Você está na página 1de 28

PENGENALAN

Ikan adalah golongan haiwan bertulang belakang (vertebrates). Sebagai haiwan


berdarah sejuk (poikiloterma), suhu ikan dipengaruhi oleh suhu air persekitaran. Hampir
semua ikan bernafas melalui insang. Insang merupakan sejenis organ pernafasan yang
efisien untuk menyerap oksigen yang terlarut di dalam air.

Ikan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Terdapat juga spesies ikan
yang boleh dikategorikan sebagai ikan hiasan. Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai
ornamental fish di peringkat antarabangsa

merupakan ikan yang

mendapat

keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan di seluruh dunia.


Sesetengah sepsis ikan mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi. Kebanyakan ikan
hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada
bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi
warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna
sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang.

Bagi memelihara ornamental fish ini, seseorang itu hendaklah mempunyai serba
sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian makanan,
proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi. Hal ini adalah bagi
mengelakkan berlakunya kematian atau keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan
ikan hiasan tersebut

dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini juga dapat

mengelakkan pemilik daripada menghadapi kerugian. Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang
mempunyai harga pasaran yang tinggi.

Tujuan memelihara ikan hiasan


Antara tujuan memelihara ikan hiasan adalah untuk mengindahkan dan
menghias ruang atau sesuatu sudut. Keadaan ruang tersebut akan menjadi lebih cantik
dan menarik dengan adanya ikan hiasan. Hal ini kerana suasana akuarium dengan
pelbagai aksesori dan juga ikan-ikan yang berwarna-warni mampu menaikkan seri pada
ruang tersebut. Tempat kediaman yang selesa dan menarik merupakan satu kepuasan
bagi setiap individu.

Selain itu, tujuan pemeliharaan ikan hiasan adalah untuk menghayati keindahan
alam akuatik. Seperti yang kita maklum, manusia tidak dapat bernafas di dalam air
tanpa alat pembekal oksigen. Oleh hal yang demikian, satu-satunya cara untuk
menghayati atau memahami cara hidup ikan tersebut adalah dengan memelihara ikan
hiasan. Memelihara ikan hiasan juga mampu memberi ketenangan minda disamping
dapat menjana pemikiran yang cerdas bagi seseorarng individu.

Tujuan pemeliharaan ikan hiasan yang lain juga adalah untuk memberi
kesedaran dan memupuk semangat sayangkan haiwan peliharaan atau haiwan akuatik
dalam kalangan masyarakat. Seringkali kita mendengar berita-berita berkaitan dengan
pencemaran sungai dan laut. Pencemaran yang disebabkan oleh manusia akan
menjejaskan populasi ikan-ikan yang tinggal di habitat tersebut. Sekiranya kesedaran
dapat dipupuk, maka masyarakat tidak akan memandang remeh berkaitan fauna
khususnya hidupan akuatik.

Kepentingan Memelihara Ikan Hiasan


Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi
pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang
seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Malaysia telah menjadi antara negara
pengeksport ikan hiasan terpenting ke seantero dunia. Antara negeri yang
menyumbang kepada pengusahaan ikan hiasan ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan


keuntungan di samping sebagai satu hobi yang menarik. Kegiatan ini secara tidak
langsung mempengaruhi industri sampingan bahkan menyumbang kepada kemajuan
pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta aksesori lain. Baka ikan
hiasan baru akan dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat.
Kajian-kajian tentang ikan hiasan juga akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti
ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Pemeliharaan ikan hiasan dapat menyumbang kepada peningkatan ilmu pengetahuan.


Sebagai buktinya, penternak akan lebih peka dalam kaedah penjagaan yang sistematik
dan berbeza mengikut jenis ikan hiasan. Selain itu,

ia merupakan satu hobi yang

mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan hiasan dan tabiat


hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan
kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan

Mengenal Pasti Bahagian Luar Ikan

Rajah 1: Bahagian Luaran Ikan

Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Bahagian
Sisik
Sirip dorsal
Garis lateral
Sirip kaudal/ ekor
Sirip anal
Sirip pelvik
Sirip pektoral
Insang

Fungsi
Melindungi badan ikan dari penyakit dan kecederaan.
Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah.
Mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ
deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
Mengawal pergerkan ikan ke hadapan.
Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah.
Mengimbangi badan ikan, berundur, berpusing dan
mengapung badan ikan.
Mengimbangi badan ikan, berundur, berpusing dan
mengapung badan ikan.
Melindungi insang yang menyedut oksigen.

Mengenal Dan Memilih Jenis Makanan Ikan Hiasan

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai
bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau
Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk
mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

a. Kumpulan ikan hiasan berdasarkan jenis pemakanan

Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain
dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor.
Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan
rahang yang kuat.
Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat.
Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.
Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)

Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan
pemakan plankton.
Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis
ikan semasa peringkat anak.
Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai


herbivor.
Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan
akuatik.
Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.
Ikan omnivor

Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti
plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet.
Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan
diri untuk hidup di dalam tangki.
Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan Cichlid.

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan
kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada
jenis ikan yang dipelihara. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan
kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

b. Kumpulan makanan ikan hiasan

JENIS

CONTOH

GAMBAR

MAKANAN

Bloodworm

Terdiri dari plankton iaitu


organisma halus yang terdapat di

Hidup

dalam air, cacing, ulat roti, jejentik


nyamuk, udang, anak ikan,
cengkerik, lipas dan sebagainya.
Ulat roti

Plankton

Kering

Cacing yang telah diawet atau roti.

Cacing kering

Roti

Kerang

Basah

Kerang, hati lembu, sayuran


seperti salad atau bayam.

Hati lembu

Bayam

Rumusan

Terdiri dari pellet , emping, stick


yang telah sedia diproses oleh

Pellet

kilang membuat makanan.

Emping

Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara


Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan hiasan
mempunyai pelbagai warna yang cantik. Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium
mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan
sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri.
Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana
ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk

dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna
dan bentuk yang unik dan cantik.

Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan
pemangsa atau jenis agresif mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi
jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium.
Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti dan jenis mesra sahaja boleh dipelihara dalam
akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa jenis ikan yang sesuai untuk dipelihara sebagai ikan
hiasan :

JENIS IKAN

GAMBAR IKAN

KETERANGAN
Ikan ini merupakan jenis ikan
vertebrata
yang

berdarah

hidup

di

air

bernafas
Ikan Guppy

sejuk
dan

dengan

menggunakan insang.
Terdapat lebih daripada

27

000 spesis di seluruh dunia.


Purata
ukuran
panjang
antara 7mm-14mm.
Ia berasal dari kawasan Asia
dan

Afrika.

Spesies

Asia

terdapat di India, Malaysia


dan sebahagian dari China.
Ikan Tiger
barb

Terdapat beberapa spesies


dalam kumpulan Ikan Barb
iaitu

Tiger

Barb

barbustetrazona, Tiger Barb


tempatan dan Rosy Barb
barbusconchonius.
Ikan pelaga yang

paling

popular ialah ikan Pelagar


Siam (BettaSplenders) yang
berasal dari negara Thailand
dan kemboja
Warna badan dan siripnya

yang cantik dan bersaiz lebih


besar

dari

ikan

pelaga

tempatan

Jadual 1: Jenis-jenis Ikan

BAHAN DAN KEPERLUAN AKUARIUM


Akuarium yang cantik dan menarik akan meningkatkan lagi daya penarik bagi
sesuatu bahagian di mana akuarium itu diletakkan. Untuk menghasilkan akuarium yang
menarik bukanlah perkara yang sukar. Pemilik hanya memerlukan beberapa
perkakasan yang

betul dan pemilihan jenis ikan

yang

bersesuaian. Walau

bagaimanapun, akuarium tidak akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik tanpa
diselenggara. Untuk memastikan sesebuah akuarium itu kekal itu kekal bersih, cantik
dan menarik pemilik perlulah melakukan pemantauan secara berkala.
Terdapat beberapa perkakasan asas yang perlu dititikberatkan sebelum
membina akuarium ikan hiasan. Antara contoh perkakasan dan perkara asas tersebut
ialah :
a. Sistem pengudaraan
Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan
untuk menambahkan kandungan oksigen dalam air. Perkakasan ini adalah amat
penting untuk memastikan ikan yang dibela oleh pemilik tidak lemas dan
kemudiannya mati. Sistem pengudaraan yang hendak dipilih perlulah mengikut
kesesuaian saiz akuarium yang telah dipilih oleh pemilik. Terdapat banyak jenis
sistem pengudaraan yang terdapat di pasaran. Pemilik akuarium boleh membuat
pemilihan berdasarkan kesesuaian dan harga sistem tersebut.

b. Sistem penapisan air


Terdapat banyak sistem penapis air yang digunakan. Biasanya penternak
yang baru akan menggunakan jenis atas tangki kerana ia lebih murah dan
mudah didapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under
gravel filter kerana air lambat menjadi
kotor. Penapis yang paling baik adalah
dari sistem biologi kerana ia bukan
sahaja dapat menapis kekotoran dalam
akuarium
menapis

malahan
hidupan

mampu
seni

yang

untuk
boleh

membawa penyakit kepada ikan.


Kebiasaannya pada masa kini, sistem
penapisan air yang berada di pasaran telah pun digandingkan sekali dengan
sistem pengudaraan. Sistem ini mudah didapati dan menjimatkan kos.

c. Perawatan air
Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu
dirawat dahulu sebelum dapat digunakan untuk
ternakan atau membela ikan hiasan. Rawatan
yang selalu diamalkan ialah merawat dengan anti
klorin dan memasukkan sedikit garam biasan
(NaCl) bagi membunuh bacteria.

Rajah 3: Contoh Anti Klorin

d. Aksesori
Kebiasaannya pemilik ikan hiasan akan menghiaskan akuarium mereka dengan
meletakkan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir dan lain-lain lagi. Apabila
memilih aksesori, apa yang penting adalah untuk memastikan aksesori tersebut
tidak bertoksik kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada ikan dan juga
boleh menyebabkan ikan hiasan mati dengan

serta-merta.

Rajah 4: Contoh Pencahayaan Akuarium

Rajah 5: Ornamen Akuarium

e. Batu-batu dasar
Pemilihan batu juga perlu di ambil perhatian kerana pada masa kini terdapat
banyak batu yang telah diwarnakan supaya nampak lebih cantik. Pemilik
akuarium perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak memberi kesan
kepada ikan hiasan yang di bela.

Rajah 7: Contoh Batuan Dasar Pada Akuarium

f. Hiasan dalam akuarium


Rekaan bentuk hiasan dalam akuarium bergantung pada minat dan cita rasa
pemilik. Reka bentuk hiasan yang disediakan hendaklah memberi ruang yang
cukup untuk ikan berenang dan tidak mengganggu habitatnya.

Rajah 8: Contoh Hiasan Akuarium

Membina Akuarium Ikan Hiasan


a. Pemilihan Bekas (Akuarium)
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung pada beberapa faktor tertentu
seperti:
Saiz akuarium
Jenis bahan akuarium (kacak, plastik, kolam tiruan)
Jenis ikan hiasan
Bilangan ikan hiasan
Saiz ikan hiasan
Lokasi peletakan
Dalam pemilihan akuarium, saiznya yang paling utama. Pemilihan saiz mestilah
bersesuaian dengan kehendak dan sudut peletakannya, sama ada dalam rumah
mahupun di luar rumah. Sebelum mengambil keputusan untuk memilih saiz akuarium,
tempat peletakannya perlulah diambil ukuran dahulu. Kebiasaannya untuk tujuan ini pita
pengukur yang digunakan. Mulakan dengan mengukur ruangan yang ada. Kemudian
barulah mengukur kesesuaian saiz akuarium yang boleh diletakkan di ruangan tersebut.
Saiz akuarium mestilah lebih kecil dari ruangan yang ada bagi memberikan suasana
yang lebih selesa.

Gambar 1: Contoh Bekas (Akuarium)

Akuarium jenis kaca yang berukuran 75cm-90cm sesuai digunakan untuk


akuarium yang bertemakan ikan hiasan yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala
untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan bekas yang
lebih besar.

Pemilihan jenis bahan akuarium juga adalah salah satu perkara yang penting.
Pemilihan kaca atau akrilik menjadi trend pada masa kini. Akuarium kaca adalah lebih
murah daripada akrilik. Kelebihan yang ada pada bahan akrilik adalah ia ringan, mudah
dilentur, dan tidak pecah walaupun terjatuh pada ketinggian yang tertentu berbanding
dengan kaca. Namun akuarium berasaskan bahan akrilik hanya boleh dihasilkan di
kilang. Penggunaan akuarium dari bahan akrilik ini adalah agak meluas untuk membina
akuarium yang lebih besar seperti pembinaan akuarium di dasar laut atau sebesar
bangunan.

Lokasi peletakan untuk sesebuah akuarium itu juga adalah salah satu isu yang
perlu diambil kira. Sesebuah akuarium itu

adalah amat sesuai jika diletakkan di

kawasan yang tidak terdapat pancaran matahari secara terus. Hal ini adalah kerana
cahaya matahari yang berlebihan akan menggalakkan pembiakan bakteria ataupun
lumut di dalam akuarium tersebut. Secara tidak langsung akuarium tersebut akan lebih
cepat kotor dan memberikan ancaman kesihatan kepada ikan hiasan. Walau
bagaimanapun satu perkara yang tidak perlu dirisaukan adalah, tidak akan ada
pembiakan jentik-jentik berlaku di dalam akuarium tersebut dengan syarat di dalam
akuarium tersebut ada ikan hiasan yang dibela.

b. Keperluan Penanaman Tumbuhan Akuatik


Karbon dioksida
Tumbuhan akuatik memerlukan gas karbon dioksida untuk hidup dan
melakukan proses kitaran fotosintesis.

Baja
Baja diperlukan untuk zat-zat mineral dibekalkan bagi tujuan tumbesaran
tumbuhan akuatik. Baja boleh didapati dengan dua bentuk iaitu cecair dan biji
dan disukat mengikut keterangan yang diberi.

Cahaya
Cahaya diperlukan untuk kitaran lengkap proses fotosintesis . Cahaya boleh
dibekalkan melalui lampu hiasan akuarium.

c. Mengenal Pasti Dan Memilih Tumbuhan Akuatik Untuk Hiasan Dalam


Akuarium
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di
dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap
bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan
yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan
akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada
tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen ke dalam air hasil dari proses
fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses
pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari
ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat
berehat.
Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

d. Cara Menghias Akuarium


Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium :

Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses
fotosintesis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk
pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan
melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium.
Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas

karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium.

Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran
tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa
ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah
yang dicadangkan.

Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti
dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

Contoh-contoh tumbuhan akuatik :

Cryptocorynesp

Vallisneriasp

Ludwigiasp

Cabombasp

e. Cara Memasukkan Ikan Ke Dalam Akuarium


1.
Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.
2.
Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan
air di dalam akuarium.
3.
Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air
daripada beg plastik.

f. Cara Menjaga Akuarium


Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik
sebagai hiasan adalah mudah.
Penjagaan harian
Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila

dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.


Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya terdapat tanda-tanda ikan tidak normal
atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing,
terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan

tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.


Ikan yang mati perlu dibuang.
Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi

dengan baik.
Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida
menggunakan alat yang disediakan.

Penjagaan mingguan
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti

sebanyak atau bahagian dari isi padu tangki.


Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat

sementara waktu.
bersihkan kapas penapis dengan air bersih.
Tambahkan air dalam tangki sehingga ke paras asal.
Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum
bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi
makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih membahayakan ikan
sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

g. Mengenal Pasti Mutu Air Akuarium


pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah
paling masam atau berasid dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali.
pH air akuarium yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral.

Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu
dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu berasid.

Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26C hingga 27C. Suhu yang
terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk
di bawah 26C menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan
suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim
sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate.
Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan
urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki adalah sistem yang seimbang, bahan
beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah
ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik
di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat
kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar
akuarium.

REKOD PENJAGAAN MINGGUAN

Você também pode gostar