Você está na página 1de 7

Anatomi Payudara

Penting untuk mengetahui anatomi payudara supaya kita faham bagaimana ia berfungsi dan
bagaimana mengekalkan fungsinya (bukan senang untuk mengekalkan penghasilan susu
berterusan selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun!)

Mammary Gland
Kelenjar Mamari
Kelenjar mamari atau kelanjar susu adalah suatu organ yang terdapat pada mamalia betina
(perempuan) untuk menghasilkan susu untuk anaknya. Kelenjar eksokrin ini merupakan ciri
mamalia iaitu menyusukan anak dan juga daripada mana nama kelas mamalia itu sendiri
terhasil.
Struktur kelenjar susu.
Komponen asas kelenjar susu adalah alveolus yang dilapisi sel perembes susu dan dikelilingi
oleh sel mioepitelia. Alveolus ini berkumpul untuk membentuk sekumpulan lobus dan setiap
lobus mempunyai duktus laktiferus yang menjurus ke bukaan pada puting susu. Sel
mioepitelia boleh mengecut, sama seperti sel otot, dan seterusnya menolak susu daripada
alveolus melalui duktus laktiferus ke arah puting di mana susu akan terkumpul pada duktus
sinus di bawah areola.
Perkembangan dan kawalan hormon
Perkembangan kelenjar susu dikawal oleh hormon. Kelenjar susu sebenarnya terdapat pada
kedua-dua jantina lelaki dan perempuan. Namun begitu kesan rembesan hormon pada ovari
merangsang perkembangan kelenjar susu pada perempuan. Hormon estrogen menggalakkan
perkembangannya manakala hormon testosterone merencat pertumbuhannya.
Pembentukan kelenjar susu sudah terbentuk sejak kelahiran lagi, iaitu pembentukan duktus
laktiferus tetapi tiada alveolus. Semasa akil baligh hormon estrogen mula dirangsang untuk
menghasilkan cabang-cabang duktus yang kemudiannya akan berkembang menjadi alveolus.

Alveolus sebenar hanya akan terbentuk semasa kehamilan dengan pertambahan hormon
estrogen dan progesteron yang akan membentuk lebih banyak cabang duktus serentak dengan
pembentukan lebih banyak tisu adipos dan salur-salur darah.
Kolustrum akan mula dihasilkan pada peringkat akhir kehamilan dan seterusnya pada harihari awal selepas kelahiran. Susu sebenar akan dihasilkan beberapa hari selepas itu apabila
kandungan progesteron mula menurun manakala kandungan prolaktin mula meningkat.
Hisapan bayi akan merangsang pengeluaran oksitosin yang akan merangsang pengecutan sel
mioepitelia yang menyebabkan pancutan susu.
Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat
manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.

Peranan Hormon dalam Penghasilan Susu Ibu


Ada beberapa hormon penting yang terlibat dalam penghasilan susu ibu:
1. Progesteron
2. Estrogen
3. Prolaktin
4. Oksitosin
Penghasilan susu ibu bermula daripada peringkat mamogenesis (pembentukan dan
kematangan kelenjar mamari), diikuti dengan laktogenesis (penghasilan dan pancutan susu
ibu) dan seterusnya laktasi (pemberian/penyusuan susu ibu kepada bayi).
Empat hormon yang disenaraikan di atas memainkan peranan dalam ketiga-tiga fasa
penyusuan ibu tersebut. Corak rembesan hormon-hormon ini merupakan suatu proses
homeostasis yang mana pertambahan satu faktor akan memberi kesan (sama ada
meningkatkan atau mengurangkan) rembesan hormon-hormon tersebut. Peningkatan dan
pengurangan rembesan hormon-hormon ini seterusnya memberi kesan kepada kuantiti susu
ibu yang dihasilkan.
Progesteron penting semasa pembentukan dan kematangan kelenjar mamari, mempengaruhi
saiz alveolus dan lobus di dalam payudara wanita hamil. Kandungannya berkurang apabila
kelahiran berlaku.
Estrogen juga merangsang perkembangan dan kematangan kelenjar mamari.
Prolaktin merangsang penghasilan susu ibu.
Oksitosin merangsang pancutan susu ibu, merangsang pengecutan uterus selepas kelahiran.

Refleks Prolaktin dan Oksitosin


Prolaktin dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan
ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron.
Semasa kehamilan, aras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada
ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar mamari (mamogenesis) bagi
menyediakannya kepada penyusuan ibu apabila bayi lahir kelak. Namun begitu aras
progesteron yang tinggi ketika itu merencat peranan prolaktin untuk merembeskan susu
dalam waktu kehamilan ini.
Sebaik sahaja kelahiran berlaku, aras prolaktin akan berkurangan kerana pencetus
dalamannya (iaitu plasenta) telah tiada. Oleh itu hisapan bayi akan memainkan peranan
penting untuk merangsang penghasilan prolaktin selepas kelahiran ini.
Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan
impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus). Ini seterusnya merangsang
kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya
dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling
alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari
menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.

Apabila
alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan
menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding
alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan
berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap
oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan
prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula.
Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.
Untuk memahami refleks ini dengan mudah, saya ringkaskan begini:

Bayi menghisap puting payudara dan mengosongkan stok susu dalam payudara

Prolaktin dirembes oleh kelenjar pituitari

Prolaktin merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu

Payudara diisi dengan susu semula

Kehadiran susu dalam payudara merencat tindakan prolaktin

Jika susu di dalam payudara tidak dikeluarkan, aras prolaktin kekal rendah, maka susu
baru tidak dihasilkan

Jika susu di dalam payudara dikeluarkan, proses penghasilan susu akan berlaku
semula

Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya
merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.
Namun begitu prolaktin hanya berperanan dalam penghasilan susu (laktogenesis) tetapi
pancutan susu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari
(posterior).

Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak
untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya
dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia
mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola
dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai
let-down reflex.

Puting Leper (Flat Nipples) dan Puting Tenggelam


(Inverted Nipples)
Semua ibu dilahirkan dengan keunikan yang tersendiri. Namun fungsi payudara tetap telah
ditentukan untuk penyusuan susu ibu kepada bayi. (Kerana dari situlah kita dikategorikan
sebagai mamalia).
Keadaan puting leper (flat nipples) dan puting tenggelam (inverted nipples) boleh terjadi
di kalangan 3-10% daripada populasi. Namun begitu keunikan yang tersendiri ini tidak boleh
dijadikan alasan untuk menghalang ibu-ibu terus berusaha untuk menyusukan bayi dengan
susu ibu.
Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?
Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola
pada jarak diameter 1 inci daripada puting.
Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper
tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam. Lihat Rajah di
bawah:
"Pinch Test" Untuk Menentukan Puting Normal, Leper atau Tenggelam
Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?
Ibu-ibu perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan puting (sama ada leper
atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif. Ibu-ibu perlu:
1. Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
2. Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya
menghisap puting semata-mata.
3. Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada
ibu (1 jam pertama selepas kelahiran). Rujuk Teknik Lekapan.
4. Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital)
dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
5. Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan. Rujuk Posisi Penyusuan
Ibu.
6. Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.
7. Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan
merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting
normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara bengkak).

8. Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting
supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.
Kesimpulannya walau bagaimanapun keadaan puting sama ada normal, leper atau tenggelam,
anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada ibunya. Ingat! Susu ibu adalah makanan
terbaik bagi bayi.

Você também pode gostar