlukan
untuk membantu mereka melakarkan kejayaan dalam setiap aktiviti mereka.
Kekurangan tahap kebangkitan dan tekanan akan menyebabkan mereka mengambil
mudah tugasan yang perlu dilaksanakan. Kesannya, prestasi mereka menjadi
kurang baik.
Perkara yang sama juga boleh dikaitkan dengan proses melakukan kemahiran yang
mudah dan kompleks. Contohnya, kemahiran mudah seperti mengangkat berat atau
melakukan tekan tubi memerlukan tahap kebangkitan yang tinggi untuk memastikan
atlit melaksanakannya dengan berkesan. Sebaliknya, kemahiran yang kompleks
serta yang memerlukan ketepatan seperti menembak, memanah atau ketika
melakukan putting dalam permainan golf, atlit memerlukan tahap kebangkitan yang
rendah untuk mendapatkan hasil yang diingini.
Teori ini menarik perhatian ramai pada tahap awal ketika ia mula diperkenalkan,
tetapi beransur menjadi kurang popular serta dikritik oleh ramai pengkaji. Andaian
teori ini yang menjelaskan bahawa prestasi dan kebimbangan berinteraksi dalam
satu garisan yang lurus telah ditolak serta dipertikaikan kesahihannya. Ramai
pengkaji berpendapat prestasi manusia akan meningkat sejajar dengan peningkatan
tahap kebimbangan sehingga ke satu tahap. Apabila melebihi tahap ini, peningkatan
kebimbangan (kebangkitan) yang berterusan akan menyebabkan prestasi atlit
berkenaan jatuh sama seperti gagasan Teori U-Terbalik. Ini telah mencetuskan
beberapa pendekatan atau teori barn yang cuba melihat perkaitan di antara prestasi
dan tahap kebimbangan (kebangkitan).

4.2.

Teori U-Terbalik

Teori ini menjelaskan bahawa perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi boleh
dilihat dalam bentuk kurvilinear atau U-Terbalik. Walaupun ia sering dianggap
sebagai satu teori atau hipotesis, beberapa orang penyelidik seperti Duffy (1957)
dan Malmo (1959) menganggap ia sebagai satu fakta yang menjelaskan tentang
perkaitan antara kebangkitan dan prestasi.
Teori ini diperkenalkan oleh Yerkes dan Dodson (1908) yang menggunakan tikus
untuk melihat perkaitan di antara kebangkitan dan tahap kesukaran tugasan serta
kesannya ke atas prestasi. Dalam kajian ini, prestasi merujuk kepada bilangan
percubaan yang diperlukan oleh tikus berkenaan untuk memilih petak yang lebih
cerah dari dua petak yang disediakan. Elemen kebangkitan terdiri dari kejutan
elektrik pada tahap intensiti yang rendah, sederhana tinggi dan tinggi manakala
tahap kesukaran diasaskan kepada perbezaan kecerahan petak yang boleh
dimanipulasikan kepada rendah, sederhana dan tinggi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan praktis yang diperlukan untuk
membezakan petak berkenaan meningkat apabila tahap kecerahan petak berkenaan
semakin rendah (hampir sama). Hukum Yerkes dan Dodson menjelaskan bahawa
perlakuan yang mudah dipelajari, boleh dibentuk di bawah tekanan yang tinggi,
manakala perlakuan yang sukar mungkin boleh dibentuk di bawah tekanan yang
rendah (Cox, 1998).
Berdasarkan Hukum Yerkes dan Dodson tahap kebangkitan yang tinggi diperlukan
untuk mendapatkan prestasi yang baik apabila melakukan aktiviti yang melibatkan
penggunaan otot besar (gross motor skill) atau menggunakan tenaga yang tinggi,
contohnya acara angkat berat. Bagi sukan yang memerlukan ketepatan atau
kemahiran halus seperti menembak, memanah atau putting bola golf, tahap
kebangkitan yang rendah diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Setiap acara sukan mempunyai tahap kebangkitan optimumnya yang tersendiri
untuk menghasilkan pencapaian yang terbaik. Bagaimanapun, semuanya tertakluk
kepada prinsip U-Terbalik, iaitu prestasi adalah rendah apabila kebangkitan berada
pada tahap yang terlalu rendah atau terlalu tinggi, manakala prestani terbaik hanya
boleh dicapai apabila kebangkitan berada pada tahap sederhana atau optimum.

Menurut Hukum Yerkes dan Dodson, tidak kira sama ada kemahiran yang
dipelajarinya itu merupakan kemahiran yang mudah seperti memukul bola golf atau
yang sukar seperti kemahiran menggelecek dalam hoki tahap kebangkitan yang
optimum bagi individu novis sepatutnya lebih rendah dari pemain yang sudah mahir
atau pakar dalam sukan berkenaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Konsep
inilah yang menjelaskan bagaimana pemain yang berpengalaman atau pakar dalam
sesuatu acara beraksi dengan baik dalam situasi yang kompetitif jika dibandingkan
dengan pemain novis (Oxendine, 1970).
Klavora (1978), Sonstroem dan Bernardo (1982) dalam kajian mereka terhadap
pemain bola keranjang mendapati prestasi pemain bola keranjang meningkat
apabila tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum, sederhana dan
merosot apabila tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah atau meningkat terlalu
tinggi.
Gould, Petlichkoff, Simon dan Vevera (1987) dan Burton (1988) juga mendapati
bahawa prestasi terbaik dalam acara menembak pistol dan renang berkait rapat
dengan kebimbangan somatik. Ini selari dengan gagasan Teori U-Terbalik seperti
yang dijelaskan di atas.
Dari sudut pergerakan motor, Beuter dan Duda (1985) mendapati peningkatan tahap
kebangkitan menyebabkan pergerakan kanak-kanak merosot atau menjadi tidak licin
jika dibandingkan ketika tahap kebangkitan mereka pada tahap yang optimum atau
sederhana. Kajian dalam bidang yang lain seperti menilai pendengaran (Stennet,
1957), masa reaksi (Lansing, Schwartz dan Lindsley, 1956) dan kestabilan tangan
(Martens dan Landers, 1970) turut menyokong gagasan Teori U-Terbalik ini.

4.3

Teori Penggunaan Kin Easterbrook.

Masalah gangguan atau hilang tumpuan serta pengurangan prestasi akan dapat
diatasi

sekiranya

tahap

kebangkitan

berada

pada

tahap

yang

optimum.

Bagaimanapun sekiranya tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah, kesemua kin


yang terdapat di persekitaran sama ada yang relevan atau yang tidak relevan akan
diproses oleh individu terbabit. Kesannya prestasi tidak meningkat. Prestasi juga
akan merosot sekiranya tahap kebangkitan semakin meningkat. Ini akan

menyebabkan kemampuan menilai kin secara objektif dan teratur tidak berlaku dan
kesannya prestasi merosot secara mendadak. Justeru itu, tahap kebangkitan perlu
diawasi bagi mendapatkan prestasi yang optimum.

4.4.

Teori Zon Berfungsi yang Optimum Hanin (ZBO)

Teori ini hampir sama pendekatannya dengan Teori U-Terbalik. Bagaimanapun,


perbezaan yang ketara bertumpu kepada premis Teori U-Terbalik yang menyatakan
bahawa tahap kebimbangan yang sederhana berkait rapat dengan prestasi terbaik
atlit. Teori Zon Berfungsi yang Optimum (ZBO) diperkenalkan oleh psikologis sukan
Rusia, Yuri Hanin mengandaikan bahawa tahap optimum kebimbangan berasaskan
situasi bagi seseorang atlit adalah berbeza dengan atlit yang lain. Menurut Hanin
(1989), tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi seseorang atlit ada yang
bermula pada tahap yang paling rendah sehinggalah yang paling tinggi.
Hanin (1989) juga menjelaskan bahawa setiap atlit mempunyai ZBOnya yang
tersendiri. ZBO atlit yang optimum akan menghasilkan prestasi yang terbaik
manakala prestasi yang buruk lazimnya berlaku apabila tahap kebimbangan
berasaskan situasi berada di bawah atau melepasi tahap ZBO. Justeru itu,
perbezaan utama di antara ZBO dan Teori U-Terbalik adalah titik optimum yang
menghasilkan prestasi terbaik atlit. Menurut Hanin (1989), titik berkenaan mungkin
berada pada kontinum kebangkitan dan mungkin juga tidak. la wujud dalam satu zon
dan bukannya satu titik yang pasti seperti yang diutarakan oleh Teori U-Terbalik.
Beberapa kajian terkini menyokong gagasan ZBO (Hanin, 1989; Hanin dan Syrja,
1995).

4.5.

Teori Pembalikan

Teori ini menjelaskan bahawa untuk memahami perkaitan di antara prestasi dan
kebimbangan, interpretasi individu atau atlit yang terbabit perlu diambil kira untuk
mendapat gambaran mereka tentang situasi tersebut. Tahap kebangkitan yang tinggi
atau rendah boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif mahupun negatif bergantung
kepada situasi yang dihadapi. Dalam keadaan "mengelakkan kebimbangan" atlit

biasanya ingin berada pada tahap kebangkitan yang rendah (persediaan prapertandingan) sementara dalam keadaan "mencari tahap kebangkitan" atlit lazimnya
mencari keseronokan atau sesuatu yang merangsangkan. Dengan kata lain, atlit
boleh membalikkan interpretasi mereka terhadap kebangkitan (menjelaskan nama
teori ini). Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh ditafsirkan sebagai positif
pada satu ketika dan negatif pada ketika yang lain. Prestasi yang baik berlaku
apabila tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara tahap kebangkitan yang
diingini oleh atlit dan tahap kebangkitan yang sebenarnya.

5.0

JENIS-JENIS KEBIMBANGAN

Menurut Wann (1997) kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh
mempengaruhi

pencapaian

atlet

dalam

sukan.

Apabila

memperkatakan

kebimbangan di kalangan atlet maka perlu dijelaskan mengenai kebimbangan tret


dan kebimbangan seketika.
5.1

Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)

Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk
kepada cirri-ciri personaliti seseorang individu di mana ia bersifat stabil dan mereka
sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang
boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan kebanyakan
masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja
yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret.
5.2

Kebimbangan Seketika (State Anxiety)

Manakala kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang


terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran
pada waktu itu (Shaharudin 2001). Terdapat dua jenis kebimbangan seketika iaitu
kebimbangan kognitif seketika dan kebimbangan somatik seketika.
5.2.1 Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)
Merupakan komponen mental kebimbangan seketika yang merujuk kepada proses
mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi
semasa seperti perasan risau, takut, kecewa, gementar dan lain-lain.
5.2.2 Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)
Merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari
kebimbangan kognitif yang wujud dari dalam individu tersebut yang menyebabkan
peningkatan

denyutan

jantung,

kadar

nadi,

peredaran

darah,

perpeluhan,

pernafasan, kerap buang air kecil dan lain-lain. Bagi individu yang dikategorikan
sebagai A-trait, sekiranya beliau mentafsirkan bahawa tekanan yang wujud
dipersekitarannya cukup menekan, maka individu tersebut akan bertindak atau
memberikan respons yang akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan serta

kebangkitan fisiologikalnya. Kebimbangan itu dimanifestasikan oleh rasa tertekan ,


takut, peningkatan kadar nadi serta tangan atau badan mengeletar. Kesannya
individu tersebut rasa semakin tertekan dan takut serta aksinya pula tidak menentu.
5.3
Kebimbangan Agorafobia
Penyakit kebimbangan Agorafobia berlaku kepada seseorang yang berasa takut
pada kawasan yang luas dan sibuk.. Kecelaruan jenis ini melibatkan ketakutan pada
suasana atau tempat yang mungkin memalukannya bagi melepaskan diri apabila
memerlukan pertolongan serangan panik. Istilah agoraphobia berasal daripada
perkataan Greek (Nevid et.al, 2000). Mengikut Yonkers et.al, (1998) ianya sering
berlaku kepada golongan wanita berbanding dengan lelaki. Sebagai contoh

di

program festival, karnival, majlis ceramah atau rapat umum ataupun di pasar malam
yang sibuk
5.4 Kebimbangan Umum
Kecelaruan kebimbangan umum dikategorikan dengan cirri-ciri seperti bimbang
kepada suasana kewangan, anak-anak dan hubungan sosial. Penghidap berasa
terawang-awangan dan sedikit berkhayal sebagaimana yang dijelaskan oleh Freud
(Rapee, 1991). Kanak-kanak yang bimbang kepada pencapaian akademik, sukan
dan aspek-aspek sosial persekolahan yang lain merupakan tanda mengalami
kecelaruan kebimbangan umum. Mereka akan mengalami keletihan, sukar tidur,
sukar menumpukan perhatian, fikiran menjadi buntu, otot-otot menjadi tegang dan
tidak bersemangat. Selalunya penghidap penyakit ini mengalami perasaan resah,
bmbang dan gangguan fizikal yang akhirnya mendapat gangguan emosi seperti
ketegangan (APA, 1994).
5.5
Kecelaruan Kebimbangan Obsesif-Kompulsif
Obsesif adalah pemikiran atau idea yang kelihatan melampaui kemampuan individu
bagi mengawalnya. Seseorang yang mengalami obsesif boleh mendatangkan
bahaya kepada orang lain atau pasangannya. Manakala kompulsif adalah tingkah
laku yang berulang seperti berulang kali membasuh tangan atau sering kali
memeriksa pintu berkunci. Kompulsif terbahagi kepada dua kategori iaitu :
5.5.1 Ritual memeriksa
5.5.2 Ritual membersih. Kompulsif sentiasa disertai dengan perasaan obsesif
apabila ia muncul sebagai melepaskan kebimbangan yang diwujudkan oleh
pemikiran obsesif (Nevid et.al, 2000) Sebagai contoh, dalam budaya orang Islam,
perasaan ketidaksempurnaan mengambil wuduk atau mencuci kain yang terkena

najis mendorong untuk mencuci berulang-ulang kali sehingga berlaku pembaziran


air. Dalam kata lain was-was.
5.6
Fobia Khusus
Berlaku kepada individu yang mengalami ketakutan yang keterlaluan pada suasan
atau objek yang khusus seperti suasana terlalu gelap (claustrophobia), tempat yang
tinggi (acrophobia) atau takut kepada binatang-binatang kecil, ular, atau ulat bulu.
Ketakutan ini biasanya diikuti dengan tindak balas fisiologi yang tinggi apabila
individu berdepan dengan rangsangan yang menakutkan.
DSM IV (APA, 1994), mengelaskan fobia khusus kepada lima kumpulan iaitu :
5.6.1
5.6.2

Jenis fobia kepada binatang seperti serangga, anak kucing dan sebagainya.
Jenis fobia persekitaran yang tabii iaitu pada ketinggian, kilat, laut ataupun

bukit.
5.6.3 Jenis fobia darah seperti suntikan dan kecederaan. Ia juga boleh berlaku
mengikut keturunan kekeluargaan yang kuat merujuk kepada fobia yang dicetuskan
oleh darah, jarum suntikan atau prosedur perubatan.
5.6.4 Jenis fobia suasana iaitu ketakutan kepada pendedahan suasana yang
khusus seperti takut memandu kenderaan melalui jambatan, terowong atau kapal
terbang atau kawasan yang tertutup.
5.6.5 Jenis ketakutan lain. Kategori ini disebabkan ketakutan tercekik, muntah, atau
takut pada suasana kebisingan yang kuat. Penyakit ini adalah kecelaruan psikologi
yang lumrah dihadapi oleh satu orang daripada 10 orang Amerika (APA, 1994).

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN
Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama sukan
juga membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan anak

panah daripada busurnya, seorang pemain bola sepak sedang menyepak bola pada
kedudukan penalty dan seorang pemain badminton ingin melakukan pukulan deras
(smash) pada kedudukan mata akhir, hasil daripada perlakuan tersebut belum
diketahui. Tekanan dalam sukan adalah menjadi perkaitan yang tidak dielakkan
berlakunya sifat ketidakpastian.
Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita, sebaliknya
akan meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa beberapa
faktor yang jelas meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh, semakin
penting sesuatu pertandingan, semakin tinggi tekan dan seseorang akan mudah
menjadi bimbang.
Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri
mudah tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu,
segala tindak balas atau respons yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan
meningkatkan lagi kadar kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah
dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan situasi.
Menurut

Endler

(1978,

1983),

terdapat

lima

faktor

mengakibatkan

tahap

kebimbangan meningkat dalam suatu situasi yang teruja.


1.

Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang
lemah yang boleh mengugat ego atlit tersebut.

2.

Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan
penonton yang mengancam harga diri seseorang.

3.

Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut,
dimana seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras
daripada pitcher yang boleh mencederakannya.

4.

Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk
memulakan perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak
kekadang boleh menimbulkan tekanan dan kebimbangan.

5.

Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang
telah diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam
latihan semasa pertandingan.

MENGUKUR KEBIMBANGAN
Menurut Richard H. Cox (1998, 2007.6 th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara
yang paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang
soal selidik. Cara ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab
soalan yang berkaitan dalam inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan
penyelidik mendapatkan bilangan responden yang ramai dalam kajiannya serta amat
praktikal dari sudut psikologi sukan gunaan.

Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan
maklumat tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh
digunakan adalah dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta
perubahan fisiologikal individu. Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah
laku

seperti

perubahan

corak

pernafasan,

tangan

berpeluh,

sering

kali

membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan yang lain boleh
dikaitkan

dengan

perlakuan

yang

berkaitan

dengan

peningkatan

tahap

kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973) dalam kajiannya ke
atas pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.

Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tandatanda kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta
tekanan pada otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan
kebimbangan. Kemampuan untuk mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal
buat masa ini agak terhad kerana kesukaran menggunakan alatan untuk tujuan ini.
Bagaimanapun dengan perkembangan pesat dalam dunia sains, penggunaan alat
telemetri secara lebih meluas dalam masa yang terdekat ini akan memungkinkan
kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur kebimbangan.

Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal


dan fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut

Karteroliotis dan Gill (1987) perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal
dalam mengukur kebimbangan seketika adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu
cara yang sesuai untuk mengukur kebimbangan seketika. Kemungkinan besar,
pengu-kuran

serentak

aspek

psikologikal

dan

fisiologikal

untuk

mengukur

kebimbangan seketika akan memberikan maklumat yang bercanggah.

Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat dengan
kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri.
Justeru itu, kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya
secara unidimensi. Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta
Gould, Horn dan Spreeman (1983) menyokong sifat multidimensi kebimbangan.

Mengukur Sifat Multidimensi Kebimbangan

Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa inventori


(soal selidik) yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut ini.
Antara yang terkenal adalah Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang
dihasilkan oleh Martens, Vealey dan Burton (1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan
kognitif seketika (cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika
(somatic state anxiety).

Dalam

konteks

sukan,

kebimbangan

sebenarnya

wujud

sebelum

sesuatu

pertandingan itu bermula. la dikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox,


1998). CSAI-2 membantu kita menilai tahap ke-bimbangan atlit pada tahap
prapertandingan ini. Hasilnya, kini kita memahami bahawa terdapat perubahan dari
segi tahap kebimbangan para pemain sebelum serta beberapa ketika semasa
sesuatu pertandingan bermula.

Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula tinggi


dan berterusan tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula.
Kebimbangan somatik pula bermula rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum
sesuatu pertandingan bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik
akan terus meningkat sehingga hampir pada waktu pertandingan. Bagaimanapun,
selepas beberapa minit perlawanan berlangsung, kebimbangan somatik akan
menurun manakala kebimbangan kognitif akan sentiasa turun naik, bergantung
kepada kedudukan semasa sepanjang tempoh permainan.

Punca Kebimbangan Dalam Sukan


Berdasar kepada Marchant, Morris, Anderson (1998) di dalam Journal of Sport
Behavior punca-punca kebimbangan seketika di kalangan atlit ialah:

Takut kepada kegagalan (Gould, Horn & Spreeman, 1983: Kroll, 1979;

Passer, 1983; Reiney & Cunningham, 1988; Scanlan & Lethwaite 1984).
Perasaan ego atau takut dinilai (Fisher & Zwart, 1982; Gould & Weinberg,

1985; Pierce & Stretton, 1981; Rainey & Cunningham),


Tahap kemahiran pemain (Heckhausen, 1990; Hembree,1988; Kroll, 1979),

Kurangnya persediaan fizikal (Cohn, 1990. Jones, Swain & Cale, 1990)
Hilang kawalan (Kroll, 1979), pencapaian lepas (Jones, Swain & Cale, 1990;

Martens & Gill 1976; Scanlan, 1978)


Gangguan luaran dan konsentrasi (Krane, Joyce & Rafeld, 1994),
Umur (Hammermeister & Burton, 1995),
Cara mengatasi ialah
Pengalaman bertanding dalam sukan (Fenz & Jones, 1972; Gould,
Petlichkoff & Weinberg 1984),
Fasilitasi sosial (Cohn, 1990; Flood & Endler, 1980)
Pre-disposition (A trait) (Cooley, 1987; Martens, Vealey & Burton,
1990; Poteet & Weinberg 1980; Scanlan & Passer 1979; Weinberg
& Genuchi, 1980; Williams &Krane 1992),
Ancaman yang dijangka (Lox, 1992; Martens et al., 1990),
Keutamaan hasil /perceived important (Lox, 1992; Martens et al.,
1990),

Pencapaian semasa (Highlen & Bennet, 1979; McAuley, 1985),


Matlamat pertandingan ( contoh tahap kesukaran tugasan) (Jones,
Swain, & Cale, 1990),
Tahap pertandingan (Dowthaite & Amstrong, 1984; Gruber &
Beuchamp, 1979),
Penyebab
Situasi kritikal semasa bertanding.
Bertanding dalam situasi yang serba kekurangan ( Cohn, 1990;
Marchant, 1992),
Persekitaran ( Martens et al.,1990),
Jenis sukan (sukan kontak, sukan bukan kontak, individu, berkumpulan,
skor objektif, skor subjektif) (Krane & Williams, 1987; Simons & Martens,
1979),
Tekanan ibu bapa (Pierce & Stratton, 1981)
Stres dalam kehidupan seharian (Scanlan, Stein & Ravizza, 1988) serta
jantina (Krane dan Williams, 1994).
:
Penutup
Beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini telah menunjukkan permasalahan
kebimbangan banyak memberikan kesan yang negatif kepada individu. Antaranya adalah
dengan tahap kebimbangan yang tinggi akan menurunkan pencapaian, mengubah perangai
dan sikap. Permasalahan ini amat berat jika difikirkan kerana ia akan memberikan kesan berat
kepada pencapaian individu itu dan yang lebih berat lagi akan menjejaskan peluang untuk
berjaya.
Kebimbangan adalah pengalaman dan dilaporkan berlaku kepada semua atlit tanpa mengira
usia dan tahap kemahiran. Pengalaman dan kemahiran atlit dilaporkan dari sikap yang
berbeza dan banyak menghala kepada bagaimana pengalaman mereka menghadapi
kebimbangan. Kesungguhan dan kesan kepada prestasi kebimbangan kemungkinan berkaitan
kepada tafsiran seseorang individu.
Natijahnya kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi yang terhasil
dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang dilahirkan dalam bentuk ancaman yang
bakal diterima oleh seseorang individu seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan
sebagainya.
. Berikan panduan seperti yang telah dicadangkan oleh Weinberg dan Gould (1999) untuk
mengawal dan mengurangkan rasa kebimbangan kepada jurulatih untuk merancang program
latihan.

1.

Kita mestilah senyum apabila berada dalam keadaan tekanan. Dengan senyuman kita akan
melarikan diri daripada situasi memulakan perasaan kebimbangan. Dengan ini, kita dapat
melupakan tentang tekanan dan menikmati alam pertandingan.

2.

Para atlit merupakan orang yang menpunyai tugas yang harus diselesaikan secara
berseronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk mengatasi tekanan.
Berseronok semasa bertanding akan membantu para atlit muda mengelakkan daripada
menarik diri untuk bertanding. Cubalah untuk mengamalkan kemenangan dan fokuskan
kepada berseronok dan jangan memikirkan mengenai hasil.

3.

Berlatih dalam keadaan yang dibuat-buat akan membuat atlit semasa menghadapi situasi
sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan semasa latihan. Contohnya, dalam latihan bola
keranjang seorang jurulatih boleh menjemput beberapa kenalan untuk melakukan oleh
pemain, mereka bolehlah diejek dan menjerit. Dengan ini atlit sedikit sebanyak dapat
menyediakan diri untuk belajar menghadapi tekanan.

4.

Kebanyakan atlit mengadu bahawa apabila mereka mengalami perasaan bimbang dan hilang
tumpuan, pergerakan mereka akan menjadi lebih cepat. Untuk mengatasi masalah ini, seorang
atlit bolehlah berlatih dengan mengurangkan pergerakan semasa latihan dan ini harus
dilakukan berterusan.

5.

Memikirkan mengenai apa yang akan terjadi selalunya menimbulkan dan menambahkan
kebimbangan. Dalam permainan, perasaan sedih akan menambahkan lagi kebimbangan. Jadi
fikirkanlah apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana boleh menguranghkan
kebimbangan semasa bertanding.

6.

Tidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa kebimbangan.


Membuat keputusan pula boleh memberi tekanan dan semasa menghadapi pertandingan para
pemain serta jurulatih perlu membuat keputusan. Jadi, atlit atau jurulatih perlu ada satu
perancangan permainan yang lengkap atau strategi agar proses membuat keputusan akan
menjadi lebiih mudah.

7.

Mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum kaset dengan alat
pendengarnnya di telinga sebelum pertandingan. Berlatih sambil mendengar muzik boleh
menghasilkan keghairahan dan perasaan.

8.

Biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya, memperkatakan atau


memikirkan mengenai perkataan-perkataan mood seperti kuat, pantas, keras, agresif, gerak
dan hebat boleh memberi kesan kepada pergerakan. Contoh lain seperti Saya boleh
lakukan.

KESIMPULAN
Rumusan yang boleh dibuat di sini, kebimbangan yang keterlaluan boleh
menyebabkan seseorang akan bertingkah laku abnormal, ganjil, aneh, dan kemungkinan
membawa kepada skizoprenia. Namun begitu ia boleh dicegah melalui terapi yang
dicadangkan agar individu dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan terus berkembang
daripada segi psikologikal, biologikal, neurobiology, fisiologi dan menyerlah melahirkan
personality cemerlang dan berkeyakinan. Psikoterapi boleh diamalkan melalui teori teori
kognitif yang lain selain daripada teori di atas sebagai contoh sahaja antaranya Teori REBT
(Albert Ellis, 1962), Teori Existential (Rollo May dan Viktor Frankl,1909), Teori Bandura
(Albert Bandura, 1977), Teori Pemusatan Klien (Carl Rogers, 1902), Teori Gestalt (Frederick
S.Fritz Pearls, 1893) dan sebagainya.
BIBLIOGRAFI

Konsep Kebimbangan

AKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAGRESIFAN


Kebanyakkan kajian yang dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi
keagresifan dalam sukan dilakukan secara situasi spesifik. Berdasarkan dapatan
kajian tersebut, disenaraikan beberapa faktor yang dikaitkan dengan keagresifan
dalam sukan.

i. Kebangkitan fisiologi - Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan


suhu di persekitaran dan bunyi bising penonton. Suhu pesekitaran berkait rapat
dengan kecenderungan untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan
pemain

berasa

kurang

selesa,

rimas

dan

mudah

marah.

Justeru itu, kesilapan yang sedikit atau tindakan yang dianggap keterlaluan yang
dilakukan oleh orang lain ke atas pemain ini akan menjadi pencetus kepada pemain
tersebut untuk bertindak secara agresif. Manakala kebisingan penonton di stadium
atau gelanggang boleh meningkatkan kebangkitan pemain sehingga ia boleh

menggugat prestasi pemain tersebut. Kebisingan yang tinggi akan merangsang


keagresifan.
ii. Persepsi individu yang dikasari - Keagresifan akan meningkat apabila bakal
mangsa merasakan bahawa beliau akan dikasari oleh pihak lawan. Dalam konteks
ini, pesepsi tentang niat pemain lawan untuk mengkasari seseorang individu adalah
lebih kukuh dari kekalahan atau suasana pertandingan dalam mencetuskan tindakan
yang agresif dikalangan pemain. Oleh itu, pemain yang menjangkakan bahawa
beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.
iii. Takut kepada tindak balas yang diterima Takutkan tindak balas yang diterima
dari pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam
sesuatu perlawanan sukan. Dengan kata lain, setiap pemain akan menghormati
pasukan lawannya dan masing-masing cuba untuk mengatasi lawannya tanpa
bertindak

agresif.

Bagaimanapun, akan sampai satu tahap dimana setiap pemain mula mencabar
lawannya dan tindakan ini akan menjadikan suasana perlawanan menjadi lebih
sengit. Kesannya, tindakan atau perlakuan yang agresif akan meningkat kerana
setiap tindakan yang agresif akan dibalas dengan tindakan yang sama ataupun
lebih, untuk menunujukkan siapa yang lebih hebat. Akhirnya, perlakuan agresif akan
sampai

ke

kemuncaknya

jika

perlawanan

tidak

dikawal

dengan

baik.

iv. Perbezaan Mata atau Jaringan - Kajian dibuat keatas permainan bola sepak dan
hoki ais mendapati semakin besar berbezaan mata atau jaringan, semakin banyak
kekasaran yang akan dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan (Cox
1999)
v. Lokasi Perlawanan - Biasanya pasukan yang bermain ditempat sendiri akan
bertindak lebih agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta
ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, menurut
Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis

sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola sepak, pasukan yang bermain di
tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan
kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di tempat
sendiri

ataupun

di

tempat

lawan

(Cullen&Cullen,

1975).

vi. Keputusan Pertandingan - Pemain pasukan yang tewas merasakan bahawa


pasukannya

tidak

berpeluang

untuk

menang,

lazimnya

lebih

agresif

jika

dibandingkan dengan pemain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. Ini


mungkin kerana kecewa berdasarkan Toeri Frustrasi-Agresif ( Cullen & Cullen
1975

).

vii. Kedudukan Pasukan Dalam Liga - Pasukan yang berada di kedudukan tempat
teratas dalam liga lazimnya kurang agresif jika dibandingkan dengan pasukan yang
berada di kedudukan terbawah liga. Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif,
pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka sedangkan
pasukan yang di bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan.
Dengan itu, mereka akan bertindak secara agresif untuk meluahkan tekanan yang
ditanggung.

viii. Jangka Masa Dalam Permainan - Secara umumnya, perlakuan agresif dalam
sesuatu perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar dengan peningkatan masa
permainan. Bagaimanapun, kenyataan ini juga bergantung kepada jenis permainan.
Yang

jelas,

keagresifan

jarang

berlaku

pada

awal

masa

permainan.

ix. Penggunaan Steriod - Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam
sukan ialah kerana kesan sampingannya. Antara kesan sampingan penggunaan
steroid adalah peningkatan keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan
steroid. Justeru itu, sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan, perlu
memastikan agar atlet tidak terlibat dalam pengambilan bahan terlarang ini demi
kebaikan orang lain.
KEBIMBANGAN (ANXIETY)

Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi
pencapaian atlit dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu
terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu
yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.
Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlit maka perlu dijelaskan mengenai
kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002)
kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu di mana ia bersifat
stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau
bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan
kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit
sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika
merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap
bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001).
JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
1.

Kebimbangan Seketika (State Anxiety)

Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari
persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu
seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.
2.

Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)

Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi
di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan
meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.
3.

Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)

Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat
dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian sosial, takut
terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).
4.

Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)

Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang
terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut. Sebagai
contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot. Ini akan
mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah, kurang yakin serta mendatangkan kesan
kepada prestasi individu.

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN
Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama sukan juga
membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan anak panah daripada
busurnya, seorang pemain bola sepak sedang menyepak bola pada kedudukan penalty dan
seorang pemain badminton ingin melakukan pukulan deras (smash) pada kedudukan mata
akhir, hasil daripada perlakuan tersebut belum diketahui. Tekanan dalam sukan adalah
menjadi perkaitan yang tidak dielakkan berlakunya sifat ketidakpastian.
Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita, sebaliknya akan
meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa beberapa faktor yang jelas
meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh, semakin penting sesuatu pertandingan,
semakin tinggi tekan dan seseorang akan mudah menjadi bimbang.
Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri mudah
tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala tindak balas
atau respons yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan meningkatkan lagi kadar
kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan
situasi.
Menurut Endler (1978, 1983), terdapat lima faktor mengakibatkan tahap kebimbangan
meningkat dalam suatu situasi yang teruja.
1.

Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang lemah yang
boleh mengugat ego atlit tersebut.

2. Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan penonton yang
mengancam harga diri seseorang.

3.

Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut, dimana
seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras daripada pitcher yang
boleh mencederakannya.

4.

Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk memulakan
perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak kekadang boleh menimbulkan
tekanan dan kebimbangan.

5.

Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang telah
diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa
pertandingan.
MENGUKUR KEBIMBANGAN
Menurut Richard H. Cox (1998, 2007.6th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara yang
paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang soal selidik. Cara
ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab soalan yang berkaitan dalam
inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik mendapatkan bilangan
responden yang ramai dalam kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi sukan
gunaan.
Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat
tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh digunakan adalah
dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal individu.
Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah laku seperti perubahan corak pernafasan,
tangan berpeluh, sering kali membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan
yang lain boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan dengan peningkatan tahap
kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973) dalam kajiannya ke atas
pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.
Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tanda-tanda
kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot
merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan. Kemampuan untuk
mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal buat masa ini agak terhad kerana kesukaran
menggunakan alatan untuk tujuan ini. Bagaimanapun dengan perkembangan pesat dalam
dunia sains, penggunaan alat telemetri secara lebih meluas dalam masa yang terdekat ini akan
memungkinkan kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur kebimbangan.

Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal dan
fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut Karteroliotis
dan Gill (1987) perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal dalam mengukur
kebimbangan seketika adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang sesuai untuk
mengukur kebimbangan seketika. Kemungkinan besar, pengu-kuran serentak aspek
psikologikal dan fisiologikal untuk mengukur kebimbangan seketika akan memberikan
maklumat yang bercanggah.
Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat dengan
kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri. Justeru itu,
kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya secara unidimensi.
Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta Gould, Horn dan Spreeman
(1983) menyokong sifat multidimensi kebimbangan.
Mengukur Sifat Multidimensi Kebimbangan
Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa inventori (soal
selidik) yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut ini. Antara yang
terkenal adalah Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang dihasilkan oleh
Martens, Vealey dan Burton (1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan kognitif seketika
(cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika (somatic state anxiety).
Dalam konteks sukan, kebimbangan sebenarnya wujud sebelum sesuatu pertandingan itu
bermula. la dikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox, 1998). CSAI-2 membantu
kita menilai tahap ke-bimbangan atlit pada tahap prapertandingan ini. Hasilnya, kini kita
memahami bahawa terdapat perubahan dari segi tahap kebimbangan para pemain sebelum
serta beberapa ketika semasa sesuatu pertandingan bermula.
Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula tinggi dan
berterusan tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula. Kebimbangan
somatik pula bermula rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum sesuatu pertandingan
bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik akan terus meningkat sehingga
hampir pada waktu pertandingan. Bagaimanapun, selepas beberapa minit perlawanan

berlangsung, kebimbangan somatik akan menurun manakala kebimbangan kognitif akan


sentiasa turun naik, bergantung kepada kedudukan semasa sepanjang tempoh permainan.
Perbezaan Kesan Kebimbangan Somatik dan Kebimbangan Kognitif ke atas Prestasi
Bagi memudahkan kefahaman tentang perkaitan di antara kebimbangan seketika kompetitif
dan kaitannya dengan prestasi, kita perlu melihat serta mengukur dimensi kebimbangan
seketika individu. Contohnya, perkaitan di antara kebimbangan kognitif seketika dan prestasi
sukan adalah dalam bentuk linear (Burton, 1988; Gould, Petlichkoff, Simons dan Vevera,
1987), manakala perkaitan di antara kebimbangan somatik seketika dan prestasi pula dalam
bentuk U-Terbalik (Cox, 1998).

Você também pode gostar