Você está na página 1de 7

TUGASAN 1 : GURU DALAM PERANAN

Pengenalan
Drama kreatif merujuk kepada aktiviti-aktiviti drama yang tidak formal di mana murid
dibimbing oleh guru mengapresiasi dan menghayati tajuk dengan penuh perasaan.
Matlamat utama drama kreatif bukan untuk tujuan pementasan, tetapi yang paling penting
ialah untuk menggalakkan murid meneroka alam imaginasi mereka secara bebas tetapi
terkawal melalui disiplin seni teater. Selain itu, aktiviti seumpama ini juga bertujuan untuk
mengembangkan potensi diri murid melalui aktiviti libat sama secara berkumpulan serta
meningkatkan kemahiran dan apresiasi terhadap apa yang dipelajari.
Drama kreatif merupakan satu proses yang dinamik. Guru membimbing murid
meneroka serta mengembangkan idea dan perasaan melalui pergerakan dramatik. Murid
juga dilatih melaksanakan aktiviti-aktiviti improvisasi berdasarkan isi pelajaran yang
disampaikan. Berbeza dengan sesebuah pementasan yang mementingkan hasilnya, drama
kreatif lebih memberikan tumpuan kepada proses pembinaan dan perkembangan kemahiran
murid.
Aktiviti drama kreatif juga menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan
murid kerana kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan meningkatkan daya imaginasi murid.
Semasa aktiviti berlangsung, guru akan menggalakkan murid berfikir melalui soalan-soalan
bercapah dan membimbing murid ke arah pemikiran yang terbuka. Keterlibatan murid dalam
drama

kreatif

juga

tidak

sekadar

meningkatkan

kecekapan

berbahasa

malahan

meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, membina konsep diri yang positif,


memupuk kesedaran sosial, empati, nilai-nilai murni dan sikap yang positif.
Drama kreatif memberi fokus kepada guru sebagai ketua dalam peranan di mana
guru bertindak meransang dan memulakan aktiviti drama kreatif di bilik darjah. Guru
berperanan sebagai watak tertentu dalam cerita atau isu yang dibawa oleh kanak-kanak.
Dalam melaksanakan kaedah ini menerusi penghayatan terhadap teks cerita kanak-kanak,
guru perlu merancang peranan-peranan tertentu mengikut matlamat dan keprluan
kandungan teks tersebut. Terdapat beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh guru
antaranya, Saya tidak tahu, Pengarah, Penyampai mesej, Ahli pembangkang,
Antagonis dan Pelbagai.

Peranan Saya tidak tahu atau perlukan bantuan


Peranan guru sebagai Saya tidak tahu atau Perlukan bantuan merupakan
peranan yang mudah dilakukan oleh ketua yang baru mencuba aktiviti ini. Peranan seperti
ini adalah peranan yang paling mudah untuk mendapatkan kerjasama dan penglibatan
daripada kanak-kanak kerana sesiapa yang memainkan peranan ini akan cuba untuk
menarik perhatian murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Melalui peranan ini, guru
akan beranggapan bahawa dia dalam keadaan serba tidak tahu dan mengharapkan
terdapat penyelesaian terhadap masalah yang akan cuba dicetuskan di sebabkan guru
memainkan peranan tidak tahu.
Sebagai contoh, kita boleh mengambil cerita Si Tikus menyelamatkan Si Singa.
Sekiranya guru sebagai Si Singa, dia tidak tahu apakah tindakan yang perlu diambil ketika
Si Tikus mengacaunya yang sedang tidur? Maka, guru boleh bertanya kepada murid-murid
apakah yang tindakan yang patut diambil oleh singa. Murid akan berfikir dan memberikan
respon terhadap masalah yang baru ditimbulkan oleh guru sebentar tadi. Kemungkinan
murid akan menjawab Si Singa akan makan Si Tikus atau memberikan peluang kepada Si
Tikus untuk menyelamatkan diri.
Kemudian, guru juga boleh berperanan sebagai SI Tikus yang sedang melihat Si
SInga berada dalam kesusahan. Seterusnya, guru akan bertanya kepada murid-murid
bagaimanakah cara Si Tikus hendak menyelamatkan Singa yang berada dalam kesusahan.
Setiap persoalan yang dikemukakan akan memberi ruang dan peluang untuk murid berfikir
cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang telah dicetuskan.
Oleh itu, peranan guru sebaga Saya tidak tahu serba banyak dapat membantu
murid-murid untuk berimaginasi, apabila persoalan ditimbulkan oleh guru, mereka akan
berimaginasi untuk membayangkan apakah kesan dan kemungkinan yang akan berlaku
sekiranya mereka mengambil atau memutuskan sesuatu langkah penyelesaian. Justeru itu,
drama kreatif ini mampu menggalakkan murid untuk berimaginasi dan berfikiran secara
kreatif kerana tidak mustahil apabila soalan dikemukakan, terdapat banyak respon yang
diperolehi dan kemungkinan daripada respon-respon tersebut ada respon yang berfikiran di
luar kotak.

Peranan Seorang pengarah


Peranan guru sebagai Seorang pengarah adalah guru memberikan arahan kepada
pelakon-pelakon berdasarkan cerita yang dilakonkan. Berdasarkan skrip cerita yang telah

dibina, guru akan memberikan arahan kepada pelakon-pelakon untuk melakonkan atau
beraksi menggunakan watak masing-masing. Guru akan memberikan arahan sama ada
mimik muka apa yang sesuai dipamerkan oleh pelakon dan gaya persembahan bagaimana
yang perlu mereka persembahkan sama ada menyanyi atau menari. Selain itu, guru juga
boleh berperanan sebagai watak yang paling berkuasa dan boleh memberikan arahan
kepada watak-watak lain bagi tujuan menggerakkan plot cerita.
Sebagai contoh dalam cerita Cinderella, guru sebagai pengarah berkuasa untuk
memberikan arahan dan memilih beberapa orang murid untuk memainkan watak-watak
yang terdapat dalam karya untuk melakonkan watak tersebut. Guru berhak untuk
menentukan siapa yang akan melakonkan watak protagonis dan antagonis serta watakwatak sampingan yang lain. Guru akan memastikan kelengkapan pelakon-pelakon dari
segenap aspek berada dalam keadaan baik seperti pakaian, mekap dan juga penghafalan
skrip. Guru boleh mengarahkan ahli teknikal atau tatahias untuk menguruskan pelakonpelakon.
Selain itu, apa yang penting ialah walaupun guru berperanan sebagai pengarah
dalam memberikan apa-apa arahan, guru tidak boleh lupa bahawa guru juga memainkan
peranan untuk membantu dan membimbing murid-murid menjalankan aktiviti teater
bercerita. Setaipa arahan yang dikeluarkan guru akan diiringi dengan bimbingan dan caracara untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan betul.
Justeru itu, guru sebagai Pengarah akan memastikan sepanjang proses teater
bercerita akan berjalan dengan lancer dan dia juga akan pastikan setiap tugas yang telah
diberikan kepada ahli-ahli jawatankuasa akan terlaksana dengan sempurna. Oleh itu, guru
sebagai Pengarah ini merupakan kepala dalam sesuatu projek dan dia serba tahu setiap
selok belok sesuatu teater bercerita

Peranan Sebagai Penyampai mesej atau Arahan


Peranan guru sebagai Penyampai mesej adalah seperti penolong ketua atau
penolong pengarah yang menyampaikan arahan atau pesanan kepada ahli yang lain.
Peranan ini boleh dianggap sebagai penolong kepada peranan guru sebagai Pengarah
kerana tugas peranan guru sebagai Penyampai mesej adalah menyampaikan arahan yang
diterima daripada pengarah, kemudian arahan tersebut akan disebarkan kepada ahli-ahli
yang lain seperti pelakon dan ahli jawatankuasa.

Guru boleh meminta pendapat murid-murid yang berperanan sebagai watak lain
dalam cerita untuk membincangkan sesuatu isu atau permasalahan yang perlu diselesaikan
dan perlu diberikan kata putus. Guru sebagai peranan Penyampai mesej akan mengambil
kira pendapat-pendapat watak atau pelakon-pelakon lain. Ia berbeza dengan peranan guru
sebagai Penyampai yang telah menetapkan sesuatu perkara terlebih dahulu.
Sebagai contoh untuk menerangkan peranan guru sebagai Penyampai mesej
melalui cerita Anak Ikan Yang Tidak Mendengar Kata. Guru sebagai Penyampai mesej
yang memegang watak sebgai Ibu Ikan akan menyatakan kepada ahli kumpulan yang
memegang watak lain dalam cerita untuk sentiasa mendengar nasihat atau kata ibu bapa
serta tidak menjadi mangsa kepada tipu daya manusia yang hanya mengumpan ikan-ikan
untuk menjadikan sumber makanan mereka.
Oleh itu, peranan guru sebagai Penyampai mesej secara tidak langsung dapat
memberikan input kepada watak-watak lain dan juga penonton-penonton yang melihat
persembahan ini. Mesej akan sampai melalui lakonan yang cuba mereka persembahkan
sama ada mesej tersebut secara tersurat atau tersirat.

Peranan sebagai Pembangkang


Peranan sebagai ahli pembangkang atau pengacau dalam kumpulan bertindak
sebagai ahli yang sering mencabar pendapat ahli lain dan membangkang keputusan yang
dibuat. Peranan ini menunjukkan bahawa terdapat watak yang sentiasa menimbulkan
masalah atau konflik dalam cerita tersebut. Watak ini penting kerana ianya dapat member
tarikan kepada jalan cerita tersebut. Sekiranya watak ini tidak terdapat dalam sesebuah
cerita, maka jalan cerita yang disamapikan tidak menarik kerana tidak mempunyai konflik
serta masalah yang menimpa watak-watak dalam cerita tersebut. Namun begitu, konflik
yang cuba disampaikan perlulah jelas dan mudah difahami oleh murid-murid.
Contohnya, dalam cerita Arnab dan Kura-kura, dapat dilihat watak yang memainkan
peranan ini alah Arnab. Dia seringkali bongkak dan beranggapan bahawa dia pasti akan
menang sekiranya bertanding lumba lari dengan kura-kura kerana sudah sedia mklum
bahwa arnab sememangnya binatang yang mampu berlari dengan pantas. Seringkali arnab
memperlekehkan kura-kura kerana kura-kura berlari sangat perlahan. Walaupun kura-kura
mengatakan bahawa dia boleh menang, namun si Arnab membidas kenyataan tersebut dan
yakin bahawa Kura-kura pasti tidak boleh menang dan johan pasti akan menjadi miliknya.

Peranan sebagai Antagonis dalam cerita


Guru berperanan sebaga Antagonis dalam cerita adalah watak yang mencabar watak
lain yang dimainkan oleh murid-murid. Watak ini merupakan watak atau sekumpulan watak
yang menjadi pembangkang dalam sebuah cerita. Dalam erti kata yang lain, watak
antagonis ialah watak yang berlawanan dengan watak protagonis. Namun begitu, peranan
ini tidak sama dengan peranan guru sebagai pembangkang. Peranan guru sebagai
antagonis melihatkan ciri-ciri guru tersebut turut berlakon manakala peranan guru sebagai
pembangkang ialah individu yang cuba memberi pandangan negatif terhadapa lakonan
murid. Melalui peranan ini guru perlu menjadi watak antagonis dalam cerita. Guru perlu turut
sama berlakon atau bercerita dan perlu memastikan murid menggunakan bahasa dan
intonasi yang sesuai semasa dialog diutarakan walaupun menunjukkan pertentangan idea.
Contohnya ialah cerita Si Tanggang. Guru mengambil watak antagonis sama ada watak
Si Tanggang atau isterinya yang bersikap kurang ajar terhadap ibu Si Tanggang. Sewaktu
memegang watak antagonis tersebut, guru berperanan melontarkan dialog yang membantu
murid untuk melakonkan watak seterusnya untuk menghayati watak protagonis yang
dimainkan. Antara contoh dialog yang boleh menunjukkan pertentangan idea ialah Engkau
bukan emak aku! Emak aku tidak busuk dan miskin seperti ini. Keluar engkau dari sini!.
Berikut merupakan anatar dialog yang dilontarkan oleh Si Tanggang semasa ibunya dating
meziarahi bahteranya. Si Tanggang menghalau ibunya kerana dia malu dengan
kehidupannya yang dahulu miskin.
Dialog seperti ini membantu murid untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh
watak antagonis. Guru boleh membawa murid untuk meneroka pemikiran yang lebih meluas
tentang sesebuah skrip melalui peranan yang dilakukan. Penghayatan skrip juga boleh
ditimbulkan apabila guru membimbing murid dengan menjalankan peranan ini. Murid juga
dapat memahami sesuatu perwatakan contohnya ibu Si Tanggang. Mungkin melalui watak
ibu Si Tanggang, murid akan merayu dan menagih simpati Si Tanggang supaya menerima
keadaan ibunya yang serba kekurangan. Oleh itu, murid dapat membina pemahaman
secara tidak langsung mengenai sifat ibu Si Tanggang yang lemah dan miskin. Apabila
murid memahami sesuatu perwatakan itu, mereka boleh meramal penyelesaian sesuatu
cerita atau peristiwa.

Peranan sebagai Pelbagai


Guru berperanan sebagai Pelbagai adalah guru yang memainkan pelbagai peranan
semasa sesi aktiviti dilaksanakan pada satu masa. Sebagai contoh, guru boleh memainkan
peranan sebagai Pengarah, dan dalam waktu yang sama guru tersebut juga boleh
memainkan peranan sebagai Penyampai arahan ataupun Antagonis. Justeru itu, guru
mampu untuk melaksanakan beberapa peranan dalam satu masa.
Contohnya, dalam cerita Si Kancil dan Sang Buaya. Berdasarkan lakonan tersebut,
guru boleh memainkan peranan sebagai Pengarah yang memberikan arahan sama ada
respon apa yang perlu direaksikan oleh Si Kancil mahupun Sang Buaya. Guru akan
menggerakkan murid-murid dalam memainkan watak-watak tertentu dan dia akan pastikan
setiap watak yang dimainkan berada dalam keadaan tersusun. Kemudian, dalam waktu
yang sama juga, guru memainkan peranan sebaga Antagonis di mana guru memainkan
watak Sang Buaya. Watak Sang Buanya ini akan mencetuskan pelbagai dialog antara guru
dan murid-murid.
Bukan hanya dua peranan yang boleh dimainkan oleh guru, namun banyak lagi
peranan yang boleh dilaksanakan. Guru juga boleh menjadi Penyampai arahan di mana
dia akan membantu murid untuk menghidupkan lagi watak yang dimainkan oleh murid
tersebut. Oleh itu, apabila dilihat pada contoh-contoh yang dinyatakan guru dapat
membantu secara menyeluruh dalam pelaksanaan aktiviti persembahan teater ini. Di
samping guru dapat memahami secara total, serba banyak juga guru dapat membantu
murid secara lebih dekat kerana guru memainkan peranan yang pelbagai dalam peranan ini.

Penutup
Secara keseluruhannya, guru perlu memahami setiap peranan untuk memastikan
kelancaran proses teater. Dengan kefahaman dan penghayatan dalam setiap peranan
tersebut, proses teater dapat dilaksanakan dengan lancar kerana guru menghayati apa
peranan yang dimainkan. Tambahan pula, dengan kefahaman ini, secara tidak langsung, ia
membantu guru untuk melatih murid menajamkan pemikiran mereka dan meningkatkan
kefahaman mengenai amalan-amalan nilai murni masyarakat dan budaya kerana
kebanyakan teater kanak-kanak ini berkisarkan dengan kehidupan seharian.
Tambahan pula, drama atau teater kreatif ini memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin mewujudkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Dengan
pengaplikasian teater ini, ia mampu untuk melatih murid-murid ke arah hasrat tersebut

kerana mereka perlu berimaginasi dan membayangkan apa-apa kemungkinan yang


dihadapi sekiranya mereka mengambil sesuatu langkah tersebut.

Você também pode gostar