Você está na página 1de 15

PENGENALAN

Di bawah program LINUS (Literasi dan Numerasi), kerajaan


mensasarkan

semua

murid

yang

mengikuti

program

LINUS

berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam Bahasa Malaysia dan


juga numerasi selepas tiga tahun mengikuti program LINUS iaitu
pada tahun 1, 2 dan 3. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002),
literasi

dapat

membaca

atau

mengetahui

didefinisikan
celik

sebagai

huruf.

pengetahuan

kebolehan

Numerasi

asas

dalam

pula

menulis

ialah

Matematik

dan

keupayaan
dan

juga

keupayaan untuk memahami dan bekerja dengan nombor.


Numeracy means a good basic knowledge of
Mathematics; the ability to understand and work with
numbers: standard of liteacy and numeracy.
(Oxford Advanced Learners Dictionary 7th
Edition)
Numerasi juga merupakan keupayaan menyelesaikan operasi
asas matematik, serta memahami idea matematik yang mudah dan
berupaya

mengaplikasikan

pengetahuan

serta

kemahiran

matematik dalam kehidupan harian. Secara tidak langsung, literasi


nombor boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk seseorang
murid menulis dan membaca berkaitan tanda yang menunjukkan
bilangan ataupun angka dalam proses pembelajaran mereka.

SOALAN : BINCANGKAN BAGAIMANA PENGGUNAAN ABAKUS,


KALKULATOR

DAN

KOMPUTER

DAPAT

MENINGKATKAN

LITERASI NOMBOR.
Perbincangan mengenai penggunaan abakus, kalkulator dan
komputer dewasa ini hangat diperkatakan dalam usaha untuk
meningkatkan

tahap

literasi

nombor

dalam

kalangan

pelajar

terutamanya murid-murid sekolah rendah. Pelbagai tanggapan


berbeza telah diutarakan oleh setiap lapisan masyarakat. Hal ini
demikian

kerana,

ada

sesetengah

pihak

yang

menyokong

penggunaan bahan-bahan manipulatif tersebut dan ada juga yang


menentang

berlandaskan

pelbagai

alasan

yang

difikirkan

munasabah.
Dalam usaha meningkatkan tahap literasi nombor dalam
kalangan

pelajar

sekolah

rendah,

pelbagai

rancangan

telah

dilaksanakan. Antaranya ialah pelaksanaan program abakus dan


aritmetik mental dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
Tahap 1 sekolah rendah. Sebagaimana yang telah diwartakan di
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2004 yang bertarikh 19 Februari
2004, penggunaan abakus adalah untuk membolehkan murid
menguasai pengiraan secara mental.

Rajah 1 : Abakus

Abakus ialah suatu alat bermanik yang digunakan untuk


mengira. Abakus juga merupakan suatu model aritmetik yang
konkrit lagi dinamik. Dengan sebab itu abakus digunakan untuk

membina kebolehan murid dalam membuat pengiraan. Objektif


penggunaan abakus adalah bertujuan untuk mengukuhkan konsep
dan

juga

kebolehan

mengira

secara

mental

dalam

proses

pembelajaran Matematik.
Abakus ialah perkataan Latin yang berasal dari
perkataan Greek, abax atau abakon (bermaksud jadual
atau kepingan). Kemungkinan juga abakus berasal dari
perkataan abq atau abak, yang bermaksud pasir.
(Modul Kursus Wajib WAJ 3105 Literasi Nombor,
Institut Pendidikan Guru (2011)
Penggunaan abakus dan aritmetik mental abakus dikatakan
memberi kebaikan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
kerana

dapat

meningkatkan

penumpuan

murid

dalam

menyelesaikan masalah Matematik. Semua deria utama digunakan


ketika menggunakan abakus iaitu sama ada dengan menggunakan
visual

melalui

manik-manik

abakus,

bunyi

dan

kemahiran

psikomotor dengan gerakan jari pada abakus.

Manik atas

Bingkai

Palang pemisah

Tiang

Rajah 2 : Bahagian-bahagian abakus

Manik bawah

Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Cheah B. L dan Ong S.


L (2006) mengatakan bahawa murid menjalankan pengiraan mental
dengan wujudnya gambaran visual abakus di kepala terlebih dahulu,
kemudian

menggerakkan

manik-manik

abakus

dalam

mental

seakan-akan menggerakkan manik abakus yang sebenar dengan


jari.

Kaedah

mental

ini

telah

menunjukkan

murid

tersebut

berkebolehan mengira dengan sangat pantas dan tepat. Secara


tidak langsung, kaedah ini menggalakkan pemikiran aktif otak
murid-murid dalam mensintesis maklumat sekaligus memikirkan
cara penyelesaiannya.
Tambahan pula, keupayaan stimulasi otak kanan dan kiri juga
bergerak seiring apabila murid akan mengingati corak dengan
membayangkan imej abakus di dalam otak kanannya. Dalam masa
yang sama, otak kiri pula membuat proses pengiraan secara mental
apabila murid-murid menggunakan abakus (Hayashi, 2000 dan
Kawano, 2000). Begitu juga pendapat yang dinyatakan oleh Amaiwa
(2001), seorang professor di Universiti Shinshu :
The first effect is improvement of numerical
memory. The second is improvement of memory in spatial
arrangement. The third is progress in solving general
mathematical problems taught in elementary school,
including the four fundamental arithmetic calculations
and word problems.
(Amaiwa S., The Ripple Effects and the Future
Prospects of Abacus Learning)
Kaedah pengajaran Matematik seharusnya dipelbagaikan untuk
mencapai kecemerlangan yang optimum sepertimana yang telah
diaplikasikan di negara China, Taiwan, Jepun dan Korea. Abakus
pertama kali diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia pada
tahun 1994. Pada peringkat awal, abakus jenis 5:2 yang dikenali

sebagai

sempoa

Kementerian

digunakan.

Pelajaran

Seterusnya,

Malaysia

bersetuju

pada

tahun

1996,

untuk

menggunakan

abakus 4:1. Dalam masa yang sama idea Aritmetik Mental juga
diintegrasikan dalam program abakus. Walau bagaimanapun, hanya
pada tahun 2004, program Abakus dan Aritmetik Mental dilaksanakan
di sekolah rendah di Malaysia secara formal.
Di samping itu juga, penggunaan abakus turut mempunyai
kelebihan dari sudut pemupukan sikap disiplin diri, kepantasan dan
juga ketepatan. Melalui latihan-latihan dan pengiraan menggunakan
abakus, sikap disiplin diri dapat disemai ketika murid-murid cuba
menyelesaikan masalah. Jalan kerja dan juga pergerakan manikmanik abakus secara teratur akan menghasilkan jawapan yang betul
dan tepat. Dalam masa yang sama, kepantasan dan ketepatan
pergerakan jari murid-murid dapat mengajar mereka membuat
pengiraan secara lebih cermat dan memerlukan ketelitian yang tinggi.
Melalui kajian Cheah B. L dan Ong S. L (2006), terdapat
perbezaan di antara murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental
dengan murid yang tidak mempelajari abakus-aritmetik mental. Hasil
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam
pencapaian Matematik Tahun Satu antara murid yang mempelajari
abakus-aritmetik mental dengan murid yang tidak mempelajari
abakus-aritmetik mental. Murid-murid yang mempelajari abakusaritmetik mental mempunyai keistimewaan dan kebolehan dalam
mengekalkan proses kiraan nombor dalam gambaran mental. Mereka
mempunyai asas yang lebih kukuh dalam konsep nombor dan tidak
mempunyai masalah dalam menyelesaikan masalah Matematik lebih
daripada dua digit.

Seterusnya

ialah

mengenai

kepentingan

menggunakan

kalkulator sebagai bahan bantu belajar murid-murid sekolah rendah.

Penggunaan

kalkulator

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

matematik telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan warga


pendidik. Antara isu yang ditimbulkan seperti kebimbangan pelajar
menjadi

tidak

mengamalkan

cekap

atau

pengiraan

tidak

mental

mahir

mengira,

ataupun

tidak

anggaran

dan

dapat
tidak

menghafal fakta asas matematik. Walaupun begitu, jika diteliti


dengan lebih mendalam, sebenarnya kalklator memainkan peranan
yang penting dalam usaha meningkatkan tahap literasi nombor dalam
kalangan pelajar sekolah rendah terutamanya.
Antara sebab-sebab yang menyokong penggunaan kalkulator
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik sekolah rendah ialah
dapat memotivasikan pelajar dalam membuat penyelesaian masalah
Matematik. Kos penggunaan yang lebih murah di samping hanya
memerlukan beberapa kemahiran asas juga menjadi sebab mengapa
kalkulator amat digalakkan di sekolah rendah. Kini, boleh dikatakan
hampir semua pelajar sekolah rendah tahu menggunakan kalkulator
asas. Jadi, tidak menjadi masalah untuk memberi peluang kepada
mereka menggunakan kemahiran yang ada dalam sesi pembelajaran.
Berdasarkan objektif ketujuh Kurikulum Matematik Sekolah
Rendah iaitu, menggunakan perkakasan dan perisian teknologi yang
bersesuaian
kemahiran

untuk

membina

Matematik

dan

pemahaman
menyelesaikan

konsep,

menguasai

masalah,

adalah

bersesuaian apabila penggunaan kalkulator diterapkan sejak sekolah


rendah

lagi.

Kalkulator

merupakan

satu

alat

mengira

yang

menggunakan teknologi moden untuk mendapatkan jawapan yang


tepat

dan

cepat.

Murid-murid

yang

menggunakan

kalkulator

menunjukkan pencapaian yang lebih baik dan memberangsangkan


daripada mereka yang tidak menggunakannya.

Fungsi saintifik

Fungsi asas

Rajah 3 :Kalkulator Saintifik

Menurut Noraini Idris (2001), guru Matematik perlu memberi


lebih perhatian kepada usaha untuk memastikan pelajar bukan sahaja
dapat menerima konsep Matematik tetapi juga boleh menggalakkan
pelajar berkomunikasi dan menerangkan apa yang mereka faham.
Dalam konteks ini, teknologi seperti kalkulator dapat membantu
pelajar menyelesaikan sebahagian masalah walaupun tidak kesemua.
Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar takut terhadap
Matematik akibat daripada penggunaan algoritma kertas-pensil yang
panjang lebar dan memerlukan banyak langkah dan peraturan yang
harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan pembahagian
(Aaron,

2001).

Secara

tidak

langsung,

apabila

menggunakan

kalkulator, persepsi pelajar yang takut terhadap Matematik akan


berkurangan sekaligus meningkatkan keyakinan diri serta minat
mereka terhadap Matematik. Selain itu juga, murid-murid sekarang
lebih tertarik kepada perkakasan elektronik dan juga perkembangan
teknologi terkini. Jadi, tidak salah bagi seorang pelajar untuk
menggunakan kalkulator dalam proses pembelajaran mereka.
Apabila seseorang pelajar mempunyai minat terhadap sesuatu
perkara, sudah tentu mereka akan mula melakukan penerokaan dan
penyiasatan yang lebih mendalam. Begitu juga kisahnya apabila kita
mengaplikasikan penggunaan kalkulator dalam pembelajaran. Muridmurid boleh dibekalkan dengan pelbagai soalan Matematik yang lebih
mencabar apabila menggunakan kalkulator. Mereka akan belajar
dengan lebih banyak dan mendalam memandangkan penyelesaian
masalah menggunakan kalkulator dapat diperoleh dengan cepat dan

pantas

berbanding

menggunakan

kaedah

kertas-pensel.

Proses

pembelajaran akan menjadi lebih cepat dan aras Matematik yang


sukar mungkin boleh diajar pada peringkat awal lagi.
Kalkulator
membantu

juga

pelajar

merupakan

menguji

alat

jangkaan

yang

dan

boleh

membuat

generalisasi berkaitan nombor dan operasi.


(Noraini Idris, Pedagogi Dalam Pendidikan
Matematik)
Bagi para guru, penyampaian pengajaran matematik hendaklah
disulami

dengan

penggunaan

teknologi

sejajar

dengan

perkembangan arus pemikiran para pelajar ke arah zaman maklumat


(ICT). Penggunaan kalkulator bukan lagi satu perkara yang harus
dilarang atau ditegah. Kalkulator boleh membantu pelajar semasa
aktiviti

penyemakan

jawapan.

Galakkan

pelajar

berfikir

untuk

menerokai pola sesuatu persoalan, barulah penyemakan dijalankan


dengan bantuan kalkulator. Minat pelajar juga dipupuk apabila
mereka berjaya mendapat jawapan yang tepat dan seterusnya
menaikkan semangat mereka untuk terus menjawab pelbagai lagi
soalan.
Dalam masa yang sama, dengan adanya kalkulator, murid tidak
akan cepat berasa bosan dalam menyelesaikan masalah Matematik,
malah mahu menyiapkannya walaupun mengambil masa yang lama.
Mereka

akan

lebih

yakin bahawa

kalkulator

dapat

membantu

memperbaiki kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah. Ini


sekaligus
Matematik

membina
dan

sikap

barulah

positif
mereka

dalam
merasai

diri

mereka

keseronokan

terhadap
belajar

Matematik.
Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang mungkin timbul
daripada penggunaan kalkulator, beberapa langkah pencegahan
harus diambil. Sebagai contoh, bagi mengelakkan kebergantungan

murid-murid terhadap kalkulator, mungkin pelaksanaan penggunaan


kalkulator boleh dimulakan apabila pelajar tersebut telah berupaya
menghafal sifir dan mencongak. Guru-guru harus memastikan pelajarpelajar sudah mempunyai asas yang kukuh dalam Matematik sebelum
didedahkan

dengan

komputer.

Sejajar

dengan

perkembangan

teknologi, tidak mustahil sekiranya kita turut berkembang bersama


teknologi sepertimana penggunaan komputer menggantikan mesin
taip.

Begitu

juga

fenomena

yang terjadi

dalam

pembelajaran

Matematik, tidak menjadi masalah sekiranya penggunaan kalkulator


menggantikan buku sifir dan kaedah kertas-pensel.
Jika negara-negara Barat telah memperkenalkan kalkulator
kepada murid-muridnya sejak berumur lima tahun lagi, mengapa
tidak Malaysia juga mencuba kaedah ini untuk peningkatan tahap
celik nombor di negara kita. Dalam usaha untuk mencapai status
negara maju, kita perlu bergerak senada dan seirama dengan mereka
seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Tidak dilupakan juga penggunaan komputer dalam membantu


peningkatan tahap literasi nombor dalam kalangan pelajar sekolah
rendah. Peranan komputer dalam pendidikan di Malaysia memberikan
impak yang besar kepada pendidikan matematik khasnya. Teknologi
komputer akan memberikan kesan yang optimum dalam proses
pengajaran dan pembelajaran

Matematik

sekiranya

guru

yang

mengajar juga mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi.


Penggunaan komputer membawa satu reformasi yang baru
dalam pendekatan teknik dan strategi pembelajaran dalam bilik
darjah. Penggunaan komputer selalunya dikaitkan dengan pakej
perisian dan internet. Pelajar boleh meneroka, menyelidik dan
membuat simulasi dan latihan secara interaktif dengan menggunakan
komputer sebagai media pembelajaran.

Bersesuaian dengan cogan kata Satu Rumah, Satu Komputer,


tidak dapat dinafikan bahawa sekarang ini hampir setiap lapisa
masyarakat tahu menggunakan komputer. Tidak terkecuali juga bai
murid-murid sekolah rendah. Jika dulu, ada alasan yang mengatakan
kebanyakan murid tidak tahu menggunakan komputer menyebabkan
pembelajaran menggunakan komputer menjadi sukar. Tetapi kini,
fenomena tersebut jarang sekali berlaku.

Rajah 5 : Komputer Riba

Rajah 4 : Komputer

Terdapat

pelbagai

perisian

matematik

yang

membantu

pengajaran dan pembelajaran matematik. Beberapa kajian mendapati


perisian seperti Geometers Sketch Pad (GSP), Cabri dan Geogebra
membantu pelajar mengukuhkan konsep geometri dan menganalisis
masalah dan situasi yang berkaitan dengan bentuk dan ruang.
Menurut Thilagawati (2001), penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi seperti
spreedsheet,multimedia dan internet. Penggunaan perisian seperti
Microsoft-Excel, The Geometer's Sketchpad (GSP) dan Logo menarik
minat pelajar dalam Matematik.
Satu contoh yang baik ialah program Microsoft Excel. Program
ini banyak membantu dalam tajuk pengumpulan dan persembahan
data. Perisian-perisian ini boleh membantu pelajar meneroka dan
menyiasat pola nombor, memahami konsep dan prinsip-prinsip
Matematik dengan mudah dan berkesan. Pelajar yang menggunakan
komputer dalam matematik turut mempunyai sikap yang lebih positif

terhadap

dirinya

menyelesaikan

sebagai

masalah

ahli
yang

matematik
kompleks.

dan
Mereka

berkeupayaan
mempunyai

kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih


lama.
Selain itu, kebanyakan penerbit buku sama ada buku teks
mahupun buku rujukan sering kali menyelitkan cakera padat (CD)
bersama-sama buku yang dibeli. Pelbagai permainan yang menarik
disediakan di dalam cakera padat tersebut yang mana boleh
membantu para guru dan murid-murid memahami isi kandungan
pembelajaran dengan lebih jelas. Sudah tentu, penggunaan komputer
amat diperlukan untuk memainkan cakera padat tersebut dan
sekaligus murid-murid akan melakukan pembelajaran kendiri dan
lebih interaktif.
Dalam

membincangkan

penggunaan

komputer

dalam

pendidikan matematik, penggunaan internet juga harus diambilkira.


Sepertimana yang telah diketahui, kelebihan internet dalam mencapai
dan menyebarkan maklumat dengan pantas di zaman teknologi kini
tidak dapat disangkal lagi. Pelbagai laman web boleh diakses untuk
membantu guru dan pelajar mencari bahan dan maklumat berkaitan
matematik selain digunakan untuk membuat kajian dan mengumpul
data. Namun, guru harus berhati-hati dalam menilai maklumat yang
sesuai dan wajar dalam pengajarannya.
Pengajaran berbantukan komputer jelas mendatangkan banyak
manfaat sama ada kepada guru mahupun pelajar. Komputer boleh
diklasifikasikan sebagai pembimbing atau mentor, pakar rujuk dan
juga media pengantara guru dan pelajar.
Kehadiran Teknologi Maklumat dalam pendidikan
Matematik terutamanya teknologi elektronik seperti
kalkulator

dan

komputer

telah

menukar

fungsi

pengajaran dan pembelajaran Matematik kerana ia

membekalkan satu tapak bagi mempercepatkan dan


mempelbagaikan aktiviti dan bentuk persembahan.
(Noraini Idris, Pedagogi Dalam Pendidikan
Matematik)
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2004), penguasaan
kemahiran

asas

matematik

pada

Tahap

Satu

didapati

belum

memuaskan. Masalah ini akan menjadi lebih kritikal apabila murid


tersebut meneruskan pembelajaran mereka ke Tahap Dua yang lebih
kompleks. Tidak dinafikan mungkin timbul beberapa buah fikiran yang
bercanggah untuk menggunakan kalkulator dan juga komputer dalam
matematik di sekolah rendah. Tetapi sesuatu yang berfaedah dan
mempunyai potensi untuk meningkatkan penguasaan matematik
dalam kalangan pelajar tidak harus diketepikan.
Kesimpulannya, penggunaan abakus, kalkulator dan komputer
dapat meningkatkan tahap literasi nombor dalam kalangan pelajar
jika dilihat dari pelbagai sudut. Justeru, perubahan yang sewajarnya
amatlah diperlukan dalam usaha menaik taraf tahap pendidikan
negara kita terutamanya dalam matapelajaran Matematik. Kita perlu
mengambil

kira

bahawa

perubahan

yang

dibuat

memerlukan

perancangan dan persediaan yang rapi agar transformasi pendidikan


yang direncanakan akan mencapai matlamatnya selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembangkan
lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat
menghasilkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan
jasmani

daalm

melahirkan

rakyat

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab


dan

keupayaan

mencapai

kesejahteraan

diri

serta

memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan


negara.

BIBLIOGRAFI
Jurnal/kajian:
Cheah Bee Lean Dan Ong Saw Lan (2006). Perbandingan Kebolehan
Menyelesaikan Masalah Matematik Antara Murid Yang Belajar
Abakus-Aritmetik Mental Dengan Murid Yang Tidak Belajar AbakusAritmetik Mental. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, Jil. 21, 85100,
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Hayashi, T. (2000). What abacus education ought to be for the
development of the right brain. Jepun: Osaka Prefecture University.
Dicapai daripada http://www.syuzan.net/english/brain/brain.html/.
(Diakses pada 16 Ogos
2012).
Kawano, K. (2000). Image thinking of abacus users in higher ranks
by a study on brain waves. Jepun: Nippon Medical School, Center for
informatics and
sciences. Dicapai daripada
http://www.syuzan.net/englishibrainlbrain.html/. (Diakses pada 16
Ogos 2012)
Amaiwa, S (2001). The Ripple Effects and the Future Prospects of
Abacus Learning. Jepun : College of Education, Shinshu University.
Dicapai daripada http://www.syuzan.net/englishibrainlbrain.html/.
(Diakses pada 16 Ogos 2012)
Aaron (2001) : Penggunaan Kalkulator Dalam Matematik Sekolah
Rendah Harus Diketengahkan. Kursus Jangka Pendek, Pm-Wb7

(Kohot 7 - 2001), Kementerian Pendidikan Malaysia - Seameo


Recsam. Dicapai daripada
http://www.geocities.ws/fmurni/iaaron.html. (Diakses pada 18 Ogos
2012.)
Thilagawati (2001) : ICT Dalam Pendidikan Matematik. Kursus
Jangka Pendek, Pm-Wb7 (Kohot 7 - 2001), Kementerian Pendidikan
Malaysia
Seameo
Recsam.
Dicapai
daripada
http://www.geocities.ws/fmurni/ithila.html. (Diakses pada 19 Ogos
2012).

Internet:
Siti Jawara Lukman (2011) : Mari belajar membaca bersama Cikgu
Siti : Mari fahami apa itu Literasi.
http://sukukataterbuka.blogspot.com/2011/12/mari-fahamiapa-ituliterasi.html. Diakses pada 15 Ogos 2012.
PPD Baling Sik (2012) : LINUS PPD BALING SIK: Definisi Literasi dan
Numerasi asas di bawah Program LINUS.
http://linusppdbalingdansik.blogspot.com/2012/03/definisiliterasi-dan-numerasi-asas-di.html. Diakses pada 16 Ogos 2012.
Sealih (2011) : Pengenalan Abakus dan Aritmetik Mental.
http://www.slideshare.net/sealih/pengenalanabakus/download.
Diakses pada 15 Ogos 2012.
Juesakura (2012) : Keberkesanan Penggunaan Kalkulator Dalam
Pengajaran Matematik Di Sekolah Rendah.
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=50423.
Diakses
pada 17 Ogos 2012

Buku:
(2002) Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Institut Pendidikan Guru (2011), Modul Kursus Wajib WAJ 3105
Literasi Nombor : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Noraini Idris (2001), Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Siow Heng Loke et al (2005), Pedagogi Merentas Kurikulum.


Pahang : PTS Professional Publishing.
Oxford Advanced Learners Dictionary 7th Edition

Você também pode gostar